Sunday, December 26, 2010

Perancangan Masa Tua


Salam.

Pernah terfikir tak apa akan kita buat bila kita dah tua? Yelah, hidup ni x selalunya muda. Umur semakin bertambah. Seiring dengan pertambahan kedut. Walaupun korang cucuk botox, korang masih tak dapat liquid umur korang kat mykad korang tu. 

Orang orang yang berjaya ni selalu berfikir jauh ke hadapan. Bukan setakat 10 langkah. Tapi 100 langkah. Sebab kalau 10 langkah tu mungkin sampai tahap kita bekerja je. Tapi 100 langkah tu mungkin merangkumi sampai kita ada anak,cucu, bersara & mungkin 'kiok'. Kita mesti ada lebih dari satu perancangan. If plan A doesn't work, we should have plan B. If we still fail, proceed to plan C, D, E, etc... You know how the alphabets work right?

My mom is a workaholic lady. Kerja, Kerja & Kerjaaaaa~~~ (nada Choral Speaking). She plans everything. What she'll be doing when she retire, when should my brothers get married. Oh, ye.. Mak nak kawinkan Balang & Bangah serentak! Jimat duit! Hahahahhaha... Bagus jugak diorg kawin serentak.. Wakakakkaka~~
"Evil Laugh".. Okay2, my point is, mak ni dah plan siap-siap. Mak dah plan nak bukak syarikat. Something like bussiness2 thing ni lah.. Ade jugak dengar mak nak bukak nursery. Tak kesah lah kan. Takdelah mak duduk rumah je. Mesti boring kan? Nanti bila kakak dah kerja boleh la kakak melabur, lepas tu jadi pemegang saham syarikat tu sikit, lepas tu berkenalan dengan pemegang saham lain yang muda & kacak macam IRFAN KHAIRI and... haaaaa...kan dah start berangan. stop intan!

Berbeza pulak dengan abah. Abah kata abah nak berehat. Penat kerja. Jadi, nak enjoy sepuas puasnya. Duduk rumah. Me & adik x setuju. Selalu paksa abah fikir & plan apa apa kerja masa lepas bersara. Macam macam kitorang cadangkan. Pernah cadangkan bukak kelas memandu macam arwah atok NN buat dulu. But then terfikir, habislah sape yang daftar dengan abah. Lagi dasyat dari pegawai JPJ! When it comes to driving, abah SUPER cerewet! Balang dengan Bangah selalu bertolak tolak x nak drive satu kereta dengan abah. Kadang kadang tu sampai merajuk rajuk. Tapi bila saya drive, xdelah kene marah teruk pun. Biasa je.  Balang Bangah ni 'touching-touching' pulak.. Okay2, lepas tu ada jugak cadangkan kat abah apply bukak francais McD or KFC, sure laku. Tapi abah x minat. Dalam banyak2 cadangan tu, satu je abah terima. Bukak Bowling Centre. Punyalah happy saya & adik saya. boleh main bowling xyah bayar kan. 
Tapi boleh pulak lepas tu abah kata nak bukak 2 LANES je????!!!! When we asked why? Dengan selambanya abah jawab " Satu lane untuk adik, Satu lane untuk kakak.." Saya & adik hanya mampu bertukar pandangan tergamam and terdiam je la yg boleh masa tu.. Abah..Abah..

Okay, itu parents saya. Kalau orang tua tua lain, diorang banyak habiskan masa :

 Lelaki
  • Main dam (macam baba yasser)
  • Lepak kedai kopi
  • Meronggeng kat Kelab Dangdut - Eweee.... Miang miang keladi, makin tua makin menjadi!
  • Pakai smart2 lepas tu naik motor, tayang muka dengan harapan dapat ngorat anak dara org. Tak pun janda. Test power lah tu.

Perempuan

  • Kait baju, alas meja, sarung cushion.
  • Join persatuan suri rumah, bla bla bla..
  • Join Persatuan Gosip Gosip Sekampung / Setaman/ Sebandar
  • Sapu minyak angin/panas 6 kali sehari..

See... Tak produktif sungguh kan mereka mereka di atas ni? Jangan risau.. zaman kita tua tua nanti mesti dah bertukar kan? mana main dah benda benda kat atas ni.. Haritu ada jugak sembang2 benda ni dengan balqis.
Kitorang sependapat bahawa tak nak buat benda benda yang bosan di atas. Mana tau zaman akan datang aktiviti orang orang tua sangat menakjubkan hingga membuatkan semua orang x sabar nak tua?


Antara ramalan kami untuk orang orang tua ganyut 60-70 tahun pada masa akan datang :





  • Masuk ruang chat lepas tu menyamar jadi orang muda.
          Ni Balqis punya idea. Die kata ape class nak pegi bercucuk cucuk tanam ni. Masuk ruangan chat lepas tu menyamar jadi orang muda. Hmmm.. So, nama pun kena lah nampak macam muda muda & funky ye tak? Try guna 'mimi_comey' ke.. "lialicios' ke.. Baru org percaya muda kan? Lepas tu nanti ayat chat tu janganlah mcam org tua. Kenelah ikut perkembangan ayat semasa. Zaman sekarang ni budak2 muda akan cakap macam org xde gigi.. "awak...awak cihat tak? alolololololo~~~ cian nyew diew.. Mamam ubat taw..namau noti-noti.. hik hik hik.." Zaman hadapan x tau lah pulak trend die camne kan.. Lagi satu jangan masa chat tu kene chill beb.. Jangan lah jadi kayu sangat. takpun pegi bersyarah pulak situ. Nama dah best, skali bagi nasihat & petua petua hilangkan ketuat..erkkk!!!


 
 
  • Main Game Dengan Husband
Haaaa.. Yang ni best. Mengeratkan silaturahim dan kasih sayang antara suami isteri. Takdelah suami asyik dok melepak kat kedai kopi je kan tunggu anak dara lalu.. Kalau Play Station masih popular masa tu, x kesahlah. Main je game tu dengan husbang 24-7. Mainlah race kereta ke, tembak tembak ke.. Mesti best. Tutup Lampu, pasang air-cond...oit3..fikir ape ha? Main game dalam suasana macam tu lah best. Untuk menghangatkan lagi game tersebut, korang boleh buat camni, sape kalah, die kene masak untuk ari tu!
Hahahhaha.. mesti best kan? Ape? Tak adil? Ohh.. Mestilah lelaki terer race2 & tembak ni kan? ape susah, kalau u all rasa malas nak masak hari tu, U paksalah your husband main game yg 'masak masak  cake' or 'Sally Saloon' tu. Gerenti wife yang menang.. Kalau husband u tak nak main tu, u cakap je 
"Baby... Kalau baby xnak main game ni,Malam ni, baby tido luar!!!" Nampak x? Mane2 pun wife jugak yg menang!! NGiahahhahahhaha!!!!!



  • Rumah kata pergi, Kubur kata mari
Tak sedar ke umur tu dah lanjut? bawak bawak lah bertaubat.. Rajin rajinlah lawat masjid.. Semayang Jemaah.. Kan bagus tu. Banyak pahalanya. Ajar cucu mengaji..Kalau larat lagi ziarah lah Kaabah tu lagi.. Sedarlah.. makin lama umur kita kat dunia ni, makin banyak dosa yang kita lakukan.. Jangan asyik kejar dunia je.. tak puas ke 60-70 kejar dunia?
Kita ni bila bila masa boleh 'gol'. Pedas x? Pedas x? Tapi itulah realitinya..


p/s: Antibodi saya agak lemah. Tapi lemah kat mesir je. Kat Malaysia sangat jarang sakit. Sini demam sampai pengsan2. sampai kene IV injection. Serik weyhhhhh... Patutnya esok kene sekali lagi IV. Tapi rasa macam xnak pergi. Memanglah x sakit. Tapi saya fobia dengan jarum.

Tuesday, December 14, 2010

CHORAL SPEAKERS~~

I know this is out-dated entry. Yang lain dah ramai yang update pasal ni. But me, memang banyak idea, but laziness win me.


FIESTA ZAGAZIG- bila entah dah lupa. Kan dah cakap tadi dah lama dah benda ni jadi. One of the best moment ever happened in Zagazig. And the most bussiest week! If i have the chance to re-live it again,
I'll say....... NO WAY!! Tapi kalau bagi RM 100, i dont mind AT ALL.hehehe..


Thumbs up for those involved. Especially those who came up with the ideas. Even kat Malaysia, program ni dikira sebagai program yang SANGAT SANGAT BIASA and kalau diberi markah mungkin setakat 6/10.


TAPI.. ada TAPI okay! Tapi bila dah di bumi mesir ni, ianya boleh dilabelkan sebagai EXTRAVAGANT!
Yelah, dengan ke'terbatas'an boleh kata dalam setiap perkara, dan kebanyakan program2 sebelum ni adalah stereotype, samaaaaa jaaa, FIESTA kali ni boleh dikatakan berjaya.


Program utama ialah BAHAS ALA PARLIMEN! Penyertaan amat mengharukan. Mengharukan? lantaklah, dah lama tak menulis. Semangat ke'kelas'an sangatlah..errr...err... MENGERIKAN? sebab macam dah assabiah jadinya. Siap ada sepanduk2 & tema warna baju lagi.


And Me? Untuk mengelakkan jadi wakil pembahas, bila ada orang offer jadi Yang Di-Pertua, terus terima tanpa 2nd thought! Hahaha.. Plus, mmg minat sikit mempengerusikan majlis. Teringat masa kat sekolah2 dulu. Kalau saya x jadi doctor, saya nak jadi program planner. Tak kisahlah wedding planner ke, annual dinner ke. Ni kes terpengaruh dengan kerja mak abah ni.


Pengalaman jadi Yang Di Pertua sangat kelakar. Nervousnya lebih dari pembahas. Belum start lagi dah minum air. Masa dah start jangan cakaplah. Habis sebotol air tu minum kat depan.Kesian penjaga masa sebelah saya.x dapat minum. Yang dipertua selepas slot saya pun kesian.AIR DAH HABIS.hahaha.. Dah lah sejuk. Rasa nak kencing pulak. Tapi takkan nak tinggalkan dewan parlimen tiba2 kan. Nampak x professional. Mana boleh. Yang dipertua mesti kene cool sentiasa. By the way, they should call me yang Di-perMUDA okay!!! Thanx kat mak sbb belikan kakak banyak coat aneka fesyen. Ada jugak kegunaan kot-kot tu. Setiap malam Yang diPertua ni tukar coat..hihihi.. Third day tu nak pakai leather jacket. Yelah, warna hitam,ala-ala kot lah tu. Tapi housemates tak bagi. Diorang kata macam
'YANG DIPERTUA MACAM BARU LEPAS KONVOI MOTOR HARLEY DAVIDSON'. They love all these hyperbola words. Cakap jelah x sesuai.

Berlatih di sutuh/rooftop


And, kene handle untuk fatayat games. The only thing that i regret for fiesta. I shouldn't took the responsibility for being leader of the group. I already took too much jobs that week. Moderator, choral speaking & group leader for fatayat game. Well, masa terima offer tu, Min call masa tengah tido. Mamai2 lagi. Tak perasan tarikh tu 3-3 event tu sangat dekat. Menyesal sangat. Sedih sbb tak dapat jalankan tanggungjawab dengan baik. Terpaksa bahagikan kerja dengan anak2 buah. And I even fought with one of the group members. Some of my them fought with each other too! And couldnt do anything about it. Such a LOUSY leader!
I couldn't concentrate on them since i had so much works waiting. Bila fikir2 balik, banyak betul idea keluar yang boleh membantu my group. My mascot should be singa/naga and buat macam tarian singa masa chinese new year tu! Saya boleh bentuk group kecil just untuk cheer!


After that week, i changed my mind. I no longer want to marry PRIME MINISTER. Busyyyyyyy woooooo...
Yang tiga ni je rasa macam nak nangis2! So sorry, the next PM to be. I can no longer be your future wife.


The Best ----> Choral Speaking.


Buat script sehari je. 6 pages.
Cari ahli seminggu.
Berlatih 5 hari.


But we were having fun! Tak sangka adik2 junior sangat cool! And sempoi. Biasa choral speaking 40 org. Tapi dapat recruit 26 org je. Sebenarnya lagi ramai. Tapi ramai yg keluar masuk. Sakit hati jugak mula2, tapi dah lumrah hidup.Jadi berlapang hati je.


Lupalah kat mana letak gambar ramai dengan junior. Ni baru batch kami.






Since this is not a competition, just persembahan penutup, i determined nak buat ni fun2 je. Tak payah strict sangat. So, ada yg saya buat ikut gaya saya. Ada yg saya bagi kelonggaran pada diorang nak buat macam mana. Brainstorming is good you know. Macam2 idea yang keluar. Superb & cute. Saya nak semua rasa happy and menyumbang something untuk menjayakan choral ni. Ayat x boleh blah.
Kami pakai skirt & blazer. Orang atasan suruh pakai baju kurung. Tapi entah macamane budak2 choral speaking ni semua keras kepala. Termasuklah conductor die sekali. HAHA.


Rasa sangat cuak bila hari persembahan tu. Takut orang x faham. And takde sambutan. Tapi semuanya di luar jangkaan. Penonton bersorak and really enjoy our performance. Diorang gelak habis with our jokes. Sampai saya2 sekali gelak masa tengah conduct. Ishhh.. saya ni dahlah cepat gelak. Even VVIP pun rakam our performance. Wakil Medical Club 'kot' which is org arab pun rakam and really amazed with us. Baru kau tau english kitorang macam mane. Selama ni sibuk kutuk cakap kitorg x reti BI, padahal BI korang yg tunggang langgang! hambik kau! geram aku!


Nah, tengoklah kat bawah ni.


Rasa kelakar pulak cara saya conduct diorg. Yekk... Hahaha








p/s : Ada offer untuk perform sekali lagi di khalayak ramai di university. Bamos2!!!



Wednesday, November 3, 2010

The Fact Is....

She's such a  L.U.C.K.Y girl








p/s: one day at a time, i guess i got to take it eventually..



Friday, October 22, 2010

WANTED!!

I guess its been a week since i read this blog. Shockly, the blog's gone today. I've done several things just to read his blog again. I even searched him on FB. But tettttttttttttttttttttttt... I got wrong person. It was so embarassing! Beriya tanya kenapa x boleh bukak blog? sekali,
"maaf, saya rasa saudari salah org. sy xde blog." Erkkk!!!!


Honestly, i dont have any idea who the hell is this guy. But i like his writing. Just like the story of my life..Mostly, i like his latest entry. Infact, i already asked for his permission to copy & paste it in my blog.But right after that, since he changed his url, or delete his blog or whatsoever, i couldn't serve it any longer. FORTUNATELY, with the help of google reader, tadaaaaaa....... 


yup,i am your stalker since


since that day.
i will follow your updates.
when you didn't update.
i feel that i lost you.
when you did update
i feel *fuhhh...
(owh that's what you were doing for this while)

then when you did update
but with intimate comments from your latest guy.

i felt a hurt in my heart.
its good to see you are happy.
but its not good to see you are happy with other guy.
but i still could feels better if you are happy at any case.

huahuahua~
____________________________________
post ini khas untuk kamu.
hanya kamu tahu siapa kamu.
saya hanya mahu kamu tahu apa dlm
kepala sy skang...
be happy k.
=],,




p/s : 
-Look at those small notes below the entry, aren't they sweet??
- Credit to ---> "Aku Senbei"

Saturday, October 16, 2010

1 & 2, Kedai Runcit & Muhammad Haziq Diniy



Salam..

Ye.. memang xde kene mengena pun 2 perkara di atas.. I just want to share 2 things in 1 post.


Al-Kisah Pertama


We just cleaned up our house. What i mean by 'we' is "us-syaqah 6". Starting our new year with a new spirit, new crush,new house make over,new food, etc..etc..

So, our house cheer-leader, Pot (as in periuk-pod), already listed all items that we need to bring from malaysia, which is most of them --> food. Wait, they're 100% FOOD! Our luggage allowed for Egypt air was 40kg each. And, my biggest luggage was specially for food! A very full one! So, just imagine, there are 6 of us!

As the story, we gathered all our foods. And...... TADAAAAA!!!!! Seriously, we can open our own 'kedai runcit'!!!!!! Need proof???
 
baru rempah kari,kurma, sup & serbuk cili..   

 
pengumpulan


see... sepapan terus.. kedai runcit ke x?sayalah yg bawak..



Tiba2 rasa xde mood nak tulis pasal muhammad haziq diniy. lain kalilah..

Monday, October 4, 2010

Kasama Kang Tumanda - Grow Old With You

Ni semua Tiqah Mamat punya pasal. Dia yang sodok saya dengan cerita cerita Filipina. Dahlah abah xnak menantu orang Filipina.Tapi lagu ni memang best. Soundtrack filem My Only You. Its a nice movie too.

But, it's not Toni Gonzaga original song. It was Adam Sandler in The Wedding Singer. BUT, the philippine's version is soooo much better. Way too better! Credit to them! Dah melekat dengan lagu ni sepanjang masa. Dah boleh nyanyi dalam pinoy dah ni..


Adam Sandler - The Wedding Singer




Toni Gonzaga - My Only You

 Grow Old With You - Kasama Kang Tumanda
I wanna make you smile whenever you're sad
Carry you around when your arthritis is bad
Oh all I wanna do is grow old with you

I'll get your medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
Oh it could be so nice, growing old with you

I'll miss you
Kiss you
Give you my coat when you are cold

Need you
Feed you
Even let ya hold the remote control

So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed when you've had too much to drink
I could be the man who grows old with you
I wanna grow old with you


The lyrics.. Sweet.. Isn't it?? hmmm...
p/s : 
-Macam nak guna lagu ni masa kawin..
-Macam rupa Yoo Rin (my girl) pulak Toni Gonzaga.
-Macam Wan Syarmila pun ada jugak..
-Macam Kahin Pyar Na Ho Jaye tiru cerita The Wedding Singer..
-Macam-macam sungguh!!





Jarum & Kaki

Salam..

Yaa.. Apa kena mengena jarum dengan kaki kan?  Kalau orang tua tua pernah berkata "Jangan Bermain Dengan Api", orang muda (seperti saya, bukan seperti anda yang baca entry ni kerana anda tua) akan berkata " Jangan Bermain Dengan Jarum!!!" . Siap dengan tanda seru(!) maksudnya amaran keras.


Nampak je kecik jarum tu. Nampak je macam comel je untuk dibuat main (who the hell yg buat jarum jadi barang mainan?), tapi jarum jugaklah yang telah membuatkanku fobia terhadap jarum. Sakit, perit, hanya saya dan tuhan je yang tahu.. 

Semuanya bermula cuti musim panas di Malaysia 2010. Semuanya bermula di hotel Dynasti Kuala Lumpur. Semuanya bermula bila saya kejar anak sedara saya. Kejar di sini bukannya kejar yang happy happy riang ria. Kejar di sini bermaksud saya nak marah anak sedara saya. Okay, benda ni saya x pernah bagitau mak saya. My friend kata saya ni Uda yang garang! Mana ada garang. Saya sayanggggg sangat my nephew!


Karpet bilik hotel tu kan tebal, so, masa kejar si Diniy, I stepped on something. Something small & sharp. Then a 'crack' sound! Damn!!! Sumpah sakit! Tengok2 kat tapak kaki ada jarum jahit terpacak. Bila cabut dah tinggal separuh. Where's the other part? Hmmm.. tercampak kat karpet balik kot. Ke, terpatah pastu tinggal dalam kaki? urgghhh, tak.. tercampak kat karpet tu. Rasa rasa kat kaki, xde pape pun..


Dah dua hari. My foot started to swell. Nak jalan pun susah ni. Kena jengket macam main ting ting tu. Okay, mak paksa pergi klinik. Then, mak ambik kerusi roda. Mati mati saya taknak naik kerusi tu. Ishhhh..malu!!!! Muda muda dah kena naik wheelchair! Cun dah cun dah, sekali naik wheelchair. Lama jugak saya gaduh dengan mak pasal kerusi roda tu. Last last saya yang suruh mak naik wheelchair tu, saya yang tolak. Lagi panjang mak membebel! hahaha.. Saya gagahkan jugak berjalan. Tapi takdelah ber'ting-ting' dekat public kan. Biar sakit asal x malu. Abang kaunter pendaftaran tu siap buat lawak kata kaki kene potong. H.A H.A..
Rasa macam tak kelakar lawak tu. Kalau kelakar pun, kaki saya lagi sakit!
Doktor Changkat Melintang


Okay, doktor lelaki. Early fourty. Skinny. Rambut xde kat tengah.Tak Handsome.
Tengok kaki macam nak xnak je.. Bila cakap pasal jarum tu, muka macam percaya tak percaya je. Then, die dapat satu phone call. OOOhhh, dia nak keluar dah. I was his last patient he intended to treat. Wait, it's just 3pm man! We asked for X-ray, injection, and antibiotic. But he refused!!! Doktor botak tu kata xde jarum dalam kaki. Kalau ada, mesti saya rasa extrapainful. Do i looked like having a pleasant feeling? And was he a Superman? Boleh X-ray guna mata je? Kalau superman macam ni x best langsung!  TAK HENSEM!!
He just gave me painkillers & ubat bengkak, & ubat gastrik!! Then, ade perempuan masuk ajak die keluar. Awek diakah??? Mak kata ye..Mak dah mengamuk dekat pharmacy bile dapat those ubat only!


