Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Red Velvet

Assalamualaikum...hr ni taknak pot pet boleh? hehehe...Tak berapa nak sihat...sakit kepala, hidung sebu. tekak tak selesa dan juga batukss....Jerebuuuuuu cuaca di luar tuhhh..huhuhuhu.....Out dulu naaa..Daaaa...
RED VELVET CAKE
Resipi : Rima
Sumber : kak Nor


Ingredients:
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.
RED VELVET CAKE
translate dari resipi Rima : Rabiatun@Sweettouch
Bahan:
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk @ (1/2cwn susu segar + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam di dalam 1 bekas. Ketepikan
  3. Satukan serbuk koko dan pewarna merah dalam 1 mangkuk kecil dan kacau rata hingga menjadi paste. (Boleh tambah sedikit air).
  4. Pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan dengan menggunakan mixer. Masukkan pula telur dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan esen vanila dan juga campuran koko dan pewarna merah tadi. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir sekali tepung). Ketepikan.
  7. Satukan cuka dan baking soda di dalam 1 mangkuk kecil, dan terus masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul sempurna dengan menggunakan spatula.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 6".Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan di atas redai. Setelah sejuk,bolehlah potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
  10. Sapu Cream Cheese ke atas setiap lapisan dan lapiskan setiap layer.
  11. Salutkan kek dengan cream cheese. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan:
125g cream cheese
50g butter tanpa garam
110g gula icing
1 cwn fresh cream - dipukul hingga kaku

Cara:
  1. Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan whipped cream gaul adunan dengan menggunakan spatula 

Friday, July 8, 2011

ROSES..??

 Petang semalam, Tun try buat roses ni guna bc. ..takdelah jadi sangat, yang selebihnya sampai dah naik geram sebab bc macam dah cair sikit...huhuhuhu...bukan salah bc tau..hehehe..salahkan tangan ni cepat panas..hahaah..tu yag sebenarnya...Malu sebenarnya nak tunjuk sini, tapi oleh kerana permulaan hasil kerja, dan juga untuk pengalaman pertama, tu yang tersa amat berharga..Boleh juga dijadikan kenangan nantinya....dan juga progress setiap peningkatan yang dibuat..Insya-Allah.
 Roses for u..
 Kali ni Tun cuba resipi cake dari along@myr iaitu Kek Coklat Kukus Chef Zubaidah tapi Tun buat versi bakar bukan kukus... Terima kasih banyak di atas resipi ni..Insya-Allah, Tun akan buat lagi. Minta izin letak resipinya kat sini pula yer..

KEK COKLAT LEMBUT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Resepi : along@myresepi
bahan:
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor -ita letak 200 gm aje
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara:
1). Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2). Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3). Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4). Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
5). Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.



CHOCOLATE GANACHE 
1 cawan susu pekat 
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak

Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.

Okies, tak boleh dah nak cakap banyak2 dah tak larat betul dah ni...penat, mata pun mcm dah tak tahan..wooo...nak kena titun dah ni...ngantuk ya amattt...Esok kena bangun awal, sebab ada banyak yang perlu dibuat..Insya-Allah, pagi2 mungkin akan ker BWY ..cari bahan baking untuk project next week, pastu gi site kat Subang, then pergi jumpa MIL kat rumah SIL..area Subang juga...Jadi, esok...Tun mungkin tak bersiaran dan tak dapat nak jelajah ke rumah kawan2 semua..Ampunn yer..

UPDATED : Tutorial ~ How To Pipe Buttercream Roses
Sesiapa yang nak try buat roses tanpa cone, boleh tengok kat tutorial kat atas tu..Insya-Allah boleh..Insya-Allah nanti Tun akan share resipi untuk buttercreamnya pula..Insya-Allah..

Untuk pipe Roses ada 2 cara:
1). Guna Cone (waffle Cone)
2). Tanpa Cone (seperti video kat atas tu).

Insya-Allah, jika Tun tak kesibukan, Tun akan masukkan details tools yang digunakan..Insya-Allah..

Happy Anniversary : Ramlah & Najir

 Assalamualaikum...tayangan di malam hari. Ni project kelmarin yang di order oleh Ramlah untuk hubby kesayangannya sempena hari Anniversary perkahwinan pasangan ini. Suprised buat hubby katanya.. ^__^
Najir adalah salah seorang Arch. di office tempat Tun bekerja dulu...Lama juga kenal dengan Najir dan juga isterinya, Ramlah Begum. Buat pertama kali Ramlah teringin mencuba cuppies yang Tun buat. Alhamdulillah, walaupun dikira last minute order, dapat juga Tun siapkan akhirnya. Malam tu, Tun baked cupcake ni, then pukul 6 pg esoknya, Tun bangun untuk iced the cuppies. (Sebenarnya set jam pukul 5pg..hehehe..nantuk la plak..huhuhu). Tun kena siapkan before 8 am, sebab this set kena kirimkan kat hubby Tun untuk pass pada Najir. Thanks a lot to my Darling..Lebiuuuuu!  ^___^   .
Nasib baik design takde susah sangat..takdelah kiter terasa tak sempat nak buat..hehehe..Alhamdulillah juga. 
 1 box of 25 pcs cupcakes S size.
Design yang dikirim dan idea oleh Ramlah Begum sendiri..cuma Tun realisasikan apa yang diinginkan. Terima kasih banyak di atas order ini. Semoga Ramlah dan juga Najir menyukainya. Happy Anniversary buat u all. Semoga terus mendapat keberkatan, dipanjangkan jodoh oleh Allah swt sehingga ke akhir hayat. Amin.. Sweet Couple... Thanks! @__<

Wednesday, April 6, 2011

Previous Order

~Assalamualaikum~

Kali ni Tun nak letak N3 cupcake previous ordered dari seorang teman yang telah lama tak jumpa..ni teman zaman sekolah rendah lagi tau..hihihi..
Terima kasih atas kesudian mengorder ngn Tun ya...lain kali order la lagikksss..heheheheee..
Cupcake buat isteri tersayang ni...ni wakil dari anak2 kepada siibu.. Selain ni, beliau ada lagi order sebiji kek Choc. Moist..nnt lain kali Tun letak picturenyer kat sini..nak out jap yer..



Wednesday, December 22, 2010

Previous Order from Aniza

Ni nak citer sikit disebalik set cupcake hantaran yang dibuat pada Jumaat 10/10/10 hari tu untuk majlis tunang adik Aniza. Aniza ni adalah my x officemate.
Okies, berbalik pd citer buat cupcake ni yer.. Agak hampir sebulan juga Niza buzz aku pasal cupcake adiknyer ni..macam2 nak.hihihi..dari segi warna, deco, bunga2 dan yang dia nak adalah sepasang bear. Aku ni, klu boleh nak lari sikit dari cupcake yang previous order dulu tu..tak challenging la dok..hihihi..
Discuss punya discuss, dan hasil sketches aku..inilah yang direalisasikan. Alhamdulillah, Niza suka dengan hasilnya.
Thanks a lot, Aniza..beri akak kepercayaan untuk menghasilkan cupcake ni bagi majlis adik za. Lain kali order lagi yer. heheheheee...
Untuk tengok kek yang lain, boleh singgah sini yer. thanks.

Saturday, August 14, 2010

Day 1 Berpuasa

First day puasa ni aku tak sempat nak masak pun..apatah lagi nak menyediakan juadah berbuka. Penting lagi nak siapkan order cuppies ni. Lagipun jadual harian lari sikit dari biasa. Darwis dan Nabil balik awal, kelam kabut sikit nak hantar dan jemput budak2 sekolah.

Seawal pagi aku bake cuppies, kemas rumah, cuci pakaian dan menyediakan breakfast dan juga lunch anak2. Budak2 belum bangun pun lagi cuma Nabil jer keluar awal ke sekolah agama.

Pukul 1.30 tgh lepas anak2 lunch, aku hantar Darwis dulu ke Smart Reader, then hantar Nabil ke sekolah. Balik rumah, sambung kerja2 mendeco cuppies ni. Tadi teacher Darwis bagitahu Darwis boleh balik awal bulan puasa ni iaitu kul 4ptg..selalunya keluar pukul 4.30 ptg. Bermakna aku kena siapkan deco tu cepat before 3.45 pm ler sebab kena hantar cuppies ni before 5pm.
Cuppies untuk Yus- Happy Anniversary yer Yus. Semoga berbahagia selalu hendaknye. Amin.

Sesampainye di rumah, terus sambung kerja2 mendeco. Alhamdulillah seperti yang dirancangkan, aku dapat siapkannya pukul 3.45ptg, take photo lebih kurang jer..bersiap keluar ambil Darwis then terus ke Cheras. Walaupun jalan sedikit jammed, alhamdulillah aku tiba 10 minit awal. Syukur....bergegas pula aku balik ke rumah, sebab Nabil balik pukul 5.50ptg..awal sikit dari biasa.

Then, terpaksa ler pesan kat hubby beli apa2 yang patut untuk berbuka puasa. Ampun sangat ye Darlin' hari ni tak dapat ku sediakan juadah berbuka. Dahla first day puasa kan.huhuhuh....

Wednesday, November 25, 2009

1st. Cupcakes For Sale


Inilah 1st cupcakes aku buat untuk dijual. Sebelum ni ada juga buat, tapi just untuk suka2 dan minat..lagipun memang aku tak ambil sebarang bayaran pun. Lebih kepada minat semata2.
Last weekend, sekembalinya aku dari Shanghai, aku buat cookies untuk majlis cukur jambul. Yelahkan, orang sudah order, kalau tak buat tak eloklah kan.. Sesambil tu, aku sediakan cupcakes ni untuk dijual di kedai kat tempat aku bekerja dan juga kat sebuat emart di Ampang.

Saturday, November 7, 2009

Basic Cupcake Deco

Picture semasa aku di kelas Kak Lea...aku ambil kelas basic cupcake deco ni selepas raya hari tu..Aku ambik kelas ni pada hari Sabtu, manakala untuk kelas fancy cookies pada hari Ahad...memang teruja sangat dapat attend kelas Kak Lea..banyak yang dapat belajar. Sebelum ni aku ingat susah untuk buat gumpaste dan fondant. Di kelas ni aku belajar semua tu..ternyata senang rupanya. Aku juga dapat belajar deco menggunakan gumpaste.
Ros Kecil Untuk Cupcakes
Ini bunga ros dan butterfly dari gumpaste. Gumpaste yang diwarnakan disimpan di dalam plastic zip lock supaya ia tidak cepat kering dan keras. Apabila hendak digunakan, cuma ambil secubit dan gelek dengan menggunakan rolling pin.

Untuk membuat ros seperti ini, ambil sedikit gumpaste dan bentukkan ia seperti cone yang tajam sedikit. Then, roll sedikit lagi doh dengan menggunakan rolling pin. Kemudian, terap doh tadi dengan acuan untuk buat roses. Guna acuan yang paling kecil dahulu. Gunting sedikit, letak atas sponge nipis (set yang dibeli kat Wilton) layangkan hujung deco tools di hujung kelopak. Ini bertujuan supaya ia nipis dan menarik beralun.

Sapukan sedikit air ditengah2 kelopak menggunakan berus kecil, then ambil kudup yang cone tadi letak di atasnya. Angkat 1 persatu kelopak dan lekatkan pada kudup bunga.

Kemudian, teruskan roll lagi gumpaste dan ulang cara di atas untuk kelopak seterusnya dengan menggunakan acuan yang agak besar dati yang pertama. At last, ambil pula sedikit gumpaste dan warnakan dengan pewarna hijau, roll senipis yang boleh, dan terap dengan menggunakan penerap untuk tampuk bunga. Letak sedikit air, dan lekatkan pada bunga ros yang telah siap.

Untuk butterfly pula, roll sedikit gumpaste, jangan terlalu nipis, then roll sekali lagi dengan roller yang berpattern. Terap doh dengan acuan butterfly. Keringkan butterfly tadi dengan meletak di dinding loyang. Apabila sudah agak kering, pipekan royal icing di tengahnya..untuk dijadikan badan butterfly.

Bunga-bunga Kecil

Untuk bunga kecil ni, sama juga caranya.. rolled sedikit gumpaste, terap dengan acuan daisy n' then letak atas sponge tebal spt di atas, biarkan beberapa saat, baru ditekan ditengahnya menggunakan deco tools. Ini bertujuan jadikan kelopaknya ada kesan kedut. Pipekan sedikit royal icing ditengahnya. Pipekan berhati2 supaya ia nampak kemas dan bulat.

Untuk deco yang lain akan kukongsikan nanti yer..

Sekotak cupcakes idaman. Syok kan kalau dapat sekotak camni.

Sudah lama kuidamkan rose swirl camni, akhirnya tercapai jua. Dapat juga 1 nozzle untuk buat swirl ni harrr.

Monday, August 17, 2009

Daisy dari Royal Icing

Friday, ntah mengapa aku macam terlebih rajin pula..sanggup bersengkang mata buat benda alah ni. Sebenarnya, ada balance royal icing yang buat fancy cookies hari tu. Aku mencubalah buat flower menggunakan royal icing tadi.

Sebelum tu aku ada buat banana muffin dan pipekan cocoa cream di atasnya. Ingatkan nak letak ler daisy ni kat atas cocoa cream tu. Tengok ler apa jadi yer..

Ni yang belum diletakkan daisy. Aku biarkan bunga daisy tu kering semalaman. Esoknya bila aku nak keluarkan bunga tu dari butter paper tak boleh melekat..hasilnya bunga tu pecah. Silapku juga tidak menggunakan tracing paper. Nantilah next time guna tracing lak.

Ni yang dah dibubuh bunga daisy tu..habih pecah.

Wednesday, June 17, 2009

Choc. cupcakes with buttercream

Salam.untuk N3 kali ni aku nak share cupcake yang aku buat untuk wedding my hb's cousin.Sebenarnya cupcake ni baru 2nd time aku mencubanya.sebelum ni tak pernah buat deco untuk bagi orang apatah lagi untuk majlis besar camni.adalah try, itupun untuk hari guru kat sekolah anak je.Nasib baik juga sebelum tu ada belajar dari K.lily,K.B,K.yu,K.E.Ni pun memang amatur lagi ni.1st time cuba buat deco buttercream adalah untuk hari guru.Aku ada bagi cupcake kat sekolah anak.Yang tu nanti aku cerita next time ye.Apapun layan je dulu gambar2 ni.
Ni close up.Sebenarnya swirl tu takde la cantik pun..maklumlah masih diperingkat student lagi ni.Nak citer sikit pada masa buat cupcake ni.
Kami dapat undangan majlis kawin cousin hb.Majlis tu diadakan di kampung hb di Sabak Bernam.Ntah macamana kitaorg tersilap tarikh majlis tu.Memang kami ingatkan majlis pada hari Ahad tapi rupa2nya berlangsung pada hari Sabtu.
Jumaat tu, aku balik je dari kerja duduk2 la dulu..santai2 kejap then ingat baru nak mula operasi.Ntah macamana tetiba hb call cakap semua adik beradik dia dah balik kampung dan dia beritahu ku kena balik besok pagi.Discuss punya discuss, oklah aku sanggup buat cupcakes ni..tak kiralah berapa yang boleh disiapkan.
Apalagi malam tu jugakla aku macam lipas kudung kat dapur.Aku buat dalam 4 adunan choc. cupcake guna resipi k.jue.(thanks k.jue).Dalam pada tu, aku sempat lagi masak sambal ikan bilis untuk breakfast esok paginya.Yelah sambil2 tunggu cupcake tu dibakar dalam oven, baik manfaatkan masa yang ada tu, kan.


Ini pula untuk door gift pada makcik2 dan kawan2 mak mertuaku.Design so simple.
Choc. moist cupcake ni sedap rasanya bila dicombined with buttercream.


Ini sebahagian door gift yang telah siap dipacked dan.... sebelum dimasukkan dalam kotak, baik aku snap dulu this cupcake...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...