Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

01 April 2011

Konsep Stadium Piala Dunia Fifa 2022 Di Qatar

Bookmark and Share

Qatar telah berjaya memenangi undian untuk menjadi tuan rumah kepada sukan yang paling berprestij dan terkenal sekali di dunia; Piala Dunai Fifa pada tahun 2022. Berikut adalah beberapa konsep stadium yang akan digunakan untuk perlawanan tersebut. Sangat menarik dan berteknologi tinggi semua stadium ni
Doha Port Stadium in Doha
Doha Port Stadium di Doha (akan dibina)
Al-Gharrafa Stadium in Al-Rayyan
Al-Gharrafa Stadium di Al-Rayyan (siap pada 2003 tapi akan mengalami diubahsuai)
Al-Gharrafa Stadium in Al-Rayyan 2
Al-Gharrafa Stadium di Al-Rayyan 2
Al-Shamal Stadium in Al-Shamal
Al-Shamal Stadium di Al-Shamal (akan dibina)
Al-Khor Stadium in Al-Khor
Al-Khor Stadium di Al-Khor (akan dibina)
Umm Slal Stadium in Umm Slal
Umm Slal Stadium di Umm Slal (akan dibina)
Al-Wakrah Stadium in Al-Wakrah
Al-Wakrah Stadium di Al-Wakrah (akan dibina)
Qatar University Stadium in Doha
Qatar University Stadium di Doha (akan dibina)
Al-Rayyan Stadium in Al-Rayyan
Al-Rayyan Stadium di Al-Rayyan (akan dibina)
Sports City Stadium in Doha
Sports City Stadium di Doha (akan dibina)
Lusail Iconic Stadium in Al-Daayen
Lusail Iconic Stadium in Al-Daayen - Stadium untuk Perlawanan Akhir (akan dibina)
Menakjubkan bukan? Walaupun kebanyakkannya masih lagi belum dibina tetapi kami yakin ia akan berjaya siap menjelang Piala Dunia 2022 kelak. Ini hanyalah sebahagian daripada gambar-gambar stadium. Sila rujuk sumber-sumber kami untuk melihat lebih banyak lagi


10 Mac 2011

Lebih separuh penduduk dunia minum arak

Bookmark and Share

KUALA LUMPUR: Menurut Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 45 peratus daripada lebih enam bilion penduduk dunia tidak mengambil minuman beralkohol!

Laporan badan dunia itu juga menyebut pengambilan alkohol yang berbahaya ini menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.


WHO turut menyatakan kebimbangan amalan yang tidak sihat ini semakin melibatkan generasi muda serta peminum di negara sedang membangun. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 WHO ini dilancarkan pada akhir mesyuarat empat hari di Geneva, Switzerland sebagai inisitaif perlaksanaan Strategi Global Mengurangkan Penggunaan Berbahaya Alkohol. - Bernama


18 Februari 2011

Bintang All Black peluk Islam

Bookmark and Share

Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat. Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.

Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.

Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas.

Bulan Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos – semasa All Black mengambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa terakhir persediaan pasukan bagi menyiapkan diri bertanding dalam Piala Dunia.

Menurut sahabatnya, Williams sering hadir menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Christchurch.

Naib presiden Persekutuan Pertubuhan Islam NZ, Javed Khan, berkata bahawa komuniti Muslim memang sedia maklum tentang hal itu.

“Beliau mengamalkan agama dan beliau telah menjadi contoh yang baik untuk remaja. Kami berdoa supaya beliau akan memenangi Piala Dunia untuk kami. Semua orang bercakap tentangnya. Dalam komuniti Islam, setiap kami mengenali setiap seorang yang lain.”

Kedua-dua pengurus William, Khoder Nasser dan mentornya yang juga bintang liga dan peninju, Anthony Mundine (gambar mereka bertiga), adalah Muslim, begitu juga dengan adiknya Johnny, yang tinggal dengan beliau di Christchurch.

Kawan William, Tairek Smith berkata yang dia selalu bersembahyang bersama William sejak beliau memeluk Islam Sunni dalam satu majlis di masjid Regent’s Park di barat Sydney pada 2008, iaitu masjid yang juga dihadiri oleh Hazem El Masri (gambar), bekas rakan sepasukannya dalam Kelab Canterbury Bulldogs.

Pengurus All Black, Darren Shand (gambar) berkata kepercayaan agama bintang tersebut mempunyai kesan yang “minima” kepada pasukan.

Katanya: “Beliau telah memberitahu kami tentang keperluan dietnya dan kami memang telah beri kelonggaran. Kami sediakan daging halal dan lain-lain dan beliau tidak memperbesar-besarkan isu itu.

“Kami tidak membawa agama dan benda yang berkaitan dalam sukan ini. Itu adalah kehidupan peribadi mereka dan mereka yang menentukannya.”

Bila ditanya jika amalannya itu bercanggah dengan falsafah All Blacks yang menggalakkan pemain-pemain supaya berfikiran bebas dan berdikari, Shand berkata Williams adalah seorang yang jenis “menyerap” informasi.

“Itulah sebabnya beliau berjaya dalam semua sukan yang diceburi. Beliau hanya tandakan semua kotak. Dia ingin menjadi yang terbaik.”

Sejak memeluk Islam, Williams berusaha untuk tidak mengulangi insiden-insiden memalukan yang berkaitan dengan alkohol.

Beliau sekarang ini sedang menjalani latihan bersama kelab Crusaders bagi menghadapi kempen Super Rugby dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut.


06 Februari 2011

Paris Hilton tidak peluk Islam

Bookmark and Share

Berita gempar yang menyatakan Paris Hilton sudah memeluk, mendakap dan merangkul ugama Islam semalam adalah palsu.

Gambar palsu Paris Hilton. Gambar ternyata diedit menggunakan softwer komputer.

Puteri Sextape US dan wanita yang pernah diundi sebagai selebriti paling jelek ini dilaporkan kononnya telah menukar ugama kerana inginkan anjakan paradigma di dalam hidupnya

Sama seperti berita kononnya Facebook akan ditutup sebelum ini yang tersebar di Internet, kini berita yang disebarkan lebih menggemparkan.

Berita Paris Hilton masuk Islam adalah sebenarnya direka-reka dan dilaporkan pada akhbar parodi online The Daily Squib



Akhbar tersebut kerap menyebarkan berita-berita palsu sebelum ini.

Bebarapa blogger telah terus mempercayai dan menyebarkannya melalui blog dan twitter untuk terus membebalkan masyarakat tanpa menyelidiki fakta sebenar.

"Kita hairan kerana masih ada umat islam terutama di kalangan bangsa Melayu kita yang terpengaruh dengan hoax sedemikian," jelas seorang jurutera yang enggan namanya disiarkan.


For those thousands of you who are somehow finding your way to this blog to establish if Paris Hilton has reverted to Islam I can assure or perhaps reassure you she has not.

The rumour online appears to have spread rapidly and as Churchill mentioned a lie travels around the world before the truth gets it's pants on which was said before the Internet.

However, she did appear to enjoy her time in Egypt before the revolution.
 -londonmuslims
greenboc


05 Februari 2011

Al- Qaradhawi: Peserta demonstrasi mati syahid!

Bookmark and Share



Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.
Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.
Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.
Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.
Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.
Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.
Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.
Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.
Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber : onislam.net & iumsonline.net.


26 November 2010

Nenek mohon hidayah untuk Obama

Bookmark and Share

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama.

Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arah Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang kristian yang "komited."-Malaysiakini


25 November 2010

Remaja lelaki dirogol 4 wanita

Bookmark and Share




PAPUA - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.

"Lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya.

"Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga," katanya.

Tei memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut. - Kosmo


Bintang porno Jepun, Maria Ozawa atau Miyabi senyap-senyak ke Jakarta

Bookmark and Share


JAKARTA - Penerbit syarikat Maxima Pictures, Ody Mulya Hidayat merahsiakan kedatangan bintang porno Jepun, Maria Ozawa (gambar) yang popular dengan gelaran Miyabi ke Indonesia bagi menjalani penggambaran filem Hantu Tanah Kusir di Jakarta dan Puncak, Bogor, Jawa Barat selama 16 hari, lapor akhbar Kompas semalam.

"Saya merahsiakan kehadiran Miyabi kerana mahukan penggambaran berjalan dengan aman, bukan kerana takutkan kontroversi," kata Ody ketika ditemui selepas tayangan media filem Hantu Tanah Kusirdi sini semalam.

"Kami juga tidak mahu Miyabi diganggu," tambahnya.

Walaupun dirahsiakan, kehadiran Miyabi akhirnya dapat juga dihidu oleh para peminatnya.

"Dia (Miyabi) telah berpindah hotel sebanyak empat kali kerana diganggu oleh peminat-peminatnya yang mengetuk pintu kamarnya pada malam hari kerana mahu meminta autograf dan bergambar. Ini tidak sepatutnya berlaku," jelas Ody.

Beliau tetap optimis bahawa Hantu Tanah Kusir yang menampilkan Miyabi akan mendapat sambutan masyarakat.

"Itu strategi kami. Penonton Indonesia akan datang menonton film ini kerana Miyabi masih popular di Indonesia," katanya. - Kosmo


20 November 2010

2,000 Janin di Kuil Buddha di Thailand

Bookmark and Share



BANGKOK - Polis Thailand semalam menemui lebih 2,000 janin dalam bungkusan plastik yang digugurkan secara haram di sebuah rumah mayat di sebuah kuil Buddha di Phya Krai, Bangkok.

Dua orang penjaga kuil mengaku menyembunyikan janin-janin itu di dalam tiga tempat simpanan yang berasingan. Kedua-dua penjaga itu mendedahkan, satu rangkaian klinik pengguguran telah mengupah mereka untuk menyimpan janin tersebut.

Namun, mereka tidak mengetahui bilangan janin yang telah disimpan di dalam rumah mayat tersebut.

"Di dalam sebuah bilik, kami telah menemui janin-janin. Kami kini membuka bilik yang seterusnya," kata Komander Polis Metropolitan Bangkok, Kolonel Sombat Milintajinda.

Sebahagian janin itu telah disimpan selama lebih setahun.

Penemuan itu menggemparkan Thailand, sekali gus menunjukkan situasi pengguguran bayi secara haram di negara berkenaan.

Kementerian Kesihatan menganggarkan daripada satu juta kehamilan, 80,000 bayi digugurkan secara haram.

Ketua penyiasat dari balai polis Phya Krai berkata, setakat ini seorang wanita berusia 33 tahun telah ditahan dan dia mengaku melakukan pengguguran secara haram.

Jenayah itu terbongkar apabila bilangan janin didapati meningkat semasa kerja-kerja pengubahsuaian kuil sedang dijalankan. - AFP


13 November 2010

Video : Akhirnya Aung San Suu Kyi bebas

Bookmark and Share

Democracy icon Aung San Suu Kyi walks free after 15 years of house arrest






Akhirnya Aung San Suu Kyi dibebaskan bila penghadang yang dibina kerajaan junta tentera Burma di depan pintu pagar rumahnya dialihkan jam 5 petang (1030 GMT)

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan ni telah ditahan 15 tahun sejak 21 tahun lepas. Beratus penyokong berhimpun di depan rumahnya menyambut berita gembira tu.

Sejak Sabtu lagi, para penyokongnya menunggu berita terkini berkenaan penbebasan Suu Kyi dan nasib partinya yang diharamkan parti National League for Democracy (NLD). 

Suu Kyi kemudiannya berdiri di atas pentas berhampiran pintu pagar sambil para penyokongnya yang berhimpun bersorak dan menyanyikan lagu kebangsaan. Aung San Suu Kyi kemudiannya bagi ucapan ringkas sebelum masuk semula ke dalam rumah. 

"There is a time to be quiet and a time to talk. People must work in unison. Only then can we achieve our goal," she told the crowd.



Senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2010

Bookmark and Share



KUALA LUMPUR 13 NOV : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.

Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga  diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre, anda boleh dapatkanya di url bawah


09 November 2010

Video: Gambaran Gunung Merapi di Jawa secara dekat

Bookmark and Share






Berita Berkaitan

Pelajar Malaysia berpindah elak letusan Gunung Merapi


KUALA LUMPUR: Tiga puluh empat daripada 400 pelajar Malaysia yang berada di Secang, Mangelang, Indonesia iaitu kira-kira 40 kilometer daripada lokasi Gunung Merapi, yang dikatakan akan meletus bila-bila masa sudah dipindahkan ke Wisma Kem Tentera di Solo, petang semalam. 

Timbalan Pengerusi Tetap Pusat Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, Dr Mohd Nazaruddin Mat Nazir, berkata semua mereka terbabit pelajar institut agama dan pemindahan dibuat selepas pihaknya dimaklumkan institut mereka ditutup semen-tara waktu berikutan kebimbangan gunung berapi itu akan meletup.
“Pemindahan pelajar Malaysia dilakukan berikutan peningkatan status amaran oleh pihak berkuasa Indonesia ke tahap awas, iaitu status amaran tertinggi yang menghendaki penduduk di sekitar kaki gunung berapi paling aktif di dunia itu, berpindah ke kawasan selamat.
“Sehingga jam 3 petang hari ini (semalam), kita sudah memindahkan 34 pelajar institut agama, manakala pelajar Malaysia lain di Jogyakarta diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan menunggu maklum balas daripada pihak universiti sebelum dipindah,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Mohd Nazaruddin berkata, buat masa ini proses pembelajaran di universiti itu berjalan seperti biasa dan sekiranya pengurusannya mengeluarkan arahan penutupan, pihaknya akan memindahkan semua pelajar ke tiga lokasi yang disediakan di Solo. 

Pakar gunung berapi menjangka letusan Gunung Merapi kali ini akan lebih besar daripada yang terakhir berlaku pada 2006. 

Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta menjangkakan asap dan debu daripada letusan gunung berapi itu akan bergerak ke arah selatan di mana ia berada di luar kawasan penempatan pelajar Malaysia. 
Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bencana itu dianggar 40,000 orang, membabitkan daerah Sleman, Klaten, Magelang dan Boyolali (Jawa Tengah).


Video: Gambaran kemusnahan akibat Gunung Merapi di Jawa

Bookmark and Share



Video permandangan kemusnahan akibat gunung berapi di Jawa Indonesia




Berita Berkaitan

Gunung Merapi hambur awan panas satu kilometer


DEBU Gunung Merapi memenuhi kedai-kedai dan jalan di Pekan Muntilan.
GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi masih mengeluarkan bunyi gemuruh semalam manakala awan, gas dan serpihan dihamburkan setinggi satu kilometer ke udara.

"Berdasarkan apa yang kita lihat sekarang, ia akan meletus sekali lagi pada bila-bila masa," kata seorang ahli vulkanologi Indonesia, Surono.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan menyatakan, jumlah keseluruhan kematian akibat letusan itu meningkat dari 138 orang kepada 141 orang semalam.

Peningkatan itu ekoran pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat di kawasan pergunungan.

Pemerintah Indonesia turut meletakkan bandar Yogyakarta dalam keadaan berjaga-jaga ekoran letusan yang masih belum berhenti.

Lapangan terbang di bandar itu masih ditutup semalam dan debu tebal berterbangan di udara menyebabkan penduduk sukar bernafas.

Bagaimanapun, tidak ada arahan daripada pemerintah supaya penduduk meninggalkan bandar Yogyakarta.

Beberapa kampung kecil kelihatan seperti tidak berpenghuni dengan pintu dan tingkap rumah ditutup.

Namun, terdapat pakaian yang dibiarkan di penyidai.

"Apakah pilihan yang kami ada?'' soal seorang penduduk Sukirno, 37, yang menunggang motosikal bersama isteri dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan tahun.

Menurutnya, dia akan menetap dengan saudara-maranya yang tinggal jauh dari gunung itu kerana bimbang debu tersebut akan menjejaskan kesihatan keluarganya.

Beberapa pakar menyatakan, ancaman terbesar di bandar itu ialah Sungai Code yang mengalir ke tengah bandar tersebut dari Gunung Merapi.

Sungai itu mungkin membawa lumpur berapi yang mengalir ke sungai apabila hujan sekali gus memusnahkan apa saja benda di laluannya.

Endapan gunung berapi telah memenuhi sebuah kawasan kediaman di tebing sungai.

Hampir 280,000 orang kebanyakannya yang tinggal di cerun gunung telah mendapatkan perlindungan di pusat-pusat kecemasan. Kebanyakan penghuni pusat kecemasan itu mengadu tiada tandas dan bekalan air bersih tidak mencukupi.

Gunung Merapi itu meletus pada 26 Oktober lalu dan ia masih belum berhenti.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan penghantaran satu briged tentera untuk membantu kerja-kerja bantuan dan pembangunan semula di tengah Jawa.

Pengumuman itu dilakukan selepas Indonesia turut dilanda tsunami pada 25 Oktober lalu ekoran gempa bumi dalam laut sekuat 7.7 pada skala Richter sehingga mengakibatkan 428 orang terbunuh manakala 15,000 lagi hilang tempat tinggal. - Kosmo


Penjaga kunci ka'bah wafat

Bookmark and Share

Video, pemandangan dalam Ka'bah





Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi Penjaga Kunci Ka’bah Wafat Pada Usia 82 Tahun

Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi (sebelah kiri)
Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi, penjaga kunci Ka’bah telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi kemarin (7/11) dalam usia 82 tahun. Tubuhnya dimakamkan di pemakaman Maalla setelah dishalat jenazahkan di Masjidil Haram.

Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi penjaga kunci Ka’bah sejak zaman Jahiliyah (masa pra-Islam). Jabatan ini diwariskan oleh anggota tertua dari keluarga dan tidak diberikan dari ayah ke anak. Umur merupakan landasan untuk mendapatkan warisan sebagai penjaga kunci Ka’bah.

Semua penguasa Muslim menghormati keluarga Al-Syaibi yang menjadi penjaga Ka’bah Suci dan kuncinya. Keluarga penjaga saat ini terhubung dengan Utsman bin Syaiba Abithalha yang hidup pada masa Nabi Muhammad (saw).

Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi sejak masa Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Nabi Muhammad (saw). Raja Faisal memberikan kunci Ka’bah kepada Syaikh Amin, saudara Abdulaziz Al-Syaibi. Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi telah menjaga kunci Ka’bah selama 16 tahun terakhir. Sedangkan keluarga Al-Syaibi telah melayani sebagai penjaga Ka’bah suci selama 15 abad terakhir. Ada 370 anggota keluarga Al-Syaibi dan sebagian besar dari mereka tinggal di Mekkah.

Ka’bah dibersihkan dua kali dalam setahun, sekali dalam pertengahan bulan Sya’ban dan yang kedua di tengah bulan Dzul Qaadah menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar dan parfum dengan Oud.

Menurut Abdulaziz, Ka’bah tetap terbuka tiga kali dalam sebulan bagi masyarakat untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Tetapi ketika jumlah orang yang ingin memasuki bangunan suci tersebut meningkat, Ka’bah kembali ditutup.

Kunci Ka’bah tidak berubah dengan perubahan pintu. Selama masa Raja Khalid, pintu telah diubah tetapi kuncinya tetap tidak berubah. Pintu Ka’bah selebar 2,40 meter dan tinggi 1,70 meter.Pintu ini terbuat dari emas murni.- eramuslim


27 Oktober 2010

Mbah Maridjan :Penjaga Kunci Gunung mati dalam keadaan sujud

Bookmark and Share




gambar Mbah Maridjan yang di gelar Penjaga Kunci Gunung Merapi ketika berada dirumahnya di Dusun Kinah Rejo Desa Umbul Harjo Kecamatan Cangkringan Sleman Yogyakarta



YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud.

Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.

Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.

Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.

Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.

Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. - Utusan


Mbah Maridjan dirakam sedang membersihkan pusara ayahnya




20 Oktober 2010

Bunuh 2 anak guna pedang samurai

Bookmark and Share


FAIRFIELD (California): Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai.

Penyiasat yang mendedahkan butir pembunuhan dan cubaan membunuh diri itu berkata, Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.

Anggota bomba menemui mayat kedua-dua mangsa, Lily dan Tory selepas menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah pangsa tempat keluarga itu menginap.

Wanita berusia 28 tahun itu ditemui berhampiran mayat kedua-dua kembar itu dengan kesan luka pada lehernya.

Dia akan menghadapi tuduhan membunuh apabila keluar dari hospital.

Menurut penyiasat, kepala seorang kanak-kanak itu hampir putus sementara seorang lagi mempunyai beberapa kesan tikaman di perut.

Monica kemudian membakar rumah pangsa yang didiaminya dan menempatkan mayat itu di di pintu masuk sebelum cuba membunuh diri.

Beberapa jiran cuba memasuki rumah berkenaan selepas melihat asap keluar dari pintu depan dan penggera amaran asap berbunyi.

Seorang daripada mereka, Andre Douglas berjaya memasuki rumah di tingkat tiga itu menerusi tingkap dan melihat senjata yang digunakan untuk membunuh itu dilantai.


Polis belum dapat memastikan motif pembunuhan itu dan kini berusaha menjejaki bapa kanak-kanak kembar berkenaan, Michael Ball, 38.

Laporan polis menunjukkan Monica pernah ditangkap sebelum ini kerana kesalahan dadah.

Dia juga pernah ditangkap kerana satu kes keganasan rumah tangga di San Diego.

Satu laporan mendakwa wanita itu menelefon tunangnya ketika penggera amaran berbunyi.

Tunangnya dikatakan menelefon ibunya dan memberitahu Monica sudah ‘hilang akal.’ Jurucakap polis, berkata, 


10 Oktober 2010

kedudukan emas terkini Sukan Komanwel

Bookmark and Share





Berita lain

New Delhi, semalam.Suryani, Ayuni kumpul 793 mata untuk pingat emas keenam kontinjen negara


PINGAT emas keenam negara - sesuatu yang tidak dijangkakan - menyusul daripada acara menembak menerusi gandingan Nur Suryani Mohd Taibi dan Nur Ayuni Halim semalam buat mendekatkan sasaran kontinjen negara dengan sasaran 10 emas pada edisi Sukan Komanwel XIX, kali ini.
Dua gadis itu tidak terbayang kejayaan bakal dilakar dalam acara 10 meter air rifle berpasangan ketika terus ‘bersembunyi’ dalam bilik persalinan sejurus selepas menamatkan acara mereka di Lapang Sasar Dr Kami Singh.
“Saya dan Ayu masuk bilik dan tukar baju. Kami tidak mahu keluar kerana perasaan kami penuh gementar memikirkan apakah kesudahan cabaran kami ketika hanya berfikir boleh menang perak saja,” kata Suryani.

“Apabila kami keluar, pegawai pasukan menjerit-jerit ke arah kami - “Kamu menang emas, kamu menang emas. Saya dan Ayu seperti tidak percaya dan memeluk sesama sendiri. Ini adalah pencapaian terbaik kami berdua sepanjang kerjaya menembak.” 

Suryani melakukan bidikan yang memberi 398 mata manakala Ayuni - yang kurang sihat kerana sakit perut semalam - melakukan 395 bagi jumlah terkumpul 793 mata untuk menewaskan pasangan Singapura, Jasmine Ser Xiang Wei-Cheng Jian Huan dengan kelebihan tiga mata. Gangsa menjadi milik Shihur Suma Siddharth-Kavitha Yadav dari India, 785.

Ia adalah emas pertama daripada skuad menembak di New Delhi sejak kejayaan Nurul Huda Baharin pada edisi 1998 di Kuala Lumpur. 
Ayuni, 20, dari Kuantan yang membuat kemunculan pertama di temasya ini, mendedikasikan pingat kejuaraan ini kepada arwah neneknya, Zaharah Yusof yang meninggal dunia tahun lalu.

“Nenek kata nak tengok aksi saya di televisyen dan minta saya berlatih baik-baik dan menang. Saya sedih dia sudah tiada lagi melihat kejayaan cucunya,” katanya yang bertekad memburu satu lagi pingat dalam acara individu, hari ini.

Suryani, 26, dari Ipoh yang melakukan catatan peribadi terbaik, menyuarakan rasa gembira selepas berjaya memperbaiki pencapaian dua gangsa di Melbourne 2006 dan seperti Ayuni, mahu memburu satu lagi kejayaan dalam acara individu, hari ini.

“Perasaan takut seperti sudah hilang kerana emas ini memberi keyakinan baru,” katanya yang berterima kasih kepada sokongan keluarga, khususnya, ayahnya Mohd Taibi yang menjadi pendorong kejayaannya. 








07 Oktober 2010

3 wanita rogol lelaki bergilir -gilir

Bookmark and Share



HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.

Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP