Showing posts with label AFHAM. Show all posts
Showing posts with label AFHAM. Show all posts

Wednesday, September 9, 2015

Anak-anak Syurga


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam to all readers & followers,

Anak-anak syurga ini.. Tiada apa yang dipikirkan melainkan main sahaja. Ceria dengan hilai tawa keletah manja.. Ya Allah kurniakan ummi abah kekuatan dalam mendidik dan mengasuh kalian. Amin

Hilang stress mengadap diorang ni. Luv u all my lovely sons :)

Note: Bilik baru anak2. Switch dengan bilik belajar abah. Dah 2 hero kan, harus la bilik besau sket...
Read More

Wednesday, April 15, 2015

My Sayangsss

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Plud Corner sangat lama menyepi. Alhamdulillah seorang khalifah Allah selamat dilahirkan pada 18 Januari 2015 yang lepas. Overdue baby dan patutnya serah diri pada 24 Jan. Tapi Alhamdulillah doa seorang ibu n sangat mustajab. Dikabulkan doaku untuk merasai nikmat bersalin tanpa induce (paksaan). Amin

Ahmad Aisy Aqlan bin Azuan. Our second son, Alhamdulillah...
Aisy : Kemakmuran hidup
Aqlan : Pintar

Citer pasal bersalin patutnya di entry yang lain la. Cuma nak post sekeping pic berjudul 

My Sayangsss for u all :)


Alhamdulillah I'm become the mother of two. Luv u all my sayangsss. 3s for abah, abang & adik :)

Wasalam :)
Read More

Friday, December 19, 2014

It's Family Time!! Farm In The City

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Gambo Google
Wah gitu title entry nih kan. hoho~ Last weekend punye family outing, kami ke Farm In The City. Afham sangat suke binatang, so kami memang suke la kalau bawa die pi zoo ke or tempat yang ade binatang ni. Istimewanya FITC ni, kite boleh pegang dan bagi makan pada binatang tu. Even binatang tak sebanyak kat zoo tu, ni pon dah cukup seronok dah.

Lokasi:
Jalan Prima Tropika Barat 2, 
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Family Package
Tak reti sangat nak mengarang panjang lebar, kite tunjuk gambo jerla ye....


Ummi tengah berator beli tiket. Afham menunggu tak sabor nak tengok binatang...


First animal kite jumpe, turtle ni. 


Ada rusa,turtle, rabbit sume..


Dah penat, kite bergambo sat. Toilet kat sini ok la not bad, pastu tempat rehat tuk yang tak larat pon banyak.. 


Sambung pengembaraan lagi.. Last picture de budak tak puas maen.


Ok tamat sudah. Tempat die tak besau sangat. Larat la nak berjalan sambil tolak stroller kat sini. Kite minum dulu.. So heaven dapat minum ABC ni kan. Time ni kul2 kot. Kitorang gerak dari Nilai pon dalam jam 12. Duk kat dalam 1 hour camtu kot. Penat but heppy!!


Ok moh kite pulang. Sy sangat happy!! Kata dak Afham..


Ok, bagi sesapa yg suke animals ni jangan lepaskan peluang ke sini :) Bye, wasalam...
Read More

Thursday, December 4, 2014

Abang Afham is turning 2!!!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers & followers,

Lama benau rasanya tak menaip kat sini. Windu jugak nak bersihkan sawang ni. Tapi malas benau nak up entry belakangan nih. 



Lama sangat tak update citer pasal anak bujang ummi yang genap 2 tahun on 2.15pm pada 2 Disember yg lepas. Yang sadisnya, anak sulong ummi ni kurang sihat. Diserang cirit birit pada Isnin sehari sebelum besday die. Tapi Alhamdulillah sekarang dah pon sembuh. Syukur Ya Allah. Ummi abah paksa minum air garam (SMECTA) yang dibekalkan klinik. Haru jugaklah isnin tu setiap sejam cirit. Sampai nak jalan pon sakit. Cian sangat kt abang yer.

Alhamdulillah cplud now on 3rd trimester pregnant adik Afham. Jantina kejap boy kejap girl. Mane2 pong ummi terima jer asalkan anak ummi sihat. Amiin. Pejam celik pejam celik now dah pon 34 minggu. Lagi 6 minggu ke due date. Kalau ikut pengalaman lepas, abang Afham overdue 7 days. Semoga urusan bersalin kali ni jugak dipermudahkan. Amin

Okeh berbalik pada citer si abang. Ababg Afham is turning 2 pada 2 Disember lepas. Sekejap je 2 tahun. Perkembangan Afham so far sangat bagus cuma tang cakap tu, cam susah nau. Sekarang still cakap bahasa die. Nak dapat adik dah nih abang oii. Ade la jugak perkataan yang kite paham. Sekarang kalau ummi abah solat die pon ikut sama. Dengar azan pon boleh ikut Allahu Akbar cuma pelat sket. Yang lelain pon ada yg bole sebut. Tapi perkataan UMMI ni keramat sangat kot. Suh panggil ummi die gelak. Mama boleh pulak. Macam2 lah awak ni abang. 

Syukur masa 2 hb tu cirit birit Afham makin kurang. Dan perut pon leh terima makanan dah. Ummi masak bubur taruk habbatusauda. Air pon banyak minum di samping kasi air garam jugak. Susu pon dh minum ok. Alhamdulillah.



Petang tu after abah balik dari UTM, kami bawa Afham jenjalan makan2. Besday si anak tp si parents yang sibuk makan sedap. Anak tak dak selera sangat nak uat camana kan. huhu~ 

Cadang nak beli kek utk Afham celebrate dengan kengkawan kat taska. Last taska bulan ni je. Next year kene cari taska lain. Macam2 jadi lately. Taska Afham dah nak tutup operasi, kurang pekerja katanya. Si anak dah serasi ngn taska ni. Tapi nak buat cemana kan. So sekarang ni kami duk survey yg mana terbaik tuk anak2. Sekarang taska kt Nilai ni rm380 tuk baby. Kalau Afham 300. Hambek kau anak 2 next year rm680 tuk anak ajer. Phewww~ Plus GST la bla bla itu ini. Memang cabaran betul dan langkah penjimatan penting sangat! Menabung jugak tuk masa depan. 

Panjang meleret entry. Lepas gian lama tak menaip kot. Sume benda nak dihamburkan. Ni pon de lagi nak citer pasal bersalin. Takpela stop sini dulu la. 

Last word...

Epy besday ank ummi abah Ahmad Amirul Afham. Semoga anak ummi abah jadi anak soleh patuh pada Allah, ajaran agama dan kedua ummi abah. Semoga dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa. Dah nak jadi abang no more anje2 lagi tau. Nak jadi abang dah. Moga cepat cakap jugak wahai anak ummi abah cayang mmuaaahhh... 

Amiin...
Read More

Tuesday, June 17, 2014

Bronchopneumonia...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Rasanya lama sangat menyepi dah bersawang mawang sume blog ni. Mood tak suka update blog ni cam datang lagik je. Errrk. Tapi still kene update jugak untuk rakam moment Afham warded pada hari cuti Israk Mikraj yang lepas. Bronchopneumonia. Panjang nau ejaannya. 

Sebelum citer lebih lanjut, sedikit explanation tentang penyakit ni:

BRONCHOPNEUMONIA ~ Jangkitan kuman pada paru2 ~

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di dalam paru2 boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi2 udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru2 dikenali pnuemonia. Merupakan jangkitan kuman yg biasa di kalangan kanak2 kecil dan jugak orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian di bahagian atas (batuk dan selsema) yg merebak ke bhgian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ni boleh melibatkan keadaan yg tidak serius pada awalnya sehinggalah pada keadaan yg boleh mengancam nyawa. Nauzubillah... 

Bagi kes Afham pulak, demamnya on off dan berlarutan sampai ke seminggu lebih. Kejap baik kejap lemau kejap sakit. Hati ibu mana yg keruan tengok si anak yg dikandung 9 bulan ni yg dulunya aktif tapi lemau je duk melepek depan tv. Mainan pon langsung tak disentuhnya. Badan panas yg melampau bile sejuk panas balik. Berulang alik ke klinik 2 hari sekali. Pakar la klinik panel la. Ubat demam kahak sume telan. Keadaan masih sama. 

On Sunday 25 Mei, petang tu kami bawa Afham ke klinik panel after mak dan sedara dari Terengganu berangkat pulang. Anto daftar sedara masuk USIM untuk Tamhidi. Terpaksa ummi EL tak berutgas minta ganti orang lain on that day. Kedaan Afham makin lemah, Doc panel suggest warded je. Gomen ke swasta ikut kemampuan. Since Afham ada medical card prudential, why not kami cuba ke KPJ Kajang, doc pon suggest pakar kat situ terbaik. Tapi die bagi option jugak cuba ubat dlu tgk keadaan camne. So kami guna plan B, makan ubat dulu. Pagi esoknya Alhamdulillah memang sejuk badan sebab subuh tu dah kasik ubat. Tapi walaupon tak demam dan suhu normal pagi tu, keadaan Afham agak lemah lemau. Tak bermaya. Silap kami anta jugak ke taska sebab ingat tak demam kan.

Kat taska, cikgu takde pulak ckp demam ke ape. Cuma Afham tak main sangat masih lemah. Ummi kt opis dah tak keruan dah serba serbi tak kena. Abahnya amek dari taska dan jemput ummi kat opis, tengok dari jauh, 'eh betul ke ni ank aku??' Lembik lemau kurus dan negatif la. Terus bf Afham banyak. Lega tengok die minum. Tapi tak sampai 5 minit sume die muntahkan. Tak leh jadik ni kan. Bagi air zamzam pon tak mo. Malam tu bf lg muntah lagi. Tengah malam pon asyik muntah after bf. Isssyh ni sume benda  tak masuk perut die lg ni. So esoknya cuti Israk Mikraj, terus bawa ke KPJ Kajang. 


Sesampai di spital, kami ke level 1 untuk jumpe pakar paed dulu. Doc Meena, bagus explanation dan die ckp memang banyak kahak. Kene warded for 3 days. Suppose 7 days tapi sebab tak boley amek cuti lama2 banyak sangat dah keje tertangguh kat opis tu, minta 3 days jer. Dan bermula la episod sedih kene cucuk bagai. Neb ambik darah. Drip. Arggh pengalaman yg kalau boleh biarlah pasni takde dah ank ummi kene lalui lagi. Biarlah aku yg sakit gantikan ank2 aku pulak.

Ward full. Maklumla cuti, so kami balik umah dulu amek barang2 nak stay kt spital. Kul 4 baru spital call de kosong. Terus gerak. Afham muntah lagi ke sekian kalinya. Sampai dah lembik. Alhamdulillah warded jugak masuk drip. Lega sket ummi abah. Masuk air kasi tenaga. Tido jela malam tu. 4 jam sekali kene kejut neb makan ubat cek bp dan amek suhu. 



Citer pagi esoknya. Dah masuk air dlm bdan dah de tenaga. Terus ajak ummi main masak2 ngn gajet spital. 


Seterusnya fisio. Afham kene pose 2 hours before fisio. Ni keadaan selepas. Ngeri jugak teman Afham mase buat rawatan fisio. Kahak tersgt banyak...


Tapi pernafasan makin lega sket. Teruskan rawatan yg sama 3 days. Doc check makin de perubahan positif. Khamis mlm boleh discharge but kne continue antibiotik kat umah. Sampai abes.

Sempat berselfie ngn Afham sementara tunggu discharge. Abah takde pulak gambo dalam ni. Tapi Afham kene tau abah ulang alik dari nilai tau nak tgk perkmbangan syg tau.


Bergambar ngn staf yg cun baek hati. Sangat sporting. 


Alhamdulillah makin sihat dari hari ke hari. Makin aktif makin bijak. Paham pe ummi suh die buat tapi tang cakap tu cm lambat je. Aish. 1 tahun 6 bulan dah tapi ckp bahasa die. Ada yg paham tp mostly xpaham pe die sembang. Ummi doakan Afham sentiasa sihat, jadi anak soleh, bahagiakan ummi abah dan cepat2 cakap. Luv u my son!! 

TQ sudi singgah baca sini.. Wasalam :)

Read More

Friday, April 11, 2014

Update Anak Bujang...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Lama cplud tak hapdet pasal anak bujang intan payung ummi abah ni yer. Alhamdulillah dah besau makin pintar bijak. Umur dah cecah 1 tahun 4 bulan. Afham boleh berjalan mase usia 1 tahun 1 bulan. Lambat gak kot sebab de anak kawan sebaya die 11 bulan dah boleh jalan. Lagipon ummi abah tak paksa pon. Yang penting perkembangan ikut flows die.

