CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Veil. Show all posts
Showing posts with label Veil. Show all posts

Monday, December 28, 2015

Veil Off White untuk Majlis Bertunang

Assalamualaikum



Sejak pregnant (tahun 2014) aku memang tak ambil tempahan menjahit. Masuk tahun 2015 dapat menjahit 3 helai veil untuk kawan Uni. Lepas tu dapat menjahit 3 helai lagi untuk buat sewaan. Sejak pregnant memang aku slow amek tempahan.

Aku anggap tempahan akan jadi semakin slow sebab aku pun dah kurang sangat update pasal veil dan bunga tangan. Tapi taktau lah customer yang ini jumpa nombor aku dari mana. Customer wassap pada 15 Disember, 19 Disember aku pos. Sebab 25 Disember customer nak pakai dah. Kalau ikut logik akal macam tak logikkkk je aku boleh buat, kan? Hehe!

Nak cakap awal-awal, aku tak amek tempahan last minute tau. Kecuali instinct aku yang suruh ambil. Then you will be the lucky person. Ceeeeewah. Lagi satu, aku tak ambil tempahan customer yang macam fussy, bossy apa semua tu. Aku jenis happy go lucky, jenis cool, jenis bertolak ansur, jenis mudah kesian silap-silap you can get it with free.

So ini adalah veil paling cepat aku buatkan. Sebab lace sedia ada kat rumah. So harga pun Rm60 je aku amek. Murah ke tak? Hehehehehe. Tolong-tolong orang nak mendirikan masjid.





































































Aku tak pernah share feed back customer kan? Hahaha. Kenapa eh? Ini pun adik aku suruh buat. Maybe sebab aku tak rasa aku seorang penjual kot. Aku buat bila ada yang mintak. Aku rasa aku orang normal, macam tak perlu nak share feed back customer. Hahahaha.

Ada sehelai veil dan 2 hand bouquet untuk disiapkan. Dan. I was like....... Where are you going before this? End of this month I ada event laaaaaaaahh. Huhuhuhu.




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, January 21, 2015

Veil Untuk Disewa : Coral Pink

Assalamualaikum.





Veil : Melissa 04








































Term and Condition :

Harga untuk dijual : Rm95 atau Rm100 (inc postage)
Harga sewaan veil & shawl : Rm40 (exc postage)
Security Deposit : Rm60 (akan dipulangkan sekiranya veil dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan : 9/10 hari bermula dari tarikh sehari veil dihantar (pos dibuat pada hari Jumaat sahaja) dan customer WAJIB memulangkan semula veil pada hari Isnin/Selasa selepas majlis.

Untuk beli atau nak sewa (booking tarikh), wassap Saila 019.2290413

Kaler veil ni ialah Coral Pink tau. Bukan Soft Pink. Tapi! Kalau pakai veil & shawl ni untuk baju Soft Pink pun boleh, Contra kan kaler. Kalau nak sewa veil sahaja boleh, nak sewa veil & shawl sekali pun boleh. Harga sama Rm40. Kalau jual aku jual veil sahaja. Nak shawl sekali tambah lagi Rm10. Shawl tu shawl aku buat sendiri Chiffon Georgette.

Veil murah
Veil nikah
Veil nikah online
Veil nikah murah

Go to Nursaila's untuk page FB Nursaila Norman





Love,
Nursaila Norman!







Veil Untuk Disewa : Coffee Latte + Gold

Assalamualaikum.





Veil : Melissa 03








































Term and Condition :

Harga untuk dijual : Rm95 atau Rm100 (inc postage)
Harga sewaan veil & shawl : Rm40 (exc postage)
Security Deposit : Rm60 (akan dipulangkan sekiranya veil dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan : 9/10 hari bermula dari tarikh sehari veil dihantar (pos dibuat pada hari Jumaat sahaja) dan customer WAJIB memulangkan semula veil pada hari Isnin/Selasa selepas majlis.

Untuk beli atau nak sewa (booking tarikh), wassap Saila 019.2290413

Kaler veil dan shawl adalah coffee latte, atau bahasa pasar malam aku panggil kaler teh ais. Ihiks! Lace pulak kaler gold. Atau maybe orang akan cakap ini kaler soft brown. Tapi kaler sebiji macam dalam gambar lah ya. Kalau nak sewa veil sahaja boleh, nak sewa veil & shawl sekali pun boleh. Harga sama Rm40. Kalau jual aku jual veil sahaja. Nak shawl sekali tambah lagi Rm10. Shawl tu shawl aku buat sendiri Chiffon Georgette.

Veil murah
Veil nikah
Veil nikah online
Veil nikah murah

Go to Nursaila's untuk page FB Nursaila Norman





Love,
Nursaila Norman!



Sunday, January 11, 2015

Melissa 02 #1

Assalamualaikum.



First customer dengan Melissa 02. Alhamdulillah, terima kasih banyak2 ieda, pemurah sangat! Semoga dilimpahkan lebih rezeki untuk ieda dan suami, amin.









Kepada b2b yang sudi nak sewa veil ni, boleh wassap 019.2290413. Untuk lebih mudah cuci-cuci mata, klik Nursaila's ! Harga sewaan veil rm40 sahaja! Custom-made khas untuk buat sewaan :) Untuk kaler coffee latte + gold, pink & peach dalam proses.

Veil nikah
Veil murah
Veil simple





Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, December 23, 2014

Veil Nikah & Veil Resepsi

Assalamualaikum.




Dalam masa 2minggu aku siapkan 3 helai veil sekaligus! Dengan ada Melissa, kalau bukan sebab kawan baik maybe aku tak ambil. Tapi sebab kawan lah aku rasa nak makan je dia. Bagi material last minute, urghhhh!

Tapi apa-apa pun, veil dah selamat diserahkan kepada bakal pengantin Sabtu lepas. Dia suka, aku laaaagggiiiii suka.






































Veil kaler putih dengan coklat tu takde masalah, veil biasa bunga besar-besar. Masa dapat lace kaler pink tu yang aku jadi risau yang amat. Bunga lace halussss sangat. Kena potong bunga seketul-seketul. Masa dah suntuk gila, kalau aku patch kan bunga lace satu-satu, tahun depan baru siap. Huhuhuhu! 






































Border lace pun aku kena potong, tak boleh nak ambil sekali dengan bunga. Sebab jarak border lace dengan bunga terlalu jauh. So aku potong bunga yang paling besar diantara bunga-bunga yang ada, lepas tu aku tampal dekat dengan border lace. Macam dalam gambar kat atas. Veil paling mencabar untuk aku. HAHA.

Selamat pengantin baru Jie!








Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, November 18, 2014

Veil Untuk Disewa : Grey Lace + Off White Beads

Assalamualaikum.



Saya update semula veil pertama Nursaila Norman yang dibuat sewa. Terima kasih kepada pengantin-pengantin yang sudi sewa veil ini. Veil ini masih on, masih dibuat sewa ya. Walaupun usia dia mencecah setahun, tapi jangan risau, keadaan masih BAIK, CANTIK, SEMPURNA macam mula-mula sewaan dibukak :)

Berkesempatan baru-baru ni mintak adik jadi model tak berbayar, Suami amek baju nikah dekat rumah, ayah setting DSLR dia POOOOPS! dapat lah gambar yang lebih elok untuk ditunjukkan dalam blog ni. Tapi entry asal masih ada. Refer Veil Grey Lace Off White Beads.



Veil : Melissa 01








































Term and Condition :

Harga sewaan : Rm40 (tak termasuk postage)
Security Deposit : Rm60 (akan dipulangkan sekiranya veil dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan : 9 hari bermula dari tarikh veil dihantar (pos dibuat pada hari Jumaat sahaja) dan customer WAJIB memulangkan veil pada hari Isnin/Selasa selepas majlis.

Untuk sewa, booking tarikh, boleh wassap Saila 0192290413




UPDATE : BOOKING DATE
pada tarikh berikut, veil is not available

12 - 20 Jan 2015 - Lyza, Sg Buloh




Love,
Nursaila Norman!



Thursday, November 6, 2014

Veil Untuk Disewa : Off White Veil / Veil Putih

Assalamualaikum



Seriously aku buat semua ni sepantas kilat! Cepat on cepat settle :) Kurang seminggu, aku dah boleh update full review pasal veil putih terbaru aku yang nak dibuat sewa ni. Alhamdulillah. Terima kasih Lissa, bila mood menjahit ibu datang, awak tidur je. Mmmuah sikit!

Seperti yang dijanjikan aku nak review hari isnin, tapi benda dah siap, why not update segera kan? Disebabkan aku dah ada 2 helai veil, bagi memudahkan tempahan, aku rename siap-siap veil ni dengan nama Melissa. So veil yang pertama dulu tu 'Melissa 01' dan veil yang kedua ni 'Melissa 02'. Dan seterusnya 03, 04.... insyallah.

Untuk veil Melissa 01, aku akan update picha baru. Just stay tune!



Veil : Melissa 02

























Term and Condition :

Harga sewaan : Rm40 (tak termasuk postage)
Security Deposit : Rm60 (akan dipulangkan sekiranya veil dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan : 9 hari bermula dari tarikh veil dihantar (pos dibuat pada hari Jumaat sahaja) dan customer WAJIB memulangkan semula veil pada hari Isnin/Selasa selepas majlis.

Untuk sewa, booking tarikh, boleh wassap Saila 019.2290413




UPDATE : BOOKING DATE
pada tarikh berikut, veil is not available

6 - 15 Dis 2014 - Syaidah, Hulu Langat


UPDATE : CUSTOMER'S PICTURES
Syaidah, Hulu Langat - Customer #1






Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, December 17, 2013

Nursaila Norman's Veil : Customer #1

Assalamualaikum.






Syukur alhamdulillah, customer (Farah) ada emailkan beberapa keping gambar nikah dia dengan veil yang aku buat untuk sewaan tu. Jauh dari Kelantan, sanggup dia sewa veil ni dari aku. Huhuhuhu! Super terharu. 

Ada yang nak sewa veil off white tak? Kalau ada just email dan booking tarikh k :) Rm40 je!





Love,
Nursaila Norman!


Friday, November 29, 2013

Veil Untuk Disewa : Pink Lace + Tulle Flowers + Pink Beads!

Assalamualaikum.



Hello, Hello! Hi Ladies!

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak veil yang penuh drama air mata ni. Kalau masih ingat lagi entry I N I, korang boleh tau betapa frustnya aku nak siapkan veil. Huhuhuhu. Lebih frust bila komentar komentar cakap memang tak berapa menjadi punn. sobs!

huwaaaaaaaaaaaaaa!

Tapi! Ada tapi ya.. Aku tak berputus asa di situ sahaja. Aku teruskan jugak perjuangan menyiapkan veil e-day ni. Dengan doa dan harapan supaya veil ni menjadi super sweet dan super gojes! Kesian Suami, kena dengar rintihan aku, kesedihan aku sambil buat veil. Hahahaha. Tapi sebab Suami super positive, dia suruh aku cakap 'cantikkkkk' 44 kali. T_____T.

Dan! Alhamdulillah, berjaya jugak doa dan harapan aku. Mujarab jugak doa 'cantikkkkk' 44 kali aku tu. Hewhewhewhew! Disebabkan veil ni aku buat khas untuk majlis pertunangan, makanya aku rasa adalah lebih baik kalau aku alert kan point 'Less is More'. Nanti waktu nikah dan bersanding baru meriah-meriah sikit. Wink! Wink!


Okay lah, cukup lah mengarut. Veil Pink untuk disewa!















Dengan rasa rendah diri, saya open for rental ya ladies!

Term and Conditions : 

Harga sewaan Rm40 (tak termasuk postage)
Security Deposit Rm60 (akan dipulangkan sekiranya veil dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan : 5/6 hari dari tarikh penghantaran
Condition : Baru!
Tarikh pulangan kepada owner perlu tepat seperti perjanjian. Compulsory.

Untuk sewaan, booking date boleh email msyunnsein@yahoo.com.my

UPDATE : BOOKING DATE
pada tarikh berikut, veil is not available

29 Nov - 3 Dis 2013
SOLD OUT


Love,
Nursaila Norman!



Thursday, October 31, 2013

Veil Untuk Disewa : Grey Lace + Off White Beads!

Assalamualaikum.


Hi lovelies!

Ingat lagi dengan janji aku untuk buat veil untuk sewaan? Alhamdulillah, akhirnya siap dan dah boleh dibuka untuk sewaan! Let's check it out!













































Maaf ya, tak mampu nak hire model cun-cun. Terpaksa guna diri sendiri. huwaaaaa! Abaikan, fokus kepada veil sahaja pleaseeee.



Term and Condition :

Harga sewaan Rm40 (tak termasuk postage)
Security Deposit Rm60 (akan dipulangkan sekiranya veil dalam keadaan BAIK)
Tempoh sewaan : 8/9 hari dari tarikh penghantaraan


Untuk sewa, booking date boleh email msyunnsein@yahoo.com.my atau wassap/msg 019.2290413


UPDATE : BOOKING DATE
pada tarikh berikut, veil is not available :

17 - 25 Nov 2013 - Farah, Kelantan
16 - 22 Mac 2014 - Yatie, Bangi
30 Apr -7 Mei 2014 - Zetty, Sentul
23 Mei - 2 Jun 2014 - Hamizah, Klang
18 July - 5 Ogos 2014 - Azira, Kelantan
12 - 20 Jan 2015 - Lyza, Sg Buloh

UPDATE : CUSTOMER'S PICTURES
Farah, Kelantan - Customer #1
Zetty, Sentul - Customer #3



Untuk gambar terbaru boleh pergi ke sini

Veil : Melissa 01
Veil : Melissa 01
Veil : Melissa 01




Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, July 31, 2013

Veil : Bride 2 Be Zai

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dapat jugak siapkan veil bakal pengantin (b2b) yang sorang ni. Dalam takde mood beberapa hari kebelakangan ni, paksa diri jugak siapkan tempahan. Fuhh, macam tak percaya aku berjaya, haha!

Harap awak suka Zai :)







Sengaja lebihkan pearls dekat sisi veil (area bahu), sebab atas kepala dah bling-bling.. So taknak nampak berat sangat atas kepala.

Veil bulan puasa nih! Alhamdulillah.




Love,
Nursaila Norman!

Monday, April 8, 2013

Veil : Bride 2 Be From Selangor

Assalamualaikum.


Selamat pagi!


Alhamdulillah berjaya jugak siapkan tempahan sorang lagi b2b. Kali ni lain sikit, huhuhu.. b2b tak suka dengan hasil veil yang dia tempah.. Aku kena bukak balik patching asal pastu patch lace baru (lace b2b beli sendiri) dan beaded! Fuhhh.. Agak mencabar jugak sebab dia tak suka dengan hasil lama, so aku kena buat better sedangkan aku pun amatur je.. Huhuhuhu! Untuk veil kali ni b2b nak fully cream color.






























Aku design lain sikit kali ni, aku buat lace dari hujung ke hujung. Sebab geram sangat dengan lace tu, sayang nak letak sikit-sikit (macam kebiasaan aku patch atas kepala sahaja). Nak bagi nampak heavy lace and beaded sikit hikhik! 




























Yang ini full version! Errrm, tak ful sangat pun kan.. Sebab tak nampak hujung veil kiri dan kanan. Huhuhuhu! Takpe, boleh refer picha kat atas yer :) Kualiti picha tak menarik sangat. sobsobsob! Taknak edit, takut warna asal berubah. Harap bride 2 be dari selangor ni suka lah ya.. Amin :)

psst : aku update dekat fb jugak :)




Love,
Nursaila Norman!

Sunday, February 3, 2013

Veil : Bride 2 Be From Perak

Assalamualaikum.


Taktau nak describe macam mana.. Nak kata puas hati memang tak, rasa macam nak touch up lagi, tapi taktau nak touch up apa dan kat mana. Takut jadi lain pulak. Huhuhuhu..

B2B dari Perak, this is your veil. Harap sangat anda suka T______T Ini first task aku ambil tempahan jahit veil + beading + patch lace, alhamdulillah :) Maaf sangat-sangat, picha tak cantik. Huhuhuhuhuhuhuhu! Warna sebenar lain sikit dari yang ini. Pencahayaan tak cukup. So bad :(

Oh, lupa nak mention, ini adalah tudung half moon. Bakal pengantin nak aku buatkan veil versi tudung half moon :)






thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Friday, September 7, 2012

DIY : Veil Nikah

Hai.



Assalamualaikum.


Chak! Ada yang belum tido? Saya! (sambil angkat tangan). Mata dah mengantuk sebenarnya, tapi gigih jugak nak update pagi-pagi ni. Sebabnya, pendrive tertinggal dekat ofis, so tak boleh la nak transfer picha dari PC Ayah ke PC ofis esok. Keduanya esok super busy.. Pagi-pagi dah meeting, lepas tu ada open office (open house pejabat) Bahagian aku. For sure tak lekat kat PC esok. Huhuhu.

Malam ni mood nak sambung beading baju nikah malas. Jadi teringat pulak yang aku belum share dengan B2B dan readers semua veil nikah aku. Actually, veil nikah ni takde la hebat sangat.. Alhamdulillah, aku berpuas hati lah jugak (nampak sangat tak berapa puas hati kan), kalau ikutan hati ada jugak terfikirkan Plan B untuk veil nikah. Haha.

Psssst, veil nikah ni antara benda paling awal aku buat. Sejak awal tahun ni. Berbulan-bulan jugak kan.. Semua sebab lace yang aku beli macam kureng best dimata aku (dah beli baru nak menyesal). Tu yang berusaha lebih tu supaya nampak okay dimata aku.


sila klik pada gambar untuk imej yang lebih sempurna (konon)


Setakat ini, alhamdulillah aku berpuas hati. Harap-harap aku tak berubah hati. Tak tau la kenapa part majlis nikah aku sangat risau. Nak nampak sempurna. Nak nampak elok. Maybe aku dah set dalam kepala yang majlis nikah lebih penting dari segala2nya kot. Mungkinlah.

Terima kasih kepada Leha sebagai model. Terima kasih kepada Ayah sebagai photographer tetap kami. Picha edisi malas edit. Natural itu lebih indah bukan? Hiks!!

psssssst, jangan terpedaya dengan picha. Takde la cantik sangat pun sebenarnya. Hahaha.

Eh,jap.. Perasan tak? Dekat bahu kiri kanan tu manik ada warna cream.. Nak bagi nampak cream2.. Supaya match dengan sampin En Gaban kononnya. Ntah jadi ke tidak. Hentamlah labuuu.





Love,
Nursaila Norman!


Monday, July 9, 2012

DIY : Veil Resepsi

Hai!



Assalamualaikum.


Mood takde nak update blog. Sebab pagi-pagi hal kerja dan buat kitorang hilang mood. Tapi sebab nak share dengan korang veil resepsi yang dah siap, alhamdulillah.. Gigih gak aku buat entry time-time lunch ni. Huhuhu! 

Firtsly aku taktau kenapa malas nak buat veil ni jadi meriah. Jadi aku pastikan kelebaran lace tidak terlalu luas. Ngam-ngam je atas kepala. Tak cecah belakang kepala yang macam kebiasaan. Tapi kalau nampak kekok maybe aku akan tambah manik sikit lagi. 

Untuk mata sendiri aku dah berpuas hati.. Suka!!




Sila abaikan jaluran kerusi dan model berkaca mata. Hehehe! Leha, kau jangan jeles ;p 

Maaf ya, picha tak besar. Kalau nak nampak besar korang boleh klik dekat gambar ya :) Nak patching lace dekat veil ni tak susah sangat.. Biasa-biasa je. Manik pun aku cuma guna manik pearl dengan manik biasa. Manik piring aku tak guna sebab taknak nampak over sangat. Huhu. Sebab tu warna lace dengan manik ni takde beza tona.

Settle satu benda :)


**kenapa entry ni kontot dan nampak sangat tak happy? sobsobsob!! mana mood nih.



thanks korang!



Love,
Tata!

Friday, March 23, 2012

my DIY veil :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua








Baru siap tujuh puluh dua percent. Starting January 2012 kalau tak silap. Gila lama kan? Dah la veil untuk resepsi pun nak kena buat. Apakah? Doa-doa la sempat. Inspirasi dari Intan Norazam dengan Cik Lijah (non-cindarella-story). Maybe nampak serupa, tapi secara jujurnya aku punya tak secantik mereka punya. Tapi hampir puas hati juga la memandang veil ni aku terus buat sampai ke tahap ni tanpa ada perubahan. No trial. Buat dengan penuh tawakal sampai jadi macam dalam picha di atas. Alhamdulillah. I am happy for this! :)

Insyaallah, nanti aku publishkan semula bila dah siap seratus peratus k. Ceh. Macam ada orang nak tengok. HAHA!





thanks korang!




Love,
Tata!