Saturday, August 28, 2010

180 darjah


Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya daripada hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah; dan sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya suatu ketika, atau sekali-sekala dia merasa tertarik dengan kebiasaannya yang dahulu, atau kalau dia merasa lemah dari melaksanakan tugas dan kewajipan keislamannya, nescaya dia merasa bersalah atau berdosa, dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh al-Qur'an.

- Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Bab Generasi al-Qur'an yang Unik)

Mereka, generasi al-Qur'an yang unik itu

saat menerima Islam

merasakan dengan sepenuh jiwa mereka

lantas menanggalkan segala pakaian Jahiliyah

biar yang ada pada dirinya, cuma Islam

dengan pakaian taqwa.

Generasi manusia yang hebat itu

bukan para malaikat

lantas adakalanya langkah mereka tersasar

adakalanya tertipu jua dengan godaan dunia

tapi mereka pantas kembali

bergegas mencari al-Qur'an buat panduan diri

sedia menanti

arahan Tuhan

dari setiap kalam-Nya lewat Nabi

seperti perajurit perkasa

senantiasa siap siaga

menerima arahan dari komandernya.

Al-Qur'an itu bukan rujukan mereka sekali sekala

bukan juga bacaan saat berduka lara

tetapi mereka hidup dengan bayangannya

hidup berorientasikan setiap arahannya

menjadikan al-Qur'an itu sumber rujukan hidup yang utama.

Hebatnya mereka bukan kerana istimewa berada di sisi Nabi

tapi kerana sedaya upaya

menyahkan jahiliyah daripada diri

dan setiap masa

cuba meletakkan dalam landasan kalam Ilahi.

Lalu itu yang membuatkan mereka

mampu berubah 180 darjah

dari manusia entah siapa-siapa

kepada mereka yang terhebat dalam sejarah manusia biasa

mereka yang bisa mengubah dunia

kembali sejahtera.

I still love you

"Awak ingat boyfren ke pandai bergurau? Allah bagi awak ujian ni pun nak bergurau dengan awak, tau!"

"Hah, camne tu?"

"Ha, kalau Allah bagi ujian. Awak cakap macam ni: 'Takpe, I still love you Allah!'"

Walau macam mana berat pun ujian tu, yakin dan pasti bahawa Allah sangat menyayangi.

I still love you, Allah!

...and I hope you will always love me too! (..malu nak cakap bila fikir siapalah diri ini dan macam2 yang saya dah buat dulu..tapi, tak peduli..nak juga Allah sayang kita!! )


Jazakillah ukhti for helping them. Sometimes even I lost my words to do so.

harapnya dengan Ramadhan kali ini, kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah ya!
Moga lebih mendapat kasih-sayang dan cinta-Nya!

mari-mari-mari mencari cinta!

Thursday, August 26, 2010

17 Ramadhan

Malam ini 17 Ramadhan.
Saat Allah menyampaikan bahagian pertama daripada surat-surat cinta-Nya.
Kalam terus daripada Tuhan semesta alam kepada manusia kerdil di suatu sudut dunia.
Subhanallah! Kita, manusia kerdil yang tidak punya apa-apa mendapat kata-kata langsung daripada Tuhan yang punya sekalian jagat raya.
dan betapa para sahabat sendiri menangis saat kewafatan Nabi tercinta kerana tidak mungkin lagi mendengar kalam langsung dari Tuhan.
Ah, hidup mereka yang benar-benar merasai berada di bawah bayangan setiap ayat cinta-Nya. Setiap tingkah mereka berpandukan kata-kata Tuhan.

Lalu bagaimana kita?
yang mudah-mudah saja mengatakan mahu menjadi manusia acuan al-Qur'an
yang mengatakan bahawa al-Qur'an dan as-Sunnah itu sumber utama kita
yang indah saja mahu mencontohi Generasi al-Qur'an yang unik
apakah benar kita telah meletakkan seluruh hidup ini di bawah bayangan al-Qur'an?
apakah benar kita memandu tingkah kita dengan al-Qur'an?

Juga kita tahu, 17 Ramadhan ini ialah Badar al-Kubra.
Pertentangan antara al-Haq dan al-Bathil dalam suatu peperangan besar penuh kejutan.
Tanpa persiapan
Tanpa kelengkapan perang yang lengkap
tapi apakah pasukan muslimin itu berlari berciciran?
Apakah mereka berpaling ke belakang?
dengan penuh rendah hati sang Nabi berdoa
mohon dimenangkan tentera muslimin, atau agama ini bakal tiada lagi di muka bumi
doa sang Nabi penuh tulus
sehingga as-Siddiq peneman setianya hiba.

dan Allah menurunkan titisan hujan yang menyegarkan
lalu dengan itu tanah tandus menjadi kejap
menguatkan langkah para muslimin
dengan gerombolan tentera berbaju putih
hadiah daripada Allah buat Ahlul Badar yang pantang menyerah
walau ujian penuh kejutan bisa saja membuat sesiapa gundah.

Ah, andai merasa diri sudah hebat dan tidak perlu diuji
maka tentunya kitalah orang yang paling tidak sedar diri
kerana para sahabat yang malah lebih hebat iman mereka
tidak putus-putus menerima ujian daripada Allah.

Lantas bangkitlah wahai diri!
bacalah di balik ayat-ayat cinta Ilahi
renunglah dan pandulah hidupmu dengan-Nya
hidup suburkan hatimu dengan penuh rasa cinta kepada-Nya
basahkan hatimu setiap kali dengan kerinduan tinggi pada surat cinta-Nya

dan bangkitlah wahai diri!
dengan semangat Ahlul Badar yang pantang menyerah
yang tidak gundah
walau ujian menggunung yang mendatang
tetapi tunduk dan rendahkanlah dirimu
agar bisa memohon kepada Ilahi setulus hati
kerana kau tetap manusia kerdil yang menumpang di bumi.

Monday, August 23, 2010

Kerana sifatnya mengubah!


Apa bezanya tarbiyah kita ini dengan ceramah?

Kenapa perlu susah-susah berusrah? Tak cukup ke pergi mesjid, dengar ceramah?

Tak pun dengar je halaqah dan usrah di TV9, tak boleh ke?

Kenapa kena pergi program, dauroh, mukhayyam, jaulah, rehlah, mabit segala?

Kenapa???

Kenapa bersusah-susah?


(senyum)

lihat surah al-balad ayat 4.

Allah menciptakan manusia, hakikatnya dalam sentiasa dalam keadaan susah payah.

Kalau dia tidak bersusah untuk perkara kebaikan, maka dia tetap akan bersusah tetapi untuk keburukan..perkara-perkara yang bathil.

Maka, oh..biar saja aku bersusah-susah untuk perkara baik ini kan?

moga-moga pahala dan kebaikannya juga untuk kamu yang sentiasa di hati ini.

Terima kasih kerana memahami

dan sentiasa mendukungku

ku mengharap restumu dan doa agar aku terus bersusah-susah begini.

kerana aku kerap kali memikirkan

karya apakah yang layaknya dipersembahkan buat Tuhan

dan aku mengharapkan andai tamat tempohku berada di bumi

aku bisa pulang menghadap Ilahi

dengan senyuman di wajahmu

kerana anakmu ialah seorang pejuang.


Lalu andainya masih ada yang bertanya,

apa istimewanya tarbiyah yang didukung ini?

mahu saja aku berkata begini

kerana tarbiyah ini

sifatnya mengubah!

aku yang dahulu begitu dan begitu

kini begini dan begini

ah, bagaimana itu?

aku begini kerana tarbiyah ini

hadiah indah titipan Ilahi

agar aku bisa bertemu dengan-Nya kelak

dalam keadaan suci dan terpuji.


Kerana tarbiyah ini sifatnya mengubah

maka aku di sini pada hari ini

bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam

dan betapa indahnya perubahan ini

kerana didorong atas rasa cinta

mahu mempersembahkan diri terbaik buat Pencipta

bukan atas paksaan

bukan ikut-ikutan

bukan perasan-perasan.


tentunya,

aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini

dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat

walau tidak terbalas kurniaan Ilahi yang Maha Hebat

tapi cukup menjadi tanda mensyukuri atas segala nikmat.


