Showing posts with label hijau. Show all posts
Showing posts with label hijau. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Pokok beras!

Assalamu'alaikum...

Ini ialah antara gambar masa kat kampung hari tu...Memang meriah di kampung kan.Selain musim cempedak,musim rambutan...padi kat sawah pun menghijau.Sayup mata memandang!

Masa tgh lepak2 kat belakang umah abang....best woo dok kat atas pelenggaq(pangkin)sambil dibuai angin sepoi2 bahasa.Sedar2 budak2 ni dah ilang..munuju ke bendang rupanya..Pak lang diorang la sibuk dok gitau pokok beras...pokok beras... yg besar2 tu faham la apa maksud pak lang dgn pokok beras,yg kecik dua org tu pun sibuk nak tau apa tu pokok beras.

Risau jugak apa2 jadi kang..mau tak mau,ikut jugak diorang dari belakang.Bukan apa budak2 tu tak biasa dgn sawah bendang ni kan...Tapi budak2 ni punya excited jln punya laju...tgk2 dah sampai kat tengah bendang....

(rasa mcm tak best jer sebut sawah..kena sebut bendang baru ada feel kan..)

Kakak,abang dan adik ikut batas lain...kak cik dan kak lang pulak ikut batas lain.Kak cik takut,menangis-nangis tak nak ikut...tapi kak lang dok heret juga suruh ikut dia..last2 sampai satu tempat(tgk kak cik ngan kak lang kat hujung atas tu..)Sampai situ kak cik dah meraung...Panik jugak saya ingatkan kena lintah ke apa.Rupanya kaki dia sebelah dah termasuk dlm bendang tu..Selipar tenggelam..hahahhahaa..punyalah kelakar,nak gelak kuat2 tapi takut dia nangis makin kuat lak..So,suruh kak cik ngan kak lang patah balik jer...(abang pi cari tak jumpa..abah pun pi cari tak jumpa jugak selipar kak cik)Last2 kesudahan dia,kaki ayam jelah sementara nak balik...jumpa pasar malam beli selipar baru!

Kat batas bendang tempat ank2 saya berdiri nilah saya berlari-lari main wau masa kecik..
tangkap ikan semilai, main selut dan tangkap ikan darat bila time padi dah kutip..nostalgia...

Sekian,jumpa lagi...

Wednesday, May 25, 2011

Inai...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah...berjumpa lagi kali ni.2-3 hari ni rasa masa dgn blog ni dah kurang,mana tak nya....minggu ni anak-anak sibuk dengan periksa pertengahan tahun diorang.Sebagai ibu kita kena lah tengok2 apa yang patut kan..bagi sokongan dan galakan...walaupun kejayaan memang bergantung pada usaha diorang.

Hujung minggu ni sibuk dengan jemputan pulak.Kenduri kawin dan kenduri berkhatan...Cuti skolah,khatan...memang sinonim kan!Kat tempat saya ni pun ada lebih kurang 3-4 jemputan.
Ada sorang jiran blkg rumah saya ni nak kawinkan anak dara dia sabtu ni.....baru kejap tadi datang ambik daun inai..Pokok inai yg sangat berjasa...Masa lahirkan adik 6 thn lalu,mak mertua datang bawa segala khazanah daun2 dari kg utk buat mandi waktu saya dlm hari.....Termasuklah daun inai ni....mak lah yang cucuk batang2 inai tu di dlm pasu kosong kat dpn rumah tu.Oleh sebab tak tumbuh2, saya pun pindahkan batang2 inai tu kat atas tanah..barulah menjadi.

Tiap2 kali hari raya, kami anak beranak pakat2 lah dok berinai...kecuali kakak,sbb dia dah skolah menengah.Undang2 skolah menengah tak boleh pakai inai kata kakak.Tapi sejak 2-3 thn kebelakangan ni,saya dah tak berinai lagi sejak mil saya kata hukum berinai ni haram...ada ler dia dgr dari ceramah kat masjid kat kampung tu..Jadi drpd dok was-was....lebih baik jgn pakai.Tapi sebenarnya daun inai ni sangat banyak kebaikannya.Mak saya sendiri pon pernah berpesan,kalau dah tkder jamu nk dimkn..giling jer daun inai,gentel2 dan jemur..boleh dijadikan jamu.Kalau ada kwn2 yg kena cagu pulak,inai ini lah yg diorang cari,lps tumbuk lumat tepek jer kt kuku yg bercagu tu....Pendek kata macam2 lagi kegunaan daun inai ni kan...


Inilah pokok inai yang dah agak botak tu(slps disedekahkan untuk bakal pengantin!)...dan pokok inai ni berjiran pulak dgn pokok gajus...
ishh,tamakkan saya... semua pokok nak ditanam..

Ok...jumpa lagi,Insyaallah!

Tuesday, May 24, 2011

Belimbing besi...


Assalamu'alaikum...

Jumpa lagi...ish sibuk betul 2-3 hari ni kan,maklum ler anak2 semuanya tengah demam exam.....Lepas tu nanti cuti sekolah pulak,dah nak start bercuti pulak masing2.

Kami ni kalau ikut perancangan memang ler nak balik kampung..tapi tak tau lagi berapa hari.Tiga empat hari ker..seminggu ker...Lagi lama duduk kampung nanti jadi malas nak balik rumah sini pulak.Bukan apa,dah seronok dgn suasana kampung!Jalan2 rumah sedara-mara,makan menu2 masakan kampung yg mustahil nak jumpa kat sini...

Ingat lagi dengan entri nangka nan sebatang?Dalam entri kali ni saya nak tunjuk pulak satu lagi pokok buah yang telah berbuah dengan jayanya..hihi..seronok sgt,dah ler berbuah,dah di balut2 buahnya tu...jadi cantik pulak belimbing madu ni kan..Dapat ler 3 biji kali ni,lain kali mungkin lebih banyak kot..Insyaallah..kalau di tengok pokoknya tu kecik jer..hidup pun berhimpit-himpit dgn pokok nangka dan pokok kelapa..

Manisnya...Rezeki Allah,Alhamdulillah!

Pokok kelapa pun dah berputik tu..ntah jadi ker tidak...harap2 jadi ler,leh minum air kelapa muda..ayaq nyoq...atau pun buat jelly kelapa...Kalau tgk pokok2 tu..terlalu rapat.Maklum lah tanah pun sekangkang kera jer.. ms tanam dulu jaraknya ok..,bila pokok2 ni dah besar,tak sangka jadi rapat2 pulak...Kenapalah sblm tanam tu tak pikir betul2 kan....nak buat macamana tak kan nak buang pulak..sayang.

Ok..sampai jumpa lagi.....Insyaallah!

Thursday, May 5, 2011

Nangka nan sebatang...



Assalamu'alaikum...

Yey,yey...hati gembira rasa...bila pokok yg kita tanam akhirnya sudi jugak mengeluarkan buah yang pertama..eh,sebenarnya ni yang kedua..Yg pertama dulu dah gugur,kali ni jadi dua bijik..
Pokok nangka ni sebenarnya kecik lagi....tapi dah berbuah,harap2 tu buah kali ni tak gugur lagi.
Pokok nangka ni sebenarnya tumbuh dari hasil semai biji.3/4 thn lalu kitaorang beli nangka di pasar malam( yg sebungkus 2 ringgit tu..).Lps tu en hubby semai biji nangka tu...tak sangka tumbuh pulak.Bila dah agak besar,kami alihkan ke atas tanah....Rumah teres kan,mana ada tanah luas.Tanam je kat tepi longkang tu....Bertahun-tahun tak berbuah,bila kami sebut2 nak tebang jer,terus berbuah pulak...Tuuuuu....siap pakaikan baju lagi,tapi baju kertas jer....Tunggu je lah,apa jadi dengan buah tu nanti.........






Tuesday, February 22, 2011

Dalam hati ada taman...

Assalamu'alaikum...

Hijau itu mendamaikan.Kata orang bangun pagi2 tu elok kalau dapat pandang pokok2 yang hijau.Baik untuk mata,baik untuk mental....

Pagi ni masa tengah seronok bw...saya telah dikejut kan dengan suara orang memanggil-manggil.Tengok-tengok,rupanya jiran yang selang 4 pintu nak minta batang pisang.

Kebetulan anak kami yang darjah dua tu,belajar di kelas yang sama.Pendidikan seni diorang hari ni,kena buat corak.Nasib baik ada pokok pisang w/pon cuma sebatang.Kadang- kadang kalau nak buat bakar ikan atau lepat....tak payah lah beli daun pisang.Memang berbaloi kan tanam pokok.

Kalau tanam pastu tak jaga pon tak guna.Tengok ni dah macam hutan...tapi kalau jaga dan baja elok-elok...barulah cantik.

Selepas jer xtvt make over pokok-pokok kat depan rumah tu...baru la nampak meriah sikit.Kemboja dah berbunga..pokok bunga kertas dan pokok bunga melur pon dah naik tunas baru...ada tanda-tanda nak berbunga jugak...sungguh ceria.

p/s: Walaupun tanah cuma sekangkang kera.......!

Saturday, February 12, 2011

Panorama nan indah...

Assalamu'alaikum...

Lihatlah Sekitar Alam...

Flora Dan Fauna.


Binatang apakah itu?

Selalu datang berkunjung...kadang-kadang melompat dari pokok ke pokok,
kadang2 sampai dalam rumah pon kau masuk.

Friday, February 4, 2011

mAKe oVEr!

Assalamu'alaikum...

Entri pendek jer..insyaallah,tapi kadang2 kata jer nak tulis entri pendek...tapi panjang berjela gak jadinya.

Hari ni nak cerita pasal aktiviti kami anak beranak masa cuti...manfaatkan cuti kita bersama orang2 tersayang...chewah macam kempen apa ntah!

Tu gambar sebelum...Dah berapa bulan tak berusik.Bukan pokok2 bunga jer...(nama jer pokok bunga,tapi sekuntum bunga pun tak sudi tumbuh)Ish2 kesian sungguh!Tengok tu segala macam pokok pun sibuk kemain mencelah-celah dengan suburnya.

Kerja2 pembersihan sedang giat dijalankan...Budak ni action jer,selebihnya kayuh beskal kulu-kilir.Hey, kak lang! Kredit untuk abah korang tau..sebab dia yang buat semua ni!Korang bukan nak tolong pun.Mami jer yang tolong......tolong tengok!

Yang ni pulak gambar selepas...hah...kan nampak kemas dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...