Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan

16/06/12

ANEKDOT 216: BAHASA TEGANU DALAM TULISAN

(Cuba baca dalam bahasa baku)

Beberapa hari lepas saya singgah ke Kuala Kemaman.

Sewaktu nak ke bilik air, terpandang papan tanda ini.
Terbantut niat nak melegakan diri di situ.

Kasarnya bahasa ni. Gulp!!!

Nota hujung: Kamu buang air dalam tandas, orang lain yang cuci. Kamu ada akal, ada otak. Otak akal kamu binatang
Sumber: Snap sewaktu jalan-jalan.

16/12/11

ANEKDOT 206: TROLI FAHAM BAHASA


Sekarang dah sampai ke penghujung tahun.
Musim pusat beli belah mengosongkan premis mereka tiba lagi.
Bonus hujung tahun pun dah mengisi kantung ...

Jom pergi "shopping!!!"

Aku tertarik dengan notis yang terpampang di sebuah butik -
rupa-rupanya bukan sahaja rakyat Malaysia malah troli pun faham bahasa
dan akur dengan arahan.


(troli pasti akur apabila membaca arahan ini)

Di satu tempat pula aku tidak dibenarkan masuk.
Wah,ini sesuatu yang menarik.
Ada pusat beli belah yang melarang pelanggan memeriahkan jualan.!!!


(Sila tunggu di sini sekejap)

Sebenarnya ini hanya larangan sementara - apabila berlaku kesesakan yang terlampau,
pihak penjual meletakkan label ini (dengan kawalan JPAM) di pintu masuk.




Nota hujung: ??????
Sumber: Koleksi sendiri

8/12/11

ANEKDOT 204: JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN

Setelah berhibernasi, aku kembali bertugas - hehehehe!!!
banyak perkara yang perlu dilakukan - apatah lagi di tempat baru.

Aku baru saja menyandang jawatan baru... tapi ada orang memerlukan jawatan kosong!!!
Macam mana ni - apa maksud bena ni kalau dibaca sekali imbas?


(tafsirlah sendiri, ya)

Kenapa diiklankan kalau tiada jawatan - agaknya pengiklan ini ada "sense of humour" atau...
memang tidak tahu berbahasa. Kesian dia....


Nota hujung: Kalau tak tahu... tanya!
Sumber: Sekitar alam

3/12/11

ANEKDOT 203: BAHASA SINIKAL DI TANJUNG PIAI


Waduh...
cuti masih panjang, masih lama masih ada masa nak menyendiri - berhibernasi!!!
Keseronokan masih terasa...

Jom ke penghujung benua - Benua Asia!!!

Sewaktu ke penghujung benua tu, banyak betul terserempak dengan kawan-kawan yang nakal ni. Ada juga orang yang nak jadi macam mereka ni. Itulah agaknya yang mencetus idea poster seperti ini. Bagus juga kalau PBT letakkan di sekitar bandar. Ada orang marah tak?

( memang sinikal papan tanda ini.)


(menuju ke penghujung benua Asia)

Akan tetapi, yang lebih penting... mencari tempat untuk bersunyi-sunyian. Nak berhibernasi sambil merakam foto "sunrise" dan "sunset".

Tanpa dirancang, terjumpa satu papan tanda yang tertulis - Tanjung Piai Resort - 1 km dari mercu tanda Penghujung Benua Asia.

(tempat berhibernasi selama 2 hari)

(bukan sahaja nyaman - tanpa gangguan - sangat sesuai untuk kaki pancing.)


Nota hujung: Bulan madu di awan biru... tiada yang mengganggu.
Bulan madu di laut biru... helang yang menjenguk!!!
Sumber: Kisahku...


16/06/11

ANEKDOT 200: SATE BIBIR MANIS

Adakalanya pelbagai cara yang digunakan untuk menarik perhatian menghasilkan tafsiran yang juga pelbagai.
Apakah tafsiran yang dapat kita fahami dengan papan pamer ini?


(tentu lebih manis kalau yang menyambut pelanggan juga manis)



(kacukan bahasa?)

Nota hujung: Indahnya bahasaku
Sumber: Jalan-jalan di Trengganu

12/06/11

ANEKDOT 199: NEGO BLAKO...

Sewaktu merentasi laluan pantai di Tok Bali terpandang papan tanda di kedai ini.

Nama yang amat menarik. Setelah diamati, nama ini dalam loghat Kelantan.



(Nama sebuah kedai di Tok Bali, Kelantan)

Tafsirannya:
1. Niaga belaka = Pelbagai jualan.

Tidak perlu berbahasa asing untuk menamakan kedai agar lebih diingati pelanggan.

Nota hujung: Ada cadangan nama lagi?
Sumber: Jalan-jalan ke KB

8/01/11

ANEKDOT 192: KUIH UFO - TAKDE HAL PUNYE!!!

Rakyat Malaysia sangat terbuka sifatnya. Bahasanya juga sangat terbuka dan sedia menerima apa-apa saja perubahan dan pengubahsuaian.
- apa yang penting mesej yang nak disampaikan sampai kepada khalayak.

Memang
tak de hal punye!!!

Kalau begini, sampai bilakah bahasa Melayu dapat dimartabatkan di pentas dunia?


(ejaan mengikut sebutan?)


Pernah dengar nama kuih ini?
Pernah rasa keenakan makan kuih leper ini?

Jauh datangnya, mungkin ciptaan makhluk asing.

Kalau ingin mencubanya datanglah ke PD.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

(makanan makhluk asing - unik!!!)


Nota hujung: Pernah makan jala emas dan tahi itik?
Sumber: Travelog PD

29/12/10

ANEKDOT 190: KARIPAP, KARIPAP, KARIPAP... PANAS, PANAS, PANAS... PARKING DULU

Melihat papan tanda ini
aku terbayang karipap panas sedang mencari tempat letak kereta.
Tersenyum-senyum memandangku.


Hish, nakalnya otak aku waktu hujan-hujan begini.

v
v
v
v
v
v
v
Aku dan rakanku tergelak dan senyum-senyum apabila terpandang papan tanda ini.
Sepanjang waktu makan dan minum dia asyik tersenyum
aku kehairanan.
Waktu itu kami berhenti di tepi jalan untuk minum petang ketika hujan lebat.


Nota hujung: Bilalah agaknya hal semudah ini dapat dibetulkan.
Sumber: Jalan-jalan minum petang.

ANEKDOT 189: SIAP DALAM, SIAP LUAR... MURAH, MURAH, MURAH!!!


Sewaktu pulang dari Port Dickson, terlencong ke Bandar Baru Nilai dan seterusnya ke Nilai 3 secara tidak sengaja. Sempat juga meronda di sekitar premis perniagaan yang popular ini, tetapi saya lebih teruja dengan papan tanda perniagaan yang dipamerkan.

Pelbagai barangan diniaga di sini. Paling banyak barangan tekstil dan barangan persiapan untuk perkahwinan. Semuanya ada d sini, siapkan duit saja kerana ada duit semua boleh kuit. Setiap barangan dijual dengan harga murah dan berpatutan. Yang tak patutnya harga orang pun murah...

(Siap dalam 1 jam. Siap luar berapa jam, agaknya?)



(Inilah agaknya harga orang di Nilai)

Sebenarnya papan tanda ini terletak di pintu masuk tandas!



Nota hujung: Kalau dah bersedia untuk kahwin, datanglah ke Nilai3
Sumber: Travelog PD.

14/11/10

ANEKDOT 179:TRAVELOG HAJI YANG LALU 1: MENUJU ARAFAH


Hari ini 8 Zulhijjah: para bakal haji sudah pasti mula bergerak ke Arafah untuk berwukuf. Saya masih ingat sewaktu mengerja haji pada tahun lepas, hari ini kami meninggalkan Mekah. Sewaktu bas bergerak pada petang itu - selepas waktu asar - hujan turun dengan lebatnya. Sehari sebelum itu lagi rintik-rintik hujan sudah mulai membasahi kota Mekah. Sewaktu berada di Masjidil Haram pada subuh itu, perasaan sayu amat terasa. Hati terasa berat untuk meninggalkan Kota Mekah walaupun untuk seketika...


(para jemaah bersolat subuh di atas jalan di Ajyad Street)
subuh yang mengharukan...


Ketika tiba di Arafah, hujan sudah mulai reda. Kami di maklumkan oleh petugas TH, Mekah dilanda banjir besar. Masya-Allah, Mekah tidak pernah menerima hujan selebat itu sejak 25 tahun yang lalu, menurut kata petugas TH tersebut.
Setelah selesai urusan khemah untuk bermalam dan bersolat saya mengambil kesempatan untuk meninjau di luar kawasan khemah. Malam itu saya menemukan beberapa kenalan yang telah lama terpisah...benarlah kata orang - Arafah tempat pertemuan!


(di bahagian belakang tempat penginapan jemaah haji Malaysia)


(bersama-sama Hj Hashim)


(Minum pagi - kopi Arab di Arafah)


Sepanjang hari para jemaah sentiasa mengerjakan ibadah - bersolat, bertadarus, berdoa - tidak kurang juga yang hanya mengisi masa dengan bersendiri mencari keredaan Ilahi.

(Suasana di dalam khemah Arafah dan aktiviti jemaahnya)


(Bersama Hj. Mat - bekas pegawai FELDA- ceritanya dalam entri akan datang)


Nota hujung: Arafah yang menginsafkan
Sumber: Kisah sendiri

24/09/10

ANEKDOT 175- INDAHNYA NEGARAKU

Kalau pandai cuba teka, apakah gambar ini.
Tentu ramai yang dah tahu ini bangunan apa.
Tak kurang juga yang tertanya-tanya, "Bangunan apakah ini?"
jika melihat kepada bentuknya yang pelik.
v
v
v
sila skrol ke bawah untuk kepastian
:
:
:
:
:
:
:

(Rupa-rupanya, inilah sebuah kompleks letak kereta.
Di sini kereta diletakkan secara bertingkat.
Lif digunakan untuk pergi ke setiap tingkat.)
Memang hebat !!!
Satu cara untuk mengurangkan kawasan letak kereta.
Sayangnya gambaran ini, buat masa ini baru terdapat di luar negara.
Mungkin satu hari nanti di negara kita juga akan diwujudkan tempat letak kereta sebegini.
Tak perlu lagi berebut atau terpaksa berjalan jauh dari tempat yang ditujui.
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Buat masa ini kita perlu bersabar sajalah dengan tempat letak kereta yang ada.
Selalunya tempat letak kereta di negara kita ada papan tanda begini ...
maklum sajalah pengendalinya mengimpot pekerja khas dari luar negara untuk menjaganya

V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

(pastilah ejaannya juga tunggang-langgang)

Nota hujung: Sampai bilalah ejaan semudah ini nak ditulis dengan betul.

Sumber: Emel daripada insan yang prihatin

15/09/10

ANEKDOT 173 - PAPAN TANDA JALAN BERHEMAH

ANDA BERHEMAH
PAPAN TANDA JUGA BERHEMAH
.
.
.
.
"Jadilah pemandu berhemah"
"Jangan terburu-buru ketika memandu"
"Orang lain juga mahu pulang dengan selamat"
.
.
.
Demikian beberapa cogan kata yang disiarkan melalui media
mengingatkan pemandu supaya berhemah di jalan raya
.
.
.
tetapi
.
.
.
usaha ini nampaknya tidak dihiraukan sangat oleh pemandu.
Bagaimana pula papan tanda berhemah?
Menarik juga apabila usaha meletakkan papan tanda
peringatan menggunakan bahasa yang berhemah.
.
.
.
(walaupun ada sedikit sinikal)


Biasanya: IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG


Biasanya: PEJALAN KAKI SAHAJA


Biasanya: JANGAN BUANG SAMPAH KE LUAR KENDERAAN



untuk yang masih berdegil...



Biasanya: JANGAN POTONG BARISAN (QUE)
..
..
..
..
..
..
..
d a n
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ada gurindam (?) lagi...


Nota hujung: Sambil-sambil memandu tu jeling-jelinglah ke sebelah
Sumber: Papan tanda jalan raya sekitar bandar


19/03/10

ANEKDOT 149 - BAHASA ORANG BERMULUT JAMBAN

Kisah di KLCC satu ketika


"Kat mana toilet?" tanya wanita itu bersama 4 orang anak-anaknya yang sedang menahan perut.
"Tu, kat depan sana," sambil ibu jari menuding ke arah pintu tandas.

"That's a public toilet, i mean a paid toilet," meninggikan suara sedikit.
"Maaf, tak tahu pula saya. Tandas tu okay, bersih, ada petugas mencuci tandas tu secara kerap"

"Ooo, nooo...public toilets very dirty, filthy. I can't stand the smell...". I don't mind paying for the toilet", dengan nada angkuh.

Beberapa ketika kemudian ( setelah keluar dari premis restoran antara bangsa)

"Disgusting! I was asked to pay RM5.00 for using the toilet."


Aku hanya tersenyum di dalam hati...

(tandas sesuai untuk orang seperti ini)



Nota hujung: Nak berlagak - tapi kedekut ( baca: tak mampu)
Sumber: Jalan-jalan KLCC

19/01/10

ANEKDOT 146...APA PELIKNYA GAMBAR INI...?

DINDING, TIANG, TIANG, TIANG DAN KERUSI RODA

Setelah selesai mengerjakan ibadah haji, saya masih ada 21 hari tempoh untuk terus berada di Tanah Suci. Kebiasaannya, jemaah haji berada selama 44 hari di Tanah Suci tetapi saya mendapat tambahan 11 hari lagi menjadikannya 55 hari. Masa terluang yang banyak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya - di sini tidak ada kerja lain selain beribadah.

Walaupun begitu saya dikejutkan juga dengan beberapa perlakuan pelik (dari pandangan saya), malahan hampir kepada perlakuan khurafat yang dilihat di kawasan masjid.


1. DINDING KAABAH/PINTU KAABAH

Di sini ramai jemaah (bukan dari Malaysia) yang berdoa dan bertaubat sambil melekapkan badan mereka ke dinding Kaabah. Mereka meratap dan menangis memohon keampunan daripada Ilahi. Ada sebahagian daripada mereka yang menyapu kopiah dan serban ke dinding kemudian menciumnya.
Sering kali juga perlakuan mereka ini diperhati oleh oleh pihak berkuasa yang bertugas - hinggakan kopiah dan serban itu dirampas.



2. TIANG BURAQ


Tiang ini menarik perhatian saya apabila sering kali melihat jemaah dari Pakistan memeluk dan menciumnya sambil membaca buku doa. Setelah beberapa kali melihat perlakuan mereka saya mula bertanya sebabnya.
Jawapannya - inilah tiang buraq, tempat Nabi Muhammad s.a.w. menambat buraq setelah pulang dari Israq dan mikraj.
Soalnya...adakah buraq itu sejenis haiwan/burung dan perlu ditambat?



3. TIANG JIN

Tiga tiang berwarna hitam sederet ini dikatakan tiang asal Masjidil Haram. Di tiang inilah jin diikat ketika Rasullullah s.a.w. berdebat dengan jin tentang ketauhidan terhadap Allah. Akhirnya jin mengakui kekuasaan Allah lalu sujud menyembah Allah.


Salah satu tiang jin dari dekat.
(seorang sahabat berbisik kepada saya di sinilah tempat orang mengambil toyol)
Masya-Allah - mengapa? mengapa? mengapa?

4. KERUSI RODA


Timbunan kerusi roda ini sengaja dilonggokkan oleh petugas Masjidil Haram di sini. Kerusi roda ini milik para jemaah yang kurang upaya. Kebanyakannya diambil ketika mereka sedang kusyuk mengerjakan ibadah. Tidak tahu alasannya kerusi ini dirampas sedangkan pihak berkuasa tiada halangan jika para jemaah mahu mengambilnya untuk digunakan.

Nota hujung: Semua tiang ini berada di dalam Masjidil Haram.
Sumber: Perbualan dengan para jemaah, terutama dari Pakistan ( harap maaf sekiranya kenyataan di atas tidak benar)

18/01/10

ANEKDOT 145...MELONTAR ORANG DI MINA

(khemah jemaah di Mina)

Semasa berada di Mina selama empat hari untuk kerja melontar jamrah, para jemaah Malaysia telah ditempatkan di kawasan yang berhampiran dengan muassim (terowong). Pelbagai peristiwa dan karenah manusia yang dapat dilihat di sini. Antaranya, berkongsi ruang tidur seluas 14 kaki x 14 kaki dengan 14 orang jemaah yang lain, berkongsi bilik air yang sedikit dengan 30000 jemaah Malaysia yang lain ( juga jemaah Indonesia yang menceroboh masuk), berjalan kaki sejauh 3 km pergi balik ke jamrah setiap hari, sebenarnya banyak menguji kesabaran dan keimanan sesiapa sahaja. Saya seronok dan selesa berada di sini...

