Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, March 28, 2010

Cuti Bersalin

Assalamualaikum,

Dah hampir 11 hari selepas melahirkan puteri Auni. Masih lagi kat rumah mak ayah Melaka. Rasa nya hujung minggu ni nk balik rumah sendiri. Lebih senang berada kat rumah sendiri. Lagipun rindu gak pada anak2 yg 2 org tu. Apa lah yg diaorg buat..Mcm biasa rutin harian bermula waktu pagi. Mandikan Auni... (sejak balik hospital mmg aku yg mandikan). Org lain mcm tak biasa je nak pegang bb kecik. Pakaikan bj...Pastu nyusukan sampai Auni kenyang..and she will be sleeping until noon. Anak dara saya tuh...iskh...Nak bangun kan dia kena pegang hidung, gosok kaki..untuk dia bgun n nyusu lagi. Masa dlm pantang mmg kena rajin nyusukan badan utk elak kunin. BB Auni masa dlm wad ada gak kena ambik darah, alhamdulillah bacaan dia normal, semalam je kena duduk bawah lampu. Istimewanya disebabkan tmpat nursery terlalu penuh so nurse pinjam alatan lampu tu dan Auni kena tido bwh lampu tapi dlm wad yg satu tmpat ngan ku. Sejak lahir mmg tak pernah berengang ngan ibunya. Risau gak kalau dia kena thn tempat lain, satu hal lak utk jengok dia. Ibu nye dah le kena caesar, nk jalan jauh lum boleh lagi.
Ni yg terkini disebabkan kegigihan nyusu badan...nampak dah saiz dia makin bertambah. Pegang pun dah agak sarat. Heheheh....syukur..dah anak ketiga ni baru pandai nk pegang dan nyusukan bb samapai dia kenyang. Ada perubahan ...alhamdulillah. Aku sangat berharap..dapat teruskan BF Auni sampai dia 2 thn ke. Banyak faedah dan khasiat terutama kepada anak kita. Aku lum lagi memulakan proses pantang seperti ngurut ke, mkn jamu ke, mandi lulur ke....semua tu aku tangguhkan dulu...nk susukan Auni betul2. Kalau dah makan jamu ke..takut lak dia tak tahan ubat jamu tu. Tapi aku pakai gak tummy trim (bengkung yg dipakai utk kempiskan perut) tu je la.. lagi aku sapu losyen Mustajab...losyen halia utk kempiskan perut ngan peha. Lepas pakai losyen tu rasa angin kat perut kurang sikit. Masa nyusukan bb, kadang rasa lapar je. Sbb tu aku kena makan kerap tapi jumlah yg sikit. insya Allah...aku teruskan BF ni utk kebaikan baby. Semoga hasrat aku akan kesampaian. Insya Allah.

No comments: