Thursday, May 20, 2010

BOLA Gergasi Piala Dunia 2010


BESARNYA BOLAAAA.. !! kalau nak tendang bola ni mesti patah kakikan. Bola gergasi ada dihadapan pintu masuk ker Pavillion. Kalau sesiapa saje yang pegi kat situ konpom dari jauh dah nampak bola gergasi ni. Maklum ler tak lama lagi akan bermula kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 yang akan berlangsung pada 11 Jun hingga 11 Julai nanti. Antara banyak-banyak pertandingan bola yang ada kat bumi, piala dunia merupakan pertandingan yang paling famous sekali antara semua. Pertandingan yang diadakan sebanyak 4 tahun sekali ini disertai oleh pasukan dari seluruh negara didunia ini. Semua pasukan berentap untuk memenangi piala yang sangat berprestij. Kebanyakan kaki bola terutamanya lelaki memang menantikan kedatangan piala dunia ini. Tapi ada gak perempuan yang kaki bola, macam aku lah ... huhuhu

Haaa... time ni ler sume kedai2 atau kat mana2 jer akan pasang skrin besar sana sini bagi menarik ramai peminat bola sepak datang makan minum sambil tengok perlawanan bola Piala Dunia FIFA nanti. Tak sabar gak menanti saat tu... pasti riuh rendahlah dalam rumah aku nanti dengan suara anak2... hehehe. Yang pasti hari esoknya jangan ada yang mengantuk lak ya. Kerana minat kat bola ni, aku ngan Haqim pun tak lepas peluang amik gambo kat situ. Lepas tu my laling CM tak nak lepas peluang, nak juga possing sama... hehehe. Cuma gambo kurang menarik sikit. Ingat nak peluk bola tu, tapi mamat guard tu dok tengokkkk jer. Hisss.... tak sporting langsung ar mamat tu... ekekeke.



Haqim pun minat gak ngan bola gergasi ni. Tapi kesian lak Daniel dan Azree tak der time ni. Anak2 bujang sume suka tengok bola, sume nama pemain bola diaorang tahu. Aku, emmm... cuma pandai buat bising jer... hahahaha. Dalam amik2 gambo tu, terkata gak dalam hati "kalau bola tu tergolek kebawah macamana erk"... sempat tak aku nak lari ekekeke.


p/s: Kejor Yob Kejor... Bahang Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 bermula.


Nukilan:

2 comments:

salam kak ct...
saya & suami dulu satu kelas belajar kat uitm jengka ni...heheheh
pastu dapat keje plak kat sini...
kalau nak duduk umah tamu uitm ni pun boleh, may b lg selesa berbanding mercu view...
tapi kene booking awal...
saya tinggal di jengka 20...
nak tumpang umah saya pun boleh jugak kak...takde masalah...

azian:
Kalau k.ct nak duduk umah tamu kat UiTM tu mcmana nak book awal2 erk. Azian leh bg tau mcmana? atau leh k.ct hubungi azian kot lagi senang.

Xapalah...xyah susah2 kan Azian sampai nk numpang umah azian tu...hehehe. kalau azian nak hubungi k.ct nnt anto jer kat email k.ct. ct delima@yahoo.com.my

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More