Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 31 Mei 2013

TERKINI!!! ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

SETIA KAWAN

Sebagai tanda sokongan penuh kepada Safwan Anang yang kini dipenjarakan, ingin dimaklumkan bahawa pihak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan membentuk satu himpunan di hadapan bangunan KDN. Berikut adalah maklumat spesifik;

HIMPUNAN BERSIH KDN

Tarikh: 31 Mei 2013 (esok)
Masa : 2pm - Berkumpul di Masjid Putra dan bergerak ke bangunan KDN selepas solat Jumaat
Tuntutan: Zahid Hamidi letak jawatan & pulihkan imej institusi PDRM
Tema: HITAM@BLACKOUT

Justeru, pihak kami menjemput semua warga media untuk hadir membuat liputan dan juga memberi bantuan hebahan mengenai aksi terbaru ini. Orang ramai juga dijemput hadir bersama sebagai tanda solidariti kepada Safwan Anang.

Sekian

Ekhsan Bukhari
Sekretariat SMM

TOK PETI JANGAN LETAKKAN DARJAT SETARAF "BAPAK AYAM"

PENDERHAKA.  Itulah 'fatwa' dari seekor tok peti yang mengulas isu himpunan rakyat "BLACK 505".  Tanpa beliau tahu apakah tujuan himpunan tersebut, otak udangnya terus keluarkan fatwa.
Aku ingatkan budaya mengampu ini hanya ada pada orang-orang politik saja, rupanya tok-tok lebai yang hari-hari menadah kitab pun berperangai sama.  Tidak semua tok peti yang bodoh dan bengap, tetapi yang seekor ini terlebih dungunya.  Kesihan apabila ilmu yang Allah kurniakan diletakkan setaraf dengan "Bapak Ayam" di Chow Kit.

Aku tak mahu ulas banyak, aku cuma minta tok peti jawab perkara ini;

*Cuba sebutkan satu sahaja himpunan black 505 selama ini yang telah menyebabkan huru-hara?

*Adakah tok peti ini tahu apakah tuntutan 3 perkara yang diminta oleh himpunan tersebut dan apakah tok peti yakin setiap kezaliman hanya boleh diselesaikan di mahkamah semata-mata?

*Tok peti kata jika tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya, bawa sahaja ke mahkamah jangan berhimpun.  Adakah tok peti boleh keluarkan kenyataan bahawa pejuang-pejuang Palestine sepatutnya bawa kes tuntutan mereka ke mahkamah antarabangsa, jangan bangkit dengan senjata.

*Adakah tok peti pernah tegur satu kumpulan umporno yang usung "kek tahi" dibawa ke Pejabat KM P.Pinang dahulu?  Tok peti pernah tegurkah satu kumpulan umporno yang usung kepala lembu di Selangor dan berdemontrasi di hadapan Pejabat MB Selangor?

Jika semua ini tok peti tidak boleh jelaskan, ertinya tok peti ni satu level sahaja dengan "bapak ayam" yang berkempen untuk pelacur.  Berapa bayaran untuk pelacur ini?
 http://wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 30 Mei 2013

SEDIA!!!!! HIMPUNAN PARLIMEN MILIK RAKYAT


Seruan untuk seluruh rakyat Malaysia!!

9.00 mlm (23 Jun)

- Kehadiran aktivis dari seluruh Malaysia.
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Ucapan aktivis
- Persembahan aktivis seni
- 12 malam berhenti. Tidur dan berjaga secara bergilir
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin sehingga pagi esok.

8.00 pagi (24 Jun)

- Ketibaan Ahli Parlimen
- Kutipan tandatangan Ahli Parlimen yang setuju dengan objektif (SPR & JPN)
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Kenyataan media bersama
- Menilai jumlah kekuatan (*)
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin.

Sumber : SINI

Pas sertai himpunan Black 505 secara besar-besaran

Mustafa Ali


Mustafa Ali




 SHAH ALAM - Pas akan menyertai perhimpunan secara besar-besaran yang dianjurkan kumpulan pro-pembangkang, Black 505 kerana ia dilakukan secara aman dan menuntut kepada perkara-perkara kebenaran.


Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas akan menyokong dan menyertai perhimpunan sedemikian kerana ia adalah medium untuk PR menyampaikan maklumat kepada rakyat.


"Tujuan perhimpunan tersebut sudah pasti mahukan rakyat sedar dengan apa yang telah dilakukan kerajaan BN selama ini.


"Pas akan turut serta kerana perhimpunan ini akan aman. apa sahaja perkara di luar kawalan itu bukanlah berpunca daripada pihak kita, sebaliknya pihak lain yang membuat provokasi," katanya.


Katanya, sehingga semalam, Pas masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perhimpunan berserta tarikh sebenar.


"Kami tidak mendengar apa-apa berita mengenainya (perhimpunan), tetapi kita menyatakan pandangan kita untuk turut serta dan menyokong sepenuhnya usaha ini," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu belum sampai ke pengetahuan Dewan Pemuda namun tidak mustahil akan turut sama jika mendapat keizinan daripada Pas Pusat.


"Apa-apa pun, Pas Pusat akan bermesyuarat terlebih dahulu. Pemuda tidak boleh mengambil langkah sendirian.


"Perhimpunan itu nanti adalah langkah terbaik untuk kita berhadapan rakyat memandangkan sehingga ke hari ini, tuntutan kita tidak dilaksanakan kerajaan seperti akses media," katanya.


Jelasnya, perhimpunan itu nanti akan terus menuntut hak rakyat dan keadilan yang seharusnya diberikan kepada semua pihak termasuk PR.


harakahdaily

Rabu, 29 Mei 2013 PESANAN ANAK MUDA

Pesan Safwan Anang 
Buat Rakyat Malaysia

Semalam empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang (SMM), Tian Chua (PKR) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah  dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM 5000. 

Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan bahawa dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik UMNO/BN.

Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;

1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat UMNO/BN.

2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.

3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan!

Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, UMNO/BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survivial politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti. Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan. 


Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Lokap Sungai Buloh.

Sekian

Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian
Presiden PMIUM / Sekretariat SMM
29 Mei 2013 | 2.00pm

Rabu, 29 Mei 2013

Blackout 505 tampil tiga tuntutan


Johari Abdul
Johari Abdul 
 
PETALING JAYA - Perhimpunan Blackout 505 akan meneruskan gerakan mereka sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan reformasi awal yang dikemukakan.

Pengarah program Blackout 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat di perhimpunan itu adalah lambang baru kesedaran politik rakyat yang mewakili suara 51peratus rakyat yang menyokong PR.

"Kita menuntut tiga perkara asas reformasi pilihan raya, pertama seluruh anggota SPR sekarang meletak jawatan kerana gagal memastikan PRU13 berjalan dengan telus, cekap, tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih.

"Kedua, adakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh. Ketiga, menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh semua pihak mengikut konsesus rakyat," katanya pada sidang media di pejabat PKR hari ini.

Menurut beliau, konsesus itu perlulah diwakili oleh PR dan NGO.

SinarHarianOnline

Himpunan 505 Kerajaan Tidak Perlu Ugut Rakyat - Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

DSC_0371
SHAH ALAM, 29 MEI : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.

Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

“Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.
“Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita,” katanya.

Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012.

Bagi menyelesaikan perkara ini beliau menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog untuk menyelesaikan kemelut ini.
Tulisnya lagi, berkenaan sistem pilihan raya di negara ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengikut perlembagaan.

Maka jika didakwa berlaku ketidakpuasan hati dalam pilihan raya, SPR perlu bertanggungjawab untuk menjawabnya.
Tegasnya lagi demokrasi di negara ini tidak boleh subur sendirian sebaliknya memerlukan pembangkang dan kerajaan sama-sama memahami dan meraikannya.

Selangorku

ANTARA GARIS SELAMAT DAN NASIB RAKYAT [WAJIB BACA]

Tulisan Terbuka
28 Mei 2013

ANTARA GARIS SELAMAT DAN NASIB RAKYAT [WAJIB BACA]

Pasca PRU13, sudah sembilan himpunan #Blackout505 dan satu himpunan #SuaraRakyat505 berlangsung. Samada ia punyai kesinambungan atau tidak, bukanlah perkara pokok kerna ianya adalah himpunan pergi dan balik. Himpunan hebat ini menyaksikan rakyat dan pemimpin saling bersuara, saling berlaung, hebat bergema!

Tetapi ke mana gemanya suara dan laungan ini? Apakah ke bukit?

Saya percaya rakyat hari ini seharusnya sudah mendapat kelegaan yang optima sekiranya demokrasi dalam pilihanraya 5 Mei berjalan dengan baik. Pakatan Rakyat menang PRU-13 menjadikan harga minyak turun keesokkan harinya dan harga tol mansuh berperingkat sekaligus menyebabkan harga barang dan harga perkhidmatan berkurangan. Barangan keperluan asas khususnya akan jauh lebih murah apabila monopoli kroni mula dipecahkan. Rasuah, penyelewengan, ketirisan wang negara dapat dipatahkan. Apa lagi yang rakyat mahu? Inilah yang rakyat pilih.

Barisan Nasional tidak menang PRU13. Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Najib seorang PM yang tidak punya mandat majoriti rakyat. Saya katakan BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu, dalam keadaan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya SPR, dibantu 'papan' siaran telivisyen yang sampai masuk ke setiap rumah, dibantu oleh dana berpuluh bilion, dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu.

Akhirnya penipuan pilihanraya 5 Mei menjadi agenda paling besar dan hangat. Ia diakui oleh semua parti politik Pakatan Rakyat. Rakyat bangkit dengan amarah dan telah dibuktikan amarah ini dalam sepuluh perhimpunan #Black505 di seluruh negara. Dalam masa yang sama, rakyat berpaut kepada parti dan kata-kata pemimpin yang berjanji bahawa rakyat adalah tuan dan negara perlu diselamatkan. Jangan lupa, inilah kata-kata keramat sebelum pilihanraya.

Ketika negara gagal diselamatkan dek kerana penipuan pilihanraya, kerana demokrasi yang digelapkan dan kemenangan yang telah dicuri dalam silap mata blackout. Ketika itu juga sayup-sayup berbunyi saranan kepada rakyat agar jangan gopoh, sayup berbunyi memberi nasihat agar bersabar, terus menyusun gerakan untuk 5 tahun lagi. Apakah mereka lupa kemenangan dan keselesaan rakyat hari ini telah dirampas pada tengah malam 5 Mei maka pemimpin BN dan kroni terus dibiarkan bermewah dan terus mengaut kekayaan?

Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikkan harga barang secara senyap, perlaksanaan GST digerak secara sorok-sorok dan tidak lama lagi AES mula mengambil tempat seterusnya menjadikan jalanraya sebagai pusat 'penyembelihan' yang baru. Inilah nasib rakyat Malaysia - mereka bukan bodoh, mereka cuma ditipu.

Saya percaya lebih 60% pengundi sebenar memilih Pakatan Rakyat tetapi penipuan dalam bentuk pengundian lebih dari sekali menjadikan peratusan itu merundum kepada 51% - di sinilah gunanya dakwat kekal yang tidak kekal maka BN menang dengan penipuan terancang.

Pengundi CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar & Bangla) adalah taktik diversion atau mengalih perhatian, ketika penipuan sebenar ialah pengundian lebih sekali khususnya 278 ribu pengundi awal dan pos yang terdedah manipulasi penipuan apabila telah hilang dakwat di jari. Juga lambakkan kertas undi di akhir sesi pengiraan yang membolehkan BN menang tipis di banyak kerusi parlimen di saat akhir.

Seperti yang saya katakan tadi, penipuan dan kecurangan ini telah diakui oleh Pakatan Rakyat malah keputusan PRU13 juga tidak diterima secara sebulat suara - ini sudah bagus. Persoalannya, demi rakyat, apakah PR sedia bersama rakyat walaupun rakyat memilih untuk turun ke jalanraya?

Sebelum PRU13, kamu (Pakatan Rakyat) jangka akan ditipu sehabisnya, kamu bersama rakyat dalam BERSIH 3.0, malah kamu bersama anjurkan KL112 ketika kamu sangka kamu akan kalah sehabisnya akibat penipuan SPR untuk kekalkan BN. Namun bila kamu kekal beberapa negeri dan mempunyai lebih ramai YB di atas pertambahan kerusi parlimen, apakah pendirian bersama rakyat itu sudah berubah (apabila keadaan sudah selamat)? Apakah harus redho hanya kerana kelemahan kita tidak berjaya melepaskan diri dari tipu helah Barisan Nasional?

BN adalah penipu yang baik yakni penipu yang bijak menipu. BN hanya perlu menipu untuk menang walaupun dengan majoriti beberapa kerusi parlimen. Jika BN menang semua, pasti huru-hara, mungkin ketika itu ungkapan 'sabar' tiada dalam perkiraan.

Jadi bagaimana sekarang? Rakyat kini belum selamat sepertimana negeri Selangor, P.Pinang dan Kelantan yang dikira sudah selamat. Jika setuju bahawa rakyat dan negara ini perlu diselamatkan, di manakah pendirian Pakatan Rakyat? Bersama rakyat atau bermain selamat?

Kesempatan ini juga saya ucap tahniah dan salut buat imam jalanraya sejati - Tn Haji Mat Sabu kerana beliau satu-satunya pemimpin utama parti yang berani menyebut betapa perlunya Dataran Merdeka itu ditawan oleh rakyat sebagai simbol menegakkan demokrasi yang digelapkan. Nampaknya Abang Mat tidak peduli nasibnya dalam muktamar pemilihan nanti. Selebihnya pemimpin yang mendapat perhatian rakyat seperti che'GuBard dan Rafizi Ramli juga telah menyatakan bahawa jalanraya adalah jawapan untuk menyentap keegoan regim. Saya salut pemimpin ini.

Begitu juga dengan Dato' Ambiga yang secara terbuka mendesak SPR meletak jawatan. Jelaslah Dato Ambiga ada masanya jauh lebih berani daripada Hishamuddin Rais atau Tukar Tiub. Saya nasihatkan kepada Isham Rais supaya teruslah menghilangkan diri sampai bila-bila. Ramai lagi pemimpin yang bersama gerakan rakyat yang tidak sempat untuk saya sebutkan di sini. Saya yakin semuanya hebat dan terus istiqomah.

Saya dengan ini mendesak kepada semua parti politik pro-rakyat agar menyatakan pendirian dengan tegas samada untuk terus ditipu 5 tahun lagi, atau bersama rakyat 'menggegar' demi demokrasi sebenar dalam masa terdekat. Nyatakanlah pendirian dengan berani, agar rakyat tidak silap memilih kamu sebagai pembela sejati.

Tegaslah untuk pilihanraya semula (walaupun terpaksa serah tiga negeri) di atas kecurangan terbesar SPR - dakwat kekal yang tidak kekal. Kes ini cukup kuat bersama sokongan majoriti rakyat. Namun harus diingat, untuk pilihanraya semula wajib dengan SPR yang diperbaharui dan diletakkan bukan lagi di bawah JPM.

Akhir sekali saya bertekad dan menyeru kepada semua NGO dan aktivis supaya pastikan tiada lagi rapat himpunan, tiada lagi acara persembahan, tiada lagi ucapan pidato yang melampuh, kini tiba masa untuk bergerak, kini tiba masa untuk berarak dengan berani.

Tipu pilihanraya, turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.


EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Selasa, 28 Mei 2013

NGO: Himpunan 'Black 505' hanya permulaan

NGO: Himpunan 'Black 505' hanya permulaan

Satu gabungan NGO mengancam untuk membuat perarakan besar sekiranya para pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya masih tidak meletak jawatan atau dipecat dari jawatan tersebut.
Penganjur berkenaan, termasuk NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut, sembilan perhimpunan yang diadakan selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu hanyalah satu permulaan.

“Amaran terakhir dari rakyat bahawa mereka berani untuk berarak secara aman sekiranya SPR masih tidak dipecat atau meletak jawatan. Rakyat sudah bersedia ke jalan raya demi demokrasi yang telah digelapkan, bila-bila masa dari sekarang.

“Gabungan 'Suara Rakyat 505' tegas dan tetap dengan pendirian bahawa hanya ada satu jawapan terhadap segala penipuan yang telah berlaku dalam pilihanraya 5 Mei lalu iaitu (pemimpin) SPR harus letak jawatan, sebelum langkah seterusnya mengembalikan demokrasi dan juga sebelum mana-mana pilihanraya semula yang bakal berlangsung,” kata gabungan NGO tersebut dalam satu kenyatan.

Gabungan NGO berkenaan, yang menggunakan nama 'Suara Rakyat 505' merancang untuk menghimpunkan 500,000 orang bagi tujuan tersebut.

Perhimpunan terakhir pada hari Sabtu lalu menyaksikan kira-kira 70,000 orang hadir bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam kenyataan hari ini juga, Suara Rakyat 505 menyebut bahawa pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin menerima notis dari pasukan polis supaya hadir ke balai polis daerah Seremban.

Malaysiakini

Ahad, 26 Mei 2013

Tazkirah Tuan Ibrahim Tuan Man - Video

FOTO BLACKOUT PADA 505 TERBUKTI BENAR......PANAS!!!

ASLI....Gambar ini adalah asli dan berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang di Saluran 3, Seri Serdang.
Saudara Pengarang,


SAYA mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian 'Blackout 505' yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.
Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3. 'Counting Agent' kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.

Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Salam Hormat,

YB NOOR HANIM ISMAIL

ADUN Seri Serdang.

Sabtu, 25 Mei 2013

PAS Selangor seru semua ahli sertai himpunan 505



SHAH ALAM: PAS Selangor menolak dakwaan sebuah stesen TV, Astro Awani kononnya menghalang ahlinya menyertai perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 di Petaling Jaya malam ini.

Bahkan, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Khalid Samad, PAS Selangor menyeru semua ahlinya menyertai himpunan itu.

"Saya diberitahu, Astro Awani ada menyiarkan berita kononnya PAS Selangor menghalang ahlinya menyertai himpunan di padang Amcorp Mall malam ini.

"Saya ingin beritahu, ia tidak benar bahkan kita menyeru semua ahli dan penyokong menyertainya malam ini," kata Khalid (gambar kanan) ketika menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini,  PAS Pusat mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam hari ini.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

HarakahDaily

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2