Di sini para jemaah berkampung untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah - Kubra, Wusta dan Sughra. Kebiasaannya para jemaah Malaysia dibawa ke jamrah selepas waktu Isya' tetapi saya memilih untuk pergi sendiri pada waktu subuh. Selain udara yang nyaman, tidak ramai para jemaah pada waktu begini. Ini menyediakan ruang yang sangat luas untuk memilih di tingkat mana untuk melontar jamrah. Sayangnya, pada waktu subuh masih ramai yang tidur...


(melalui muassim (terowong) untuk pergi melontar)
v
v
v
v
v
v
v
gambar dirakam sewaktu berjalan kaki pergi dan balik ke Jamrah
v
v
v

(ada jemaah yang tidur di tempat bagasi bas)

(ada yang sanggup melelapkan mata di dalam longkang.)

(kesejukan tidur di bawah jejantas)

(ibu dan anak beralaskan kotak untuk tidur)

(bergulung di dalam tikar - mulanya disangka mayat...)

Kebanyakan jemaah yang tidor ini datang tanpa pengurusan haji di negara masing-masing. Betapa bersyukurnya saya kerana pengurusan jemaah haji oleh TH Malaysia sangat cemerlang menjaga jemaahnya - walaupun saya datang bukan dengan pakej haji swasta.

Nota hujung: Seorang sahabat dengan marah memberitahu saya, " sepatutnya orang yang tidur ni yang dilontarkan ke jamrah - mereka tidak bangun bersolat subuh walaupun suara azan kedengaran dari masjid berdekatan." Nauzubillah min zaliq...
Sumber: Album koleksi peribadi

17/01/10

ANEKDOT 144...THE OTHER SIDE OF NABAWI

WARNA-WARNI DI SEBALIK KOTA MADINAH

Berkunjung ke Madinah semasa dalam perjalanan mengerjakan haji menarik saya untuk melihat kunjungan itu daripada perspektif yang berbeza. Banyak peristiwa menarik yang dapat dilihat yang dialami sepanjang sembilan hari berada di Kota Madinah terutama di sekitar Masjid Nabawi dan kawasan berhampiran. Kunjungan yang bukan sahaja untuk tujuan beribadah telah menarik jutaan jemaah - mereka datang dari negara yang berbeza, membawa sama budaya yang berbeza, perlakuan yang berbeza - yang adakalanya agak pelik berbanding amalan kita.
Seorang jemaah dari Indonesia berkata kepada saya, " Bapak lihat...rona pakaian mereka lain, perlakuan mereka berbeda, pertuturan mereka amat ketara sekali berbeda - tapi cuba lihat ketika solat - cara ruku' dan sujud mereka sama, dan yan pastinya kiblat kita sama. Kita jangan lihat perbedaan antara kita, tapi lihat persamaan kita. Jelas Allah hanya satu dan untuk umat Islam."


pembawa bendera dari satu daerah di Indonesia

jemaah muslimah dari negara Afrika

berteduh di luar masjid

jemaah dari negara China - katanya kaum Uighur - sedang solat sunat

warna sedondon untuk keseragaman

takut mahu berpisah

ada jatidiri yang kuat

menunggu giliran untuk ke makam Baqe'

berkumpul menanti jemaah dari negara yang sama

pulang daripada solat sunat

kaum wanita Uighur negara China

wanita Pakistan setia dengan warna hitam

jemaah Indonesia mendengar taklimat

jemaah Afrika beratur mendapatkan rawatan di klinik Masjid Nabawi

Seorang Jemaah Malaysia baru turun berdoa di Jabal Rahmat...heheheh!!!

Nota hujung: Warna dan pakaian yang sama untuk mudah dikenali kerana ramai yang sesat.
Sumber: Album sendirilaa...