Showing posts with label review makan makan. Show all posts
Showing posts with label review makan makan. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Edisi Makan Makan : Rahman Palace Steamboat n Grill

Ini kejadian before East Coast Trip. Aku pun dah hampir terlupa nk blog kan.
Pergi 21 Nov tu hari.
Ramai kot tahu tempat ni. Tu hari pun ada masuk paper, dia promote.
Mulanya agak kompius la sbb takdak dalam google maps kalau nak google kat mana.

Oke, kalau nak google, carik Shell MRR2. Memang landmark dia itu.
Laluan dia ikut MRR2. Kalau dari arah Ampang, Shell tu belah kiri.
Tak jauh dari Petronas yg ada McD n Balai Bomba tu. Susur depan lagi, akan jumpa Shell (2 buah). Buleh terus susur masuk ikut Shell tu, terus je akan jumpa kedai Skumvhit (byk dah cawangan Skumvit ni, dulu kat Kg Baru. Pastu ada kat Taman Medan, skrg kat sini pun ada). Lps jumpa tu masuk lorong (arah kiri) tak jauh dari situ nampak la kedai ni. Dia macam atas bukit sket. Parking pun boleh atas2 tu. Kawasan baru kut situ. Ada rumah 2 tingkat. Macam baru. Entah la. Taman apa ke ntah. Lupa.

Jangan terlepas dari Shell tu sudah la. Sbb kalau terlepas, pergi la makan steamboat kat Kuantan sanun. Haha. 
Takde la.. kalau terlepas, jauh sket la nak pusing. Sbb jalan tu akan bercabang either ke Gombak atau pun hway g Kuantan.

Kedai oke. Selesa saja. Tp besar lagi area steamboat MAEPS tu.
Yg best sbb dia ada grill.
Dia bagi pilihan nak sup ke tomyam.
Kami amik tomyam sbb teringin nak tomyam. Tp cam kureng.
Kalau tahu, baik amik sup, buat ala ala yong tau foo (y.t.f) sbb bahan yong tau foo dia banyak. Kuah y.t.f dia pun bes.
Laksa mmg bes. 2 kali aku repeat. Ngeeee.. Pekat melekat kuahnya. Sedap ah.

RM23/pax utk 13 tahun ke atas.
RM15 warga emas.
RM10 kanak2 bawah 12 tahun.

Makan camni ramai2 bes lah. Kalau berdua.. mau sket je makan. Aku pergi ngan mak n family abg cik aku. Ramai la sket kan. Best lah.
Kami byk makan yg grill. Cicah black pepper. Sedap!

Boleh la sesapa nak pergi. Nak gathering ke apa ke.
Tp better call dulu lah. Takut penuh plak. Kat blog dia ada contact number.

Tuesday, October 29, 2013

Jom Makan Pecal Lele & Puyuh Lele

Ni rentetan dari yg keluar melawat Mira tu lah.
Sbb waktu tu dah lunch, jd minta driver yg bawa kami singgah makan kat memana.
Aku mmg blank area Ampang tu. Orang lain pun sama.
Jadi, driver tu bawa kami ke area Kg Pandan.

Kasihannn... aku baru tahu adanya tempat ni. Bukan aku je. Seme yg pergi tu pun baru tahu. Hihi. Maklum lah, weols mana selalu makan bawah2 pokok nih. Peluh tiak weolz (oke, statement mintak pelempang 2,3 das!)

Nama kedai dia Asama Tomyam. Tapi takde jual tomyam kot. Kot malam aku tak tahu. Tp siang, aku tgk seme orang amik set camni je.
Ada pun pecal lele, pecal ayam, pecal puyuh, pecal kembong juga pecal sayur.
Ni ala2 ayam penyet la kan.
Masa pergi reramai tu, aku order ayam goreng (pecal ayam).

Not bad. Sambal dia sedap. Bagi aku yg kuat pedas, pedas dia tahap so so je. Bagi orang tak tahan pedas, oke dah kot. Ayam pun panas2 je.

Bila dah sedap. Maka, hari Sabtu aku repeat ngan MyDH. Hihi. Tp bukan lah semata2 kami ke sini utk makan. Haru kalo gitu. Ada la kiterang pergi uruskan urusan lain, dan singgah sini utk lunch. Kali kedua, aku amik pecal lele, while myDH puyuh. Dia ada bagi sup kosong jugak. Makan dua orang utk set cam atas tu dgn air laici n tea o suam RM15. Boleh la kan.. tp mungkin harga air tu akan naik tu. Sbb gula dah takde subsidi. Kihkihkih. 

Lokasi kedai : Memang bebtul dekat dgn kedai Tupperware. Padahal aku kerap gi amik Tupperware situ. Tp cemna tah aku tak pernah terfikir nak singgah makan situ (cam statement atas tu lah.. peluh tiak kang.. tak mahu la makan bawah2 pokok nih. Kihkihkih). Berhampiran kompleks sukan tu. Kalau dari bulatan kg Pandan (office kiterang dari arah sini lah), jalan sket, masuk simpang kiri (jgn naik atas nak ke Maluri tu). Pastu napak kompleks sukan, ada sekolah seme. Napak Petronas. Ha. Tu dah dekat la tu. Kedai dia belah kiri kalo dari simpang tu. Parking padat sket la kalau lunch hour. Tp boleh la. Parking je la tetepi rumah orang tu.

Korang nak info n gambar leh tgk blog beliau ni :
http://hidupmausedap.blogspot.com/2011/09/asama-tomyam-ayam-pecal-lele-kg-pandan.html

Tuesday, July 2, 2013

Edisi JJCM : Makan Ketam Lembut

Semua orang pun tahu yg ketam lembut femes kat Kuala Gula sanun.
Kat mana Kuala Gula?
Kat Perak.

Glamer slps masuk M3 beberapa tahun lalu. Pastu ada member2 ckp jugak. Aku pun cam takde la excited nau. Tp retu alang2 dah nak g melawat akak aku kt Taiping, maka ajak la semua gi makan sana. Aku yg ajak tp orang lain belanja. Bes kan?
Hoho.


Sebelum pegi, aku google dulu, sbb aku nak dptkan gambaran kat mana letaknya Kuala Gula ni. Aku tau lah tpt ni dkt dgn Taiping, tp kat mana? Adui. Susah tul. Tkde pun yg tulis detail cara2 nak pegi sana. Area mana seme kan. Jadi, meh sini aku detailkan. Tp dari arah Selatan je lah yer. Arah utara aku kurang periksa. Haha. Kalau dari Utara, mungkin dari arah Bukit Merah lagi mudah kot. Sebenarnya jalan nk ke Kuala Gula ni adalah ke jalan nak ke Butterworth lalu ikut jalan lama.
Dari Selatan begini caranya : Keluar exit Taiping (U) - di Taiping ada 2 exit, dari Selatan, kita akan jumpa dulu exit Taiping (Changkat Jering) dan satu lagi exit Taiping (U). Boleh je amik exit Taiping Changkat Jering tu kalo ko biasa area Taiping. If not, mudah lagi exit Taiping U. Oke, keluar je, bayar tol ada traffic lite simpang empat. Terus tu akan ke bandar Taiping, kanan ke jalan lama nak ke Ipoh dan kiri arah nak ke Kuala Gula. Jadi, amik la kiri. Lepas tu terus saja. Smpai la nampak signboard Kuala Selinsing / Kuala Gula Sanctuary. Boleh je masuk simpang tu. Akan lalu kawasan kampung dengan pemandangan sawah padi. Tapi kalau terlajak pun takde masalah. Akan smpai macam kawasan pekan kecik yang namanya Simpang Empat. Boleh juga masuk ikut situ. 
Kalau amik simpang Kuala Selinsing tu, hujung sekali jumpa T-Junction - amik kiri.
Kalau masuk ikut Simpang Empat terus sahaja (nanti terjumpa balik simpang Kuala Selinsing ni juga).
Konvoi 4 kereta. Ada yg dah terlajak. 
Jadi, sementara tggu dpt amik gmbr. Hihi.
Dan slps tu perjalanan adalah kiri dan kanan kelapa sawit saja.
Tak silap aku dalam 20km jugak lak nak smpai ke Kuala Gula tu.
Nati akan ada lagi signboard Kuala Gula, utk masuk simpang kiri (keadaan jalan mirip nak ke Bagan Lalang. Bagan Lalang pun masuk ke kiri jugak. Haha)
Dari simpang tu dah tak jauh dah.

Nati nampak la Kuala Gula Sanctuary Resort. Kalau area resort ni ada jugak restoran, namanya restoran Cenderawasih. Mula kami nak makan kat situ. Tp ada function katanya. Nak tggu lambat.
Jadi kami ke JS Muara. Dekat2 je pun. Mmg ramai yg makan sini. Tp katanya lebih sedap kat Cenderawasih. Kat sini yg bes nya adalah feeling makan atas jeti. Mmg beroleng oleng lah dibuatnya kalo bot lalu. Hihi. Nak pening kejap.

Suppose elok kalau booking dulu. Mujur kami awal sket. Sket ja sbb lps tu da penuh. Org booking. Kami dah la ada 14orang (-_-"). 

Kami order set terus. Utk makan 10orang - RM200 yg ada ikan jenahak, ikan siakap (masak sweet sour), ikan sembilang masak kari, ayam halia ke goreng ke entah, sotong goreng kunyit, sayur campur, ketam masak cili dan udang goreng tepung. Nasik 2 mangkuk, air 2 jug (oren yg pekat kata dek myDH. Ai tak minum.. ai kan pantang lagi. Ai minum air suam je. huhu). Itu mmg dalam set.
Lepas tu kami top up dengan ketam lembut. Apa lah ertinya dtg sini tak makan ketam lembut. Setiap sekor RM7. Amik 10 ekor. Buat ketam goreng tepung. Masa nak tggu dia bagi buah limau sunkist. Complimentary mungkin. Lps tu kami dah makan2 kami top up lagi semangkuk nasik. Dan 2 jug air lagi. Lps tu tapau lagi utk yg tak follow. 3 bungkus nasi goreng Thai. Ngan 3 eko ketam lembut lagi. Jadi total seme 310. Tp being my kakcik yg ramah tamah, dpt RM300 je seme. Huhu. Oh, thanks to my Abgcik yg belanja. Murah rezeki. Hihihi. 

Ini lah rupanya ketam lembut goreng tepung


Oh. Rasa ketam lembut? Oke lah. Tapi aku prefer ketam biasa tu. Lagi dapat rasa lemak2 dia tu kan. Cuma kat sini yg unik sbb dia bela ketam tu kan. Ikan2 tu pun dia sauk je dari sangkar yg dalam air tu. Kira seme la fresh. Boleh la. Sekali sekala.

Tapi... nak Bagan Lalang jugak.. pas raya lah nak pegi.

Thursday, March 14, 2013

Edisi Makan Makan : Rest Ton Phai

Salah satu restoran feveret kami somi isteri.
Letaknya di Kampung Baru.


Dulu masa duk sini, mmg acapkali lah makan. 
Kut malas je masak, singgah. Kut singgah, malas masak.
Kadang, tapau.

Mmg bes (bagi aku lah. Kang kau pegi, tetiba tak sedap, kau jgn salahkan aku. Aku ni tekak pelik. Org suka, aku tak suka, tp aku tgk mmg ramai je kedai ni).
Rega pun oke.
Memacam ada. Kerang bakar, mee celop, kerabu etc.etc lah.

Kedai ni area Skhumvit gak la pada siapa yg biasa pegi Skumvit tu (eh, tak reti aku eja skumvit nih).
Tp dia kat area bawah sket diri Skumvit tu (eh..byk kali plak kena tulis).
Kira cam seberang je ngan surau kat kg baru tu.
Dulu mmg dkt nau la ngan umah aku (tp tetap g naik keta. Hikhik)

Skrang jauh sudahhh......
Rasa nya sejak pindah, ini la 1st time kami makan d sini.
Sedap. Dap.
Tidak kelihatan - udang goreng tepung.
Utk semua tu termasuk air (longan & limau suam) RM25.00

p/s : Bz amat. Mmg sebijik entry ja sehari. Ni pun seme gmbr instagram. Senang, copy url ja, tak pyah nak upload, donlod. Bermacam benda nak kena pikir gak. Mujur dah nak gi cuti2 kan. Jadi harus gumbira. Fuh mintak2 jadi, mintak2 jadi. Asik kena burnt je cuti2 nih. Giler tak best!

Tuesday, January 22, 2013

Edisi Makan Makan : TooWooMba

Asal wiken je ada citer makan-makan. Tapi oke jugak kan. Kalo takde buat apa weekend tu, kita buat acara JJCM. Gi redah tpt makan bes-bes. Kalo taktau sgt nak gi mana, carik info kat fb JJCM Tv3 ni. Hihi. Nak la sangat myDH melayan kan.. pastu aku bukan makan sgt pun. Salu je tak abis. Saja.. suka-suka. Tapi JJCM tu banyak area PJ la, Shah Alam la, Damansara la. Jauh hoi nak pegi sekadar nak merasa. Kalo KL tu jarang-jarang ada.

Oke, takpe..meh aku buat JJCM sendiri. Kali ni kiterang redah dan try ke TooWooMba Deli & Meats Steak House. Ini dokek yo ngan umah den. Kalo nak g Festival City salu je napak. Lps tu retu napak kat drama apa ke, masa last2 tu derang ada tulis (kredit) nama kedai ni. Jadi cam nak try.

Oke la sini. Cozy je tpt dia. Tpt la rasa hingar bingar bising. Rega makanan pun cam oke la. Kalo rasa gedik nak makan steak tp duit tak berapa nak ada, buleh amik set yg biasa2. Rega belas2 je. Tp kut kalo pas gaji ke nak celebrate anniversary ke buleh la try rib eye ke segala tu. Itu rega dari puluh2 smpai ratus2 pun ada. Sbb ada kategori daging dia. Kategori grass fed, grain fed dan entah apa satu lagi.

kredit : FB TooWooMba

Oh. Satu lagi Wagyu
Kedai dia pun tak la besar nau. Tp pekerja ramai. Masa memula aku masuk tu, org tak berapa nak ramai lagi. Ramai lagi pekerja dari pelanggan. Haha. Jadi, bila dah ramai pekerja ni, yg bagus mmg la cepat servisnya. Tapi, derang ada je berlegar2 kat meja kita. Tgk kita abis je makan, terus nak amik pinggan. Tak abis makan pun tanya juga nak amik pinggan. Wah.. efisien nau korang yer. Hihi.

Kiterang order ni
Garlic bread + mushroom soup - oke sedap, tp soup tu agak masin.
Lamb chop for me - oke la. Cuma tak berapa nak pedas. Aku amik well done. Mampu nak makan rare/medium? Mmg idak la teman. Mmg aku suka menda2 yg cam nak rangup dan hangus tu. Miahahah. Biasa la lamb kan.. mmg rasa kambing la. Embekkk... aku tiada masalah utk makan lamb. Dulu ye, mmg macam tak suka. Tp skang oke ja. Oke la kan. Rasa daging dia tu cam 'unik'. 
Chicken chop for myDH - oke, ayam dia lembut (aku rasa sket).
Cuma.. derang buh salad. Aku ni kan tak suka sayo. Jadi, sket pun aku tak usik. Huhu. Mmg tak buleh nak makan real western haku ni. Salu cam kedai2 western lain kan dia buh jagung/coleslaw ke kan. Tu oke la sket aku makan. Ni mmg aku tak usik pun walo aku suka je capsicum. Mungkin olive oil tu buatkan aku tak buleh nak makan. Eh, ye ke olive oil?? huhu.

Utk 3 jenis makanan ni, plus air RM55.55. Oke? Oke la kut kan. Air tu mmg agak pricey. Tp tak kesah la. Nama pun kedai camni kan. Aku amik longan n myDH apple juice (each RM6.90). Retu kat Nailis pun amik lebih kurang ini, cuma takde mushroom soup ja, rega dlm 60++ kalo tak silap.

So, sapa2 nak makan western, nak JJCM, buleh la gi kedai ni. Info termasuk harga seme ada kat FB derang ni - Toowoomba
Tpt dia area jalan Genting Klang. Dkt ngan Columbia Hospital tu and Festival Mall. 

Oh. Toowoomba ni nama tempat kat Australia. Buleh tgk kat wikipedia mengenai tempat ni. Aku pun baru tau. Hiihihiwww....

Monday, January 14, 2013

Edisi Makan-Makan Hujung Minggu

Sabtu.
Tetiba teringin plak nak makan seafood.
Last week mmg asik nak makan seafood.
Kisahnya hari Jumaat tu lah. Tgk kat kafe ada ketam masak lemak. Besau. Tp nak amik kang, kena mahal, aku sendiri tak puas ati. 
Dlm hati, baik beli kat pasar, pastu masak je sendiri. Puas pun puas makan. Jimat pun jimat.

Tapi, hari Sabtu tu saja sajes kt MyDH. Nak g Bagan Lalang. Makan seafood. Lagipun lama giler dah kot tak pegi. Last pegi, last year lah. Bulan 1 pun. Mmg setahun dah. Entah. Cam takde masa je nak repeat lagi.  Tp kiterang ada gak makan seafood tpt lain cam kat Alai tu, pastu yg kat Muara K.Selangor tu. Cam kawan aku, bila aku pos gambau ni, dia kata dia selalu pegi. Tak kesah la kan. Aku nak pegi ni pun kena amik kira masa segala. Makan sejam setgh to 2 jam juga nak menyampainya. Well, i nyer pemandu kan berhemah. Kuikuikui :D

Jadi, ini adalah ad-hoc. Rasa nak pegi - jadi - siap2 pas Zohor (walaupun kul 4 juga geraknya) - zupp - terus pegi. 

Smpai dkt kul 6pm. Terus beratur pilih lauk2. Pastu terus makan la. Tu pun dkt kul 7pm gak baru makanan sampai. Biasa ler tu. Nak makan cam gini mmg kena sabar menunggu. Kalo lagi lmbt datang, lagi lama kena tunggu. Sbb tu kalo reramai, aku akan booking dulu. Mean, bukan la booking call. Dtg awal, dlm kul 5 camtu. Pilih2 lauk n bagitau nak makan kul brapa. Nati datang, duduk then sekejap je smpai. Sambil2 tu buleh la jalan2 kat pantai ke. 

Cam biasa - kiterang pilih Senandung Malam jugak. 3rd time being there. Dan orang mmg meramai sungguh kedai ni. Kiterang igt tgh2 bulan, lps orang masuk skolah, tak la ramai. Tp ramai jugakk... Mujo dtg awal. Tapi bila abis makan, jalan2 tgk kedai lain, tak berapa ramai org. Maknanya kedai ni mmg feveret lah.

Aku pun, ini mmg kedai pilihan. Tp kali ni rasanya tak berapa nak kick. Selain incik crab, aku dtg sini nak makan pepahat. Kira feveret juga ni dan bukan senang nak beli kat pasar ke apa. Tatau cemna aku terbuleh suka pepahat ni. Tp masak cili + telur lah. Lelain tak pernah rasa. Retu kat Alai, Melaka tu, aku tgk org buat rebus. Sedap ke ntah. Dulu mmg bes. Thumbs up utk pepahat cili telur dia, tp kali ni cam alahai..mana tah telur dia. Ketam masak cili pun cam dah oily sket. Tp buleh lagi dimakan la.

Tapi paling bes, cicah ikan bakar ni. Sedap! Dap! Dap!. Eh.. walo dah kali ke3 ke sini, ini baru 1st time makan ikan bakar. Haha. Makan kat kedai ikan bakar, tp tak penah makan ikan bakar. Dahtu, kang tak terabis pulak. Sotong goreng tepung pun still sedap.


Kira ni kalo keempat aku makan kat Bagan Lalang (walo ada org tu katanya dah beratus kali kot), dan sekali je aku makan kedai lain. Tu pun sbb penuh kedai2 ni, maka makan kat kedai yg cam kecik je. Tp dia ada letak meja kat tepi laut. Sedap gak tu. Serai ke apa tah nama kedai dia. Dia ada gak cam bihun sup seme. Nxt time, mau try kedai2 lain plak.

Yg bes kat Senandung Malam ni sbb rega dia affordable. Tp tpt2 lain kat situ pun sama kot. Takde la mahal. Utk apa kiterang makan berdua tu (haha. Org lain seme ramai2..kiterang berdua je.. lantak la..) RM53 cuma. Bes. Ketam 3 eko tu.

Ahad - ke Tesco jap pepagi tu. Mmg pagi la. Kul 8 lebih dah kuar. Kekdahnya nak beli Dynamo ngan minyak masak je (aku dah beli minyak jagung, pastu bila baca balik, org kata minyak jagung tak elok untuk deep fry plak..terpaksa beli Sri Murni balik. Haih). Tapi, tah berbagai plak dapat. Biasa tu... mmg biasa kan camtu. Haha.

Pastu cam dh dkt kul 11, makan trus kat tesco tu. Makan dalam kuali.



Tuesday, December 18, 2012

Edisi Makan Makan : Mi Kari Ketam

Sepeninggalan ai ke meeting ni, ai sajikan uols dgn mi kari ketam nih. Mihihihi.
Ada yg tingin??
Retu masa ai upload gmbau ni dlm FB, ada sorang kazen ai - yg peknen kata terliur.
Alamak. Ai tak bersalah dlm ini gambau.
Huhu.

Ini pegi tak plan pun. Petang Ahad kite lewat lunch. Sbb ngemas rumah bagai nak giler. Byk tul barang. Ntah hapa hapa plak tu. Menyampah rasa. Seme nak simpan. Mesti simpan, sbb aku ni ada peel - simpan - lps tu takde guna - bila dah buang - baru nak guna barang tu - jadi sbb camtu lah barang (sampah) melonggok2 dlm segala bekas. Haih.

Alahai. Idak la sedap nau. Dlm gambau je tempting kut.
Rasa biasa2 je lah (tp jgn diikut aku ni - aku tak sker makan - seme menda pun aku rasa biasa2 - durian crepe yg org menggila tu - aku rasa cam.. eh, apasal seme orang suka tp aku tak suka. Ha.. begitu )
Rasa Mi kari la. Cukup semua rasa dia. Yang diletak seekor ketam (ketam sedap - masih manis2) - saiz sederhana - diletak juga isi ketam (yg pjg2 tu - tapi dia kerat) - ada sedikit tauhu,daun bawang,bawang goreng dan telur rebus (separuh). Itu je lah. Kalo kat YikMun tu hari, giler banyak garnishing dia. Rasa nak pitam abiskan.

Selain mi kari, ada gak yg lelain berasaskan ketam. Nak nasik putih lauk ketam masak pedas pun buleh. Tp aku taktau lah berapa lama kau kena tunggu kalo mintak menu itu, sbb mi kari ni pun lama gak la menunggu. Mungkin dia sediakan mangkuk by mangkuk kut kari tu, bukan kuah seperiuk besar. Mungkin. Sbb tu agak lambat. Kalo dah ada dlm piuk cam kuah laksa tu sekejapan je lah dah smpai atas meja kan. Cam kita makan laksa bawah2 pokok tu. Order - zup sampai dah. Bukan susah kan. Taruk laksa-garnish dia-dan curah je kuah laksa (tetiba tingat Laksa Buyung Emas kat kg aku tu. Huhu). 
Tapi itu laksa. Ini mi kari. Mungkin dia buat semangkuk, semangkuk gitu. 

Tak mengapa. Ada rasa nak pegi lagi. Nak try yg lain.
Tapi tatau lah mydear kepingin ke tak nak pegi sbb retu pun cam dia tanak je pegi dah. Lambat!. Katanya. Oh ya. Aku order air sirap limau. Yg smpai sirap tanpa limau. Tu la, lenkali tulis. Duk ingat2 sudah yg smpai sirap. Mujo tak menyirap aku di situ. Semangkuk mi ni RM8. Nak lagi mahal orderlah ketam nipah, udang harimau. Seme tu ikut berapa kilogram. Huhu.

Kat mana pulak mi kari ketam ni?

Dkt Kg Dato Keramat. Sblh masjid Al-Akram ke apa nama masjid tu. Dia bukan dari hadapan, tp area belakang2. Yg ada kedai nasik ayam segala tu. Dkt2 juga dgn pasar keramat. Alah, orang biasa dgn tpt ni tau lah kot. Yg tak biasa tu, google2 je lah. Kedai ni pernah masuk JJCM rasanya kalo tak silap. Pun ada dlm paper jugak rasanya. Isnin tutup. Buka dari jam 12.30 t/hari - 10mlm (if I not mistaken). 

Tp kalo sementelah ada kat area ni - oke lah pegi. Kalo sekadar mmg nak carik ketam - baik gi Bagan Lalang ke atau memana lah tpt seafood. Lagi puas hati kot. Huhu.

Tuesday, December 4, 2012

Edisi Makan Makan : Restoran Pau Yik Mun

Bila kah kejadian ni?
Nengok dak Eida buat entry baru tingat nak buat. Huhu.
Lama dah ni. Masa balik dari kg yg cuti Awal Muharam tu.
Singgah Tanjung Malim jap.
Dah la on d way tu pun ujan melebat giler.
Mujo smpai Tg Malim dah oke.
Tak tahu sebenarnya kat mana lokasi sebenar.
Main masuk je.
Udah termasuk kat area pekan lama Tanjung Malim tu.
Tp kiterang pusing2 juga.

Rupanya senang je. Dr exit highway tu ikut je signboard gi UPSI. Nati sblm kat traffic light simpang empat, nampak la restoran ni. Belah kiri kita. Besar kedai dia.

Masa kiterang pegi ni orang ramai. Mungkin sbb Ahad n cuti skolah. Org balik dari kenduri gaknya. Smpai kena berdiri kejap la sblm dpt tpt duduk.

Igt nak makan roti bakar. Nampak cam sedap. Tp dah abis. Sudahnya makan ini je lah.
Tp rega agak mahal gak la. Tp bila tgk bahan2 dia, oke lah. Nati kalo nak balik Perak, nak singgah breakfast plak. Nak gak roti bakar.

Cuma... aku suspect aku tak leh minum white coffe lah. Smpai umah mlm tu, pening kepala. Aku syak itu lah puncanya sbb itu lah pertama kali aku minum white coffe (T___T)

Total berapa tah. Lupa dah. Tapi cam mahai gak la. Sbb aku beli pau frozen skali - 2 jenis. Kacang n kaya. Lelain aku kurang gemar. Tp kami beli gak 4 bijik utk makan terus balik rumah tu.
Nasi ayam. My anak buah n myDH order yg ni.
Sedap ayam. Tp sup is masin - ajinomoto lebih ni.
Suasana. Roti kahwin tu bes kut.
Mine - bihun kari. Dia nyer garnishing mmg memacam.
Dah rupa yongtaufu.
Yg ais tu la white coffe aku.
Peningg...

Tuesday, November 20, 2012

Edisi Makan-Makan : Restoran Syed


Kalo tgk kat FB ke instagram ke salu je aku update aku makan Restoran Syed ni.
Satu satunya kedai mamak yg aku rasa selesa. Huhu.

Smpai yg tukang jaga lauk tu dah kenal la kiterang. Kakak..kakak.. dipanggilnya aku. Haha.
Napak nau salu bertebeng ke situ.

Lps tu dah pindah bln 9 tu, dah jarang pegi. Sbb cam takde masa, pastu cam dah jauh sket dari umah baru ni. Idak la jauh, tp kalo dr KB dulu mmg sgt dkt la.

Lps tu pegi, tgk dah advance. Wah. Macam kat pizza. Order, then dia tekan2 kat komputer. Kuar ketas di print. Hihi.

Masa ni tingin makan tandoori. Dap!

Kalo nasik kandar pun aku suka sini. Ayam madu is the best. Taktau tpt lain, tp aku dah try byk tpt, seme tak memenuhi citarasa aku. Apa ke pelik derang buat ayam madu. Tp sini - bes. Itu tekak aku lah. Aku ni kan pepelik, org tak sedap, aku sedap, orang sedap, aku kata tak sedap.

Roti canai, kuah dia pun bes. Tp megi goreng kureng sket. 

Pendek kata ni mmg mapley pilihan. Haha. Ada Halal Jakim jugak. No worries. Tpt nya kat Jalan Dooraisamy. Dkt2 dgn ofis Nuffnang jugak. Dan dkt club yg ada kes tembak2 tu. Huhu. Yer, kalo mlm tpt ni mmg la tpt club, bar segala. Kalo dtg weekend-malam, mmg tak dapek la parking. Kat luar kedai ni plak ada kedai yg glamer dgn sup dia tu. Tah..jarang aku makan sup tu. Ada la sekali dua. 

Monday, November 19, 2012

Edisi Makan-Makan : Naili's Sentul


Berapa lama tak makan sini?
Lama dah kot.

Aku tau tpt ni mmg lama sgt dah. Awal2 dia bukak dulu la. Masa tu abgcik n kakcik yg bawak. Time tu anak buah aku- dak Fatin tu - yg skang dah dajah 5 - kecik lagi. Baru 3.4 tahun kut. Which masa tu dia nak limau ais, dia seluk air tu amik limau, then dia perah2 balik dlm air n keliling meja. Syabas. Haha.
Lps tu pegi lagi dgn bf (ketika itu). Haha. Beberapa kali la juga. Haha.
Kami panggil tpt tu restoran nyamuk sbb ada nyamuk la plak.
Tp kira abis romantik la kiranya sbb pilih tpt tu. Haha.

Lps tu ada la sekali 2 pegi dgn kengkawan.

Ngan myDH. Ini la 1st time. Hari Sabtu.10.11.12 tu ari (eh. Aku pun tak pasan aku pegi date cantik itewww). Dah dkt sgt dgn umah kan. Jadi, mari kita pegi.
Masa g tk ramai org lagi. Dpt tpt duduk yg bersila tu.

Nak makan lamb chop. Nak makan lamb chop. (hehe. ada orang dok eiww..eiww..eiee.. ai tak makan kambing, skali lamb chop makan. Haha. Urban gitulah..kambing tak makan. Lamb makan. Hohoho. Aku oke je. Kambing ka lembu ka makan seme, tp sbb aku tak suka makan2 sgt, jd aku tak amik kesah la pasal makanan ni. Asal ada, oke dah)


Sori ler gmbr tak memuaskan. Pakai S2 je pun. Bukan Note2 mahupun S3. Takde la nak bawak kamera godang plak hai nak melantak kt tpt yg sekentut je pun dari umah. Lagipun sapa biasa gi Naili's ni tahu la cemana gaya kat dlm tu. Agak kalo kelkatu jatuh dalam tu pun tak pasan. Haha. Tp mana nak ada kelkatu sbb takde lampu. Ngee.

Tp lamb chop mmg sedap. Lembut sajork. Aku amik gravy dia mushroom. Sbb tingat masa kat hotel KSL JB tu hari. Cam sedap sungguh la sos mushroom. MyDH memalu plak nk order bagai. It's on me oke.. tp dia amik Chicken Chop. Tp lamb chop aku tu pun half aku kasik ke dia. 

Lps tu terpikir, baik g sini masa anniversary.

Me : Patut kita dtg sini masa anniversary kan. Cam romantik jugak tpt ni.
MyDH : Anniversary kita cuti, booking hotel lah. Hari Jumaat tu.

Ha...masa kat sini la dpt idea nak gi hotel tu.

Me : Ek?? (cam tak caya lak pakcik ni yg bagi idea. Hihi). Lps tu kita booking utk candle lite dinner skali kan? hihi.. (saja cakap, tp tak kuasa la kan. Igt kenyang ke makan candle lite dinner, aku penah g skali, masa valentine.. seketui2 dia bawak course. Pastu secoet je. Udah la menda2 sayur mayur yg aku tak makan tu. Kuasa)
MyDH : Gi yg dekat2 je. 
Me : Pullman Putrajaya?
MyDH : Oke gak tu.

So, begitu lah terkeluar idea nak gi Pullman tu. Hurm. Aku ada kenalan kat Pullman tu. Tp cam segan pulak. Tetiba nak tanya ke dia plak. Dah lost contact seme. Tentah dia pun dah tak keja situ (T___T).

Oh. Kembali ke cite Naili's - oke la. Aku minum air jus longan. Dekat nak satu tin buah longannya. Puas hati. Ye lah, rega pun RM8.90. MyDH minum jus epal asam boi. Dia siap letak serbuk asam boi tu (tetiba aku kecur. Haha). Pun rega sama. Total utk 2 org dlm 60++. Owh. Skali skala buleh, berkali kala, pitams.

p/s ; Adik2 TTCian, nati kita gather kat sini plak. Amacam?? Masa beday akak ke. Hikss... :D

Thursday, October 4, 2012

Edisi Samurai Burger N Double Down Zinger

Minggu lepas balik dari kelas hari Rabu singgah McD. Skang lagi la galak menyinggah. Dulu takat singgah Ampang Park tu agak leceh, kena park keta seme kan. Skang ni buleh drive thro... tu yg keja nya asik nak nyinggah je kejanya.
So, last week try beli Samurai Burger.

kredit : here
Sedap ke?

Kalo ikut tekak aku ni mmg tu la pertama dan terakhir aku beli.
Aku tak sker menda2 tak pedas ni.
Ada terasa cam manis2 plak. Apa ni??
Air tu mmg cam sweet je kaler dia, tp rasa dia tak la sweet sgt. Boleh la..
Kesimpulannya aku tak suka. Orang lain suka, tak mengapa.
Pada aku better aku beli dabel cis beger. Lagi sedap berganda.

Mggu ni plak, balik kelas. Pun hari Rabu-semalam lah.
Beli plak Zinger Double Down.
kredit : KFC
Ini terpengaruh. Tgk kat instagram Imah. Dia post gmbr tu. Time tu dlm kelas. Napak cam Ya Allah haii... sodapnya..
Dia cam burger tp takde roti. Ayam zinger tu je. Pergh...kecurrr.. aku sker je yg crunchy2 ni (walo kadang KFC ni oily sket)

So beli. Rega mmg cam tak masuk akal gak la. RM8.40 utk ala-carte.
Aku amik set ngan air - RM10.50
Yang ni aku suka. Orang lain tak suka, tak mengapa.

Aku suka ni. Lagipun dia ada cheese cair cam kat chessy wedges tu.
Tu kan feveret ai.
Tp myDH kata "masin"
Masin ker?? takde pun, sedap je..nyumnyum.... Omnomnomnom.....

p/s : Ai takde gmbr makan2 zinger ni. Tp kalo nak tgk gmbr keenakkannya, p kat blog Hanis. Dia baru je buat entry Zinger ni. Huhu.

Wednesday, September 5, 2012

Edisi Nasi Padang : Sari Ratu

Asik la buat entry tanpa gambar. Bosan eh? Haha.
Oke, meh nak tempek gambar ini.

Ini pun sesilap haribulan ada yg tak dpt nak view sbb amik dari FB.
Itu gmbr makan lunch last Saturday.
Di Sari Ratu Jalan TAR. Alah, yg dkt sblh Houz Depot tu.
Kami ada beli barang sket kat HD, jadi terus makan situ.
Lagipun nak try. Apa la yg bes kat Sari Ratu ni. Sbb our bos bos sker nau makan kat sini. Acapkali pas meting ke derang ke sini.
So, kasik try.


Bes ker?
Oke la kot. Ada kot la plak kan.

Terpaksa cakap oke sbb order lauk2 cam kat atas tu, nasik putih 2, es teler n jus apple, total nya RM50. Terchekik tauu... 

Nasik putih saja dah RM1.80 sepinggan. Daging tu paling meriah harganya. Amik 2 ketui RM14. Seketui 7hinggit. 2 ketui tu reganya da boleh dpt hampir 1/2kilo daging. Hoho.

Tapi aku sker la es teler ni. Sedap. RM8. Ah, lantak la rega tu. Yg pasti aku sker. 

Sekali sekala boleh. Berkali kali dan berkala kala, tak payah lah. Ni aku makan sini pun sbb da malas nak menapak jejauh. Lagipun da dapat 2jam pree parking lps beli barang kat HD tu. Tp lps tu baru perasan ada kedai ayam penyet sebelah tu gak. Better makan ayam penyet.

Haii.. takpe la kan. Asal da merasa. Huhuhu.

Saturday, June 30, 2012

Edisi Flaming Crunch

Korang da try KFC baru tu?
Flaming Crunchy ke apa tah namanya.
Tgk ramai da update pasal KFC ni.
Jadi, ntah cemana, setelah berbulan lama, akhirnya aku 'mencemar duli' gak menjejakkan kaki ke KFC - semata mata nak rasa KFC baru tu lah. Kut sedap nau kang tak merasa lak kan. Kan kalo KFC rasa lelain ni dia kejap ja.
Jadi masa puasa last Thursday gi beli utk mkn buka puasa.
Tak lupa gak my feveret eva lah.
Cezi Wejes. Huhu
Kelabu - da aku edit ngan instagram
Sebenarnya bukan la berbuka dgn KFC ja. Balik tu aku sempat masak. Daging masak kicap ngan sayur bayam. Ada gak ikan kering kecik2 tu. Tah. Bila tahun punya ni. Ada ja dlm esbox tu. Kasik abis kan. Sok nak pindah sonang. Haha. *cam kan la nak pindah dah esuk*
Selera tajam. Maklum la. Buka puasa. Eh. Tp aku smpai umah dah kul 6. Smpat lagi masak. Oke. Gud. Ini praktis bila bulan puasa nati. Tp masak simple camni mmg boleh la kan. Sap sap sui sajork. Harap2 thn ni aku boleh buat cam thn lps. Masak setiap hari. Hihi. Sbb tu lah tak boleh pindah lagi sblm puasa sbb nati jem. Umah situ jauh sket. Sket ja. Ngeee.

Oke, berbalik ke review Flaming Crunch KFC tu. Urm. Cheesy Wedges sedap! Lama tak makan. Ayam. Urm. Kentang putar tak smpat makan. MyDH tala sengsorang. Cam rasa nak merajuk. Haha. Ayam. Urm. Roti tak makan. Taktau. MyDH kut makan abiskan. Kenyang. Nasik lagi. Ayam. Hah. Susah nak review bab ayam ni.

Takpe la. Tak berahi dah kut nak beli lagi. Maaf yer. Semenjak 2 menjak ni mmg saya bias. McDonald juga pilihan hati. Crunchy apa je pun. Tah....

Dan esuknya plak (Friday), adik2 unit belanja KFC. Lagi. Igt cukup lah sudah. Tak mahu repeat. Tp meke dah blanja. Sbb kan aku last day di unit itu. Jadi, makan. Meke beli combo. 

Tiada pilihan. Ada drumstick n bhgn yg byk isi tu. Tiada pilihan. Aku mmg tak suka drumstick. Aku sker wing. Skali woh. Oily nya part kulit drumstick tu. Hoh!

Kenapa yer. Ayam KFC ni cam berminyak lah. Lps tu dia cam lembap2. Which McD tu dia cam kering sket. Pun lagi aku rasa isi dia juicy la. Terasa la rempah tu. Cam manis2 je isi ayam tu. Isk. Dulu mmg aku tk 'berahi' sgt ayam goreng McD ni. Tp skang sebut je dah cam terliur. Isk. Udah tingin plak ayam McD. Dahhhh.... Bila la nak pantang fast food ni. Ni pantang gak. Pantang sebut....... (T______T)

*lapau nasik. Jap lagi nak turun bawah. Acik bawah ni ajak makan kenduri umah dia. Pegi ler. Idup bermasyarakat sket. Hihi. Nati dah nak pindah dah. Huhuhu.

Tuesday, June 26, 2012

Edisi Dari Selat Ke Klebang (Review Coconut Shake)

Masih lagi di Melaka.


Masjid Selat
Sedikit info Masjid Selat, leh baca link ini.

Lama dah kut kan. Baru berkesempatan melawat.
Lawa.
Ni cam masjid terapung kat Penang tu jugak.Yang kat Tanjung Bungah tu.
Masyallah...mmg la cantik. Nyaman berangin ja.

Dari Masjid Selat ni kami ke Klebang. Utk p tgk muzium kapal selam ni.
Yg baju purple itu suami saya.
Tahun 2010 dulu kami p Melaka takde lagi mendalah ni. Tpt dia kat pantai Klebang yg ada 1 Malaysia tu. Kena masuk ujung skali. Jalan pun tak elok lagi. Berbatu batu. Ceh. Awat tak turap sket?


Bayaran masuk - RM1. Masuk je lah. Walo takde apa pun. Padang pasir dgn seketui kapal selam tu. Huhu. Panasss! Masa ni ada bertekak sket ngan myDH sbb syiling 40sen pun takde. Org yg jaga kaunter tu la, asik nak duit kecik ja. Dah ko tau ko seketul je ada kat situ, sila la tukar duit sesiap. Ni kita plak yg kena carik duit kecik. Dah tak memasal kami lak bertelagah. Aku takde duit kecik, siling ada la. Tp tak cukup 40sen. Memasing ada seploh hinggit. Itu yg jadi hal. Geram jugak aku kt tukang kutip duit tiket masuk tu. Kut takde sgt, takyah masuk lah. Apa lah! Ni Perzim ke sapa jaga ni, sila tgk yer. Dun expect seme orang pun ada duit kecik. Kata melancong, harus seme pun duit besar. Sila sediakan duit kecik utk org tukar. Lain lah ko kedai runcit. Boleh la amik gula2 ke apa ke.

Dah. Takyah lama-lama. Nak makan coconut shake nih. Haha. Memula mydear kata tak payah lah. Hah! tak payah??? Dah lalu tak payah plak. Apa kesss??

Oh. Klebang Original Coconut Shake ni kat tepi jalan nak ke tpt kapal selam tu lah. Kalo kita dari bandar Melaka, this kedai on ur right side, tp kalo dari Masjid Tanah, kedai ni belah kiri lah. Dkt stesen minyak Caltex.


Jadi, singgah. Orang dah ramai sbb da tghari. Tgk lak orang dah beratur panjang. Paking keta kat tepi jalan. Nampak dia tulis, bungkus diluar, makan dan minum sila ke dalam. So, jalan kaki sket. Ohhh... ada tpt paking yg luas lagi. Tak tau plak.

Menarik da bomb!
Situ ada la makanan yg simple2 cam nasik lemak, mihun, mi goreng yg dah siap bungkus. Dan ada kuih muih gak. Trus amik dan carik meja. Lps tu takyah order air tu. Ada je pekerja dia pusing2 bawak air. Cakap je coconut shake dua trus dia letak. Hihi. Bes. bes.

Dpt pun merasa. Apa yg menyebabkan sedap?
Aku rasa sbb kita leh rasa isi kelapa dia tu. Mean, dia tak blend seme isi kelapa tu. Boleh gigit lagi. Sedap la. Siap kami tapau lagi.
Pulak tu bila tapau satu lagi, orang kedai tu tanya kalo dia nak bagi air kelapa free nak tak. Kami pun oke je la. Seplastik besar dia bagi. Tingat pulak yg Eida kata elok minum air kelapa kalo dah 'bersih'. Seswai la. Right timing. Ngeh ngeh. Alhamdulillah.. Mekasih pada kedai Klebang Original Coconut Shake. Ngeeee.

*gmbr tak berapa clear - bawak kamera - tp malas nak guna - skang mmg amik gmbo guna mys2 sbb buleh trus instagram kan. tehee :P

Monday, June 25, 2012

Review Makan-Makan : Ikan Bakar Crystal Bay

Rata rata seme pun kata tak perlu pergi ke Umbai skang ni utk makan ikan bakar kat Melaka. Skang seme orang dah makan kat Crystal Bay.
Ceaaa... jadi harus la men-try-kan diri makan kat situ. Walhal, kat Umbai tu pun tak penah pegi. Huhu.

Aku mmg tak bleh nak imagine where's Crystal Bay ni. Ada yg kata dkt Alai. Apa ni, Alai ke Crystal Bay. Which one. Rupanya, alamatnya adalah begini Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka

Laluan nyer sama je nak ke Umbai. Aku gi ngan anak buah aku yg blaja kat UTEM. Lps mandi manda kat Melaka Wonderland tu, amik dia kat umah sewa kat "Bear Hill". Haha. Dia la tunjuk jalan. Katanya dia pun tak berapa tahu. Tp boleh la sket2. Masuk lebuh AMJ tu, amik jalan nak ke Teluk Mas (eh, btul ke ni), then ada cam pintu gerbang tulis Crystal Bay.  Kalo dari AMJ tu before Umbai lah. Ada gak signage tulis Medan Ikan Bakar. Masuk la. Dia dalam kawasan perumahan Alai Perdana kalo tak silap lah. Mmg kena masuk cam area perumahan baru napak medan ikan bakar tu.

Byk la kedai2 situ. Cam food court. Ada cam sungai gak. Tpt nelayan2. Then ada seberang sungai tu pun ada kedai gak.

Tp oleh kerana dari review orang kata pegi la kedai Ala... Kasim, maka aku pun pilih kedai tu. Padahal time aku smpai tu dah 6 lebih. Kedai lain dah ready utk pilih ikan. Tp kedai Ala Kasim ni tak ready lagi. Siap kami duduk dulu. Haha. 


Lps tu dalam kul 7 baru kuar ikan2 dia. So, kami pun pilih2 lah. Sbb hanya bertiga, idak la amik byk. Amik ketam 2 eko - goreng cili,

pepahat- pun goreng cili, tp takde pecah telur. Igt nak buat cam kat Bagan Lalang tu. Sedap tau pepahat goreng cili pecah telur ni. Nyum nyum nyum. Tp dia tak boleh buat. So, goreng cili gak la.
Ikan cencaru 2 eko - bakar. 




Sotong - goreng tepung.


Aku tgk orang lain pepahat tu buat rebus je. Errr.. rebus..sedap kah? Kan pepahat ni cam ada rasa lembik2, pasir2 gitu..nati kang rasa pasir plak.

Masa kami nak makan tu nasik lemak tak smpai lagi. Tp sokay la makan ngan nasik biasa. Tunggu tak lama la sbb kami pun sampai awal. Orang kedua yg order.

Kedai ni dah di over-rated sgt kot. So, bila aku baca ramai kata sedap sedap.. aku dah tune otak aku sedap. Malah mungkin lebih sedap dari kedai yg salu aku makan kalo pegi Bagan Lalang (Senandung Malam). Tu yg bila dah rasa tu cam.. oh.. kenapa aku tak try kedai lain. It's not tak sedap yer. Sedap tak sedap tu subjektif.


Oke je. Rasa seme oke. Tp mungkin orang kata sedap, aku igt cam sedap sgt lah kan. Cicah kicap ikan bakar sedap. Sotong goreng tepung pun double thumb-up. Sedap. Sama gak rasa cam kat Senandung Malam. Cuma ketam n pepahat tu, kalo dia leh goreng cili ngan telur tu, mmg sedap lagi lah.

Cuma tang kebersihan tu. Kami amik air jug. Sbb sng kan. Walo pun 3 orang. Tp jag nyer.. alahai.. ni mesti tak basuh pakai sabun bebtul ni. Main celup2 air gitu je. Presentation ni sebenarnya kena jaga gak la. Tgk bawah pinggan yg ada ikan bakar tu rasa cam adoii.... awat ni, tak basuh pakai sabun ka?? 

Tapi, yg besnya adalah harga. Mmg murah woh. Aku pikir utk seme2 aku amik tu hampir la RM100. Sbb ngan ketam pepahat bagai. Skali RM60 sajork. Aaaa...muwah.. bab ni mmg tak leh lawan Bagan Lalang. Walo Bagan Lalang tu dikategorikan murah jugak, tp ni lagi murah woh. Aku penah makan dlm kuantiti camni gak, berdua, cuma ikan tu ikan pari, rega RM70 lebih kat Bagan Lalang (bkn Senandung Malam tulah).

So, sapa2 nak terai makan ikan bakar sini. Boleh ja. Boleh gak la terai kedai lain2 tu. Sama ja kot. Takpun kedai seberang sana sungai tu. 

Kalo takde GPS cam haku ni, yg guna Maps Application, tulis lah Taman Alai Perdana, sbb kedai ni dlm area perumahan tu. Oh. Paking berbayar jugak yer. RM2

p/s : aku penah gak terai Muara Ikan Bakar, Jeram. Pun tak menepati citarasa. Cuma situ butter prawn adalah tarbaekk...  Takat ni paling bes bagi aku adalah Senandung Malam, Bagan Lalang. Tapi, tu bagi aku. Bagi orang lain mungkin tak, sbb darjah kesedapan  dan ke'best'an tu berbeza beza kan :)

Slmt makan ikan bakar!