Showing posts with label pejabat. Show all posts
Showing posts with label pejabat. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

Dari Pejabat Pos Syurga 6 : Kami Turut Menerima Pelbagai Jenis Pesanan!


Disini kami mahu update jenis-jenis pesanan yang kami terima. Dalam format faks, email, puisi, pesanan ringkas, catatan peribadi, sajak, syair, surat, video, pesanan suara? dan pelbagai jenis lagi. Kami menerima pelbagai jenis genre juga, cinta, kecewa, thriller, noir, sahabat, seram, mistik, keluarga, sarkastik, politik, tak puas hati dan macam-macam lagi. Mahu hantar surat anda, ini langkah-langkahnya.

1. Klik pada tab diatas yang tertulis hantar surat
2. Isikan nama anda jika mahu,nama pena ataupun biarkan kosong.
3. Isikan email anda. Ini wajib untuk kami contact anda.
4. Subject, isikan tajuk surat anda.
5. Tuliskan surat anda pada ruangan message.
6. isikan website anda jika mahu, terutama sekali jika anda sertakan nama, jadi kami akan link kan ke blog anda. boleh dibiarkan kosong.
7. Jawab anti spam protection
8. klik Send message!
9. Done =)

Pesanan kami, gunakan ejaan yang betul. Surat anda akan di pos ke blog kami secepat mungkin. Tiada lagi masa tetap untuk surat dikeluarkan. Kebiasannya sehari satu surat (itupun kalau surat ada). Anda akan menerima email balas daripada kami untuk mengetahui tarikh surat anda diposkan. Jadi ini peluang anda untuk berkongsi kepada kami. Mana tahu orang yang anda ingin tujukan tu terbaca nanti dapatlah dia tahu isi hati tu :) Jangan risau identiti anda kami boleh dirahsiakan :) Sebarang pertanyaan boleh juga tanya pada @amirazoe155 dekat twitter :)



Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Posmen Ke Syurga.


Sunday, April 1, 2012

Dari Pejabat Pos Syurga 5 : Selamat Datang April


Langit, 1 April : Selamat datang April. Sudah dekat sebulan Posmen Ke Syurga beroperasi. Alhamdulillah ada yang masih sudi berkongsi surat pada PKS. PKS berharap dapat menerima lebih banyak surat daripada kalian. PKS juga memohon maaf atas kekurangan surat-surat daripada posmen sejak beberapa hari ini kerana sibuk dengan urusan dan juga kekangan masa. Harap-harap kalian masih setia dengan PKS dan terus menghantar surat kepada PKS. PKS, Kami hantar surat andai sampai syurga. Hanyalah satu hiperbola dan diadaptasi daripada tajuk cerita dan konsep posman to heavens. Ingat, surat itu bukan sampai ke syurga atas sana tetapi syurga hati manusia dan syurga surat-surat jiwa iaitu blog PKS sendiri.

Mulai 2 April pos hanya ada pada pukul 9 pagi untuk pengirim dan pukul 9 malam untuk para posmen.




Friday, March 23, 2012

Dari Pejabat Pos Syurga 4 : Surat Anda.


Langit, 23 Mac : Setelah hampir seminggu beroperasi Posmen Ke Syurga menerima banyak surat daripada para pengirim. Terima kasih Posmen Ke Syurga ucapkan. Tentang surat-surat yang dihantar ke pejabat pos Posmen Ke Syurga, ada beberapa perkara yang ingin dimaklumkan.

  1. Pastikan yang surat anda itu berupa surat, kepada.... daripada...... dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kita panggil kepala surat. Jadi PKS tak perlu mencipta kepala surat untuk anda, biar semuanya datangnya dari penulisan anda sendiri.
  2. Surat dalam bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa yang boleh difahami oleh pihak PKS juga boleh dihantar.
  3. Surat yang dihantar boleh juga dalam format surat rasmi, email, telegram, faks dan pesanan suara.
  4. Anda perlulah menggunakan bahasa yang betul. Yang bahasa Melayu, ejalah yang sebetulnya. Begitu juga dengan bahasa lain. Contoh  Bile = bila, jew = aje/sahaja/saja
  5. Anda dikehendaki menggunakan ejaan yang betul dan bukan disingkatkan ejaannya. Contoh, dlm = dalam, Awk = awak. 
  6. PKS masih menanti surat-surat genre selain genre cinta seperti sarka, keluarga, islami, lawak dan sebagainya.
  7. Surat berisu sensitif minta dijauhkan seperti seks, perkauman, dan politik melampau.
  8. Selepas anda menghantar surat satu email balasan akan diterima untuk memaklumkan masa surat akan disiarkan. PKS akan cuba respon secepat mungkin surat anda.
  9. Surat Pengirim diposkan pada setiap hari pada pukul 3 petang. 1 surat sahaja akan dipos dalam satu hari.

Hantar sahaja surat anda. Tak perlu ayat sastera hebat sampai petala langit ke tujuh. Tulis apa yang ada dalam hati. PKS akan berusaha pos surat anda secepat mungkin. Sekian sahaja berita hari ini dari pejabat pos ke syurga =)



Friday, March 16, 2012

Dari Pejabat Pos Syurga 3 : Para Posmen Ke Syurga

LANGIT, 16 MAC : Alhamdulillah daripada 12 Mac hingga 15 Mac 2012, blog Posmen Ke Syurga mendapat sambutan yang baik daripada penghuni maya. Blog PKS mendapat pelbagai jenis surat yang menarik. Setelah beberapa hari nampaknya pencarian sepuluh orang posmen telah pun cukup sejak semalam. Maka disini blog PKS ingin mengenalkan para posmen yang berkerja tanpa gaji disini sejak beberapa hari lepas.

1. Amira Atiya posmen yang emosi
2. Api posmen yang misteri
3. GR posmen yang pelik
4. Naqib posmen yang minat nombor
5. Kaizen posmen pantai timur.
6. Bulan posmen yang coolio
7. Cangkul Emas posmen yang sarkastik
8. SNJ posmen jiwa-jiwa
9.Akim Iqbal posmen yang mencintai langit
10. Pemuzik Jalanan seorang posmen jalanan

Surat daripada posmen Naqib, Pemuzik Jalanan dan SNJ akan keluar tidak lama lagi. Klik pada nama-nama posmen untuk melihat surat-surat mereka. Untuk makluman, surat daripada posmen akan dipos pada pukul 9 pagi dan 9 malam. Manakala surat pengirim akan dipos pada pukul 3 petang. Seterusnya buletin pejabat pada pukul 3 pagi pada hari tertentu. Untuk melihat blog-blog para posmen boleh klik pada tab diatas yang tertulis para posmen.


Wednesday, March 14, 2012

Dari Pejabat Pos Syurga 2 : Hantar Surat Anda.

Mahu hantar surat anda, ini langkah-langkahnya.

1. Klik pada tab diatas yang tertulis hantar surat
2. Isikan nama anda jika mahu,nama pena ataupun biarkan kosong.
3. Isikan email anda. Ini wajib untuk kami contact anda.
4. Subject, isikan tajuk surat anda.
5. Tuliskan surat anda pada ruangan message. Pastikan anda juga tulis kepada siapa dan daripada siapa. Sebagai contoh
Kepada hati.
..........(isi surat).........
Daripada jiwa.
6. isikan website anda jika mahu, terutama sekali jika anda sertakan nama, jadi kami akan link kan ke blog anda. boleh dibiarkan kosong.
7. Jawab anti spam protection
8. klik Send message!
9. Done =)


Pesanan berwajib :
1. Pastikan anda menggunakan bahasa melayu yang betul ejaannya.
2. Pastikan anda menulis kepala surat, seperti pada langkah 5.
3. Kami akan berusaha secepat mungkin pos kan surat anda ke posmen ke syurga, andai lambat mohon dimaafkan =)
4. Terima kasih banyak-banyak buat anda.
5. Surat pengirim akan di post setiap pukul 3 petang kebiasaannya, 1 hari 1 post pengirim dan selebihnya surat daripada posmen, vice versa. Surat akan muncul setiap pukul 9 pagi, 3 petang dan 9 malam. 
6. Kami akan memaklumkan kepada anda setelah kami menerima surat anda melalui email dan juga tarikh juga masa surat anda akan dipos.



Monday, March 12, 2012

Dari Pejabat Pos Syurga 1 : Blog Posmen Ke Syurga

Blog posmen ke syurga.
Blog ini umpama satu tempat koleksi surat-surat yang tak pernah disampaikan kepada orang yang sepatutnya. Blog ini gabungan daripada beberapa orang penulis lain dan juga penulis yang ingin surat hatinya dikongsi bersama. Tak kisah surat hatinya tentang cinta, marah, benci, amarah, islami, kiritik semuanya yang ada dalam hati. Sebagai contoh dalam entri pertama disini.

Konsep blog ini diambil diadaptasi daripada cerita postman to heaven. Aku percaya, ada surat yang kita tak bisa sampaikan ke tuannya. Jadi marilah kongsi bersama. Jika berminat sila tinggalkan komen di sini. Jika ada yang berminat hendak berkongsi surat silalah isi form disini. Kongsi dengan kami para posmen ke syurga. *comelkan nama* atau klik pada tab HANTAR SURAT. Tak payah perlu guna ayat superb pun tak mengapa, sastera segala asalkan seikhlas hati.

Kami memerlukan seramai lapan empat orang penulis tetap/ posmen tak bergaji di blog posmen ke syurga ni. Bergabunglah dengan amira atiya, naqib, bulan, kaizen, fikri dan api. Kita berkongsi aksara bersama, sebarkan bait kata-kata surat ini ke dunia maya. Biar sama-sama rasa =)