~ SiAsaH ~ :- HanIFA, HanAFI atau BraHiM? -:
HANIFA, Hanafi sekali sebut, hampir sama bunyinya. Sama-sama berpangkal kepada Ha dan suku kata kedua Ni dan seorang lagi Na. Bagi suku kata ketiga, satu Fa dan satu lagi Fi. Betul-betul hampir sama. Kalau disebut cepat sangat, tersasul lidah jadinya. Namun, perkataan Ibrahim agak jauh dan berada di luar linkungan persamaan sebutan.
Gambaran awal ini secara tidak langsung dikaitkan dengan persaingan sengit di antara dua calon tersebut. Ini kerana mereka mewakili dua parti Melayu yang besar di negara ini.Bagaimanapun Ibrahim tidak kurang hebatnya. Beliau dikatakan mampu menarik sekurang-kurang 1,000 penyokong Umno untuk terus kekal bersama perjuangannya.
“Saya bertanding kerana desakan penyokong supaya berbuat demikian. Saya bukan calon Bebas namun sebagai calon rakyat,” katanya sebelum ini. Dan apabila turut sama bertaruh di gelanggang 6 Disember ini, maka situasi yang bakal berlaku menjelaskan Umno pastinya akan berada dalam suasana agak gelisah. Ibrahim biar pun bukan lagi berada di bawah bumbung Umno, namun Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang diperjuangkan sudah dikenali di seluruh negara. Mesej perpaduan Melayu dan hak-hak keistimewaan Bumiputera menjadi hala tuju perjuangan organisasi itu.
Di bawah MTRK, Ibrahim berjaya menarik minat bekas-bekas pemimpin Umno yang tidak kurang pengaruhnya. Siapa tidak kenal Dato’ Ariffin Hamid, Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim, Dato’ Hassan Ismail, Dato’ Mustapa Yaakub dan ramai lagi. Mereka bukan calang-calang orang dalam percaturan politik Umno Kelantan. Ibrahim berjaya menarik mereka berada di bawah kepemimpinannya. Di atas nama MTRK juga, bekas Adun Kota Lama, Leong Sue Siang menjadi akrab dengan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas tersebut.
Itu belum lagi diambil kira jumlah undi yang diraih Ibrahim sebagai calon Bebas di Pengkalan Pasir tahun lalu. Beliau berjaya mengumpulkan sebanyak 1,500 undi atau 11 peratus di DUN Pengkalan Pasir. Disebabkan faktur tersebut juga pemimpin Umno terutamanya Dato’ Annuar Musa cuba memperlihatkan keegolannya dengan mengeluarkan kenyataan seperti kebudak-budakan. Apa tidaknya, isu yang dibangkit hanya berkisar bubar dewan, cabar letak jawatan dan tawaran bagi Adun PAS yang melompat.
“Jelas sekarang nampak seperti orang yang bankrap idea,” kata Ketua Penerangan Umno Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud. Sikap ‘over confident’ dipamerkan Umno dalam banyak kenyataan mereka benar-benar memperlihatkan pemimpin parti itu gelisah. Misalnya ‘Kekalahan bukti PAS tidak relevan’ – Ketua Penerangan Umno Terengganu, Ahmad Shaberry Chik, ‘Guna pengalaman pastikan BN menang’ – Menteri Besar Terengganu dan ‘Bubar jika kalah – Najib’.Itu belum lagi diambil kira bekas seorang menteri yang dikaitkan dengan keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri di Kampung Jias, Pasir Mas suatu ketika dahulu. Begitu juga isu tabal raja di Ketereh pada April 1993 dan kehilangan wang pelaburan PPRT. Banyak pihak terluka dengan peristiwa itu.
Lagi menggelirukan apabila Hishammuddin tanpa berfikir panjang mendesak guru yang menyokong pembangkang diminta mencari kerja lain. Tidakkah itu menggambarkan ‘conflict’ dalaman berlaku di kalangan pemimpin Umno sekarang.
Umno juga cuba menggambarkan kempen mesra bagi ‘memujuk hati yang duka’. Bermula daripada kenyataan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, kononnya mahu mempamerkan kempen mesra dan tidak mudah melatah.Benarkah ia berlaku sedemikian di peringkat bawah. Atau sekadar mesra di dada akhbar sahaja.
Namun sebenarnya ada banyak kisah berlaku di sebalik kempen mesra yang diuar-uarkan itu. Ada anak angkat PAS diugut oleh pasukan khas.Wartawan media harian ditegah buat liputan calon rakyat, Dato’ Paduka Ibrahim Ali dan jentera kempen muslimat diganggu. Selain itu, penyokong Umno berlakon sertai Umno dan banyak lagi. Adakah ini dinamakan sebagai mesra rakyat, atau sekadar seronok buat kenyataan di media massa.
Di akar umbi lain pula yang berlaku. Itu belum lagi diambil kira pengalaman pilihan raya umum lalu, apabila petugas media alternatif disekat daripada mendapat pas untuk membuat liputan di pusat penamaan calon dan tempat penjumlahan undi.Di mana suara demokrasi yang dijunjung selama ini, sekiranya itulah yang mampu disuarakan. Inikah dipanggil orang sebagai kempen mesra rakyat. Kebimbangan lebih dirasakan sekiranya orang yang terlibat dengan banyak kes kontroversi dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan suatu ketika nanti.
Sepatutnya ketika melangkah ke era Kelantan maju dan Pasir Mas Baru, pemimpin seperti itu lebih elok diletak ‘di bangku simpanan’. Atau adakah ia secara tidak langsung menggambarkan Umno Kelantan benar-benar ketandusan seorang pemimpin yang mampu mempertahankan Kelantan sebagai Serambi Mekah.
Namun apa yang dapat diperhati dengan perkembangan sekarang, elemen-elemen untuk ‘merobohkan’ benteng Serambi Mekah mulai kelihatan. Apa tidaknya apabila ada pemimpin yang belum ‘insaf’ terus dinobatkan. Rakyat Kelantan jangan dibiarkan bersubahat dengan agenda pemimpin yang sudah dikenali sebagai ‘panas baran’. Lihatlah apa yang berlaku di setiap kali persidangan DUN Kelantan berlangsung. Bagaimana lagaknya.
Lebih mencuit hati lagi apabila rakan-rakan media menceritakan, akhbar mereka akan dibuang ke lantai sekiranya berita yang dimuat tidak serasi dengan ‘nafsunya politik’. Dunia era sekarang ada pemimpin yang tidak segan mengugut wartawan untuk ditukar sekiranya menyiarkan berita menguntungkan PAS dan kerajaan negeri.Inikah dikatakan sebagai pendekatan ‘mesra’ yang cuba diperjuangkan pemimpin Umno Kelantan sekarang. Bagaimanapun pula dengan ‘upah’ sebanyak RM50 dimasuk dalam agenda mesyuarat pihak penganjur untuk dibagi kepada penyokong Umno dari tempat lain yang datang ke tempat kempen menteri di Pengkalan Pasir sekarang.
Itu juga belum diambil kira ‘merajutnya’ Naib Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa selepas tidak dicalonkan. Biar apa pun biarlah 18,411 pemilih di Pengkalan Pasir membuat percaturan mereka tanpa meminggirkan maklumat yang dibekalkan. Daripada jumlah tersebut terdapat seramai 454 pengundi yang menggunakan kad pengenalan negara jiran dan 5,800 pemilih tinggal di luar Kelantan.
Manakala mengikut komposisi kaum, pengundi Melayu seramai 17,469 orang atau 94.88 peratus, Cina – 863 orang (4.69 peratus), India – 55 orang (0.30 peratus), Bumiputera Sarawak – 5 orang (0.03 peratus), Orang Asli – seorang (0.01 peratus) dan lain-lain – 18 orang (0.10 peratus).Pada pilihan raya umum lalu, jumlah pengundi seramai 18,646 orang. Ini bermakna jumlah pemilih kali ini susut sebanyak 235 orang. Sebahagian besar ‘disingkir’ kerana meninggal dunia. Undi yang diraih Wan Abdul Aziz Wan Jaffar pada pilihan raya lalu sebanyak 7,168, manakala calon BN, Hanafi Mamat (7,113), dengan majoriti sebanyak 56 undi. Peratusan keluar mengundi pula sebanyak 77.6 peratus.
Bagaimanapun bagi penganalisis politik, Wan Nik Wan Yusof kebimbangan dirasakan apabila jumlah keluar mengundi kali ini lebih 85 peratus. “Dikhuatiri sekiranya peratusan menghampiri angka itu, kemunculan pengundi hantu tidak dapat ditolak. Ini akan menjejaskan ramalan awal yang dibuat,” katanya. Berdasarkan situasi kempen yang berlaku sekarang, Umno tidak segan silu lagi menjadikan Sekolah Kebangsaan Mekasar sebagai medan untuk mencari pengaruh. Tiap-tiap hari boleh dikatakan program Umno dianjurkan di sekolah berkenaan.
Malah, Timbalan Presiden Umno sudah turun berkempen di sekolah berkenaan. Pada program penyampaian sumbangan sara hidup dan hari raya bekas-bekas tentera yang diadakan pada 18 November lalu, mungkin tidak salah kalau dikatakan Najib dimalukan dengan jumlah kehadirannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ SiAsaH ~ :- KeMbAliKaN SeMaNgaT tOk JaNgGuT -:
Orang Melayu sebenarnya tertipu dengan lembut lidah pemimpin yang berkepentingan dan tidak patriotik. Kenanglah siapakah dahulu berarak dari utara, selatan, timur dan barat menuju ke KL untuk menentang Malayan Union? Adakah orang-orang itu sekarang menjadi pemimpin? Bahkan mereka yang patriotik atas agama menentang British kafir telah dicap sebagai penderhaka seperti Tok Janggut dan Datuk Bahaman.
Pemimpin yang terkemudian pula ditangkap dan dipanjarakan seperti Pak Sako dan Ahmad Boestaman. Lihatlah di manakah pemimpin negara sekarang berada ketika menentang British. British cukup bijak menolak ulamak dan melantik orang-orang yang mendapat pendidikan baratuntuk memimpin negara supaya Islam tidak ditegakkan sepenuhnya di bumi Malaysia tercinta.
Sepatutnya dengan gambar ini orang-orang melayu Islam sedar bahawa pembangunan sahaja tidak akan sampai ke mana kerana ia adalah perhiasan dunia semata. Sepatutnya hiasi diri dahulu dengan akhlak Islam seperti Tok Janggut barulah lahir insan yang membangun rohani dan jasmani dan negara dengan sendiri akan maju.
Walaupun kita rasa kita sudah maju, sebenarnya kita hanyalah maju sebagai pengguna teknologi barat bukan pembina teknologi baru. Nak buat kereta mainan pun tak mampu, kebanyakannya diimpot dari China dan Hongkong.
Orang dulu lawan british kafir buat peletup sendiri dan pedang sendiri. Selain daripada itu kita patut sedar British boleh menguasai Tanah Melayu pun kerana kerjasama orang Melayu sendiri mungkin seperti soldadu dalam gambar Tok Janggut digantung. Dan yang lebih jauh Portugis dapat tawan Melakapun atas angkara orang Melaka sendiri.

Maka perlulah kita sedar dan insaf untuk menjadikan negara kita sejahtera, aman, membangun dalam acuan kita sendiri dan tidak jadi seperti Bosnia dahulu di mana rakyatnya Islam tetapi tidak kenal Islam kerana dibuai oleh budaya barat kafir, kita mesti kekalkan ulamak sebagai pemerintah yang boleh membimbing kita ke arah jalan yang lurus yang telah dirintis oleh Rasulullah s.a.w. Jangan jadi seperti rakyat Iraq yang sokong amerika kafir hingga negara tergadai dan Hukum Islam terbuang. Jangan jadi seperti musarraf yang sokong amerika kafir untuk serang sahabat seagama di Afghanistan.
Sokonglah perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam sepenuhnya (bukan Islam untuk pembangunan sahaja tetapi rakyat Islam lupa ajaran Islam sebenar) bagi meneruskan semangat jihad Tok Janggut khususnya bagi orang Kelantan. Sekarang peluang sudah ada tunjukkanlah. Jangan kita kejar bermati-matian rezeki yang Allah telah tetapkan tetapi kejarlah masa depan di akhirat yang belum tentu lagi ke syurga atau ke neraka. Kita tidak tolak pembangunan tetapi pembangunan datang selepas kita betul-betul Islam insyaAllah.
Sokonglah perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam sepenuhnya (bukan Islam untuk pembangunan sahaja tetapi rakyat Islam lupa ajaran Islam sebenar) bagi meneruskan semangat jihad Tok Janggut khususnya bagi orang Kelantan.
Sekarang peluang sudah ada tunjukkanlah. Jangan kita kejar bermati-matian rezeki yang Allah telah tetapkan tetapi kejarlah masa depan di akhirat yang belum tentu lagi ke syurga atau ke neraka. Kita tidak tolak pembangunan tetapi pembangunan datang selepas kita betul-betul Islam insyaAllah. Jangan takut papa kerana rezeki di tangan Allah. Hidupkan semangat Tok Janggut untuk menumbangkan fahaman yang amalkan Islam separuh-separuh tetapi menegakkan fahaman yang amalkan Islam sepenuhnya. Allahuakbar!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ SiAsAh ~ :- UnIveRsiTy @ DiSkO? -:
Saya berasa sungguh terharu kerana Datuk Najib sudi nak bina universiti di Kelantan. memang saya akui kemampuan UMNO untuk nak buka universiti baru dengan kewangan bukan dari titik peluhnya tetapi untung masuk kepada kroni-kroni... nak supply barang2 bina universiti najib tahu nak contact sapa. ( sama2 untung mehhh... lu untung gua pun untung).
Jadi apa saya ingin tekankan ialah permasalahan pengganguran bukan berpunca dari pemerintahan PAS tetapi kerana sudah terlalu banyak Pusat pengajian Tinggi diMalaysia. dengan ini gunalah kuasa pangkah anda menilai betulkah orang kelantan berhijrah kerana tiada kerja, dekat ofis saya sendiri ramai pekerja dari negeri lain. Malah saya tengok hujung minggu penuh pintu2 tol utama dengan kemasukan rakyat dari utara dan selatan. Sebenarnya bagi saya orang kelate berani menerokai dunia luar.
Renungan Ringkas::
1. Bagaimana ditengah2 kemelut pengganguran yang begitu ramai diseluruh negara masih ada kerajaan yang merasuah rakyat dengan Universiti. sepatutnya kerajaan memikir penyelesaian kepada masalah pengganguran yang telah merebak sekarang.
2. Universiti yang ada sekarang ni pun telah jatuh kualiti pencapaian antarabangsa. sepatutnya kerajaan memikirkan bagaimana nak meningkatkan taraf universiti kalau sebetulnya ikhlas.
3. Ada lagikah kerajaan di negeri lain yang 100% dikuasai orang Islam (termasuk Melayu & Cina muslim). Mungkin tanggapan saya ini salah, saya ambil contoh di Selangor, Melaka, Johor, Negri Sembilan misalnya Siapa Menteri besar (Orang Melayu) tapi apa dia sudah buat di kawasan seluruh negeri dimana kita lihat pusat-pusat hiburan & judi tumbuh macam negara KAFIR. Memang betul kita negara majmuk tapi orang Islam harus sedar sekarang kita masih lagi berkuasa tapi majoriti kawasan siapa yang berkuasa, jangan sampai kita menangis melihat Penang hilang dari tangan melayu dikala perdana menterinya sendiri org penang. BETULKAH PEMIMPIN UMNO MEMBELA MELAYU?? SETIAP KALI PERHIMPUNAN UMNO MELAYU KENA KUTUK JE?
4. SELAMATKAN KELANTAN DARI TANGAN PEMBAWA RASUAH,PUSAT DISKO, PUSAT JUDI EKOR, PUSAT PELACURAN (RUMAH URUT). UNDI UMNO BERMAKNA ANDA SETUJU KELATE TERGADAI DENGAN MARUAH MAKSIAT. JANGAN KITA MENYESAL DI KEMUDIAN HARI KERANA TANGAN KITA HARI INI..... KERANA TANGAN-TANGAN ORANG UMNOLAH YANG MELULUSKAN PUSAT JUDI, DISKO DAN MAKSIAT DI NEGERI-NEGERI LAIN DAN MENUNGGU UNTUK LULUS DI KELATE PULAK.
5. Kemajuan bukan untuk rakyat tetapi untuk VVIP UMNO SAJA... kerana mereka yang meluluskan dan merekalah yang menbahagikan projek pada kroni2... akhirnya macam tu jugak.... rakyat keluar TV minta umah ada api, air & jalan raya saja padahal sudah 48 tahun merdeka.Mari Kita buktikan bahawa penduduk kelate bukan seperti rakyat dinegeri-negeri lain yang sudah mula kehilangan kuasa Melayunya.
Melayu Kelate ada prinsip citakan ISLAM yang kukuh dan teguh. CINTA ISLAM MENGATASI CINTA DUNIA. MAJU DAN MEMBANGUN KITA BERSAMA ISLAM YANG TULEN BUKAN DENGAN ISLAM YANG DICELUP @ DIHADHARIKAN....Islam lebih bertamadun dari masyarakat UMNO yang hadhari kerana UMNO berpaksikan Islam Had - hari bukan Islam Hadhari*Islam Had-Hari... siang cerita pasal Islam, malam cerita pasal pompuan, disko dan maksiat.
Minggu ini rasmi Tilawah Al-Quran, Minggu depan rasmi Pesta hiburan. Hari Jumaat solat jumaat, malam jumaat pergi ZOUK

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ISU ~ :- WaJiBkaH aDa bUnGa TelUr? -:
Rasa janggal pula kalau tiada bunga telur. Tetamu pasti tertanya-tanya dan nak tengok punya. Jadi bagaikan sudah tersurat, bunga telur wajib ada. Walaupun kita berlebih-lebih pula... kerana hendak grand punya cerita.
Bunga telur di majlis perkahwinan sudah biasa ditukar dengan benda lain seperti potongan kek, gula-gula, potpouri dan jeli. Namun ia dipanggil bunga telur juga. Pemberian bunga telur di majlis perkahwinan sudah menjadi suatu yang klasik.
Bunga telur sebenarnya cenderahati 'door gift' kepada tetamu daripada tuan rumah. Dahulu, kaum keluarga akan menggubah bunga telur sendiri dan seingat penulis, ibu saudara dulu mula menyiapkan bunga telur enam bulan sebelum majlis perkahwinan anaknya. Masa berganti, ada yang mengupah bunga telur daripada jiran atau saudara. Kini bunga telur dibeli di kedai bunga yang banyaknya seperti cendawan selepas hujan. Tidak perlu pening-pening atau susah-susah membuat sendiri, pilih dan beli, ada wang semua boleh jadi.
Selain pengantin dan keluarga perlu menyediakan wang untuk kenduri dan tempah dewan, peruntukan untuk bunga telur tidak kurang banyaknya. Jika sekadar menggunakan kotak berbunga yang harganya seringgit dapat lima kotak, itu masih murah. Namun jika sebuah bekas bunga telur harganya lapan ringgit, berbatu permata, labuci segala - niat di sebalik pemberian bunga telur mula lain jadinya. Kita mula memikirkan stardard bunga telur, fesyen terkini dan apa kata orang apabila melihat bunga telur kita yang grand dan anggun begitu.
Sebenarnya elok juga kita hidupkan semula budaya membuat bunga telur beramai-ramai walau sekadar lidi, dililit kertas berwarna dan kemudian digantung telur mengguna benang. Modalnya mungkin 30 sen untuk sebiji (tidak termasuk telur). Untuk seribu tetamu pun baru RM300. Jimat dan klasik.
Namun sekarang, bunga telur sudah dihias batu kristal, tali keemasan dan dimasukkan dalam cawan perak. Harapan kita tetamu simpan buat kenangan tetapi ramai antaranya terus buang!
Lebih elok bunga telur kita buat ala kadar saja. Apa pendapat anda?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ SiAsAh ~ IkhWan BerTaRinG, HusNi MubAraK BerKaBunG, ADaKaH IkHwan MusLimIn BerJaYa Di PUsInGaN KeTiGA ???
HARI ini keputusan pilihanraya parlimen mesir peringkat kedua di ketahui selepas berlalunya peringkat pertama dan akan menyusul nanti peringkat ketiga pada 30.11.2005, ini adalah merupakan pilihanraya Parlimen Mesir yang pertama dalam sejarah secara demokrasi serta pihak kerajaan menjanjikan satu pengundian yang BEBAS. Jika sebelum ini, pilihanraya presiden diadakan, kali ini rakyat Mesir keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka ke Parlimen. Yang menarik, kali ini Ikhwan Muslimin turut bertanding secara rasmi. Jika sebelum ini, mereka menyertai sesuatu pemilihan hanya berdasarkan individu, kali ini Ikhwan Muslimin turun secara rasmi sebagai satu parti Ikhwan Muslimin bermoto ISLAM HUWA HAL.

Kempen secara besar-besaran telah diadakan dengan edaran risalah, sepanduk kempen, gambar ditampal merata tempat menunjukkan kesungguhan mereka menyertai pilihanraya kali ini. Mereka pernah tidak mahu menyertai pilihanraya tetapi setelah berlalu dan mengikut keadaan semasa, maka mereka mengambil contoh pendekatan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam menyertai pilihanraya.
Pilihanraya ini diambil kesempatan yang sepenuhnya oleh Ikhwan Muslimin untuk berkempen seterusnya 'berceramah' secara berjalan menaiki kenderaan. Kita sendiri maklumi, bahawa Ikhwan Muslimin tidak dibenarkan bergerak secara aktif di Mesir untuk mendapatkan sokongan dan pendokong. Silap haribulan, anda akan dihumban ke dalam penjara. Mungkin hikmah pilihanraya kali ini, mereka dapat terus menerus tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak.Pusingan pertama mengejutkan semua pihak dan tanpa di duga ayam jantan yang salama ini di rebankan dalam neraka tengah-tengah padang pasir akhirnya dapat membuktikan kehebatannya dengan kemenangan di bandaraya KAHERAH.
Parti UMNO Mesir terserentak dengan amukan ikhwan muslimin apabila banyak menang di kerusi yang mereka tandingi.Sebelum ini saya dapat rasai bahang pilihanraya ketika solat aidilfitri di Istat ( Stadium ) Tanta. Calon dari ikhwan muslimin sempat mengatur strategi di kala calon-calon dari puluhan parti lain sedang terkapai-kapai mencari rentak dengan mengedarkan belon percuma berlogo calon, bendera, topi ala pemain golfm dan perarakan sebelum solat aidilfitri bermula dengan puluhan kain rentang berarak mengikut rentak kayuhan kaki penyokongnya.
Semalam saya keluar lagi apabila kawan menceritakan ikhwan muslimin menang bersih di tanta dan sedang berhimpun di Mau'if Siberbay. Saya keluar dekat pukul 11 malam dan balik dekat pukul 1 lebih pagi, bagaikan semut ribuan manusia berhimpun sambil laungan Allahuakbar, tasbih, bacaan al-quran, dan laungan islam huwa hal.
Jika kita ikuti berita di dalam akhbar dan al- Jazeera, pilihanraya parlimen mesir kali ini penuh dengan penipuan dan ketidakadilan SPR, di Port Said,Alex dan beberapa tempat hanya wakil dari parti UMNO Husni Mubarak sahaja di benarkan masuk ke dalam tempat pengundian sedangkan sepatutnya wakil dari pelbagai parti di benarkan masuk dan pihak hah asasi pilihanraya mesir serta agensi-agensi lain WAJIB di benarkan masuk tapi sebaliknya, jika tidak naka tipu buat apa mereka buat macam ini.

Dalam laluan berduri, ikhwan muslimin berjaya menag 29 kerusi dan parti UMNO Husni Mubarak ( Hizbi Watani Demokraty ) 31 dan yang selebihnya dari parti-parti lain serta calon bebas untuk peringkat kedua. Bagi keputusan keseluruhan peringkat pertama dan kedua, Ikhwan Muslimin 79 kerusi, Mubarak 150, Parti-parti lain 50 dan calon bebas 6 kerusi.
Adakah Ikhwan Muslimin dapat meneruskan tumbukan berapi ini sehingga peringkat kedua yang berlansung pada 30.11.2005 ini, kita tengok dan sambil perhatikan apa lagi UMNO Mesir akan mengeluarkan alladin berasap di tempat-tempat pengundian kelak.
Tatkala di tekan, Ikhwan Muslimin masih lagi berjaya hapir 90% di setiap tempat mengambil bahagian oleh calonnya dan kita doakan semangat PAS Mesir akan berarak ke DUN Pengkalan Pasir, InsayaAllah di samping doa kita juga agar Ikhwan terus menang dalam pusingan ketiga kelak dan berjaya mengubah undang-undang yang melarang ikhwan muslimin bertanding Presiden untuk melihat islam memerintah di bumi Ardil Kinanah kelak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~SiAsAh~ :- 3PeNjuRu di PeNgKaLan PaSiR, PAS, UMNO, BEBAS. SiApA MeNanG-:
Selain Tuan Guru Nik Abdul Aziz, turut mengiringi calon PAS ialah Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Ustazah Azizah Khatib Mat, anggota jawatankuasa PAS Pusat dan pemimpin tertinggi PKR.
PASIR MAS, 27 Nov (Hrkh)Lebih 20,000 orang mengiringi calon PAS, Haji Hanifa Ahmad yang bermula di Madrasah An Nur di Kubang Bemban ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1, di sini, pagi ini.
Sebelum perarakan yang bemula jam 8.45 pagi, sebahagian mereka menunaikan solat hajat pada jam 8.20 pagi yang diimami Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat di madrasah itu, kira-kira satu kilometer dari pusat penamaan calon.
Selain Tuan Guru Nik Abdul Aziz, turut mengiringi calon PAS ialah Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Ustazah Azizah Khatib Mat, anggota jawatankuasa PAS Pusat dan pemimpin tertinggi PKR. Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman dari Pondok Lubuk Tapah, turut serta.
Kehadiran penyokong PAS yang berarak sepanjang 30 minit disemarakkan lagi dengan sokongan ribuan penduduk Cina dan India yang membawa bendera PAS dan PKR.
Dalam pada itu, tiga calon diisytiharkan bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir yang diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan raya tersebut, Abdul Halim Ahmad kira-kira jam 11.15 pagi.
Bagaimanapun sebelum itu, dua calon mewakili Bebas juga hadir bagi mengemukakan borang pencalonan iaitu Mohd Suji @ Mohamad Awang, 57 dan Fauziah Ghani, 45.
Mereka yang hadir bersama pencadang dan penyokong bagaimanapun keluar tidak lama selepas itu apabila tidak membawa wang tunai sebagai deposit.
Kedua-dua bakal calon itu merupakan anak tempatan, bagaimanapun keluar sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta mereka menyediakan wang tunai, namun selepas masa berakhir kira-kira jam 10 pagi.
Kehadiran dua bakal calon Bebas itu bertiup sejak awal pagi lagi apabila wartawan yang sedang menunggu untuk memasuki tempat penamaan calon diberitahu mengenai perkara tersebut
.
Difahamkan Mohd Suji adalah penyokong Umno yang pernah bergiat aktif di Gua Musang sebelum ini.
Abdul Haim mengumumkan di depan ribuan penyokong ketiga-tiga pihak dengan menyebut Haji Hanifa Ahmad mewakili PAS, Dato’ Paduka Ibrahim Ali sebagai calon Bebas dan Hanafi Mamat bertanding di atas tiket Barisan Nasional.
Pengumuman itu disambut dengan laungan takbir berkali-kali dan sorakan oleh penyokong masing-masing.
Sebelum itu, Hanifa menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.13 pagi, diikuti Ibrahim jam 9.20 pagi dan Hanafi dua minit kemudian.
Perarakan calon BN yang bermula di Sekolah Menengah Perempuan yang diketuai oleh Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak diiringi kira-kira 5,000 orang.
Ibrahim pula dengan kira-kira 1,000 penyokongnya memulakan perarakan tidak jauh dari kawasan Masjid Besar Pasir Mas.
Ribuan anggota polis termasuk FRU berkawal sejak awal pagi bagi mengawal keadaan manakala kesesakan lalu lintas di bandar ini bermula kira-kira jam 7 pagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IssUe ~ :- MaLu? SiApa leBih MaLu? PM, Polis @ WANITA iTu? -:
"Memalukan polis: PM Arah siasatan rapi kes tahanan wanita dibogel dalam lokap. Itulah bunyi tajuk di atas di dada akhbar Berita Harian. Mari kita cuba fikirkan bersama tentang kes ini. Pertama sekali, di manakah maruah seorang Polis Wanita Islam yang sanggup melihat tubuh seseorang tahanan sejenis sama ada Islam atau bangsa lain?Kedua, kononnya, dengan cara tok ketampi, dadah yang disembunyikan dalam kema****, akan terkeluar. Apakah tiada cara lain untuk memeriksa dengan lebih profesional?
Pada saya, orang yang dapat merakamkan keadaan waktu itu, patut diberi pujian, jika dibuktikan kebenaran perkara itu berlaku. Dengan pendedahan rakaman tersebut, terserlah segala keburukkan yang berlaku bersangkut dengan Polis kita.
Sesuaikah slogan Polis sekarang atau patutkah diubah kepada Cekap, Cekup dan Tanggal Pakaian. Nampaknya inilah kerja utama Polis kita.Betapa kita telah mengkritik ke atas peristiwa tahanan Iraq yang dibogelkan, juga ke atas seseorang ternama yang juga telah dipelakukan demikian sewaktu dipenjarakan.
Tetapi mengapa masih lagi perkara membogelkan tahanan berlaku? Adakah Polis2 Wanita dan Lelaki Malaysia 'enjoy' melihat pembogelan secara 'life' dan free?
Perkara ini amatlah berat dan amat memalukan terhadap maruah kita sebagai seorang Islam. Harap PM kita bertindak tegas dan bukan hanya setakat batuk di tangga sahaja.
Fikirkanlah... Mayat pun tahu malu.... "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ MuShKiLaH ~ :- Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal
oleh JAKIM. Apa hukumnya? -:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain spt merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal , jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Spt Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudarat terhda p janin dan lain-lain akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan untuk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1) Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie spt Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakuntukan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” ( Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2) Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya untuk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3) Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dapat menakuntukan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebuntukan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dapat disebuntukan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti beriikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari klgn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakuntukan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ToPicK ~ :- Ke SyUrga BukAn DenGan JaNtiNa! -:
Di dalam Sahih al-Bukhari, hadith ke-29 membentangkan kepada kita sabda Nabi Muhammad SAW:
“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Hadith ini ditempatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Kitab al-Iman di bawah suatu bab yang diberi tajuk “Bab Kufur Kepada Suami, dan Kufur Yang Bukan Kufur”.

Sesungguhnya hadith ini adalah di antara petikan nas Islam yang sering disalah tafsirkan oleh mereka yang berpenyakit hati. Mereka mengambil dalil daripadanya bahawa Islam merendahkan taraf wanita sehingga menganggap mereka itu majoritinya adalah penghuni neraka, atau majoriti penghuni neraka itu adalah wanita. Maka, golongan ini menjadi tukang angguk kepada propaganda musuh Islam bahawa, ya, Islam itu menindas kaum wanita.

Sedangkan penafsiran hadith seumpama ini adalah tersasar dari maknanya yang sebenar. Sama seperti mereka mengambil firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 36 sebagai dalil bahawa Islam menyuruh umatnya membunuh semua non-Muslim di dalam semua keadaan. Walhal ayat itu adalah kaedah khusus di dalam medan peperangan. Tetapi sifat buruk di dalam hati, sengaja menjadikan nas tersebut sebagai punca fitnah dan salah faham bahawa sikap Islam terhadap non-Muslim adalah berperang habis-habisan!

Berbalik kepada hadith tersebut, Rasulullah SAW memfokuskan bicaranya kepada bentuk perangai yang sering menimpa kaum wanita. Sabdaan itu menyuluh tabiat wanita yang mudah terjerumus kepada perbuatan mengingkari kebaikan dan Ihsan suaminya, hanya disebabkan oleh satu kekurangan. Perbuatan ini dikaitkan dengan kufur kerana di dalam hadith yang lain, perintah agar wanita menghormati suami digambarkan beriringan dengan perintah sujud kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW:

“Kalaulah aku dibenarkan memerintah seseorang sujud kepada seorang yang lain, nescaya akan kuperintahkan perempuan sujud kepada suaminya” [riwayat at-Tirmidhi dan lain-lain]

Dalam erti kata yang lain, hak suami ke atas isteri dipadankan dengan hak Allah. Kerana itulah, mengingkari hak suami, diistilahkan sebagai kufur. Namun, kufur ini bukanlah kufur yang membatalkan iman. Bahkan ia termasuk di dalam kufur ‘kecil’ yang bersifat menafikan nikmat.

Perkaitan hadith ini dengan wanita adalah kaedah al-Quran dan as-Sunnah yang mewatakkan perilaku sesuatu perbuatan dengan pelakunya yang lazim. Misalnya di dalam surah an-Maidah ayat 39, Allah SWT menyebut tentang hukum hudud ke atas pesalah kes curi dengan firmanNya:

Dan pencuri lelaki serta pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan-tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, (dan hukuman itu bertindak sebagai) cegahan dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana”

Manakala di dalam kes zina, Allah SWT menyebut di dalam surah an-Noor ayat 2:

“Penzina perempuan dan lelaki hendaklah disebat setiap seorang mereka itu dengan 100 sebatan”

Mendahulukan penjenayah wanita atau lelaki di dalam kes salah laku mereka disebut di dalam kedua-dua ayat tadi mengikut kelaziman yang biasanya ditemui dalam masyarakat. Amat kerap kecurian itu didalangi oleh penjenayah lelaki dan amat sering zina itu bermula dari seorang perempuan. Namun yang difokuskan di dalam ayat itu adalah kedua-duanya beroleh hukuman yang sama.

Maka hadith Rasulullah SAW tentang wanita itu tadi, menyebut bahawa wanita akan masuk ke neraka seandainya mereka mencela suami dan mengingkari kebaikan suami kepadanya, bukannya kerana wanita itu wanita. Maka di manakah letaknya aspek penindasan di dalam kenyataan Baginda SAW itu? Sedangkan apa yang kelihatan adalah ketulusan Islam di dalam mendidik pengikutnya agar telus membuat muhasabah terhadap salah laku diri. Buruk tingkah laku, buruklah akibatnya. Elok tingkah laku, baiklah kesudahannya. Maka soal iman dan amal itu yang disuluh, bukannya jantina.

Allah SWT telah pun bertegas di dalam al-Quran:

“Sesungguhnya orang lelaki dan perempuan yang Islam, orang lelaki dan perempuan yang beriman, orang lelaki dan perempuan yang taat, orang lelaki dan perempuan yang benar, orang lelaki dan perempuan yang sabar, orang lelaki dan perempuan yang merendahkan dirinya (kepada Allah), orang lelaki dan perempuan yang bersedekah, orang lelaki dan perempuan yang berpuasa, orang lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatan dirinya serta orang lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang agung” [Al-Ahzab 33: 36]

Ayat ini turun sebagai wahyu dan menjadi prinsip Islam di zaman wanita menjadi sampah di Eropah. Islam memuliakan wanita dengan jaminan Allah dan undang-undangNya. Ia telah terpahat lebih seribu tahun sebelum wanita di England berjaya beroleh hak berjual beli dan memiliki harta sendiri bahkan lebih seribu tahun sebelum wanita di India terselamat dari dibakar bersama suaminya yang mati.

Sesungguhnya isu penindasan kaum wanita bukan isu umat Islam. Ia adalah isu masyarakat Timur dan Barat yang zaman berzaman meletakkan wanita di gelanggang yang zalim. Di zaman purba mereka melihat wanita dengan jijik dan keji manakala di zaman moden hari ini, mereka menjadikan wanita hanya sebagai bahan iklan melakukan produk. Dulu mereka memandang keji kepada wanita, hari ini mereka menghina taraf wanita. Itulah status wanita pada masyarakat yang jauh dari hidayah Allah. Sewajarnya mereka terpaksa bermati-matian untuk beroleh satu bahagian sosial.

Namun Islam adalah agama emansipasi wanita dari status sedemikian rupa. Jika ada penindasan terpencil seperti budaya kahwin paksa ke atas wanita di sesetengah negara umat Islam, atau khitan wanita yang kejam seperti di Sudan, ia adalah perilaku yang berpunca dari adat yang menyalahi Islam. Bukan prinsip Islam yang mengajar wanita dilayan begitu.

Demi Allah, dengan rahmat dan pilihanNya, lelaki dan perempuan akan masuk ke syurga berdasarkan iman dan amal mereka, bukannya dengan jantina.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ MuaSoRoH ~ :- Adakah Kad Kredit Haram di Dalam Islam? -:

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du’at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.

Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
2. Hukum setiap urusniaga dan yang berkaitan dengan Kad Kredit.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yang mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bagaimanapun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dapat menjelaskan ‘mawqif’(pendirian) Islam terhadap kontrak yang kian polpular di kalangan msyrkt hari ini.

RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT

1. Takrif Kad Kredit

Menurut Kamus Oxford : “ Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)”

‘Hutang’ dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi “Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)”

Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : “Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar.”


2. Jenis Kad Kredit
Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :
a) Kad Kredit Jenis (Charge Card)
Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.
· Antaranya jenisnya : American Express (Hijau), Diners Club.
· Antara cirinya yang terpenting :-
1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kepada Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang-hutangnya hasil penggunaan kad.
2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek’ yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dengan penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.
3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibaung dari keahlian dan sebagiinya.
4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.

b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)
*Jenis ia adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.
· Ia juga mempunyai banyak ciri yang sama dengan yang pertama tadi cuma terdapat beberapa perbezaan utama.
· Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan, TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.
· Kad ini tidak mempunyai had tertinggi penggunaan. Ini bermakna pemegang boleh berbelanja sbanyak mana yang disukainya dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil, manakala bakinya boleh dibayar secara bertangguh dengan dikenakan peratusan faedah.
· Pemegang Kad boleh menggunakannya samada di dalam ataupun di luar negara di mana2 sahaja asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
· Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.

HUKUM BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.
Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana ‘Kafil’ (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), ‘Makful’ (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu’ (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dengan kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kepada Pengeluar.

Maka tidak harus peniaga menuntutnya daripada Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dan lain lain. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.

2. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad
Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantng kepada perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan..jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma’ Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia) pada persidangnnya ke-3 , Okt 1986

3. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar
Adakalanya pihak Bank pengeluar Kad meletakkan syarat dalam kontraknya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu’ dalam bentuk peratusan yang dipotong dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)
Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.

Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah kepada . (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan lain lain ), Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah wakalah) kepada Bank kerana menjadi ‘wakil’ bagi Peniaga dalam mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

3. Syarat Mewajibkan Pemegang Kad Membuka Akaun di Bank Pengeluar.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan kad, mereka disyaratkan menyimpan sejumlah tertentu di dalam akaun bank pengeluar. Ia sebagai bukti pengiktirafan hak-haknya.

Hukumnya : Harus. Dalam Fiqh Islam, ia mengambil hukum ‘Ar-Rahn’ (Barang Gadaian).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)
Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap US dolar hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)
a
Hukumnya :
1. Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Majma Fiqh Islami yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba,Gharar, Jahalah, Judi dan lain lain. Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dr perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa (Dimaafkan yang berlaku pd tawabi’ dan tidak pd lainnya- Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).

2. Hadiah-hadiah lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal syarak. Bagaimanapun dalam hal seumpama ini ,ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai’ (Menutup jalan haram dari berlaku).


5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja
Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan Pemegang kad.

Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara’, kerana kontrak yang diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair Lazim’ (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.

6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit
Majoriti Fuqaha’ (Ulama Fiqh) telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut at-taqabud fil hal dalam istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan perihal tersebut. Wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.

Persoalannya : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Fuqaha Semasa menyatakan bahawa At-Taqabud sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu.

Maka hukumnya : HARUS dan at-Taqabud telah berlaku secara al-Hukmi (secara hukumnya) dan telah tercapai, sebagaimnnya pembelian dengan cek..Demikian Qarar dan Fatwa dari Majma’ Fiqh Islami dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995 .

7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf’) Dengan Kad Kredit.
Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sebagaimn termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sebagaimn maklum syarat dalam Islam bagi pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.

Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu’ .

BAGAIMANAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang amat sgt.

8. Denda Kerana Lewat Langsaian Bil bagi ‘Charge Card’.
Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Charge Card’, bahawa pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bilnya dalam tempoh izin. Sudah tentu ia berbentuk wang.

Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sgt dilarang di dalam Islam kerana terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma’ seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998. BAGAIMANAPUN terdapat keputusan berbeza dari persidangan AL-BARAKAH ke 12, yang memutuskan HARUS, ia berdasarakan sebab kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.

9. Bunga @ Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Credit Card
Terkandung dalam syarat kontrak ‘Credit Card’ syarat , bagi pemegang yang tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan dikenakan faedah.

Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu2. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

Soalan : Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan faedah bagi bil berbaki?

JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bagimpun terdapat pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebrg baki yang boleh dikenakan Faedah.

10. Mengeluarkan Wang dengan Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine’ bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sebagai wakil).

Hukumnya :

1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya sahaja. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.

2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan
Faedah@bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YANG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SAHAJA. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma’ Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.

3. Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank..dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sebagaimn Hadith Mawquf : ‘Kullu Qardhi Jarra Naf’an Fahuwa Riba’ Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.

PENUTUP

Demikian, sahaja beberapa bentuk urusniaga yang terhasil dari penggunaan kad kredit, diharap ianya dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap seluruh hukum-hakam yang berkaitan dengannya, dan diberikan kita kekuatan untuk menjauhi mana yang haram sedaya mungkin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ MuaSoRoH ~ :- MUZIK ANTARA PRO DAN KONTRA -:

MUQADDIMAH

Di antara perkara yang masih menjadi khilaf di kalangan ulama’ ialah hukum muzik. Para ulamak’ sejak zaman silam telah cuba mengupas masalah ini berdasarkan kepada kefahaman nas-nas yang ada diseragamkan dengan uslub istinbat hokum sebagimana yang tertera di dalam kanun perundangan Islam. Muzik terus menjadi salah saau isu yang sukar untuk diputuskan hukumnya. Para ulama’ dan fuqaha’ telah berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagia kepada dua golongan; golongan yang mengharuskan dan golongan yang mengharamkan. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.
Muzik di masa kini telah mengalami perkembangan yang begitu pesat dibandingkan dengan zaman permulaan Islam dan seterusnya di zaman-zaman keagungan Islam sebagai kuasa besar dunia. Kalau dulu, irama muzik tidak dapat didengari melainkan di majlis-majlis atau kelab-kelab muzik dan nyanyian. Dahulu alatan muzik hanya dimainkan dan iramanya hanya didengar oleh golongan-golongan tertentu seperti peminum-peminum arak dan lelaki-lelaki pondan yang digolongkan sebagai ahli fasiq dan maksiat. Golongan lelaki yang mempunyai sifat kelelakian yang sempurna dianggap ‘aib sekiranya memainkan atau mendengar irama muzik.
Kini, segala-galanya telah berubah. Dunia moden menyaksikan revolusi kebendaan yang menakjubkan. Muzik kini boleh didengari di mana-mana sahaja. Buka sahaja TV atau radio, insan moden boleh mendengar berbagai-bagai jenis muzik, tidak perlu bersusah-payah menghadiri majlis atau kelab muzik. Lelaki yang sentiasa mendengar alunan nasyid atau pukulan duf (rebana kecil) atau gendang melalui kaset dan seumpamanya adalah perkara biasaa yang tidak mengaibkan dan tidak menjatuhkan maruahnya. Muzik-muzik yang didengari melalui TV atau radio yang digunakan untuk rancangan-rancangan seumpama berita, peristiwa atau perpindahan antara satu rancangan dengan rancangan yang lain adalah muzik-muzik yang tidak menimbukan ‘aib kepada pendengarnya di masa kini.
Berdasarkan kepada waqi’ yang berubah dan uruf atau adat umat Islam yang bertukar, penulis cuba mengupas kembali persoalan muzik yang menjadi tanda tanya kebanyakan umat Islam di masa kini. Di dalam risalah ringkas ini penulis akan cuba membentangkan pandangan-pandangan ulama’ dahulu dan sekarang dan cuba membuat kesimpulan di akhir perbahasan ini.

MANUSIA DAN SENI

Manusia adalah makluk yang dibekalkan oleh Allah SWT dengan perasaan, tabiat dan kecenderungan semulajadi yang sudah menjadi fitrah kejadian manusia.. Jiwa dan perasaan manusia perlu disahut kehendak-kehendaknya sebagaimana manusia memberikan hak-hak tertentu kepada akal dan tubuh badannya.
Apabila jiwa dan batin ditekan atau tidak disahut kecenderungannya, ia akan cepat memberontak menyebabkan kehidupan tidak tenteram. Islam telah mengiktiraf hak-hak batin manusia melalui firman Allah Taala:

“... Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)” Ali Imran : 14

Namun, dalam menyahut kehendak batin dan jiwa, Islam meletakkan batas-batas tertentu. Batas-batas ini sekiranya dilanggar akan menyebabkan kerosakan dan kemudaratan kepada individu dan masyarakat muslim. Di sinilah terpancarnya keunggulan Islam dalam memastikan kebahagiaan hidup makhlukNya di bumi Allah SWT yang menjadikan manusia dan Maha Mengetahui seelok belok dan kehendak hambaNya. Lantaran itu, Allah murka kepada orang yang mengharamkan perhiasan dan kelazatan-kelazatan yang telah dikurniakan olehNya kepada hamba-hambaNya di pentas dunia ini.
FirmanNya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan mengharamkan rezeki yang baik.” Al-A’raaf : 32
FirmanNya lagi:
“Jangan kamu lupa bahagian kamu daripada kehidupan dunia ini.” Al-Qasas: 77

Muzik adalah sebahagian daripada seni. Mendengar irama muzik merupakan satu wasilah untuk melapangkan jiwa yang hambar dan fikiran yang berserabut. Dengan menyanyi (atau bernasyid) dan mendengar irama-irama tertentu seseorang itu boleh gembira atau sedih, tenang atau gelisah dan sebagainya. Perkara ini adalah fitrah yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun, tua atau muda, kecil atau besar. Hatta janin di dalam kandungan ibu bertindak balas dengan suara nyanyian ibunya sebagaimana hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kajian Sains Diraja England.
Perkembangan dunia seni mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan tamadun. Ia berkembang selari dengan perkembangan sesebuah tamadun bangsa. Sekiranya kita kembali kepada sejarah ketamadunan Islam kita mendapati kebenaran fakta ini. Di permulaan pembinaan tamadun Islam, iaitu di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ Ar-Rasyidin, seni tidak begitu dititikberatkan kerana umat Islam sibuk berjuang di jalan Allah SWT untuk meluaskan empayar Islam. Tiada masa bagi mereka untuk bersuka ria dan memberikan perhatian kepada perkara-perkara sisipan dalam kehidupan seperti seni. Apabila kuasa Islam semakin meluas dan berlaku persekongkolan tamadun dengan Parsi, India, Rom dan sebagainya, bidang seni semakin berkembang.
Umat Islam yang hidup dalam keamanan dan kemewahan mula mencari hiburan dan suka ria untuk memenuhi kelazatan dan kesenangan hidup. Lantaran itu berkembanglah dunia seni dengan pesatnya. Alat-alat muzik diimport daripada tamadun-tamadun lain seperti Parsi dan India. Mereka mula tenggelam dalam dunia kemewahan, bersuka ria dan hiburan yang berlebihan dan bercanggah dengan batas-batas Allah SWT. Natijahnya umat mula melupai kewajipan mereka. Kehidupan bercampur aduk dengan unsur-unsur maksiat, empayar Islam semakin lemah kerana lemahnya pemimpin dan rakyat, akhirnya satu demi satu jajahan Islam dirampas oleh musuh dan mengakibatkan kehancuran empayar Islam dan kehinaan umatnya. Inilah gambaran apa yang berlaku kepada Khilafah Othmaniyyah di Turki.
Di abad ini alam Islami menghadapi perkembangan dunia seni yang lebih mencabar. Dengan berlakunya persekongkolan tamadun dengan barat, umat Islam diserang dengan arus massa yang amat deras. Tamadun material Barat telah mengeksport ke dunia Islam berbagai-bagai corak seni yang meliputi perfileman, drama, nyanyian, dokumentari dan seumpamanya melalui wasilah-wasilah massa seperti TV, radio, wayang, video, komputer, satelit dan sebagainya.
Barat yang tidak mengerti halal dan haram menjadikan dunia seni seumpama neraka jahannam yang menjadi ancaman yang amat merbahaya dan suka ditangkis oleh umat Islam di masa kini. Umat Islam seolah-olah sudah tidak bermaya lagi untuk menangkis serangan-serangan tersebut. Mereka seumpama ‘Pak Angguk’ yang menerima sahaja segala apa yang dikurniakan oleh barat kepada mereka tanpa menilai baik atau buruk, membina atau tidak. Lantaran itu menjadi kewajipan umat Islam untuk menghadapi serangan media massa yang hebat ini demi keagungan Islam. Umat Islam perlu mengemukakan alternatif-alternatif baru yang dapat menggalang-gantikan bentuk-bentuk hiburan Barat yang jauh lebih melencong daripada batas-batas Allah SWT.

BUKU-BUKU KARANGAN ULAMA’-ULAMA’ TENTANG MUZIK DAN NYANYIAN

Para ulama’ Islam sejak zaman silam telah membincangkan masalah ini dengan panjang lebar. Ada di antara mereka yang mengarang buku khas membincangkan masalah ini dan ada yang memasukkan perbincangan mereka bersama bab-bab lain.
Di antara buku-buku karangan yang khas membincangkan masalah ini ialah:

1. As-Simaa’ : Muhammad bin Thahir Al-Maqdisi Al-Qaisarani (448H – 507H)
2. Hukmul Islam fil Ghina’ : Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (w. 751H)
3. Kaffur Ri’aa ‘An Muharramatil Lahwi Was Simaa’ : Ibnu Hajar Al-Haitami (w. 973H)
4. Kasyful Qinaa’ ‘An Wajhis Simaa’ : Abdul Wahab As-Sya’rani (898H – 973H)
5. Iedhahud Dhilalat Fi Simaa’il Aalat : Abdul Ghani An-Nablusi (1050H – 1143H)
6. Al-Imtaa’ Wal Intifaa’ bi Mas’alati Simaa’is Simaa’ : Ibnu Durraj Al-Busti (w. 693H)
7. Farhul Asmaa’ Bi Rukhasis Simaa’ : Al-Imam Mohd As-Syazili At-Tunisi.
8. Al-Imtaa’ fi Ahkamis Simaa’ : Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi.

Sementara buku-buku yang diselitkan di dalamnya perbincangan tentang perkara ini, di antaranya ialah:

1. Talbisul Iblis : Ibnul Jauzi Al-Baghdadi (w. 579H)
2. Madaarijus Saalikin wa Ighatsatul Lihafan : Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (w. 751H)
3. Rasaa’il Ibn Hazm & Al-Muhalla : Ibnu Hazm Al-Andalusi
4. Kalimaatus Sufiyyah : Ibnu Sina (w. 328H)
5. ‘Awaariful Ma’arif & Aadabul Muridien : As-Sahrurudi Al-Baghdadi.
6. Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah : Al-Imam Al-Qusyairi (367H – 465H)
7. Al-Lama’ : Abu Nasr As-Siraj At-Thusi.
8. Ihya Ulumiddin : Abu Hamid Al-Ghazali (450H – 505H).
9. Al-Mughni : Ibnu Qudamah Al-Hanbali.
10. Mughni Al-Muhtaj : Al-Khatib As-Syarbaini (w. 977H).
11. Hasyiar Raddil Mukhtar : Ibnu ‘Abidin Al-Hanafi.
12. Naylul Authar : Al-Imam Asy-Syaukani.

Ulama’-ulama’ terkini tidak ketinggalan mengemukakan pandangan dan kajian mereka berdasarkan waqi’ masa kini. Di antara buku-buku yang menyentuh hal ini ialah:

1. As-Simaa’ ‘Indas Sufiyyah : Dr. Kaukab ‘Amir (Universiti ‘Ain Syams).
2. Al-Islam wal Funun Al-Jamilah : Dr. Muhammad ‘Imarah.
3. Al-Islam wa Qadhaya Al-Fann Al-Muasir : Yasin Muhammad Hasan.
4. Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim : Dr. Yusuf Al-Qardhawi.
5. Al Mufassal fi Ahkamil Mar’ah wal Baitil Muslim - juzuk 4 bab 8 : Al-Lahw wal La’b : Dr. Abdul Karim Zaidan.
6. Al-Lahwul Mubah fil Asril Hadith Bima Yuwafiqusy Syar’al Hanif : Abu Huzaifah Ibrahim bin Muhammad.

JENIS-JENIS ALAT MUZIK

Alat Yang Dipukul Atau Diketuk

Antaranya:
1. Ad-Daf – rebana kecil.
2. Tamborin.
3. Gendang – At-Thabl.
4. Al-Kubisah – sejenis gendang yang ramping tengahnya, lebar kedua hujungnya (tabla).
5. As-Safaaqatan @ As-Sanj – dua piring tembaga yang dilagakan untuk menghasilkan bunyi.
6. Gong.

Alat Yang Dipetik

Antaranya:
Al-‘Ud atau Al-Muzhir : Kecapi
Ar-Rabab : Rebab (seperti biola)
At-Tanbur : Gambus
Al-Bazaq : Sejenis gambus kecil.
Biola.
Gitar
Piano.
Alat Yang Ditiup

Antaranya:
An-Nay : Sejenis serunai
Al-Mizmar : Serunai
Asy-Syababah / Al-Yara’ : sejenis seruling.
Klarinet
Saksofon
Trompet
Organ
Trombon
Harmonika

HUKUM ALAT-ALAT MUZIK DI DALAM KHAZANAH ULAMAK SILAM

Alat-alat yang dipukul atau diketuk

1. Ad-Duff (Rebana Kecil)

Duf ialah sejenis alat muzik yang disepakati oleh para ulamak keharusan penggunaannya. Hukum ini berdasarkan kepada hadith-hadith Rasulullah SAW yang secara terang menyebut keharusan penggunaan alat ini. Di antaranya:

a. Hadith riwayat Muhammad bin Hatib daripada Rasulullah SAW:

“...Pemisah antara halal dan haram ialah pukulan duf.”

b. Hadith riwayat Khalid bin Zakuan daripada Ar-Rabie’ binti Mu’awwiz bin ‘Afra’ :

“Masuk Nabi SAW – ketika mula-mula berkesedudukan denganku (selepas perkahwinan)- lalu duduk di atas hamparan seperti kedudukan kamu (Khalid bin Zakuan) daripada aku. Di ketika itu beberapa hamba perempuanku sedang memukul duf dan meratapi kematian bapa-bapaku dalam Peperangan Badar. Salah seorang daripada mereka mendendangkan kata-kata: Di sisi kami Nabi yang mengetahui perkara akan datang. Lantas Nabi SAW menegur: “Tinggalkanlah kata-kata ini dan teruskan nyanyianmu.” (Riwayat Bukhari)

c. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi di dalam Sunannya
:

“... Keluar Nabi SAW dalam satu peperangan. Apabila pulang, datang seorang hamba perempuan hitam lalu berkata: “ Wahai Rasulullah, aku telah bernazar sekiranya engkau pulang dengan selamat, aku akan memukul duf sambil menyanyi”. Nabi SAW menjawab: “Sekiranya engkau telah bernazar, buatlah sebagaimana dinazarkan, sekiranya tidak, maka tidak perlu”.

Hukum Lelaki Yang Memukul Duf

Para ulamak bersepakat bahawa wanita dibenarkan memukul duf. Tetapi mereka berselisih pendapat pada hukum lelaki menggunakan alat ini, adakah harus atau sebaliknya. Dalam hal ini terdapat dua pandangan:

i. Pendapat yang mengatakan haram lelaki memukul duf. Mereka menyandarkan pandangan ini kepada adat dan ‘uruf. Di mana memukul duf (di zaman dahulu) hanya dilakukan oleh kaum wanita sahaja. Oleh itu, lelaki yang memukul duf dianggap meniru perbuatan kaum wanita dan termasuk di dalam golongan yang disifatkan oleh Nabi SAW: “Rasulullah SAW melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai (meniru) wanita” – hadith dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya daripada ‘Ikrimah daripada Ibnu Abbas. Dikeluarkan juga oleh Ahmad di dalam Musnadnya daripada hadith Ata’ bin Abi Rubah daripada Abu Hurairah. (Sahih Bukhari 8/305, Al-Fathul Bari 19/322

Mereka juga berdalilkan hadith-hadith yang hanya menyebut kaum wanita dan hamba-hamba perempuan sahaja memukul duf tanpa ada riwayat yang menyebut kaum lelaki di zaman salaf memukul duf.

Pendapat ini ialah pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafi’e, jumhur ulamak mazhab Hanbali dan Asbagh – seorang ulamak mazhab Maliki.

ii. Pendapat yang mengharuskan lelaki memukul duf, kerana tiada nas yang mengharamkannya. As-Subki (seorang ulamak Syafie) mengatakan: “...dari segi asalnya, lelaki dan wanita bersekongkol dalam hukum-hakam melainkan ada nas yang membezakan antara keduanya. Adapun dalam masalah ini tiada nas yang membezakan antara lelaki dan wanita dari sudut keharusan memukul duf. Tambahan pula, memukul duf tidak hanya dikhaskan untuk wanita semata-semata.”
Mereka yang berpendapat sedemikian ialah Jumhur ulamak Maliki, Jumhur Mazhab Syafie dan pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dari sebahagian pengikutnya.

Bilakah Diharuskan Lelaki Memukul Duf?

Berlaku perselisihan pendapat di kalangan fuqaha’ pada tujuan dan keadaan yang dibenarkan memukul duf. Mereka terbahagi kepada dua mazhab:

Pendapat pertama: Harus memukul duf untuk melahirkan rasa kegembiraan dan mewujudkan suasana kemeriahan di dalam upacara-upacara atau sambutan yang dibenarkan oleh syara’. Umpamanya perkahwinan, berkhatan, sambutan hari raya, menyambut kepulangan musafir (haji dan lain-lain) dan sebagainya. Mereka yang berpendapat demikian ialah sebahagian ulamak mazhab Hanafi, Jumhur mazhab Syafie, sebahagian ulamak mazhab Hanbali, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan Ibn Hazm Al-Andalusi.

Pendapat kedua: Memukul duf diharuskan untuk upacara perkahwinan sahaja. Ia adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki, jumhur fuqaha’ mazhab Hanafi, sebahagian ulamak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat fuqaha’ Syafie.

2. Gendang (Tabla)

Para fuqaha’ berikhtilaf pada hukum memukul gendang dan mendengar bunyinya. Pendapat-pendapat mereka adalah seperti berikut:

i. Fuqaha Hanafi dan sebahagian Fuqaha’ mazhab Syafie:
Haram memukul gendang yang bertujuan untuk bersuka ria semata-mata. Sementara fuqaha’ Syafie bersepakat mengharamkan sejenis gendang yang dinamakan ‘Kubah’, sama ada bertujuan untuk bersuka ria semata-mata atau maksud-maksud yang lain.
ii. Fuqah’ Maliki:
Haram memukul gendang dan mendengar pukulannya (dan seluruh jenisnya) melainkan di dalam upacara perkahwinan.
iii. Ulamak Hanafi:
Memukul gendang untuk tujuan-tujuan selain daripada bersuka ria seperti gendang perang, perkahwinan, dan gendang menyambut ketibaan musafir adalah diharuskan. Termasuk di dalam hukum ini, juga gendang sahur yang digunakan pada bulan Ramadhan untuk mengejutkan umat Islam pada waktu sahur.
iv. Fuqaha’ Syafie:
Harus memukul gendang-gendang selain daripada kubah, gendang-gendang untuk bersuka ria semata-mata dan Al-Kabar. Iaitu harus memukul gendang perang, gendang haji, gendang sahur dan gendang hari raya.
v. Fuqaha’ Hanbali:
Haram menggunakan keseluruhan alat yang melalaikan melainkan duf. Mengikut mazhab mereka, haram memukul gendang sama ada dalam upacara perkahwinan atau sebagainya.

3. Al-Kubah, Sejenis gendang yang ramping tengahnya dan lebar kedua hujungnya.

Para fuqaha’ Syafie sepakat mengharamkan alat ini. Pengharamannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ar-Rafi’ie dan An-Nawawi kerana ia adalah alat yang biasa digunakan oleh lelaki-lelaki pondan. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, “...tiada beza antara kubah dengan duf dan gendang-gendang yang lain melainkan kubah, ia adalah alat yang menjadi syiar lelaki-lelaki pondan. Sekiranya tidak, hukumnya sudah pasti seperti hukum duf.”

4. As-Safaqataan, Sejenis alat yang terdiri daripada dua piring tembaga yang dilagakan untuk mengeluarkan bunyi.

Para fuqaha’ dalam menentukan hukumnya terbahagi kepada 4 mazhab :

i. Hanafi, Hanbali dan yang muktamad di dalam mazhab Syafie, iaitu haram memukul dan mendengar iramanya.
ii. Sebahagian ulamak mazhab Syafie, Ibn Hazm Al-Andalusi, Abdul Ghani An-Nablusi dan Ibn Tahir Al-Qaisarani, iaitu harus memukul dan mendengar bunyinya.
iii. Maliki, iaitu harus menggunakannya di dalam upacara perkahwinan sahaja.
iv. Sebahagian fuqaha’ mazhab Syafie, tidak memutuskan hukumnya sama ada halal atau haram.

Hukum Alat Muzik Yang Dipetik

Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi kepada dua mazhab.

1. Pendapat yang mengharamkannya – sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.

Dalil Mereka:
i. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau mentafsirkan (lahwul hadith) yang difirmankan di dalam surah 6 Surah Luqman dengan alat-alat yang melalaikan, dan di antaranya ialah alat-alat muzik. Alat-alat yang dipetik tergolong di dalam alat-alat muzik yang melalaikan.
ii. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanam, daripada Abu Malik Al-Asy’ari, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “...Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik (al-ma’azif – lafaz am yang meliputi juga alat-alat yang dipetik – pent.)” – Riwayat Bukhari; ... dan alat-alat yang dipetik adalah sebahagian daripada alat-alat muzik yang disebut di dalam hadith berkenaan.
iii. Daripada Abu’ Umamah, sabda Nabi SAW: “.... sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat kepada sekalian alam. Allah SWT memerintahkan aku menghapuskan alat-alat muzik dan serunai. Oleh itu tidak harus membeli hamba-hamba wanita pemain alat-alat tersebut dan tidak harus menjual, mengajar dan meniagakan mereka. Begitu juga, harga mereka adalah haram.”
iv. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW: Ijmak : Ibnu Hajar Al-Haitami berkata, “...alat-alat yang dipetik adalah alat-alat yang biasa digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat. Ulamak telah berijmak pada pengharamannya. Sesiapa yang menyangka ada khilaf pada perkara ini, sesungguhnya telah melakukan kesilapan”.
v. Dalil Aqli:
· Alat-alat tersebut menghiburkan dan melalaikan daripada zikrullah, solat dan membaca A-Qur’an. Di samping itu berlaku juga pembaziran wang dan masa.
· Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq dan maksiat. Islam melarang meniru cara hidup golongan-golongan ini.
· Kelazatan yang dihasilkan dengan mendengar alat-alat ini boleh membawa kepada maksiat dan kefasikan.

2. Pendapat yang mengharuskan – Mereka yang berpendapat demikian ialah:

1. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
2. Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
3. Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
4. Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
5. Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
6. Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut:
+ Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
+ Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.

Dalil Mereka
i. Perbuatan sebahagian sahabat mendengar petikan kecapi dan memiliki hamba-hamba wanita pemain kecapi, sebahagian diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian dan Amru bin Al-‘Aas.
ii. Ijmak Ahli Madinah sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibnu Thahir Al-Maqdisi. Pendapat ini telah ditentang oleh Ibnu Hajar yang mendakwa ia adalah rekaan dan pendustaan Ibnu Tohir semata-mata.


Alat-alat Yang Ditiup

Para fuqaha’ di dalam perkara ini terbahagi kepada dua mazhab:

1. Pendapat yang mengharamkannya – mereka yang berpendapat sedemikian ialah:

1. Ibnu Abbas dan Ibnu Umar.
2. Mazhab Hanafi melainkan Nobat yang digunakan untuk tujuan memberi peringatan @ isyarat (tanbih)
3. Mazhab Maliki, melainkan untuk upacara perkahwinan.
4. Mazhab Syafie dan Hanbali

Dalil Mereka

i. Firman Allah SWT di dalam surah Luqman ayat 6. Ibnu Abbas menafsirkan (lahwul hadith) dengan perkara-perkara yang melalaikan termasuklah alat muzik yang meliputi alat-alat yang ditiup.
ii. Hadith riwayat Nafie’ Maula Abdullah bin Umar: “Ibnu Umar terdengar suara serunai, lantas beliau meletakkan dua jarinya di kedua-dua lubang telinganya dan beredar daripada jalan yang dilaluinya. Beliau berkata kepadaku (Nafie’) : “wahai Nafie’, adakah engkau masih mendengar suara itu?” Aku menjawab, “tidak”. Lalu dia mengangkat kedua-dua jarinya daripada telinganya seraya berkata, “aku dahulu bersama Nabi SAW di suatu ketika, tiba-tiba Baginda terdengar suara seperti suara tadi, lantas Baginda melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan.”
iii. Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW: “... Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.”
iv. Hadith riwayat Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dua suara yang dilaknat Allah di dunia dan di akhirat, suara serunai ketika kesenangan dan raungan ketika musibah.”
v. Hadith riwayat Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Di hari kiamat kelak Allah SWT berkata: “Di manakah hamba-hambaKu yang telah membersihkan pendengaran dan penglihatan mereka daripada seruling-seruling syaitan, pisahkan mereka”. Lalu mereka dipisah dan dikumpulkan di dalam haruman kasturi dan anbar. Kemudian Allah SWT berkata kepada para malaikatNya: “Perdengarkan zikir yang mensuci dan mengagungkan Daku. Lalu mereka diperdengarkan suara yang tidak pernah didengari oleh sesiapa pun sebelum itu.” - Riwayat Ad-Dailami.
vi. Dalil Aqli : Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq, maksiat dan peminum-peminum aral. Ia juga biasa menaikkan syahwat dan nafsu. Lantaran itu ia boleh melalaikan daripada mengingati Allah SWT.

2. Pendapat yang mengharuskannya – mereka yang berpendapat demikian ialah:

1. Ibnu Kinanah daripada fuqaha’ mazhab Maliki yang mengharuskan serunai dan trompet (Al-Bauq) tetapi dengan syarat tidak berlebih-lebihan.
2. Sebahagian ulamak Syafie mengharuskan penggunaan Al-Yara’ – sejenis seruling.
3. Ibnu Thahir, Ibnu Hazm Al-Andalusi, Abdul Ghani An-Nablusi, Asy-Syazili At-Tunisi dan Al-Idfawi Asy-Syafie.

Dalil Mereka

1. Hadith yang diriwayatkan oleh Nafie’ Maula Abdullah bin Umar: “Ibnu Umar terdengar suara serunai, lantas beliau meletakkan dua jarinya di kedua-dua lubang telinganya dan beredar daripada jalan yang dilaluinya. Beliau berkata kepadaku (Nafie’) : “wahai Nafie’, adakah engkau masih mendengar suara itu?” Aku menjawab, “tidak”. Lalu dia mengangkat kedua-dua jarinya daripada telinganya seraya berkata, “aku dahulu bersama Nabi SAW di suatu ketika, tiba-tiba Baginda terdengar suara seperti suara tadi, lantas Baginda melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan.”

Hujah mereka, sekiranya mendengar suara serunai haram, sudah tentu Nabi SAW juga akan melarang Ibnu Umar mendengar suara tersebut. Begitu juga Ibnu Umar akan melarang Nafie’ mendengarnya dan melarang peniup serunai daripada terus meniup serunainya. Ini menunjukkan suara serunai tidak haram. Ada pun perbuatan Nabi SAW yang meletakkan kedua jarinya di telinga dan beredar daripada jalan yang dilalui adalah kerana sifat wara’ yang ada pada diri Baginda SAW.

Hujah mereka ini ditolak oleh ulamak-ulamak kumpulan pertama yang mengharamkannya berdasarkan kepada beberapa sebab: Antaranya ialah kerana terdapat perbezaan di antara As-Simaa’ (terdengar tanpa sengaja) dan Al-Istima’ ( mendengar dengan sengaja). As-Simaa’ sebagaimana yang berlaku di dalam hadith di atas tidak membawa kepada dosa kerana ia berlaku tanpa disengajakan.

2. Dalil Aqli : Alat-alat muzik diharamkan bukan kerana ainnya (zatnya) yang haram, malah hukum haram alat-alat tersebut ditentukan oleh niat dan tujuan ia dimainkan. Ini adalah berdasarkan kaedah Al-Umur bimaqasidiha iaitu sesuatu perkara itu adalah berdasarkan tujuannya (niat).
3. Sebahagian ulamak Syafie yang mengharuskan penggunaan al-yara’ – sejenis serunai, menyatakan bahawa tiada dalil yang tsabit mengharamkan penggunaan alat tersebut.


BERSAMA ABU HAMID AL-GHAZALI

Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus. Sebab itulah beliau memasukkan perbincangan beliau tentang hukum hakam nyanyian dan muzik dalam bahagian adat (rub’ul adat). Adat-adat sebagaimana dimaklumi hukum asalnya adalah harus dan halal. (Al-Aslul fil Adat Al-Ibahah – asal di dalam adat adalah harus)

Al-Ghazali menyatakan bahawa irama boleh dihasilkan melalui alatan seumpama serunai, kecapi dan gendang atau melalui kerongkong haiwan atau manusia. Alatan muzik yang direka cipta pada asalnya adalah meniru makhluk-makhluk Allah SWT. Serunai yang direka adalah meniru suara yang dikeluarkan oleh kerongkong haiwan. Seandainya mendengar irama-irama merdu yang dikeluarkan oleh haiwan atau manusia diharuskan maka mendengar irama alat-alat muzik tiada beza hukumnya iaitu harus dan halal. Patut dikiaskan suara (irama) yang dihasilkan oleh alatan seumpama gendang, rebana, serunai dengan suara haiwan dan manusia kerana semuanya adalah suara atau bunyi.

Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut. Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatn yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka. Al-Ghazali seterusnya menghuraikan sebab tersebut di dalam noktah-noktah di bawah:

1. Irama alatan tersebut mengajak pendengar kepada arak kerana kelazatan iramanya disempurnakan dengan meminum arak. Hal ini ada persamaannya dengan pengharaman meminum sedikit arak walaupun ia tidak memabukkan kerana boleh membawa kepada meminum kadar arak yang boleh memabukkan.
2. Kepada orang yang baru berjinak dengan arak, bunyi-bunyi alatan tersebut boleh mengingatkannya kepada majlis-majlis arak. Perlakuan “mengingat” ini boleh membawa kepada perlakuan meminum arak.
3. Alat-alat tersebut adalah syiar ahli fasiq dan maksiat. Mereka menggunakan alatan tersebut untuk bersuka ria di dalam majlis-majlis mereka. Berdasarkan kepada sebab ini, digalakkan meninggalkan perkara-perkara sunnah yang menjadi syiar ahli bid’ah untuk mengelakkan menyerupai mereka. Pengharaman al-kubah adalah kerana ia biasa digunakan oleh lelaki-lelaki pondan. Sekiranya tidak sudah tentu tiada beza antaranya dengan gendang haji, gendang perang dan seumpamanya.

Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di sana wujudnya sebab diharamkan alat-alat yang disebut pengharamannya melalui lisan Nabi SAW. Sekiranya hilang (gugur) sebab tersebut sudah tentulah gugur hukum pengharamannya. Bagi beliau semua perkara yang baik (At-Thayyibat) adalah halal melainkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan.

Firman Allah SWT:

“Katakanlah wahai Muhammad, siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan mengharamkan rezeki yang halal.” – Surah Al-A’raaf : 3

Justeru itu suara dan irama yang dihasilkan melalui alat-alat muzik, tidak haram ain atau zatnya tetapi ia menjadi haram hukumnya disebabkan unsur-unsur luaran sebagaimana diterangkan di atas.

PENDAPAT ULAMAK-ULAMAK MASA KINI TENTANG MUZIK

Ulamak-ulamak Islam masa kini tidak ketinggalan menyumbangkan pandangan-pandangan mereka terhadap hukum muzik yang menjadi titik perbezaan pendapat di kalangan ulamak sejak zaman berzaman. Mereka terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan yang mengharuskannya dan golongan yang mengharamkan. Mereka yang mengharamkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan sunnah serta ‘illah yang disebut oleh ulamak-ulamak terdahulu. Cuma ada juga khilaf di kalangan mereka tentang alat-alat yang diharuskan. Ada juga yang menghadkannya kepada duf sahaja. Mereka ini pula berikhtilaf lagi pada keadaan-keadaan dibenarkan memukul dufdan siapakah yang diharuskan menggunakannya.

1. Pendapat pertama menyatakan bahawa duf hanya boleh digunakan di dalam upacara-upacara perkahwinan, hari raya, dan suasana-suasana kegembiraan yang lain seperti berkhatan. Hanya kaum perempuan sahaja yang dibenarkan memukul duf. Pendapat ini ialah pendapat Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Saleh Fauzan, Syeikh Muhammad bin Saleh Al-‘Usaimin dan Syeikh Nasiruddin Al-Albani. Mereka bersandarkan kepada mazhab Hanbali.
2. Pendapat kedua pula menyatakan duf boleh digunakan dalam semua keadaan dan boleh dipukul oleh kaum lelaki dan wanita.

Golongan yang lain pula ialah ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan duf dan gendang sahaja bersandarkan kepada pendapat-pendapat ulamak terdahulu sebagaimana yang telah diterangkan di dalam helaian-helaian yang terdahulu.

Seterusnya ada ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan seluruh alat muzik tanpa ada pengecualian tetapi mereka meletakkan syarat-syarat dan batas-batas penggunaan alat tersebut agar tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT. Mereka yang berpendapat demikian antaranya ialah:

1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim.
2. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi wal La’ab.
3. Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah.
4. Dr. Kaukab ‘Amir dalam bukunya As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiyyah.

Pendapat mereka sama dengan pandangan beberapa ulamak terdahulu seperti Ibnu Hazm Al-Andalusi, Ibn Tahir Al-Qaisarani, Abdul Ghani An-Nablusi, Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie dan Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.

Sebahagian daripada mereka seperti Al-Qardhawi berpendapat demikian kerana hadith-hadith yang mengharamkan alat-alat muzik pada pandangan beliau sama ada sahih ghair sarih (sahih tetapi tidak nyata) ataupun sarih ghair sahih (nyata tetapi tidak sahih). Nas-nas yang seumpama ini tidak mampu untuk memutuskan hukum kerana hukum mestilah diputuskan dengan nas yang sahih wa sarih (sahih dan nyata).

Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab A’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ iaitu:
1. Niat penggunaan alat-alat tersebut dan pendengar iramanya hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-umur Bimaqasidiha.
2. Tujuan dan suasana digunakan alat-alat tersebut ialah tujuan dan suasana yang baik, mulia dan tidak bertentangan dengan batas-batas syara’.

Dr. Kaukab ‘Amir menyatakan: “Pada hakikatnya majlis-majlis arak pada hari ini seperti kelab-kelab malam menggunakan seluruh alat muzik yang ada sekarang. Majlis-majlis tersebut tidak lagi menggunakan alat-alat tertentu (seperti zaman dahulu) malah keseluruhan alat digunakan. Oleh itu tidak mungkin untuk kita menghalalkan sebahagian alat (seperti duf dan gendang) dan mengharamkan sebahagian yang lain. Bahkan diharuskan kepada individu muslim mendengar irama alat-alat tersebut tetapi hendaklah menjaga adab-adab Islam serta tidak cuba meniru kelakuan dan perbuatan ahli-ahli fasiq dan maksiat.


KESIMPULAN DAN PENDAPAT YANG RAJIH (TERPILIH)

Setelah meneliti perbahasan dan perbincangan para ulamak dan fuqaha’ dahulu dan masa kini, pendapat yang rajih pada pandangan penulis ialah:

1. Alat-alat muzik tidak haram kerana ‘ainnya (zatnya) dan tidak halal kerana ‘ainnya. Tetapi di sana terdapat unsur-unsur luar yang menyebabkan sebahagian alat hukumnya haram sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith Baginda. Sebabnya ialah kerana alat-alat yang diharamkan tersebut adalah syiar peminum-peminum arak, lelaki pondan dan golongan fasiq dan maksiat. Yang dimaksudkan dengan syiar ialah alat-alat tersebut tidak digunakan melainkan oleh golongan tersebut sahaja dan digunakan di dalam majlis-majlis mereka sahaja sebagaimana halnya di zaman dahulu. Di zaman tersebut tiadanya media-media seperti televisyen, radio, video, kaset, wayang, satelit dan tiadanya bentuk-bentuk hiburan seperti pementasan, pentomin, drama... dan sebagainya. Di zaman tersebut juga, hiburan seperti nyanyian dan alat-alat muzik hanya boleh didapati di majlis-majlis golongan fasiq, lelaki pondan dan majlis-majlis arak.

2. Irama-irama muzik dari sudut asalnya adalah sama dengan irama-irama yang boleh dikeluarkan oleh kerongkong manusia atau binatang seperti burung. Semuanya adalah bunyi. Cuma yang berbeza ialah suasana dan tujuan. Muzik biasanya digunakan untuk berhibur dan biasa digunakan dalam bentuk yang melanggar hukum dan batas-batas Allah SWT. Irama-irama yang dihasilkan oleh manusia juga haram hukumnya sekiranya digunakan pada tujuan, suasana dan keadaan yang merempuh sempadan syariat. Begitulah juga halnya dengan alat seumpama duf yang menjadi ittifaq ulamak keharusannya, sekiranya digunakan untuk tujuan-tujuan yang bertentangan dengan syara’, ia juga menjadi haram.

3. Di zaman kini, penggunaan muzik begitu berleluasa. Muzik digunakan dalam media-media massa elektronik. Di TV, muzik digunakan untuk rancangan-rancangan yang berfaedah dan tidak berfaedah. Begitu juga dengan radio. Di sini kita dapati penggunaan muzik telah berubah daripada zaman dahulu. ‘Uruf dan adat telah bertukar sebagaimana kata Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Al-Mufassal . Oleh kerana perkembangan dunia seni yang begitu pesat, muzik kini tidak lagi menjadi syiar kepada majlis-majlis arak, ahli fasiq dan maksiat semata-mata. Misalnya apabila kita mendengar muzik di dalam rancangan berita atau muzik yang digunakan untuk pemindahan daripada satu rancangan kepada rancangan yang lain, adakah ia mengingatkan kita kepada majlis-majlis arak atau majlis-majlis ahli fasiq dan maksiat? Sudah tentu jawapannya tidak. Malah muzik di zaman kini berfungsi mengikut tujuan dan suasana ia digunakan. Kerana itu penulis berpendapat penggunaan muzik di zaman kini adalah harus tetapi mestilah meraikan syarat-syarat berikut:
i. Niat pengguna dan pendengar hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-Umur Bimaqasidiha iaitu sesuatu urusan adalah berdasarkan maksudnya
ii. Tujuan dan suasana penggunaan muzik tidak melanggar batas-batas Allah SWT. Iaitu mestilah digunakan pada tujuan-tujuan yang mulia.
iii. Mengelak daripada menyerupai golongan fasiq, maksiat dan kufur iaitu menjaga adab-adab Islam dalam penggunaan muzik. Tidak boleh menggunakan muzik-muzik tertentu yang hanya digunakan oleh golongan fasiq dan fasad seperti rentak rock dan yang seumpama dengannya. Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia seperti tergolong dalam kaum tersebut”

4. Berdasarkan kepada syarat-syarat di atas, bidang-bidang seni Islam perlu mengelak daripada menggunakan muzik-muzik yang ada persamaan dengan muzik-muzik tidak senonoh yang digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat seperti penyanyi-penyanyi pop sekarang. Nasyid-nasyid Islami seeloknya mengekalkan penggunaan alat-alat yang mengeluarkan bunyi / irama muzik yang tidak menyerupai irama yang digunakan oleh lagu-lagu pop agar wujud di sana garis pemisah di antara nasyid Islai dengan lagu-lagu yang bertentangan dengan syara’.

5. Di dalam pembikinan filem Islam, drama, lakonan, pementasan dan seumpamanya yang amat meemrlukan kepada unsur muzik bagi menghidupkan adegan-adegan tertentu seperti adegan sedih, gembira, penderitaan, semangat dan sebagainya, muzik boleh digunakan tetapi hendaklah sekadar diperlukan sahaja. Muzik itu pula hendaklah muzik yang tidak melanggar adab-adab Islam dan tidak berlawanan dengan citarasa fitrah. Semua perkara ini diambil kira untuk mewujudkan perbezaan di antara seni Islam dengan seni jahiliah.

6. Di zaman sains dan teknologi yang serba canggih, umat Islam menghadapi cabaran yang begitu kuat daripada media massa. Media mempamerkan segala-galnya tidak kira baik atau buruk, berfaedah atau tidak, membina atau merosakkan, dan... dan... TV, radio, kaset dan seumpamanya menyerang rumah-rumah umat Islam. Tidak mungkin lagi media-media tersebut dipisahkan daripada kehidupan masyarakat moden. Justeru itu tiada jalan lain pada pendokong-pendokong perjuangan Islam selain daripada mencari galang ganti kepada bentuk-bentuk seni yang bertentangan dengan Islam. Umat Islam mesti mengorak langkah di dalam bidang-bidang seni untuk memaparkan alternatif Islam kepada masyarakat. Filem-filem Islam, drama-drama Islam, dokumentari Islam, hiburan Islam seperti lagu-lagu dan nasyid Islam perlu menggantikan hiburan-hiburan dan siaran-siaran jahiliah yang teramat berleluasa sekarang ini.


PENUTUP

Di abad ini, Islam dicabar daripada berbagai-bagai sudut. Musuh menggunakan segala-galanya untuk menghancurkan Islam. Mereka mengetahui umat Islam mudah leka apabila diberikan kemewahan dan hiburan. Lantas mereka menggunakan tamadun kebendaan mereka dengan mengembangkan bidang seni bagi melalaikan umat dan terus menidurkan mereka. Natijahnya umat leka daripada sumber kekuatan mereka iaitu Al-Quran. Umat Islam di masa kini lebih gemar dan khusyuk mendengar lagu-lagu dendangan manusia daripada alunan bacaan atay-ayat suci Al-Quranul Karim.

Dengan perbincangan ringkas yang dicoret di dalam helaian-helaian ini, penulis berharap risalah ini mampu memberikan gambaran ringkas hukum penggunaan muzik yang kini berleluasa dalam kehidupan dunia moden. Berjumpa lagi di keluaran lain! Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS