Memaparkan catatan dengan label cheesecake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cheesecake. Papar semua catatan

Sabtu, 21 November 2015

Chocolate Ecstacy Cake

Salam sejahtera.
Hari ni belanja gambar kek birthday CHOCOLATE ECSTACY CAKE,lain dari yang lain kan nama kek ni..tapi jangan risau,dalam tu takda letak pil ecstacy pun...hihihi...


Kek saiz 8"
Berat 1.5kg

Berminat nak  tempah? sila cari Rahel Home Made atau Rahel Blogspot di Facebook ya.
Tempahan diterima untuk area Tawau sahaja.
Terima kasih

Isnin, 25 Mei 2015

Isnin, 1 September 2014

Carrot Cheese Cake

Salam ceria selalu.


Kek ditempah oleh rakan Fb iaitu Maria Mab sempena Happy Fatrher's Day 2014.


Terima kasih.

Rabu, 8 Mei 2013

Red Velvet Marble Cheese Cake

Selamat pagi..semoga sentiasa sihat dan ceria...
 
Red Velvet Marble Cheese Cake
Sumber resipi:Joy Of Baking
Diolah oleh:Rahel
 
Bahan Red Velvet Cake:(Loyang 9")
250g tepung kek/tepung super fine}
1/2 sdt garam                                  }-->diayak
15g serbuk koko                             }
113g mentega
290g gula kastor
2 biji telur gred A
1 sdt esen vanilla
240ml buttermilk
2 sudu besar cecair pewarna merah (saya letak 1/2 sdb sahaja)
1 sdt white vinegar/jus lemon
1 sdt baking soda
 
Cara-cara:
1.Pukul mentega sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
2.Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit)
3.Masukkan telur satu persatu dan pukul setiap kali dimasukkan.
4.Masukkan esen vanilla dan putar hingga sebati.
5.Dalam larutan buttermilk,masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6.Pada kelajuan sederhana,masukkan tepung berselang seli dengan larutan buttermilk
   dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tpg dulu,kemudian semua buttermilk
   dan seterusnya semua tepung yg masih berbaki).
7.Dalam satu mangkuk,campurkan cuka dg bkg soda.Campuran akan berbuih atau berbusa.
   Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
8.Masukkan adunan ke dalam Loyang yg telah digris dan bakar di dalam oven
   pada suhu 170'C selama 50-60 minit.
9.Setelah kek masak keluarkan dari oven dan buatlah adunan cream cheese (lapisan marble).
 
Nota:Buttermilk (1 sdb cuka/jus lemon + 240ml susu segar suhu ruang,biarkan 10 minit
         sebelum digunakan).
 
 
Lapisan Marble Cheese
Sumber resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
250g cream cheese
60g gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu teh jus lemon
 
*sedikit chocolate emulco}
*sedikit red colour            }-disatukan
 
Cara membuat:
1.Pukul cream cheese bersama gula hingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
   Tambahkna jus lemon.Kacau rata.
2.Ambil 3 sudu besar adunan cheese dan satukan dengan pewarna.Masukkan dlm piping bag.
3.Tuang adunan cream cheese tadi ke atas kek red velvet yang sudah masak.Ratakan.
4.Picitkan adunan berwarna ke atas adunan cream cheese bentuk garis memanjang.Lorekkan
   dengan lidi satay hingga membentuk corak marble.Hentakkan untuk buang gelembung
   udara.
5.Bakar dengan kaedah steam bath selama 25-30 minit pd suhu 170'C.
6.Setelah masak,biarkan kek benar-benar sejuk selama 4-5 jam baru dipotong.
   Selamat mencuba.
 

Terima kasih kepada teman2 yang sudi menempah Red Velvet Marble Cheese Cake.
Kini masa untuk Rahel pulak menikmati RVMCC bersama secangkit the hangat.....


Sabtu, 4 Mei 2013

Kek Tiramisu

Salam...

Terima kasih Ratih N sudi tempeh kek Tiramisu dari Rahel.Segala kekurangan mohon dimaafkan.Semoga berpuas hati dengan kerja Rahel.Selamat menikmati.
 

Sabtu, 30 Mac 2013

Tempahan Blueberry Cheese Cake

Selamat berhujung minggu,semoga sihat dan ceria selalu.Hari ni share gambar-gambar Blueberry Cheese Cake yang disorder oleh penggemar Cheese Cake...

Blueberry Cheese Cake

diorder oleh Puan Maslinda.


