RSS
Showing posts with label satu perjalanan. Show all posts
Showing posts with label satu perjalanan. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Ahlan 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


Selamat datang 2016..
Masih berjuang di tempat yang sama lagi..
Kita mungkin tak tau apa kebaikan yang Allah nak beri selagi mana
kita berada di tempat yang sama...

SMK Jelai sentiasa dihati...
Enam tahun telah berlalu....
Rezeki yang Allah berikan di sini banyak mencipta sejuta pengalaman yang sangat berharga dan bermakna...
Buat family tersayang doakan agar terus tabah di sini...
Mencari pengalaman yang lebih berharga lagi..
InsyaAllah Allah dah janji pahala bagi orang yang bersabar.....

Allah knows everything...
Yakin...dan terus yakin dengan apa yang diaturkan olehnya...
Kita hanyalah hambaNya...
Tiada daya melainkan dariNya...

Apa yang diharapkan adalah keredhaan dari Allah...
Moga hati kita lebih tenang dan bahagia...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah nak beri pada kita..
Janganlah kita menuding jari dan menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku dalam kehidupan kita...RESET MINDA

"HIDUP adalah satu perjalanan yang panjang..
Hujungnya sejauh pandangan mata..
Adakala laluannya makin payah..
Sedangkan kaki kita mula lelah..
Dan langkah kita makin lemah..
Hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap
janji dan rahmat ALLAH sahaja yang akan kekal
kuat dan tidak pernah merasa sendiri"..




Tuesday, April 22, 2014

Allah Maha Kaya...

Assalamualaikum  dan Salam sejahtera...

Hmm...lame rasenye tidak menjengah ke blog ni..
Disebabkan lambakan kerja yg tak pernah sudah..
Rutin hidup yang saban hari semakin mencabar..
Semakin hari semakin banyak yang menduga keimanan..
Itulah lumrah kehidupan yang sedang dilalui..

Semalam...
Ada saje cerita yg tidak sedap didengar..
Tapi itulah lumrah bergelar cikgu @ warden..
Biarlah semua tu...
Alah bisa tegal biase...
Saye dah lali dengan kerenah ini..

Hari ini..
Alhamdulillah...syukur..:) :) :)
Sesuatu yang amat menggembirakan buat pertama kalinya
sepanjang saya berkhidmat bergelar pendidik..
Memang sesuatu yang tidak pernah dijangkakan..
Terkedu..terkejut..tergamam..teruja..terkesima...
Itulah reaksi bila dikhabarkan berita gembira ini..

Allah...Allah...Allah..
Sungguh janji Allah itu benar..
Betapa kerdilnya diri ini...
Sesungguhnya Allah Maha Kaya..
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar..
Allah bagi ujian, dugaan tapi dalam masa yang sama Allah hadirkan sedikit kegembiraan
buat hambaNya...kegembiraan mengubat kesedihan yang sedang dilalui..

Sungguh tak tergambar perasaan ini..
Sungguh tak mampu dilafazkan..
Hanya Dia yang Maha Mengetahui...
Alangkah bahagianya apabila kegembiraan ini dapat dikongsi bersama abah yang tidak pernah sudah memberikan sokongan..
Beliau kini sudah mengerti apa2 lagi..
Moga Allah beri kesembuhan pada abah..

Kegembiraan ini hadiah buat mak, abah dan keluarga..
Tanpa iringan doa, restu dan sokongan mereka, belum tentu saya boleh sampai ke tahap ini..
Semoga Allah merahmati keluarga saya..

Tak lupa buat semua sahabat saya..
Thanks for everything..terima kasih atas nama ukhuwah dan persahabatan..

Khusus buat kak Siti Hawa..
Teman berhadapan meja, berkongsi masalah dan pengalaman..
Sudi dengar cerita suka duka..
Tak sangka hari ni kami mendapat berita gembira yang sama..
Syukur Ya Allah...:)
Selamat meneruskan bakti mendidik kak hawa...

Pesanan buat diri :
~ beramal kerana Allah, jangan terlalu mengharapkan pujian manusia kerana nilai di sisi Allah lebih bermakna.
~ tanggungjawab menyampaikan ilmu
~ amanah
~ permudahkan orang lain, insyaallah Allah mudahkan urusan kita...
~ rezeki semuanya datang daripada Allah..percayalah setiap hambaNya telah ditentukan rezekinya oleh Allah
~ teruskan kecemerlangan menjadi seorang pendidik lillahi taala..
Amin...

Sekian... Salam perjuangan..

      
    
Huda
220414
11.34 pm




Sunday, February 23, 2014

Qada dan Qadr

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sekadar ingin berkongsi cerita...
Kita semua akui setiap Muslim wajib mempercayai rukun iman..
Rukun Iman merupakan pegangan aqidah kita sebagai hambaNya..
Iaitu Beriman Kepada Qada' dan Qadar..

Dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini,
Saya ada melihat beberapa insiden yg kalau blh saya xnak lihat..
Yang kedua, perkhabaran sedih dan duka...

Pertama....
Saya melihat kemalangan di Bukit Putus...
Kerap kita dengar berlakunya eksiden di situ..
Dah masuk 5 tahun saya travel...
Jalan Seremban - K.Pilah juga selalu berlaku kemalangan..
Disebabkan saya masih fobia dengan insiden yang sy alami mase
bln 12 haritu, saya sangat nervous dan berdebar2 bile nmpk eksiden..
Tak payah la diceritakan keadaan mangsa..biarlah sy shj yg tau dan Allah..

