:- PeNggAnaS ? MiLiTan JuGa PegAmAn DaN PeNgAwaL kEseLaMaTan -:

Baru-baru ini ana dikejutkan oleh berita dari Malaysia mengenai isu pembunuhan Dr Azhari Hussin dari kumpulan JI (Jemaah Islamiyah) yang mengadakan gerakan usaha membina daulah Islamiyah di rantau Asia ini melalui usaha jihad.Terkenang ana seketika akan ayat Allah swt yang berbunyi :
“Mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah maka mereka itulah yang mengharap rahmat Allah” (Al-Baqarah : 218).

Sesungguhnya ana berasa sedih di atas kematian beliau kerana beliau seorang muslim yang sanggup meninggalkan kemewahan gaji pensyarah, dunia dan keluarga demi perjuangan Islam “yang menurut kefahamannya” dan menyedihkan ana apabila mendapati bahawa beliau dibunuh oleh pasukan elit Polis Indonesia yang juga beragama Islam. Melebihan pula apabila pasukan elit itu disebutkan dalam akhbar Indonesia bahawa mereka mendapat latihan dan bantuan kemahiran dari Amerika.
“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124).

Walaubagaimanapun ana sendiri juga merasa sedih kepada mereka yang terlibat dan menjadi mangsa kepada “keganasan Dr Azhari dan kawan-kawannya dari JI (jemaah Islamiyah)” apabila terdapat umat Islam yang tidak berdosa menjadi mangsa kepada letupan bom dan pembunuhan oleh usaha jihad kumpulan ini.
“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”
(Al-kahfi : 103-104).
“Wahai orang-orang ahli kitab janganlah kamu melampau (ghulu) dalam
agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu mengenai
Allah melainkan dengan haq” (An-Nisa : 171).
Daripada Ibn Abbas ra yang berkata bahawa baginda rasulullah bersabda : “Wahai manusia jauhilah kamu dari ghulu (melampau) dalam agama kerana sesungguhnya telah hancur rosak golongan sebelum kamu kerana melampau dalam agama” (hadith sahih riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Hakim dan lain-lain).
Namun ana lebih sedih apabila mendapat tahu bahawa kumpulan jihad ini mensasarkan letupan di tempat-tempat maksiat seperti kawasan pelancongan Bali yang terkenal dengan “tarian bogel” dan tempat pelacuran halal apabila faraj wanita dan lubangnya baik depan dan belakang dapat dinikmati dengan mudah, berpilihan dan cantik-cantik pula.
“Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat kepada wanita, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak , kuda yang bagus , biantang ternak dan tanam-tanaman dan demikian itulah kehidupan dunia namun di sisi Allah jugalah sebaik-baik tempat kembali” (Ali –Imran : 14).
Maka sekiranya umat Islam berdosa yang melakukan maksiat ini terbunuh dalam letupan bom dalam gerakan Jihad kumpulan ini bukankah kasihan sekali mereka mengadap Allah swt dalam keadaan maksiat tanpa sempat didakwahkan dan diberi peluang bertaubat ?
“ Bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman
moga kamu mendapat kejayaan.” (An-Nur : 31).
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa orang yang menyekutukan Allah. Dan Dia mengampuni yang selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki" (An Nisa' : 48).

“Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)?
Mengapa kamu (berbuat demikian), bagaimanakah kamu mengambil keputusan?”
(Al Qalam : 35-36).
“Maka apakah orang yang beriman seperti orang yang fasik (kafir)? Mereka tidak sama.”
( As Sajdah : 18).

Demikian pula ana mendapati bahawa mereka iaitu kumpulan jihad ini mensasarkan letupan bom di kedutaan kerajaan asing khususnya Australia dan Amerika dan sekutu barat lain yang terlibat dalam politik dunia menganiaya umat Islam maka ana secara sedikit di hati kecil merasa “padan muka Amerika dan Australia” apabila kedutaan mereka diberitahu telah dibom oleh kumpulan jihad ini.

“Dan Perangilah Mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi di muka bumi sehinggalah agama itu hanyalah untuk Allah” (Al-baqarah : 193).
Namun apabila mengadakan rumusan dan mengkaji kembali ternyata ianya salah dan bertentangan dengan syariat Islam kerana dalam peperangan sekalipun Islam tidak pernah mencederakan wanita dan kanak-kanak walau agama apa pun mereka itu selagi wanita dan kanak-kanak itu tidak mengangkat senjata membunuh umat Islam.
“Janganlah kamu melakukan kerosakkan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak
menyukai golongan melakukan kerosakkan” (Al-Qasas : 77).
“Dan berperanglah di jalan Allah dengan memerangi mereka yang memerangi kamu
dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak menyukai orang
yang melampaui batas” (Al-Baqarah : 190).

Tambahan pula dalam realiti hari ini tidak semua yang bekerja di kedutaan kerajaan asing itu setuju dan rela dengan dasar-dasar Amerika jahat itu bahkan ada yang menentang dan membantah sekaligus menjadikan kita perlu menyedari bahawa dalam membawa dakwah, perjuangan dan jihad dalam masa kini selain kefahaman, kemantapan ilmu agama dan kebijaksanaan maka pejuang Islam itu perlu memahami waqi’ keutamaan dan kemanfaatan serta apa yang dikehendaki oleh sunnah rasulullah dan mencedok panduan darinya.

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (An Nisa’ : 59).
Telah bersabda baginda rasulullah kepada kita semua dengan sabdanya yang mulia : “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho no 898, Hakim dalam Mustadrak no.63).

Maka kerana itulah dari hadith Saad Ibn Abi Waqas ra pernah berkata ketika berlakunya Fitnah pembunuhan Khalifah Usman ibn Affan ra : Aku bersaksi bahawa rasulullah pernah bersabda : “ Sesungguhnya akan berlaku fitnah (pada umat ini) dan mereka yang duduk adalah lebih baik dari yang berdiri dan golongan yang berdiri ialah lebih baik dari mereka yang berjalan dan mereka yang berjalan ialah lebih baik dari golongan yang berlari” Lalu ditanyakan kepada baginda apakah pesananmu jika datang seorang masuk ke rumahku dan mengacungkan tangannya untuk membunuh aku ? Lalu baginda salallahualaihiwasalam menjawab : “ Jadilah seperti anak Adam (iaitu Habil yang dibunuh tanpa membalasnya)” dan juga dalam hadith seperti ini dari riwayat Abu Hurairah, Khabab ibn Arat , Abi Bakrah dan Ibn Mas’ud dan lain-lain. (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2194 dan lain-lain).

Ana yakin Dr Azhari dan rakan-rakannya pasti tidak pernah membaca hadith ini dan beliau serta umat Islam yang ramai mungkin tidak pernah pun mengetahui akan isi kandungan sunnah dan pesanan-pesanan rasulullah tentang fitnah dan sekiranya mereka pernah membacanya pun tentu sekali mereka kurang memahaminya kerana tiada penerangan dari ulama yang memahami sunnah selain dari hanya mendengarnya dari guru kampung atau tok-tok guru yang jahil hadith dan selalu memutarkan hadith dhaif dan palsu.

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Al An’am : 116)
Hadith di atas yang diriwayatkan oleh Saad Ibn Abi Waqas ra dan lain-lain sahabat membawa pengertian bahawa hendaklah umat Islam menjauhi fitnah dan berusaha tidak terlibat di dalamnya demi mencapai keselamatan agama. Berkata Imam Hafidz Al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi iaitu syarah kepada sunan Tirmidzi bahawa dimaksudkan supaya duduk itu lebih baik daripada berdiri ialah pada zaman fitnah akhir zaman ini umat Islam yang duduk berdiam diri di tempatnya dapat bermaksud ialah tidak berusaha menjerumus diri ke dalam fitnah itu lebih baik dan utama dari mereka yang mendedahkan diri kepada fitnah (lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 436 Jilid 6).
Demikianlah juga menurut pendapat Hafidz Ibn Hajar ra dalam Fathul Bari yang menyatakan keperluan umat Islam menjauhi diri dari menyertai fitnah dan mendedahkan diri kepadanya. Lalu fitnah yang dimaksudkan dalam hadith ini jelas disebutkan membawa kepada pembunuhan dan baginda rasulullah mengajar umatnya supaya menjadi seperti anak Adam as iaitu Habil ra (lihat Fathul Bari m/s 34 Jilid 13).Pengajaran dari hadith ini ialah supaya tidak merebaknya pembunuhan dan kematian dari akibat fitnah dan khususnya pembunuhan itu berlaku sesama umat Islam.
Kesimpulan dari hadith ini ialah ana menjelaskan bahawa hendaklah umat Islam yang jahil agama, tidak ulama atau bukan ulama’ (iaitu dirinya bukan ulama’ iaitu diketahui dengan cara tiada ulama Islam mengiktiraf dirinya sebagai ulama’ , tidak mampu berijtihad dengan kaedah yang sahih, tidak menguasai kitab Allah dan sunnah rasulullah, tidak menguasai kefahaman ilmu Islam dan tidak pula menguasai ilmu usul fiqh, tidak mengetahui kaedah istinbat hadith dan hukum hakam maka hendaklah duduk diam dan menjauhi fitnah termasuk perlu menjauhi jihad berseorang diri atau berkumpulan yang sejahil dan sekelompok dengannya kerana usaha jihad mereka itu yang pada mereka sebagai jihad namun hakikatnya ialah kerosakan dan kemusnahan kepada Islam. Mereka dalam kesesatan tanpa keyakinan namun hanya sekadar persangkaan dusta dan perkiraan yang bathil belaka.

"Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain
hanyalah berdusta (terhadap Allah).’” (Al An’am : 116)
Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda :“Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.” (Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).

Ketahuilah umat Islam !!!Amerika mendidik umat Islam supaya berbunuhan sesama sendiri dan sekiranya Dr Azhari dan rakan-rakannya bersabar dan umat Islam yang bersemangat menegakkan Islam sabar dan istiqamah di atas sunnah dan mempelajari sunnah, berdakwah secara hikmah dan memupuk kefahaman aqidah dan ukhuwah Islamiyah maka tiada mustahil pasukan elit Polis Indonesia yang membunuh Dr Azhari itu pada hari ini mungkin pada masa akan datang akan menjadi jundullah yang bersama-sama satu soff dengan mereka yang bersemangat menegakkan Islam memerangi musuh Allah swt yang sebenar.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu
bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu
orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).

Dari riwayat Umar Al-Khatab ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “ Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” ( Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).

“Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berperang di jalan-Nya dengan berbaris-baris seolah-olah mereka itu satu bangunan tembok yang tersusun” (As-Soff : 4).
Malangnya kita gelojoh, malangnya kita terlalu merasa jalan kita benar dan kita mudah membuat keputusan dan mengambil tindakan tanpa berfikir, mengkaji dan menela’ah dan mendalami kefahaman yang sahih. Maka lalu mengakibatkan pembunuhan sesama umat Islam dan kematian kepada umat Islam sedangkan kuffar bertambah kelahiran dan bilangan mereka.
“Dan orang-orang yang sabar di atas kesusahan , kemelaratan dan ketika peperangan maka mereka itulah golongan yang benar dan mereka itulah golongan yang bertaqwa”
(Al-Baqarah : 177).
Daripada Abu Hurairah ra bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “ Setiap muslim itu sesama muslim yang lain diharamkan untuk menumpahkan darah (berbunuhan) , harta dan kehormatan” (hadith sahih riwayat Muslim dan Ibn Majah).

Baginda rasulullah membina daulah Islam terlebih dahulu bukan dengan darah dan nyawa orang lain sebaliknya dengan aqidah dan kefahaman sahih, dengan dakwah hikmah, dengan kesabaran diuji dan ditekan serta ditindas seterusnya baginda bersabar dengan memaparkan akhlak Islamiyah sehingga umat Islam bersatu dan berukhuwah dan bersaudara di atas aqidah Islamiyah dan kemudian barulah daulah Islamiyah tertegak yang peranannya mendokong aqidah yang sahih.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf mencegah
dari yang mungkar” (At Taubah : 71)
Setelah itu barulah usaha jihad dijalankan demi membela agama, demi menyebarkan agama iaitu Islam yang tinggi dan mulia dan kemudian kita menyaksikan keadilan tertegak dan keamanan tercapai.Islam tidak membina daulah Islamiyah dengan pembunuhan sebaliknya dengan dakwah dan kalimah syahadah buktinya pada Fathul Mekah iaitu pembukaan kota Mekah tiada darah ditumpahkan dan Islam menguasai tanah arab sehingga seterusnya seluruh timur dan barat melalui usaha dakwah dan pedang serta darah ditumpahkan hanya apabila maruah agama dicemari dan diancam.
Kita melihat Indonesia, pada Surabaya dan lain-lain kota pelacuran menjadi biasa dan berleluasa, arak dan pelbagai kemaksiatan bercambah dan pastinya umat Islam Indonesia memerlukan kepada pendakwah bukan pengganas dan pengebom yang berani. Juga umat Islam Indonesia pastinya tidak berhajat kepada kumpulan “jarah wa ta’dil” yang asyik membid’ahkan orang dan memburukkan peribadi tertentu dengan hanya mencari salah sesama umat Islam lalu mengaku mereka salafi dan sunni.
Pastinya umat Islam Indonesia yang mabuk dunia, kemiskinan dan kerosakan akhlak serta dalam penindasan ekonomi memerlukan kepada pendakwah, muslih dan pembaik pulih ummah dengan ilmu, kasih sayang, ukhuwah, qudhwah (teladan) dan mampu mengeluarkan masyarakat dari pelbagai masalah hidup kepada pertunjuk agama Allah swt dan cara hidup yang sahih bagi mencapai kestabilan duniawi dan keselamatan akhirat.Malangnya Umat Islam Indonesia disemakkan dan dicambahi oleh kumpulan tareqat gila sesat yang masih banyak pemujaan kubur, syirik khurafat, ilmu ghaib dan hitam, dukun pawang kemudian pula lawannya kumpulan salafi sunni yang sibuk menjarah memburuk peribadi orang dengan berkata “awasilah kamu dengan ustaz itu kerana dia ialah ahli bid’ah dan si anu itu bid’ah” juga kumpulan jemaah-jemaah yang masing-masing mengaku mereka berintima kepada fikrah Ikhwan Muslimun dan berpolitik gigih konon mahu menguasai parlimen Indonesia dan menegakkan Negara Islam Indonesia melalui demokrasi dan pilihanraya.

Kesimpulannya mereka ini semuanya agak serabut dan pening kerana mereka lupa masyarakat Indonesia yang miskin, terpaksa mencari pekerjaan di Negara asing, jahil agama, hidup di bawah penindasan ekonomi dan politik serta ketenteraan, masih diancam perperangan dan pergaduhan, saling menindas satu sama lain demi mencari kesenangan sendiri.Maka dalam suasana Negara Indonesia begitu apa faedah Ikhwan Muslimun ? selain hanya untuk berbangga dengan Syed Qutb dan Hasan albanna konon merupakan pengasas gerakan mereka lalu apa faedahnya mereka pada ummah dalam menyelesaikan masalah ummah ?Apa faedahnya kumpulan salafi Indonesia yang asyik bergaduh satu sama lain dan membid’ah dan menjarahkan kumpulan lawan dan lain-lain ?
"Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan
apa yang mereka punyai” (Ar-Rum : 31-32).
Apa faedah pula kumpulan tareqat, sufi dan penyembahan kubur serta jin-jin dan kumpulan pengikut wali-wali selain membawa syirik dan menambah masalah ummah Indonesia dengan menyerabutkan lagi suasana umat Islam ?
Apakah kamu tahu akan perihal golongan yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan ?”
(Al-Furqan : 43).

Sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang bukan dari kami (yakni bukan dari pertunjuk sunnah) maka ianya ditolak” (Hadith Sahih Mutafaqun alaih).Maka apa pula faedah kumpulan Jihad atau Jemaah Islamiyah (JI) ini kepada suasana umat Islam selain menambah masalah dengan menimbulkan kekecauan, letupan-letupan dan kematian umat Islam dan manusia yang berdosa itu ?

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa orang yang menyekutukan Allah. Dan Dia mengampuni yang selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki" (An Nisa' : 48).
Bukankah Amerika sedikit pun tidak tergugat dengan letupan-letupan di Bali dan lain-lain ? Apalah sangat kematian rakyatnya baik ratusan orang sekalipun kerana mereka itu sudah jelas dalam Al-Qur’an akan sentiasa memerangi umat Islam dan akan selalu menganaiya dan menzalimi manusia dari kekufuran, kebongkakkan mereka.
Maka bukankah perbuatan jihad berkumpulan ini sia-sia, merugikan dan merupakan fitnah dan memenatkan lagi masyarakat Islam yang sudah semakin tenat dan parah dengan pelbagai masalah ? Lalu hendaklah pemuda Islam dan umat Islam menyedari kepentingan ilmu, kefahaman sunnah yang sahih dan berusaha mendalami kitab Allah dan sunnah rasulullah sebagai pertunjuk dan penerangan dari kegelapan fitnah dan kesesatan akhir zaman.Sesungguhnya perjuangan agama ini memangnya sukar dan hanya diwarisi oleh para alim ulama yang memikul amanah rasulullah sebagai pewaris baginda salallahualaihiwasalam dan bukannya si awam jahil bodoh yang bahkan menambah masalah dan fitnah.

Daripada Anas ibn Malik ra bekata, Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2260).
Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa jalan dakwah yang sahih itu sukar sekali dan pastinya bukan jalan demokrasi yang dilalui oleh para penceramah Islam yang mengaku pejuang Islam dengan menaiki kereta Mercedes sebagai konon wakil rakyat yang memperjuangkan Islam kerana perjuangan mereka bukanlah memegang bara api sebaliknya menggengam wang ringgit dan hanya menghadapi sedikit tekanan politik dari pihak yang sekuler.
“Jika seandainya (mendapat kemenangan dari Allah) itu jalannya dekat dan perjalanannya tidaklah jauh maka nescaya ramailah yang akan mengikut engkau sebaliknya hakikatnya ialah jalannya sangat jauh dan padanya halangan” (At-Taubah : 42).

Ingatlah akan hadith dari riwayat Irbad ibn Sariyah ra bahawa baginda rasul salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “ Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).

“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab : “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (An-Nur: 51-52).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: