Tuesday, October 26, 2010

Syurga di hatiku


"Adik tu tak bawa buku pun, tak tulis apa-apa pun time pengisian!" Ukhti itu mungkin aneh pertama kali melihat gelagat adik yang begitu.

Lalu saya terkenangkan kembali ketika saya di program pertama, terlalu ghurobaa kerana peserta yang lainnya berpakaian jubah dan tudung labuh sedangkan saya berpakaian ala-ala peserta perkhemahan. Oh, sebenarnya saya memang ingat program 'ini sejarah kita' tu adalah satu program advencer menjelajah hutan belantara dan melihat tinggalan sejarah berharga. Lalu rasa tertipu dan marah kerana rupanya program ni macam ceramah je. Tapi sebab saya ni muka tak tahu malu, lepak je la dengan muka seposen nak dengar ceramah tu half-hearted pada mulanya. Menariknya, penceramah tu perasan saya tak ada buku dan pen. Lalu diberinya saya kertas supaya saya boleh conteng-conteng dan alhamdulillah, dengan kertas itulah saya membawa bekal berharga pulang ke rumah sehingga demam dan rasa dunia dah terbalik sebab separuh percaya....."ha, kita kena buat dakwah ke?"

Ha, dan juga teringat betapa kelakarnya saya yang awal-awal dulu suka ke program dengan sebuah buku kecil untuk mengambil autograf semua orang (sedangkan lepas tu memang jumpa orang yang sama je selalu..haha malunya) Pernah di program pertama saya (masa belum join usrah), ada seorang kakak mengajak seorang peserta ni untuk hadir ke walimahnya. Saya yang pada waktu tu tak tahu pun yang ukhti ni rupanya anak usrah kakak ni dengan menyibuk dan tak tahu malu pun terus je cakap, "akak tak nak ajak saya sekali ke?" =P

Ah, yang menjadi kenangan terindah saya..
autograf dari kakak dulu, "Jom masuk syurga!"
dan waaaaah, alhamdulillah akak memimpin saya untuk menjadi saya seperti hari ini.
Terima kasih kakak, terima kasih Allah!!!

Kini, tanggungjawab dan peluang saya pula mencipta kenangan terindah buat adik-adik.
Kenangan indah dipuput bayu hidayah dan menghidu haruman mekar iman yang menyegarkan lantas membuatkan hidup yang dilalui lebih bererti.
dan meletakkan motivasi hidup untuk meraih syurga Allah.
Kenapa?
Kerana di syurga saja kita bisa bertemu dengan Allah!
Kerana syurga Allah itu janji-Nya buat mereka yang berusaha untuk mengharapkan redha-Nya!

Ah, mari memburu syurga..berlari merebutkan tiket ke syurga sebelum kehabisan!
dan peluang itu cuma sekali...melakukan yang terbaik sebagai abid dan khalifah Allah di dunia!
yuk...........semangat!!!!!




Wednesday, October 20, 2010

Cedera parah



Dunia yang buas sering saja mengejar mangsanya


pemangsa ganas di balik topeng indah ramah mesra


menggoda dengan perangkap dipasang merata


lalu saat si mangsa terkebil-kebil tidak ketahuan hala


pemangsa ligat menerkam


merobek si mangsa tanpa diduga


cedera parah


luka berdarah


andai si mangsa masih terkedu tidak berbuat apa-apa


maka hancurlah ia menjadi santapan


dan akhir hayatnya tidak bererti apa-apa.



Tapi andainya si mangsa tetap bangun berusaha


tetap melawan dengan kekuatan yang tersisa


bangkit menerjang si pemangsa dengan perkasa


dan biar parut luka ini menjadi tanda


si mangsa berjaya bangkit semula


tidak rela kalah biarpun lelah!


kerana misi hidupnya, biar mati untuk Allah!


kepada Allah, kerana Allah!

picture source

Friday, October 15, 2010

Have mercy on me!

I tried to find her at her usual place

but I couldn't feel her presence there

I felt like I have been running in an empty dark tunnel without an end

not even a single sound could be heard

not a glint of light could be seen.

 

Could I have been blind at the moment?

I couldn't find her

nor I have ever see her

but I always know when she is there

I know, because I can feel her

when she is near.

 

But today I felt as if she wasn't there

I couldn't help myself but cried

What have I done to her?

Have I lost her?

No, please don't make me lose her!

I need her

I can't live without her!

 

Suddenly I felt the blanket of darkness becomes thicker

I cried even harder

Oh please, dear God!

She is my one and only torch to find You

and I need her to be lighted

I need her to show me the way towards You

I could have lost my entire life and the eternal bliss without her.

 

Oh, dear God!

don't let her die out of sickness!

Forgive me, ya Afuw!

 

I need that sound heart to be with You.

Have mercy on me,

I wanted to be with You so much, dear God

that I need that heart to be the torch

and help along the way

till I breathe my last breathe

with syahadah

and as syahidah for the ummah.

Tuesday, October 12, 2010

Bangun tidur

“Perkara yang saya paling tidak suka ialah mengejutkan orang bangun tidur…”

Semua kepala menoleh kepada adik yang sedang memperkenalkan dirinya dalam sesi taaruf ringkas itu.

“..sebab selalunya orang yang bangun tidur tak pernah senyum bila kena kejut!”

Ketawa berderai. Kelakar juga membayangkan orang tiba-tiba tersenyum bila terbangun dari tidur selepas dikejut.

Tetapi dalam keadaan genting, mahu tidak mahu perlu sangat-sangat untuk mengejutkan orang yang sedang tidur.

Apatah lagi pada saat yang melibatkan nyawa mereka yang sedang tidur!

Kejutkanlah mereka dengan apa cara sekalipun! Supaya mereka bisa sedar dan bangun menyelamatkan diri.

Lalu harusnya saya banyak bersyukur saat dikejutkan buat kali pertama..

dan dikejutkan lagi dan lagi saat mula tersengguk.

Ah, terima kasih buat mereka yang mengejutkan saya dari terus tidur.

dan terima kasih buat mereka yang mengguna bermacam cara untuk mengejutkan mereka yang lain daripada lenanya.

Sememangnya membangunkan mereka yang tidur bukan perkara yang mudah.

Silap-silap kita pula yang dimarah!

Sedang tiada yang kita maksudkan melainkan mengharap mereka juga bangun, berlari memburu jannah!

dan terima kasih Allah

kerana hingga pada saat ini

aku masih bisa menerima kejutan dari-Mu

agar aku sentiasa bisa terjaga dan tidak terus dibuai lena.

gambar berita hari ini

Wednesday, October 6, 2010

Rasa hati

tumblr_ky7c6nLxeF1qzr04eo1_500

“Ciiik-guu!”

Suara dengan ton a panggilan yang sangat dikenali. Saya menoleh. Ah, apa mereka buat di tingkat lima ni? Bukankah peperiksaan PMR akan bermula sekejap lagi? A dan sepuluh orang gerombolannya membuat muka selamba berjalan mengelilingi tingkat lima sambil membuat bising. Pada mulanya saya sangkakan mereka di tempatkan di bilik khas di tingkat lima. Saya menghentikan kerja di bilik darjah yang kosong itu dan kembali melihat mereka. Kumpulan pelajar Tingkatan 3 yang sudah sepatutnya berada di dalam dewan peperiksaan itu sengaja menarik perhatian pelajar-pelajar sesi petang. Saya cepat-cepat berada di satu sudut apabila melihat mereka kembali.

“Eh, awak ni nak pergi mana sebenarnya?”

“Hehe, nak pergi surau cikgu!”

“Bukankah awak nak periksa PMR ni, cepat turun ye..”

“Ok, cikgu.””

Hari ini.

“A cepat turun!” Cikgu disiplin paling digeruni itu menjerit memanggil A dan kawan-kawannya yang kembali menunjukkan aksi mereka pada hari kedua peperiksaan PMR.

Sela beberapa minit, Cikgu disiplin itu terpaksa menjerit lagi memanggil mereka turun. Ah, A dan kawan-kawannya buat hal lagi!

Teringat semasa saya mula-mula mengenali A di penghujung tahun lepas, semasa mula-mula menjadi guru. Pelajar kelas nombor sepuluh. Memang dia suka meronda-ronda. Tapi setiap kali saya masuk ke kelas, dia mesti ada. Bahasanya memang kasar. Pernah saya saja-saja tanya bagaimana cikgu-cikgu sekolah ini,terus dihamburkan dengan perkataan kesat. Saya senyum saja. Mungkin sejak itu, dia selalu menegur saya setiap kali berselisih. Kadang-kadang, “Assalamualaikum” tapi paling selalu dengan “ciiik-guu!” saja.

Kalau sebelum posting saya selalu terfikir, bagaimana cikgu-cikgu boleh bertahan di sekolah yang pelajar-pelajarnya bermasalah. Mungkin
Allah memberikan saya jawapan dengan saya sendiri berada di sekolah kategori begini. Seorang guru yang baru ditempatkan juga terkejut bila mendapati keadaan pelajar sekolah ini yang semacam sangat dahsyat keadaannya. “Masa saya praktikal di KL dulu pun tak teruk macam ni budak-budaknya!”

Entah, saya pun sedang mencari ubat terbaik untuk pelajar-pelajar begini. Bagaimana mahu menasihati, cikgu sendiri pun tak dihormati? Bukan sekali dua saya degar mereka memanggil nama cikgu-cikgu sesama mereka dengan hanya nama sahaja tanpa perkataan cikgu pun di awalnya.

“Wei, (cikgu) X ada kat sana la!”

“(cikgu) Y tu memang gila!”

Alhamdulillah, di sebalik dahsyatnya dan ramainya pelajar yang bermasalah..masih ada pelajar-pelajar yang dihadiahkan Allah dengan hati yang lembut dan mudah menerima perkara-perkara baik. Betapa syukurnya saya kala ada pelajar yang mudah saja diajak ke program-program remaja kawasan (dan kala itu saya harus berterima kasih dengan sangat banyaknya kepada pakcik dan makcik yang bertungkus-lumus mewujudkan program untuk remaja). Betapa sejuknya hati saat melihat pelajar-pelajar kelas saya naik ke pentas untuk menerima hadiah pertandingan hafazan dan tilawah al-Qur’an.

Lalu mungkin itu sepertinya jalan dakwah ini. Seringkali kita patah semangat dengan keadaan masyarakat yang caca-marba. Mungkin saja kita merasa lelah melihat hasil yang tidak seberapa dalam tempoh yang sekian lama. Tapi Allah tetap menghadiahi kita dengan keadaan-keadaan yang mampu membuat kita tersenyum dan mengingatkan kita bahawa Dia pasti bersama dalam setiap susah-payah kita. Dalam keliru memilih jalan yang terbaik, mungkin itu saatnya Allah mahu kita kembali merujuk kepada-Nya untuk memastikan langkah dan tetap merendah diri dalam memohon pertolongan-Nya.

Ah, bagaimana tidak kita mencintai jalan dakwah ini. Sedang Allah telah mengubah kita menjadi insan yang lebih baik pada hari ini?

betapa mulianya Allah yang memuliakan kita sebagai pembawa risalah, lalu betapa hinanya kita andai mencampakkan saja tugasan mulia ini dengan memilih dunia!

Betapa kasihnya Allah yang Maha Mengasihi kita sehingga yang diberikan kita baik-baik saja, lalu bayangkan andai kita yang berada di tempat pelajar dan manusia yang bermasalah, jauh dari Allah malah jauh sekali dari mengingini kebaikan yang mahu diberi oleh-Nya.

Subhanallah, bersyukurlah! dan tunjukkan syukurmu dengan kerja penuh ikhlas buat deen-Nya!

Tuesday, October 5, 2010

Hilang taring

Tempoh hari saya menerima hadiah sebuah buku. Sangat-sangat gembira kalau dapat hadiah buku, tak kisahlah kalau buku tu bertulis ataupun kosong, asalkan buku. Kalau buku bertulis, boleh dibaca. Buku kosong pula, boleh ditulis. Bila saja buka bungkusan tu, tergamam dengan tajuk. “Menjadi Pemimpin Super: Membentuk Pemimpin Dunia Akhirat dengan Prinsip Kubik Leadership” terbitan PTS. Wah, gawat deh. Hebat sungguh tajuknya, tiba-tiba rasa macam berat sangat nak baca. Penampilan kulit buku saja pun dah gempak.Tarik nafas, selak-selak sikit…dan terjumpa kisah yang menarik ni…

Kisah Gajah (versi ubah suai oleh saya: maaf ayat dalam buku ni agak monotonous)

Dalam sebuah hutan nun di Irian Jaya, tinggal seekor gajah liar yang sentiasa menjadi buruan. Setelah beberapa lama, akhirnya gajah liar ini berjaya dijejaki oleh seorang pemburu lalu ditembak dengan senapang bius. Ketika tidak sedarkan diri, gajah liar ini diikat kakinya dengan rantai besi yang diikatkan pada pokok yang sangat besar. Apabila sedar, gajah itu lapar dan berjalan mencari makanan. Namun ia jatuh kerana kakinya telah dirantai pada pokok. Gajah liar mencuba berkali-kali tetapi gagal. Gajah itu menjadi penat dan semakin lapar.

Akhirnya gajah itu berhenti kerana kepenatan. Penjinak binatang datang membawa seikat rumput kering dan diletakkan berhampiran dengan gajah liar itu. Gajah itu terus makan kerana lapar. Beberapa hari kemudian, keadaan yang sama berlaku. Gajah liar menjadi lapar, meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi gagal. Penjinak binatang datang lagi dengan rumput kering lantas habis dimakan oleh gajah itu. Perkara yang sama berulang selama beberapa minggu.

Pada suatu hari, penjinak binatang itu melepaskan rantai besi dan menggantikannya dengan tali tebal yang diikat pada pasak kecil di tanah. Namun, gajah liar itu tidak lagi meronta-ronta untuk melepaskan diri. Seolah-olah di dalam minda gajah itu, ia masih terikat dengan rantai besi dan apa pun yang dilakukannya, pasti ia gagal melepaskan diri. Mulai saat itu, sehingga akhir hayatnya, ia merasakan dirinya makhluk yang tidak berdaya melepaskan dirinya dengan apa pun cara.

 

Persoalannya, apakah kaitan cerita gajah ini dengan kita? =)