I came home with additional pain setelah doktor tu menekan2 tapak kakiku. Terima Kasih doktor. Kalau korang dengar macam mana mak menyumpah doktor tu, seriously korang takut nak jadi doktor. Mak siap pesan supaya jangan jadi doktor macam tu bila dah besar nanti. Ye mak, kakak taknak pesakit kakak menyumpah kakak macam tu, Tak tenteram wooo hidup.

Doktor Changkat Melintang

Weekend tu, balik rumah opah dekat layang kiri, bota kiri, Perak. Malam tu sangatlah tidak tahan. Abah bawak pergi hospital Changkat Melintang. OMG.. Ada dua orang doktor muda. Cina & Melayu. Yang ni early twenty, not skinny, ada rambut kat tengah, handsome. Hmm.. Mak dan opah ada satu persamaan,sentiasa akan bagitau yang saya ni medical student kat egypt. Bukan apa.. malu sikit. Sikit je la. Yela, student medic tapi kene cucuk jarum plak! hehehe.. So, those doctors sent me for an X-ray. Bila dapat je film X-ray tu, I'm the first one who examined it. Alaaa, kalau setakat tengok X-ray, bukan susah sangat pun. Retilah baca. Damn!!! ada!! Jarum tu ada kat dalam kaki. Panjang pulak tu!! Doktor tu refer saya ke hospital Seri Manjung sebab diorg x boleh buat surgery tu. Oh ye, doktor2 muda tu geleng kepala when my mom cerita pasal doktor putrajaya.

Doktor Changkat Melintang

So, the next day, i was admited to  Hospital Seri Manjung. Arrrghhhh,kecewa gila. Instead of doing my attachment at Hospital Serdang, there i was in a ward at Hospital Manjung! Tarikh saya masuk wad tu mmg tarikh saya patut buat attachment! Sebelum tu saya ada pujuk abah untuk buat surgery tu dekat hospital putrajaya je. Alasan? Hospital Putrajaya tu kan lagi baru dari Hospital Manjung. So, hantu dia lagi sikit sebab baru je lagi. Sekali lagi, kena marah! Yelah, tak pernah seumur hidup masuk hospital, tiba2 kena masuk pulak. Tapi, saya insist untuk dapatkan bilik perseorangan. Tak boleh rasanya baring dekat tengah orang ramai. At least for the second day. Sbb my first day kat hospital was sunday.

Sakitttttttttttttt gileeeeeeeeeeeeee masa nak cucuk jarum dekat brachial vein. 7 kali cucuk. They couldn't find my vein. Bila dah jumpa, terlalu halus pulak. diameter jarum tu lagi besar daripada my vein. Boleh plak doktor tu tanya "U buat kerja rumah tak?". Nak kena agaknya doktor ni. My vein halus sebab i ni memang halus mulus orangnya okay!! Sakit sebab kene cucuk tu jauh mengatasi sakit kaki yg ada jarum ni. Every nurse yang lalu pulak mesti tanya macam mane boleh kene jarum? menjahit ke? bile kene? dekat mane? Doktor pun sama. letih la cerita benda sama je. Rasa macam nak tulis dekat kertas & tampal dekat kepala katil. Hambik kau!


I was soooo naive to think that the surgery is simple. Ingatkan macam duduk atas kerusi dalam bilik doktor. Then hulur kaki je. And the doctor do his job! I was all wrong! Siap kene masuk dewan bedah, pakai baju bedah, dgn ECG kat jangtung segala, bius separuh badan. That was real scary! Before masuk dewan bedah tu, ade lagi nurse & doc yg tanya macamane boleh kena. Aku just diam & senyum. Nasib baik ada nurse yg dah tau tu selamatkan aku " Panjang ceritanya, nak tau baca report tu sendiri!" She's cool man!!


Doktor Putrajaya

Sepanjang dalam wad, they've been wonderfully nice to me! Mak abah beli berlambak betul makanan. Yelah, makanan hospital kan x sedap. Dah jadi macam pesta pulak. Kerja saya dengan adik saya, makaaaannn je kejenya sampai tengah malam. Laksa, murtabak, kuih melaka, Tau fu fah, kueytiaw goreng. Banyak lagi. Padahal duduk situ satu malam je kot. And, ramai jugak doktor yang buat housemanship situ. They knew me as a medical student, so we talked a lot. Banyak jugak benda yang diorang share and ajar saya. But guess what? Those who were nice to me are all indian & chinese. Yang melayu? Buat muka kerek! Berlagak nak mampos! Tegur pun xnak! Wey, aku pun belajar medik gakkkk!!! Tak Payah nak berlagak kotttt!!


Berjahit tiga kaki saya akhirnya. Turun duit hantaran. Eh, tak turun kot. Kat tapak kaki. Sape yg nampak kan? Doktor kata 3 minggu baru pulih sepenuhnya. Yeahhh, habis minggu attachment di situ sahaja. Ingatkan boleh la kot buat seminggu. Takde rezeki. Lagi satu, x dapat nak menggayakan wedges yg hot tu puas2 kat malaysia. Raya pun pakai flat je..

Doktor Putrajaya
Masa balik dari celebrate birthday adik dekat chop & stick Kampung Baru, Mak & Along paksa abang abangku, bangah & balang dukung saya ke kereta sebab xlarat jalan sangat. Sekali lagi, mati2 saya taknak. Gila apa? dah besar besar kene dukung tengah orang ramai. Dahlah semua orang baru balik dari terawih. Tapi kali ni, bangah balang main sauk je saya & dukung sampai kereta. MALU NYA... HANYA TUHAN YANG TAHU. Macam kene kidnap pun ada. Bak kata adik saya, apa guna ada 2 org abang yang pegi gym hari hari kalau adik sendiri pun x larat angkat? Diorang siap rakam lagi untuk simpanan bahan ketawa.


Moralnya? Dengarlah cakap orang muda-Jangan bermain dengan jarum. Sampai sekarang saya simpan jarum tu. Doktor bagi bawak balik.


p/s : Kenapa agaknya gaji doktor kerajaan kat Malaysia rendah?  Adakah sebab prestasi doktor pun mcm doktor botak di atas, jadi kerajaan pun bagi gaji rendah, atau pun, disebabkan kerajaan bagi gaji rendahlah yang menyebabkan doktor botak tu bekerja sambil lewa?

Tuesday, August 3, 2010

Week Of Tragedies..

I guess today will make exactly 1 week I'm in Malaysia. And i don't think it could be more action as i already shocked with several incidents.

The good neews is, my mom said i'm thinner compare to last year.The good neews is, my mom said i'm thinner compare to last year.The good neews is, my mom said i'm thinner compare to last year.
Yaaa... Saya memang saja tulis tiga kali! Biar Tiqah Mamat, Balqis, Pot & Mizah baca dan faham dan simpan sebagai long term memory. Supaya diorang tak berani kata saya gemuk, muka lebar bla..bla..bla.. Macam dekat Alex haritu, kami 5 orang naik 1 teksi. Jadi, 4 orang di belakang, 1 orang di depan. We decided the fattest sit in front. Guess who had to fill the front sit all the time? Me!!!!
Padahal, sikit punya slim dah ni.. haishhh...

3rd night in Malaysia, kami ber-kajang... I mean, kitorang pegi makan sate kajang. Ramai2 dengan acu sekali. Sedap! Sedap! Sedap! Tapi makan sate banyak2 tu rasa macam celah gigi je. Tak puas langsung. Nanti nak ajak abah pegi makan lagi satelah! Kejadian malam tu yang agak kelakar bila  acu dengan selamba dan tanpa segan silunya meniru aksi raja lawak cara2 nak reverse kenderaan. Lama jugak acu buat macam tu kat tempat parking. Dah macam berjoget je. Rasa nak jerit " Saya tak kenal dia! Saya tak kenal dia!" .
But we all ended up laughing like crazy!

Here comes the best part. Me & Tiqah Mamat & my adik went to KLIA to fetch a friend. Everything went smooth. ( Except we took a 'long' cut to KLIA & forgot where did we parked our car). On our way to Midvalley (we actually terlajak sampai) Shah Alam, dekat lampu isyarat (merah), tengah sedap sembang, tiba tiba BAMMM!!!!! (and damn!!! dalam hati), kereta wira langgar dari belakang! Takda kereta lain ke nak langgar? kereta aku jugak? Nasib baik x teruk. Nasib baik dia nak bayar. Tapi kesian dia kena marah dengan abah teruk dari telefon. nampak tangan dia menggeletar. Bertanggungjawab. Takpe. malas nak komen panjang panjang.  But, adalah trauma sikit nak drive kereta. Lepas tu, my adik & Tiqah Mamat dah jadi pegawai JPJ dah. Sikit sikit.. "Eh.. eh.. intan.. slow.. slow.. ada kereta..ada kereta.." Padahal tadi tu bukan salah saya. tapi saya faham. Diorang pun nervous macam saya jugak!

Okay.. sambung annti.. nak keluar dgn ex-roomate!

Tuesday, July 13, 2010

Macam ni kalau nak makan

Di bawah ialah etika dan cara2 nak makan. Amaran awal, ini semua takde kena mengena dengan apa apa panduan daripada buku. Sesungguhnya semuanya adalah daripada fikiran dan pemerhatian saya sendiri selama hidup 20 tahun ni. Ini kalau nak makan dekat public or tempat formal. Kalau dekat rumah ke, kedai mamak ke, makan gaya bebas dibenarkan. Takde sape nak ambik kisah pun.
  • Baca doa makan.

  • Ambik makanan dalam kuantiti yang sederhana. Takyahlah taruk sampai menggunung pinggan tu. Selagi boleh muat pinggan tu selagi tu nak taruk. Ambik dalam kuantiti yg sederhana je. Tambah kalau bufet. Nanti orang lain tengok anda ni macam x pernah jumpa makanan @ buruk lantak. Macam first time makan dalam hidup. Rilex je. Dah habis boleh tambah. Biar je waiter tu ambik pinggan lama korang.korang pegi ambik pinggan baru & makanan baru, so, orang takdelah pandang semacam..

  • Masa kunyah makanan tu, eloklah tutup mulut. Maksudnya, tak perlulah sampai nganga mulut luas luas ala ala ular sawa nak telan gajah kan.. agak agaklah sikit. Ini, masa tangan/sudu nak masuk mulut tu je dah macam mulut harimau. Lepas tu, masa kunyah tu pulak ternganga nganga mulut tu. What's your motive? Adakah anda nak bagi demonstrasi pada orang di hadapan anda bagaimana makanan diproses di dalam mulut. Habis semua orang boleh nampak makanan tu bercampur campur dengan saliva anda, lumat lumat, lembik lembik. Tambah tambah pulak ada je percikan percikan makanan dari mulut anda tu terkeluar keluar. Eweeee man! Anda memanglah berselera makan. Tapi orang yg lain tengok terus hilang selera! *Abah memang pantang kalau masa nak suap tu mulut besar2. Abah kata macam harimau. Nak tau siapa yang selalu kena tegur macam tu? Along dengan adik! hahahaha... Kakak jugak yang bersopan santun kan bah kan?

  • Makan jangan berbunyi. Taulah sedap. Tapi kalau boleh jangan berbunyi. Ini tak.. berdecap berdecup bunyi kunyahan makanan. Tau tak apa yang saya bayangkan? terbayang makanan tu makan tu dah lembik lembik dek air liur korang lepas tu berlendir lendir.. bluekkkk...   Lepas tu hirup sup punyalah 'SURPPPPPPPPP.....' korang bukannya tengah buat iklan maggie pun. And lagi satu, kalau guna sudu garpu,kalau boleh jangan bagi berlaga laga sangat dengan pinggan. Bunyi yang terhasil seolah olah anda sedang berlatih pedang. Tak pun macam tengah bertukang.  Sikit sikit tu takpelah. Mana nak tukar mode jadi mute pulak kan..  Oh ye,kalau minum minuman berstraw tu, kalau dah habis tu biarlah ye.. takyahlah sedut sampai ke titisan terakhir.. tambah lain..

  • Masa makan tu takpe je sembang sembang. Berbual masa makan best kan. Tapi part gelak tu, sila control diri anda. Jangan pulak nganga mulut luas luas lepas tu gelak bagai nak rak, tak pasal pasal pulak lauk kawan kawan anda bertambah.Hasil daripada makanan yang terkeluar dari mulut anda. Tak mau ye anak anak..

  • Kalau anda tak sihat contohnya selesema berkahak, janganlah lakukan aktiviti tersebut di meja makan. Lagi tak molek kalau anda bersungguh sungguh sembur hingus anda kat situ jugak. Tau tau jelah kan bunyi orang sembur hingus. Bunyi yang paling gua tak tahan. Kasihanilah orang lain yang sihat di meja tu. At least bagilah diorg makan dengan tenang. Yang batuk berkahak pulak, kat situ jugak dia nak keluarkan kahak. Korang cakaplah, "Excuse me, i need to go to ladies.." Haaa... kan elok tu.. Eh, ada lagi satu, jangan kentut kuat  kuat masa makan. Uwooo..sape yang buat ni memang gila selamba and muka tak malu.

  • Kalau korang attend majlis yang jenis makan dihidangkan, if korang dah selesai makan, macam x prihatin pulak kalau korang ratah lauk je. Kesianlah sikit kat kawan kawan yang belum habis makan tu. Berdebar debar jantung diorang tengok tangan korang laju je and tak berhenti henti ambik dan ratah lauk. Padahal nasik kawan korang banyak lagi dalam pinggan. Tak pasal pasal makan nasik kosong je diorang.

  • Jangan cakap pasal benda yg geli atau kotor masa tengah makan. Contohnya cakap pasal taik ke..berak ke.. . Ni siap cerita dengan teliti struktur bau dan warna.. Ada jugak yang muntah kat meja makan tu. Last last semua tak larat makan.. nak?

  • Alhamdulillah kalau korang dah kenyang makan. Jangan pulak tiba tiba terdengar bunyi 'BURPPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!' sikit punya kuat. Nganga luas luas pulak tu. Bau tak payah cakaplah kan. Nescaya kawan semeja angkat pinggan pergi meja lain.

  • Makan jangan berterabur. Tak elok kalau ada remah remah nasi kat sekitar pinggan korang. Pinggan tu dah cukup luas rasanya.Last but not least, dah habis makan tu, kalau ada baki makanan tu, eloklah kumpulkan setempat kat satu sudut pinggan. Jangan dibiarkan berterabur dalam pinggan tu. Kalau budak kecik takpe, ni anda budak besar. Sudu garpu tu letak elok elok selari.. 
  • Baca doa lepas makan. Ucapkan syukur pada Allah atas rezeki yang diberikan.


So, macamana? Rasa rasa boleh ikut?  Ni baru asas. Kalau ikut panduan yang sebenar benarnya lagilah teruk. Dengan postur badan dan protokol segala.. Kalau korang lepas panduan di atas, maksudnya korang lepas kalau nak kawin dengan anak raja. Nak kawin dgn raja terus pun takpe.


Kalau tak lepas, jangan risau..masih boleh kawin dengan raja. Raja kat bawah ni ha..




Nak tak? 
Kalau xnak ambik kat bawah ni.





Kacak sikit.


Dua dua kat atas ni ialah Raja.. Raja Apa??? Raja Gopal!!

Friday, July 2, 2010

Take the broom and clean it

Can u see the spider webs everywhere?Take a good look. So many around here. 
Yeah..of course. Thats what u get when u left your blog un-updated. Well, u have to excuse me for the exams. Bullshit! Nonsense ! I once updated this blog the night before histology.

It seems like i lost the mood in writing. But i have so many things and tips to be shared. What makes me updating this blog right now? I'm forcing myself. I'm urging all the energy inside me while my left hand is holding my right hand to hit the keyboard.

Another 2 days i finally can raise my flag. My independence flag! Psychology is the last paper. 

Today i'm gonna talk about..ermmm...about...ermm... DAMN! i have no idea! completely no idea.
So, this entry is a crap! 






So, just enjoy this song.
Its an old song. But i recently sooo into it.
He has a very great powerful voice.
With a pair of dangerously handsome eyebrows.
Yup.. kening dia sangat kacak.
Tengok kening je dah cair..
But the lyrics, i dont like it.
its about cheating.
We should never cheat.


p/s ; heartless..

Wednesday, June 23, 2010

FB-connecting people..

What a suprising day.. 
Tadi,dekat fb, ex-dato' , ex-schoolmate upload gambar masa kat sekolah dulu. First ayat keluar mulut ---> comot gila masa budak2 dulu! dahlah tu, kelakar muka. Innocent habis! dahlah hitam (gara2 kadet polis), kurus gila babeng pulak tu. Macamane boleh bina badan sekarang pun x tahu.

Dan bermula dari situlah, sorang..sorang.. kawan2 lama menjelma. Waaahhh.. rindunya. Mula lah add-meng add. Bagus jugak facebook ni. connecting people. 

Macam2 ragam masa zaman budak2 dulu. Sekarang ni, semua dah berterabur. Ada kat Penang, Selangor, Jepun, Mesir, merata lagilah. Betul abah kata, kita x boleh nak ikut kawan sebab semua rezeki lain2.

Masing2 dah bawak haluan sendiri. Ada yang dah jadi model. Ada yang dah jadi nurse. Ada yg dah jadi sasterawan. Ada bakal engineer. Ada bakal doktor.InsyaAllah..

Ada yang dah nak kawin bulan sepuluh ni. Ada yang dah bertunang. Ada yg dah jumpa jodoh masing2.. Ada yang still single..

And my backstabber once upon a time apologize today. Forgiven. Dah 4 tahun. See, x sekeras mana pun hati saya. Dah orang mintak maaf, sedang nabi ampunkan umat. but, forgive but not forget.

Nak cakapnya..kita semua dah dewasa @ tua... Ohhhh tidakkkkk!!!!!

Mereka plan nak buat reunion ---> pangkor @ cherating @ perhentian. I vote for perhentian.

Mungkin Millat facebook dan Umma united bakal mengambil tempat facebook. Asalkan kita menyokong mereka..


p/s : mungkin saya juga perlu minta maaf pada seseorang..

Tuesday, June 22, 2010

Tanya lagi hot ke tak?

Cik Atiqah Mamat (memang nama comersial dia) sangat gemar meng-tag saya.Tapi tag kali ni memang ada kena mengena.


1-Anda rasa anda hot?
  Huhhh..isn't it obvious? Of course I'M HOT!  With the 46 celcius temperature, plus with 3 times blackout yesterday, who can deny that I'm hot???


2- Bila kali terakhir anda makan pizza?
Ohhh ye.. last time?  Cik Tiqah Mamat belanja makan pizza masa dia dapat duit banyak2.. lepas tu x makan dah.sbb ape eh? entahla.. xde selera kot.. die kene org belanja baru selera. hahaha..


3-Lagu terakhir yang anda dengar sekarang?
I'll be loving u a long time by Mariah Carey.. sedang dengar sekarang. One of my favourite though.


4-Apa yang anda sedang buat selain menyelesaikan tag ini?
Dengar lagu dan makan anggur. Anggur merah yang takde biji tu. Manis pulak tu. sedap lah makan,takde biji kan.macam makan snack.sesuai ganti popcorn masa tengok movie.berkhasiat pulak tu. Haaa..kalau nak beli, 5 genih sekilo..  

5- Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Banyak woo.. --->
-kakak
-kak teh
-kak uda
-Budak darjah 5
-kak ika (dekat Msia only,not in egypt)
-In (Hanim & Hana yang rajin panggil ni)
-Miss crab
-Miss accessory
-Acha.. (??????????)
-Budak kechik
-Che' adik
-Diktator (no one calling me this anymore)




Tag 8 orang
8??banyaknya. dahlah banyak yang kite nak tag dah kena tag.

1-adik
2-qis
3-lai
4-nad
5-nisa
6-min
7-pot (aku tau ko takkan buat, aku just nak cukupkan 8 org je) 
8-ainaa


Siapakah org no. 1 kepada anda?
My dear adik yg gemuk.  yg paling rapat dlm family, dialah!

  Katakan sesuatu kepada org no. 5
Dah dapat bezakan ke tak serbuk kurma dengan serbuk sup?

Org no. 3 ada hubungan dengan siapa?
Dia ni my bff. dia ada hubungan dengan m****. dululah.. sekrang x taulah..

Bagaimana pula dengan org no. 4?
ni pun my bff gak.  dia ada hubungan dengan.. dengan..dengan.. entah,dia xnak cerita kat saya.

Pesanan buat orang nombor 6?
Jangan selalu jatuh depan org ramai lagi eh.. tambah2 depan junior. tambah2 depan intan, sebab kat situ jugak intan akan gelak kaw kaw punya! hahahhaa

Kata2 cinta untuk org no. 2?
 I always love u qis, but I love gerard butler even more. So, dont u ever dream of him! hahahaha
(evil laugh!!!!!)

adakah org no. 7 & 8 mempunyai persamaan?
perempuan.

 Berikan 5 yang anda tau mengenai org yg tag anda?
-My BFF
-Kuat makan. Sian keyri nak bela dia nanti, duit habis ke makan je.
-Kuat online shopping. Kesian Keyri sekali lagi.
-Gossip girl.
-Bercita2 nak kawin awal. good luck!!!


Perasaan anda semasa menyelesaikan tag ni? 
Lapar lah weiiiiiii!!!!! mau makan apa ni????????????????? LAPAR LAPAR LAPAR LAPAR!!!