Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Pada 7 Jun 2010 kami telah di tawarkan oleh pihak LPP melalui PPK Klang untuk menghadirkan diri ke kursus anjuran LPP di MJ Fatonah Sdn Bhd bertempat di Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, Selangor. Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari dari 7 Jun hingga 10 Jun 2010, seramai 30 orang peserta kursus dari Zon Tengah iaitu Perak, Selangor dan Negeri Sembilan telah menghadirkan diri.
Kami disini bukan sahaja didedahkan kepada kaedah penternakan kambing malah kaedah penternakan lembu turut diajar kepada kami. Bagi pendapat saya, kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang penternakan mereka boleh berkursus di MJ Fatonah kerana bukan sahaja penternakan lembu dan kambing malah terdapat juga penternakan ayam kampung, itik telur dan itik pedaging di sini.
Peserta kursus yang begitu tekun mendengar kuliah oleh anggota MJ Fatonah. Bilik kuliah ini mampu menampung 30 peserta kursus sekaligus.
Encik Jamil menunjuk ajar kepada peserta kursus cara rawatan kambing sebelum peserta melakukan amali di kandang beliau.
Pelepah sawit sebagai makanan tambahan yang diambil dari estet berdekatan. Sebanyak 200 pelepah sehari diperlukan untuk makanan ternakan kambing dan lembu.
Peserta memberi makan silaj kepada ternakan lembu MJ Fatonah.
Menyembur EM pada makanan.
Pembersihan tinja lembu oleh peserta kursus.
Pembersihan kandang oleh peserta kursus.
Cara-cara membuat konsentrat juga di ajar kepada peserta kursus.
Penanaman napier oleh peserta kursus.
Encik Jamil menunjuk ajar cara-cara membuat silaj kepada peserta kursus.
Encik Jamil juga mengajar cara sembelihan dan melapah daging kambing.
Peserta kursus juga di ajar cara pembuatan baja organik.
No comments:
Post a Comment