Oh Tuhan.

biar aku terus tsabat

berada dalam nikmat ini

dan menunjukkan kesyukuranku

dengan terus bersusah-susah untuk umat.


Umat yang tenat,

nah, aku bawakan tarbiyah sebagai ubat...

kerana tarbiyah, sifatnya mengubah!

moga ia bisa mengubah

segala sakit menjadi nikmat

segala derita menjadi cinta

segala sengsara menjadi bahagia.


ayuh,

ambil ubat ini wahai umat...

dan kita bakal bahagia kelak..

pasti, dengan izin Allah.

Thursday, August 19, 2010

Who the heaven are you?

Johan bukanlah siapa-siapa, dia hanya seorang budak pejabat di Syarikat XYZ. Oleh kerana merasakan dirinya bukanlah siapa-siapa dan tiada yang istimewa tentang dirinya, maka Johan berbuat acuh tak acuh dengan kerjanya. Kalau diminta hantar surat dengan cepat, lama dia melengah-lengahkan kerja...kadang-kadang dibiarkan saja kerjanya sehingga perlu diberi peringatan beberapa kali baru terhegeh-hegeh nak buat kerja. Tapi kalau bab nak perabis makanan yang disumbangkan semua staff semasa majlis 'potluck' mahupun apa saja yang terdapat dalam pantry, cepat saja. Di hujung-hujung bulan sibuk nak jumpa dengan boss nak minta naik gaji. Haih, kalau orang macam ni rasanya patut tak nak naikkan gaji dia? Atau kalau kita la, mungkin nak dengar dia cakap pun rasa geram sangat-sangat kan sebab buat kerja tak semengah mana, tapi suka pula meminta-minta.

Oh. Tetapi Boss si Johan ni memang baik orangnya. Sangat penyayang kepada pekerjanya. Maka diberi lagi peluang kepada Johan untuk memperbaiki mutu kerjanya, disamping beberapa ujian untuk menjadikan Johan pekerja yang lebih cekatan dan melayakkan dia mendapat gaji yang lebih baik. Oh, sungguh Boss seperti ini memang mimpi di alam nyata!


Hm..
macam mana pula kita?
Manusia yang telah diberi Allah tugas-tugas yang perlu disempurnakan.
Adakah kita benar-benar telah melaksanakan tugas dengan sesempurnanya?
Lalu layakkah kita untuk meminta-minta? Merasa tidak cukup? Merasa...kenapa doa aku ni tak diperkenankan lagi? Who the heaven are you nak rasa macam tu?????
Sedang mungkin saja khilafnya daripada diri kita sendiri.
Persis orang yang tidak tahu bersyukur, sudah diberi segala macam nikmat PERCUMA
tetapi bila diminta melakukan beberapa tugas (yang sebenarnya tak memberi apa-apa pun kepada pemberi tugas itu melainkan kesannya adalah untuk diri kita sendiri), kita tidak berushaha semaksima mungkin untuk melakukannya dengan maksima.

dan sungguh,
saya percaya bila Allah memberi kita ujian...sebenarnya Allah mahu melayakkan kita kepada apa yang kita hajatkan. Malah menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya.
Oh, sungguh Allah itu Maha Penyayang. Setiap hambanya ada bentuk-bentuk ujian khusus buat mereka mengikut keupayaan dan kesesuaian mereka. Hebat sungguh!

Mari meraih cinta Allah dengan sabar dan solat =)
selamat bergembira dengan shahrul qur'an!

Oh well, terjumpa sesuatu yang best. Let's love it!

Wednesday, August 11, 2010

...GO!

A sequel to my recent post.
Satu lagi pos tentang Ramadhan, hadiah teristimewa dan penuh cinta daripada Allah.

Alhamdulillah. Tak terbayang betapa gembiranya saya dipilih sekali lagi untuk menerima hadiah teristimewa ini, berada sekali lagi dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia. Subhanallah, I can't help but smiling all the way. Sangat gembira..I didn't feel like sleeping the first night of Ramadhan and woke up smiling (macam orang dikejut oleh kekasih hati). Subhanallah, I really wish this feeling continues till my last breath.

Pada mulanya, saya sangat bersemangat untuk bertemu Ramadhan kerana memikirkan 'grand sale' yang dipromosi oleh Allah dan ar-Rasul tercinta. Ya, sangat rugilah nak lepaskan peluang dapat pahala "ting-ting-ting" masuk poket macam tu je! Jadi hati pun berkobar-kobar nak buat itu-ini sepanjang Ramadhan supaya dapat kumpul sebanyak-banyaknya matawang yang satu-satunya valid kat akhirat nanti, iaitu pahala. dan ooh, kan tagline kita..."moga kita tidak rugi lagi" jadi saya pun hampir-hampir terpedaya dengan segala promosi best tentang Ramadhan ni. Mata bersinar-sinar, mulut tak habis-habis senyum. Masuk kelas, pelajar-pelajar pun pelik tengok saya semangat semacam.
"Cikgu puasa tak ni?"
tambah lagi suara sumbang, "Cikgu tak puasa eh?"
"Eh, tak baik fitnah orang tak tentu pasal tau!" Saya pandang mereka yang satu-satu muka dah layu.
"Hai..takkan baru sekejap puasa dah lembik? orang puasa kena semangat-semangat-semangat!!!" Maka terpaksalah dengar saya berceloteh konsep syukur tadi. Oh!

Sampai bilik guru masih gembira.
Oh, ada majalah Anis tahun 2005 atas meja. Mesti ada cikgu baca tadi. Buka kejap dan jumpa artikel menarik. Sangat menarik sehingga membuatkan saya kembali berfikir.
think..
think..
think..

ayat terakhir dalam artikel tu,
"nak dapatkan pahala atau redha Allah?"

Ahhhhhhhhhh...
macam kena pukul.
Oh, saya dah tergoda dengan "Grand Sale" Ramadhan sampai saya lupa nak berusaha buat segala sesuatu kerana nak dapatkan redha Allah, bukan pahala je.


so, refresh niat..
moga dapat yang terbaik dalam Ramadhan ni....
berusaha nak rebut semua tawaran menarik
kerana saya nak jadi yang terbaik dalam bulan Ramadhan ni
terbaik ...buat Allah yang sangat saya sayangi
Allah beri saya hadiah Ramadhan ni, dan saya nak berusaha untuk jadi yang terbaik di hadapan-Nya dengan segala tawaran hebat yang diberi oleh Allah.

dan emm....
saya nak doa banyak-banyak
supaya dapat rasa cinta kepada Allah sepenuh hati jiwa raga saya
sehingga hujung nyawa
dan
nak jumpa Allah di syurga.

Oh, segannya.
Sebab saya banyak buat dosa..kadang-kadang malas..kadang-kadang lalai..
tapi saya nak berusaha
berusaha
berusaha
berusaha
dan mengharap redha Allah dalam setiap usaha saya.

(ni baru 'real' curhat! heh. anyways, artikel yang saya baca tu takde kena mengena dengan Ramadhan pun. tapi wah, mesti lagi satu hadiah surprise Allah kat saya tu..haha. perasan lagi)

Tuesday, August 10, 2010

On your mark, get set.........

Dah sedia?
Perlumbaan kita hampir bermula. Sudah siap untuk memecut dan terus memecut tanpa henti?
Ah, tanya diri. Apa persiapan kita untuk Ramadhan ini.
Masa pantas berlalu, Ramadhan yang ditunggu tinggal beberapa jam saja lagi. Mungkinkah ada Ramadhan ini untuk kita?
Ya, moga-moga!
Lalu apa persiapannya?

Saat mengetahui semakin dekat dengan Ramadhan, semakin kuat debarannya. Seperti mahu masuk perlumbaan. Ah, mungkinkah aku menang dalam perlumbaan ini? Berlumba untuk menjadi yang terbaik daripada diri sendiri. Berlumba untuk terus memecut tanpa henti. Ah, sungguh aku gusar andai aku pancit di pertengahan jalan. Mohon dijauhkan ya Allah!

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
sampaikanlah aku kepada Ramadhan ini.
Muliakanlah aku dengan mulianya Ramadhan ini.
Moga aku mampu untuk mendapat yang terbaik daripada Ramadhan ini.
dan moga-moga aku bisa mengecap taqwa daripada Ramadhan ini.

Thursday, August 5, 2010

Macam mana sekolah?


Soalan senang yang kadang-kadang susah untuk dijawab, "Macam mana sekolah?"


Oleh itu, mari saya ceritakan sedikit tentang muda-mudi masa kini di sekolah saya yang indah itu.

Kata seorang guru yang baru bertukar ke sini, "Sekolah ni macam zoo!"

Bising, gamat yang amat. Ya. Tapi itu bukan masalah utama.


Tetapi yang merunsingkan saya ialah hati mereka yang keras amat. Seolah jasad tanpa ruh sedang berlegar-legar di serata pelosok sekolah itu. Jasad yang dipandu oleh al-hawa'.


Kasihan. Malah saya semakin risau kerana pengikut al-hawa' ini semakin bertambah ramai. Cepat saja mereka mencari 'apprentice' baru yang sama-sama mula menakluki sekolah dengan budaya-budaya pelik. Tambah merisaukan andainya pelajar-pelajar yang sekarang baik, akan bertukar menjadi sebaliknya kerana budaya pelik ini sangat hebat kesan penyerapannya. Oh, tentu saja itu sangat menyedihkan. Moga Allah tetap memelihara iman mereka.


Semalam, saya kaget sebentar. Pelajar-pelajar pelik meminta izin untuk belajar di kelas saya. Seorang daripadanya adalah pelajar lelaki yang saya ternampak red-handed mencium pelajar perempuan dalam entri saya yang dulu. Memang ada 4 orang geng mereka dalam kelas itu, tetapi mereka tidak pernah membuat hal-hal pelik sepanjang saya mengajar (walaupun memang selalu perkataan-perkataan mereka yang pelik tu terbabas keluar. they are very loud anyway). Pelajar-pelajar pelik ni memang budayanya suka membuat bising, attention seeker. Kurang kasih-sayang agaknya. Jadi bila saya mula benarkan mereka untuk masuk (kerana memikirkan daripada mereka berada di tempat-tempat tak patut, lebih baik berada di kelas), mereka jadi sangat bising. "Nak jadi garang atau tidak?" Saya membuat pilihan dalam hati. Bukan mudah nak tangani pelajar pelik dalam kelas. Lagi-lagi kalau mereka dah jadi ramai. Pelajar-pelajar baik mula berasa tidak senang. Kasihan mereka!


"Baik, kalau awak nak belajar dalam kelas saya..mesti salin nota dan senyap." Wah, alhamdulillah. Mereka betul-betul salin nota dan diam. Walaupun kadang-kadang bising juga, cuma tidak terlalu bingit seperti sebelumnya. Dua orang lagi pelajar lelaki geng mereka meminta izin untuk belajar sekali (mungkin bosan kerana ahli geng yang lain tidak ada untuk melepak bersama). Seorang daripada pelajar ini ditangkap red-handed dalam tandas dengan pelajar perempuan. Saya memandang ke dalam kelas, tiada kerusi kosong lagi. "Tak muat dah. Kelas dah penuh". "Ok, takpe." Oh, alhamdulillah. Mood mereka baik agaknya hari ni.


Dalam diam-diam saya berfikir. Apakah geng-geng mereka sedang menguji saya hari ini? Atau ada apa sebenarnya dengan tindakan mereka? Sudah berubah? Saya rasa belum lagi. Kerana mereka masih seperti dulu. Melepak, bergaduh, mengugut. Entah. Tidak tahu mahu letak ekspektasi bagaimana. Tapi tentunya lebih dulu, ini ujian Allah untuk saya.


Benar, banyak yang saya pelajari saat menjadi guru. dan saya harus berterima kasih pada Allah atas kurniaan yang sungguh banyak.


Sedikit cerita dari cikgu di pojok sini. Maaf andainya kalian sudah bosan dengan cerita-cerita sekolah. Mungkin penulisan kali ini kelihatannya lebih 'selfish'.