Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, 16 March 2011

Anwar oh Anwar.....

haih~~~ PER dah banyak kali dengar cerita dia masuk keluar mahkamah. well, so far nasib dia memang baik, asyik2 terlepas ajer, hahaha... bukan semua orang ada nasib macam tu, jeles PER taw~

yop, Anwar desak orang berhenti demonstrasi??? nak tau tak? PER rasa macam nak terguling2 atas lantai kat makmal ni aje tapi memikirkan ramai orang, PER sekadar senyum-nak-pecah-perut ajer, heeheehee..... what the joke, Anwar suruh orang berhenti berdemonstrasi??? selama ni bukan dia yang tak kisah ke? umm.... apa jadi dengan 'kebebasan bersuara' dia? apa jadi dengan 'kebebasan berpersatuan'? apa jadi dengan segalanya bebas yang dia bising2kan dulu? masa dulu2 dia kata tak apa berdemonstrasi, tapi sekarang tak boleh. kenapa ya?

ye la, sebab yang didemonstrasikan ialah dia sendiri. haa, senjata makan tuan, sedap? senjata yang asalnya disediakan untuk orang lain dah pusing balik kepada dia. huh, PER penah kena. masa dulu PER beli ular getah nak buat lawak kat kawan. lepas beli, PER simpan dalam beg. balik je rumah (tu tak sempat kenakan kawan lagi tu), PER terkejut melompat2 dan menjerit2 sebab PER ingat ada ular dalam beg PER (memang la ada, tapi getah je). so, PER penah rasa macam mana perasaan 'senjata makan tuan' ni. memang lawak la bila pikir balik.

kembali, time kenakan orang, semua halal, tapi kalau dah kena kat dia, dia marah2. padahal dia yang create benda tu. aduhai~

yang sekarang ni duk kecoh supaya dia serahkan DNA dari sampel darahnya kepada mahkamah. ye la, kalau Karpal Singh kata sampel tu tak sah, why not ambil yang baru, kita sahkan sendiri. haa? lagi best sebab dapat yang fresh punya sample. kalau2 la Anwar tu tak bersalah, kenapa nak panjang kan cerita? PER tak rasa la hidup dalam kontroversi ni aman, tapi mane la tau DSAI kita ni suka pulak hidup macam ni. hidup yang dipenuhi dengan berita di dada2 akhbar dan dikelilingi oleh papa/mamarazzi ni jadi feveret dia kot... tah laa, lain orang lain minat, ahaks! yang penting, PER tak minat hidup camntu...

ataupun memang dia ni sebenarnya2 bersalah. mengaku aje la, selagi dia tidak dibuktikan bersalah, udara segar KL memang dapat disedut everyday. al-maklum la, kalau dah masuk penjara tu, kegian pulak udara luar.

tah laaaaa......

addio~

p/s: Karpal Singh - Anwar perlu bertaubat. suka dengar tu, hahaha~~

Tuesday, 8 March 2011

Politik, oh Politik.....

Huff, PER pening betul la kebelakangan ni. PER banyak gila keja, sampai nak update blog pun PER mati semangat. Penat sangat, dengan macam-macam kerja PER kena buat. Adoiyaii….

Tapi anyway, PER pendekkan je la cerita kali ni. PER baca Utusan Online (lagi la), and PER dapat banyak sangat topic yang menarik. Antaranya pembekuan program baru perubatan. Wah, pembekuan? Kenapa???
Penawaran melebihi permintaan? Wah, first time PER dengar program perubatan macam ni. Rata2 PER pegi, orang mesti kata nak jadi doktor, tapi kenapa sampai terlebih tawaran dari permintaan? Well, PER tak ada 
jawapan untuk tu…

Then PER terbaca pasal cik Nik Aziz kita (lagi…. di sini). PER tertarik dengan kenyataan terakhir tu “…Ini bukan adil, ini berdosa dunia dan akhirat…”, alaa… comel betul kenyataan dia tu, hahaha… macam budak kecik yang kalah bertanding, semua nak libatkan dosa, dunia akhirat. Hehehe…. Media tak berpihak pada mereka? Keluarkanlah Harakah banyak2. Well, dah kelebihan UMNO la kan. Kalau PAS yang pegang tampuk pemerintahan negara ni, memang dia orang akan buat perkara yang sama. Maybe lebih, PER tak pasti 
laa…

PKR pulak? Hmmm….. PKR tak penuh janji? Memang PER dah biasa dengar pasal ni laa.. Oh ya, PER ada download Buku Jingga online tapi PER tak sempat nak telaah lagi isi kandungannya, Menurut blog yang PER baca haritu, Buku Jingga hanya menimbulkan gelak tawa sahaja. PER tak pasti ada apa dalam Buku Jingga tu. 
Kalau ada masa, InsyaAllah, PER akan huraikan secara ringkas isi kandungan Buku Jingga.

Oh ya, PER dengar sejak Negeri Selangor ni diambilalih, PER dengar banyak, hotel bajet, kelab malam dan rumah urut dibuka, especially Shah Alam, tempat yang ramai student. Kenapa eh? PER nak tahu jugak… Pastu kenyataan Nur Zaiful di sini, “Saya masih menanti kerajaan negeri mengeluarkan tawaran untuk orang muda membeli rumah mampu milik di negeri ini namun masih tiada sedangkan projek-projek perumahan kelas sederhana dan mewah begitu mudah mendapat perhatian mereka,'' katanya. Apa maksudnya tu? Pembaca tafsir-tafsirkan lah sendiri. Tapi dulu pasal isu pasir, PER memang tak arif masa dulu sampailah PER sendiri nampak gambar lubang-lubang yang terhasil daripada kegiatan mengorek pasir. PER pasti kegiatan korek pasir besar-besaran ni sebenarnya ada dalang disebaliknya. Takkan la parti mengorek pasir besar2an ni tak dihidu oleh kerajaan Negeri Selangor, idak? Mustahillah bagi PER, tak mungkin…..

Banyak, kalau nak cerita sekarang, PER tak balik rumah la jawabnyer ni…. PER stop sini dulu eh, pasal PKR. Kita sambung pasal DAP pulak, ‘kawan karib’ PAS di sini.

Huisy, kat PP memang lagi dahsyat kes diaaa….. gerai Melayu runtuh, perkampungan Melayu runtuh, perniagaan KOMTAR kedai Melayu runtuh, segalanya pasal Melayu runtuh la pendek katanya kat Pulau Pinang. Apasal Melayu? DAP memang nak mengautonomikan PP ke? Nak jadikan PP tu Singapore ke-2? Wah wah wah….. tak cukup ngan Singapore, habis PP pun dia nak amik? Lepas tu? KL? Ipoh? Melaka? JB? Pastu yang tinggal untuk orang Melayu? Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu aje ke? Sukati je diorang. Dah beri betis, nak peha la, cenonggeng la, kepak la. Lama-lama dia amik whole chicken. Yang tinggal kat kita hanya bulu dan tulang aje. Tu pun tinggal tulang yang dah kena gigit, sum-sum tulang pun dia bedal. Ni andaian aje la, pembaca. Boleh bayangkan tak macam mana kalau diorang amik habis and tak tinggal sesen pun untuk kita? Parah laaaaaa…..

DAP ni kita kena extra berhati-hati. PER dengar cerita, DAP ni selalu aje buat mesyuarat masa solat Jumaat, dimana semua pegawai kerajaan lelaki bersolat Jumaat. PER rasa kan, masa tu la diorang buat ‘projek’ diorang, meeting bagaimana nak menyisihkan ‘rival’ mereka. PER takut….

Itu la yang sempat PER olah masa ni. Actually time ni pun dah lewat sangat da. PER memang busy extra. PER esok memang langsung tak dapat pegang komputer PER ni. PER mean, LANGSUNG. Program la, itu la ini la. So tomorrow never die, but never update too. Sorry…

Addio.....

p/s: PER penat gile la skarang ni, tolong……….

Sunday, 6 March 2011

Ayah Pin Aziz ke?

Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?

KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka.
"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Nik Abdul Aziz turut menyifatkan mana-mana mufti yang menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga dan neraka sebagai mufti yang layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.
Jelas Farahana, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap angkuh serta mengangkat dirinya ke suatu martabat yang begitu tinggi.
Tambahnya, perbuatan biadab tersebut juga merupakan contoh kepada kepimpinan ala Ayah Pin yang menganggap dirinya nabi pada zaman ini.
"Justeru, saya mencabar Nik Abdul Aziz supaya menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat," ujarnya.

(copy paste dari Utusan Online)

oh, PER ingat lagi cerita pasal Ayah Pin. dia memang dapat sambutan. yang tak boleh belahnya, kenapa orang yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya cemerlang pun boleh membodohkan diri menyembah manusia? hanya kerana da kata dia utusan dari tuhan? wah, gitu PER pun nak buat benda yang sama. kalau PER kata PER ni dapat wahyu, agaknya ada tak orang yang nak jadi pengikut setia PER?

tujuan Nik Aziz dan Ayah Pin ni apa? apakah mereka ni nak dilayan dan disembah macam tuhan? atau mereka ni nak merasakan diri mereka sangat diperlukan seperti Rasulullah? atau mereka perlukan tentera yang setia bagi mencapai maltlamat jangka panjang mereka? PER tak tahu, PER sumpah tak faham kehendak mereka. Wallahualam...

tapi ada ek manusia yang terlupa balasan Allah. ye la, dia ingat tak ada dosa ke mempermainkan ayat2 suci Al-Quran? tapi kan, PER rasa la, Niz Aziz ni macam ada orang belakang yang support dan kontrol segala percakapan dia. tak ade la, PER tengok dia macam tak ada rasa bersalah langsung. tak rasa menyesal langsung. entahla, dari apa yang PER tengok, dia semacam enjoy bila dia menkafirkan orang lain, memberi hukuman kepada orang lain dan memberi janji syurga kepada pengikut. PER tengok dia macam enjoy jadi 'tuhan'. huisy, sapa tak nak jadi tuhan kan? boleh buat apa saja, wow.....

oh ya, PAS kata dia akan gunakan isu agam sebagai mencontohi perbuatan baginda dalam berdakwah. tapi nak tanya, ada tak baginda berdakwah demi politik? ada tak baginda mengkafirkan umat manusia? adakah baginda memberi tiket ke syurga kepada mereka yang memangkah parti politik baginda? bagi PER, kalau serban besar mana pun, dosa lagi besar dari serban, tempat still kat neraka nya. tak ada jalan mudah untuk ke syurga. tak tertulis pun kat mana2 dalam Quran yang memangkah PAS boleh hidup senang lenang dalam syurga. apa? perjuagan PAS berlandaskan Islam? Oh, Islam la sangat kalau bersekongkol dengan parti yang paling bencikan Islam? Islam sangat la kalau suke ati tok nenek diorang bagi tiket ke syurga? Islam sangat la kalau mulut tu ligat mengkafirkan orang Islam yang lain? Islam sangat la dulu kata A (hukum hudud), sekarang kata B (tak payah hukum hudud)? Islam sangat la mereka yang ikut telunjuk orang kafir? orang kafir lagi tergelak ada la. sebab diorang boleh bawak main PAS macam keretapi mainan pulak, suka2 aje nak kedepan atau kebelakang. seronok tau. kalau PER dapat kontrol orang, PER pun rasa seronok, apatah la kalau dapat kontrol orang yang ada pengikut ramai.

tapi betuk kata Farhana Jamaludin, Wali Selipar tu memang angkuh. tak apa la, semoga dia dapat hidayah sementara masih bernafas lagi ni. kalau tak, PER takut syurga yang dijanjikan pada pengikut dia, dia pulak yang takdapat bau...

wallahualam, addio~

p/s: buat baik masuk syurga, buat jahat, pegi la ke neraka...

Saturday, 5 March 2011

Pilihanraya Kerdau

Kali ni PER nak citer la skit pasal pilihanraya di Kerdau. oh ya, PER dengar pasal 2 ceramah diadakan di tempat yang sama semalam. hebat betul dengarnya. apa tak hebatnya, dengarnya 2 kuasa besar dari PKR dan BN turun padang dan berceramah di satu tempat yang sama, seberang menyeberang jalan aje. hei, dekat tuu... tak sampai 50 meter pun. PER tak la ke sana tapi PER boleh bayangkan macam mana keadaan tu. sebelah satu khemah PAS, sebelah lagi BN. hisy.... mesti gempak sangat laa....

PER harap PER boleh ada kat sana, tapi ye la, transportation melimitkan keadaan PER. tapi PER bukak banyak blog yang menceritakan Anwar Ibrahim kena habis dengan Ummi Hafilda. dengarnya sebelah pihak ni asyik membalas ucapan pihak sebelah lagi, walaupun under 2 khemah yang berbeza, boleh bayangkan tak? 2 pembesar suara bertelagah? hahaha.... kelakar jugak bila PER bayangkan benda tu. mana sangatla yang penah jadi benda ni kat Malaysia? hahaha...

Maaf cakap, PER ni memang pembaca setia Srikandi7. PER selalu je baca, tapi kak Ummi je yang jarang update. Hmm.... PER suka tulisan dia. i mean, kak Ummi kemukakan bukti surat2 dan gambar koleksi dia. bagi PER, tu memang dah kukuh gila la. takleh nak kukuh lagi. tapi PER tak nampak pulak bukti2 dakwaan dari pihak Anwar Ibrahim. bagi PER, Anwar tu memang berkarisma. dia memang ada daya penarik. thats why orang suka dengan dia. tapi PER perhatikan, sekarang dia dah kurang pengaruh especially pasal isu dia taknak angkat sumpah laknat. cakap pasal sumpah laknat, bagi PER la, benda ni bukan main2. orang yang memang tak bersalah memang tak takut nak sumpah laknat, sebab dia tau dia tak bersalah. ni orang yang bersalah, kalau main2 dengan sumpah laknat, alamatnya kena laknat la. kena sambar petir ke, mati eksiden ke, or... mati la. tapi dalam keadaan yang sangat2 memalukan. sebab tu jangan amik mudah dalam hal sumpah laknat. cube la amik mudah, memang kena bayar cash dan delivery on time laa....

baiklah, kembali kepada pilihanraya Kerdau. menurut sumber2 blog seperti MiM, Wira Kenyalang, Sri Tri Buana dan Gerakan Anti PKR di sini, sini dan sini, PER dapati jalan ceritanya hampir sama. ada kalanya PER terhibur jugak. hey, jangan salah sangka. PER just kata terhibur sebab PER tak dapat bayangkan pembesar suara bergaduh dengan permbesar suara di seberang. tapi bila PER letakkan tempat PER kat dalam kasut Anwar Ibrahim, PER rasa kesian sangat kat dia. ye la, lepas ceramah gagal, dia bergerak ke Jengka 22, Anwar disambut dengan lemparan laungan 'peliwat'. lebih menyedihkan, 'tonggeng' (punggung) ayam pun menyambut mukanya seperti yang dilaporkan oleh Gerakan Timur.

sumpah pembaca, PER percaya kalau orang tak bersalah, Allah takkan benarkan dia dimalukan sedemikian rupa. tak usahlah nak bandingkan sapa2 dari zaman ni dengan Rasulullah. tak layak laa... tu masa dulu. even nabi Allah tu diberi favor oleh malaikat samada nak menjahanamkan kaum yang memalukannya atau tak. tapi nabi kita tu pemaaf. cuba bayangkan kalau kita diberi favor yang sama. kalau PER, bukan sekadar diterbalikkan bumi itu, PER akan mintak lebih dari tu. geram kata kan. ye la, PER bukannya maksum pun...

lagi satu PER nak komen, PER jumpa dari blog Salam Semua. ni tentang Nik Aziz. PER cuuuuukup tak suka bila dia membandingkan zaman sekarang dengan zaman Rasulullah. hellooooo..... wake up man! kalaupun zaman dulu ada perpecahbelahan umat, perluke awak jadi salah sorang yang memecahbelahkan ummat manusia sesama Islam kat Malaysia ni? PER tak suka la, eh jap. PER BENCI GILA bila dia dengan sesuka hati tok nenek dia mengkafirkan orang lain. kafir tak kafir ni bukan boleh dinampak tahu? ada orang nampaknye macam kafir, ye la, tak bertudung, nampak rock dan bagai tapi solat tak tinggal. ada orang yang nampak Islam sangatla tapi mulut, masyaAllah..... BUSUK! FITNAH! BOHONG! Islam sangat la tu? Islam sangat la orang yang membenci orang Islam yang lain? Islam sangat la orang yang memerangi saudara sendiri? Islam sangatla orang yang menggunakan ayat2 suci untuk tujuan raih undi? Islam sangatla orang yang sesuke hati tok nenek dia tafsir Al-Quran al-Karim? Islam ke orang yang mengaku diri ulama tapi perangai macam tu? 'alamak' ada la... PER benci orang macam tu. sesuka hati nak jugde orang lain macam dia tu sendiri tuhan. suka hati jer dia. dia ingat dia tu apa? maksum ker? nabi ke? rasul ke? adududu.... tolong la, jangan bagi PER komen lagi pasal dia. sakit jantung ni tau takk???

ah, lupakanlah orang yang pernah digelar 'Wali Selipar' daripada Anwar. takdo koje den nak ngamuk pasal deme.....

so, esok dah start hari mengundi. sesapa yang boleh mengundi di tempat2 tertentu, tunaikan kewajipan anda. dan tolong beringat, kita hidup dibumi merdeka ni atas jasa sapa, makan atas duit sapa bagi, duduk atas tanah sapa bagi, keja dengan sapa. kalau anda orang yang mengenang budi macam PER, anda tahu siapa yang layak. anda semua kena tahu sapa yang dah ada experience dan sapa yang baru. sapa yang ikhlas dan sapa yang barua. apa yang baik dan apa yang buruk. semoga mata anda dibuka dari kabus2 yang menutupi mata itu dengan janji2 syurga dan taburan fitnah serta janji yang tak dapat ditunaikan. wallahualam.....

addio...

p/s: PER baru je boleh mengundi. yang kali lepas PER tak sempat. wah, berkobar2 semangat PER ni..... 

Friday, 4 March 2011

KOMTAR oh KOMTAR...

Gerai 'ghaib' peniaga Komtar dakwa rugi RM50,000

PULAU PINANG 3 Mac - Peniaga barangan kulit di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang tidak mengendahkan arahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya berpindah ke lokasi baru semalam terkejut apabila mendapati gerainya 'ghaib' ketika mahu memulakan perniagaan hari ini.
Mohamed Ghani Abd. Jiman, 46, memberitahu, gerai tersebut dibelinya daripada pengurusan lama Komtar, PG Karisma Events & Services Sdn. Bhd. sebelum PDC mengambil alih tempat itu.
Beliau mendakwa kehilangan gerai tersebut menyebabkannya rugi kira-kira RM50,000 kerana terdapat banyak barang jualan termasuk milik pelanggan disimpan di dalamnya.
"Pekerja saya yang datang untuk membuka gerai kira-kira pukul 10 pagi tadi mendapati gerai tersebut tiada lagi di tempat biasa kami berniaga.
"Jika semalam gerai saya dipecahkan, hari ini gerai saya hilang pula.
"Saya anggarkan barangan yang ada di ruang simpanan gerai itu tidak kurang RM50,000.
"Barangan ini termasuk milik pelanggan yang menghantar kepada saya untuk dibaik pulih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mohamed Ghani 'mengamuk' apabila diarah berpindah ke lokasi baru yang disediakan oleh PDC.
Sambil menjerit-jerit melahirkan rasa tidak puas hati, beliau yang juga Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA) terus berdegil membuka gerainya walaupun 17 gerai peniaga lain sudah dialihkan ke lokasi baru oleh kakitangan PDC dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak awal pagi.
Mohamed Ghani mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada pihak pengurusan bangunan itu untuk berpindah.
Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis mengenai kehilangan gerai dan barangan jualan termasuk milik para pelanggannya.
Beliau turut menunjukkan notis arahan berpindah daripada PDC yang dihantar kepada semua peniaga di tingkat tiga Komtar pada 25 Februari lalu tanpa menyenaraikan namanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati Mohamed Ghani meneruskan perniagaan di satu sudut di tingkat tiga Komtar, terasing daripada gerai-gerai lain.

(copy paste dari Utusan Online)


Sedih nak cakap. SEDIH! PER nampak kerajaan DAP kat PP memang sangat-sangat berat sebelah. PER ada tengok haritu kat dalam Buletin Utama yang gerai peniaga kena pindah. PER tangok, gerai tu macam style kerajaan yang bina. pendek kata bukan haram punye la. tapi gerai cina kat seberang yang sampai dah diextend-extend tu pulak tak kena apa. PER nak tanya, yang tolong runtuhkan gerai tu ada orang Melayu tak? kalau ada, buncit perut diorang makan makanan haram yang diterima dari upah mensialkan orang. PER harap perut diorang berulat bila mati nanti.

sori, terkasar bahasa sikit. sakit hati PER dengar pasal tu. tapi kalau takde orang Melayu yang mensialkan orang Melayu lain, tak pe la. PER bersyukur sangat. at least diorang sedar diorang keja tu untuk apa.

Tapi dalam kes ni, dah ternyata bahawa mr.Ghani memang dianiaya. mana pergi titik peluh dia selama ni. tapi kan, PER memang tak paham apa yang sebenarnya KOMTAR nak pada peniaga Melayu. anybody tau? 

Tak dapat notis pemindahan tu yang parah. agak2nya en.Ghani ni boleh menang ke kalau laporan polis dibuat dan naik turun mahkamah?
kerajaan PP harapnya janganlah buta hati dan perut. jangan la berat sebelah. kita rakyat Malaysia sama2 la berkongsi. cakap pasal berkongsi, PER dapati orang2 cina yang pro-DAP memang nak 'memansuhkan' Melayu dari muka bumi Malaysia ni. betul tak? ke, PER sorang je yang rasa camtu.....?

Wallahualam.....


p/s: teringat pula kes perkampungan Melayu kat PP......

Perjuangan PAS?

Pas seru ahli serang UMNO

KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.
Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.
"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata.
"Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.
Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.
Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.
Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.
Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.
"Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.
Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.
Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.
"Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.
"Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

(copy paste dari Utusan Online)


Okeh, post yang kedua PER ialah berkaitan dengan politik. PER nak citer ni, PER bukan orang alim tapi PER tahu la jugak tentang Islam dan way of life dalam Islam. tapi dalam hal politik and agama, PER sangat-sangat-sangat tak setuju kalau dicampuradukkan antara dua itu.

okeh, kita citer lain dulu. dalam kenyataan Rasyid Wahab, dia mengatakan bahawa PAS (literally) terpesong dari agama. kenapa PER cakap camtu? sebab as an x-fanatic, dia kata PAS mengharamkan perkara yang sepatutnya halal. kenapa PAS haramkan bersolat didalam masjid yang dibina oleh UMNO? apakah haknya PAS mengharamkan pengerjaan ibadah yang dituntut Allah walaupun hanyalah berbeza pandangan politik. PER tak suka tau kalau kita berbalah pasal politik dalam hal2 tak berkaitan politik. for PER, politic IS politic. politik bukan agama, politik bukan cara hidup. so, kalau nak gaduh pasal politik, gaduh la. tapi kalau bab solat, makan atau kerja everyday, ketepikan lah hal politik.

ni siap angkat senjata lagi tuuu!! tell me apa pendapat pembaca kalau orang sesama Islam saling berbunuhan tapi orang kafir tergelak kat tepi? yes, they will LOVE to see it. but what will happen to us then? fikir2kan la...

...beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri... Apa yang pembaca nampak? politik dapat memusnahkan kita. percaya tak, budaya kafir mengkafir ni sangat popular kat Malaysia? tak payah cari jauh2, dari dulu lagi PER dah dengar da cerita ni. masa PER sekolah dulu, kawan PER selalu pesan, "kalau nampak bendera PAS, senyum tau, kalau nampak bendera BN, tutup mata cepat2. berdosa kalau tengok". alahai....... sedih betul. tu kalau tengok bendera Israel? boleh pulak? ke lepas ni nak samak anak mata tu? jangan lupa, 7 baldi air dengan 1 baldi air + pasir yang suci ya?

cakap pasal hukum hudud, PER memang tak terer. PER tau, dulu PAS memang bising2 nak hidupkan hukum hudud di Malaysia sekiranya berjaya jadi pemerintah. in the end? penah dengar orang kena rejam sampai mati tak? potong tangan sebab pecahkan ATM? or bunuh si ibu/bapa yang gugurkan anak haram or bunuh dan campak dia merata2 (darah dibalas darah kan?) well... kalau ada bagitau PER cepat2 tau!

kalau nak citer pasal ketidakpuasan PER atas penyelewengan yang PAS dah buat,memang banyak. tapi buat masa ni,yang mampu PER ceritakan hanyalah ni aje. nanti menyirap sangat darah PER, kena telan pulak 3 bijik pil darah tinggi. tak sanggup gue...

addio~

p/s: respek giler ngan Achech, lepas bencana terus berubah. harapnya jangan la kat Malaysia ni tunggu bencana dulu baru nak berubah...