"Telah diriwayatkan dari Abdullah ibn Omar maksudnya bahawa seorang perempuan berkata, Ya Rasulullah sesungguhnya bagi anak laki-lakiku ini perutkulah yang mengandungnya, akulah yang menyusuinya dan pangkuan ku tempat perlindungannya. Tetapi tiba-tiba ayahnya merasa berhak mengambilnya dariku. Maka sabda Rasulullah SAW: engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum kahwin lagi"
Persoalannya:
i. status hadis ini.
ii. perjelaskan lagi maksud "selama engkau belum kahwin lagi", mengapa Rasulullah bersabda begitu?
iii. adakah hadis ini menjadi asas kepada pengubalan seksyen 83 (a), Akta Undang2 Keluarga Islam (Wilayah2 Persekutuan) 1984 (Akta 303), iaitu "hilang hak hadanah jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan dibubarkan"
iv. apakah isu sebenar di sini, hadis serta seksyen ini untuk menjaga kepentingan siapa? suami baru atau anak atau kedua-duanya?
*********************************
tytsezh
Panel Feqh
Assalamualaikum,
Sekadar respon ringkas.
Soalan i-Hadis ini sahih.Hadis dari Ibnu Umar ini diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Daud dan disahkan oleh al-Hakim.Dalam Majma` al-Zawaid menyatakan kesemua rijal hadis ini thiqah(4/323).
Boleh lihat juga syarah hadis ini dalam sebahagian kitab kitab utama seperti Nailul Authar,Subulusalam,Talkhis dll.
ii- Maksudnya. Hak hadanah bagi ibu akan gugur apabila berkahwin dengan lelaki yang ajnabi dengan anak itu.Dalam bahasan fiqh pandangan tersebut adalah pandangan Jumhur Ulamak(Ibnu Munzir menyatakan ijmak) Manaklala Mazhab Zaidiah dan al-Hasan alBasri menyatakan sebaliknya(tidak gugur hak tersebut).Satu riwayat dari Imam Ahmad menyatakan:sekiranya kanak2 itu perempuan tidak gugur hak tersebut.
Dalil bagi pendapat Jumhur adalah hadis seperti yang dibawa itu.Manakala Pandangan kedua dan ketiga berdasarkan Hadis al-Qada dimana Rasulullah memutuskan satu kes hadanah bagi anak perempuan Hamzah Bin Abd Mutalib yang ingin dipelihara oleh Zaid Bin Harithsah ,Ali Bin Abi Talib dan juga Jaafar.(Ibnu Qayyim ada membuat komentar dalam Zadul Maad Dalma 4/131 mengenai hujjah diatas).
Dr Karim Zaidan telah menyatakan bahawa pandangan Jumhur itulah yang lebih rajih berdasarkan dari kekuatan dalil.(munaqasah al-adillah satu persatu telah dibahaskan dalam KItab al-Mufassal 10/46).
Solan iii- Sungguhpun begitu perkara ini perlu dinilai dengan teliti dari segenap sudut.Badran Abu al-Ainani dalam Fiqh al Muqaran (jil 1/543)telah menyatakan:
`Tujuan hadhanah adalah ditujukan kepada kanak-kanak itu dan hak anak itu adalah lebih utama kerana kebajikanya adalah didahulukan dari kabajikan(hak) kedua ibubapanya.Mengutamakan kebajikan anak adalah dimestikan kerana dengan itu akan dapat mencapai perkara yang terbaik lagi elok untuk anak itu.
Syed Sabiq dalam Fiqh Sunnah (8)-beliau memetik kata-kata Ibnu Solah dalam Tuhfah dan Nihayah serta diakui muktamad oleh Ali Syabralmulsi-
`Sesunguhnya setiap yang menjaga dan yang dijaga ada hak dalam pemeliaharaan tetapi hak yang dijaga lebih kuat dari hak yang menjaga.`
Maknanya sekalipun hak yang menjaga hilang keutamaan tetapi hak yang dijaga tetap ada.Jika dengan meleraikan anak dari ibunya menyebabkan kemaslahatan anak terjejas,maka sudah tentu perkara tersebut bukan menjadi tujuan syarak.Mahkamah akan menilai dari segi kesan emosi,fizikal,keselamatan,nafkah dan pembelajaran anak-anak jika dipisahkan dari ibunya yang menjaga sekian waktu.
Abdullah Muhammad Ali (Mazhab Maliki) dalam al-Khursyi 4/214 menyatakan:-
jika- 1: anak itu enggan berpisah dari ibu
ii: Keengganan anak itu menyusu dengan orang lain selain ibunya sedangkan ibu tersebut enggan menyusui anaknya melainkan anak tersebut berada dirumahnya;
iii- Tiada yang berhak menjaga anak itu selain dari ibuny(tiada waris lain)
Maka anak itu kekal dalam jagaan ibunya sekalipun telah berkahwin dengan lelaki ajnabi dengan anak itu.
Kesimpulanya kemaslahatan dan kebajikan anak itu lebih utama.
Rujuk :Seksyen 87 (2) UKI.
Rujukan Kes
1-Wan Abd Azizi Lwn Siti Aisyah (2) 1997 JH .ms 50
2-Muhammad Lwn Azizah (1979) 1 JH.ms 79
3-Zawiyah lwn Roslan (1980) 1 JH,ms102
WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment