Tuesday, October 29, 2013

maafkan aku, atau pergi mampos. pilih.

apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang--
kalau segalanya cuma diuruskan melalui wall facebook.

kau bangsatkan orang,
kau kejikan orang,
kau hinakan orang,
kau aniaya orang,
kau tikam orang--

kemudian datang hari insaf--
kau fikir sudah cukup kalau kau lafazkan cuma di dinding status dengan seribu pesen maaf.

apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.

hendak dapat lagi kelakar?
cuma ada lafaz maaf--
tak tau ke siapa,
tak tau tentang apa,
tak tau apa cerita.

apa dia ingat orang yang dibangsat, dikeji, dihina, dianiaya, ditikam tu baca?

aku boleh terima lagi status doa pada pencipta.
doa, beb.
kita semua lebih kurang.
salah lebih kurang.
dosa lebih kurang.
impian lebih kurang.
mintak pun benda yang lebih kurang.

maka bagi aku, ada bagusnya baca doa kawan2 kat wall mereka. sebab kadang2 bila baca doa orang--
kita terperasan apa yang kita lupa waktu tadah tangan kita.

tapi jenis status minta maaf pakai facebook ni--
entahlah.

sebab apa yang aku nampak, dah mmg pesen kita kalau bergaduh / selisih terus remove, block bagai ni.
dah tu--
apa gaya orang yang PALING penting dalam drama kemaafan ini nak membaca kalau dia SENDIRI tak ada dalam cerita?
minta maaf macammana?

dah akhirnya yang buat salah ini pulak nampak mulia dengan kad elektronik berbau syurga--
meminta ampun dari kejauhan--
walau yang dianiaya rak tau cerita.

"e eh, baguslah awak. dia tak nak maafkan itu lantakkan dia"
"tidak mengapalah awak, yang penting awak dah cuba"

aik?

sebagai contoh:
tulis surat mintak derma,
tapi tak tulis alamat.
sampai mati la tak dapat apa.

pos la!

orang bagi derma atau tidak--
at least kau dah cuba.
itu baru betul.

ni tidak.
sudahlah tak pos,
nyaring pulak dia bercerita "dunia sekarang semua kedekut".

serius aku blur dengan common sense manusia hari ni, bang.
haih.
apa jenis dunia kita duduk ni sekarang?

seorang kawan aku ada cakap:
"kadang2--
sifat mengadu2 kita pada dinding facebook ini
dah macam konsep yahudi yang menangis menghadap dinding suci".

tertampar aku.

nama ruang status pun dipanggil 'wall'.
hahaha.
bapak aa kebetulan giler.

betul, kan?

kita lebih selesa menulis di status berbanding bersemuka.
lebih larat merapu-raban di status berbanding meluah rasa bila berdua.

kita penakut.
atau kalau dalam bahasa bersangkabaik--
kita jaga hati.

nak cakap depan2--
nak merapu meraban--
putus pulak saudara.

ada betulnya.
memang benar kata2 orang:
"baik diam dari bertekak sama2".

tapi aku hendak tanya:
"kenapa cuma didiamkan KETIKA di depan muka?"

kita diam di depan.
belakang cerita?
fuhh. menggempita.

depan belakang--
kita patut sama.
diamkan.

luahan. lafazan.
benda yang disebut.
benda yang ditaip.
sama.
tapi beza.

begini.
benda yang kita lancangkan--
kita boleh lagi elak dengan "apa bukti kau tuduh aku cakap sedemikian?".
(bab kau tipu itu lantak kau lah kan?)

benda yang kita tulis--
umpamanya adalah seperti resit yang terekod atas setiap apa yang lidah kita belanjakan.
transaksi oral kita, dalam bahasa lainnya--
yang berbintil2 tercatit melalui tulisan.

sekali orang dah baca--
kau nak padam macammana?

berbalik pada isu "meminta maaf pada dinding" tadi.

aku faham.
ngeri nak bersemuka dengan orang yang kita aniaya.
takut tidak dimaafkan.
seram kita kembali jadi celaka bila orang tak terima kita di waktu kita turunkan ego kita.

tapi itu adalah harganya.
kita yang bangsatkan orang,
kita yang kejikan orang,
kita yang hinakan orang,
kita yang aniaya orang,
kita yang tikam orang.

layaklah kita kita kena terima orang tak nak terima kita.

bak kata abah kalau aku mengadu pada ibu yang abah masih marah2 lepas aku minta maaf sebab dah buat benda tak betul--
"habis? nak kena timang?"

memang pedih dengar.
tapi itu hakikat hidup.

kenapa kita bongkak sangat melafaz maaf?
kenapa kita perlu merasakan "KALAU aku dah minta maaf, kau tak maafkan-- KAU lah bangsat".

mana boleh.
kata kerja kat sini adalah "mintak".
kalau mintak, belum tentu orang nak kasi, cik kak.

"aku nak mintak maaf";
bukan "aku nak mendapat maaf".
hidup jangan sukahati sangat.

sebab itu tuhan selalu pesan dalam quran bab habluminannaas--
hubungan kita dengan manusia.
jaga.

percayalah.
habluminallaah yakni menjaga hubugan dengan allah itu JAUH lagi senang dari habluminannaas.
sebab tuhan itu sesungguhnya MAHA ghafuur. MAHA rahiim.

manusia?
nak dapat kemaafan dari manusia?
ingat semudah 1, 2, 3?
lafaz, salam dan menang?
macam tu?

haih.
benda minta maaf ini jangan buat lekeh, bang.
sebab itu aku dari tadi menung.
apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.

kecil2 dulu--
kalau terkecilkan hati kawan kita--
gigih kita lukis kad "i'm sorry" pada dia,
bukan main lipat kemas2 kad manila warna jingga,
ditampal dengan segala kerawang dan lukisan pelangi pelbagai warna.

selit bawah meja.
jeling sekali-sekala tengok2 kalau dia sudah baca.
dan kalau sudah, apa rupanya respon dia.

senyum ke?
masam ke?
buat tak kenal ke?

hebat kita kecil2 dulu.
JAUH lebih berani dari hari ini.

buat salah -- hadap -- minta maaf.
apa jadi lepas itu--
tak kisah.

paling2 pun, dia cakap "kita tak nak lagi kawan dengan awak". ye la. nak buat macammana. kita terpatahkan pengkorek dia. mmg la layak dia marah kita.

sekarang?

aku mintak maaf.
kau tak maafkan?
mampos kau.
kau ingat kau siapa.

pergh.

apa jenis dunia kita tengah hidup ni sekarang?

Friday, October 25, 2013

makan bior berkongsi, kata abah

abah pernah cakap:

benda--
kalau dah tengah ramai2--
selipar jepun celup tepung goreng pun sedap.

*senyum*

31 tahun hidup cermat membubuh lekat pegangan ini di celahan jari.

benda--
macammana sedikit--
cuma akan lazat kalau dikongsi.

tapi aku lupa--
tak semua orang suka bila kita sua benda ke dia.
walau apa pun niat hati kita,
kita cuma boleh hulur ke mulut dia--
tak ada apa2 janji dia akan nganga.

macam kawan amerika aku tempoh hari yang nyaris muntah bila aku jemput dia makan sambal paru.

itu baru pelawa.
belum terus sua.

haha.

tapi hendak buat macammana.
kalau hanna si perempuan amerika itu mau muntah berlambak--
takkan aku perlu buang seperiuk paru yang aku masak sepenuh rasa?
kalau bukan untuk dia--
aku pelawa siapa yang hendak.

itu cerita paru.
cuba ganti dengan konsep ilmu.

*senyum nipis*

bubuh sahajalah ilmu atas sudu.
duduklah di mana2 sudut atas lantai mana hendakmu.
tunggu.

pegang sahaja sudunya--
dalam kuda2 bersedia mahu menyua.
kalau ada yang mahu--
pandailah mereka menganga.

kita yang ada sudu ni--
jangan haloba nak simpan semua.
nanti basi--
rugi.


salam pagi.

Thursday, October 24, 2013

untuk kita2 yang zalim

siapa yang zalim--
kemudian mengubah dirinya dengan kebaikan seteleh kejelekan--
maka sesungguhnya aku maha pengampun--
dan maha pengasih.

an-naml, ayat 11

tuhan itu--
sesungguhnya berkali2 memberitahu sifatnya.
akan cintanya pada pentatih yang mencari dia.
akan sukanya pada perindu yang menghendak dia.

jangan sekali2 biarkan manusia yang dibisik bongkak dan dengki iblis memberitahu kau sebaliknya.

menolak sifat ghafuur dan rahiim tuhan itu dosa.
mempersoal kata2 dia betapa dia itu maha menerima taubat hambanya itu bukan hak kita.

atau siapa2.

pengampunan dan kasih sayang--
dua perkara yang selalu dibubuh disebelah2.
kerana hanya kasih mampu memberi redha.

seperti emak yang menghalalkan anak yang bangsat andai sekali diminta ampun.
seperti abah yang menyuruh biar pada anak yang syaitan namun kembali mengucup ubun.

ghafuur--
maha pengampun.
rahiim--
maha mengasihani.

ghafuur.
dan rahiim.
dua kurnia tuhan yang aku kira antara terbesar dalam hidup manusia.
dua hadiah.
dua anugerah.

maka yang manakah nikmat kurnia tuhan kamu berdua wahai jin dan manusia yang kalian dustakan?

ar-rahmaan.

selagi ada nafas,
selagi ada nyawa,
selagi ada sempat--


jangan sekali2 izinkan siapa2 memberitahu selainnya.

tentang orang share visual pegawai bank dibunuh

salah seorang ibu saudara aku dibunuh di rumah sendiri.

aku bersyukur allahyarhamah tak ada cctv. sebab kalau tidak mesti disebarkan satu malaysia dengan tagline2 bodoh seperti:

"marilah menjaga keselamatan negara"; atau
"polis sila lakukan pantauan lebih di ini negeri"; atau
"syukurlah malaysia masih aman"; atau
"sebarkan! setiap like akan melaknat pembunuh ini"

tolonglah.
jangan terlalu memandang rendah pada kemampuan akal kita untuk nampak visual kisah dari sekadar membaca tulisan berbintil2 semata.

kita tak tengok al-quran dibukukan bergambar.
kan?

tulisan sudah cukup.
kalau PERLU sangat bercakap tentangnya.

kalau tak nak kasihan pada mangsa--
fikirlah keluarga yang ditinggalkan mereka.

hidup kau senanglah.
share hari ini--

esok dah lupa.

Wednesday, October 23, 2013

menenen kera

perasaan rindu dendam pada tanahair buat aku buka search engine dan terus taip "teaching vacancies in malaysia 2013".

sedikit rindu dendam tadi seolah memujuk aku pulang berbakti pada negara sendiri.

namun dalam cuma 3 minit,
yang berbaki cuma dendam dan bukan rindu yang asalnya membukit.

"native tongue only"
dalam bahasa aku:
lahir memang mat saleh.
damnit.

kera di hutan disusukan,
anak di rumah mati kelaparan.

berapa ribu kera nak kau nenenkan, malaysia?
anak2 kau kebulur--

kau tak kesian, ke?