Salam semua rakan2 blogger.. Cuti2 hujung minggu ni korang2 rancang nak buat apa? Ada plan nak pergi bercuti mana2 ke? Kalau tak tahu nak ke mana, jom kita ke i-city.. Di sana ada macam2 keseronokan yang boleh didapati antaranya boleh melihat keindahan lampu2 yang cantik, boleh melihat haiwan2 di mini zoo, dan juga bermain salji di Snowalk i-city.. Tengok tajuk entry pun pasal snowalk kan.. Putri nak share kepada anda keseronokan Putri bersama adik2 dan sepupu Putri ketika mengunjungi Snowalk.. Jom layan gambar2 di bawah..
Putri dengan sepupu Putri, Ina.. |
Putri dan adik2 Putri, Syam dan Harith.. |
Effect kesejukan melampau.. Habis spek kami dan juga lens kamera.. |
Seronok tak lihat gambar2 kami?
Sekarang jom layan video pula di bawah..
Sorry la video gelap.. Ni video Putri dan sepupu main gelongsor ais..
Ni adik2 Putri kononnya nak tunjuk kuar asap dari mulut. Tapi tak nampak..
Harga masuk Putri ingat untuk dewasa je.. RM20.00 sebelum jam 6.00 petang dan RM25.00 selepas jam 6 petang.. Sekali pakej dengan baju sejuk. Sila pakai kasut siap2 semasa datang ke sini. Kalau nak sewa kasut RM10.00.. Korang boleh pergi sini untuk mengisi cuti hujung minggu..
Psst: Putri sebenarnya nak pakai baju sejuk yang topi ada bulu2 tu. Tapi tak dapat. Dah habis. Sedih.