Kedua..
Kejadian saya lihat mungkin baru beberapa minit berlaku..
Seorang pakcik terjatuh di tengah jalan raya...
Beliau menaiki motor..tidak tahu sama ada beliau dilanggar atau sebaliknya..
Keadaannya mmg cedera..berlumuran darah di kepala dan mata..
Walaupun yang saya nmpk itu, berbangsa Cina..kasihan..
Mungkin seusia dengan umur ayah kita..mungkin....

Ketiga...
Saya menziarahi sekali lagi seorang rakan sekerja di sekolah...
Bln lepas, saya dah menziarahinya di HUKM...
Derita pesakit kanser hanya Allah yang tahu...
Apa yang dirasai oleh pesakit..apa perasaan pesakit...
Hati saya sangat tersentuh...begitu kuat ujian Allah baginya...
Saya hanya mampu memberikan kata semangat dan mendoakannya..
Kagum dengan semangatnya untuk terus berjuang di arena pendidikan..
Moga ada keringanan yang Allah berikan kepadaNya...
Aminn Ya Rabb..

Keempat...
Saya sayang sahabat saya...
Itulah sahabat seperjuangan saya sejak di usia remaja 16 tahun..
Baru2 ini, dikhabarkan kepada saya beliau disahkan oleh doktor
menghidap "acute myloid leukimia"...
Allah...Allah....Allah...
Sedih...mula2 mendengar berita ini, mata saya mula digenangi air...
Sahabat saya ini seorang yang gigih berusaha...
Tak kira dalam apa jua perkara yang beliau akan lakukan...
Seorang yang sangat bemotivasi tinggi...bercita-cita tinggi..
Jadi tidak hairan melalui adalah pemegang ijazah sarjana undang2 syariah dan sivil di UIA..
Walaupun kami jarang berjumpa sejak masing2 telah bekerja,
tapi kami ade jugak berhubung melalui whatsapp..
Saya belum berkesempatan menziarahinya kerana beliau masih
dalam rawatan kimoterapi....
Semoga Allah memberi ruang masa saya untuk menziarahinya...
Mudah2an Allah memberi kesembuhan kepada dua insan ini...

Apa yang saya nak simpulkan di sini..
Segala apa yang berlaku ke atas diri kita telah ditakdirkan oleh Allah..
Kita wajib percaya segala Qada' dan Qadr Nya...
Sama2 kita berdoa, semoga perjalanan hidup kita ini sentiasa 
di bawah lindunganNya...

Saya percaya walaupun tika ini,
Allah belum izinkan saya bertemu 'jodoh'...
Banyak rintangan, dugaan, halangan yang sy tempuh...
Tapi saya pasti...
Sampai waktu dan tikaNya..
Insyaallah...akan tiba..
Allah Maha Mengetahui...Allah Maha Mendengar...
Melalui doa..takdir mungkin boleh berubah...

Mohon doa untuk saya....
Aminnn.......


   








Tuesday, February 4, 2014

Cerita sebuah pengalaman...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Saya sedang explore artikel yang tak pernah sekali saye nak google...
Tapi bila situasi ini berhadapan dengan saya, saya perlu mencari sedikit maklumat bagaimana cara untuk saya menghadapi situasi sebegini.....

Dulu saya pernah tinggal di asrama..
Pernah berhadapan dengan situasi pelajar yang histeria...
Tapi berbeza sangat ketika itu, saya baru berumur 14 tahun...
Saya hanya menolong dan membantu kakak2 senior berhadapan situasi ini...

Kini perbezaannya saya adalah seorang warden yang perlu dirujuk segala permasalahan yang berlaku di asrama....saya tiada pengalaman untuk menghadapi situasi ini...

Situasi 1:
Saya sedang minum petang bersama teman baik saya....
"Cikgu....cikgu....ada pelajar histeria cikgu!!!" kata seorang pelajar yang berjumpa dengan saya....
"Oh yeke??macamane keadaan dia sekarang??" soalan saya yang pertama....
"Dia menjerit2 cikgu"..jawab pelajar berkenaan..
"Ok2..takpe2..saya pegi asrama sekarang...
Ketika itu saya berada di Dewan Sekolah...

Dalam hati, Tuhan saje yang tau perasaan saya...saya istighfar banyak2..
Macam2 perasaan yang ada dalam hati saya...tapi saya gagahkan juga untuk naik ke dorm...
Dalam situasi  ini, semua pelajar akan berharap sepenuhnya dan tindakan dari saya selaku warden..
Itu yang saya nampak dari riak wajah mereka..
Saya tarik nafas dan ambil sikap bertenang....
Apabila sampai ke atas pelajar berkenaan dah bertenang sedikit...
Saya puji pelajar2 saya yang duduk di sekeliling dan menenangkan pelajar berkenaan dengan membaca ayat kursi dan iqamah....

Berbekalkan sedikit ilmu dan hanya berserah kepada Allah agar membantu saya..
Apa yang saya lakukan, mengambil segayung air dan membaca Ayat Kursi, Surah Al-fatihah, 3 Qul,
Surah Yunus ayat : 81 dan Selawat...dan selebihnya saya doa kepada Allah...
Kemudian saya sapu ke muka pelajar berkenaan....
Alhamdulillah dapat berkurang.....
Saya cuma risaukan sekiranya pelajar berkenaan lebih agresif.....

Situasi 2:
Setelah bertenang sedikit, saya terus menghubungi penjaganya agar membawa pelajar berkenaan pulang.
Kemudian saya pulang ke rumah warden.
Tak lama kemudian.....dalam setengah jam...
Ada pelajar ketuk pintu rumah kami...
"Cikgu....cikgu.....ada pelajar histeria lagi"..dan menyebut nama pelajar berkenaan..
Perasaan yang sama datang semula untuk kali yang kedua...saya tak boleh panik..
Mesti bertenang...hoho...cuba me'reset minda' saya.......
"Ok..kejap lagi saya naik ke dorm"..
Ketika itu kami baru nak makan...cepat2 sudahkan makan dan terus naik ke dorm...

Pelajar berkenaan masih mengerang melawan gangguan tersebut..
Saya buat seperti situasi yang pertama...
Bila dibaca ayat-ayat al-quran...terus melawan dan mengerang...
" Sakit ustazahhh......takuttttttt"
Kasihan dihati saya..."awak kuatkan semangat yer..sebut nama Allah"...
Akhirnya bertenang juga dan saya hanya bertawakkal kepada Allah ketika itu...
Sebab saya bukan belajar ilmu perubatan Islam....

Alhamdulillah...saya dapat menghubungi penjaga dan pelajar berkenaan saya benarkan pulang...
Lebih baik urusan selebihnya diserahkan kepada ibu bapa..mereka lebih tahu keadaan anak mereka...
Setelah jam 10 malam...penjaga berkenaan menelefon saya dan menyatakan anaknya telah sedar...
Itulah pengalaman pertama saya walaupun dah masuk tahun yang ke-5 saya menjadi warden..:):)

Sedikit info di bawah sebagai panduan..........


HISTERIA bermaksud orang-orang yang diganggu fikirannya atau psikologinya yang menjadikan ia risau,murung,susah hati,berdebar-debar yang menyebabkan mereka menjadi tidak sedar. Mengikut pengalaman penulis, keadaan tidak sedar di atas kebanyakannya  (dalam anggaran 99%) disebabkan oleh gangguan jin atau syaitan terhadap seseorang mangsa tersebut.

Walaupun begitu terdapat ahli psikologi atau sesetengah pengamal perubatan moden malahan orang awam juga ada yang tidak mempercayai sebab gangguan jin atau syaitan ini walaupun ianya berlaku dihadapan mata mereka sendiri, tetapi inilah yang terjadi dalam beberapa kes di negara kita. Mereka berhujah semua itu kepercayaan mistik yang karut dan menyatakan pesakit histeria ini hanya disebabkan masalah tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumahtangga, sosial atau kerja.


FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA HISTERIA

Secara mudahnya, histeria boleh berlaku atas sebab dua factor yang utama iaitu :-

i.     Disebabkan tekanan, kerana apabila seseorang yang mengalami tekanan di sekolah, tempat kerja, akibat pergaduhan, cinta dan sebagainya maka diri mereka akan hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah untuk menguasai mereka.

ii.    Disebabkan gangguan, selalunya akan melibatkan kes seperti seseorang yang menuntut ilmu persilatan, perdukunan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa seperti kita. Keadaan ini terjadi sebab itulah kerja utama syaitan dan iblis yang pernah berjaNji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

TANDA-TANDA SESEORANG DISERANG HISTERIA

1. Tangan menggeletar dan sejuk, masa tertentu dan berulang-ulang.

2. Semacam berada di alam fantasi dan mendengar yang pelik-pelik

3. Kepala bergoyang dan menggeletar dan tidak boleh dikawal

4. Terdengar bunyi loceng, air dan sebagainya

5. Kepala menjadi sakit, badan letih dan perasaan yang tidak terkawal

6. Boleh melihat imbasan makhluk halus menjadikan si pelaku menjadi semakin takut.

Dan pelbagai lagi tanda-tanda akibat gangguan jin ini tetapi perkara di atas lebih dikhususkan pada kejadian histeria sahaja. Kejadian histeria ini lebih banyak dialami oleh golongan pelajar perempuan berbanding lelaki. Ini disebabkan sifat seorang perempuan yang lemah seperti ketika haid, mengandung, atau berpantang.

PETUA RAWATAN HISTERIA ATAU KERASUKAN JIN

Apabila seseorang itu telah dirasuki jin akibat kejadian histeria disebabkan beberapa perkara di atas, maka apakah cara yang boleh dikhtiarkan untuk merawat si pesakit?  Cara yang sebaiknya ialah menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang lebih dikenali sebagai ”Ruqyah”  ianya  biasa dilakukan oleh pengamal pengubatan Islam atau sesiapa jua. Secara umunya As-Sayuti r.h. menjelaskan bahawa ijma’ ulama’ mengatakan bacaan untuk mengubati seseorang itu hendaklah memenuhi emat syarat iaitu :-

i.  Hendaklah menggunakan kalamullah, nama Allah dan sifat-sifat Allah dan juga Sunnah Rasulullah.

ii.  Menggunakan Bahasa Arab yang diketahui maknanya

iii. Hendaklah meyakini bahawa bacaan itu tidak memberi bekas tetapi kesemuanya hanyalah dengan izin dan kekuasaan Allah s.w.t. jua.

iv. Jangan mencampur adukkan antara bacaan Al-Quran dan Sunnah dengan bacaan-bacaan yang boleh menyekutukan Allah s.w.t.

Bacaan yang dicadangkan ialah :-

1.      Al-Fatihah
2.      Ayatul Kursi
3.      Al-Muawizat (Al-Ikhlas/Al-Falaq/An-Nas)
4.      Mengikut panduan perawat


Sumber maklumat diambil dari : assyifa' melaka  (www.zainizainal.blogspot.com)




Sunday, January 26, 2014

My life...


Hanya kepadaNya ku serahkan segala urusan kehidupanku..

                

Wednesday, January 15, 2014

Imbau kenangan 2013...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Teringat satu majlis yang selalu diadakan tiap2 tahun di asrama...
Tapi mungkin 2013 yang lalu, kenangan buat kami semua..
Kami??kami di sini difokuskan kepada warga asrama smk jelai k.pilah..
Warga smk jelai k.pilah kehilangan seorang cikgu yg berdedikasi,
bertanggungjawab dan penyayang kepada anak2 di asrama..
Yang dimaksudkan di sini adalah cikgu zulfadli zakaria..
Kehilangan yang sangat dirasai oleh sahabat sejatinya cikgu fauzan ahmad..

Kami bekerja dalam satu team..
Segala permasalahan yang dilalui di asrama kami akan selesaikan 
secara berpasukan...diketuai oleh cikgu fauzan..
Hanya individu yang diamanahkan menjadi warden, 
yang akan faham tugas dan tanggungjawab warden...
Segala hal yang berkaitan dengan asrama akan dikongsi bersama..
Suka..duka..pahit..manis..gembira..sedih..sumenye ade..
Thumbs up pada ketua warden en fauzan yang sangat komited..
Susah nak cari insan mulia seperti beliau..
Semoga Allah merahmati beliau sekeluarga..

Kami pernah ditegur oleh seorang pegawai PPD..ketika asrama di observed..
Tapi bukanlah teguran negatif, seorang pegawai ppd boleh nampak
team berpasukan kami ketika bekerja..nampak boleh bekerjasama
antara warden aspura dan warden aspuri...
Bukan ape, beliau pernah menyatakan ada setengah sekolah,
warden lelaki dan warden perempuan xngam...mcm timur dan barat..
Mudah saje konsepnye, asalkan kita tahu niat dan fokus kita bekerja...
Jadi insyaallah, Allah akan permudahkan urusan kita...

2014..bak kata fauzan..beliau mcm dah tempang sebelah..
Tapi apepun perjuangan tetap akan diteruskan walaupun sahabatnye 
telah berpindah...apa yang ade, kenangan indah mereka bersama..
Sebagai kawan..saya nampak keakraban persahabatan mereka...
Setakat ni, tiada pengganti lagi bagi warden aspura...
Walaupun tinggal kami bertiga, mudah2an Allah bantu kami selalu..
All the best utk tahun 2014 buat cikgu fauzan, cikgu anizah dan saya...
Aminnn...

                      
               Ketua aspura 2013 aka mentee saye
                            Mohd Yusri Zakaria

       

       
                  Jamuan akhir tahun asrama 2013

       

       
                               Antara yang hadir

       
                              Tu dia best friend

       
      Kami berkongsi celebrate birthday bersama student

       
                  Bersama pengurusan asrama 2013

       
                                  Aspura 2013

       
                                  Aspuri 2013
  
       
                        Sebahagian form 5 2013


Sekian...
Segalanya menjadi kenangan 2013...
Majlis diadakan pada 08112013..

Sumber gambar :
Dari fb aiman alias..
Tq




  
 
 
  
   







Monday, January 6, 2014

Shopping.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Shopping??hoho...rasenye ramai suke dengan perkataan nih..
Especially kaum Hawa...opps bukan cikgu Hawa...hehe
Saye pun suke jugak tapi tengok keadaan yg sesuai...
Lagi pun kita tidak digalakkan membazir....heheh...

Saje nak share something kat cni...
Kalau di kl, mmg like sangat g jalan tar dan semua house...
dari zaman belajar suke..
Tapi bile dh keje,time school holiday je dpt nk pegi...

Pernah dengar Bazaar Khan Al-Khalili???
Satu tika dulu, waktu saya menuntut di bumi mesir,glamour nama tempat nie
di kalangan mahasiswa Malaysia...
Saya ke sana sekadar untuk membeli buah tangan apabila balik ke Malaysia...

Bazaar Khan Al-Khalili atau lebih dikenali sebagai HUSSEIN (di kalangan student Malaysia)..
Sebab apa nama Hussein???
Bazaar ni sangat berdekatan dengan maqam Saidina Hussein yang terletak dalam masjid...
Bazaar ni, lebih kurang macam jalan TAR kalau kt Malaysia nih...
Sebelum saya shopping, saya akan masuk ke masjid Hussein..
Alhamdulillah dapat ziarah maqam cucu yg sangat disayangi oleh baginda Nabi Muhammad SAW..
Baginda sangat kasih dengan Hassan dan Hussein..anak kepada Fatimah Azzahrah..
Jadi kita kena ambil contoh ni, kasih dan sayang dengan sesama manusia...

Nak shopping klu nak tawar menawar kenalah pandai speaking Arab, 
kalau tak payah gak nk dapat diskaun...hehe.....
satu bonus kalau kite dapat bertutur bahasa mereka...mereka akan ta'ajub (kagum)...
Teringat masa saye membeli barang di Madinah, saya pegi shopping ngn mak dan abah saje...
Dek kerana saye hanye cakap Arab sket je pun...dapat diskaun dan free jubah utk mak saye...

Saye xde gmbr nak share..gmbr mase blaja sume dah di abadi kan dalam album...
Kt bawah ni, saye search kat internet...

         
                             Masjid Hussein, Kaherah

          
                          Gerai2 sblm masuk bazaar

          
 
          

         

          

          
                                   Souq....


Sekian......
Kembara di bumi anbiya'.......
   
  

   










Wednesday, January 1, 2014

2014

Selamat datang 2014....
Apa yang saya harapkan mudah2an Allah sentiasa memberi 
kebahagiaan kepada keluarga saya...saya sgt menyayangi keluarga saya...
Merekalah salah satu sumber kekuatan saya....

Harapan pada tahun ini, semoga diri saya menjadi insan yang lebih baik...
Setiap hari umur kita semakin bertambah, mudah2an pertambahan usia ini
mendatangkan manfaat dan mendapat keredhaan Allah swt..

Mungkin ada satu lagi doa dan harapan saya tapi biarlah rahsia...
Moga2 Allah makbulkan doa saya ini...aminnnnnnnn

Sekian.....
Perjalanan kembara di bumi Allah......

Saturday, December 28, 2013

28122013

Alhamdulillah....harini genap 4 tahun saye berkhidmat di smk jelai kuala pilah..   
4 tahun dh merantau..4 tahun bergelar pendidik... 4tahun saye memegang amanah sebagai warden asrama... Walaupun pada peringkat awalnye bukan kehendak saye utk dipostingkan di n9, tetapi semuanye telah ditetapkan olehNya...

Segala rencah kehidupan..suka, duka, pahit, manis telah dilalui sepanjang tahun ini...saya bukanlah seorang yang kuat dan tabah, tapi semuanye saye serahkan pada Allah...mmg byk pengalaman yang dilalui..tentang persahabatan, tentang kasih sayang, kisah keluarga, kisah ibu bapa, alam perniagaan, kehidupan pelajar dan banyak lagi...

Dulu...saye pernah berjauhan dengan keluarga selama 3 tahun, hanye setahun sekali dpt berjumpa..
Saye dpt bertabah kerana sudah tahu bile tamat pengajian akan bersama keluarga semula...
Kini....masih berjauhan setelah bekerja...kdg2 ape yg dirisaukan keadaan kesihatan ayah yg tidak mengizinkan menyebabkn hati sentiase gundah gulana...tetapi sentiase tenangkn diri...ade suara2 yg menyalahkn saya tidak bertukar ke selangor...sy dh berusaha tp masih tidak diizinkanNya..apelah daya saye...huhuhu...

Qada' dan Qadar adalah ketetapanNya...sebagai manusia yang beriman, kita wajib meyakiniNya..
Sakit dan kesembuhan adalah dari Allah..kenapa kita sebagai manusia sering menyalahkn orang lain...
Sedangkan Nabi Ayub Alaihissalam diuji menderita sakit bertahun lamenye tapi tidak pernah mengeluh...mmg kite manusia xsame mcm nabi tapi sebagai hambaNya, kite manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal...kesembuhan datang dari Allah....semua berlaku hanya dengan izinNya...lagi kuat kita diuji, semakin dekat kita dengan Allah...itulah hikmahNya...

Kadang2 pengorbanan utk org lain perlu didahulukan...keutamaan org lain perlu diutamakan terlebih dahulu...Kesakitan org lain perlu dititikberatkan dahulu....itulah antara pengalaman sy menjadi warden...segala2nya semua sy kena dahulukan murid saya...kadang2 mmg tak tahan, tak larat n bla...bla...bla..........ape yang saye harapkan bile kite mudahkan org lain, insyaallah Allah mudahkan urusan kite...harapan in da future, mungkin kalau sy ade anak yg duduk di asrama nanti, Allah akan permudahkan urusannya..mudah2an amanah ini, dpt saye laksanakan dengan sehabis baik....kerana saye hanyalah manusia biase.....

Semoga kehadiran 2014, Allah permudahkan segala urusan yg bakal mendatang...mudah2an ape yg
dihajatkan pada tahun seterusnya akan tercapai..mohon doa dr pembaca..Insyaallah....aminnnn

Sekian.......


 

 


Thursday, December 26, 2013

3rd activity ~ school holidays ~

Anda suka mengunjungi book fair ??
Sy suke walaupun kadang2 terlalu ramai orang tp saye sanggup utk pergi...
Tp kalau xnak sesak, kenalah datang awal..
Thn ni, buat pertama kalinya sy mengunjungi big bad wolf books sale...
Setiap tahun diadakan di MIECC Seri Kembangan....
Selalunye dr zaman belajar dlu, sy hanye mengunjungi book fair di pwtc shj..
Bezanye BBW jauh lebih murah, diskaun 75-90%..
sangat berbaloi bg saye..dptlah save sketkan??hehe...

       
                       Saye pergi pd hari yang terakhir 151213

       
                                     Peneman setia saye...

       
                                    Antara yg sempat dibeli...


Sekian.........

@ Huda83...


  


Thursday, December 19, 2013

2nd activity : school holidays

Assalamualaikum...

Biar gambar berbicara...heheh..
Percutian bersama family terchenta..
@ Pulau Lagenda.. Pulau Langkawi

                      

               









                        

                        



                       



                       




Alhamdulillah.....








  

    

     
   

Tuesday, December 3, 2013

1st activity : school holiday ~~



Cuti sekolah adalah perkara yang paling dinantikan...
Banyak perkara yang boleh dilakukan di samping menyiapkan
tugasan2 sekolah yang masih berbaki lagi iaitu key in markah PBS....
Selain daripada itu, saya akan menguruskan hal2 berkaitan ngn 'family'
dan membaca ape2 yg saya suke dan minat...;)

Akhir bulan 11 haritu, menjadi peneman k.long berkursus 3 hari di A Famosa Resort..
Yeahh....kali kedua sampai ke sini...selepas bln 9 haritu sy berkursus selama 5 hari di sini...
Xde buat ape pn kt hotel...just rest n peneman baby zahra...
Mlmnye kami bsiar2 di cowboy town..sbb mlm tu, dinner ofis klong dlm tuh..

Dan esoknye kami meround ke merlimau....tgk adik yg bongsu..
haha..die kate 'mcm duk asrama pulak'...hehe..
saje melawat acu yg manjo...

sebenanye sy yg teruja tgk opis adik... sbb kt sekolah xdpt duk opis yg mcm nihh...huhu

ni laa..meja guru sy..tempat menyiapkn keje2 sekolah... dpn tu meja kak hawa..;)

tapi ni meja kedua sy sbb xde org duk cni...sbb mudah dkt dgn plak...
mse ni tgh smgt buat VLE frog ...

baby azzahra.. 5 month..

ayang angah..;)

Sekian.........




Thursday, November 28, 2013

~ cetusan inspirasi ~



Wahai jiwa yang tenang
Bersabarlah....
Teruskan kakimu melangkah
Demi satu perjuangan yang sangat mulia....
Demi sebuah pengorbanan
yang tidak pernah henti...
Walaupun perit kau harus laluinya....
Walaupun sukar kau harus tempuhinya...
Walaupun penuh ranjau berduri kau harus redahinya...

Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...
Hanya Dia Yang Maha Mendengar...
Hanya Dia Yang Maha Penyayang...
Hanya Dia Yang Maha Pemurah...
Hanya kepadaNya ku memohon
Pengharapan...Pertolongan...
Kekuatan...Kesabaran....
Ketenangan...Ketabahan dan Keyakinan...
Dan Hanya kepadaNya aku berserah....

Redhalah atas segala ketentuanNya...
Mungkin sesuatu yang diimpikan belum tentu baik buat tika ini...
Percaturan Allah Maha Hebat....
Tidak terjangkau di pemikiran hambaNya...
Yakinlah.....
Pasti ada hikmah yang tersirat...
Teruskan berdoa dan bertawakal kepadaNya...
Moga rahmat dan kasih sayangNya
sentiasa mengiringi kembara hidup ini....

Kuatkan hatimu...
Tabahkan hatimu..
Cekalkan hatimu...
Sabarkan hatimu...
Setiap ujian yang dilalui
sudah pastinya dianugerahkan kepada hambaNya
yang mampu melaluinya...
Allah tidak akan sia-siakan hambaNya...
Allah tidak akan menzalimi hambaNya...
Kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui
sesuatu yang terbaik buat hambaNya....
Yakinlah wahai hati.....
Teruskanlah meraih cinta...kasih...dan redhaNya....
Aminnn....

~ nukilan hati ~
huda


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ujian..dugaan...sudah pastinya akan dilalui dalam kehidupan ini...setiap jiwa pasti akan mengalaminya...walaupun kita akan terasa terbeban dengan segala permasalahan dan musibah yang dihadapi, SENYUMLAH....apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu...Hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat dihadapi dengan cara yang betul.....Betul atau tidak???
Sebenarnya...saya dalam proses menghabiskan pembacaan sebuah buku yang bertajuk SENYUMLAH...
Dah lama beli...tapi baru berkesempatan nak baca...xsabar nak menghabiskannya....di kala hati sedih dan berasa susah...salah satu caranya, saya akan mencari inspirasi yang boleh mencetuskan semangat saya semula melalui pembacaan buku-buku motivasi....sangat terkesan di hati saya...;) InsyaAllah...
dedicated to my special friend...semoga dipermudahkan urusan selalu..dimurahkan rezeki...jangan berputus asa...dan moga terus berjaya....i will pray for u...;) 




Sunday, November 17, 2013

9 nov dan kisah saya...

Alhamdulillah.......

Syukur pada Allah masih diberikan nikmat umur... kesihatan yang baik.... dan dikelilingi insan2 yang menyayangi saya.... bulan november ni genap usia saya 30 tahun pada 09 November.....


Ada apa pada usia???

hanya angka sahaja... jadi sudah 30 tahun saya dilahirkan dan dibesarkan oleh mak dan abah....syukur tidak terhingga....tapi sejauh mana kita telah memanfaatkan umur yang diberikan? tanya diri sendiri???masih banyak kekurangan dalam diri saya... mak pernah bercerita dan saya sentiasa ingat cerita ini...antara adik beradik saya, sayalah paling sukar untuk dilahirkan... kesakitan ibu dirasai sejak 9.00 pagi tapi saya dapat dilahirkan pada jam 11.05 malam.... hampir 14 jam mak bertarung nyawa....dan alhamdulillah selamat dilahirkan walaupun dengan bantuan vacum....dan diberikan nama yang sangat indah dan bermakna sekali iaitu NURUL HUDA...selepas dilahirkan kena jaundis pulak sehingga terpaksa diletakkan di dalam incubator... Kasih Allah sangat meluas kepada hambaNya..... kasih ibu membawa ke syurga...... mudah2an mak saya sentiasa dalam rahmat Allah..... itu cerita 30 tahun yang dulu...pada 09November 83....

Kini.........

Segalanya telah dibesarkan, dicurahkan dengan penuh kasih dan sayang tanpa sempadan....
Di  didik dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.....
Segala kehendak dan kemahuan si anak sentiasa dipenuhi....
Untuk melihat si anak berjaya dalam kehidupan
Syukur kepada Allah....didikan yang diberikan, curahan kasih sayangnya membolehkan saya terus meniti kehidupan ini dengan ketenangan...sedikit kesenangan...kegembiraan...dan sebagainya.....
Kehidupan yang serba sederhana sentiasa mengingatkan kita bahawa ada golongan yang lebih susah daripada kita....


Ibu bapa sememangnya akan memberikan yang terbaik untuk anaknya..
Saya telah melalui fasa pembelajaran di sekolah rendah yang sentiasa dipantau oleh mak dan abah dan akhirnya membuahkan kecemerlangan yang tidak disangka-sangka oleh guru-guru pada satu tika dulu….masih terbayang moment indah itu sehingga abah boleh menitiskan air mata kegembiraan dengan kejayaan si anak…..
Terima kasih kepada seorang guru saya yang menjadi pencetus semangat kepada abah saya bagi membuktikan si anak boleh berjaya seperti orang lain..
Apa yang dikatakan oleh guru tersebut bahawa ‘saya tidak akan dapat mendapat kejayaan tersebut dalam masa yang singkat (2 bulan) dan tiada harapan untuk mendapat kejayaan’…tapi siapalah kita manusia hendak menentukan masa depan seseorang……
Si anak telah dihantar ke sekolah aliran agama…mungkin ada sesuatu yang terbaik di masa hadapannya…sudah pastinya ibu bapa akan memilih jalan yang terbaik untuk permata hatinya….saya akur dan belajar, belajar dan terus belajar…
Sehinggalah tamat PMR, satu lagi pilihan telah dibuat oleh ibu dan ayah agar saya menyambung pengajian dalam bidang tahfiz….sesuatu yang tidak pernah terjangkau di kotak pemikiran saya…..dan bukan lahir dari hati dan kemahuan saya sendiri….

Tamparan hebat juga ketika itu, apabila ada seorang guru saya ketika itu seperti memperlekehkan apabila saya keluar menghadiri temuduga kemasukan ke maahad tersebut……masih terngiang2 katanya ‘buat ape nk blaja kt sekolah tahfiz..susah nak dapat keje dan tiada masa depan’….hohoho…pedas sungguh…sekali lagi saya nk tulis ayat nih ‘rezeki Allah yang tentukan..siapalah kita manusia hendak menentukan masa depan seseorang’……walaupun pada awalnya hati saya terpaksa untuk belajar di sana tapi apabila saya sudah melangkahkan kaki ke sana, ada satu perasaan lain yang terkesan dihati dan saya tukar niat saya... mak dan abah dah pilih jalan ni, sudah pasti ini yang terbaik buat diri saya…prinsip yang saya pegang ketika itu, bila mak dan abah redha dan restu, InsyaAllah pasti ada keberkatannya....kadang2 memang ada insan yang memandang rendah ibarat saya hanya menghafaz quran tanpa belajar akademik dan tiada memiliki SPM….saya belajar akademik seperti biasa dan ada peperiksaan SPM.....

Syukur rezeki Allah Maha Luas….setiap bulan kami diberikan elaun RM160 setiap seorang pelajar dan cukup untuk berbelanja keperluan harian…saya belajar di sebuah maahad tahfiz milik sepenuhnya kerajaan Negeri Selangor..... Jangan takut untuk belajar ilmu agama kerana ganjarannya sangat bernilai dunia dan akhirat….Sehingga saya sendiri dapat peluang menyambung pengajian di bumi Mesir dengan tajaan sepenuhnya Pusat Zakat Selangor RM5000 setahun dan tiket penerbangan pergi dan tamat pengajian…Ilmu duniawi juga perlu dipelajari kerana merupakan fardhu kifayah yang sangat dituntut oleh Islam....Alhamdulillah segalanya nikmat dariNya…kenapa perlu takut apabila belajar agama ibarat tiada masa depan??statement ini tidak patut diungkapkan…Ibarat kita tidak yakin dengan ketentuan Allah...banyak yang saya pelajari dalam kehidupan ini...Syukur Allah Maha Penyayang, Dia tidak akan sia-siakan hambaNya....

Syukur ada seorang anak murid saya, batch SPM 2012 menyambung pengajian dalam bidang tahfiz swasta di selangor...mudah2an beliau berjaya...lama sudah tidak mendengar kabarnya...

Alamak…panjang pulak entry kali ni…secebis kisah perjalanan hidup saya sepanjang usia ini…terima kasih mak dan abah atas segalanya…baru sekarang saya sedar dan faham akan hikmahnya…sesungguhnya ilmu agama sangat bernilai yang boleh menjadi benteng keimanan seorang hambaNya…tanpa iman, hidup kita ibarat kapal yang tiada nakhoda…terumbang ambing dan akan hanyut entah ke mana….


maahad saya suatu tika dulu.... sangat damai..

mak n abah..



Sekian...
Nukilan rasa...



Tuesday, October 29, 2013

Optimis


Assalamualaikum.......

Hari ini rase sgt down.......
Kadang-kadang apa yang kita harapkan....bukan selalu menjadi kenyataan.....tapi apalah daya kita sebagai seorang manusia...
Hanya Allah sebaik-baik perancang untuk hambaNya.....
Satu sikap yang saya cuba untuk terapkan dalam hati ini supaya
saya sendiri tabah untuk mengharungi segala cabaran yang saya 
sendiri tak tahu apa yang bakal dilalui di masa hadapan ialah
OPTIMIS.............


Artikel ni saya ambil  dari internet utk dijadikan panduan untuk semua...

Orang yang ragu akan kejayaan atau masa hadapannya dapat disuntikkan semangat untuk maju dengan rasa optimis atau keyakinan pada diri sendiri.  Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kuniaan Allah Taala pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota tubuh badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan.
Rasa ragu yang digantikan dengan rasa optimis 
akan menimbulkan keinginan untuk mencuba dan 
mengambil peluang bagi kemajuan dan kejayaan diri.

(Surah Ar-Ra'du: Ayat 11)
Ertinya:  Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan 
kepada sesuatu kaum bala' bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), 
maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan 
apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang 
dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

Pengertian Optimis

Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi yang memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan.
Rasa optimis akan lahir dalam diri manusia yang mengenali dirinya serta menyedari kurniaan Allah kepadanya.  Juga mempunyai keyakinan kepada Allah Taala yang bersifat pengasih dan penyayang dan keyakinan kepada kebolehan diri sendiri.  Jelasnya, optimis terbentuk daripada tiga unsur utama:

1-Mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri.
2-Yakin kepada Allah Taala
3-Yakin kepada kebolehan diri sendiri.

Optimis sebagai pendorong

Rasa optimis menjadi pendorong utama ke arah kemajuan dan kejayaan.  Perasaan ini akan melahirkan semangat ingin maju dan ingin berjaya, mengerakkan diri untuk berusaha, menimbulkan daya tahan dan istiqamah dan sedia berkorban dengan semangat jihad yang tinggi. 
Orang yang berjaya dalam kehidupan, memulakan usaha dengan rasa optimis pada diri sendiri, semangat berdikari dan berserah kepada Allah Taala.  Ia yakin bahawa usahanya yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah Taala.

Firman Allah Ta'ala:
(Surah At-Taubah Ayat 120)
Ertinya:  .....Sesungguhnya Allah tidak  menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Optimis terhadap keampunan Allah

Kemajuan dan kejayaan yang hakiki adalah kemajuan dan kejayaan yang diredhai Allah Taala.  Kemajuan dan kejayaan itu adalah rahmat yang dikurniakan olehnya.  Sedangkan rahmat Allah Taala pula sering terhalang oleh dosa hambanya.  Maka langkah pertama yang harus di ambil oleh orang yang mengharapkan kemajuan dan kejayaan itu ialah memohon keampunan daripadanya.

Orang yang memohon keampunan kepada Allah Taala hendaklah optimis 
bahawa Allah Maha Pengampun, tanpa rasa ragu dan kecewa, hampa dan putus asa.  Allah Taala dengan sifat Maha pengampun dan Maha penyayang membuka ruang pengampunan yang amat luas kepada hamba-hambanya.

(Surah Az-Zumar Ayat 53)
Ertinya:  Katakanlah (wahai Muhammad):  "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesunguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani.

Allah Taala mengalu-alukan usaha hambanya mendekatkan diri kepadanya seperti yang dapat di fahami daripada hadis Qudsi:

Ertinya:  Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau Aku lebihkan.  Sesiapa yang mengerjakan satu kejahatan, maka ia hanya dibalas dengan satu kejahatan atau Aku ampunkan.  Sesiapa yang hampir kepada Aku sejengkal, Aku hampir kepadanya sehasta.  Sesiapa yang hampir kepada Aku sehasta, Aku akan hampir kepadanya sedepa.  Sesiapa yang datang kepada Aku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari.  Sesiapa yang menemui Aku membawa dosa seluas bumi, sedangkan ia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku akan menemuinya dengan memberi pengampunan sebesar itu juga.

Sungguh benar bahawa nasib manusia di dunia ini tidak sama.  Ada orang yang kaya dan ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sihat dan ada yang sakit.  Semua yang ada pada manusia adalah rahmat daripada kurniaan Allah Taala.  Allah Taala Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hambanya.


Sikap yang paling baik dalam mengharapkan rahmat Allah Taala ialah optimis bahawa Allah maha Pemberi rahmat dan Maha memperkenankan harapan hamba-hambanya.  Sikap ini mendorong setiap orang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah dalam apa jua perkara yang diharapkannya.  Jika kamu mengalami nasib yang kurang baik janganlah kamu kecewa dan putus asa.  Percayalah bahawa Rahmat  Allah amat baik dan tidak putus-putus.


Firman Allah Taala:
(Surah Yusof Ayat 87)
Ertinya:  " Wahai anak-anakku ! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya ( Bunyamin ), Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhnya tidak putus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Ertinya:  Allah Taala menjadikan Rahmat seratus bahagian, 99 bahagian ditahan dan satu bahagian diturunkan ke bumi.  Daripada satu bahagian itu seluruh makhluk menaburkan kasih sayang, sehingga kamu melihat, binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.
( Hadis Riwayat Bukhari Muslim)




sumber : al-azim.com

Kesimpulannya

- Doa....doa...doa dan terus berdoa....pernah mendengar satu ceramah bahawa kita    hendaklah tamak dalam berdoa......mohonlah apa saja daripada Allah...
- Yakin dan percaya pada ketentuan yang Allah telah aturkan untuk hambaNya......
- Segala kelebihan dan kekurangan ada hikmah di sebalikNya...
  dan percayalah hidup ini lebih indah apabila semuanya kerana ALLAH.....

Sekian.......
Nukilan rasa



nasyeed