Ai menjak 2 menjak ni kan kalau terjumpe kawan lama or ade fews friend, mesti tanya Afham nak dapat adik ek? OMG!! Nampak tak maksudnya i olls dah makin membesau dengan jayanya. pheww~~ Nak diet tapi masih BF Afham lagi. Kalau tak makan banyak camne nak bekalkan susu mencukupi tuk Afham.. kan kan... Cume sekarang dah start campur dengan susu tepung, nanti cplud share pasal susu Afham tu. Now just bekalkan kat taska jer.

Cerita pasal taska pulak, Alhamdulillah dah sebulan lebih Afham di Taska baru ni. So far ok cume ada jugak kes dapat gigitan dari kawan. 2 kali dah kene dan masih berparut lagi. Dah pesan cikgu minta tengokkan. Sekarang dah ok Alhamdulillah takder dh kene gigit tu. Sebulan pertama Afham kat taksa, tiap pagi sampai je kat pagar taska, adalah drama sket, hujan sekejap kt taska. Ujan tu kejap aje kata cikgunyer. Tapi bila dah sebulan until now ni dah tak nanges dah. Perkembangan positif. Alhamdulillah...



Pic kanan atas tu ari 1st kt taska, cikgu sent pic kat wasap ummi. Pastu yg bawah tu dah beberapa minggu selepas. Belah kanan tu after balik school. Minta ummi pakai kan beg dan tarik buku ummi nak baca jugak walaupon terbalik buku tu kan. hoho~



Yang ni kat umah tengah main sambil tengok tv. Tu dia berdiri tengok tv citer pe pon tak tau. Ummi tengah kat dapur time ni. Tengok tv pon sampai ternganga tu haaa...



Ni aktiviti ujung minggu kat kebun abah. Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat rajin berkebun ni. Nanti cplud citer pasal kebun mini abah. Cantek sgt. Nak harap cplud ni memang tak la. Balik keje terus duk dapur. Ni asben free sket banyak la aktiviti die kat kebun ni. Si tecit ni pulak asistent tetap merangkap tukang kutip batu. Kuang kuang... Next week until middle May, tinggalah ummi berdua dengan Afham pulak dan tugas jaga kebun or taman mini ni ummi kene take over. En asben, we will miss you lot nanti! Afham behave tau, nanti jaga ummi pulak..



The last pic ni masa anto Tokwan gi umrah 2 weeks ago. Sekarang tokwan dah balik Malaysia pon. Time ni aktif sangat tak dok diam langsung. Boleh sampai tertidur2 kat lantai. 

Ni jerla kot update anak bujang ummi. Semoga Afham membesar dengan sihat, cemerlang dunia akhirat. Jadi insan soleh dan berguna ye nak. Ummi abah love you sayang... :)

TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)


Read More

Friday, March 28, 2014

Asthma Kit for Afham

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & followers,

Kuasa Allah tiada 1 kuasa selainNya yang dapat menidakkan kekuasaanNya. Ya Allah besar kuasaMu. Tragedi MH370 hanya Allah yang Maha Mengetahui segala 1001 soklan yang tidak mampu manusia lemah ini rungkaikan. Ya Allah semoga mereka semua mendapat rahmah dariMu dan tenang di SANA. Alfatihah...

Kuasa Allah juga bila mengkehendakkan sesuatu, kita sebagai hambaNya yang kerdil harus redha menghadapinya. Permata hati ummi abah disahkan oleh doc menghidap lelah @ asthma. Mulanya doc hanya detect pre asthma last kene end Jan lepas. Now semalam keadaan sama berulang. Actually doc pon tak berani nak comfirmkan asthma sebab Afham below 2 years old. Tapi berdasarkan genetik dimana hubby pon menghidap lelah, kemungkinan 90% is true. 

Speechless ummi. Sebabnya ummi harap just kahak yang banyak aje. Kata doc jugak, babies selalunya tak memberikan tindakbalas sangat pada neb kecuali yang betul2 ada lelah @ asthma ni. After neb, peparu Afham kembali normal. Doc juga sarankan kami suami isteri untuk beli Asthma Kit untuk kegunaan dirumah memandangkan keadaan ini akan berulang. Takkan asyik nak berulang alik ke klinik aje untuk neb. 



Neb kali pertama malam tu memang tak berkesan sebab Afham meraung tolak neb tu. Ummi dah gigih buka kartun pocoyo dan kartun die suke sume tak jalan jugak. Then doc sarankan datang balik after Afham tido. Barulah dapat neb dan keadaan paru2 Afham kembali normal. Cuma doc cakap keadaan ni mungkin akan berulang lagi. Doc minta kami beli Aero Chamber di farmasi memangkan tiada stok tersebut kat klinik. 



Aero Chamber. Kit for Astmatic people. Kami beli kat farmasi Nilai. Harga rm100. Demi anak, nasib baek pas gaji, terus kami beli. Sekali dengan Ventolin, alat untuk bantu pesakit asthma. Actually hubby memang ada benda ni. Now Afham pula ada benda ni. Ventolin is below rm20. 



Aero Chamber...



Ventolin...



Actually Aero Chamber ni ada pelbagai saiz. Bole refer keterangan ni...



Ni cara pasangnya. Just picitkan sekali then biarkan dalam 5 saat bagi gas berkumpul then baru picit gas untuk kali kedua. Sangat mencabar masa nak neb Afham on our own. Berpeluh ummi abah. 

Ni saja nak citer. Pasni alat ni kene sentiasa dalam beg ummi whenever I go. Sakit ni bebila masa leh serang. Untuk Afham lelah bermula dengan selsema sahaja tanpa demam. Bila kahak terlalu banyak, sakit ni akan datang menyerang. Ya Allah semoga aku diberi kekuatan dan kesihatan demi menjaga kedua Hero kesayanganku ini. Amin...



My strength my soul my everything...

TQ sudi singgah baca sini. Wasalam :)


Read More

Wednesday, March 5, 2014

Afham Last Day @ BS

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers & follower,

Lama benau tak update pasal anak bujang ummi abah ni kan. Last week or end of February was Afham last day kat rumah BS. Afham budak terakhir sekali balik time tu. Maklumla ummi sibuk bersenamrobik kat opis. Lagipon memang nak kasi Afham lama sket kat rumah BS, yerla kan dah last day. 

Memang agak sedih jugak sebab Afham start duk dengan BS lepas pantang bulan Mac tahun lepas. Now dah 1 tahun 3 bulan. Ahamdulillah dah besau anak ummi. 


Buat BS, terima kasih bebanyak sebab jagakan Afham dari kecik dengan berbagai karenah sampailah Afham dah boleh jalan. Segala jasa baik hanya Allah yg dapat membalasnya. Kami bersyukur dikurniakan BS yg penyayang dan menjaga anak kami dengan baik. Semoga Kak Esah dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki sentiasa. Amin

Sekian, TQ sudi jenguk sini. Wasalam :)

Read More

Thursday, February 13, 2014

Rindu Rinduan...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers,


Mood gatai pepagi nih. Rindu sama ini budak walaupon baru pagi tadi anto kat umah BS. Arini bangun pagi tak nanges good boy ummi! Ceria siap boleh main cak2 dengan abah. Suke benau panggil ummi abah 'tan'. Kat mane tan nya entah. Hai la anak...

Hantar school umah BS jew, baek elok je manis2 muka. Bagus anak ummi. Sekarang ni sejak pandai jalan, dah tak mo mengengsot cam selalu, jalan je kata BS. Masih BF sepenuhnya, Alhamdulillah. 

Cepatlah pukul 5, haha~ Tak sedor keje melambak. Okeh2 fokus. Ummi abah always love you dear Afham :)

Doa ummi, semoga membesar dengan sihat ya sayang. Jadi anak soleh. Jangan manja2 nanges sangat, BOY kan kene kuat! Semoga aku dikurniakan kesihatan yang baek demi menjaga suami dan anak. Tak ley bayang camne kalau ummi sakit, abah dengan afham macam mana lah. Alhamdulillah sejak melahirkan Afham, ummi takder sakit2 demam or teruk2. Setakat selsema batuk je. Syukur. Semoga diberi nikmat rezki yang melimpah untuk BF Afham sehingga 2 tahun. Amin...

TQ sudi singgah baca. Wasalam :)



Read More

Tuesday, February 11, 2014

Semput...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalam dear readers,

Agak lama cplud tak bersiaran kat Plud's Corner ni. Entah mana hilangnya mood blogging ni. Tapi kunjungan blog2 kalian memang tak pernah cplud abaikan tau. huhu~ 

Cplud nak citer pasal anak teruna yang dah besau ni, Alhamdulillah dah setahun lebih usia kesayangan ummi abah ni. Alkisah semput ni bermula pada hujung Januari yang lepas. Almaklum keadaan cuaca sebelum CNY ni sejuk dan berangin gitew kan. Memalam pon tak yah pasang kipas dah sejuk sampai ke tulang. Bermula dengan selsema, ummi ingatkan keadaan selsema ni normal. Biasanya 2 hari je dah lega. So bila dah lega, memang tak de bekalkan ubat lagi kat Afham kat umah BS. Antar ke BS cam biasa jerla. 

Balik keje petang tu, cplud tengok Afham lemah tak bermaya je. BS cakap batuk teruk. Dalam hati mula risau sebab selalunya tak derla macam ni. Masa ambik die, dengar nafas laju sangat, memang lain dari kebiasaan. Selalunya ambik je dari umah BS, cplud akan BF dulu dalam kete before balik umah. But, bila baringkan dengar nafas si anak memang sangat tak selesa. Sangat kesian. And he cannot BF, nanges sebab tak ley nafas. Ummi dah tak sedap hati. Terus dukung tanpa letak kat carseat dah. Dan memang behave Afham time ni, sebab selalunya kalau duk riba, memang kalut dibuatnya nak pegang stereng tu. 

Sampai je kat umah, Ya Allah makin teruk ni. Tunggu abah balik keje. Pas solat sume terus bawa ke Klinik Panel. Tapi klinik panel yang biasa pergi ni rehat lak time tu, buka lak kul8.30. Si anak memang perlukan rawatan segera. Kitorang ke Panel yang lain, dapatkan rawatan kat situ. Tapi panel ni agak tak friendly nurse die. hurrm. Afham dapatkan rawatan neb. Macam dijangkakan Afham akan meraung bagai tak nak neb sampai muntah abes. Keluar sume makanan yg die telan campor kahak. Dapatla neb sket. 

After neb, doktor cek ok sket nafas. Mase nak dapatkan ubat kat kaunter, dak nurse ni boleh pulak tukar2 label. Dah lekat kat tempat lain pastu tukar kat ubat lain. Si ibu ni pon lagila confuse betul ke tak ubatnya. hurrm..

After neb Afham ketiduran dalam kete. Nafas masih sama cam tadi cume kurang sket. 



Sesampai kat umah, keadaan still jadi cam sebelum. Nafas masih cungap2 dan tak dapat BF. Around 10 pm kitorang ke Panel lagi. Kali ni klinik yg biasa pergi. Pesakit ramai amat time ni. Sejam lebih gak menunggu sempat Afham muntah lagi time ni after BF. Sampai ketiduran tunggu giliran. 

Tengah neb sambil tido ni memang kurang sket kesannya tapi takkan nak kejutkan die. Tu yg dapat snap gambo, kalau tak memang tak dapatla kenangan time neb ni. 



After neb doc check dah kurang semput tu. Tapi kalau jadi lagi doc suh neb lagi since panel ni 24 hours. Sampai umah Afham tido sampailah jadi lagi time kul3 pagi. Tapi after bagi ubat tertido sampai pagi. Bangun pagi still semput lagi tapi kurang sketla. So cplud ambik EL that day tuk bawa ke klinik. 

Neb lagi tuk sekian kalinya. Kali ni meraung la sebab memang tak tido kan. Sambil sebelah tangan pasang citer pororo kat phone dan lagi sebelah pegang neb. Alhamdulillah kali ni cam berjaya sket neb. TQ to my opismate fani sebab tolong temankan kami ke klinik sebab memang Afham tak nak berenggang dari ummi time ni. 

After dis tinggal lagi 2 sesi neb. Balik umah terus lena si anak. Alhamdulillah tak bunyi lagi semput tu. Banyakkan selawat syifa kat Afham...



Petang neb lagi dan last kul8 mlm. Alhamdulillah after all Afham become strong. Gud boy ummi. Dah boleh beraktiviti.. Kalau tak, bakul mainan pon tak berusik.. 



Semoga diberi kekuatan kepada kami suami isteri dalam membesarkan amanahmu ini Ya Allah. Jauhilah kami dari rasa tekanan dan perkara -ve. Amin

TQ sudi singgah baca sini. Wasalam...
Read More

Wednesday, December 4, 2013

Di Uji Lagi.. Alhamdulillah....

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Disember oooh Disember... Ada yang best ada yang perlukan kekuatan ada yang diuji ada yang semangat baru dan macam-macam ada lagi lah...


Kesayangan ummi abah...
Alhamdulillah masih diuji Yang Maha Esa. Kali ni dengan ujian si anak. Citernya, BS Afham inform this month adalah bulan terakhir die jadi pengasuh Amirul Afham.. Masa dengar tu, dummmm dalam kepala otak tak dapat pikir apa dah. Betui ka ni?? Ingat kan main-main sebab tak nampak cam serius pon. Before this BS pernah gitau mungkin die tak dapat mengasuh lagi sebab dapat taska baru. Pastu citer tu senyap...... BS pesan kalau die tak cakap pape maknanya takda ape lah kot. So dah lega time tu. Until she told me yesterday. BS bukan berhenti terus mengasuh cuma die just akan jaga baby yang kecik yang tak dapat gerak lagi jer. Jumlah pon limit dalam 5 to 6 gitew jer. Reason, pekerja die benti.

Dengan berat hati, cplud menerima bersama hati sedikit pilu... Mana taknya, my son belum leh jalan lagi kot. Memang ada plan nak switch to taska, tapi takderla secepat ni. Makan, mandi, tidoq suma dok pikir pasal BS ni. Katne nak antar Afham selepas ni?? Taska?? Find another BS?? Kalau cari pengasuh ni sesenang pilih kain di Nilai 3, takder masalah dah. Tapi ni, BS pon nak kene cari yang betul-betul at least berdaftar dengan JKM. 

Before this cplud pernah antar Afham kat Taska Daycare, tapi takder citer kt blog pulak. Beselah, suasana baru, kawan baru. Memang ber'drama' sketla my son. Tapi benda ni tak merisaukan sangat, as long as he can adapt with the new taska. Taska ni berdaftar dengan JKM, harga masih ok lagi bukan kategori mahal sangat. Jumlah baby below 2 pon dalam 9 orang je, paling kecik 10 bulan. Mungkin boleh diterima lagi.


Bersama pengasuh baru di Taska Daycare beberapa bulan lepas...
Cuma sekarang ni, pekerja yang benti dengan BS ni ada offer melalui BS la, cam nak jaga Amirul Afham since Afham sangat rapat dengan die. Reason die benti keje sebab anak die tak kasi mengasuh kat rumah orang, nak kasi her mum rest. Tapi kalau jaga kat rumah sendiri mungkin boleh kot. 

So now there are 2 options! Pening lak nak memikirkan. Mungkin cplud anto Afham kat BS baru ni until die dah ley jalan or maybe 5 to 6 months then switch to taska ke. Bukan pe, cplud nak Afham belajar rather than maen je kan. Kat taska ada sesi belajar ringan2 untuk baby la. So camne ek??

Pening arrrrr.....

Ya Allah bantu la hambamu ini dalam membuat keputusan. Demi kesejahteraan permata hati kami. Amin

P/s: Disebalik ujian ni masih terselit mood tak sabar nak pindah ke rumah baru. InsyaAllah :)
Read More

Tuesday, December 3, 2013

Warkah Buat Anakanda @ 1 Year

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalam dear readers,

Alhamdulillah 2.12.2013 (semalam) anakanda Ahmad Amirul Afham genap usianya menginjak 1 tahun. Syukur padaMu Ya Allah memberikan kami suami isteri peluang untuk merasai nikmatnya bergelar ibu ayah.

Sayangku Afham,

Ummi coretkan warkah ni untuk Afham baca suatu hari nanti agar Afham tau yang ummi abah terlalu sayangkan Afham. Kami sentiasa doakan kesejahteraan Afham, semoga Afham menjadi insan yg soleh, taat pada perintah Allah dan kedua ummi abah. Semoga Afham dikurniakan kesihatan yg baik, berjaya dunia akhirat, dikurniakan kefahaman yg tinggi seindah namamu Afham, sentiasa cemerlang dan menjadi kebanggaan kami sentiasa. 

Anak ummi ni dah setahun tapi masih belum boleh berjalan. Ummi tak paksa sayang berjalan, biarlah mengikut flow cume kami encourage sayang untuk berjalan. Afham makin lasak, suka sangat fon ummi. Pantang nampak kelibat fon ummi, mesti Afham nak capai nak tengok video pororo, asmaul husna dan lagu di pondok kecil. huhu. Comei sgt. Afham suke jugak tengok video 'Sasha cam comei jer'. haha.. Sekarang ni ummi abah susah nak makan kat luar sebab Afham lasak sangat. Tak duk diam. Kami makan rushing je dan sekarang ni pon bungkus je kalau tak sempat masak. Tapi makanan Afham ummi masak sendiri. Kami tak salahkan Afham, dah namanya budak n laki pulak tu, kalau tak lasak tu something wrong la kan. 

Ummi abah tunggu Afham panggil 'ummi' dan 'abah'.. Waiting n waiting... Now Afham panggil ummi 'Ndah' dan abah pulak 'Ntaa'. Pantang ummi takde depan mata, ke dapur la di cari. Dengar je suara ummi terus senyum. Budak pandai ni. Amin.

Sayangku,

Sempena Afham 1 tahun ni, kami ummi abah tak tau nak celebrate camne. Kami decide bawa sayang jenjalan. Kami bw ke Sunway Piramid semalam. Tapi tak beli apa pon untuk Afham. Untuk 1 tahun ni, ummi hanya dapat hadiahkan Afham ruang yang selesa tak lama je lagi. Kite akan berpindah ke rumah baru bulan ni and this is part of your besday gift from us. Yang paling utama ummi abah hadiahkan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi untuk Afham. Ummi tak nak belikan kek sebab banyak gula dan kek tu manis, kurang sesuai untuk Afham. 

Alhamdulliah Ahmad Amirul Afham fully breatfeeding untill now. Seingat ummi tak sampai 1 oz Afham pernah minum susu formula. Masa tu sebab jaundis Afham terlampau tinggi dan ummi bengkak susu plus masih kurang mahir menyusukan Afham waktu tu. Semoga ummi dapat meneruskan penyusuan sehingga Afham 2 tahun. InsyaAllah...



Ok, jom kite tengok perjalanan sayang dari lepas dilahirkan sehingga 1 tahun ni :)

Saat dilahirkan sehingga 1 bulan usiamu :)



2 bulan sudah :)



Afham dah 3 bulan.. 



4 months already!



5 bulan udah si bambam ummi..



6 months!



Ketika 7 bulan usiamu...



8 bulan! Start tumbuh gigi dan pandai merangkak :)



9 bulan............



Bulan ke 10.. :)



Demam dikala 11 bulan nak masuk 1 tahun..



Officially 1 year @ 2.15pm. 



Terasa sekejap masa berlalu. Di kala 2 Dis tahun lepas, ummi berhempas pulas melahirkan mu sayang. Now Afham dah pon setahun. Alhamdulillah :)

Semoga anak ummi abah sentiasa dirahmati dan dibawah lindungan kasihNya. Amin

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan dr Empunya Blog

To all readers,
Untuk makluman, semua article dan resepi serta gambar yg disiarkan adalah hak milik empunya blog sendiri.
Kalau nk copy gambar, minta kebenaran dari empunya blog dlu yer.
Sebarang entry yg terkasar bhasa atau tidak memuaskan hati pembaca, harap dimaafkan.
Semoga pembaca sekalian enjoy membaca sebarang entry yg disiarkan.
Jutaan terima kasih di atas kesudian readers sekalian meluangkan mase tuk melawat Plud's Corner yg tidak seberapa ni ;)
P/S: Kepada sape2 yg nk link kan Plud's Corner kt blog korang, leh refer my entry tentang URL ERROR sbb my blog ni pkai template & complicated sket klu nk add tuh. Anway, juz tuk sape2 yg berminat nk add jela..huhu~

© ♥ Plud's Corner ♥, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena