Baru-baru ni aku beli satu majalah wanita Malaysia yang aku rasa glamour dan high class. Selalunya (dulu-dulu) majalah Inggeris (ewww) yang sering menjadi pilihan dan kadang-kadang majalah Jelita. Editor majalah Jelita telah berpindah ke penerbitan majalah baru itu.
Membelek-belek majalah tersebut, melihat cerita dan segala isi di dalamnya benar-benar membuatkan aku berfikir panjang. Memang sebelum ni pun dalam majalah-majalah berbahasa Inggeris lain ada menyediakan cerita dan bahan yang lebih kurang saja, tapi dalam majalah baru ini, aku melihat lebih kepada perspektif golongan elit Melayu .. mak-mak datin dan Melayu high class. Tak high class apanya lagi kalau beg sebiji pun yang paling murah RM3 ribu. Itu belum masuk kasut baju mekap dan lain-lain keperluan sejati perempuan.
Majalah itu juga ada memuatkan cerita-cerita sebalik tabir hidup datin-datin dan wanita-wanita mewah lain yang juga boleh kita lihat dari surat-surat kepada editor yang disiarkan. Aku tidak mahu menghukum apa-apa di sini. Sebagai seorang perempuan aku juga sedikit tergugah dengan godaan dunia fesyen yang disajikan. Kecur juga air liur tengok beg tangan "Tods" dan "Coach" (memang aku minat design depa ni pun) selendang "Paul Smith" yang cantik sangat di mata aku, kasut "Jimmy Choo" yang simple tapi menarik ...wahhh... memang macam-macam lah menyucuk rasa kewanitaan aku.
Lalu aku berfikir lagi .... memang sekarang aku tak mampu, tapi jika sekali pun satu hari nati insya Alllah aku mampu, soalannya "Adakah benda-benda ini yang akan aku kejar...??" Sempurnakah jati diri aku nanti jika mampu menyarung selendang Paul Smith (buat tudung wuuuuu) dengan kasut Jimmy Choo dan beg Tods idaman aku semua tu...... (itu belum masuk baju kurung Benard lagi tuhhh) ???
Adakah dengan memakai semua itu akan membuatkan aku lebih yakin diri ?
Aku rasa ramai yang akan memberi jawapan bahawa semua jenama itu akan meningkatkan keyakinan diri. Tapi mari kita bayangkan senario ini ....
Baju yang sama .. harga yang sama ... design yang sama ........ beg tangan juga sama
dipakai oleh aku satu pasang dan satu lagi dipakai oleh Tan Sri Dato' Zeti Akht*r (harap beliau juga suka Tods)....
dan kami berdiri saling sebelah menyebelah ....
Soalannya:
Adakah aku akan kelihatan hebat seperti orang yang disebelah aku ...????
Tak payah jawap kat aku ... buat sakit hati aku saja.
(Manalah boleh samaaaaaa dek non oiii...).
Makanya yang akan menjadikan kita sebagai kita adalah dari dalam diri kita sendiri. Pesona dan aura diri yang akan benar-benar menonjol atau menenggelamkan kita. Daya intelektual dan kematanngan juga sangat memainkan peranan, bukan baju atau beg atau selendang Paul Smith. Hati yang bersih dengan muka yang suci dengan air sembahyang juga akan lebih memberi sinar daripada creme "La Mer" yang mahal-gila-nak-mampus itu....
Makanya yang patut dikejar ialah keyakinan diri dari dalam ...
Itu lah yang aku dapat simpulkan ... sebab:-
1. aku memang tak mampu (hahahaha); dan
2. tak terkejar aku dengan dunia sebegitu yang tak ada hujungnya
dan lagi aku mahu berpegang dengan kukuh dan kuat (sambil menangis tengok beg Coach) kepada kata-kata ini:
Orang yang paling kaya ialah mereka yang merasa cukup dengan apa yang ada
*sigh*
Mampukah aku...???
Kau mampu nyahhh...??
:-P
ps: Tajuk entry adalah rayuan Imam Ali AS.