Diorder oleh rakan FB,Puan Sarimah Asri.


Diorder oleh Julie Qistina.


Diorder oleh En Samat.


Tenkiu semua..

Rabu, 20 Februari 2013

Snow Cheese Cake

Salam...

Untuk resepi sila lihat DI SINI
Untuk tempahan sila sms/call 012-8015195
Thanks Lynn sebab sudi order Snow Cheese Cake.

Ahad, 28 Oktober 2012

Oreo Cheese Cake

Salam.


Oreo Cheese Cake


Bahan:
Loyang 9"
1 biji kek span coklat saiz 9" yang sudah dipotong nipis-lihat resepi DI SINI 

Inti Keju:
A) 350g keju krim
       80g mentega

B) krim putar (dairy cream)
     4 biji kuning telur

C) 15g tepung paling halus
     15g tepung gandum

D) 4 biji putih telur
     80g gula kastor
     1/4 st krim tartar

E) 100g biskut oreo-dibuang krimnya

Cara membuat:
1.Campur bahan (A) dan gaul hingga sekata.Tambahkan bahan (B) perlahan-lahan,sedikit demi
   sedikit.Kacau hingga sebati.
2.Ayak bahan (C) dan campurkan ke dalam bancuhan di atas.Bancuh hingga sekata.
   Ketepikan dahulu.
3.Pukul putih telur,krim tartar dan gula kastor hingga naik dan kembang.
4.Masukkan (3) ke dalam (2.Gunakan spatula untuk gaul hingga sebati.Tambahkan biskut
   oreo.Gaul sekata.Tuangkan bancuhan ke dalam loyang 9" inci yang sudah diisi
   kek span coklat tadi.Bakar kukus dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150'C
   selama 60-70 minit.
5.Apabila kek sudah siap dimasak,biarkan menyejuk.Pukul krim segar hingga naik dan kembang
   menjadi aising.Sapu seluruh permukaan kek dengan krim.Hias ikut kretiviti masing2.

Selamat mencuba.

Sabtu, 1 September 2012

Snow Cheese Cake

Salam.



Snow Cheese Cake
Sumber:K.Zai 

Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga
                                                                             tidak berketul-ketul).

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega
   cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit
   butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam
   dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2
   kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek
   di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.
Selamat mencuba...

Jumaat, 29 Jun 2012

Kek Keju Beri Biru & Pisang

Selamat malam semua..hem..ada orang kat sini k? Semuanya mesti tengah dibuai mimpi kan..hehehe...kali ni terlewat sikit masukkan laporan..so mohon maaf kepada yang sudah penat menunggu resepi kek keju ni...silahkan membaca resepi..
wallaaaaa.....



Sponge Cake Mix

Bahan A:
4 biji telur
20g gula kastor

Bahan B:
4 biji putih telur

Bahan C:
100g gula kastor

Bahan D:
100g tepung gandum-ayak 2x

Bahan E:
50g mentega-dicairkan

*1/2 sudu teh blueberry paste

Cara:
1.Putar bahan A sehingga kembang dan gebu.
2.Putar bahan B sehingga kental (soft peak),tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil
   diputar hingga kaku (stiff).
3.Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur.Kacau rata.
4.Kemudian masukkan bahan D dan kacau perlahan hingga rata.
5.Masukkan pula bahan E dan gaul rata.Tambahkan blueberry paste.Kacau rata.
6.Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar pada suhu 170'C selama 35-45 minit.

*Biarkan kek sejuk,kemudian bahagi kepada 2 atau 3 lapisan (nanti kita akan guna 1 lapisan
  sahaja).

Krim Keju:
270g keju krim (Rahel guna keju krim brand Tatura)
90g gula kastor
200g non-dairy whipping cream-diputar hingga gebu.
4 sudu besar blueberry fruit filling

1 sudu besar gelatin serbuk}
3 sudu besar air}-rendam gelatin hingga kembang,kemudian double boil hingga larut.

Topping:(satukan dan kacau rata)
3 sudu besar blueberry fruit filling
4 sudu besar air masak (bukan air panas tau,tapi air yg kita minum)

4 buah pisang emas-dibelah dua (guna pisang apa pun boleh)

Cara membuat Kek Keju Beri Biru & Pisang:

1.Putar keju krim hingga rata.Masukkan gula kastor.Putar lagi sehingga licin.
2.Tambahkan 4 sudu besar blueberry filling.Putar hingga rata.Masukkan pula gelatin yang
   sudah dilarutkan tadi.Putar hingga benar-benar sebati.
3.Ambil whipping cream yang sudah diputar gebu tadi dan masukkan ke dalam adunan keju.
   Gaul rata.
4.Ambil sekeping kek yang sudah dipotong tadi.Letakkan dalam loyang spring form 8''.
   Tuangkan sedikit adunan keju di atasnya (agak2 la ye,lebih kurang 1 cm gitu) dan susun
   potongan pisang di atasnya (lihat gambar di bawah).

5.Kemudian Tuangkan lagi adunan keju krim di atas pisang tadi (lihat gambar di bawah)
   & ratakan.Sisakan 1 cawan untuk kemaskan tepi kek dan untuk bunga di permukaan kek
   nanti.Simpan kek keju di dalam peti sejuk selama 2 jam.

6.Setelah kek dikeluarkan dari peti sejuk,tanggalkan kek dari loyang.Kemaskan tepinya
   dengan baki keju krim tadi dan paipkan permukaan kek (bahagian tepi) mengikut bentuk
   pilihan anda.

7.Akhir sekali kacau rata-rata bahan topping dan tuangkan di permukaan kek keju.
8.Simpan kek keju di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Pesan:
Sisa adunan keju krim yang satu cawan tadi di simpan di dalam peti sejuk sebelum diguna
kan.Jika hendak diguna,keluarkan dari peti sejuk,kacau kembali sampai licin baru diguna.
Selamat menikmati Kek Keju Beri Biru & Pisang.

Ahad, 19 Februari 2012

Steamed Wet Chocolate Cake

Selamat bertemu lagi di sini,semoga semuanya sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel nak teruskan menulis resepi cream untuk Steamed Wet Chocolate Cake..jum kita layan skejap...




Mula-mula kita kena siapkan bahan-bahan untuk krim keju dan juga blueberry fruit filling..

Inti Cream Cheese & Blueberry Fruit Filling
Resepi:Rahel

Bahan:
250g cream cheese,biarkan pada suhu ruang
75g gula kastor
80g mentega
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu besar blueberry fruit filling,dibancuh dengan 2 sudu besar air panas,kemudian tapis
2 1/2 sudu besar blueberry fruit filling,dibancuh dengan 2 1/2 sudu besar air panas
50g kepingan almond,disangai sekejap
buah strawberry secukupnya untuk hiasan,dibelah dua

Cara:
1.Dalam mangkuk satukan cream cheese,mentega,gula kastor,kemudian putar hingga
   lembut,tambahkan esen vanila,blueberry filling yg sudah ditapis tadi,putar lagi
   hingga rata.

2.Ambil satu keping kek,letak adunan cream cheese,ratakan.Kemudian beri sedikit
   blueberry filling yg dari 2 1/2 sudu besar tadi dan ratakan.Buat seperti ini
   sebanyak 3x.

3.Kemudian tutup seluruh permukaan kek dengan baki adunan cream cheese.
   Simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam.Kemudian beri topping coklat.

4.Keluarkan kek dari peti sejuk,tuangkan chocolate ganache perlahan-lahan
   sampai menutupi semua permukaan kek termasuk bagian tepi kek.

5.Letak semula kek ke dalam peti sejuk selama 3 jam.Kemudian keluarkan
   kek dari peti sejuk dan hias tepinya dengan kepingan badam.

6.Akhir sekali,hiaskan permukaan atas dengan buah strawberry.Siap untuk di
   sajikan.

*Kek boleh disimpan dalam peti sejuk selepas di hias sebelum dihidang,jika
  suka kek yang dingin.


Kali ni Rahel guna Topping Coklat dari dapur Kak Ummi Zaihadi sedap sangat rasa coklatnya,terima kasih banyak yer Kak Ummi,ijinkan gue share skali lagi kat sini.Pertama kali tengok cupcake yang dibuat oleh Kak Ummi terus jatuh cinta..kalau tenung lama-lama cupcake dia tu..memang silau mata dibuatnya..oh ya,nak cite sikit bab topping coklat ni..memang sedap dan takde bau butter..Rahel suka sangat...



Ok la,kita teruskan dulu menulis resepi topping coklat yang sedap giler ni.

Chocolate Ganache
Sumber:Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home


Bahan:
450g coklat masakan
300ml whipping cream
50g butter

Cara:
1.Panaskan whip cream (jangan sampai mendidih) di dalam bekas tahan panas
   dengan api perlahan.

2.Curah atas coklat masakan tadi dan biarkan sekejap,kemudian kacau hingga
   sebati dan tidak berketul.

3.Masukkan butter dan kacau sebati.

4.Biarkan sekejap hingga suam baru tuang ke permukaan kek coklat.
*Untuk topping kek coklat kali ni Rahel buat 1/2 adunan sahaja Chocolate
  Ganache ni.




Resepi Steamed Wet Chocolate Cake boleh tengok DI SINI .

Rabu, 8 Februari 2012

Caramel Slice Cheese Cake

Salam manis kepada semua..tengah buat ape tu?..dah siap makan malam k?..hehehe..kalau dah siap makan malam..jom singgah skejap,kat sini ada caramel slice cheese cake..tapi korang boleh tengok-tengok je..gue yang bedal semua..kali ni Rahel cuba gabungkan pulak dua resepi..ianya ialah puding karamel dan slice cheese chiffon cake menjadi caramel slice cheese cake.Kalau korang nak tau..time buat ni pun rasa semacam je..takut kek tak menjadi..gue punya lutut pun ada gegar2 woo..tapi gegar sikit je..selepas kek masak dan nampak kejadiannya yang ok banget..gue punya lutut tidak gegar lagi..so bolehlah kongsi2 resepi lagi kat sini..harap korang suka dan sudi mencuba...



Caramel Slice Cheese Cake
Sumber:Buku Resepi

Bahan Karamel:
2 1/2 sudu besar gula pasir

Bahan Untuk Lapisan Puding:
3 biji kuning telur
100ml susu segar
35ml air
1/2 sudu teh esen vanila/strawberry emulco

Bahan Adunan Kuning Telur:
3 keping cheese slice*
20ml minyak masak*
20ml susu segar*
2 biji kuning telur
20g gula kaster
40g tepung gandum

Bahan Adunan Putih Telur:
2 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar (Rahel ganti dg secubit garam)
50g gula kaster

Cara:
1.Guna loyang 7'',panaskan 2 1/2 sudu gula pasir dengan api perlahan sehingga
   menjadi karamel.Ketepikan,biarkan sejuk sepenuhnya.

2.Satukan bahan untuk lapisan puding,gaul perlahan hingga sebati,kemudian tapis-
   kan ke dalam loyang yg berisi karamel tadi.Ketepikan.

3.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk tahan panas,cairkan dengan kaedah
   double-boil sambil dikacau guna hand whisk,angkat dari panas.Masukkan pula
   kuning telur dan 20g gula kaster,kacau rata.Kemudian masukkan tepung gandum
   yang sudah diayak,gaul rata.Ketepikan.

4.Dalam mangkuk yang bersih,satukan putih telur dan cream of tartar/garam,pukul
   hingga berbuih,tambahkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kental.

5.Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur,kaup balikkan hingga
   rata.

6.Tuangkan adunan ke dalam loyan yg berisi karamel dan adunan puding tadi.

7.Bakar secara steam-bake pada suhu 165'C selama 45 minit.Setelah kek masak,
   biarkan selama 1 jam dlam ketuhar dengan pintu terbuka.Kemudian keluarkan
   kek dari ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya.Telangkupkan kek ke dalam ping-
   gan.Siap.

Nota:Kek ni boleh disimpan dalam peti sejuk,jika inginkan kek yang dingin.
  


Selamat mencuba..


Jumaat, 27 Januari 2012

Caramel Cheese Cake

Selamat pagi kepada semua..apa khabarnya? semoga korang semua sihat and ceria.Awal lagi dah pekena cheese cake..enak dan nyaman rasanya..keknya begitu halus membelai lidah..dah rasa sepotong mesti nak lagi..dan lagi..hehehe..korang pun patut cuba kek ni..memang sedap tau..







Haaa..oklah pada yang nak resepi caramel cheese cake..silahkan ambik pen dan tulis resepinya.Resepinya Rahel letak sesuai dengan yang ada pada buku resepi dan cara2 tuan punya resepi menyediakan caramel cheese cake,so korang boleh pilih yang mana satu cara yang korang senang nak guna..

Caramel Cheese Cake
Sumber:Season Cake/Daniel Choong

Ingredients:
(1) 110g sugar

(2) 6 egg yolks
      200g carnation milk (evaporated)
      70g water
      1 teasp vanilla essence

(3) 4 egg whites
     50g sugar
     1/4 teasp cream of tartar

(4) 500g cream cheese
      65g butter
      150g sugar
      4 egg yolks

Method:
1.Place sugar in 9" round mould,stir and cook till caramelised,leave till cooled.

2.Mix egg yolk,milk,water and vanila essence in a bowl,stir till  smooth.Strain
   over cooled caramel.

3.Beat egg white,cream of tartar and sugar using whisk at high speed until fluffy.

4.Beat cream cheese,sugar and butter with 'K beater 'on medium speed till smooth.
   Add in egg yolk one at a time.Turn the speed to low and add in step 3.
   Mix it for 1 minute.Pour mixture into step 2.Steam bake in oven for 1 1/2 hour.

5.Use bamboo stick to test whether it's cooked or not,if cooked,take it out and leave
   it for 1 hour.turn it upside down on a 10.5''board.(there must be a tray to contain
   those syrup that drooping out).



Enjoii..

Rabu, 11 Januari 2012

Chocolate Loaf Cheesecake

Selamat malam...singgah sebentar menemani Rahel yang lagi ngentry resepi kek.Ada orang kat blog k? hehe..oklah,sesuai dengan janji tadi petang..resepi akan ditayangkan di sini...selamat membaca...




Chocolate Loaf Cheesecake
Resepi by:Kevin Chai

Bahan:
150g tepung gandum}
1 sudu teh baking powder}
1/2 sudu teh soda bikarbonat}
1 sudu teh serbuk koko}
3 biji telur (guna telur saiz L)
150g gula kastor
100g mentega
200g cream cheese
30g coklat masakan

20g keju cheddar parut,untuk taburan

Cara:
1.Griskan loyang loaf 10x20cm (4x8in) dan alas dengan baking paper.
2.Satukan gula dengan telur,kacau rata.Tuangkan ke dalam campuran tepung
   tadi.Gaul rata.Ketepikan.
3.Cairkan mentega,cream cheese,coklat masakan dengan kaedah double-boiler.
   Angkat dan biarkan sejuk.
4.Tuang ke dalam adunan tepung tadi,gaul hingga rata.
5.Tuang ke dalam loyang yg telah digriskan tadi.Bakar dalam oven pada suhu
   180'C selama 40-50 minit.

Ahad, 8 Januari 2012

Cotton Cheese Cake

Selamat malam semua...singgah sekejap kat dapur untuk menikmati sepotong kek.Kali ni Rahel cuba pulak buat cotton cake resepi Wendy Kor..rasa dia memang tersangat la sedap..lembut dan wangi je..dan sudah tentu ada di antara kawan-kawan yang dah pun mencuba resepi ni..dan pastinya suka banget..so jom tengok resepi..


Cotton Cheese Cake
Resepi:Wendy Kor/Bicara Kek

Bahan A:
60ml susu U.H.T.
160g krim keju
30g mentega

Bahan B:
4 biji kuning telur
10ml jus lemon

Bahan C:
30g tepung paling halus
30g tepung jagung

Bahan D:
4 biji telur
100g gula kastor
2g garam

Cara:
1.Masak bahan (A) cara kukus.Kacau hingga lembut dan sebati.Ketepikan
   dahulu.
2.Tambahkan bahan (B) dan gaul hingga sekata.Kemudian masukkan bahan (C)
   dan bancuh hingga sebati.
3.Pukul bahan (D) pada kelajuan sederhana sehingga naik dan kembang.Masukkan
   perlahan-lahan ke dalam bancuhan No.2 dan kacau hingga sekata.
4.Tuangkan bancuhan ke dalam acuan bersaiz 9".Bakar kukus dalam ketuhar yang
   sudah dipanaskan pada suhu 150'C selama 60-70 minit.
5.Apabila kek sudah siap masak,terbalikkan kek selama 5 minit sebellum dikeluar-
   kan dari acuan.Cara ini adalah untuk mengelakkan kek daripada tenggelam di
   bahagian tengah.

Pesan:
*Rahel guna loyang berbentuk oval untuk membakar kek dan setelah kek masak
  Rahel terbalikkan ke dulang untuk mengelakkan corak bergaris-garis kat per-
  mukaan kek.



Enjoiiii...

Rabu, 7 Disember 2011

Steamed Cheesecake

Selamat malam kepada yang sudi jalan-jalan dalam blog Rahel malam ni.dah siap letak resepi steamed cheesecake..tentu ada yg tertunggu-tunggu kan?



 


Oklah kawan-kawan..ni aje resepi steamed cheesecake tu..harap anda suka dan sudi mencuba.silahkan tinjau-tinjau resepinya  kat bawah tu..

Steamed Cheesecake
Sumber Resepi:Ct Zarith,Facebook

Bahan:
5 keping slice cheese (tak kisah la jenama apa)
250g mentega
150g gula kastor
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
200ml susu segar
2 sudu makan sunquick

Cara:
1.Cairkan susu dengan slice cheese.Ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula sehingga sebati dan kembang.
3.Masukkan tepung dan telur secara berselang seli dan pukul rata.
4.Masukkan sunquick dan kacau rata.
5.Masukkan campuran susu dan cheese tadi,kacau rata.
6.Griskan loyang dengan mentega dan tuangkan adunan dalam loyang,
   kemudian tutup dengan aluminium foil.
7.Kukuskan sampai masak selama 1 jam lebih.

pesan:
*jika nak corak marble,bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan.
  kemudian masukkan adunan berselang seli ke dalam loyang.
*Rahel bakar kek dalam ketuhar selama 40 minit pada suhu 170'C.


Ahad, 9 Oktober 2011

Kek Keju Coklat

Selamat bertemu kembali,pa khabar semua? ada buat kuih k? hehehe..Resepi yang  saya nak share kali ni ialah kek keju coklat, resepi yang di ambil daribuku resepi Yum Yum..banyak resepi yang sedap dan menarik,oklah kawan2 saya share pulak resepinya kat sini ye..jom..




Kek Keju Coklat
Resepi:Yum Yum

Bahan A:
(bahan dasar biskut)
80gbiskut marie,dihancurkan
40g mentega
*satukan bahan dasar dan mampatkan dalam loyang 6"

Bahan B (krim keju):
250g krim keju
30g gula kastor
1 biji  telur L
1 st esen vanila
40g coklat masakan,dicairkan
1/2 sudu teh parutan kulit lemon



Cara:
1.Pukul krim keju dan gula kaster sehingga lembut.Masukkan telur dan pukul
   rata.
2.Tambahkan coklat cair,parutan kulit lemon dan kacau rata.Tuang ke dalam
   loyang yang berisi bahan dasar tadi.
3.Steam-bake pada suhu 150'C selama 50minit-1 jam.
4.Setelah masak biarkan sejuk kemudian letak dalam peti sejuk selama 2 jam
   baru potong dan hidang.


Selamat menjamu selera..daaa..

Isnin, 3 Oktober 2011

Slice Cheesecake

Selamat petang semua...dah siap buat kuih k? Petang ni Rahel buat slice cheesecake yang dah famous tu..resepinya pulak diambil dari Onigiri,MyR..sedap sangat kek ni,tak muak kita makan bab kurang rasa lemaknya.



Oklah kawan-kawan,untuk lebih senang Rahel letak jak resepinya di sini ye...boleh jadi rujukan nanti...jom layann.

Slice Cheesecake
Resepi:Onigiri,MyR

Bahan:
4-5 keping slice cheese
200ml susu segar
70g butter atau marjerin
70g tepung gandum (diayak dahulu)
70g gula
4 biji telur M
beberapa titik esen vanila

Cara:
1.Potong atau siat slice cheese kecil2 dan campurkan dengan susu
   segar.
2.Kemudian masukkan dlm periuk,gunakan api perlahan dan biarkan
   slice cheese tadi cair,kacau sentiasa.
3.Masukkan butter dan kacau hingga larut,tutup api dan sejukkan se-
   bentar.
4.Asingkan putih telur dan kuning telur.Pukul putih telur bersama gula
   sehingga menjadi meringue.
5.Di dalam bekas lain,pukul kuning telur hingga kembang dan masuk
   kan ke dlm adunan cheese tadi,masukkan tepung gandum sedikit
   demi sedikit dan pukul lagi,pastikan adunan tidak berketul.
6.Akhir sekali campurkan meringue ke dlm adunan tadi dan beberapa
   titik esen vanila,gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.Glis
   acuan kek dg marjerin dan alaskan dengan kertas.Masukkan adunan
   kek di dalam acuan.
7.Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit dan turunkan suhu 140'C se
   lama 40 minit.Gunakan acuan kek 20cm dan letakkan sedikit air di
   bawah dulang pembakar,cara bain marie,untuk mendapatkan kek yg
   elok tekstyurnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu saja.