31 Dis 2014
3 Dis 2014
Jika Aku Jatuh Hati
..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…
Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Amin ya rabbal alamin…
26 Nov 2014
Poyokah Kita?
Salam sejahtera, semua. Tajuk macam pelik kan?
Baiklah, mula-mula kita perlu faham maksud poyo. Apakah maksudnya?
Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan generasi moden terutama remaja Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari.
Perkataan poyo ialah slanga yang baru dicipta sekitar 2000an tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.
Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:
Ia juga mempunyai persamaan dengan slanga bahasa Inggeris Amerika iaitu 'lame'
- Seseorang yang mempunyai watak hambar, tidak asli atau 'original', sedikit menjengkelkan dan kebodoh-bodohan
- Seseorang yang berwatakan luar dari norma orang biasa seperti merasakan diri-sendiri bagus, suka temberang dan bercakap luar dari kenyataan
Terima kasih Encik Wikipedia. Ketahuilah bahawa perkataan 'poyo' ini tiada di dalam Kamus Dewan. Jangan susah-susah cari.
Sebenarnya, saya ingin mengupas serba sedikit mengenai ikhtilat? Apakah definisi ikhtilat? Ikhtilat daripada sudut bahasa adalah bercampur. Dari segi syara', ikhtilat membawa maksud percampuran/pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Hukum ikhtilat ini bergantung pada situasi dan keadaan. Ada yang haram. Ada yang harus. Ada yang halal malah diwajibkan.
- Haram kalau berhubungan lelaki dan perempuan yang ajnabi dan tiada urusan yang perlu/mendesak untuk melakukan perhubungan itu.
- Harus pula dalam urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan seperti doktor dengan pesakitnya, urusan jual-beli, cikgu dengan anak muridnya dan yang seangkatan dengannya.
- Halal malah diwajibkan pula adalah dalam situasi yang benar-benar mendesak seperti mahu melindungi seorang wanita yang dikhuatiri terancam keselamatannya.
Allah S.W.T. ada berfirman di dalam al-Quran, yang terjemahannya berbunyi,
"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israa, 17:32)
Dalam ayat ini, Allah tak berfirman supaya jangan berzina, tapi menjauhi perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kita kepada lembah penzinaan. Antara perkara yang mencenderungkan kita ke arah lembah hitam itu adalah pergaulan bebas. Maka, batasilah pergaulan anda dengan syariat.
Saya ingin bertanya kepada pembaca blog ini, adakah dengan tidak 'follow' insan berlainan jantina (yang mahram / halal, takpe) di Instagram, anda dipanggil poyo? Kalau boleh, kita sepatutnya menghindarkan diri daripada melihat gerak-geri insan-insan yang berlainan jantina supaya tidak wujud imaginasi-imaginasi liar yang boleh menggugat iman.
Sama juga di Facebook. Jangan tenung lama-lama gambar insan berlainan jantina tu, nanti mengundang imaginasi-imaginasi liar hadir ke dalam minda. Stalk orang lain jantina? Jangan hairan seandainya pasangan anda kelak juga adalah seorang stalker. Kita kena jadi baik dulu barulah kita layak untuk mendapat pasangan yang baik. Firman Allah S.W.T.:
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (Surah an-Nur, ayat 26)
Batasilah pergaulan anda, supaya Allah sentiasa redha pada diri anda. Elakkan komunikasi yang tidak perlu antara jantina. Contohnya, mesej panjang meleret yang tiada pengisian, sebaliknya penuh kata-kata cinta, perkataan-perkataan yang kurang baik. Cukuplah sekadar balas mesej yang perlu sahaja, elakkan daripada meleret panjang, tak perlu smiley-smiley comel dan tak perlu kata-kata gedik.
Maka, saya ingin bertanya kepada semua,
- Adakah anda sanggup dikatakan poyo hanya kerana anda membatasi pergaulan?
- Adakah anda sanggup dikatakan poyo hanya kerana tidak 'follow' rakan berlainan jantina di Instagram?
- Adakah anda sanggup dikatakan poyo hanya kerana tidak menjadi 'stalker' sejati di laman muka buku?
- Adakah anda sanggup dikatakan poyo hanya kerana anda tidak balas mesej yang tidak penting daripada insan berbeza jantina?
Saya sanggup. Saya sudah berhenti 'LIKE' gambar-gambar wanita/akhawat/bidadari dan yang sewaktu dengannya. Bukanlah saya tidak menghargai perhiasan duniawi.
Biar orang kata sombong, yang penting Allah redha. Ke guane? Maafkan saya, saya tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana rakan saya, jauh sekali untuk bersikap poyo, namun saya harap anda faham. Kalau anda tidak faham sekarang, lama-kelamaan anda akan faham. Saya pun pernah silap sebab pernah mengata orang yang menjaga batas pergaulan ini poyo, bajet, bajet alim dan sebagainya. Namun selepas nampak kepentingan menjaga batasan pergaulan, saya tarik balik kata-kata saya yang lepas.
Dalam menangani isu ikhtilat ini, janganlah jadi seorang yang jumud, sebaliknya jadilah seorang yang profesional. Bukanlah tidak boleh berkomunikasi langsung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina, namun perlulah dibatasi dengan syariat. Yang penting, elakkan diri kita daripada mengundang kemurkaan Allah S.W.T.
Pesanan untuk wanita : Malumu berharga. Malu itu indah, malu itu fitrah.
Cukuplah setakat ini sahaja perkongsian ringkas daripada hamba Allah yang lemah ini. Semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah S.W.T.. Semoga Allah sayang.
Langgan:
Catatan (Atom)