Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

Keranamu, 9763

Nombor apakah?
Yerp. No 9763 sgt dkt dgn aku. Dan famili aku.

Actually tu nombor askar arwah ayah.
Kereta arwah ayah dulu pun mmg beli khas nombor tu.
Dan bila aku beli kereta 9 thn lepas pun, aku mmg booking nombor tu gak.
While, adik beradik aku, termasuk aku, semua pun no phone hujung ada nombor tu. Eh. Semua ke. Abang aku no. 2 tak. Entah ek. Bukan la taksub sgt dgn nombor tu. Tp mungkin tu saja cara buat kami rasa 'dekat' dengan arwah yg dah lama pergi (tahun 2005). 

Tapi, kali ni nombor ni jugak la buat aku pening kepala.
Hai la 9763.


Tapi bukan pasal nombor ni. Pasal JPJ lah. Time ni lah nak buat mySikap lah my itu lah my ini lah. Hah. Kan dah masalah terus.

Grrr...
Dah kenapa ada orang lain minat nombor ni gak.
Frust nonggeng!

Nak booking, tengok2 dah ada orang beli dulu.
Sedihnya bukan kepalang. Tahap rasa taknak makan minum.

Dan time tu lah yang sistem down. Nombor pendaftaran jadi slow. Suppose seminggu je abjad dah berubah. Ni dah kena tggu 2 minggu. Rasa nak menangis.... (T____T)
Pulak tu sekarang, kalau tak melalui tender, kena tggu abjad tu berubah dulu baru boleh beli. Dulu rasanya cam takpe. Tah, aku pun tak ingat. Yang aku ingat, aku g JPJ, salesman kereta tu ikut skali, then aku bayar RM300 sbb nombor aku nak tu tak masuk dalam list kat tv yang dipamerkan kat JPJ tu. Tapi tu duluuuuuu... cerita 9 tahun lalu. Mana kan sama dengan sekarang kan.

Dan, akhirnya tak dapat la aku mengekalkan no 9763 tu. Cuma aku amik nombor yg sama dgn no phone aku satu lagi. Walau hati tak berapa puas. Tapi, oke je lah. Redhaaa... mujo hati ni dah belajar utk redha dengan sesuatu. Kira cam hati dah kebal la kan. Ujian hampir 5 tahun boleh redha, takkan hal camni nak bermuram durja kannnn...

Apa pun, walau tak dapat nombor tu. Walau tak dapat nak abadi kan kenangan, di hati aku, mmg ayah selalu ada... 

Al-Fatihah utk arwah.....

**
Nombor ni unik sebenarnya. Google google tgk ada orang buat analisis pasal  nombor nih. Dulu arwah ayah kata dia suka sbb 9 x 7 = 63. Lagi cerita pasal 9763 dan nombor lain - numberaday

Monday, November 25, 2013

Preve vs Almera









Carian gambar : Google Image

Ramai yg selalu compare Preve vs Almera.
Apakah kelebihan mereka?
Dan apakah kekurangan mereka?
Kalau rajin dan tak buzy, akan ada di entry akan datang (",)

Tuesday, May 14, 2013

Edisi Arnab Dan Kura-kura.


Ari Jumaat tu ari update status ini.
Ramai plak yg like.
(ye..ye... kira lebih 10 tu dah ramai la. Maklum la, tak ramai kawan. Bukan thp retis yg letak gmbr kaki pun beribu dpt like. Huhu)

Oke, itu bukan persoalan.

Persoalannya adalah, selalu eh kita jumpa camni kan?
Atau pun ada yg jadi berdesup tu?? duk potong2 orang tetiba jumpa balik kat tol atau pun traffic light. 
Kuikuikui.

Tapi tu lah.
Ni masa aku drive sendiri tu lah.
Mmg terhegeh2 la. Sbb dah lama maaaa aku tak jadi full time driver.
5 tahun dah aku jadi co-pilot. Skali skala bawa kereta mmg terhegeh2 la.
Ni masa kat nak masuk hway DUKE kat jalan jelatek tu lah. Kita ni berhati2, sopan bagai siap bagi signal, tertekan2 brek sbb jalan cam hampagas kat situ. Berlubang2.
Pastu zupp... keta ni pintas aku dan berdesup laju.
Aku cam memula tu, cam nak hoi... giler kau..bongok bla bla.
Padahal buleh je follow dulu blkg keta aku, then kang dah masuk hway kau potong la.  Ni tak nyempat2. Nak gak pintas. Hieee....!
Tapi, cecpat aku kata "takpe, maafkan beliau, mungkin dia mmg ada urusan penting"
So, kita pun rileks ja. Bawa pun 80 je camtu.

Dan smpai la ke tol.

Skali tgk. Eh la... keta yg berdesup tadik.
Tetiba aku rasa nak gi sebelah keta dia "apa barang bro..keta berdesup desup, skali duk beratur nak bayar kat lorong tunai"
Miahahahaaaa.... cam badigol pun yer. Last2 lambat jugak kau. By d way aku smpai kat umah, kau pun masih beratur lagi kot. Patut aku buat lambaian ratu kat ko dari balkoni rumah aku kan.

Entah. Menyampah giler kat orang camni.
Dia bawak keta besar, tgk kita bawak keta kecik, pompuan lak tu, konon cam haibat la.
Tak hebat mana kalo bersepah isi perut, isi hotak tu kat tgh jalan kang.
Laju2 pun nak ke mana? Kalo dah laju siap la smart tag segala. Eh. Tak kesah la kalo hari Jumaat tu hari je Smart tag kau tak berfungsi. Yang nyata kau kalah! Hahahahahah.

Monday, December 17, 2012

Edisi Kereta : Dia Buat Hal Lagi

Aduyai.
Dia buat hal lagi.
Baru je bulan 9 tu ari dia buat hal memacam.
Ni dia buat lagi.
Haih.
Nak marah pun tak buleh.
Sbb menda dah nak jadi.
gmbr sekadar hiasan
Sejak masuk rumah baru, keta ni boleh dikatakan tetiap bulan ada saja halnya.
Memula retu leaking-pastu merebak ntah penyakit apa-smpai dia overnite kat UM-aku pun tak penah lagi overnite situ, dia dah overnite dulu-pastu skali tu ngan termasuk plastik apa celah2 enjin tu-bila keta gerak plastik tu panas jadi dia ada bau-pastu tumpangkan classmate naik keta-dia kata keta akak ni 'gelong' (sbb dia duk blkg, jadi dia perasan)-buat balancing-tukar tayar sbb tayar tu dah 'bengkak' (mujo sebijik je).
Ni dia buat hal leaking lagi. MyDH antar kedai. Dia kata apa tah nak tukar lagi.
gmbr sekadar hiasan juga.
Mmg rasa tak buleh nak 'stand' dah dgn keta ni. Dia buat hal dkt2 dgn befday dia ke 8, 13hb Januari nih. Mujo lah dah 8 thn, takde la kos tinggi sgt insurans seme kan. 

Tapi bila muhasabah diri semula, aku rasa aku dah tahu apa puncanya.
Yang bermaksud: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah at-Taubah, Ayat: 103).

Yer, kekhilafan dari aku sendiri. Byk tahun juga terabai. Harta tidak 'disucikan'. Mmg kena potong gaji terus ni. Kalo tidak lalai terus.

Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat.
(Surah al-A'raaf, Ayat: 156).

Atau pun, ini kot puncanya. Muahaha.


Mana satu pilihan hati? Muahaha :P


Alahai... cakap2 je pun. Belum lah nak serius bebetul. Itu pun nak merajuk. Bukan la skang pun. Nak kasik abiskan plat smpai WYY 9999 dulu lah. Huhu (T____T)

Saturday, November 17, 2012

Kereta Anda, Identiti Anda

Hari tu cuci kereta.
Mmg lama pun aku dah tak cuci kereta sendiri.
Selalu bawa ke kedai atau kalo balik kg, myDH cuci cuci sket.
So, retu kat kg cuci sendiri sbb da kotor benau. Cermin belakang dah rupa masuk dlm bendang je sbb berdebu. Ye lah..asik ujan je kan.

Bila aku cuci, habis la seme menda khazanah yg ada kat celah2 dashboard la tepi pintu, kat seat tu seme aku godek dan buang. Ntah hapa2 la. Dgn kertas iklan pinjaman berlesen la apa la (yg salu derang kepit kat wiper (punya la aku mencarik apa nama menda ni. tingat visor plak. Haha) ). Semua transit situ sblm buang, tp salu entah bila nak buang. So, kemas2. Sticker pun aku dah ubah. Sbb bila aku drive, ada sticker cam terhalang pandangan. Maklum.. pendek. Haha.

So, bila dok godek2 sticker ni, aku rasa seme detail pasal empunya keta ni ada kat sticker tu. Bahaya juga kan. Mana lah tau.... tetiba ada org call kita, dah tau seme segala pasal kita. Kut la kan. Orang skang macam2 dia buleh buat. Ha..jgn pandang remeh.

Keja mana : Ada tempek situ sticker pejabat.
Duduk mana : Tertempek plak nama kawasan rumah dgn jelasnya.
Belajar mana : Pun ada situ gak.

Hurm.
Tu lah. Dulu yg sapa analisis jenayah tu dah pesan, kalo pemandu pompuan jgn buat keta fancy2 sgt. Cam kaler pink, siap ngan tedi bear bunga segala tu. Napak sgt pemandu pompuan. Bahaya, apatah lagi kalo drive sensorang. Retu aku ada napak kat hway, keta jenis aku jugak, kaler pink, siap langsir bagai. Lps tu ada bulu2 atas dashboard kaler pink juga (dulu aku penah sajes kat myDH kata nak carik bulu2 tu kaler merah n putih - kaler stoberi - dpt tentangan hebattt.. ahahah.. alah, org saje nak test je..)

Apa pun, berhati hati di jalan raya. Sentiasa ada rasa curiga. Pesanan khidmat masyarakat dari Pnstoberi. (",)

Gmbr hiasan. Ehsan : Google

Wednesday, September 26, 2012

Edisi Buckle Up

Haha. Terkezut kan previous entry ku tetiba jadi kelas "oh my english" pula. Haha.
Itu guest post by Zalora itself. No editing, no altering, originally from Zalora dari emel derang. Jadi, entry itu adalah dibawah "pengawasan" mereka. Dan komen2 yg kuar kat situ, harus derang baca. Jadi, kut2 penah ada pengalaman sendiri dgn service derang, komen la situ yer. Aku pun tak penah order dari derang, tp pasni mungkin ada kut. Mari kita terai... wiwiwiwi :P
Tkpe la kan. Sesekali buat 'iklan'. Tehehee...

Oke, buckle up please.
kredit : here
Yer, nak kata lawak, tak la lawak.
Biasa la. Rasa seme orang pun ada pengalaman kena tahan ngan pak polisi bila tak pakai seatbelt.
Kiterang kena last 2 week. Masa dari kampung, nak balik KL. Still pun kat area pekan kat umah aku tu lagi.
Time tu mmg kuar dari kedai, pastu elok nak masuk simpang, terus napak segerombolan polis tgh buat road block. Ha, dgn aku, dgn myDH mmg tak pakai seatbelt. Aku sempat tarik dan klik, tp myDH tak sempat. Lagipun tpt driver tu, dia mmg macam stuck. Itu utk keselamatan sebenarnya tu, taknak bagi kita ter kedepan kalo brek mengejut ke apa. Tarik2 je dia sangkut. Huhu.
So, polis tu dah buat tangan macam "ha..ha... tak pakai tali pinggang" kat laki aku.
Haha. Aku rasa cam dia bagi amaran je tu. Takyah benti pun takpe kut. Tp myDH berenti je tepi. 

Kena la tahan. 

Meh IC, meh lesen.
Dia tgk alamat myDH. Dari KL ni katanya. Tgk no plate. Kiterang pun kata dari kg nak balik KL. Dia tgk belakang mak aku ada. MyDH terus la cakap.
"Oke, saya mengaku saya salah, tp saya ni kuar dari TF ni tadi" (TF tu pasaraya dkt2 situ la).
Lps tu, polis tu cakap ayat yg jadi "bahan" kami smpai skang. Hahahahah..
Dia kata

"saya ni nak kata keja baru, dah lama la. Nak kata dah lama tu, baru la lagi. Tapi saya mmg selalu la sangat dengar alasan keluar dari sana lah, dari sini lah"

Hihi.Hihi.Hihi.

Lps tu dia tanya keja mana. Cakap je lah. Dia tanya kat mana? Sbb mungkin dia ingat cawangan ofis kiterang yg kat Perak tu.
Dia tgk sticker tpt keja kiterang tu jugak.
MyDH terus je lagi ngaku salah lagi dan minta maaf. 

So, dia bagi amaran je lah. Lepas lah. 
Lenkali jgn buat lagi katanya. Tali pinggang ni, start enjin, terus pakai dia kata.
Haha. Tunjuk tali pinggang kat suar tu kang, tau lah. Hahahaha.

Biasanya kiterang pakai seatbelt ni bila da masuk hway. Awal2 tu tidak. Hurm. Tp tu lah..mujo tak kena saman, kalo tidak... melayang lagi duit. Mungkin dia tgk sbb keja govt kut... (T___T)

Lps kena tahan tu terus la pakai. Dan smpai hari ni, masuk je keta myDH sudah berubah.
kredit : here

Thursday, May 3, 2012

Lady Driver

Dah lama aku tak men-drive. Lama. Lama sgt sgt. Mmg sejak kawen aku jarang amat pegang stereng tu dah. Balik kg nak jugak bawak, tp mydear jarang nak bagi.

Kengkadang serasa tak percaya, aku penah jadi single female driver (ke female single driver?). Dari beli keta tu bln Jan 2005 till aku kawen, Disember 2008. 4 tahun woh. Serasa tak percaya boleh drive sengsorang dari KL ke kampung aku. Lebih kurang 300km gak tu (pegi shj). Masa aku bawak sorang2 dulu, mmg takkan lebih 3 jam. Kurang 3 jam itu biasa. Huhu. 120-140km/jam itu juga mmg biasa. Tp dgn mydear, kurang 3 jam itu luar biasa, dan lebih 3 jam itu biasa. Yer, suami saya mmg pemandu berhemah. Syukur.

Tu tak masuk aku leh gi sengsorang ceruk2 dlm KL ni. Kadang aku sendiri yg rasa, eh, btul ke aku penah gi sini sendiri dulu. Balik dari Putrajaya sengsorang malam2. Tu kira oke la. Org pun kata, apa la sgt Putrajaya. Mmg apa la sgt, dpt ko sesat dlm tu berpusing2 la ko semalaman. Tp yg paling aku tak boleh blah dari Seremban ke KL. Salunya mmg hampir tgh malam la. Apo ko buek? No komen. Kisah lama tak perlu diungkit. Haha. Tp masa tu oke la keta baru. Tk smpai setgh jam, aku dah touch kuar dr tol Sg. Besi. Haha. Tak pikir apa langsung time tu. Padahal time tu arwah ayah ada lagi. Kalo la jd apa2 kat aku tgh jalan tu. Haih. Tak boleh nak pikir lah hai. Ayah aku beli keta kat aku utk senang gi keja, skali aku buat utk anto pakwe la, bawak g dating la. Haih lagi skali.


Lps tu cakap la nak gi mana. Bleh je gi sendiri. Pusing sana pusing sini. Cilok sana sini. Berani nih.
Tapi skang... yer, skill tu dah ilang. :( 

Nak balik umah dari ofis yg sejengkal cuma pun menggigil kaki. Tu lah, bila ada org diharapkan, maka lama kelamaan skill tu ilang. Sayang.


Hari ni buat julung kalinya aku drive balik keja.
Pergh. Lemasnya. Cannot! Cannot! Pening tgk kerenah pemandu.

Yg ni mmg salu terjadi. Mmg kalo lalu pun wajib ada. Abaikan myvi BJB sbb dia ikut peraturan. Tgk Kenari tu je la. Pemandu dia cina. Mmg dia angkat tgn. Aku bg je laluan walo sepatutnya dia tak boleh cross mcm tu. Napak palang2 byk tu. Derang dah langgar palang tu. Geram je. Dulu masa bujang, kalo balik ngan osmet aku kat sini mesti kiterang kata nak dtg mlm2 buat benteng ngan simen. Giler btol. Buat sesak jalan je. Ni sapa biasa jalan Tun Razak sure familiar jalan ni. Kuar dari terowong tu, arah ke Menara Tokio Marine nak ke semarak / kg baru.

Seterusnya kisah lady driver yg kalut bila pegang steering. Beria rapat je dgn keta dpn bila napak aku bagi signal nak masuk line. Allah!. Amenda tah. Bagi je la masuk. Takkan rugi masa tu. Sbb lagi ko tolong orang, lagi Allah bagi laluan. Insyaallah. Yakin la tu. Aku nak mintak masuk tu sbb lorong nak masuk umah kat dpn tu je. Kedekutnya ya Allah. Bawak myvi je pun. Kut bawak lori treler 28 tayar tu aku salute la gak. 

Yg lawak tu, dia masuk lorong aku nak masuk. Sokay la. Saja aku bawak laju2 cam nak folo dia. Dia cam perasan aku folo dia. Lps tu time aku nak bagi signal nak masuk lorong lagi satu, dia cam acah2 bagi signal. Masuk lorong lps tu tak jadi. Haha. Woi bodo.... ko igt aku nak folo hang ka..??? pirraaahh..... tak hengen. Aku nak balik umah aku. Haha. Mesti pastu dia kata 'ha..ikut aku lagi, padan muka salah masuk lorong. Padan muka'. Haha. Padahal aku da siap melepak dalam umah dah chek oiii.

Apa kes?? Wahai lady driver?? Kedekut sgt nak bagi jalan. Org dah bagi signal sayang. Tu satu hal tak bagi masuk line. Yg kalo jalan sempit, kita benti bagi laluan kat dia ni, hemmppp.... jgn harap nak angkat tangan. Buat muka pasan cantik ada la, siap jeling lagi. Haha. Pelik. Mydear la. Dia mmg berhemah kan. Salu je benti kat jalan sempit, kasik keta dari dpn lalu dulu. Aku kat sblh ni kadang ni dah 'menggelegak' je kan. Tgk pulak pompuan yang bawak. Bajet cam org nak ngorat dia je. Haha. Dan yg salunya yg jenih bawak Mvyi. Haha. Sori tau pemandu myvi yg tak buat camni. Tp yg bajet handal (tp sebenarnya kalut nak mampuih) adalah myvi lady driver yg memakai tudung. Haha. Smlm je kat twitter #kltu ada sorang tu duk maki lady driver myvi. Siap bagi no keta lagi. Antara yg di twit nya 'sundalism, takyah la pakai tudung'. Haha. Marah benar beliau. Tp tu la aku kata. Ek lebih bebudak pompuan bawak mvyi ni.  Aku kata bebudak je sbb duk kalut sayang sgt jalan tu. Kedekut sgt nak bagi orang masuk. Bertimbang rasa la sket dik. Tk rugi pun bagi jalan kat org. Kalo takut sesak, baca doa 
kredit : google
Aku dulu kalo sesak, mmg aku baca ini je. Insyaallah, laluan tu dipermudahkan. Cubalah.

Dan dgn itu aku merepek juga di twitter. Eh. Ni twit bkn atas jala raya lah. Ni dah atas katil waktu da smpai umah. Takkan dlm keta aku nak twit twit. Tkde makna. Aku tak handal nak taip2 tgh drive kalo pakai touch screen nih.
Skali kawan aku nun di Algeria menambah

Jadi, boleh tak aku simpulkan yg kalo pompuan ni seme sama je. Dpt pegang stering, kaluit tak abihh... Dan pompuan yg takde kriteria kalut cam aku cakap kat atas tu, yg tak kedekut nak bagi jalan, yg angkat tangan bila orang bagi laluan, toksah la dok hangat hati. Korang pastinya tidak la pangai camtu. Harus berhemah dan bersopan santun. 

Aku pompuan?? Btui la aku pompuan.

Tp aku tak jadi single lady driver dah... aku double lady driver, huhu. Yg most of d time mmg jadik mem kat sit sebelah je. Boleh la aku buat kesimpulan camtu. Lalalalalalaa.

Kbai!

Tuesday, April 17, 2012

Proton Preve' : Merah Itu Menawan

Dari pagi entry aku dok sebut budak Preve' ni kan (er. cena nak buat E ada tanduk tu?)
Nah, amik. Ptg ni kasik gmbr terus. Haha.

Merah Itu Berani. Kata shbtku Hasta :)
Ruang dalam boleh la. Cam keta2 local lain gak la kan. 
Smart :)
Ada GPS, Wifi n 4G yer? Penuh ke-IT-an lah.
Biru?? 
Silver??
Merah gak la yg 'menyerlah'.
Kalau nak tau pasal spec ke apa lagi, jenguk la web Proton Edar. Tp ari ni web dia selow melow. Tatau la sbb ramai masuk nak tgk ke atau internet mmg lembap ke tatau lah.

Nak tau pasaipa nama dia Preve ni, klik sini - livelifedrive

Idak la pun nak membeli. Saja seronok2 je. Tp rega still lah affordable. Ramai la ni nati adik2 baru masuk keja beli keta ni. Ditambah plak skang ni byk je 0 d/payment. (Herkk... tak mampu aku kalo zero d/payment. Dkt 1k okeh nak membayo setiap bln. Baik ler beli ghomah weh. At least letak la 5k ke)

Geng2 emel aku kata :
"Proton Pervert boleh la kata lawa. Semua mantop.. tapi.. yg tak mantop tu sbb brand ‘Proton’ – jangan beli dulu sebelum org lain beli & try.
Sejarah terbukti sekian lama Proton ni, 1st-3rd batch semua ada problem.. batch lepas2 tu baru ok.. hahahaha.."

Tp sebenarnya aku lagi sker keta keluaran Proton ni compared to Perodua. Tatau pasal. Tp mmg sker lah keta brand Proton ni.  Sedari arwah ayah aku dulu, family aku yg pakai keta Malaysia mmg semenya Proton.  Dgrnya warranty  5 thn ek?


Pandai dia yer keluar di bulan yg org govt dpt pelarasan gaji. Haha. 
Sapa nak tu buleh pi usha, then booking no W W W. Apa yg bes plat W W W ni? Aku tak kesah plat apa pun, asal no harus 9763. Trun temurun dari arwah ayah.

Oke. Itu saja.Jom g showroom dia. Test drive. Hihihiksssss...sss.. :P

Kredit picture : 

Thursday, August 18, 2011

~Pasal Sehari Di Kedai Tinted~

Oh. Ni citer ari Sabtu lepas. Citer dimana bermula nyer punca aku beli dan belah di PaRam utk juadah berbuka.
Seperti yg tlh diappoinment, aku pun pi la redeem deal yg aku beli kat MAD.
Deal utk tinted keta.
Yeaa... keta ku itu sudah pun ber umo 7thn. Kalo budak, da sekolah pun. Baru ku nak pakai kan dia cermin mata gelap. Huhu. Asik bertangguh tangguh saja nak tinted kan.
Maka dah beli deal yg ber rega RM245 (yg kata org kedai tu rega sebenarnya RM980), maka mari lah kita membuatnya sblm raya agar balik kg beraya nati tak la panas dlm keta (eh. Selama 7 thn ni tahan je plak kan). Haha.
Igt nak upgrade kepada security tinted film. Tokei tu kata bleh kalo nak, tambah RM150 je kalo tak silap. Tp.. takpe lah. Tak payah la kot. Tggu keta baru nati yer. Eh??. Haha.

So, as aku da pilih, aku pi kat Sri Rampai punya. Berpusing2 situ hampir sejam. Masuk segala kat area JJ Wangsa Maju. Rupanya kat Krismaya (tpt Ana Lulu berlakon tu) tu. Masa call tokei kedai tu kata kat area Shell and Paparich. Mmg la dkt. Tp tu Rampai Bis Park kalo tak silap aku. Ceh!

Memula ada 2 keta lain. Maka kiterang pi la jalan2 dulu. Area situ byk lak kedai peralatan umah ni. Ada kedai lampu, ada kedai elektrik. Saja la survey2 barang utk umah baru nati kan. Pehtu masuk Krismaya. Skali budak tu kata 'barang hantaran ada kat tingkat atas'. Aku mcm apakah?? apakah aku ni masih napak dalam mood couple dan baru nak kawin? Haha. So, utk nak 'bunuh' masa, masuk la NSK yg seme org dak kata 'murah..murah..' tu. Hurm. Takde apa menarik pun. Bes Tesco lagi kut. Ada la 2,3 aku menda aku beli gak walo takde menarik tu. Hihi.

Lps tu balik ke kedai tinted tu. Skali keta kiterang lum bikin apa lagi. Eh. Dkt sejam dah ditinggalkan. Maka kami amik keputusan tggu di situ. Ha... lps tu baru laju2 derang buat.


Ha... tggu la smbil baca paper. Org pun ramai gak kedai ni. Ada je yg duk tanya tanya. Sedang elok elok duduk tgk derang bikin keta aku skali tgk ada api uolsss.. ha..gemparrrr... mmg aku ada bau bau hangit sblm tu. Api dari fius box kedai tu. Ha..seme mcm ter gamam. Aku trus lari kuar. Gila ko. My dear bleh lak terpaku tgk. Eh..??
Udah la fius box tu dkt je ngan keta aku. Mcm dlm gambar tu. Yg napak cemin biru tu, sblh tu la fius box. Giler!
Mujur ada sorang customer time tu yg amik fire extinguisher. Kalo tak leh plak cina tu sembur ngan dia nyer air yg tempek film tinted tu. huhu. Tu cina yg tgh duk buat cermin blakang keta aku tu ler. Heh!

Begitu lah keadaannya. Tu bkn asap. Tp habuk2 dari fire extinguisher tu. Menyebabkan org2 ramai da ter jenguk jenguk. Dlm tu still ada keta aku woh. Haha. Eh. Aku mmg ketawa time tu. Yelah..wisau, wisau gak. Tp kelakar pun ada. Sbb per. Sbb asal aku je ada menda berlaku, asal menda berlaku je ada aku. Sempat aku kuarkan kamera. Ada budak pompuan yg tgh tanya2 pasal tinted tu tgk je aku kuarkan kamera dr hbeg. Kalo dia blogger misti dia kata 'ni misti nak masuk blog'. Tkpun dia kata 'takkan gmbr ni pun nak masuk FB'. Hahah.

Lps tu laju2 la pekerja kedai tu kuarkan 3 bijik keta yg ada dlm kedai tu termasuk keta aku. Keta aku paling teruk sbb paling dkt ngan fius box. Putih abis. Dan tokei kedai tu trus suh staff dia basuh kan keta aku. Oh. Hikmah. Rezeki. Rezeki. Sbbnya kiterang pun da lama tak cuci keta. Hihi.


Keh. Keh. Keh.
Nak gelap trus jadi putih. Opss.. keta saya mmg penuh stoberi. Tu baru napak sejibik. Ada lagi di merata merata ceruk.

Masa kena tu, keta aku, ada 2 lagi cermin je tak siap. Maka derang siapkan gak la. Akhirnya kul 3.30ptg baru siap. Hoh. Dari jam 11 pagi sehingga 3.30ptg.

Tp aku takde la rasa nak marah ke hapa. Ye lah. Bkn salah derang pun kan. Lagipun tokei kedai itu pun sgt la nice. Say sorry sorry sorry bebyk kali. 

Dan kami pun pulang dgn dpt Touch n Go pree. Hihi. Sbb mmg ada dlm deal tu dah. First 50 customer yg redeem leh pilih samada nak adiah payung or T n G. Aku payung da melambak. Maka amik T n G walopun aku sebenarnya da  ada Zing Card, dan my dear pun da ada T n G. 
Err... ada sesapa nak?? aku leh bagi jer. Balik kg ni elok la ada T n G. Senang sket.

Begitu lah ceritanya sehari di kedai tinted. Skang keta aku tgh berpantang. Tak bleh bkk tingkap. Dia tulis kat situ 48jam je, tp my dear kata bia la 7 hari. Hihi. Nak pass staff card kat palang nak masuk opis pun bkk pintu je. Misti org igt cermin tingkap rosak. Hihi.

Tuesday, January 18, 2011

~Pasal Last Minit~

Ini la dinamakan 'dah nak terberak baru nak korek lubang'.
Erk. Sapa cipta perumpaan neh?
Org dulu berak kena korek lubang dulu eh?
Bukan ke org dulu pun ada jamban?

Motip nak cerita pasal berak dan jamban lak neee???
Nak cerita pasal maksud perumpamaan tu lah. Tak kira la baru nak terberak baru nak korek lubang ke baru nak bina jamban ke apa. Tp maksudnya aku rasa suma org tahu la kan.

Aku mmg tak sker buat keja nak terberak neh. Cukup tak suka.
So, bila aku dah terbuat gak maka aku rasa nak marah je kat diri sendiri. Mencik!

Kesahnya (la...da 3 perenggan baru nak start citer. mana la tak org kata entry aku ni panjang berjela). Ok, kesahnya roadtax aku dah Innalilllah 17hb. Aku igt aku balik dari Sabah retu sempat la aku nak ber MYEG. Tup2 skang ni internet loading mcm bband kat umah aku tu gak. Kadang lagi truk. Langsung tak dpt. Tadi aku berdiam diri je sbb tak bleh nak access la tu. Udah la masa tu mmg aku perlukan internet. Nak google satu menda yg nak dimasukkan dalam paperwork. Caisss!

So, bila internet lembap aku takut nak guna MYEG. Dah smpai thp nak byr aku terkebil kebil samada nak terus or tak. Tp langsung aku tak teruskan. Ari Sabtu tu org MYEG siap call  tnya apsal aku tak abiskan transaksi tu. Heh heh. Derang leh trace rupanya. Heh heh. By d way, bagus gak kan, siap call balik tu. Lps tu nati dia kata dia emel quotation insurans. Ok la aku kata.

Then Isnin tu da due sgt kan. Pulak tu kat MYEG dia remind kata kalo guna kad kredit 2 hari baru dpt road tax. Gulp!  Isk tak buleh neh. So, cena? Biasa aku mintak tolong kat broker insurans opis ni je tolong buatkan. La ni tak lantik lagi, so ada segan la nak suh derang. Tnya kat assisstant aku, dia kata leh je buat kat post office. Aku mcm 'owh eh. buleh eh'. Ok, kita terai. Smlm tak bawak geran, so extent ke ari ini.

Makanya pagi tadi kami bwk keta ber road tax  xpired 1 ari. Tak penah ni buat camtu. Kut tak mmg da redi je tepek yg baru. Tp takpe. Jgn pikir sgt. So, dlm kul 9am mintak kebenaran bos kuar jap. Gi post office.

Memula org tu kata kena bwk polisi lama. Sudah!. Tah mana aku taruk tah polisi tu. Seb bek ada renewal policy last year. Ding dong ding dong siap proses nya. Bayar dan dpt la road tax. 
Yey! da ada roadtax baru

Wah. Besnya. Setgh jam pun tak smpai. Senang je buat road tax ni rupanya. Haha. Oke. nxt year buat sendiri je. Rega pun murah je dari di qoute oleh MYEG n agent. Harap2 keta ni takde la menuntut bukan2 utk thn ini ya. 
Akak post opis tu kata nxt year tunjuk ini je kalo nak renew. Yey!

Tuesday, September 21, 2010

~Pasal OverDrive~

Anda tahu mengenainya?
Tp adakah anda tahu kegunaannya?
Sapa yg bwk keta auto sure ada mendalah ni kat keta.
Ada button OverDrive (OD) ni di gear spti ini :

Googled yg sama sebijik keta stoberi ai'olls.. huhu
Yang button kecik kat bawah button besar tu. 
Aku pun tatau apa kegunaan sebenarnya. Yg aku tau bila tekan  button tu, tulisan OverDrive OFF akan terpapar di dashboard panel indicator dkt meter tu. Dan tekan bila aku nak naik bukit or memotong kenderaan lain masa kat hway. Masa kat jalan raya biasa dia tak efektif sgt pun kalo ditekan.

So, kat paper tadi ada tulis pasal ni. Jadi aku mcm eager plak nak google apakah sebenarnya kegunaan OD ni. Then carik2 jadi aku dapat rumuskan yang OD ini adalah:
a) by deafult akan sentiasa ON, suis yang disediakan tu utk kita OFF
b) Perlu ada dlm mode OFF bila kita nak memotong..supaya dia lebih pick up. Takde la tetiba dia ter sedak (kalo org biasa bawa keta auto tau la cena rasa dia, mcm dia gerak sendiri ke dpn).
c) OD OFF juga perlu utk pemanduan mendaki tpt tinggi. Dulu aku masa aku drive sendiri paling sker lawan2 ngan keta2 lain kat tpt naik bukit esp bukit lps tol Jln Duta tu n Gua Tempurung. Hehe. Tp kena tekan OD tu dulu supaya dia OFF then naik bukit then jgn brek..kalo brek mmg ko kena high beam la kalo da duduk line kanan tu. Sebab serta merta dia tak pick up dah. Syok oih kalo OD Off ni sbb leh potong keta2 yg berat nih. Haha. Eksen..eksen..tp skang my dear taknak buat camtu. Tp aku tak kesah..lantak la..da silang panggung kat tpt duduk penumpang sila jgn byk ckp. Haha.
d) ada yg cakap pasal RPM high la, RPM low la..tah..taknak tulis sbb aku tak paham mendalah RPM tu. huhu.
e) aku sentiasa ON je OD ni kat memana pun kecuali dlm keadaan aku ckp kat atas tu. Tp ada yg kata kalo keadaan jalan sesak akan membuatkan penggunaan minyak meningkat kalo on Entah. Aku tak penah cuba. Dan takpe la kut..lagi pun jauh mana je la kesesakan yg aku tempuh. Bukan aku berulang KL- Rawang. Kalo yg tu perlu la kut petua penjimatan minyak nih. Huhu. Isi full dari Perak siap smpai KL ada half, lps tu ulang alik ofis tahan seminggu (or 2 mggu kalo mmg pegi-balik opis ajer). Hikss... :P
So..kalo nak tau lebih lanjut leh google..kat sini pun ada skit2 citer pasal OD ni. - when do you use overdrive. Giler lah aku ni, da nak abis da aku byr keta baru sebok nak carik pasal OD nih. Hikss..

Oh ya..kalo nak tau puanstoberi mmg tak reti bawak keta manual. Haha. Bawa semata hanya utk mendapatkan lesen, then da dpt trus bwk keta auto ayah hingga la skang. Harus kena masuk kelas semula kalo nak suh aku bawak manual yer. Sekian.

Sunday, July 5, 2009

~ALLAH telah selamatkan aku dan suami~

Ha..tajuk..suspens giler kan.
Sblm tu aku ucapkan terima kasih pd kwn2 aku yg aku amat sygi yg attach komen korang dlm entry aku sblm ni..yg suruh aku byk2 bersabo tu..mekasih korang...lega..masih ada insan yg memahami walo majoritinya buat sebaliknya pada aku.

Baru aku tulis kan pasal aku tatau bila aku mati.
Dan soklan org yg tnya bila aku nak beranak tu sama ngan soklan bila aku nak mati kan.
Ha..retu aku nyaris2 da innalillah..kalo tak..tak mungkin la aku nulis dlm blog ni.
Dan..aku dh tak hadapi lagi soklan "dah mengandung ke belum"
Tuhan mmg masih perlukan aku bernafas di muka bumi ini...

Aku hampir exciden Jumaat lepas ( 3 Julai eh..bkn..26 Jun sebetul nyer..mengong)
Xciden secara bertentangan pulak tu.
Kalo takat langgo bontot tu..incik atoz aku tu da immune da..
Tp ini berlanggar dari depan okeh.
Pengalaman pertama dalam idup aku sepanjang umo yg kawan aku kata dh tua tu.

Jumaat lepas..lps keja trus kitaorg gerak balik kg dari opis.
Biasa la ptg Jumaat..trafic kat KL ni mmg difahami la..
Buleh masuk hway Jln Duta tu 20min je dari opis ni..tp..hampir sejam.
Ok je la..sepjg hway..berjalan lancar je.
Aku pun tertido2 dlm keta.
Benti kejap je..dkt hentian simpang pulai. My dear ngantuk..dia nak beli air.
Solat maghrib buleh jamak kat umah kan.
Lagipun aku tak mo smpai umah lwt malam sgt sbb jln nak masuk kg aku tu gelap dan jalan dia byk selekoh.

Lps tu kuar je hway call mak (mmg biasa camtu..dulu lagi la..dlm 2 jam je mak sure da call sbb dia tau aku dlm 2 jam mesti da kuar hway..tp my dear ni pemandu berhemah.. dlm 2 ke 3 jam dia atas hway)
Mak kata kat Sg. Siput ada expo hari peladang..owh..hari peladang peringkat ng perak la tu. Mmg buat kat ladang infoternak tu (yg ada burung ostrich tu). Jadi tak risau sgt la..keta mesti byk nak gi expo tu kan.

So..smpai kat pekan Sg. Siput ujan renyai2..
Ok la lagi..skali..lepas je TF..ujan lebat giler..
Aku pakai seat belt (ms kat hway aku pakai..lps kuar aku bukak..tp masuk je jln bengkang bengkok ni aku seriau dah..takut apa2 kalo laki aku brek mengejut ke kan..lagi pun napak jalan licin) aku baca 4 qul,ayat kursi suma dah.

Keta byk gak kuar walo dh nak kul 9 time tu.
Ok la..my dear pun bwk dlm 50km/j camtu kan.

Sekali tu..adalah dlm 6 km kut ke rumah aku..datang satu kereta dari arah bertentangan.
Masuk line kitaorg..aku gamam trus tgk cahaya tpt dpn bijik mata aku.
My dear brek mengejut.
Aku tatau pikir apa masa tu.
Cuma aku smpat terpikir kenapa laki aku tak mengelak.
Berderau darah..pucat...menggigil.
Tinggal beberapa cm je nak terlanggar weh..ngeri giler aku.

Bayangkan :
a) kalo my dear bwk laju..mmg tak smpat brek..dlm keadaan ujan,jalan licin
b) kalo keta tu pun laju..dia pun tak sempat brek
c) kalo terlanggar gak dlm keadaan dua2 laju..mmg takde dah kat muka bumi ni sbb aku penah dgr dari pakar2 jalanraya ni kata kalo xciden secara berdepan ni mmg hentaman dia teruk.so...
d) kalo pun terlanggar enjin je..ko byg kan la prosedur dia..dari report polis, insurance claim bla..bla..wess...tak sanggup aku kome..mmg ada yg balik KL naik bas la jawabnya.
e) kalo pulak org tu tak amik comprehensive insurance..ha..lagi nganga...
f) kalo my dear aku elak..mungkin keta kitorg teruk sbb belah kiri longkang sblh bukit dan belah kanan..jalan..dan ada sungai.
f) kalo kami lewat 5 minit..pasti ini tak terjadi kan..dan kami tgk je keta tu termasuk longkang..dan mungkin Tuhan juga nak selamatkan pemandu kereta tu

Bila dah memasing brek dan "pegun" dlm beberapa saat my dear gerak..org tu turunkan cermin..aku suh my dear tanya (marah) dia.
Dia kata 'taya membuang la'
Hergghhh...mebi la kut..taya dia botak ke kan..
Tp aku rasa dia tak napak selekoh tu..
Ha..memcm kemungkinan la..
Tp..aku nak tergelak pun ada..sbb my dear smpat sound
"hati2 sket bang..ujan ni"
Sempat plak tu dia pikir ayat tu..

Aku dah gigil2 nak menangis..dia pujuk2
Pastu tak kasik aku citer kat mak.
Tp aku..tau je lah..masuk je umah trus citer..hehe...

Dan..syukur Tuhan..Allah masih mahu kami teruskan hidup sbg suami isteri
Dan utk itu aku tahu masih ada rezeki utk kami.
Dan sebagaimana rezeki umurku yg masih pjg ini..seperti itu lah rezeki yg akan Tuhan berikan utk aku dan suami.
Sabarlah wahai org di luar sana yg masih menantikan berita baik mengenai org baru dalam keluarga kami..sebagaimana kita tak tahu bila umur kita akan diakhirkan begitula juga kita takkan tahu bila akan adanya kelahiran baru.

Sekian. Terima Kasih