Showing posts with label Teropong. Show all posts
Showing posts with label Teropong. Show all posts

Friday, March 27, 2009

Mentaliti Masyarakat Maju

Dua wanita bertemu. Perbualan bermula.

Wanita A : "Eh, anak you kerja apa sekarang?"
Wanita B : "Kerja biasa-biasa saja. Dia melukis kat Central Market,"

Wanita A memandang wanita B dengan pandangan sinis. Seolah-olah memerli. Barangkali dalam hati-nya berdetik,"Apa kelas kerja camtu. Takde masa depan. Berapa sen sangat-lah dapat sehari?"

Satu contoh perbualan biasa yang terjadi dalam hidup kita. Aku tidak bermaksud hendak memperkecil-kan sesuatu pekerjaan itu. Tapi secara realiti-nya, pandangan masyarakat kita terhadap seseorang itu lebih bias kepada apa yang di laku-kan-nya sehari-hari.

Pandangan masyarakat secara majoriti-nya akan lebih teruja atau kagum pada pekerjaan bertaraf hebat seperti doktor, jurutera, peguam atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengan-nya. Dan pandangan pada pekerjaan seperti petani, nelayan dan yang sewaktu dengan-nya pula pasti hanya dipandang sebelah mata. Atau barangkali langsung tidak di pandang.

Ada beberapa faktor yang menjadi penyumbang pada fenomena ini. Sudah lumrah-nya manusia hanya suka-kan pada perkara yang baik. Perkara yang sempurna. Perkara yang hebat. Tanpa belum pasti periksa apakah kesempurnaan atau kehebatan sesuatu perkara itu mendatang-kan faedah kepada komuniti atau masyarakat. Mungkin kerja sebagai jurutera tampak gah bunyi-nya. Perlu kelulusan setimpal buat menempah gelaran tersebut. Tetapi belum pasti lagi ia mampu memberi kesempurnaan kepada masyarakat atau keluarga sendiri. Kenapa di sisih-kan golongan petani atau nelayan? Walhal sekarang ini ramai sahaja golongan petani moden yang muncul di tengah-tengah kekalutan skeptikal masyrakat kita, yang telah aku temui nyata memiliki pendapatan dua atau tiga kali ganda pendapatan seorang peguam.

Faktor kedua mungkin lebih ter-arah kepada penampilan individu tersebut. Biasa-lah, golongan pekerja kolar putih pasti-nya sentiasa berketrampilan tinggi, segak. Sudah nama-nya pun kolar putih. Berbanding dengan golongan nelayan atau petani, dengan pakaian yang biasa-biasa aja. (Semua pun dapat gambaran penampilan seorang petani). Apa kejadah mereka hendak berpakaian kemas sedang kerja mereka menuntut untuk bergelumang dengan tanah dan tumbuhan?

Saban hari kita di sogok-kan untuk mencapai kemajuan. Menjadi negara maju. Mentaliti kelas pertama. Wawasan 2020. Yang terbaru Wawasan 2057. Aku tidak faham perlu-nya di letakkan matlamat sebegitu jauh. Kenapa tidak bekerja untuk merealisasi-kan benda-benda yang terdekat dahulu? Namun dalam kita sibuk mengejar kemajuan itu, kita terlupa perkara-perkara sebegini. Untuk menjadi negara maju, bukan bangunan-bangunan tinggi dan moden yang menjadi ukuran. Bukan betapa besar-nya kuasa beli sesuatu masyarakat itu yang di nilai. Tapi lebih kepada mentaliti atau pemikiran.

Masyarakat yang maju dan matang akan melayan setiap anggota komuniti yang lain sama rata. Kerana mereka tahu setiap anggota masyarakat punya peranan yang tersendiri. Jika semua mahu menjadi doktor, siapa yang mahu jadi pesakit-nya? Jika semua tidak mahu menjadi nelayan, mana bisa kita merasa enak-nya ikan pari bakar? Kenapa pelukis, pemuzik malah penghibur jalanan di kota Paris atau kota London di pandang hebat? Di agung-kan karya mereka? Kerana masyarakat di sana tahu, tanpa golongan ini, hidup mereka akan bosan. Kota mereka akan layu. Mati. Jadi golongan-golongan ini juga perlu wujud. Perlu ada dalam masyarakat untuk mewujud-kan keseimbangan. Usah di nafi-kan sumbangan mereka. Jangan di perkecil peranan mereka. Kenapa perlu di sekat kepelbagaian yang ada dalam diri tiap manusia? Biar-kan ia keluar. Beri sokongan. Jangan di mati-kan semangat mereka.

Pemikir silam Greek, Plato pernah berkata, " Never discourage anyone, who continually makes progress, no matter how slow,"

Mungkin sebahagian daripada kita tidak berfikiran stereotaip seperti di atas, tapi masih ada sebilangan lagi yang berfikiran begitu. Mentaliti ini boleh di ubah. Dan telah ada tanda-tanda pemikiran masyarakat kita telah menuju ke arah itu. Cuma ia mengambil masa. Mungkin satu atau dua generasi lagi. Barangkali. Saat itu, baru kita boleh berdiri dan mengaku kita sudah maju.

Thursday, March 5, 2009

Fly

Salah satu aktiviti haram di asrama aku dahulu adalah ‘fly’. ‘Fly’ di sini bukan bermaksud lalat atau terbang, tetapi kegiatan keluar dari kawasan sekolah pada waktu malam. Istilah lain-nya adalah lompat pagar. Aku pun tidak berapa pasti dari mana datang-nya istilah ‘fly’ atau lompat pagar ini. Kerana sepanjang 5 tahun aku di asrama tidak pernah sekalipun aku keluar pada waktu malam dengan cara terbang atau melompat pagar. Mungkin pelajar-pelajar asrama sekolah lain ada jawaban-nya.

Fly’ adalah acara wajib budak-budak sekolah aku terutama pada malam-malam minggu. Namun bagi yang lebih ekstrem, tidak perlu menunggu hujung minggu untuk melaksana-kan acara ini. Setiap pelajar sekolah aku sekurang-kurang nya pernah-lah sekali terlibat dalam aktiviti ini. (Tapi aku rasa semua-nya lebih dari sekali). Mana-mana yang tidak pernah ‘fly’, memang akan di pandang serong oleh komuniti. Seolah-olah macam pesakit kusta pun ada. Bak kata Pipiyapong, tak ‘true’.Apa-kejadah duduk hostel tapi tak pernah ‘fly’? Macam tu la lebih kurang tanggapan masyarakat sekolah aku. Di tambah pula lokasi sekolah aku di tengah-tengah bandar. Fuh! Memang syorga. Sebab itu aku rasa dari senakal-nakal budak hingga-lah ke skema-skema nya, pasti buat aktiviti ni.

Antara sebab-sebab yang menyumbang kepada berlaku-nya aktiviti ini di sekolah aku adalah :

i - Lapar. Tidak dapat di nafi-kan ini adalah faktor utama. Kalau tengah-tengah malam lapar, dewan makan dan kantin dah tutup, larat ke asyik nak telan mee segera sahaja? Sekali sekala mahu juga merasa nasi goreng atau kuew teow kerang di benteng.(Nama medan selera di kawasan perumahan belakang sekolah)

ii -Games. Segala jenis permainan berkomputer. Waktu itu yang popular dan sering di mainkan adalah Championship Manager, Counter Strike dan Final Fantasy. Main kuda pun boleh di kategori-kan permainan berkomputer. (Aku pelik kenapa ia dipanggil main kuda. Walhal dalam paparan skrin permainan itu, bukan setakat kuda sahaja yang berlumba, ada juga arnab, anjing, burung unta dan haiwan-haiwan lain. Kenapa hanya kuda yang mendapat nama? Sungguh tidak adil)

iii - Arahan Senior. Situasi ini hanya melibat-kan pelajar junior sahaja. Kebiasaan-nya pelajar senior akan menyuruh adik-adik kesayangan untuk fly sebentar beli-kan makanan atau rokok. Yelah, abang senior nak SPM. Nak 'study'. Tapi part yang paling bedebah sekali bila-mana pelajar senior menghulur-kan duit syiling dua puluh sen beserta dialog ini, " Kau beli-kan aku nasik lemak lauk ayam, air teh ais dengan Dunhill 20. Duit lebih kau simpan,". Faham-faham lah tu. Taktik mengepau cara halus nama-nya. Nak melawan kang, mau kena belasah seround-dua. Tapi aku tak pernah buat kat junior aku dulu. Betul! (Sambil mengangkat tangan kanan dan menyilang-kan dua jari di belakang badan)

iv - Sangap. Ini lebih kepada mangsa keadaan. Kau tidak berniat pun mahu fly malam itu. Tapi dek kerana malam itu malam minggu, dan kamu telah merayau ke setiap asrama hanya untuk mendapati kesemua blok-blok usang itu kosong, maka kamu pun turut sama fly. Kadang-kadang tu, tak ada duit pun dalam poket. Tapi sekadar keluar menikmati angin malam. Lepak-lepak tengok member-member main games atau snooker. Untung-untung kalau mereka menang, dapat belanja minum. Penyesalan hanya akan tiba apabila pelompatan keluar pagar kamu malam itu berjaya diberkas warden. Memang tidak berbaloi. "Tau camni, baik aku tidur je kat dorm," adalah monolog-monolog biasa yang akan berbisik halus selepas itu.

v - Wayang. Aktiviti ni bukan-lah aktiviti utama. Hanya sebilangan kecil sahaja yang terlibat dalam aktiviti ni. Biasa-nya penggemar-penggemar filem. Apabila pulang dari menonton tayangan tengah-malam, kamu boleh mendengar kritikan-kritikan mereka tentang filem yang baru selesai di tonton tadi. Kritik berdegar-degar. Biasa-nya golongan ini juga yang banyak menjaya-kan pementasan drama di sekolah. Cita-cita nak jadi macam Spielberg.

Monday, February 16, 2009

Simpang Hidup

Dalam menempuh hidup seharian, kita pasti akan bertemu dengan persimpangan. Pada titik itu, kita terpaksa memilih salah satu daripada pilihan yang ada di depan mata. Dan adakala-nya pilihan kita itu akan merubah sebahagian besar kehidupan kita. Tidak kisah-lah kepada yang lebih baik atau lebih buruk. Bergantung kepada pilihan kita tersebut.

Kadang-kala selepas kita memilih salah satu daripada simpang yang ada, di sepanjang kita menyelusuri jalan tersebut, kita akan tertanya-tanya ada-kah betul laluan yang kita ambil ini? Apakah yang menanti kita di penghujung jalanan ini? Dan apakah yang akan terjadi kira-nya aku memilih haluan yang satu lagi? Persoalan-persoalan ini akan sering menerjah di benak kita kerana sebagai manusia yang lemah, kita tidak tahu perihal masa hadapan. Kalau awal-awal lagi kita sudah tahu, senang-lah sedikit, bukan?

Sebagai renungan, andai-kan kita mahu membuka sebuah kedai runcit atau barangkali sebuah restoran. Adakah kita tahu berapa ramai manusia yang akan singgah di kedai kita? Laku-kah jualan kita? Untung-kah perniagaan kita itu? Kita tidak tahu hingga-lah kita melakukan langkah pertama iaitu memulakan perniagaan tersebut. Dan apa yang terjadi selepas itu adalah rezeki kita. Itu adalah salah satu contoh. Kerana kadang-kala mungkin kita tersilap perhitungan dalam memilih haluan mana ketika di persimpangan hidup kita itu.

Kita merasa-kan jalan yang kita pilih itu adalah betul, tapi mungkin pengakhiran-nya tidak sama dengan apa yang kita impi-kan. Dan saat itu, kita akan merasa menyesal. Oh, aku sepatut-nya memilih haluan yang lagi satu, bukan yang ini. Oh, aku sepatut-nya memilih bersama dengan si dia di sana, bukan si dia yang di sini. Apakah dengan berasa begitu, dapat mengubah segala-nya? Tidak. Ada kala-nya, persimpangan yang kita temui tadi, hadir hanya sekali dalam hidup kita. Kita tidak bisa sama sekali berpatah balik atau mengundur waktu. Lantas, apa yang harus kita lakukan andai pilihan kita tadi salah?

Sebenar-nya, kebahagiaan tidak datang kepada kita. Tapi kita yang harus mencipta kebahagiaan tersebut. Bermain-lah dengan dunia sekeliling kita kerana itu jalan yang kita pilih, itu kehidupan yang diberi-kan kepada kita. Oleh itu, bina-lah kebahagiaan daripada apa yang ada di sekeliling kita. Kerana jika kita terus mencari kebahagiaan itu, sampai bila pun kita tidak akan ketemu.

Tidak perlu merasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain. Kerana kita tidak tahu cerita di sebalik-nya itu. Ada-kah kita tahu masalah yang menimbun di sebalik senyuman mereka itu? Atau adakah kita tahu betapa hebat-nya sengsara mereka sebelum beroleh kebahagiaan? Mungkin selepas ini, kita akan bertemu persimpangan yang lain. Dan jadi-kan lah pengalaman-pengalaman yang kita kutip di sepanjang jalan kita sebelum ini sebagai panduan untuk kita memilih haluan yang baru.

Tidak perlu gusar jika kita di persimpangan hidup. Tidak perlu gusar untuk memilih. Tidak perlu-lah kita hanya duduk diam di persimpangan itu, bimbang kalau-kalau pilihan kita itu salah dan tidak kena dengan angan-angan kita. Jika kita tidak memilih salah satu dari simpang hidup kita itu, tidak akan kita merasa sakit-nya jika terjatuh, pedih-nya terhiris duri atau manis-nya rasa madu.

Friday, February 6, 2009

Siti dan Karipap


Siti suka makan karipap Mak Cik Limah. Ber-inti-kan kentang. Sedap. Isi-nya penuh dan padat. Hari-hari balik dari sekolah, Siti singgah beli karipap Mak Cik Limah. Siti lihat gerai Mak Cik Limah selalu ramai orang. Laku betul karipap Mak Cik Limah. Orang tua itu pun happy je melihat karipap-nya senantiasa sold-out.

Tapi sekarang, Siti sedikit keciwa. Karipap Mak Cik Limah tidak sesedap dahulu. Inti-nya pun sudah kurang. Hanya separuh. Sudah tidak padat lagi. Bila Siti tanya, Mak Cik Limah bilang, harga barang sudah naik. Mak Cik Limah terpaksa had-kan kandungan karipap-nya. Sekarang pun Mak Cik Limah jual dua ketul seringgit. Dulu kalau Siti beli seringgit, dapat tiga ketul. Siti tidak tahu kenapa harga barang naik. Siti tidak faham apa kaitan harga barang naik dengan karipap Mak Cik Limah. Siti baru darjah dua. Siti hanya mahu karipap Mak Cik Limah yang sedap macam dahulu.

Mak Cik Limah pun sudah tidak seceria dulu. Gerai-nya sudah agak lengang. Orang agak berkira hendak membeli sekarang. Tambah-tambah pula karipap-nya sudah kurang inti. Macam dalam iklan teh Boh, sudah tiada umph!

Pulang ke rumah, ibu dan ayah Siti sering bertengkar akhir-akhir ini. Ibu selalu cakap ayah bagi duit belanja sedikit. Tidak cukup beli barang dapur. Ayah melenting. Ayah cakap harga barang sudah naik. Ayah pun susah nak ada di rumah sekarang. Pulang dari pejabat, ayah akan bawa teksi sampai larut malam. Bila Siti tanya, ayah kata nak cari duit lebih. Sudah lama ayah tidak bawa Siti ke taman permainan. Siti bosan tinggal di rumah sahaja petang-petang. Siti hanya nak berjalan-jalan dengan ayah dan ibu. Siti hanya nak karipap Mak Cik Limah yang dahulu. Penuh dan padat dengan inti kentang.

Malam itu ayah dan ibu bergaduh lagi. Ibu minta duit dapur. Buat beli barangan. Ayah cakap tak ada duit. Duit bawa penumpang cukup-cukup buat bayar minyak dan sewa teksi. Ramai orang lebih suka naik bas sekarang. Ibu cakap harga telur sudah naik. Harga beras pun sudah naik. Sama juga harga susu dan tepung. Ibu suruh ayah jual-kan sahaja kereta lama ayah. Ayah buat muka sardin sahaja. Malas nak melayan ibu. Ibu marah-marah.

Siti buntu. Siti tak suka keadaan macam ini. Kenapa ayah dan ibu selalu marah-marah? Kenapa Mak Cik Limah sudah tidak gembira? Siti tidak faham. Apa kaitan harga barang naik dengan inti karipap Mak Cik Limah yang makin sedikit? Apa kaitan harga barang naik dengan duit belanja dapur? Siti tidak mengerti. Di sekolah cikgu cakap, Siti beruntung kerana negara ini ramai pakar ekonomi. Siti beruntung kerana negara ini menteri-menterinya pandai mentadbir negara.

Tapi kenapa semua orang tidak gembira sekarang? Siti hanya nak makan karipap kentang Mak Cik Limah. Itu sahaja. Besar sangat-kah hajat siti? Siti keliru. Siti sedih.

Thursday, January 15, 2009

Pesan Si Tua Itu

Orang tua itu berkata, gantung impian kamu setinggi langit. Kelak jika kamu gagal menyentuh-nya, sekurang-kurang nya kamu terjatuh di atas awan. Lebih baik berbanding jika kamu hanya menggantung impian kamu setinggi awan. Kelak jika terjatuh, terus ke bumi. Hanya sakit yang dapat.

Orang tua itu berkata lagi, lihat dengan mata hati, baca dengan tenang, bertindak dengan akal, bukan emosi. Jika kamu berasa ragu-ragu dengan rencana kamu itu, lebih baik jangan di laksana-kan. Dengar suara dari dalam jasad kamu. Itu adalah panggilan hati kamu.

Kata orang tua itu lagi. Jika ada dua manusia berselisih pendapat, dengar dari kedua-dua pihak itu. Jangan hanya mendengar dari satu pihak lantas terus menghukum. Walaupun yang kamu dengar itu dari teman baik kamu sendiri. Hey, teman baik kamu itu juga manusia yang tidak sempurna dan bisa melakukan kesilapan, bukan?

Sebelum menghilang, orang tua itu berkata lagi. Jangan makan terlalu banyak telur. Kelak jika kamu ber-angin dari bahagian bawah pinggul badan kamu, bau-nya cukup bedebah. Jadi, waspada-lah.


Thursday, January 1, 2009

Salam 2009

Salam Hijrah 1430, walaupun sudah keterlewatan beberapa hari.

Selamat datang 2009.
Moga membawa seribu satu rezeki dan perubahan yang positif.
Sudah, bungkus sahaja cerita-cerita dari diari 2008 itu.
Ikat ketat-ketat, jangan sampai tercicir keluar.

Usah di kenang.
Aku bilang tak usah di kenang!
Mengerti?
Pergi kau bertafakur di sana.
Buat apa kamu melompat-lompat di sini...
Diam. Tarik nafas.
Duduk dan renung-kan sejenak hari belakang kamu.
Dongak kembali dan pandang hari hadapan kamu pula.
Cari-lah cahaya itu.
Semoga ketemu.

Wednesday, December 24, 2008

Apa Sengih-Sengih?

Hujung minggu. Bergaya sakan. Turun ke pekan. Bertemu rakan.

Menunggu bas di hujung simpang. Panas, berpeluh, belengas. Gadis-gadis lalu. Singgah menunggu bas. Pura-pura tiada apa berlaku. Kawal tampan. Konon-nya jaga saham.

Angin liar tiba-tiba memberontak. Mahu keluar. Sabar, jangan di sini. Tapi gagal memujuk. Saat cuba menjauh-kan diri, lohong angin sudah tidak terkawal lagi lantas terbuka. Angin keluar. Lega dan sedikit nikmat. Tiada bunyi, tapi ada aroma kurang enak.

Gadis-gadis tersengih-sengih memerhati. Sambil menutup hidung. Biar-kan, biar-kan. Tidak sengaja. Angin itu terlalu liar.

Gadis-gadis tadi masih tersengih sambil berbisik-bisik. Biar-kan, biar-kan. Mereka tidak tahu bahaya jika di sekat-sekat angin itu. Boleh undang penyakit. Bisa rosak-kan ginjal dan dinding perut. Berbisik menyedap-kan hati.

Gadis-gadis tadi masih menjeling mengusik. Baik-lah, tidak boleh biar-kan. Menapak pulang.

Hujung minggu. Bergaya sakan. Terlentang di rumah. Kebosanan.

Tuesday, November 18, 2008

The Joseph Cycle

Hujung minggu lalu aku ke Rawang. Merajinkan diri ke sana supaya tidak di cop anak saudara yang lupa daratan. Al-maklum lah, di kala bergelar siswa dulu, waktu-waktu poket sedang tenat, pada mereka lah aku menumpang kaseh. Walaupun tidak keluar secara terus dari mulut aku waktu itu tentang keadaan poket dan ekonomi aku kala itu, tapi mereka faham. Justeru adalah tidak wajar setelah aku berkerjaya dan poket pun sudah sedikit selesa (walaupun kadang-kala sering batuk-batuk) aku tidak menjenguk mereka.

Bercakap tentang poket dan ekonomi, Pak Long aku ada menunjukkan padaku sebuah buku yang aku kira agak menarik untuk di baca. Buku tulisan Simon Sim, bertajuk 'The Joseph Cycle'. Terus-terang, aku tidak-lah berminat sangat tentang ekonomi. Namun, buku ini sedikit sebanyak mengubah situasi tersebut.




'The Joseph Cycle' adalah teori dan fakta ekonomi berdasarkan pemerhatian dan kajian penulis bermula tahun 1929 lagi. Apa yang lebih menarik, Simon Sim turut mengaitkan keadaan ekonomi dunia berdasar-kan surah Yusuf di dalam Al-Quran atau Joseph dalam kitab Injil. Sebagaimana dalam surah Yusuf, firaun telah bermimpi sesuatu yang pelik selama 2 malam berturut-turut. Pada malam pertama, firaun bermimpi 7 ekor lembu gemuk di makan oleh 7 ekor lembu kurus. Pada malam kedua pula, si firaun telah bermimpi 7 tangkai penuh berisi gandum dan 7 tangkai gandum yang kering, tidak berisi.

Lantas di suruh Nabi Yusuf terjemahkan. Sebagaimana kita sedia maklum, Nabi Yusuf memiliki mukjizat dalam menafsir mimpi. Yusuf menyuruh mereka menyimpan bekalan yang mencukupi untuk menghadapai musim kemarau selama 7 tahun. Dari situ timbul teori atau kitaran ekonomi di mana 7 tahun akan berada dalam kekayaan manakala 7 tahun berikut-nya berada dalam kerugian atau kegawatan. Dan kitaran ini telah di buktikan oleh Simon melalui graf kitaran ekonomi dunia(Amerika sebenar-nya) bermula dari tahun 1929 lagi. Dari graf itu, memang terbukti 7 tahun pertama ekonomi Amerika akan naik, diikuti oleh kegawatan pada 7 tahun berikut-nya. Kitaran ini berulang-ulang tanpa gagal. Dan kitaran atau tahun ini berbeza antara satu negara dan negara yang lain. Tapi 'pattern' nya sama.

Aku tidak bermaksud untuk menjadi seorang perumus sesebuah buku. Tapi bagi aku, buku ini sangat menarik. Maaf, aku tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci lagi kerana aku pun belum habis membaca buku tersebut. Sekadar berkongsi.

Waktu buku ini di terbit-kan, tahun 2004, Simon meramalkan ekonomi Amerika akan melaui 7 tahun kegawatan bermula tahun 2008 hingga 2015. secara lebih tepat kegawatan itu bermula selepas Sukan Olimpik Beijing. Dan sekarang kita boleh nilai-kan sendiri benar atau tidak teori dan kitaran itu. Cari dan google-lah tentang buku atau surah Yusuf ini. Menarik untuk di fikirkan.

Thursday, November 13, 2008

Blues


'Aku Dan Sesuatu' - Karya Aie

Aku rasa bagi penggemar karya Aie, pasti sudah biasa dengan gambar di atas, bukan? Itu antara karya beliau yang menjadi satu 'fenomena' suatu ketika dulu di kalangan remaja dan penggemar kartun. ( Kalaupun tidak semua ). Aku dulu pun memang suka baca karya beliau. Sebenar-nya, bukan beliau seorang saja-lah, sebab aku memang penggemar kartun. Tidak dapat di nafikan hasil lukisan beliau memang hebat.

Tapi yang aku nak tulis-kan di sini bukan lah tentang lukisan beliau, atau pun menceritakan semula karya-karya beliau yang bertajuk 'Blues Untuk Aku' atau 'Aku Dan Sesuatu' itu. Aku nak persoal-kan beberapa perkara tentang 'blues'. Ok, sebelum tu aku nak tahu apa maksud 'blues' tu sebenar-nya. Kalau mengikut dictionary.com, 'blues' di definasikan sebagai 'depressed spirit', 'despondency' atau 'melancholy'. Aku menghadapi sedikit kesukaran di sini untuk menerangkan dalam Bahasa Melayu. Tapi secara kasar-nya, perasaan 'syahdu' lah.

Sebagai contoh, aku tidak dapat pulang beraya pada tahun ini. Lantas, pada pagi 1 Syawal tu, aku terkenang kampung halaman dan keluarga. Di tambah pula dengan alunan takbir raya. Membuat-kan aku rasa sungguh syahdu. Perasaan aku ketika itu boleh-lah di kategori-kan sebagai 'blues'. Ini mengikut pemahaman aku-lah.

'Blues Untuk Aku' - Satu lagi karya Aie

Berdasar-kan karya-karya Aie, (sebab beliau-lah pengasas benda-benda blues nih) memang situasi cerita-nya hanya berkisar kepada perasaan-perasaan seperti itu. Bagaimana si hero tu terjebak dalam masalah rumahtangga si perempuan cun+ayu ni. Si perempuan ni pulak dah mula bergantung harap pada si hero. Si hero serba salah. Terus 'blues'. Atau pun si hero jumpa perempuan kat 'bus stop'. Perempuan yang memang selama ini di cari dan di damba-kan. Masing-masing suka sama suka, tapi tidak di luah-kan. Si perempuan ini pun ada masalah dengan keluarga, menyebab-kan dia takut untuk terima si hero ni. Abang si hero ni pun ada masalah di tempat kerja. Terus 'blues'.

Dan satu perkara yang aku perasan, dalam cerita-cerita 'blues' ni, si hero mesti tampan dan berambut panjang. Bekerja sebagai 'freelance', bujang, seorang yang 'cool' dan taat pada si ibu. Anak derhaka tak boleh nak 'blues'. Biasa-nya si hero ni memang tak pernah ada kekasih. Mesti juga di selit-kan nukilan-nukilan atau luahan hati dalam setiap cerita. Gambar jam berputar atau burung kelicap tengah terbang, itu antara fenomena biasa.

Aku bukan-lah hendak menghentam Aie, sebab aku dulu pun memang suka dengan lukisan beliau. Walaupun cerita-nya agak meleret dan melankolik, tapi aku tetap beli. Sebab aku suka-kan lukisan beliau. Menarik, cantik dan kemas. Lepas tu, sanggup duduk berjam-jam tiru lukisan beliau. Walaupun tak jadi. Hampeh! Cuma di sini aku sekadar nak persoal-kan beberapa perkara yang bagi aku agak 'klise' atau stereotaip bagi cerita-cerita 'blues' ni. Yang membuat-kan aku sekarang tersenyum sendirian bila teringat balik benda-benda ni.

Seorang lagi kartunis yang aku boleh kategorikan karya beliau ada kena mengena dengan 'blues' adalah Ujang. Karya-karya beliau seperti 'Aku Budak Minang' dan 'Aca' kalau di perhatikan memang ada unsur-unsur 'blues'. Tentang bagaimana dilema anak kampung dalam mengharungi permasalahan kehidupan dan mencari-cari identiti diri. Mungkin pada tahun 80-an istilah 'blues' ni masih belum popular jadi orang tidak perasan. Tapi 'blues' beliau agak keras, 'straight forward' dan tidak bermelankolik.

Dan aku sendiri terikut dengan cara si Ujang. Mencari pengalaman di jalanan, di luar kelas, di luar sistem pendidikan formal. Yang kadang-kala membawa bersama hukuman-hukuman keras dan risiko-risiko lain. Biasa-lah zaman remaja dulu, mudah terikut. Ingin mencuba segala. Tak kan sepanjang masa nak ikut peraturan dan membaca buku pelajaran. Bosan betul. Jadi aku pun tarik-tariklah tetikus aku sekejap, lakarkan wajah hero 'blues' versi rekaan aku. Macam biasa, menggunakan 'paint'.

Dah siap pun. Hahaha..Enjoy!


Wednesday, November 5, 2008

Di Sudut Termenung Jauh...

Bilek termenung adalah satu lagi nama samaran bagi sebuah bilek yang dalam bahasa kasar-nya kita panggil 'jamban'. Dalam bahasa sopan ia di panggil tandas atau 'toilet' dalam bahasa Inggeris. Sesuai dengan nama manja-nya, bilek termenung memang satu tempat yang mana banyak masa di habiskan dengan termenung sambil menunggu proses penyahtinjaan selesai. Kadang kala ia memakan masa hanya selang beberapa minit, setengah jam atau mungkin juga sejam, bergantung kepada apa yang di telan dan berapa efisien-nya ginjal dan pankreas kita berfungsi.


Salah satu contoh bilek termenung tradisional

Selain daripada termenung mengenangkan untung nasib, ada lagi beberapa cara yang kita boleh lakukan dalam bilek tersebut. Sila baca entry ini dengan matlamat 'for the sake of knowledge', bukan dengan imaginasi bilek yang berbau kurang harum dan hasil-hasil kumuhan yang tidak patut di lihat.

Antara perkara-perkara yang aku fikir kita boleh lakukan dalam bilek kecil lagi seram itu sambil menunggu proses perkumuhan selesai adalah:

i) Membaca. Memang membaca itu jambatan ilmu. Tapi membawa masuk bahan-bahan ilmiah ke dalam bilek ini adalah sangat tidak di galakkan sama sekali. Selain tidak elok dan biadap terhadap ilmu, aku juga tidak sanggup membeban-kan otak aku berfikir sesuatu yang serius semasa proses kumuhan berlaku. Apa yang aku maksud-kan di sini adalah bahan bacaan ringan seperti komik atau majalah atau Harian Metro. Tapi jangan bawa masuk komik yang terlampau kelakar. Bimbang jika dekahan ketawa yang melampau akan mengganggu proses perkumuhan.

ii) Merokok. Ramai yang telah mengamal-kan perkara ini, terutama-nya bagi perokok tegar. Mereka kata ia melicin-kan lagi proses perkumuhan di samping menenangkan kepala. Aku pernah sekali cuba. Tapi tidak sedap. Bagaimana aku boleh menyedut dan menghembus gumpalan asap tersebut bersama dengan aroma semula jadi bilek itu? Jijik betul.Tak boleh bla...

iii) Menyanyi. Inilah masa yang sesuai untuk kamu mengasah bakat dalam nyanyian. Tanpa kutukan, tohmahan dan kritikan pedas dari juri atau audiens. Kalau hendak lagi menarik, bawa sekali gitar. Menyanyi sambil di iringi petikan gitar. Atau jika bilek termenung kamu cukup luas, bawa masuk satu set drum. Mana tahu, boleh jadi studio jamming satu hari nanti?

iv) Bermain permainan konsul berkomputer. Permainan konsul berkomputer di sini meliputi segala versi PlayStation dan X-Box. Konsul berkomputer keluaran Nintendo dahulu yang terkenal dengan siri permainan Mario dan Tetris juga boleh di ambil kira andai masih ada dalam simpanan. Aktiviti ini boleh jadi sangat melekakan, jadi jangan sampai kamu terlupa tujuan sebenar kamu ke bilek termenung tersebut.

v) Berbalas SMS dengan kekasih gelap. Jadikan peluang waktu kamu bersendiri ini untuk mengeratkan silaturahim dengan si dia. Kesunyian dan keheningan akan membuatkan kamu lebih kreatif dalam merangka ayat-ayat romantis untuk menambat hati si dia. Untuk lebih tips, SMS On Cinta dan hantar ke 33999.

vi) Beradu. Beradu di sini bukan bermaksud bergaduh dengan sesiapa. Beradu di sini bermaksud tidur. Untuk orang yang kuat tidur, memang sangat sesuai. Sementara menanti sessi perkumuhan selesai, guna-kan sepenuhnya masa untuk melelap-kan mata dan merehatkan minda kamu. Tanpa gangguan. Untuk tidur yang lebih berkualiti, bawa bersama bantal dan tilam ke dalam bilek termenung kamu.

Mungkin ada lagi cara lain untuk mengisi masa lapang di dalam bilek termenung yang aku tidak terfikir-kan. Mungkin lebih eksotik dan bermanfaat. Cuba-lah mana-mana cara yang kamu suka atau cara yang tersendiri. Sekurang-kurang-nya masa kita akan terisi daripada hanya termenung kosong. Ingat, masa itu emas!

Thursday, September 25, 2008

Bila LRT bercium

Petang semalam, sekali lagi berlaku perlanggaran antara 2 gerabak LRT berhampiran stesen Bukit Jalil. 'Six injured in LRT accident'- Laporan dari The Star. Kalau kalian boleh imbas kembali, ini kejadian kedua dalam masa 2 tahun. Bagi aku ini salah satu malapetaka kecil yang terjadi dalam komuniti kita.

2 gerabak Star-LRT sedang 'bercium'

Ya, mereka boleh memberi alasan kerosakan teknikal atau kecuaian pemandu. Tapi atas dasar apa yang membawa kepada alasan tersebut? Korupsi dan kerja sambil lewa. Aku malas nak sentuh pasal korupsi. Kalian boleh tengok sendiri fenomena retak dan runtuh yang berlaku kebelakangan ni.

MRR2 - 30 rekahan. Samy Vellu kata, faktor cuaca. RM70 juta disalurkan untuk kerja baik pulih. Masih lagi retak. Apa cerita, bai?

Bumbung dewan sekolah menengah runtuh di Terengganu.

Pejabat orang asli runtuh di Perak.

Spesifikasi tak pernah ikut tahap piawai yang ditetapkan.

Perkakas harga RM50, 'claim' sampai RM500 (macam kes di sebuah institut kemahiran satu masa dulu - tak perlu aku tuliskan nama). Jadi macam mana sekarang?

Kerja sambil lewa pulak. Perlu aku huraikan? Tak payah lah rasanya. Cuba kamu guna kan perkhidmatan komuter. Pasti kamu sakit hati. Tak pernah tepati masa. Aku rasa dalam banyak-banyak benda, komuter lah yang paling banyak aku maki. Membuang masa, merosakkan program orang, sendat, asyik rosak. Hish, kurang pahala puasa aku.

Kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri!"

Aku bersimpati kepada mangsa kemalangan LRT semalam. Sebagai bekas pengguna LRT sepenuh masa dulu, aku faham situasi dan perasaan mereka. Dalam keadaan letih baru balik kerja, berhimpit-himpit macam sardin, cium ketiak orang(aku tak pernah kena, sbb aku tinggi), menghidu pelbagai jenis aroma 'harum'..Nak lagi best, kalau time-time berhimpit tu, ada orang kentut. Peh! Memang bedebah rasa. Tapi nak tuduh pun tak boleh. Mana nak 'detect' si pengentut tu, kalau dah ramai-ramai camtu. Takpe lah, mungkin dia dah cuba menahan angin liar itu, tapi gagal.

Sepanjang menjadi pengguna sepenuh masa LRT, aku bernasib baik tidak pernah terlibat dalam kemalangan. Rosak tu, selalu-lah. Ya, aku bernasib baik, sama seperti aku bernasib baik tidak pernah 'kantoi' keluar malam sepanjang 5 tahun di asrama dulu.(Cerita lain kali). Tapi aku tak dapat bayangkan derita mereka yang terpaksa menggunakan komuter setiap hari. Aku yang kadang-kadang guna pun, dah maki-hamun. Kalian memang penyabar. (sambil buat tabik spring)

Kalau LRT dan komuter pun tak tepati masa dan penuh sendat dengan penumpang umpama ikan sardin, jadi apa beza nya perkhidmatan ini dengan perkhidmatan bas mini dahulu? Sama saja, bukan?

Mungkin yang berbeza- bas mini warna pink, LRT warna putih.

Bas Mini Wilayah

( Lagu 'Bas No. 13' dendangan M.Nasir mengalun - sbg lagu latar )

Monday, September 22, 2008

Berbuka vs bersahur...

Sempena bulan Ramadhan ni, aku nak berkongsi something. Ni based pada pengalaman dan pemerhatian aku laa, sbg orang bujang yg menetap di pinggir ibu kota. Biasanya aku dgn budak-budak rumah akan membeli juadah di bazar Ramadhan je. Senang. Beli dan makan.
Tambahan pulak rumah kitorang xde dapur..so, mmg x masak laa..Tapi kadang-kadang tu ade jugak berbuka kat luar, especially dgn budak-budak office atau member-member masa kat univ dulu.

Ape yg aku perasan, kalau time berbuka kat luar, biase laa kan, mesti kita sampai kat kedai tu dlm pukul 6:30-6:45 cmtu. Nak order ape sume dulu kan. So, sementara menanti makanan sampai, bukan main rancak lagi bersembang. Macam-macam cerita keluar dan dibualkan. Borak-borak, gelak-gelak. Orang-orang meja sekeliling pun sama. Pendek kata, mmg 'happening' laa kedai makan tu. Menu yg di 'order' pulak, macam-macam jenis. Dari nasik kosong dgn tomyam, telur dadar, nasik goreng laa dan hape-hape lagi laa. Tu belum campur sedikit kuih yg di beli kat bazar. Singgah jap tadi. Air pulak, tu dia...macam-macam kaler..sirap bandung, milo ais, laici, cendol..dah lah, malas nak cite.

Lepas azan Maghrib, berbuke laa..sambil makan pun ade lg topik yg nak di bicarakan. Tu dia, meriah sungguh..

Ok, kita tengok pulak pemandangan pada waktu sahur. Dalam masyarakat kita ni, aku dapati ada 4 golongan sahur :

i ) Golongan pertama ni yg bangun di penghujung malam. Biasenya, buat qiamulail dulu. Pastu baru sahur. Makan kurma dgn air susu. Tapi ade gak makan nasik..standard laa. Lepas sahur, siap-siap dan pegi surau utk solat Subuh. Bagus2...memang betul2 ikut sunnah nabi. Sejuk perut ibu mengandung. Memang itu pun tujuan di sunatkan bersahur lewat-lewat.
Supaya kita boleh terus bersiap utk solat subuh. Tau-tau je laa nikmat tido time-time subuh ni.. masyuk yg amat.

ii ) Golongan yg kedua ni pulak lebih kurang same dgn yg first td. Bangun kat hujung-hujung mlm gak. Makan nasik atau kurma atau ape-ape jelah, bergantung pd besar mana nafsu time tu. Paling koman pun teguk air kosong je. Jadi laa, asalkan bangun sahur..betul x? Kira ok laa, ambik yg sunat tu. Tapi beza golongan ni dgn golongan di atas, lepas sahur...tidur balik. Bangun-bangun dah pukul 8.

iii) Golongan ni jenis yg makan dulu byk2 sebelum tido..Masa bersahur sekitar pukul 12 ke 2 pagi..pastu x bangun-bangun dah lah.

iv) Golongan ni pulak..memang x bgn sahur langsung. Err..ni boleh dikira golongan yg bersahur gak ke?




Aku dgn 'hehousemate' biasanya mmg akan bangun utk bersahur. Dan mmg kitorang akan terpaksa keluar utk bersahur. Kecuali kalau dah mls sgt, bedal je lah ape yg ada kat dapur.Kurma ke, roti ke, kuih berbuka smlm ke..belasah je.

Suasana di kedai makan pd waktu sahur. Walaupun dtg 4-5 orang, tapi suasananya amat hening sekali.

Aku : Bagi nasik goreng kampung satu, kak...telur mate. Air teh o' suam eh.
Housemate 1 : Aaa same laa kak
Housemate 2 : Saya pun samelah

Begitulah seterusnya dgn housemate berikutnya..(bergantung pd ahli rombongan pd mlm itu).

Dan sementara menunggu nasik sampai, tiada bunyi perbualan dan gelak tawa yg memeriahkan suasana. Tgk orang meja-meja sebelah pun same je. Semua mata tertumpu pd rancangan kat TV..sambil sekali-sekala terdengar bunyi menghirup air teh o' suam. X kesah laa TV cerita ape pun..

Makanan sampai...sessi makan-makan dimulakan dgn senyap dan penuh tatatertib. Sambil mata dah separuh tertutup..Xtau laa ape yg orang kedai ni bubuh dalam nasik tu. Masih lagi tiada perbualan. Hening.

15 minit berlalu..masing-masing dah siap makan..habiskan baki minuman..

"Jom balik?"

"Jom"

Begitulah 'meriah' nye bersahur di luar...

Monday, September 15, 2008

90:10

Ratio di atas adalah kuota yg baru di minta oleh pengusaha seni atau lebih tepat lg, penulis lagu, pelirik, penyanyi. Senang cerita karyawan-lah kpd Kementerian Penerangan agar stesen-stesen radio swasta menyiarkan 90% lagu2 tempatan dan hanya 10% lagu luar.

Bagi aku, ada pro dan kontra-nya. Sebagai peminat muzik(hanya peminat, bukan penggiat), aku terfikir sudah terlalu teruk-kah mutu lagu-lagu tempatan? Sehingga tidak mendapat tempat di stesen radio swasta? Radio swasta menjalankan modus operandi (mcm ayat Harian Metro la plak) sebagai satu entiti bisnes, yang bergantung sepenuhnya kepada pengiklanan. Dan bagaimana mereka hendak meyakinkan pengiklan? Dengan menarik seramai mungkin pendengar. Dan bagaimana utk menarik pendengar? Dengan menyiarkan lagu-lagu yang disukai oleh para pendengar....

Secara jujur-nya, memang akhir-akhir ini kebanyakkan lagu-lagu luar terutama dari seberang lebih 'catchy' dan sedap di dengar. Tapi itu tak bermakna lagu-lagu kita tak ada yg bagus. Cuba imbas kembali zaman 90-an. Aku rasa pada waktu itu lah lagu-lagu kita sangat merudum kualiti nya. Semua-nya lagu tangkap leleh, jiwang, putus cintan yg semuanya melankolik dan tangkap syahdu. Nasib baik juga aku pada waktu itu diperkenalkan dengan lagu-lagu Cromok(thanx Xoll, kerana 'introduce' kat aku diorang nih), Butterfingers, OAG, Bloodymarry dan lain-lain yang pada waktu itu masih lagi bersembunyi di 'bawah tanah'.


"Tapi sekarang dah 2008, bro"

"Jap laa..tak habes cerite lagi"

Akhir-akhir ini sudah banyak 'band' 'bawah tanah' yg mula keluar. Malah Butterfingers pun dah mula menyanyikan lagu dlm BM..'Grunge is dead?'.
Mereka pun dah mengubah halatuju mereka daripada menjadikan Nirvana sebagai idola. Sekarang ni nampak gaya seolah nya mereka dah mula 'follow' Radiohead. Cuba perhati kan lagu dan lirik mereka, terutama bermula dari album 'Selamat Tinggal Dunia'. Eh, apsal aku melalut cerita pasal diorang pulak..?



Ok, kembali ke pangkal jalan..uhuk!

Bagi aku, karyawan ini takut untuk bersaing secara sihat. Sampai bila kita ingin dilindungi?
Cuba hasilkan sesuatu yg berkualiti. Lagu yang baik bukan hanya dinilai pada betapa abstrak- nya muzik yang kamu tulis itu, betapa puitis-nya lirik itu.

"Lu tak berjiwa seni laa,bro"

Memang, aku suka pada lagu yg puitis, muzik yg indah. Tapi jangan laa mengarut sangat. Bila kau sedang memandu, buka radio, kamu mendengar lagu untuk menghilangkan bosan, melayan halwa telinga, bukan utk memerah otak berfikir maksud-maksud di sebalik lirik dan muzik yg penuh abstrak itu. Ambil contoh Hujan. Lirik diorang entah hapa-hapa. Main hentam je tulis. Tapi kenapa mereka popular sekarang? Sebab muzik yg dibawakan ringan, mudah diikuti, seronok di dengar.

Kesimpulan-nya, jangan takut untuk bersaing. Kalau kamu hasilkan sesuatu yg berkualiti, orang akan tau dan gemarkannya. Tapi kalau dalam album tu ada 10 lagu, 1 atau 2 je yang 'best', jangan salahkan pendengar. Mereka membayar utk mendengar. Dan aku membeli album kamu menggunakan wang ringgit aku, bukan bulu hidung. Kalau wang itu senang di dapati seperti mendapatkan bulu hidung, aku tak akan komplen pasal kualiti lagu yg kamu hasilkan. Bila pendengar beli album artis luar, kamu kata mereka tak patriotik, tak menyokong industri muzik tempatan. Tapi lihat dahulu kualiti album yang kamu keluarkan. Aku bukan membenci kalian, tapi aku mahu kalian hasilkan sesuatu yg boleh dibanggakan. Aku tidak mahu kalian hasilkan lagu syok sendiri.

Kali terakhir aku beli album artis tempatan adalah pada 2006, album M.Nasir bertajuk 'Sang Pencinta'. Aku beli sebab nak menyokong industri muzik tanah air laa (kononnya). Beliau pun dah lama tak keluarkan album. Dan juga digelar sifu. Tapi aku kecewa. Daripada 10 lagu dlm album tu, ade laa dlm 3 kot yg boleh layan. Yang lain tu~tak dengar pun takpe.
Macam bukan lagu M.Nasir.
"Lu tak berjiwa seni, bro"

Ok lah aku tak berjiwa seni. 'Maybe' aku tak faham apa yang dia tulis.
Tapi utk seorang 'student' pada waktu itu, RM16.00 yang dikeluarkan untuk membeli sekeping kaset yg tidak mencapai gred A, amat lah besar maknenya. Boleh buat belanja makan 2 hari tu.

Lepas tu, aku tak beli dah album dari artis tempatan. Curik dari PC orang je. Atau 'download'.

'Tepuk dada tanya selera'