satu masa dulu,
ada seorang manusia yang bernama Insan.
dia seorang pemarah.
tapi dia bukanlah seorang yang jahat hati.
dia cuma kejam bila melampiaskan rasa benci.
bagi Insan, dia jujur.
lebih elok diluahkan dari disimpan, katanya bila ditegur.
Insan itu hatinya baik, semua tahu.
tapi bila datang hari celakanya, aduh --haru!
pada satu hari, bundanya, setelah sekian lama bermasakranum memikirkan jalan yang terelok untuk menegur sifat anaknya itu, membuka mulut.
"wahai anak. harap dibuanglah engkau yang itu. yang pemarah. yang pendengus. yang pencaci."
"kenapa? bunda lebih mahu aku jadi pembohong yang menidakkan kebenaran hati?"
berterusan telingkahnya.
sang bunda diam. tunduk dan sunyi. dia usap wajah Insan dengan pandangan sedikit rawan. dia bilang:
"ini minta aku sebagai ibu. tak usah berhenti. tak apa. sudah. cuma minta aku, di setiapnya kau rasa marah dan benci, tanamkan paku ini pada tiang rumah kayu kita. cuma itu."
"boleh"
bermula hari itu, dilakukan seperti dimahukan.
sebulan, tiang sudah hampir penuh.
paku sudah bersimpang-siur.
tersaksi olehnya betapa terlalu ramai yang dia sudah lukakan dalam sepurnama semata. dia rasa malu dengan jiwa dia. dia rujuk pada bunda. bunda bisik dengan kasih.
"rujuk pada semua yang kau marah2kan itu. minta dimaafkan, meski terpaksa kau mengemis untuknya. setiap satu lafaz ampun, cabutlah satu paku yang telah kau sematkan sejak sebulan lamanya."
diikutkan juga.
satu-persatu diceraikan di setiap satu-persatu keampunan. Insan rasa uja. dia semakin hampir dengan taraf kosong benci sesama manusia. dia gembira.
selesai paku2nya.
"bunda, aku berjaya. tidak lagi ada yang benci aku sepertimana tiada aku pada mereka."
"apa benar?"
"ya. dan betapa bijaksana wahai engkau, si bunda. mendidik aku untuk menyedari betapa keji aku ini"
si bunda diam. dia senyum dan diam. dia senyum, diam dan hela nafasnya kuat2.
"anak, bukan paku itu yang utama. lihatkan tiang itu yang sudah sompek dan separuh hancur jisimnya. rasakan serpih2 yang membungkam dari hayunan tukul pada paku2 itu semua. itu, nak, yang perlu kau sayukan"
------
aku tidak ingat bila aku dapatkan cerita ini dalam email dahulu. mahu empat lima tahun juga. tapi kisah ini benar2 lekat di kepala aku setiap kali aku rasa lemah, goyah dan marah2.
aku sungguh dan betul2 cinta kisah ini.
kerana ia benar, kan? terlalu benar.
fitrah insan yang sentiasa ada jatuhnya, kita seringkali selari dengan bisik iblis.
akui sahaja, seronok, sebenarnya, perasaan marah itu.
adrenalin yang teralir kerana keterujaan seperti kerosin pada api.
"marah ikut sedap"
mestilah. bila marah kita ada alasan untuk jadi binatang. kita ada sempat untuk jadi gila dan menggila. nanti2 bila sudah tukar situasinya, lain cerita. yang penting, bila ada kesempatan, luahkan! jangan jadi hipokrit! tahan dalam buat apa! kita kan jujur! kita betul!
haih...
padahal,
yang kita tak mahu akui;
bila marah, kita hilang dacing untuk menimbang. kita jadi mabuk dengan emosi. kita sakit, maka kita hendak menyakitkan. baru adil. tapi kita lupa. adil untuk kita, ada mungkin tidak untuk dia. kita selalu fikir relevan kita. relevan orang...? letak kat pajak gantung jalan sentosa?
"marah tak ingat dunia"
memanglah. ketika marah, buat apa diingat dunia? sekarang masa kita. masa kita hendak beritahu orang apa yang kita rasa. marah sebab merajuk tak dilayan, layaklah! kenapa tak jaga hati kita elok2? kita patut nak marah! orang apa tau!
haih...
padahal,
yang kita tidak mahu akui;
bila marah, kita cuma ingat kita. apa yang kita hendak cakap. apa yang kita hendak ungkit. apa yang dia buat yang boleh dijadikan modal. apa yang dia kurang yang boleh dijadikan alat untuk membedal.
aku perlu akukan yang aku pernah hidup dengan marah. semua benda tidak kena. semua benda tidak betul. semua perkara sial. semua macam biol.
aku sahaja yang betul.
aku.
aku.
aku.
aku betul;
kerana sebab2 aku selalunya munasabah.
selalunya logikal.
selalunya relevan.
betapa tipikal.
*diam*
kerana itu aku tidak pernah jumpa apa yang aku cari.
aku jumpa dan aku bikin ia lari.
aku jumpa dan aku pula yang lari.
haih...
dulu, aku rasa aku lebih layak untuk sesuatu yang lebih gah dan besar. aku rasa aku seperti ikan emas dalam balang. aku perlu kolam lebih luas, seperti rumah2 ikan kap dan kelisa. aku rasa aku bukan orang biasa2.
lalu aku hilang dalam terang siang.
aku rasa aku tidak dijumpai dan terabai tak dicari.
kemudian aku rasa mati.
kemudian aku terbangun dan aku fikir "aku tak layak mati untuk bangsat2 ini".
kemudian aku hidup dengan benci.
kemudian semua ini seperti roda berulang2 lagi.
setiap hari.
aku tidak bohong bila aku kata hari aku belajar untuk redha dan menerima, aku tiba2 merasa suatu bahagia yang aku tidak pernah rasa.
ya. suami aku itu yang utama.
tapi di samping2nya, redha mendidik aku untuk reti bersyukur dan bersederhana.
berhenti mengharapkan sesuatu yang belum ada tentunya.
dan sesungguhnya tuhan itu yang paling tidak pernah memungkiri janji.
aku jumpa kesempurnaan dan sederhana.
dan sejujurnya, berlebih2 yang aku rasa.
walaupun mengambil masa, aku rasa, aku sudah mampu untuk senyum dan melurut dada sambil mengatakan "aku sudah lupa marah benci itu bagaimana". *senyum* sejujurnya, aku sudah tidak ingat bila kali terakhir aku marah2 siapa2.
mustahil kalau aku tidak pernah marah bermula saat itu. cuma aku sudah lebih bijak untuk mengelak. pandai untuk mengabai. cerdik untuk tidak mengherdik.
aku cuma membebel.
haha.
pada tiga manusia yang menyempurnakan aku:
kekasih.
kawan baiknya.
kekasih kawan baiknya.
pada yang lain;
aku cerita puisi.
:)
hmm..
ramai yang pernah aku sakitkan jiwanya. ramai yang pernah aku singgungkan rasanya.
pada yang aku sedar, sempat aku panjangkan pada mereka ikhlas maaf aku.
pada yang tidak, tampillah, dan akan aku hulurkan juga untuk kamu.
aku cuba bancuhkan debu simen untuk aku tampalkan sepai tiang itu.
berikan aku izinnya.
danpada yang ada hendak menukang tiang aku, tak perlu.
aku sudah ganti bongkahnya.
kita sama2 sifar.
:)
selamat hari raya, kawan2 dan sahabat sembunyi2.
maaf apa sahaja.
aku, seperti engkau,
Insan.