Tewas 2-1 di Stadium Bung Karno tidak menghalang Malaysia untuk menjadi Juara Piala AFF dengan agregat 4-1.
Rajagopal berjaya mengangkat kembali Malaysia menjadi pasukan yang digeruni di Asia terdahulu menbawa pingat emas di Sukan Asia.
Malaysia berbangga dengan keupayaan pemain-pemain muda untuk menjulang Piala AFF. Tahniah Rajagopal kerana berjaya menggilap pemain ini menjadi harimau yang digeruni.
Best Ever, Tolong Klik Sini!
Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Wednesday, December 29, 2010
Thursday, August 26, 2010
Deminstrasi Desak Duta Besar Malaysia Keluar Indonesia
Duta besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan didesak supaya meninggalkan negara itu oleh sekumpulan peserta demonstrasi di Indonesia hari ini.
Duta besar diberi tempoh selama tiga hari untuk meninggalkan negara itu oleh para peserta demonstrasi berkenaan, lapor laman web akhbarTempo.
Demonstrasi di depan pejabat kedutaan Malaysia di Kuningan, Jakarta hari ini antara lainnya disertai Forum Kebangsaan Indonesia dan Gerakan Pemuda Forum Betawi Rempug.
Tiga persatuan mahasiswa - Perhimpunan Mahasiswa Katolik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia, dan Liga Mahasiswa Nasional turut menyertai perhimpunan itu, lapor laman itu lagi.
Laman tersebut memetik beberapa orang pemimpin NGO yang berucap dalam demonstrasi berkenaan mengenai "harga diri bangsa Indonesia yang telah direndahkan oleh Malaysia."
Peserta demonstrasi itu juga bertindak membakar satu bendera Malaysia "sebagai simbol perlawanan," dan turut membaling buluh ke arah anggota keselamatan.
Dalam pada itu, kumpulan berkenaan berjumlah "beratus-ratus orang" itu juga cuba memasuki pejabat kedutaan namun dihalang oleh "puluhan" anggota keselamatan dilengkapi meriam air, lapor laman berita internet Detikcom.
Demonstrasi hari ini merupakan tindakan kelima seumpamanya yang dilancarkan NGO negara tersebut sejak minggu ini, berikutan satu insiden melibatkan bahagian penguatkuasa marin Malaysia dan Indonesia.
Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula bertindak menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu.
Kesemua tahanan tersebut bagaimanapun dibebaskan oleh kedua-dua negara pada 17 Ogos lalu.
Berang dengan kejadian itu, sebuah NGO dikenali dengan nama Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) bertindak mengadakan satu demonstrasi pada Isnin lalu di depan kedutaan Malaysia dan mendakwa negara ini telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden tersebut.
BENDERA turut mengancam untuk mengancam untuk mengusir rakyat Malaysia dalam operasi dinamakam "Sweeping Rakyat Malaysia" - dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.
![]() |
Demonstrasi di depan pejabat kedutaan Malaysia di Kuningan, Jakarta hari ini antara lainnya disertai Forum Kebangsaan Indonesia dan Gerakan Pemuda Forum Betawi Rempug.
Tiga persatuan mahasiswa - Perhimpunan Mahasiswa Katolik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia, dan Liga Mahasiswa Nasional turut menyertai perhimpunan itu, lapor laman itu lagi.
Laman tersebut memetik beberapa orang pemimpin NGO yang berucap dalam demonstrasi berkenaan mengenai "harga diri bangsa Indonesia yang telah direndahkan oleh Malaysia."
Peserta demonstrasi itu juga bertindak membakar satu bendera Malaysia "sebagai simbol perlawanan," dan turut membaling buluh ke arah anggota keselamatan.
![]() |
Demonstrasi hari ini merupakan tindakan kelima seumpamanya yang dilancarkan NGO negara tersebut sejak minggu ini, berikutan satu insiden melibatkan bahagian penguatkuasa marin Malaysia dan Indonesia.
Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula bertindak menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu.
Kesemua tahanan tersebut bagaimanapun dibebaskan oleh kedua-dua negara pada 17 Ogos lalu.
![]() |
BENDERA turut mengancam untuk mengancam untuk mengusir rakyat Malaysia dalam operasi dinamakam "Sweeping Rakyat Malaysia" - dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.
Wednesday, June 16, 2010
Amaran Tsunami: Gempa Kuat 7.1 Richter di Irian Jaya, Indonesia

JAKARTA: Gempa kuat berukuran 7.1 skala Richter melanda Irian Yaya, wilayah timur Indonesia dengan amaran tsunami dikeluarkan Jabatan Geofizik Indonesia sebentar tadi.
Gempa berlaku jam 12.16 tengah hari waktu tempatan (0316 GMT) di 123 kilometer di tenggara Pulau Biak, di Selatan Papua.Sementara itu, di di Manokwari, kira-kira 300 kilometer di pusat gegaran di tenggara Indonesia, keadaan panik tercetus dengan penduduk meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri apabila amaran tsunami bersifat setempat dikeluarkan.
Penduduk mendakwa mereka lari ke tempat lapang selepas bangunan dan rumah bergegar.
“Gegaran kuat dapat dirasai sehingga 40 saat. Penduduk lari meninggalkan rumah dan bangunan," kata seorang wartawan di bandar itu.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan teruk di kawasan pusat gegaran gempa. - AFP

Thursday, April 15, 2010
Rakyat Malaysia Kahwin Wanita Indonesia Setiap Hari

"Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.
Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail. Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.
Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka. Ismail berkata pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.
"Ramai calon isteri mereka merupakan janda yang sudah beranak dan wanita-wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya. Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sumatera atas permintaan pengantin perempuan untuk restu daripada wali, dan selepas berkahwin, isteri mereka dibawa pulang ke Malaysia.
Mengikut Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun. Selepas lima tahun, isteri berkenaan layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak-anak pasangan itu automatik menjadi warga negara Malaysia.
Apa yang menyedihkan, kata Ismail, ialah ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia mereka untuk menikahi isteri warga negara asing. "Ada juga lelaki Malaysia berkahwin kali kedua kerana telah kematian isteri pertama," katanya. Perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan wanita Indonesia di Sumatera sangat kurang. Sebagai contoh, pada Mac, hanya ada dua pasangan bukan Islam berkahwin.
Bagi bukan Islam, mereka perlu mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkahwin di luar negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)