Thursday, August 30, 2012

budi dan bagi

budi dan tolong adalah dua konsep berbeza.

budi adalah rezeki pada mereka yang tidak perlu.
tolong adalah kurnia pada mereka yang mengkehendak sesuatu.

sentiasa--
sebelum engkau berbudi,
tanya2kan dulu:

"apakah yang aku hulur ini sesuatu yang aku akan mahu,

atau telah aku benar2 tak kalih kalau tidak lagi ia dalam milikku"

secara mudahnya--
berlebih seringlah kau lafaz "ini, aku tolong. di hari datang, giliran kau"

kerana beringatlah.
berbudi adalah memberi rezeki pada yang tidak perlu.
cuma kau sua2 atas nama budi demi kesenangan hatimu.

dan perasankan juga--
mereka yang menerima budi engkau itu juga memberi budi dengan mengizinkan kau berbudi.
mereka--
bukan pengemis yang menangguk2 di kau punya kaki.

Monday, August 27, 2012

hari aku berhutang nyawa pada bonda

seorang perempuan berjuang maut demi aku 30 tahun dulu.
tak ada apa yang layak disorakkan setiap datangnya tarikh ini--
selagi masih terdetik dalam jiwa aku:
"apakah telah cukup aku ini membanggakan dia?"

selamat memperingati setiap titis tumpah darahmu, wahai ruh ibundaku.
moga dari jauh sana dapat kau pandang2kan aku kini pula dipeluang tuhan merasa indahnya menjadi awan buat anakandaku.

terima 
kasih untuk secebis nyawamu dulu.

satu hari nanti kita ketemu lagi--
bersatu.
hingga habis abadi.

selamat hari lahir, nur 'affina yanti--
seorang zuriat ayahbonda,
seorang isteri seorang suami,
dan seorang bonda seorang putera.

Saturday, August 25, 2012

tentang kereta, pejalan kaki dan toleransi

kat sini, DALAM APA JUA SITUASI, kalau ada pejalan kaki melintas, kenderaan MESTI by hook or by crook berhenti. tak kiralah laju mana kenderaan kau, kau KENA emergency break. 

bagus, kan?
pejalan kaki SENTIASA diutamakan.
sesuatu yang tak selalu kita nampak di malaysia.
dan sbb keutamaan ini, tak pernah orang melintas di selain zebra crossing.
sesuatu yang juga tak selalu kita nampak di malaysia.


(atau sebenarnya kalau mereka dilanggar di luar garisan, pejalan kaki akan dimaki dan dibiar padan muka)

MASALAHNYA--
bila ada si tongek2 yang tak reti ambik nafas sebelum melintas. TEROSSS je lintas; thinking "crossing whenever i want is my right".

habisnya--
setiap harilah depan rumah aku ni accident di zebra crossing. kesian kereta hari2 skidding.

haih.
manusia.
bagi betis, nak peha.

sama je satu dunia.

macam jenis orang kedekut jalan tak memasal bila kereta nak menyelit depan dia.
tak pun macam orang yang rasa dia dah order lama tapi meja sebelah sampai makanan dulu.

toleransi aa.
sekali sekala angkat tangan, senyum, cakap "takpe, jalan dulu" kan best.
serius.
cuba try test.

surprisingly,
instead of bagi orang happiness,
KAU yang rasa extra best.

cause giving makes you get more an the one getting your gifts.
selamat syawal yang masih berbaki.

Thursday, August 9, 2012

saya tahu

mungkin xramai tahu.

tulang rusuk juna dipotong ketika dadanya dibelah agar dapat mengeluarkan jantung untuk dikeluarkan. sehingga hari ini, cuma gam yang menetapkan kedudukan tulang dadanya.

saya juga tidak mampu memberi juna susu badan sepenuhnya kerana saya perlu pantau jumlah susu yang diminum. ada jadual yang ketat. dan saya tidak direzekikan susu yang banyak kerana memiliki anak yang tidak

 sihat gagal mengizinan saya tidak stress, maka susu saya tidak mewah.

saya tahu susu ibu adalah terbaik. cukuplah saya malam2 berlinang airmata merasakan saya mengecewakan anak saya. tidaklah perlu disekolahkan saya ttg susu mana yg lebih bagus.

tuan2 dan puan2,
maaf saya ckp sini.
tapi saya manusia.
saya pun ada hati.

saya ada sebab kenapa saya tidak dapat menjaga juna seperti anda2 semua jaga anak2 anda. kaedah2 saya akan kelihatan lain. cara2 saya tak akan sama dgn cara sempurna anda.

tapi juna adalah istimewa.
dia xsesempurna anak2 anda.

jadi maafkan saya yang mengasuhnya dgn gaya xsempurna saya.

terima kasih.