Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam
Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman
Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan
dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari
ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam
Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam
Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam
Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam
Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts
Monday, July 25, 2011
Saturday, February 26, 2011
WASIAT SEBAGAI PEDOMAN..
10 WASIAT IMAM HASSAN
AL BANNA
1.APABILA MENDENGAR AZAN,
MAKA BANGUNLAH SEMBAHYANG SERTA MERTA WALAUBAGAIMANA KEADAAN SEKALIPUN
2.BACALAH AL QURAN
TATAPILAH BUKU-BUKU ILMU, PERGILAH KE MAJLIS ILMU, AMALKANLAH ZIKRULLAH DAN
JANGANLAH MEMBUANG MASA DALAM PERKARA YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT
3.BERUSAHALAH UNTUK BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB KERANA BAHASA ARAB ITU ADALAH SYIAR ISLAM
4.JANGANLAH BERTENGKAR
DALAM APA-APA PERKARA SEKALIPUN KERANA PERTENGKARAN YANG KOSONG TIADA MEMBERI
APA-APA KEBAIKAN
5.JANGANLAH BANYAK KETAWA
KERANA HATI YANG SENTIASA BERHUBUNG DENGAN ALLAH ITU SENTIASA TENANG LAGI
TENTERAM
6.JANGANLAH KUAT BERGURAU
KERANA UMAT YANG SEDANG BERJUANG ITU TIDAK MENGERTI MELAINKAN
BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM SETIAP PERKARA
7.JANGANLAH BERCAKAP LEBIH NYARING DARIPADA KADAR YANG DIKEHENDAKI OLEH PENDENGAR KERANA
PERCAKAPAN YANG NYARING ITU ADALAH SUATU RESMI YANG SIA-SIA MALAH MENYAKITI ORANG
8.JAUHILAH DARIPADA MENGUMPAT
PERIBADI ORANG,MENGENCAM PERTUBUHAN-PERTUBUHAN DAN JANGANLAH BERCAKAP MELAINKAN
APA-APA YANG MEMBERI KEBAJIKAN
9.BERKENAL-KENALLAH
DENGAN SETIAP MUSLIM YANG DITEMUI KERANA ASAS GERAKAN DAKWAH KITA IALAH
BERKENALAN DAN BERKASIH SAYANG.
10.KEWAJIPAN LEBIH
BANYAK DARI MASA YANG ADA PADA KITA. OLEH ITU, GUNAKANLAH MASA DENGAN
SEBAIK BAIKNYA DAN RINGKASKANLAH PERLAKSANAANNYA.
WASSALAM...TARBIYAH DIRI KEHIDUPAN HAKIKI...
p/s Asssalamualaikum..in collaboration dengan apa yang disampaikan oleh penulis,admin mengesyorkan pembaca untuk mengenali Al-Imam AlSyahid Hassan Al-Banna dengan lebih dekat lagi untuk kita mengambil hikmah dari beliau.Mungkin ada yang dah mengenalinya,dan mungkin juga ada yang belum pernah mendengar nama ini.Jadi, selamat meng'GOOGLE' dan selamat ber'Learing Issue'.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)