Showing posts with label basikal. Show all posts
Showing posts with label basikal. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Wahai anak...

Assalamu'alaikum...

Hai semua....Apa khabar kawan-kawan?Semoga semuanya dalam keadaan ceria dan gembira selalu di samping anak-anak sempena cuti sekolah ni.Sekolah cuti seminggu ni,alamat.. gegak gempita lah rumahku syurgaku ini.Korang ok ker?

Kalau hari sekolah tu kurang ler sikit diorang nak main-main...alahhh budak-budak mana reti dok diam.Kalau setakat main kat dalam rumah tak pa jugak,kalau kat luar?Kena pulak kita banyak kerja nak buat..siapa nak jaga..suruh kakak-kakak dia jaga?Baik diorang layan cerita tv...drpa nak layan adik..

Kalau zaman kita dulu-dulu main lah kat mana-mana pun,tak kisah...insyaallah selamat punya.Tapi zaman ni jgn buat main,anak-anak kalau nak main kat luar mesti kena ada org dewasa,kalau tak....alamatnya ntah kemana-manalah anak kita.Bukan nak buruk sangka,tapi memang itulah hakikat dunia sekarang.Silap haribulan, anak dah hilang...mak bapa pula kena merengkok dalam penjara.

[Ni lah rutin saya,time ptg2 jer kena tercongok kat depan rumah tengok anak-anak main
Sbb,kalau saya tak tunggu alamat jauh ler diorang kayuh,kereta dan motor pulak laju-laju,nak tak nak kena lah korbankan masa jugak..]

Anak saya,adik tu memang selalu suka main basikal kat luar...tak kira masa pulak tu.Kadang2 tengahari buta pun dia tak peduli.Kunci pintu pagar?Apa susah,dia boleh buka sendiri..kunci selalu kena sorok,memang tak boleh lepa budak ni.

Setiap kali musim cuti sekolah, rumah kami memang meriah,dapur tak henti berasap...komputer ni pulak dah naik hangit..asyik dok tekan sana tekan sini,games ,fb...siap dok beratur ni...nasib baik tak ambik nombor..Tak bagi can langsung kat kita....ini pun siap ugut2 ni baru dapat..hehehehe..tipu jer,mana ada ugut....tapi psiko2 sikit jer.

Wednesday, November 24, 2010

Yang lama jgn buang....kita bukan orang kaya....


Assalamu'alaikum...

Inilah permintaan kak cik,nak beskal...nak beskal...Dekat seminggu dok mengayat abah nya suruh beli basikal...

Dek kerana dah tak larat nak dengar,kitaorang ikut je lah kemahuan dia.Lagi pun dia belum ada basikal lagi,tambah pulak pereksa akhir thn hari tu dapat no.2...Anggap je lah ni sebagai hadiah ......Petang tu mami dan abah pi kedai basikal kat pot klang tu,nasib baik masih buka w/pun hari minggu.Nak yang mana yer...Yang ni pink..kiut sangat,tapi kak cik dah pesan berkali-kali dia nak yang kaler oren.So....

Kami sepakat ambik yang ni..kaler oren.


Kak lang pun merengek gak..yang ada tu kita repair je..tak payah beli.Adik pun naik basikal lama jugak,repair mana patut...


Kesimpulannya bergembiralah anak2 mami dengan basikal masing2.Kak cik leh pandai kayuh basikal tu slps belajar ngan mami tak sampai sejam...


Basikal kak lang tu,dulu kakak pernah guna naik pi sekolah masa darjah 5 dan 6.Pastu abang sambung lak naik pas kakak masuk skolah menengah.Thn dpn abang naik skolah mngh,kak lang lak sambung naik ke skolah.Basikal yang adik tu pulak ialah basikal abang masa dia darjah 1.Lepas dapat basikal je abang belajar tak smpai sehari dah pandai....pastu abang asyik 'hilang' je sampai maghrib lum balik2 sbb pi lepak umah kawan dia main PS.Itu citer lama la..dah 5 thn dah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...