Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts

Mar 16, 2012

Ibrah Graduasi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah....yahoo!!! akhirnya dah ber'graduasi' juga aku, hari yg ditunggu oleh setiap pelajar di mana2 pusat pengajian setelah melalui beberapa tahun pengajian...memang lumrah abis blaja ialah masa untuk terima imbalan atau ganjaran yang setimpal dengan apa yg telah dilakukan semasa pengajian....jika baik maka baiklah kelas ijazahnya dan jika kurang baik maka kurang baiklah kelas ijazahnya.


Dec 12, 2011

Poligami dan Hikmahnya

Bismillahirrahmanirrahim,
MasyaAllah semenjak dua menjak ni tak habis-habis pos berkenaan perkahwinan ni, meraikan suasana dek kerana ramai yang mendirikan perkahwinan kebelakangan ini. Rasa terpanggil sekejap untuk menulis satu bab daripada perkahwinan iaitu salah satu sunnah juga iaitu POLIGAMI



Dec 11, 2011

Walimah demi Walimah: Antara Baitul Muslim dan Baitul Haraki

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah hari ini, 11 Disember sorang lagi kawan aku akan mendirikan masjid, syukur kerana dapat jua melaksanakan salah satu sunnah Rasulullah, tahniah kepada Nor Faa'iza dan pasangannya, semoga Allah memberkahi perkahwinan kalian dan beroleh keluarga sakinah, mawadah wa rahmah. Ramai sungguh sebenarnya mengakhiri zaman bujangnya lewat kebelakangan ini dan menyahut seruan Allah dalam firmanNya :

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. 
(Yassin 36)

Entering New World

Bismillahirrahmanirrahim,
Dunia baru? Dunia apalah plk, berapa byk dunia lah kta duduk, alhamdulillah usai sudah sebenarnya dunia PENGAJIANku selama hampir 5 tahun setengah, banyak memori pahit manis, suka duka di bumi Ipoh dan di alam guru pelatih ku rasai, semoga ada di antaranya menjadi bekal berguna untuk aku memasuki dunia baru, dunia KERJAYA.

Jul 19, 2011

Ibrah Pemuda Al-Kahfi

Bismillahirrahmanirrahim...
Lama jugak rasanya tak edit blog kesayangan ni. Bak kata org Kelantan.."lamo kak loh". Alhamdulillah Allah masih memberi aku ruang untuk menulis sesuatu yang diharap dapat dijadikan sesuatu yang berguna kepada pembaca-pembaca blog ini. 

Terasa sangat bertuah dan bersyukur kerana di hujung-hujung tahun pengajianku yang hanya berbaki tidak sampai 4 bulan lagi ni, ak dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan. Baru-baru ni aku berpeluang ke Gua Tempurung walaupun ak sudah berada 4 tahun di Ipoh. Rombongan kami ke gua ialah searamai 10 orang dan dengan bantuan Ranjer Gua tersebut kami menereko penuh keinsafan ruang-ruang di dalam gua yang dikatakan telah terbentuk lebih 200 juta tahun dahulu. Keindahan baru-batu kapur dan stalagetite dan stalagmite yang menjalankan tugasya membuktikan betapa hebatnya kekuasaan Allah. Malah info baru yang saya peroleh iaitu titisan air dari stalagtite ke atas stalagmite lama kelamaan akan menambahkan panjang stalagmite dan kedua-duanya mengambil masa 200 tahun untuk bersambung.
Stalagmite dan stalagtite

Dec 16, 2010

Jangan Berdoa Macam Orang Gila!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Soalan cepu mas, sepanjang kita hidup di muka bumi ini, adakah semua doa kita telah termakbul oleh Allah? Jeng2…bagi yang berkata belum, saya aggap anda berkata demikian dalam keadaan jahil dengan rukun dan syarat berdoa kepada Allah. Doa pun ada rukun dan syarat berdoa jugak ke? Bukankah doa itu satu keinginan? Sebab itu kata orang kata-kata kita merupakan doa, contohnya kita berkata ingin memakan nasi ayam hari ini. Sebenarnya itu merupakan satu doa, apatah lagi kalau sumpah menyumpah yang menzahirkan keinginan akan menjadi satu doa.

Dec 3, 2010

1/2 jam taalim di masjid, 1/2 jam taalim di rumah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Selamat bercuti kepada semua yang bercuti, semoga cuti kita diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat..amin

Sedikit perkongsian dalam cuti ni berkenaan dengan tazkirah yang disampaikan oleh seorang pak cik dari jemaah tabligh yang datang ke surau berhampiran dengan rumah aku selama beberapa hari. Banyak perkara yang disentuh oleh pak cik tersebut terutama berkaitan iman dan kepentingan keluar berdakwah. Namun yang aku paling tertarik ialah tentang taalim. Apa itu taalim? Dan apa itu tabligh sebenarnya?

Ni ada sikit info tentang tabligh yang sempat aku bentang kat IPG tak berapa lama dulu:

Jemaah Tabligh ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Jemaah ini menolak politik kepartian.
Tarbiah melalui cara keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Tabligh sendiri bermaksud menyampaikan. Maka golongan-golongan yang dapat dilihat dari segi fizikalnya berserban dan berjubah serta keluar dari rumah ke rumah untuk berdakwah.

Jemaah tabligh antara yang diiktiraf dan mendapat perhatian pemimpin negara kini? Jemaah lain?

Aug 27, 2010

Counter

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Salam Ramadhan Kareem buat semua, bagaimanalah agaknya amalan kita sepanjang Ramadhan ini? Harapnya kita tergolong dalam golongan yang berusaha memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini.

Teringat kata-kata seorang bekas ahli lujnah ku kepada aku:

Ahli lujnah : Salam a.rafiq, (....) nak fikir dulu tentang keberadaan (....) dalam lujnah ini. Sebab (....) macam x menyumbang ape-ape dalam lujnah ni...

Jun 14, 2010

Ape nak jadi???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Baru-baru ini, saya telah dikejutkan dengan pengakuan seorang kawan dari laman sosial (so sial) Facebook tentang 'religious view'nya...kalau ramai antara kawan-kawan saya sebelum ni semuanya 'state' ISLAM..yg lagi 'best'...'ISLAM IS THE WAY OF LIFE'...betul lah tu tapi ada seorang kawan ni yg di'suggestkan' oleh kawan saya yg kini belajar di luar negara, dia 'state'kan 'religious view' dia sebagai 'LIBERAL ISLAM...I repeat LIBERAL ISLAM'



Ape tu 'LIBERAL ISLAM'?

Untuk lebih tahu dengan terpeinci dan tepat ape tu sebenarnya 'LIBERAL ISLAM' atau Islam Liberal ni...jadi hadam dan baca dengan hati artikel ni...

Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal

Islam Liberal menyerang ajaran Islam dari sudut akidah dengan penyebaran fahaman pluralisme, dari sudut syariah dengan perubahan metodologi ijtihad dan dari sudut wahyu dengan melakukan kritikan terhadap Al-Quran itu sendiri.

Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fikah. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat serta ulama mujtahid. Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa , sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas- nas Syarak secara putus (qat’ie). Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, cara berfikir barat tersebut terdiri daripada lima sifat yang saling kait-mengait :

1. Kebergantungan semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan dunia.

2. Dualisme dalam memahami pelbagai realiti dan kebenaran. Contohnya dualisme antara akal dan jasad, dan pemisahan antara kaedah rasionalisme dan empirisisme.

3. Penekanan kepada unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang mempamerkan pandangan alam (worldview) yang sekular
.
4. Doktrin humanisme iaitu jelmaan ideologi sekuralisme yang memusatkan penilaian segala-galanya kepada fikiran manusia.

5. Konsep tragedi yang menyusup dalam setiap arena kehidupan baik falsafah, agama, atau kesenian.

Konsep ini mencerminkan jiwa yang tidak beriman kerana kecewa dengan agama.

Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia merupakan persatuan pemikiran liberal yang bergiat aktif


Oleh sebab itu menurut Syekh Abdullah al-Khatib dalam kitabnya “al Islam wa raddu ala hurriyatil fikri” menyatakan bahawa golongan yang berfikiran bebas mempunyai agenda tersembunyi iaitu :

1. Untuk menggugurkan agama secara sepenuhnya daripada masyarakat iaitu memisahkan agama daripada pendidikan, menjauhkan syariat Islam daripada kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan ekonomi di atas dasar riba.

2. Untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia daripada setiap yang mempunyai kaitan dengan ruh, wahyu dan alam ghaib dan daripada segala ikatan dengan akhlak,
akidah dan keimanan kepada Allah.

3. Untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan, dan ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu (ilhad) dalam setiap urusan kehidupan dan menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak agama sebagai penentu dan pencorak perjalanan hidup bermasyarakat.

Di Malaysia, gerakan liberal tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama Islam Liberal, tetapi dilakukan oleh individu- individu yang memperjuangkan demokrasi , fahaman persamaan semua agama, fahaman persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme).

Kesamaan hak antara lelaki dan perempuan sehingga melanggari hukum yang ditetapkan oleh Allah


Usaha ini dilakukan melalui tulisan-tulisan dalam akhbar, atau menerbitkan buku-buku yang menyokong fahaman Islam Liberal. Sister In Islam adalah kumpulan yang menyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, di samping mempromosikan demokrasi, dan kebebasan.


Liberalisasi Akidah

Liberalisasi akidah dilakukan dengan menyebarkan faham Pluralisme agama, iaitu fahaman yang meyakini bahawa semua agama adalah sama-sama benar, dan merupakan jalan untuk menuju kepada Tuhan yang sama.

(rujukan dari artikel dari web http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/galeri/ISI_DALAM_LIBERAL.pdf)


Berikut pula keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Islam Liberal:

Mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-74 bahawa :

Keputusan :

1. Gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

Aspek Akidah
a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme
Konsep Pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respons yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

b. Akal Manusia Adalah Wahyu
Aliran ini membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

c. Meragui Ketulenan Al-Quran
Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri daripada orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

Aspek Syariah
a. Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran al-Quran dan al-Hadis
Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat
Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstruksi bagi
membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

c. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian
Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapa pun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Israk dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.

d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam
Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang
telah secara Ijmak diterima sebagai metode dalam disiplin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai ciptaan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qatíe menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran
semula ajaran Islam.

e. Sikap Terhadap Hukum
Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum Fiqah iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.



Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-74
bahawa: “Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.” Mesyuarat juga bersetuju agar keputusan ini tidak perlu diwartakan.

“Aliran pemikiran Islam Liberal dan fahaman pluralisme agama (menyamakan semua agama/mengakui kebenaran semua agama) sebagai penyimpangan serius dan berbahaya. Ia adalah sebahagian daripada agenda al-ghazw al-fikriyy (serangan pemikiran) yang didalangi oleh kaum orientalis dan dilatari oleh pengaruh faham asing seperti sekularisme, modenisme dan pascamodenisme. Pemikiran liberal dan plural dalam konteks tersebut jelas menggugat pokok-pokok ajaran Islam serta mencemarkan kemurnian dan ketulenannya"

(http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1487)

Sedar atau tak, mahu atau tak, bagi saya Islam itu hanya Islam, mana ade istilah Islam Liberal, Islam Hadhari ke..Islam tetap Islam, bukankan dalam Islam ada sifat alamiyah iaitu kekal dan sesuai sepanjang masa dan tidak mengira bangsa malah apa yang disampaikan oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu akan tetap sesuai hingga kiamat. Islam juga ada syumuliah iaitu lengkap dan tiada satu pun Islam yang dibawa oleh Rasulullah ini boleh dipertikaikan. Tapi kenapa manusia mahu mengikut sifat durjana syaitan dan Iblis yang suka mencabar, mempertikai sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah sepertimana syaitan dan iblis yang enggan sujud dan patuh kepada perintah Allah.

Ini sebenarnya jarum-jarum halus yang ditusuk oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam secara halus. Maka kenapalah kita yang dilahirkan sebagai Islam ini begitu mudah terpengaruh dan terpedaya dengan pemikiran-pemikaran yang menyesatkan ini. Lebih teruk lagi menzahirkan kepada umum tentang kepincangan dan penyelewangan yang dilakukan. Bukan ke sama seperti mengajak orang untuk turut sesat. MasyaAllah semoga Allah melindungi kita semua. Jika alasan 'saje-saje' atau 'just for fun', bagi saya tak boleh diterima sama sekali! Boleh ke kita buat main-main dengan perkara agama ni...???!!! Ia berkaitan dengan aqidah dan silap-silap boleh menyebabkan kita murtad!!!

Saya doakan agar kawan saya ni kembali ke jalan yang benar, mungkin dia belum memahami sepenuhnya lagi tentang Islam Liberal dan terlalu ikut-ikutkan peredaran masa.

Islam is Islam and Only Islam is The True Religious


Firman Allah : Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi
 
(Ali Imran: 85)

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam
(Ali Imran : 19)

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka
bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan
Allah. Mereka tidak lain hanyalah menurut sangkaan belaka,
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
(al-An’am : 116).


Saya hanya meyakini Islam yang diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah adalah satu-satunya agama yang BENAR dan agama-agama lain TIDAK BENAR sama sekali SELAMA-LAMANYA....inilah sepatutnya aqidah atau keimanan kita sebenarnya...semoga kita semua diredhai oleh Allah...amin

Jun 11, 2010

Nasionalisme Agenda Yahudi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani



Rancangan jahat Yahudi sebenarnya sudah lama malah sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi mereka merupakan puak yang menjadi dalang kepada perpecahan dua kaum terbesar di Madinah iaitu kaum Aus dan Khazraj. Antara tektik yang digunakan ialah dengan menanamkan sifat bangga akan bangsa sendiri.

Di Madinah sebelum kedatangan sinar Islam, puak Aus dan Khazraj saling bermusuhan. Puak Aus yang merupakan puak terkecil dan lemah dalam aspek ekonomi berbanding dengan puak khazraj tetapi ramai di kalangan puak Aus adalah cerdik pandai. Puak khazraj pula begitu hebat dalam bidang ekonomi dan disegani.

Manakala Yahudi di Madinah terbahagi kepada tiga puak iaitu Bani Qaynuqa', Bani Nadir dan Bani Qainuzah.

Bani Qainuqak adalah Yahudi yang paling berpengaruh. Mereka juga dikatakan Yhudi yang mula-mula sampai ke Madinah. Mereka tinggal di Barat Daya Madinah berhampiran Wadi Buhtan. Mereka bekerja sebagai pedagang di samping petukang dan mempunyai pasukan tentera yang ramai. Mereka pernah membekalkan sejumlah 700 tentera termasuk 200 tentera berperisai bagi membantu kaum Khazraj menentang Aus dalam Perang Bua'th.

Bani Nadhir merupakan golongan kedua berpengaruh. Mereka tinggal di kawasan bukit yang namanya al-Nadhir di Selatan Kota Madinah. Mereka berniaga dan bertani. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th. Sokongan yang diberi kerana tujuan tertentu, iaitu untuk memecahbelahkan orang Arab dan ini membolehkan mereka berkuasa di Madinah.

Bani Qainuzah pula dikenali sebagai Darih. Mereka tiba di Madinah agak lewat. Mereka tinggal di Wadi Mahzur, Selatan kota Madinah. Pekerjaan mereka adalah bertani. Kebanyakan mereka kaya, mempunyai bekalan makanan dan senjata yang banyak. Jumlah tentera mereka dianggarkan 750 orang. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th sehingga menyebabkan suku Khazraj tertewas. Mereka sedar suku Khazraj adalah kuat. Dengan kekalahan Khazraj, pentadbiran kota Madinah akan terlepas ke tangan Yahudi. Yahudi Madinah mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi di luar Madinah.


Sokongan Bani Qaynuqak kepada khazraj dan Bani Nadir dan Bani Quraizah kepada Aus telah mencetuskan perang selama beratus-ratus tahun. Antara agenda yang diapi-apikan di kalangan dua-dua belah pihak oleh puak Yahudi ini ialah perasaan kepuakan atau kebangsaan yang tidak mahu mengalah dengan puak yang diperanginya. Kesannya, orang-orang Yahudi dapat bertapak di Madinah selama lebih ratusan tahun.


Namun semuanya musnah, apabila Islam tiba. Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W telah merubah segala-galanya apabila Aus dan Khazraj telah berjaya disatukan atas satu aqidah yang mantap iaitu keimanan kepada Allah Azza Wa Jalla. Malah penempatan Yahudi di Madinah yang dikatakan mustahil untuk dihapuskan telah berjaya dihapuskan semasa kedatangan utusan Allah, Nabi Muhammad S.A.W.


Lewat kurun ke-19, orang-orang Yahudi masih membawa agenda nasionalisme atau kepuakan itu dan kali ini sasarannya ialah negara-negara Eropah yang ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Rome. Antara motif utama rancangan jahat Yahudi ini ialah untuk menjatuhkan Empayar Rome ketika itu. Ternyata rancangan jahat mereka berjaya apabila England, Sepannyol, German dan beberapa negara Eropah lain menuntut untuk membentuk kerajaan sendiri daripada Kerajaan Rome sehingga tercetusnya perang. Usaha jahat Yahudi yang menjadi tulang belakang mengapi-apikan semangat kepuakan dan kebangsaan maka terpecahlah negara-negara Eropah dan runtuhlah Empayar besar Rome.



Tidak cukup dengan itu, mereka turut mahu menghancurkan Kerajaan Islam ketika itu yang di bawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Menggunakan agenda yang sama akhirnya tumbang kerajaan Islam terakhir di muka bumi ini dan negara-negara di bawah kekuasaannya terpecah dan dijajah kembali.



















Mustafa Kamal Atartuk Laknatullah yang telah meruntuhkan sistem khalifah Islam Uthmaniyyah yang terakhir mendapat sokongan Yahudi yang menjadi dalang di sebaliknya


Nasionalisme yang merupakan ideologi yang bertentangan dengan Islam yang begitu mementingkan bangsa dan puak berbanding agama telah menghancurkan banyak Empayar besar sejak dahulu lagi dan telah menggalakkan permusuhan sepertimana yang berlaku kepada puak Aus dan Khazraj di zaman Rasulullah. Dan sehingga ke hari ini pengaruh ini masih lagi menebal di seluruh negara di dunia termasuklah di Malaysia. Ayuh kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan sejarah telah membuktikan bahawa Islamlah penyelesaiannya sebagaimana Rasulullah dahulunya boleh mempersaudarakan puak Aus dan Khazraj yang bermusuhan selama beratus tahun disebabkan oleh perbuatan Yahudi laknatullah. Maka cara untuk menentang Yahudi telah pun ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita iaitu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya dan bersatu di atas nama Islam.

(Kuliah Zuhur Masjid Jamek Kuala Lumpur, 10 Jun 2010)


Adakah Nasionalisme di Malaysia Menebal???

Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia

Apabila bercakap tentang ideologi bermaksud pemikiran manusia yang sentiasa boleh berubah-ubah, maka definisi nasionalisme mungkin berbeza-beza mengikut pemikiran individu sedangkan apa yang dicatat dan terkandung dalam Islam adalah hakiki dan kekal sehingga ke akhirat.

Tidak salah berasa cinta kepada bangsa kita sendiri kerana itulah identiti kita namun janganlah kerana cinta kepada bangsa sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan apatah lagi agama, segala suruhan dan tuntutan agama dilanggar. Bagaimanapun, agama tetap diutamakan apabila berlaku pertembungan dan bukannya bangsa. Ingatlah bangsa hanyalah di dunia sahaja, sedangkan agama yang kita anuti ini akan disola dan dibicara di akhirat kelak oleh Allah yang merupakan tempat yang kekal abadi.

Inilah sebenarnya yang diingini oleh musuh Islam iaitu meninggalkan Islam dan caranya ialah dengan memperkenalkan ideologi-ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar dan antaranya ialah Nasionalisme. Seruan kembali kepada Islam tidak diendahkan sebaliknya kita memuja budaya barat dalam pemerintahan kita. 

Pentingkan Islam dari Bangsa

Kita sebagai umat Islam perlu berjaga-jaga sebenarnya kerana sistem dan tektik jahat musuh Islam termasuk Yahudi laknatullah jika masih diamalkan oleh kita sampai bila Islam hendak ditegakkan??? Sampai bila saudara kita di Palestin dapat dibela, jika semuanya saling mementingkan negara masing-masing??? Sampai bila Masjid Al-Aqso akan diselamatkan jika semuanya mementingklan bangsa dan bukannya bersatu di bawah satu agama iaitu Islam???




















Palestine akan bebas hanya jika semua umat Islam bersatu dan melaksanakan Islam sebagaimana suruhan Allah dan Rasul dan menghapuskan ideologi-ideologi yang bertentangan dengan Islam.

......................................................................................................................................................................

Buku-Buku Pilihan

MasyaAllah...buku-buku hebat dari tokoh-tokoh Gerakan Islam. Ni 'survey' dibuat kat Pustaka Mukmin, Jalan Masjid India


Judul : Fiqh Dakwah Jilid 1 & 2
Karya : Ustaz Syaikh Mustafa Masyhur




Judul : Ceramah-Ceramah Hasan Al-Banna



Judul : Menjadi Waliyullah
Karya : Ustaz Sa'id Hawa



Judul : Tokoh-Tokoh Islam Gerakan Islam Abad Moden  SIRI 2
Karya :Zainuddin Hashim & Ridhuan Mohamad Nor

Jun 9, 2010

I need YOU...


Aku dah x tahan dah... rasa macam nak meletup dah ni....arrr...

Macam tulah perasaan aku sekarang ni...TENSION! TENSION! TENSION! permulaan cuti yang sangat x 'best' untuk ak...semua benda macam x kena...praktikum, rumah sewa...



Namun ak masih bersyukur kerana ak masih boleh bersujud taubat, masih boleh beristighfar lagi kepada Allah...orang lain begitu 'happy' cuti ni...tambah2 lagi dengan ape yg berlaku di Gaza kini...semuanya membuatkan aku serabut dengan kepincangan yang berlaku dalam dunia hari ni...tapi entah dari mana aku tetiba teringat kisah Nabi kesayangan kita, Muhammad S.A.W ketika berada di Gua Hira', ketika mana baginda menerima wahyu yang pertama, ketika mana baginda keseorangan, kesunyian sambil merenung nasib umat Islam ketika itu...bagaimana Rasulullah berada dalam ketakutan setelah menerima wahyu yang pertama sehingga Siti Khadijah menyelimuti baginda dan menenangkan baginda...Malah ketakutan yang dialami oleh baginda sebenarnya merupakan pemangkin yang diturunkan oleh Allah Azzawajalla kepada baginda yang seterusnya menjadikan baginda berani mengatur langkah untuk menyampaikan Islam...sehinggalah Islam tersebar ke pelusuk dunia...MasyaAllah..hebatNya aturan Allah...

La Tahzan..Allah always be there...

Samada kita perlukanNya atau tidak Allah tetap akan berada di sisi kita...betapa pemurah dan penyayangnya Allah terhadap kita...maka layakkah ke kita melakukan sesuatu yang dibenci dan dimurkai oleh Allah setelah itu??? Jika tiada sesiapa yang mahu membantu kita ketika ini, Allah sentiasa ada setiap masa, setiap ketika tanpa had...



Let's check ourselves

Kepada siapa kita minta tolong pertama-tamanya bila ditimpa musibah atau masalah???
Mestilah dengan orang yang rapat ngan kita..sebab kita tahu kita akan dapat hasilnya jika kita berbuat demikian serta merta. Memang lumrah manusia nakkan sesuatu tu 'on the spot'. Tetapi sedar tak kita bahawa kita telah meletakkan Allah bukanlah antara yang hampir dengan kita??? Sebab masih ada lagi dalam hati kita yang tidak yakin sepenuhnya akan hasilnya..padahal segala penyelesaian yang kita peroleh adalah dari Allah jua cuma diwasilahkan (disandarkan) kepada individu-individu tertentu...maka:

"Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?"

(Ar-Rahmaan: 13)

Husnuzon Billah (Bersangka Baik Dengan Allah)

Setiap hajat dan pertolongan yang kita minta, kadang2 lambat ditunaikan menyebabkan ada yang berputus asa dengan Allah...tidakkah itu suatu tindakan yang bodoh? Bersangka baiklah dengan Allah kerana jika kita yakin Allah akan menunaikan hajat kita, maka sudah semetsinya Allah akan menunaikannya, bila dan ketika itu usahlah dipertikaikan kerana kadangkala ia datang tanpa kita sedar dan kadangkala Allah akan menunaikannya di suatu masa nanti, bergantung juga dengan amalan dan kekuatan pergantungan kita, betul ke kita betul2 mengharapkan pertolongan Allah atau hanya hipokrit di depan Allah. Ini juga merupakan ujian daripada Allah untuk menguji tahap pergantungan kita, tahap kesabaran kita dan tahap keimanan kepada Allah...orang yang beriman takkan mudah putus asa dengan memohon kepada Allah sehingga ke akhir hayatNya kerana dia yakin Allah akan membantuNya. Kita???




Change Our Paradigm and Thinking Syles...

Kita kena ingat bahawa kita ada Allah...tidak kisahlah jika tiada sesiapa yang ingin menyantuni kita, berkawan dengan kita tetapi jangan sampai Allah tidak akan hiraukan kita lagi..nauzubillahiminzalik...

Terbaca kata-kata ini dalam sebuah blog seorang ustazah:

Berkata Uwaisal-Qarni "Oleh kerana aku terlalu mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar aku kehilangan kawan, biar hilang kawan kerana perjuangan, tetapi jangan hilang teman seperjuangan."


Dari hamba yang daif 

Berasa lega apabila dapat meluahkannya di sini...sesungguhnya blog memang medium terbaik untuk meluahkan sesuatu masalah kerana di samping kita luahkan masalah kita, kita turut berkongsi sesuatu yang berguna untuk orang lain dan orang lain turut boleh membantu menyelesaikan masalah kita...semoga kita dapat terus memanfaatkan kegunaan blog ni.

Rasulullah bersabda:
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"

Firman Allah yang bermaksud:

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya"

(As-Saff: 3)

Jom praktikkan...semoga Allah berkati kita semua

Mar 17, 2010

Buku-Buku Yang BEST GILERR..!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Cuti ni...alhamdulillah, diberi kudrat oleh Allah untuk merayau-rayau di Bandaraya Kuala Lumpur, bak kata kawan saya, Zhaf, berjalan-jalan tgk masyarakat...

Kalau merayau-rayau kat K.L ni tempat yg mesti saya pegi ialah KEDAI BUKU...nak tengok2 buku2 baru...

Memang x rugi..walaupun x beli 1 pun buku kerana mahu mengelakkan "SINDROM KETAGIH BELI BUKU" sedangkan buku-buku yg lama masih belum habis dibaca. Tp ad bagusnya juga sindrom ni, boleh menjadi koleksi, mungkin sekarang tiada masa yg banyak untuk baca semua buku2 tu tapi suatu masa nanti kita mungkin memerlukan buku2 tu sbg rujukan dan x payahlah nak susah2 cari kat kedai dah..namun yg paling penting ialah dapat 'share' ngan pembaca2 blog saya tentang buku2 yg menarik di pasaran kini...buku2 ni saya tengok kat Kedai Buku Mukmin dan Pustaka Rezeki Harapan kat Masjid India K.L, dua kedai 'favourite', byk buku2 menarik kat situ terutama di Pustaka Rezeki Harapan, ad buku yg hanya di kedainya sahaja dijual kerana diimport terus dari Indonesia.

Ini antara buku-buku yang saya dapati menarik untuk dimiliki:

Buku 1

Tajuk : Kaedah Mengajat Sains
Penulis : Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsuddin
Keluaran : PTS Publication
Genre ; Pendidikan
Harga : RM 20 (Sem. M'sia) & RM 23 (Sabah/S'wak)

:: Buku 'special' u cikgu2 sains, semasa membelek2 buku ni ternampak ad panduan menulis RPH u subjek sains, n cara menjalankan P & P kelas sains::





Buku 2

Tajuk : Mengapa Rotan Tidak Berkesan?
Penulis : Mohd Rashid Mohd Saad
Keluaran : PTS Publication
Genre ; Pendidikan
Harga : RM 20 (Sem. M'sia) & RM 23 (Sabah/S'wak)

:: Buku ni tulisan pensyarah Fakulti Pendidikan UM, x dpt belek2 buku ni sebab dibalut tp cam bagus je buku ni...praktikum nanti nak bawak rotan ke tak? Bak kata pensyarah saya jika GB suruh baru buat, jangan memandai...nanti x pasal2 'fail' praktikum::



Buku 3

Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran : Teori dan Praktis
Penulis : Noraini Idris & Shuki Osman
Keluaran : McGraw Hill Education Inc.
Genre : Pendidikan
Harga : RM 32.90




Buku 4

Tajuk : Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser
Penulis : Prof Dr Moh Sholeh
Keluaran : Alam Raya Enterprise
Genre : Perubatan Islam
Harga : RM 29 (Sem. M'sia) & RM 32 (Sabah/S'wak)

:: Penulis buku ni merupakan penulis buku 'Bestseller' Terapi Solat Tahajud::


Buku 5

Tajuk : Kezuhudan Umar Abdul Aziz & Kesederhanaan Nik Abdul Aziz
Penulis : Wan Ji Wan Hussin & Saifulamri M. Hussain
Keluaran : Ar Rijal Media
Genre : Rujukan Islam
Harga : RM 19 (Sem. M'sia) & RM 22 (Sabah/S'wak)

