Monday, 29 April 2013

Sekali Lagi- U ULANG I SAMAN !!!!


SUNGAI BULOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu media arus perdana meminta maaf kepadanya sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei depan.

"6 Mei perkara pertama bila kita perintah, kita akan pastikan Utusan Malaysia dan TV3 meminta maaf kepada saya.

"Malah hari itu, TV3 akan memulakan kerjanya untuk menemubual saya," katanya dalam siri kempennya di sini malam tadi.

Beliau selain itu dilihat terus berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila berkali-kali menyebut nama mantan perdana menteri itu dalam setiap siri jelajah dan kempennya menjelang pilihan raya umum 5 Mei depan.

"Saya sudah lama maafkan Tun Mahathir, Tun Mahathir selalu sebut nama saya.

"Saya hendak beritahu dia, saya bukan Najib yang takut dengan dia, saya Anwar," katanya.

Anwar selain itu terus memainkan isu kononnya anak-anak bekas perdana menteri itu diberi tander dan kontrak kerajaan ketika Mahathir mengepalai pemerintahan negara.

Calon Parlimen PKR Permatang Pauh ini turut menjaja kononnya rakyat di Lahad Datu diabaikan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

"Saya baru balik dari Lahad Datu dan mereka menangis di sana kerana susah di sana," katanya.

Malah Anwar dengan sinisnya membidas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini mendakwa terdapat beberapa pimpinan pembangkang yang didakwa terlibat dengan pencerobohan selatan Filipina di Lahad Datu.

"5 Mei ini Zahid Hamidi adalah hari terakhir beliau jadi Menteri Pertahanan, kamu jangan yakin sangat bila dakwa pembangkang terlibat," katanya. 

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai manifesto sebelum 5 Mei ini.

"Sekarang ini adalah masa terbaik untuk bincang mengenai manifesto, saya cabar Najib berdebat mengenai manifesto ini sebelum 4 Mei ini," katanya.

Beliau selain itu menggesa rakyat agar terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13.

'Saya harap tolong kita semua hentikan perkara jijik yang dibuat oleh Umno-BN terutamanya dalam memfitnah saya dengan berbagai isu," katanya.

Anwar selain itu mendakwa akan menjaga kebajikan seluruh kaum dan bangsa di negara ini.

"Semuanya termasuk Iban, Kadazan dan lain-lain kita akan jaga," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyentuh mengenai kerusi Kota Damansara yang sebelum ini menjadi pertindihan di antara PAS dan PSM sehingga membawa kepada penegasan PSM yang tetap akan bertanding biarpun terpaksa berdepan dengan 3 penjuru.

"Jangan bagi mana-mana pihak tersinggung, perjuangan kita ialah kemuafakatan kita yang menjadikan kita kuat antara satu sama lain," katanya.

Anwar berkata Pakatan Rakyat telah membuat keputusan rasmi di mana PSM yang sebelum ini mempertahankan kerusi Parlimen di Sungai Siput dan Kota Damansara akan terus kekal atas kerusi tersebut berdasarkan kepada keputusan Majlis Pakatan Rakyat.

"Saya hendak beritahu, susah saya hendak jaga kawan-kawan baik, saya di Permatang Pauh, pimpinan PAS memberi sokongan kepada saya.

"Saya ingin tegaskan saudara Dr Nasir di Kota Damansara, dan saudara Jayakumar di Sungai Siput, jadi mereka ini sejak 2008 memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, jadi mereka akan terus kekal tanding atas tiket PKR, kita kena jaga hati kawan-kawan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...