Bismillah hirrohmanirrohim
Assalamualaikum warah matullahhi wa baro kaatuh
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada JKuasa yang bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat agung KDI ini pada kali ini. Dan saya memberikan ruang yang luas (100%) bagi JKuasa sedia ada untuk bermusyawarah bagi memilih kepimpinan akan datang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bagi SPI, seperti yg sedia maklum bahawasanya anda akan diserapkan ke KDI dan kita akan mengambil keahlian baru untuk SPI pada semester yang akan datang. Ini adalah struktur pengurusan yang saya rangka apabila saya dilantik memegang jawatan Pengerusi Pusat Islam.
Bagi mereka yang dipilih untuk memimpin KDI nanti, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur,amanah,bersunguh-sungguh dan semestinya tugas dakwah ini memerlukan pengorbanan, penuh dengan ranjau dan duri dan bersabarlah.
Bagi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, saya merakamkan jutaan terima kasih dan saya berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan selama ini dan sunggguhpun begitu, banyak lagi ruang dan peluang untuk kita berdakwah yang belum kita terokai. Sebagai contoh, kita masih lagi belum bergerak keluar dengan lebih kuat dan aggresif lagi. Jadi peningkatan tersebut harus difikirkan oleh saya, JK KDI yg baru dilantik dan kita semua nanti. Ini satu cabaran bagi kita semua.
Seperti dalam ucapan yang lalu, saya pernah menyentuh betapa aktiviti yang kita jalankan tidak pernah kita meletakkan label dihadiri oleh KDI atau SPI sahaja. Kita maklumkan,kita jemput, kita alu-alukan jemaah sekelian samaada pelajar mahupun staf untuk menghadirinya. Tapi bila yang hadir masih lagi muka-muka yang sama..mungkin ada yang beranggapan itu aktiviti KDI atau SPI...dan cakap-cakap belakang itu pun muncul.
Anda boleh lihat sendiri dan nilai sendiri aktiviti seperti buka puasa Ramadhan, Puasa Sunat, Majlis Korban, Bacaan Mathurat dan aktiviti SPI pagi sabtu. Tapi bagi saya apa-apa pun cakap-cakap tersebut, yang penting objektif kita ialah untuk mengerakkan dan memertabatkan Islam dan memohon kehadrat Allah semoga ianya diterima oleh Allah s.w.t
Dan menjadi prinsip dalam pengurusan saya agar JKuasa sendiri berinesiatif untuk beraktiviti dan bukan bergerak atas dasar arahan pengerusi, arahan Pensyarah,Arahan Warden yang mungkin memberikan impak besar ke atas kehadiran tetapi impak kosong ke atas manafaat dan keberkesanan. Sebab itulah saya ingin mengikat diri saya dikalangan pelajar-pelajar sekelian atas ikatan persaudaraan Islam dilakukan bersama-sama menuju matlamat yang satu dan bukan atas ikatan kuasa saya dalam organisasi. Kerana ikatan sedemikian tidak berpanjangan, akan menjadikan anda tidak selesa, tertekan dan mungkin setakat hangat-hangat taik ayam. Tiada kuasa maka berkuburlah ia.
Saya juga ingin meminta supaya kita memanafaatkan kemudahan yang diberi, menjaga aset-aset Pusat Islam dan pada semester akan datang merangka perkara-perkara yang ingin dijalankan seperti menjenama semula Pusat Islam ini dengan suatu nama lain.
Bagi muslimat semua, saya merancang untuk menyediakan pusat aktiviti muslimat di bilik berhadapan tasik dan menubuhkan biro khas muslimat yang dikenali sebagai HELWANI bagi mengiatkan aktiviti muslimat yang semester ini nampak tidak berapa aktif dan kurang penglibatan. namun begitu syarat-syarat dan peraturan mestilah dipatuhi seperti tidak berada melebihi jam 10.30mlm dan menjadi zon larangan lelaki. Saya juga ingin menasihat kita semua agar menjaga tatasusila sebagai seorang muslim dan muslimat dan tutup segala ruang dan peluang untuk manusia menabur fitnah kepada diri kita.
Bagi muslimin semua, bilik operasi yang disediakan harap dijaga kebersihannya dan saya memberi peluang untuk beriktikaf sehingga lewat malam dan sungguh-sungguh saya mengakui pentingnya juga anda antara anda yang bermalam di Pusat Islam bagi menggerakkan subuh (termasuk saya sendiri)..namun jagalah adab-adab di Masjid.
Saya juga ingin meminta ampun dan maaf jika terkasar bahasa, janji yang tidak saya penuhi, aktiviti yang tidak terlaksana, kekurangan dalam kepimpinan saya. Moga-moga apabila kita berhadapan dengan Allah s.w.t amalan kita diterima olehNya hendaknya.