:: Hampir2 membeli buku ni namun terpaksa membatalkan niat sbb masih banyak buku terbitan syarikat ini & seangkatan dengannya masih belum habis dibaca...(sangat berminat dengan buku keluaran syarikat ni kerana penulis2nya yang hebat dan penuh pengisian)::


Buku 6

Tajuk : Umar Bin Abdul Aziz
Penulis : Abdullah Bin Abdul Hakam
Keluaran : Alam Raya Entetprise
Genre : Rujukan Islam



Buku 7

Tajuk : Pahlawan Islam Kontemporari : Para Peminang Bidadari
Penulis : Atriza Umar
Keluaran : Ar Rijal Media
Genre : Rujukan Islam
Harga : RM 15 (Sem. M'sia) & RM 18 (Sabah/S'wak)

:: Tajuk yg 'best' apa lagi isinyi..dalam 'list' untuk dibeli juga::


Buku 8

Tajuk : TURKI : Negara Dua Wajah, Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam
Penulis : Dr Abdullah Azzam
Keluaran : Alam Raya Enterprise
Genre : Rujukan Islam
Harga : RM 18 (Sem. M'sia) & RM 21 (Sabah/S'wak)

:: Tulisan Dr Abdullah Azzam, seorang tokoh gerakan Islam abad moden (Rujuk Buku Tokoh Gerakan Islam Abad Moden). Menarik, jika sesiapa yg pernah baca buku pengkhianatan Kamal Ataturk (Buku merah juga), ini buku yg telah dikemaskini::



“Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku,sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis)kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).

(Surah Al-Kahfi : 109)


Carilah jalan sedaya mungkin untuk memahami Islam disamping mencari ilmu2 dunia, tak kiralah kita ni cikgu sains ke, cikgu matematik ke, cikgu bahasa Inggeris ke, bahasa Melayu ke, selagi kita Islam kita harus memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Ada ke dalam mane2 ayat2 Quran atau Hadis yg menspesifikkan bahawa hanya cikgu2 Pendidikan Islam sahaja yang perlu memahami ISLAM???

Antara cara untuk kita memahami Islam ialah dengan membaca buku-buku tentang Islam, buku -buku tentang ketuhanan yang sarat dengan rujukan Quran dan Hadis. Kerana sabda Nabi lagi yang bermaksud:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya".

(Riwayat Imam Malik).

Kenapa penting buku-buku Islamik ni??? Bagi saya sangat penting, selain untuk pengisian rohani diri, ianya juga sebagai ilmu untuk kita sampaikan kepada orang lain maka x rugi sebenarnya kerana kita menyampaikan sesuatu yang baik apatah lagi ianya datang dari Allah.

Semoga ianya menjadi amalan baik untuk kita di akhirat kelak

Suasana di Masjid India semasa solat Zuhur..

Mar 13, 2010

Kehabisan Minyak..(Unsufficient Fuel)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...

Haha..lawak betullah pada satu pagi kira-kira pukul 4 pagi 'time' aku nak anta rumetku, Ustaz Ehsan ke medan gopeng sbb dia naik bas pagi tu ke K.L..aduh, nak buatkn ceritanya motor kesayanganku kehabisan minyak...nasib baiklah ad kereta sewa n dia selamat naik bas pagi tu...aku plak nasib baiklah ada adik2 usrah, Usop & Jiji yg bersusah payah datang pagi tuu..(Hanya Allah sja yg mampu balas)...

Motorku 'unsufficient fuel'

Imbas sekali macam lawak je kejadian pagi tuu..tapi bila imbas berkali-kali macam ad sesuatu yg Allah nak tunjukkan kot...Tibe2 teringat buku yg ditulis oleh Ustaz Mustafa Masyhur..."Bekalan Di Jalan Dakwah"...yg menyatakan:

"Jika sesebuah kereta yang digunakan oleh orang yg bermusafir kehabisan minyak ketika perjalanan dan tidak mempunyai minyak yang mencukupi, maka jadilah ia seperti potongan-potongan besi yang tidak dapat membantunya untuk bergerak walaupun SELANGKAH..."

MasyaAllah...waduh-waduh...seksa bangat sih!!! Begitulah juga seseorang yang berada dalam jalan dakwah ni, tak kiralah PMI ke, Biro Agama dan Kerohanian ke...bila mana kita seorang Islam, mengamalkan Islam yg sebenar spt dalam al-Quran dan as-Sunnah dan ingin menjadikan Islam sebagai 1 cara hidup yg unggul maka kita digelar pendakwah...maka kita x boleh lari daripada mempunyai BEKALAN yang secukupnya. Oleh disebabkan 'Unsufficient FUEL' dalam dakwahlah yg berlakunya gejalan keciciran dan futur. Maksudnya ialah apabila rasa tawar dengan jalan dakwah atau malas dah nak bergerak...sebab itu dalam buku karangan Ustaz Mustafa Masyhur, bekalan yg paling utama ialah IMAN dan TAQWA...InsyAllah jika kita seorg yg berIMAN kepada Allah dengan SEBENAR-BENAR Iman...serta takut melakukan perkara-perkara yg dilarang maka 'ENERGY' dakwah kita sentiasa ada dan xkan habis...

Dalam aspek pendidikan sains yg saya pelajari pula, 'FUEL' sangat penting untuk pembakaran dan penghasilan 'ENERGY' atau tenaga...sedikit FUEL yg terbakar maka sedikitlah ENERGY yg terhasil...

Oleh itu penting bagi sesebuah jemaah Islam atau persatuan Islam di kampus2 khususnya membuat 'checklist' untuk menilai kenapa ramai ahli-ahlinya sudah tidak berminat lagi dan sukar untuk memberi komitmen...ada x bekalan2 ini disalurkan kepada ahli-ahli dan diri sendiri:

1) Bekalan al-Quran
2) Bekalan tafakkur terhadap Kekuasaan Allah, nikmat Allah dan hari Akhirat
3) Bekalan sirah Nabawi
4) Bekalan ibadah
5) Bekalan Sunnah Nabi
6) Bekalan Jihad (Perjuangan)
7) Bekalan Ukhwah (Persahabatan Yg Salih)
8) Bekalan amal salih

Kekurangan salah satu daripada bekalan2 ni alah antara puncanya berlaku ahli-ahli yg sukar utk bagi komitmen lagi...(nasihat untuk diri sendiri jugak)

Sesungguhnya jalan ini sukar kerana balasannya sangat tinggi di sisi Allah kelak...Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yg memerlukan Islam kerana hanya dengan Islam sahaja kita boleh memasuki syurga Allah...dan memperoleh mardotillah

Saya menasihati diri sendiri yg juga merupakan insan yg lemah dan tidak terkecuali pernah merasa keciciran, namun yg paling penting jika kita sayangkan Islam ialah untuk mecuba sedaya upaya untuk keluar dari keciciran tersebut serta bantuan sahabat2 juga sangat penting...apalah ertinya ukhwah yg terjalin jika kita sanggup meninggalkan kawan2 kita yg lemah... sebaliknya kita harus cuba sedaya termampu untuk membawanya kembali bersama-sama kita..jalan menuju keredhaan Allah...

Kerana bg saya ukhwah antara sahabat2 seperjuangan sangat penting, kita lihat bagaimana kejayaan dakwah Rasulullah selain kerana izin Allah, ianya juga kerana ikatan hati antara Rasulullah dan para sahabat yg sangat utuh.

Orang-orang yg sentiasa istiqamah dengan Islam pula ialah golongan-golongan yang sentiasa menyalurkan dirinya atau sentiasa 'refill' diri mereka dengan bekalan-bekalan yang mencukupi dan seharsunya kita bersyukur KERANA tidak semua orang tergolong bersama-sama dengan golongan yg istiqamah ini...

Kepada yg pernah berada dalam keciciran, penting untuk 'refill' balik bekalan2 yg sepatutnya agar TIDAK MENYUSAHKAN orang lain dan diri sendiri...

Buku Yang Harus Baca...

Ternyata kejadian pagi tuu ad makna jugak..ape pun sory bebyk to my rumet kerana kesulitan yg berlaku..at least post ni terbit kerana kejadian tersebut..semoga bermanfaat

p/s: congrate to my brother that had achieve 7A's in SPM...hopefully u will become a 'pendakwah sejati'

Feb 20, 2010

Bersanding Haramkah???

Perkahwinan dua sepupuku, Dr Firdaus & pasangannya serta Muhaimin & pasangannya
(13 Feb 2010)


Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan bukanlah di kalangan baginda golongan yang tidak mengikut sunnah-Nya apatah lagi untuk mendapatkan syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan sesuatu berpasang-pasangan, baik tumbuhan mahupun diri mereka sendiri dan lain-lain yang mereka tidak ketahui”.

(Yassin: 36)

Bersanding haramkah??? Tiba-tiba persoalan ni timbul dlm benak fikiranku semasa aku menghadiri jemputan kahwin sepupu-sepupuku di Shah Alam minggu lepas. Makku kata keluarga pak longku tak mahu buat majlis persandingan kerana kata adik iparnya (seorang penceramah bebas) yang melarangnya mengadakan persandingan sebab haram. Haram ke???

Habis tu kenapa sekarang ni kat mane2 pun bersanding sudah menjadi kemestian. Kat TV pun kalau tunjuk pasal perkahwinan mesti ada persandingan. Pendek kata, bersanding ni wajiblah ada barulah orang tahu sape yang kahwin ditambah pulak dengan acara tepung tawar pengantin barulah kahwin namanya. Tapi merenjis ni budaya kite ke???

Haram ke tak???

Ni antara info yang dapatku cari mengenai persandingan....

Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram.

Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang dilarangnya.”

Dalam pada itu, ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuranantara lelaki dan wanita yang bukan muhram,pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.

Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.”


Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan. Rasulullah saw bersabda:

“Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya (auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa;…… perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat,menjadi ahli neraka kecuali mereka bertaubat.”


Manakala ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalah dilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam adatnya, dalam iktiqadnya,dalam pakaiannya dan lain-lain.


Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiap menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka.”


Rasulullah saw. bersabda:

“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita.”





Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:


1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dan sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

Alternatif: Kan lebih elok jika buat majlis doa selamat kepada bakal pengantin bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan.

Ternyata masyarakat kita memang tidak boleh lari dengan adat. Kerana itulah perlambangan identiti bangsa kita. Namun harus diingat bahawa jangan kerana terlalu meraikan adat, agama tergadai. Kedua-duanya perlulah seiring. Jika adat yang dilakukan tidak bertentangan dengan agama maka tiada sebab pengharamannya, namun jika sebaliknya pula tiada sebab untuk kita melakukannya. Kerana di akhirat esok bukannya adat yang kita lakukan menjadi pertimbangan utama tetapi tahap kita menjaga kesucian agama dan diri kita sebagai muslim itu dinilai Allah. Jika baik adat kita menurut Islam, maka InsyaAllah baik semuanya.

Jadi, buatlah pertimbangan sewajarnya dan jangan pula kerana isu sebegini menjadi punca keretakan hubungan kekeluargaan. Sebab itu Allah turunkan kepada kita al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan kepada kita mengurus hidup di dunia ini. Maka jadilah kita insan yang bersyukur dan sentiasa menjadikan kedua-duanya sebagai pegangan kita.



p/s: karoeke pulak camna ye hukumnya semasa majlis perkahwinan???


Sumber rujukan:

1. http://usrahwave.com/site/index.php?option=com_content&task=view&id=85&Itemid=106

2. http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/01/hukum-bersanding-mengikut-perspektif.html

3. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.

4. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.

5. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Feb 2, 2010

Daripada Mana Kita???

Daripada kita datang sebenarnya???

Inilah persoalan yang kadang kala timbul apabila saya mengikuti sesi kuliah untuk subjek major saya semester ini iaitu SCE3110 : Earth and Space. Ternyata penyampaian pensyarah subjek ini, Mr. Ooi Bean Heng sangat bagus dari segi penerangan fakta dan teori terutama berkenaan dengan penciptaan alam semester. Memang betullah katanya yang dia begitu meminati bidang astronomi. Yang paling menarik ialah kebanyakan kuliah Mr Ooi mesti ditayangkan video-video berkenaan alam semesta yang begitu hebat 'sound effectnya'. Namun bukan 'sound effect'nya yang dipandang tetapi persoalan-persoalan yang timbul kerana yang mengajar saya adalah seorang buddha dan semestinya dia akan lebih menayangkan penemuan-penemuan daripada bukan Islam walaupun dia mengatakan bahawa dia mempunyai video 'Harun Yahya' yang menerangkan tentang alam semesta dalam konteks Islam (tapi dia masih belum tonton) dan dia juga banyak kali menyebut dia mempunyai al-Quran di rumah yang dihadiahkan oleh seorang rakan (semoga dia memperoleh hidayah...ameen).

Islam menerangkan sains, dalam al-Quran banyak menerangkan tentang alam semesta dan yang di'hilight'kan hanyalah kajian-kajian dari saintis barat...padahal saintis-saintis Islam telah lama membuat kajian tersebut. Dalam subjek tersebut, ada menerangkan tentang 'Big Bang' yang dibangga-banggakan oleh saintis barat tentang kehebatan penemuan tersebut. Dalam al-Quran:

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?”
(surah Al-Anbiyaa´: 30)

Teori Big Bang menerangkan bahawa penciptaan alam semesta bermula dengan satu letupan yang dipanggil 'Big Bang'. Letupan yang kononnya berlaku berjuta-juta tahun yang lalu telah membentuk galaksi-galaksi termasuklah galaksi bima sakti (milky way galaxy). Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain.

Pada zaman dahulu, manusia mempercayai bahawa bumi ini adalah rata (flat). Hanya pada 1907, Sir Francis Drake telah menemui bahawa bumi berbentuk sfera. Sedangkan al-Quran telah lama menerangkan bumi itu bukan rata hampir 1400 tahun yang lalu.

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah SWT memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti).”
(Surah Luqman: 29)

Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian begini hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Jika ia rata, sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan perlahan-lahan.

“Dan bumi sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.”
(surah An-Naazi´aat: 30)

Alam Semesta Mengembang

Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble (pencipta teleskop Hubble), membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains. Menurut video yang saya tonton berkenaan teleskop Hubble yang dicipta untuk mendapatkan gambar-gambar sebenar objek-objek di dalam alam semesta yang kebanyakan masih belum ditemui oleh manusia. Penciptaan teleskop Hubble yang telah membolehkan kita menyaksikan gambar-gambar tentang alam semesta yang begitu senang untuk di'search' kat Internet. Untuk lihat gambar-gambar menarik alam semesta sila rujuk laman web rasmi NASA.

Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini: “Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.”
(Surah Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada ´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang.

Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata, ´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop.



Kita Diciptakan Dari Beruk???

Teori Darwin mengatakan bahawa manusia sebenarnya berasal dari beruk (ape) yang telah menimbulkan banyak kontroversi. Analogi yang mudah yang dapat saya buat ialah, dengan membandingkan isu ini dengan isu gelombang (waave). Terdapay dua teori menerangkan tentang gelombang. Teori pertama mengatakan gelombang ialah zarah-zarah kecil (particles) dan teori kedua menyatakan gelombang ialah cahaya. Orang yang berpegang pada teori gelombang adalah cahaya tidak akan nampak gelombang itu adalah zarah-zarah kecil, begitu juga sebaliknya. Samalah juga dengan situasi teori Darwin di mana sukar untuk Darwin nampak teori yang berlawanan dengan teori yang diperkenalkan olehnya. Walaubagaimanapun, teori Darwin telah terbukti banyak kelemahannya yang bukan sahaja disangkal oleh orang-orang Islam yang meyakini manusia diciptakan oleh Allah Azza wa Jalla. Malah Darwin sendiri mendapat tentangan daripada agama yang dianutinya sendiri iaitu Kristian yang menolak teori tersebut yang bercanggah dengan Bible.



Dalam video yang ditayangkan oleh Mr Ooi yang bertajuk 'Space', terdapat satu frasa yang saya ingati iaitu ia mengatakan bahawa manusia berasal daripada 'outer space' (alam semesta) iaitu tanah dari alam semesta.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas."
(Al Hijr: 26-27)


DVD 'Space' yang saya tonton semasa kuliah SCE 3110

Walau bagaimana hebat sekalipun kajian yang dibuat oleh manusia dalam mencari asal usul manusia, namun tidak dapat menandingi kehabatan Allah Taala. Kewujudan sesuatu makhluk atau benda dalam dunia ini semestinya ada penciptaNya...hatta sebuah kereta pun ada penciptanya apatah lagi dunia dan manusia yang begitu sempurna dan kompleks ini sudah tentu Penciptanya adalah Maha Hebat.

Bagi saya, apa yang dikatakan bahawa manusia adalah berasal daripada alam semesta dan jatuh ke bumi ada kebenarannya jika dilihat dari sudut Islam. Allah menciptakan Adam daripada tanah, mereka mengatakan manusia berasal daripada tanah2 di alam semesta. Alam semesta dalam Islam boleh dianggap sebagai syurga yang didiami oleh Adam dan Hawa sebelum dicampak ke bumi(jatuh ke bumi). Aqidah kita adalah yang paling penting agar hati dan jiwa kita adalah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah pegangan kita di dunia yang fana ini untuk mendapatkan redha Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka sudah pasti kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya (hadis)".

Rujukan:

1. Mr Ooi Bean Heng, Pensyarah Fizik Jabatan Sains IPG Kampus Ipoh
2. Laman web Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia

Jan 24, 2010

Hess's Law


Hess's Law stated that "If a reaction is carried out in a series of steps, the enthalpy change for the overall reaction will be equal to the sum of the enthalpy changes for the individual steps."

Because the the enthalpy change is an independent of path, and depends only on the initial state of the reactants and the final state of the products.

Hah...apahal pulak ni cakap pasal 'law' yang pelik ni???...for info inilah ilmu dunia yang saya dapat semasa sesi kuliah kimia bersama Cik Hjh Norhayati bt Sidek. Ternyata pada awalnya kuliah yang membuatkan saya hampir pecah kepala untuk memahaminya menjadi sesuatu yang menarik untuk diulas apabila saya melihatnya dari sudut yang berbeza

First, biar saya translate sikit apa yang dinyatakan dalam hess's law di atas: Ia menerangkan tentang sesuatu tindak balas kimia jika mengalami beberapa siri tindak balas yang berlainan tetapi kesemuanya menghasilkan produk atau hasil tindak balas yang sama, perubahan enthalpy atau haba yang diserap atau dibebaskan semasa tindak balas adalah sama dengan nilai haba yang diserap atau dibebaskan oleh setiap siri tindak balas yang terlibat. Wah...susah betul nak translate ni....mudahnya, sesuatu tindak balas tersebut tidak bergantung kepada apa yang dilaluinya tetapi hasilnya lebih diutamakan. Maka laluan untuk mencapai hasil tersebut boleh berbeza-beza tetapi mencapai matlamat yang satu.

Contohnya, matlamat kita ialah untuk dapat semua A dalam peperiksaan, berpandukan konsep yang dibawa oleh hess's law, cara atau usaha kita untuk mencapai semua A dalam peperiksaan itu tidak begitu penting tetapi yang paling penting ialah hasilnya kita dapat semua A. Maksudnya di sini, kita boleh menggandakan usaha kita, pergi kelas tuisyen dan banyakkan latihan atau kita juga boleh meniru dan menggunakan kabel agar kita memperoleh semua A dalam peperiksaan jika kita menggunakan konsep hess's law ini.

Boleh ke camtu???
Dalam Islam "Matlamat tidak menghalalkan cara" maka secara terang-terangan konsep yang saya rungkai daripada hess's law ini bercanggah dengan Islam apabila ia digunakan dalam cara yang salah. Sebab itu Allah menciptakan dunia ini dengan hukum...sebagai benteng dan panduan kepada manusia dalam mentadbir dunia ini. Maka kita diberi pilihan oleh Allah untuk memilih pilihan atau cara yang baik sahaja untuk mencapai matlamat yang baik barulah Allah redha dengan kita.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 208 yg bermaksud:

"Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata."

Samalah juga dalam dunia dakwah, matlamat dakwah ialah untuk menyampaikan ajaran Islam yang sebenar-benarnya sepertimana yang disampaikan oleh Rasulullah dan dituntut oleh Allah dalam al-Quran dan al-hadis. Matlamat utama semestinya untuk mencapai redha Allah yang sudah semestinya tiket ekspress ke syurga.

Maka, jika cara berdakwah kita bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam al-quran dan al-hadis, adakan Allah redah dengan cara kita itu.

Seorang ustaz pernah berkata kepada saya "tidak semestinya Allah izin Allah redha, dan tidak semestinya Allah tidak izin, Allah tidak redha"

Contohnya, kisah-kisah Nabi Allah yang diseksa dan dibunuh oleh kaum mereka sendiri seperti Nabi Salleh a.s dan Nabi Isa a.s, Allah tidak izinkan mereka dibunuh tetapi Allah redha dengan mereka kerana dakwah dan ajaran Islam yang dibawa mereka adalah sperti yang Allah perintahnkan

Manakala, kisah-kisah musuh Islam seperti Firaun dan Abu Jahal yang dikurniakan Allah kedudukan dan harta yang banyak, Allah izinkan mereka mendapatkan semua itu tapi Allah tidak redha dengan mereka kerana mereka menentang Islam.

Mahasiswa Islam perlu bijak mengatur strategi dakwah dan perlu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah

Berdasarkan Hess's Law juga saya teringat akan kata-kata As-Syahid Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam di Mesir:
"Kita bukan pemula, dan kita bukan pengakhir kepada perjuangan ini, tetapi kita adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W"

Ini menunjukkan bahawa bila dan siapa yang membawa kemenangan yang perlu dirisaukan dan diharapkan kerana semua itu adalah ketentuan Allah (kun fa ya kun) tetapi yang paling penting ialah apakah peranan kita untuk memenangkan Islam. Mudahnya cara dan tindakan kita sekarang ini adalah yang utama. InsyaAllah kesatuan usaha (sum of the enthalpy changes) akan membawa kemenangan kepada Islam (will lead to the overall reaction).

Syukran Cik Yati (kanan, dua ke belakang) kerana memberikan ilmu yang berguna semasa kuliah kimia


Jan 2, 2010

Pentingnya Wala' (Taat) Kepada Pimpinan Dalam Soal Dasar dan Prinsip


Alahmdulillah sedikit pengisian yang ana perolehi daripada seoarang murrabbi berkenaan dengan kepentingan taat kepada pemimpin atau ketua dalam soal dasar dan prinsip. Namun harus ditekankan di sini bahawa taat yang dimaksudkan ialah dalam perkara-perkara yang tidak melibatkan dosa dan tidak bertentangan dengan agama. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

(An-Nisa' 59)

Para sahabat begitu taat dengan Rasulullah sehingga mana dalam suatu peristiwa di mana Rasulullah telah mengeluarkan arahan bahawa mereka akan pergi berperang tanpa dinyatakan dengan teliti peperangan tersebut namun para sahabat tanpa membantah menuruti arahan Rasulullah sehinggalah di pertengahan jalan barulah mereka mengetahui dengan siapa mereka berperang.

Dalam persatuan atau jemaah, kepimpinan sangat penting sehinggakan Saidina Umar Al Khatab r.a pernah berkata “Tiada Islam Tanpa Jemaah, Tiada Jemaah tanpa Kepimpinan Dan Tiada Kepimpinan Tanpa Keta'atan"

Penting untuk setiap ahli dalam sesebuah persatuan mentaati setiap keputusan yang telah diputuskan secara bersama semasa mesyuarat. Maksudnya seharusnya tiada lagi mesyuarat selepas mesyuarat atau dengan kata lain perbincangan yang cuba menyangkal dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat.

Ini terbukti dalam sirah nabawi semasa dalam perang Ahzab yang merupakan perang paling memeritkan dalam sejarah Islam. Masyarakat muslimin ketika itu telah mengadakan mesyuarat bersama Rasulullah S.A.W bagi membicangkan strategi memerangi orang-orang kafir. Dalam mesyuarat itu Rasulullah telah mencadangkan satu cadangan tetapi cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh Salman al-Farisi dan mencadangkan orang-orang Islam menggali parit bagi mengurangkan serangan daripada orang-orang kafir yang sangat ramai jika dibandingkan dengan orang-orang Islam ketika itu. Cadangan ini diterima oleh Rasulullah s.a.w lalu tentera Islam termasuk nabi sendiri bekerjasama menggali parit tersebut dengan bersungguh walau pun cuaca sejuk dan kekurangan bekalan makanan agar ia dapat disiapkan sebelum ketibaan musuh.

Baginda telah bersama-sama menggali,mengangkut dan membuang tanah serta memecah batu-batu. Semasa kerja memecahkan batu dijalankan, seorang sahabat menemui Rasulullah dan memberitahu baginda bahawa mereka tidak berupaya lagi memecahkan sebiji batu yang besar setelah banyak kali mencuba. Rasulullah pergi kepada batu tersebut dan berkata " Wahai batu, kamu jangan menjadi penghalang kepada kemenangan Islam!". Nabi Muhammad diberi mukjizad oleh Allah. Baginda telah memecahkan batu keras yang tidak dapat dipecahkan oleh orang muslimin. Nabi Muhammad memecahkan batu itu dengan tiga pukulan sahaja.Semasa kerja menggali parit dijalankan, kaum muslimin sentiasa berada dalam kelaparan kerana kekurangan makanan. Nabi Muhammad dan orang muslimin telah mengikat perut mereka dengan ketulan batu untuk menahan lapar. Seorang sahabat telah terlihat batu yang diikat pada perut Rasulullah dan terus meluru pulang dan menuyuruh isterinya memasakkan seekor kambing untuk diberi makan kepada Rasulullah (betapa hebatnya kasihnya terhadap Rasulullah yang merupakan pemimpinnya). Namun Rasulullah telah menjemput semua kaum muslimin yang sedang menggali parit ketika itu untuk turut sama makan sehinggan sahabat tersebut berasa takut kerana dikhuatiri makanan tidak mencukupi. Tetapi Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Muhammad yaitu seekor kambing dan sedikit gandum telah dapat mengenyangkan kaum Muhajirin dan Ansar. Bahagian makanan itu tidak berkurangan pun.

Betapa hebatnya pengajaran daripada kisah di sebalik perang Ahzab dalam konteks ketaatan kepada kepimpinan.

Aug 27, 2009

Duduk Diam Ramadhan Ini

Salam Ramadhan,
Alhamdulillah hari ini sudah 6 hari Ramadhan menjelma dan bagaimana agaknya amalan kita setakat ini?
Semoleknya, apabila kita telah mengurangkan aktiviti makan dan minum, masa sehari-hari sepatutnya lebih banyak untuk kita manfaatkan beribadat kepadaNya kerana pahala dan ganjaran yang berlipat ganda hanya boleh didapati bulan ini sahaja berbanding bulan lain.

Sekadar perkongsian...




Roja'

Bercakap adalah benda yang asasi buat manusia yang dikurniakan mulut oleh Allah Taala. Bercakap juga adalah komunikasi yang paling berkesan dalam menyampaikan sesuatu. Namun di bulan Ramadhan ini, kita digalakkan untuk suku' atau duduk diam sementara dengan tidak bercakap.

Diam di sini ialah roja' menurut kitab yang dikarang oleh Ibnul Qoyyim, roja' ialah mengharapkan dan biasanya roja' ini digandingkan dengan satu lagi perbuatan iaitu khauf iaitu merasa takut.

Roja' dengan suku' (duduk diam) didefinisikan oleh para ulama; sebagai mengharapkan sesuatu yang memberi manfaat kepada seseorang tetapi belum pasti dengan syarat didahulukan dengan amalan yang pasti. Contoh sesuatu yang belum pasti dan bermanfaat ialah mengharapkan redha Allah dan masuk ke Syurga Allah.

Analogi kepada perkara ini ialah seperti orang yang bercucuk tanam. Seseorang yang mengusahakan tanaman akan menggembur tanah, kemudian membaja, menyemai dan menyiram tanamannya (amalan yang pasti). Selepas itu, orang itu akan berharap kepada Allah agar dikurniakan buah hasil daripada tanamannya. (sesuatu yang belum pasti dan bermanfaat)

Begitu juga amalan sehari-harian kita, sedakah, solat dan apa jua perbuatan baik yang kita lakukan kerana Allah adalah amalan yang pasti. Kita digalakkan roja' iaitu duduk dan berharap kepada Allah agar amalan-amalan yang kita lakukan ikhlas keranaNya akan mendapat rahmat, syurga dan redhaNya.

Firman Allah dalam surah al Baqarah 218 yang bermaksud

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah”



Oleh yang demikian, di bulan mulia ini kurangkanlah perbualan yang tidak berfaedah sebaliknya banyakkan suku' dan roja', berharap kepadaNya agar setiap amalan yang kita lakukan diberkati dan diterimaNya. Kerana bulan Ramadhanlah peluang keemasan untuk berbuat demikian berbanding bulan lain di mana kita mempunyai banyak kelapangan masa

::Ayuh tingkatkan amalan Ramadhan ini::

(Dipetik daripada tazkirah zuhur Masjid Wilayah)
Related Posts with Thumbnails

Komentar