© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label tour. Show all posts
Showing posts with label tour. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

bawa diri atau lari?

Haa.. ke mana sudah membawa diri semalam? He.he.. Bawa diri atau lari kali ni (dan setiap kali pun) tak pernah lagi memberi kesan buruk kepada diri sendiri. Yang penting hati gembira dan kita enjoy!.

Ayat yang digunakan sahaja seolah-olah kontroversi
=) Merujuk kepada posting yang menggunakan ayat: "sebab frust, nak bawa diri ke suatu tempat".. He.he.. Marah kak suri kita tu... B-) Jangan risau akak, adik akak ni masih sentiasa berfikiran waras ;-) :X

Jadi.. sinilah tempat yang saya pergi...! :D


Tapi ni bukan lokasi tujuan utama sebenarnya. Ini hanyalah persinggahan.. he.he. Saya dan atom telah Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) di UKM. Kemudian kami mencari satu lagi perpustakaan, juga masih di dalam kampus UKM iaitu Perpustakaan Undang-Undang (PUU).

Nak pergi ke PUU tu agak jauh jugak la. Mungkin penghujung bangunan atau fakulti dalam UKM? Er.. warga UKM jangan marah kalau tersalah info. Tapi serius, macam penghujung dunia kampus. Psstt.. Kat USIM pun ada gak penghujungnya; Unit Pengangkutan :-)

Kenapa bergambar di depan pintu masuk hutan? Sebab ia agak menarik. Sebelum sampai PUU lalu hutan dulu! he.he... ingat nak singgah lama, tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan mulai renyai. Jadi? saya dan atom pun cepat-cepat beredar,,.. .

Saturday, June 26, 2010

trip to langkawi

3, 4 & 5 Jun

Jom pi Langkawi !
(RM28 - Dewasa - dari Kuala Kedah)

Destinasi Pertama: Upper Underwater World
(RM3828 - dewasa; tunjuk IC)

Ceronotnye,,...

Kawan baik ni..

Jerung banyak...

Da abes tengok ikan, singgah makan di gerai Laksa Buyong
bungkus je

Pastu mandi pantai, yey!

Maen masak2 pasir

Da malam, esok pulak jalan

Mesra betul itik2 ni..

Rusa ni pulak manja sangat. Tak takot ngan orang..
orang yang takot dengan dia!

Da2, jom masuk cepat!
(RM15 - dewasa; tunjuk IC)

Sampai pon keretanya...

Hi.hi... Best

"Meneropong kuman dilautan..."

Posing jap dekat hentian cable car ;-)

Oh? Da nak balik... ;(

Anak artis mane la neyh pkai spek itam... :P
pkai blik bju hari fisrt datang, hek3, xbyk bju bwk :D

Bubye Langkawi!

*******************************************************
1- Terima kasih kepada Kak Nun dan abg Hisyam banyak support tambang, makan dll..

2- Terima kasih kepada Kak Yah sponser rumah sewanya tempat penginapan dan kereta, tambang, makan, dll..

Saturday, June 05, 2010

jom bercuti!

Bila cuti sekolah menjelma, maka aktiviti utama yang pasti berlangsung adalah bercuti. Budak-budak, mak-ayah budak, dan adik-beradik semua pun suka jalan-jalan, kan?

Tak kiralah di mana-mana, kampung halaman ke, luar negari ke, luar daerah ke, yang pasti cuti-cuti Malaysia (promot bercuti dalam Malaysia) dapat berjalan. Lama ke, sekejap ke.. Semua tu tak kisah, yang penting.. 'kita enjoy!' (pinjam skrip Puteri, TV3).

Bercuti bukan sahaja dapat menenangkan fikiran, malah seolah-olah memberi nafas dan udara baru ke dalam diri kita bila berada di destinasi percutian. Rileks dari timbunan kerja yang melambak-lambak, hilangkan stress setelah tamat peperiksaan, berbulan madu (huUU).. Pasti yang indah-indah menanti di tempat percutian.

Lari dari masalah atau kerja (baca: malah putus cinta) pun boleh,,! Caranya, pastikan HP anda tidak dibawa bersama. He.he.. (walaupun cara ini mungkin bertahan untuk tempoh yang pendek, tetapi ia berkesan!).

Tak percaya? Jomlah pergi bercuti!!

Mana nak pergi ya..?? Untuk menjimatkan kos sambil menyokong produk dan destinasi perlancongan + percutian negara, apa kata kita pilih dalam negara sahaja. Banyak juga tempat yang cantik dan menarik.

Kita ada Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Pangkor dan macam-macam pulau lagi.. bajet lebih sikit, boleh ke Pulau Langkawi, pulau yang merupakan destinasi perlancongan bukan sahaja rakyat negeri Kedah (promot negeri sendiri), juga rakyat Malaysia, bahkan satu dunia berkunjung ke sana. Haa.. apa lagi? Bolehlah servey2 (dan simpan bajet) untuk ke Langkawi. ;-)

Sedikit info tentang Langkawi:

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" bermaksud burung helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. "Kawi" bererti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

Kawi juga bererti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

(sumber: wikipedia)

http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/langkawi-map.jpg
peta Langkawi
(sumber: travelmalaysiaguide)

http://cache.virtualtourist.com/1628233-Symbol_of_Langkawi-Pulau_Langkawi.jpg
tarikan utama: Dataran Lang
(sumber: virtualtourist)


antara pantai yang terdapat di Langkawi
(sumber: sepaku)


cable car:
(sumber: goway)

Ok, cukup dulu di sini untuk posting kali ini. Lagi cerita tentang Lagkawi dan cuti, posting akan datang. Jumpa lagi! ;-)

********************************************
Upssst... Happy Birthday to my blog!