Cari Tajuk Yang Di Cari

Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Haram. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2014

Tak perlu kaji, putuskan dagangan dengan Israel


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menghentikan segera hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Kerajaan tidak perlu melakukan sebarang kajian lagi, apa yang perlu dilakukan adalah hentikan segera hubungan dagang.

"Ini satu langkah untuk kita memberi tekanan kepada negara yang zalim itu, selagi kita memberi sumbangan melalui ekonomi Israel akan terus kuat untuk membunuh rakyat Palestin," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, sikap berlengah-lengah kerajaan dalam membuat keputusan akan mengakibatkan lebih ramai rakyat yang tidak berdosa akan terkorban.

"Kita tidak perlu menjadi penyumbang kepada kematian penduduk Gaza, walaupun kita akui kita tidak terlibat tetapi dengan hubungan dagang ini secara tidak langsung penyumbang kepada keperluan ketenteraan mereka.

"Semakin lama masa diambil, semakin banyak nyawa yang terkorban. Kita gesa hentikan segera dan tiada lagi masa untuk kita duduk berbincang," sambung beliau lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara zionis itu dan akan memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan  dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.

HARAKAHDAILY 3/8/2014

Jumaat, 6 Jun 2014

Mahkamah kekal bebas 21 individu [ BERSIH ]

 

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan 21 individu yang didakwa terbabit dalam perhimpunan haram pada ulang tahun pertama BERSIH.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memutuskan perkara itu dalam kamar semalam selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.
  
Pada 18 September 2012, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan 21 individu berkenaan daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram serta tidak
mematuhi perintah pegawai polis.
  
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua individu berkenaan dan polis gagal menunjukkan peranan peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin bagi menyokong BERSIH pada 2008.
  
Antara yang didakwa ialah Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu serta peguam S. Ashok Kandiah.


Malaysiakini

Khamis, 5 Jun 2014

Selepas kekang dengan akta, Najib beri tekanan dengan saman media

KUALA LUMPUR 4 Jun : Selepas mengekang media dengan pelbagai akta yang zalim, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini memfaikan saman terhadap portal berita Malaysiakini berhubung artikel berkenaan krisis di Umno Terengganu baru-baru ini.

DSC_01753Tindakan saman ini disifatkan sebagai cubaan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pengamal media di negara ini.

Jurucakap Gerakan Media Marah (Geramm), Fazallah Pit ketika dihubungi mendakwa Najib sengaja menggunakan isu teknikal bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.
“Najib menggunakan isu teknikal untuk ambil tindakan terhadap Malaysiakini.
“Tindakan ini ialah satu bentuk tekanan kepada media,” tegasnya.

Malah Fazallah turut mempersoal mengapa Najib tidak menggunakan ruang yang diberi portal berita tersebut untuk membuat penafian terhadap artikel yang disiarkan.

“Kenapa beliau tidak menggunakan ruang yang disediakan oleh Malaysiakini untuk memberi penjelasan berhubung isu yang disiarkan itu?” soalnya.

Tindakkan saman tersebut difaikan di Mahkamah Tinggi pada 30 Mei lalu oleh Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno.

Ia dibuat ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini.

Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun depan.

kd

Khamis, 22 Mei 2014

Tarif elektrik dijangka naik 39 peratus

KUALA LUMPUR 21 MEI: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meramalkan tarif elektrik akan naik lagi antara 24 hingga 39 peratus dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang.

Perkara itu akan berlaku apabila harga gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik akan berdasarkan harga pasaran pada 2016, kata preseden AWER S Piarapakaran.

Piarapakaran berkata, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan pada 2013 bahawa Peraturan Berdasarkan Peraturan (IBR) akan dicuba bermula 1 Januari tahun ini dan mekanisme baru pemotongan kos bahan api akan dilaksanaKAN.

“Kerajaan persekutuan juga mahu menaikkan has gas untuk penjanaan elektrik secara berkala untuk mencapai harga pasaran pada hujung 2015.

“Ini bermaksud, tarif elektrik akan disemak semula setiap enam bulan, jika kerajaan mengikut jadual yang dirancang,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Justeru, berdasarkan kiraan AWER mengambil kira dua senario itu, kenaikan kos elektrik tidak dapat dielakkan.

KeadilanDaily

Isnin, 5 Mei 2014

Terkini dari Mufti Pahang : Haram Hukumnya guling kerajaan

 

  Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata Islam melarang sebarang usaha menggulingkan dan memburukkan kerajaan secara terbuka.

Beliau sekali gus menasihati rakyat harus taat kepada pemerintah melainkan kerajaan mengalakkan aktiviti-aktiviti maksiat.

Katanya, hukumnya haram mengguling serta memburukkan kerajaan sebegitu, lapor Berita Harian.

Abdul Rahman menegaskan kenyataan itu berdasarkan ijmak ulama, termasuklah ulama berpengaruh Mohammad Abdullah yang membuat keputusan berdasarkan lebih 100 hadis diriwayatkan Imam Nawawi, Imam Muslim dan Al-Bukhari.

“Harus diingatkan Islam menggalakkan supaya segala masalah atau perkara berbangkit diselesaikan secara baik antaranya menerusi perbincangan, bukannya memburuk-burukkan kerajaan.

“Ini bukan saya kata, kalau tidak percaya mereka boleh berhujah dengan ulama yang membuat ketetapan itu.

“Mungkin akan ada pihak akan cakap mufti di Malaysia ini hendak cari makan bila buat kenyataan macam ini,” katanya. 


mk 

Admin : Foto Khas Untuk Pak Mufti Pahang Yang sayang sangat dengan Kerajaan Najib.


                                                     Najib jual aset Negara..

                                           Bini najib cuba tengok akhlaknya..


Anak Najib Mari tengok buka mata luas2 akhlaknya macam mana...

Khamis, 24 April 2014

BN lulus RM50 juta dana berasingan pada NSERC... Terbongkar!!!!!

surat 

Sebelum ini, saya telah sertakan perutusan surat-menyurat di antara sebuah syarikat iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd (NSERC) dan Dato’ Ser Najib Tun Razak yang meminitkan pertimbangan agar NSERC diberikan dana sebanyak RM100 juta untuk membiayai projek komersilnya.

Mengikut rekod NSERC sendiri, di dalam satu surat kepada Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 27 Januari 2014, selain dari dana awam berjumlah RM100 juta di bawah geran R&D yang dikelolakan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), syarikat yang sama juga telah dianugerahkan satu lagi dana berasingan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air). Salinan surat dari NSERC kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengenai perkara ini ada dilampirkan bersama.

Ini bermakna, sebuah syarikat swasta iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd telah berjaya mendapat peruntukan dana awam sebanyak RM150 juta dari dua kementerian berbeza untuk mengusahakan projek komersilnya. Malah, jumlah RM150 juta ini melebihi dari kos projeknya yang dimaklumkan kepada MOSTI iaitu RM130 juta.

Jumlah RM150 juta adalah satu jumlah yang sangat besar dan tidak wajar dibenarkan diperuntukkan kepada sebuah projek komersil milik syarikat swasta seperti ini.

Sejak saya mendedahkan perkara ini bermula hari Isnin lepas, tidak ada satu kenyataan pun dari Perdana Menteri atau kementerian-kementerian terbabit. Saya hanya dihubungi melalui SMS oleh seorang yang mengakui pegawai Dato’ Seri Najib Tun Razak memohon untuk berbincang dan mengesahkan maklumat yang saya dedahkan.

Bukti-bukti yang saya tampilkan setakat ini adalah jelas dan tidak perlulah saya duduk berbincang dengan sesiapa mengenai perkara ini. Saya masih menunggu tindakan dan penerangan rasmi dari pihak kerajaan mengenai skandal yang membabitkan geran R&D dan teknologi hijau yang terbesar setakat ini.

surat2 

Dato’ Seri Najib wajar melakukan perkara-perkara berikut ekoran dari pendedahan ini:

1. Menghentikan serta-merta kelulusan pemberian dana berjumlah RM150 juta dari dua kementerian ini sehingga siasatan lanjut dimulakan;

2. Membentuk satu panel pakar yang bebas untuk menilai kandungan dan potensi R&D dan pengkomersilan produk yang dicadangkan oleh NSERC dan memastikan proses saringan yang sama dipatuhi untuk mendapatkan geran R&D seperti mana pemohon geran R&D yang lain;

3. Menubuhkan satu panel khas dari Jabatan Ketua Audit Negara untuk menyiasat serta merta keputusan meluluskan dana sebanyak RM150 juta dari kedua-dua kementerian ini.

Yang paling penting, Dato’ Seri Najib perlu menerangkan kepada rakyat apakah hubungan istimewa di antara NSERC dan beliau, atau ahli keluarga beliau, atau Umno, atau sesiapa di kalangan pimpinan Barisan Nasional (jika ada) – yang membolehkan NSERC diberi layanan sedemikian rupa sehinggakan diluluskan dana RM150 juta secara percuma untuk mengusahakan satu projek oleh syarikat tersebut.

Jika tiada apa-apa makluman dari pihak Dato’ Seri Najib, saya akan membuat satu laporan SPRM mengenai perkara ini minggu depan.

RAFIZI RAMLI Ahli Parlimen Pandan

Selasa, 22 April 2014

Panas!!! Rafizi dilarang masuki Sarawak lagi

 

  Pemimpin PKR Sarawak hari ini mengecam tindakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem (bawah) ekoran larangan terbaru memasuki negeri itu yang dikenakan terhadap pengarah strateginya Rafizi Ramli.

Mereka mendakwa Adenan mengamalkan pilih bulu tetapi dalam masa yang sama didakwa membiarkan pelampau kaum dan agama memasuki Bumi Kenyalang itu.

Rafizi tiba pada jam 6.20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang 30 minit kemudian oleh pegawai Jabatan Imigresen.

Larangan itu yang kedua terhadap pemimpin muda popular PKR itu.

Minggu lalu, semasa kempen pilihan raya kecil Balingian, beliau menghadapi larangan sama bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Larangan terhadap Zuraida ditarik balik ketika beliau tiba di Kuching pada Sabtu, tetapi tidak buat Rafizi.

“Jelas sekali, Adenan mengamalkan pilih kasih, dan apa yang dilakukannyanya bersifat politik,” kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

“Dia nampaknya lebih gugup berdepan pemimpin PKR berbanding bekas ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud.”


Malaysiakini

Sabtu, 19 April 2014

Kenyataan MB Negeri Sembilan sedia jual air ke Selangor perbodohkan rakyat


Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) yang bersedia untuk menjual air terawat ke Selangor adalah kenyataan pembodohkan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson daripada PKR, Ravi Munusamy.

Beliau juga menyifatkannya sebagai kenyataan yang sombong kerana Negeri Sembilan sendiri mengalami masalah air.

“Sebab di Negeri Sembilan pernah mengalami krisis air. Ada beberapa kawasan dalam sebulan dua sebelum ini yang mempunyai masalah air, seperti Chuah, Seremban, Port Dickson,” katanya seperti yang dilaporkan Selangorkini.

Ravi turut mencabar Mohamad Hasan membuktikan kenyataannya berkenaan masalah air di negeri itu.
“Kita cabar Menteri Besar, kalau tiada krisis air di Negeri Sembilan, diminta jawab secara hitam putih,” katanya.

Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu.

Ini ekoran krisis air yang dihadapi Selangor dan Kuala Lumpur sehingga ia terpaksa dicatu.
Ravi berkata, kualiti air untuk diminum di Negeri Sembilan masih terjejas dan keinginan menjual air kepada negeri lain masih boleh dipersoal.

“Kualiti air masih didapati kotor. Mengikut analisa terperinci, air minuman memang tidak boleh diminum.

“Mohamad Hasan perlu baiki dahulu masalah air kotor ini sebelum dia menjual air kepada orang lain,” katanya. – 19 April, 2014.

TheMalaysiaInsider

Ahad, 13 April 2014

Esscom hanya bazir wang rakyat – Bekas jeneral

KUALA LUMPUR 24 FEB : Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hanya suatu pembaziran berikutan kegagalan badan tersebut mengawal keselamatan terutama perairan Sabah.

Presiden Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab berkata, Esscom seharusnya dibubar dan pasukan keselamatan sedia ada seperti pasukan polis dan tentera dimantapkan.

Abdul Hadi“Dari awal penubuhan Escom tu lagi, cuba kita tengok, siapa yang dilantik untuk menjaga keselamatan?
Sepatutnya (tugas itu) diberikan kepada orang yang arif tentang keselamatan, tapi orang yang dilantik sekarang ni tak tahu apa fungsi dan tak arif tentang keselamatan,
“Jadi yang salahnya adalah kerajaan. Hanya membazir duit sahaja menubuhkan Escom ni dan lebih baik dibubarkan sahaja.

“Lebih baik mantapkan pasukan keselamatan yang ada iaitu polis dan tentera,” katanya yang juga bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.

Pada 7 April lalu, penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Esscom perlu dibubarkan sekiranya badan itu tidak ada kuasa untuk menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna, Sabah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hadi ketika dihubungi berkata, kewujudan pasukan keselamatan dan Esscom menyebabkan berlakunya pertindihan daripada segi tugas dan peranan masing-masing.

Sekaligus katanya, perairan negara ditembusi seperti di pencerobohan Lahad Datu dan kes yang terbaru membabitkan penculikan warga asing di Semporna.

“Mereka (pihak berkuasa) tahu penculikan itu berlaku, tapi mereka tidak ada perancangan bagaimana nak mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut daripada terus berlaku,

“Yang mereka tahu, duduk panaskan punggung, kalau tuduhan saya ini tak betul, masakan perkara sebegitu boleh berlaku?,” soalnya.

KeadilanDaily

Khamis, 10 April 2014

Delegasi lantikan politik ikut TPM ke Dubai, mana pegawai Kementerian?

Muhyiddin YassinKUALA LUMPUR 10 APR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Johari mendakwa individu yang menyertai lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan individu penting dalam Kementerian.

Menurut Zairil, hampir semua individu dalam senarai delegasi ke Abu Dhabi dari 8 hingga 2 April lalu hanya pegawai yang dilantik atas sebab politik dan tidak membawa manafaat dalam lawatan kerja tersebut.
“Selain Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau, turut serta adalah pegawai khas, setiausaha beliau dan enam orang pengawal keselamatan.

“Tiada seorang pun pegawai kementerian disenaraikan dalam lawatan tersebut,” kata Zairil pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Petang ini, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, menafikan dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin menghabiskan masa lima hari di Dubai untuk ‘percutian golf’, tetapi dalam rangka lawatan kerjarasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Zairil turut menunjukkan salinan senarai 15 individu yang mengikuti Muhyiddin dan isterinya ke Muscat, Oman, Abu Dhabi dan Dubai, UAE dari 7 hingga 12 April 2014.

Menurut Zairil, tindakan Timbalan Perdana Menteri itu sangat bertentangan dengan pengumumam kerajaan yang sebelum ini telah mengumumkan 11 langkah penjimatan yang bakal dilakukan oleh kerajaan.
“Ini satu bentuk pembaziran oleh kerajaan. Tambah lagi, wujud dakwaan mereka berlepas kesana dengan pesawat khas serta tinggal di hotel mewah.

“Sektor awam diminta mengamalkan penjimatan, namun perkara serupa tidak dilakukan Menteri.
” Malah ada laporan mengatakan lawatan kerja tersebut lebih banyak dihabiskan dengan bermain golf, majlis makan malam dan program peribadi,” jelasnya.

KeadilanDaily

Rabu, 9 April 2014

Terbongkar!!!!! Muhyiddin bazir wang rakyat main golf di Dubai

KUALA LUMPUR 9 APRIL: Ketika rakyat berjimat cermat berikutan pelbagai kenaikan kos, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermewah-mewah membazirkan wang rakyat untuk bermain golf di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim membangkitkan perkara ini susulan dokumen bocor di blog ‘peniup wisel‘ yang memuatkan jadual Muhyiddin di negara itu.

Beliau berkata, lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke Dubai mulai semalam lebih banyak dibazirkan dengan aktiviti golf berbanding urusan kerja, mengakibatkan pembaziran wang rakyat selaku pembayar cukai.
Ini berikutan tugas rasmi Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan hanya antara jam 10 pagi hingga 1 petang hari ini, 9 April.

“Jadual lawatan kerja Muhyiddin ke Dubai kononnya menghadiri pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 diisi dengan program peribadi dan menghabiskan masa dengan acara golf.

“Beliau habiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk program peribadi,” kata Steven pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan telah menerima peruntukan terbesar sebanyak RM54 bilion dan dibelanjakan secara tidak tentu hala.
Beliau membidas penyaluran peruntukan tersebut yang sepatutnya lebih kepada soal pendidikan bukannya untuk percutian mewah dengan pakej bermain golf.

“Kami gesa Kementerian Pendidikan dan Ketua Audit Negara memberikan penjelasan dan siasat bukan sahaja lawatan ke Dubai malah mana-mana perjalanan Muhyiddin yang lain,” tegasnya.

KeadilanDaily

Selasa, 8 April 2014

SIAPA YANG BENARKAN BENDERA ZIONIS ISRAEL DI KIBARKAN DI NEGERI SABAH???


Terang tak payah bersuluh lagi antara Apco dengan umno tak boleh dipisahkan ,[gambar atas] sebagai bukti hubungan antara yahudi dan kerajaan Malaysia tetap ada , Dikhabarkan bendera negara haram yahudi ini dikesan dikibarkan di negeri Sabah...

Pada asasnya Malaysia-Israel memang tidak ada hubungan diplomatik secara rasmi maksudnya tidak ada pejabat kedutaan dan duta masing masing, tetapi Malaysia tetap ada hubungan tidak rasmi seperti perdagangan, konsultan, sukan, perlancongan dan lain...selamanya kita ditipu secara sembunyi ...

Tetapi atas desakan dan kecaman daripada PAS Negeri Sabah, bendera haram Israel telah diturunkan juga akhirnya.

Taniah kerana perihatin menurunkan bendera negara haram yahudi itu ...

Persoalan lain pula bendera sudah diturunkan ,tetapi adakah perserta dari negara laknatullah masih berkeliaran disitu adakah mereka pun sudah dinyah pergi??..

Dan yang menarik lagi apa sebabnya bendera zionis Israel dibenarkan berkibar di Malaysia  menjadi tanda tanya, harap kita mendapat penjelasan dari pihak yang berkenaan..  batuvskayu.blogspot.com

PANAS!!! TIMBALAN MENTERI DIDESAK LETAK JAWATAN OLEH AHLI PARLIMEN BN... YES!!!

 

MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Selain itu, Ghapur (kanan) juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya, susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.

“Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Sebelum itu, Stephen Wong Tian Fatt (DAP-Sandakan) turut membuka perbahasan dengan menyelar kenyataan kontroversi Wan Junaidi yang menjadi pertikaian itu.

"Kerajaan perlu mengakui masalah yang berlaku dan berbincang usaha untuk memperbaiki keselamatan demi membina semula imej pelancongan di Sabah

"(Ini kerana sudah) 50 tahun Sabah menyertai Malaysia. Sabah berasa bimbang dengan ancaman luar, maka ia adalah faktor kita sertai Malaysia," katanya.

Wong juga membangkitkan isu masalah kad pengenalan di Sabah yang turut berkait dengan faktor keselamatan di negeri itu.

Katanya, mencadangkan laporan dan syor suruhajaya siasatan diraja (RCI) berkaitan pendatang asing Sabah diumumkan segera memandangkan pengumumannya ditangguhkan beberapa kali.

Perkara itu disokong oleh Datuk Wilfred Madius Tangau (BN-Tuaran) yang turut mengambil bahagian membahaskan usul penambahbaikan Esscom.

Bos Esscom tiada kuasa

Mengulas langsung mengenai Esscom, Ghapur berkata, masalahnya bermula apabila ditubuh dan diketuai orang awam yang tidak boleh memberi arahan kepada anggotanya daripada polis, tentera dan pasukan maritim.

“Dia (pengarah Esscom) tidak ada kuasa. Orang Sabah perlukan siapa sahaja, asalkan dia ada kuasa," katanya.

MP Bintulu kemudian mencelah dan mencadangkan satu akta diwujudkan supaya Esscom bawah satu komander dan diletakkan bawah pengawasan perdana menteri.

Ghapur kemudian mencadangkan supaya Esscom dibubar, diletak bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) pula tidak bersetuju Esscom ditutup sebaliknya mencadangkan penambahan aset untuk membuat rondaan laut di pulau-pulau di sekitar Semporna.

"Aset itu mampu membuat rondaan dan memintas puak-puak (penjenayah) ini," katanya.

Beliau juga menjelaskan kerajaan dengan kerjasama anggota Esscom melancarkan gerakan menyemak taraf kewarganegaraan pengusaha dan pekerja resort.

Selain itu, Shahidan (atas) yang juga bekas menteri besar Perlis berkata semua cadangan yang dibangkitkan oleh MP akan diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan. 


mk

Khamis, 3 April 2014

REFOMASI 2.0 BERGEMAR DI NEGERI KEDAH!!!

 Bangunan Umno di Kedah diconteng 'R4MASI 2.0'


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menasihati anggota Umno di negeri itu agar tidak bertindak di luar batas susulan perbuatan pihak tertentu yang menconteng perkataan 'R4MASI 2.0' di beberapa bangunan Umno Kedah.
  
Sambil menyifatkan perbuatan itu dilakukan oleh "pihak yang dangkal akal", Mukhriz meminta anggota dan penyokong Umno menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Saya juga minta pihak polis mengawasi pejabat-pejabat semua parti politik supaya insiden sama tidak berulang," katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini. mk


Baca penuh sini

Isnin, 31 Mac 2014

Berita Panas!! Masjid Negeri Ipoh Perak Tiada Azan Subuh Pada, Ahad 30/3/2014

Berita menyedihkan bagi umat Islam, Masjid Negeri Ipoh Perak Tiada Azan Subuh Pada pagi hari Ahad 30/3/2014. Malang sungguh masjid di bawah pemerintahan kerajaan haram BN. 

Dipetik dari Page FB Ustaz Roslam Mohamed yang ingin berjemaah di masjid itu. Boleh baca kat bawah komen dari beliu yang di hailet kuning.

Imam ada gaji... 
Bilal ada gaji... 
AJK ada gaji...
Apa Sudah jadi ni????




Ustaz Roslan Mohamed (Facebook)

Salam; Pagi ini, Ahad 30/3/2014 hasrat utk bersolat Subuh di Msj Negeri Ipoh Perak, Alhamdulillah sampai pada waktu sblm Subuh... Tp azan tak kedengaran, tiada azan pagi ini, muazzin tak muncul... Bangun seorg Jamaah lalu melaung iqamah utk solat subuh... Imam pun tak muncul2... Kata seorg jamaah yg dah berumur..

" NI DAH BIASA BERLAKU, TAK ADA MUAZZIN DAN TAK ADA AZAN....."....


 SubhanaLlah... Setelah beberapa lama sepatutnya solat subuh didirikan, muncul Imam... Tanpa muazzin, seorg jamaah yg alungkan iqamah... > kesimpulannya.. Ia tidak sepatutnya berlaku di sebuah masjid negeri... Di mana pengurusan yg bersifat profesional ???... Perlu di MUHASABAHKAN segera oleh pihak yg berkaitan....


Ni link Facebooknya : SINI

Sabtu, 22 Mac 2014

Pura-pura solat curi tabung masjid

Pura-pura solat curi tabung masjid  
Pura-pura tunai solat untuk 'kail' wang tabung masjid

KUALA TERENGGANU- Demi dapatkan wang mudah, seorang mat gian sanggup berpura-pura hendak dirikan solat semata-mata ingin mengaburi mata orang ramai sebelum mencuri wang tabung Masjid Kubang Ikan, Chendering, di sini, Rabu lalu.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lakonan suspek, 31, dari Kampung Ladang Sekolah, di sini, yang tergamak mencemari kesucian masjid itu tidak menjadi apabila dicekup beberapa penduduk kampung ketika sedang asyik mengail wang dalam tabung masjid itu.

Menurut sumber, kehadi-ran suspek di kawasan masjid itu disedari tukang cuci  wanita yang kemudiannya bertanyakan tujuan suspek berada dalam masjid waktu berkenaan.

Jelasnya lagi, melihatkan keadaan suspek yang agak mencurigakan itu, wanita terbabit memberanikan diri bertanyakan sama ada suspek bertanggungjawab di sebalik kehilangan duit di dalam tabung masjid yang kerap berlaku sebelum ini.

“Bagaimanapun, suspek menafikan dia melakukan jenayah terbabit dengan memberi alasan mahu menunaikan solat saja sebelum tukang cuci itu meninggalkan suspek bersendirian.

“Difahamkan, kejadian curi duit tabung masjid kerap berlaku dan penduduk kampung sememangnya mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan suspek tetapi tidak mahu menuduh kerana tidak mempunyai bukti.

“Curiga dengan kehadiran suspek, wanita itu memaklumkan kejadian itu kepada suaminya yang juga Imam masjid berkenaan sebelum suaminya bersama beberapa penduduk kampung bertindak mengepung masjid bagi mendedahkan perbuatan tidak bermoral suspek,” katanya.

Sumber berkata, sebaik sampai di masjid, suspek sedang mengorek duit tabung masjid dengan cara mengail menggunakan dawai yang dilekatkan gula-gula getah di bahagian hujungnya.

Katanya, ketika itu, suspek yang asyik menarik duit di dalam tabung itu tidak menyedari segala perbuatannya diperhatikan penduduk kampung yang hanya menunggu masa untuk menahannya.

“Sebaik menyedari kehadiran penduduk kampung, suspek cuba melarikan diri tetapi gagal memandangkan kawasan masjid itu sudah dikepung dan hasil pemeriksaan menemui wang sebanyak RM61 di dalam poket seluarnya dipercayai duit daripada tabung masjid.

“Suspek yang turut mengalami luka di badan akibat dibelasah penduduk kampung yang berang dengan tindakan suspek itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian. sh

Selasa, 18 Mac 2014

Panas!!! Bagaimana dadah dibawa masuk ke konsert?

KUALA LUMPUR 16 MAC: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak pihak berkuasa menyiasat bagaimana dadah dibawa masuk pada konsert ‘Future Music Festival Asia 2014′ yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini berikutan kes kematian membabitkan enam remaja kerana mengambil dadah sintetik (methamphetamine) ketika menghadiri konsert berkenaan.
media konsert“Saya minta Menteri Dalam Negeri berikan penjelasan dan tidak boleh berdiam diri dalam perkara ini. Perlu arahkan segera siasatan menyeluruh membabitkan semua agensi,” kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.

Dalam kejadian itu, 6 maut dan 3 lagi kritikal kerana didaapti mengambil dadah berlebihan. Manakala Bernama hari ini melaporkan, 16 masih dirawat di hospital.
Mereka yang meningggal dunia terdiri daripada empat Melayu termasuk tiga wanita, seorang Cina dan seorang India.

Konsert anjuran Livescape Asia ini dihadiri 85, 000 peminat dan dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Mac. Penganjur bagaimanapun membatalkan konsert pada hari terakhir.
Shamsul pada masa yang sama menggesa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk mengambil tindakan segera kerana isu penyalahgunaan dadah ini membabitkan golongan muda.

Tambahnya lagi, Kementerian terlibat perlu mengeluarkan panduan rasmi kepada mana-mana penganjur agar tragedi sama tidak berulang.

“KBS perlu lebih agresif dalam menganjurkan program-program yang berbentuk hiburan supaya lebih terarah dan sopan agar mesej-mesej yang murni dan beretika dapat disampaikan dengan lebih efektif,” tegas beliau.

KeadilanDaily

Jumaat, 14 Februari 2014

TARIF PREMIUM INSURANS KENDERAN NAIK MULAI ESOK!!!!

 Naik insurans: Tiada perubahan besar

KUALA LUMPUR - Kenaikan kadar tarif premium untuk insurans kenderaan mulai esok akan memberi sedikit kelegaan kepada syarikat insurans, tetapi ia tidak akan membawa perubahan besar kepada mereka, kata Fitch Ratings.

"Kenaikan tarif premium adalah satu daripada langkah ke arah deregulasi sepenuhnya sektor insurans menjelang 2016," katanya.

Menurutnya, kenaikan itu adalah terlalu kecil untuk menawarkan kebalikan dalam keuntungan untuk insurans kenderaan.

Keuntungan insurans kenderaan terus tertekan di Malaysia berikutan peningkatan kadar kemalangan, tuntutan tinggi kecederaan tubuh badan serta peningkatan kos perubatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faktor lain termasuk, tuntusan palsu yang menghakis nisbah kerugian perniagaan kecederan tubuh badan serta kematian pihak ketiga sejak beberapa tahun lalu. 

Firma penarafan itu berkata, kenaikan tarif premium boleh membantu industri insurans tetapi banyak lagi perlu dilakukan.

Fitch Ratings berkata, penambahbaikan dalam perniagaan insurans kenderaan akan lebih ketara apabila sektor itu dideregulasi sepenuhnya pada 2016.

"Sehingga masa itu tiba, sektor itu akan kekal tidak menguntungkan bagi syarikat insurans am di Malaysia.

"Kerugian pengunderaitan daripada perniagaan kenderaan lazimnya dibantu oleh perniagaan insurans bukan kenderaan yang lebih menguntungkan," katanya.  SH.

Khamis, 6 Februari 2014

FAKTA DAN TOL DI MALAYSIA..WAJIB BACA

 

'Kaji semula konsesi, bukan beku kenaikan tol'

Pembekuan kadar tol pada tahun 2014 hanya langkah sementara kerana kerajaan tidak mampu untuk terus membayar pampasan kepada syarikat konsesi, kata Pakatan Rakyat.

Sebaliknya pemimpin Pakatan menggesa kerajaan mempertimbang untuk mengadakan rundingan semula perjanjian konsesi bagi memastikan pemegang konsesi yang mendapat pulangan, tidak menaikkan kadar tol.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata perjanjian konsesi perlu disemak semula berdasarkan kepada dua aspek iaitu pemegang konsesi telah mendapat pulangan modal pelaburan dan mengemaskini angka terbaru kadar kenderaan yang menggunakan lebuhraya serta perbelanjaan pengurusan dan penyenggaraan.

"Sekiranya kedua-dua konsep mudah ini dilaksanakan di dalam rundingan semula konsesi tol, sudah tentu tidak ada syarikat pemegang konsesi yang mendapat kadar keuntungan sehingga 50 peratus hingga 60 peratus seperti sekarang.

"Keuntungan yang berlipat kali ganda dari pelaburan dan kos ini menunjukkan bahawa perjanjian konsesi sekarang benar-benar berat sebelah.

"Sekiranya perjanjian konsesi terus berat sebelah dan tidak mengambil kira dua perkara di atas, saya yakin kita akan berdepan dengan kenaikan tol dalam tahun 2015 pula.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar tol lebuh raya di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini tetapi kerajaan akan membayar RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi. mk

[Baca berita penuh]

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2

Label