Thursday, October 16, 2014

Teguran atau Marah???

Ramai ada yang mengatakan "teguran" itu merupakan sejenis kemarahan yang diluahan.

Boleh jadi dan ada benarnya. Kebiasaan nya, teguran dibuat atas dasar tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan apa yang telah seseorang lakukan. Itu padangan dari individu yang memberi teguran.

Bagi individu yang menerima teguran pula, kebiasaan nya memang agak panas telinga lah.... dan yang paling seronoknya adalah penerima teguran akan mula berimiginasi yang bukan-bukan; contoh nya, "orang ini mesti benci aku"... atau "musnah lah kehidupan aku selepas ini"... - mesti anda pun pernah merasai benda sebegini kan? saya sendiri pun pernah...
 
 
Ini terjadi apabila kedudukan anda sebagai seorang pemimpin (boss - perkataan senang) di sesebuah organisasi. Anak buah pula telah beberapa kali diingatkan secara bersemuka dan bertulis tentang apa yang mereka perlu lakukan dan juga apa yang tidak boleh lakukan. Begitu juga, telah diajar beberapa kali cara-cara dan tatakerja sesuatu tugasan yang dikehendaki.
 
TETAPI... si anak buah pula berulangkali melakukan kesilapan dan terlupa. Nasib baik lah si boss pula jenis yang pemaaf dan menunjukkan cara lagi...
 
Persoalan nya... berapa kali nak kena ajar? Pemaaf pemaaf juga, tetapi ada batasnya kan?
 
Kalau boss menegur, boss pula yang dilabelkan garang atau tak bertimbang rasa... Tapi kalau satu kerja yang mudah, silapnya sampai 5 kali... adakah si boss itu garang atau si anak buah itu bebal? Persoalan nya.... "layak kah orang itu memikul tanggung jawab itu?"...
 
Sama sama kita fikirkan....

0 comments: