Pada 25/4/2010,Maktab Mahmud Langkawi telah menerima sepucuk surat dari pejabat PPD Langkawi.
Dua orang pelajar lepasan PMR 2009 yang telah berjaya mendapat 9A dalam PMR baru-baru ini telah terpilih untuk mendapat anugerah pelajar cemerlang yang akan disampaikan oleh Yb Dato' Paduka Haji Abu Bakar bin Taib,DHMS,DSDK,KMN,BCK,PJK.
Anugerah ini akan dilangsungkan di Dewan Serbaguna IPD Langkawi.Pada 27 April 2010,masa 10.30 pagi.
Tahniah kepada Putera Zurrahim bin Radzin dan Syahidah bt Shuib kerana telah mengharumkan nama Maktab Mahmud Langkawi , dan telah meletakkan MMLKW berada setanding dengan sekolah-sekolah kementerian yang lain.