Kemenangan PAS ini dilihat ekoran strategi jentera pilihanraya yang bijak menghidu isu negatif calon Umno itu sendiri (yang dipandang ringan) oleh pimpinan Umno sendiri, khususnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan TPM TS Muhyidin Yassin.
Umno memang tersilap congakkan bahawa isu menyonglap wang Koperasi Pekebun Kecil Getah oleh Rohaizad berjumlah RM161,000 dan kes mengabaikan isteri keduanya tidak akan mempengaruhi pengundi. Sesungguhnya Umno sendiri yang membuka pekung calonnya dan memberi peluru percuma pada Pakatan Rakyat.
Hasilnya kini dilaporkan bahawa Rohaizad menghadapi masalah besar dengan isteri pertamanya, atas sikapnya berbohong kerana tidak memohon izin isterinya itu. Itu hal peribadi Rohaizat. Biar dia selesaikan. Namun secara kasarnya, karier politik Rohaizad telah berkubur bersama PRK Permatang Pasir.
Memang ia bersifat character assassination, namun Umno gagal mencari kelemahan calon PAS kecuali cuba membangkitkan perkara tidak berasas berkenaan Salleh. Langkah mendedahkan kezaliman dan salah laku lampau calon adalah bagi membolehkan pengundi membuat pertimbangan sendiri.
Ini penting kerana calon seharusnya lebih bertanggungjawab dan nanti memegang amanah rakyat. Oleh itu yang bersih, amanah dan terbaik merupakan kriteria utama di kawasan bermajoriti Melayu Islam.
Kemenangan itu juga membuktikan angin perubahan positif kepada Umno/BN yang didakwa oleh Muhyiddin Yassin sesungguhnya tahyul semata-mata. Tiada apa perubahan di Permatang Pasir, peratusan jumlah pengundi juga tidak berbeza, malahan jika jumlah pengundi lebih ramai, ia dijangka akan menambahkan lahi peratusan majoriti PAS.
PAS tidak memaki hamun sesiapa kecuali memaklumkan apa yang dilakukan Rohaizat.
PERMATANG PAUH: Kemenangan PAS/PR pada PRK Permatang Pasir dengan jelas membuktikan bahawa kemerosotan undi PAS pada PRK Manek Urai tidak relevan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata selaras dengan itu, Umno/BN tidak boleh menjadikan kemerosotan undi PAS di Manek Urai itu sebagai ukuran bahawa keyakinan dan kepercayaan pada PAS telah merosot.
Berasaskan peratusan keluar mengundi berbanding dengan peratusan yang mengundi calon PAS, ia ternyata hanya berkurangan dalam sekitar satu peratus sahaja, kata Mahfuz
JUMLAH PENGUNDI: 20,290
JUMLAH KELUAR MENGUNDI: 14, 768
PERATUS KELUAR MENGUNDI: 72.78 PERATUS
USTAZ HAJI MOHD SALLEH MAN (PAS): 9,618 UNDI
ROHAIZAD OTHMAN (BN): 5,067
MAJORITI : 4,551
7.10 ptg - PAS menang dgn majoriti 4,551
PERMATANG PASIR: Kemenangan kita semua, kata Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang Ustaz Haji Salleh Man berulang kali sebagai meraikan kemenangan pada PRK N11 Permatang Pasir hari ini.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada semua pengundi tanpa mengira bangsa dan agama.
Takbir bergema di sekitar markas induk Pas Permatang Pasir sebaik calon keluar dari markas untuk bertemu penyokong. Meskipun belum rasmi diumumkan, kemenangan memang jelas memihak pada PAS.
Sementara itu satu sidang akhbar akan diadakan di Markas ini oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar. Penyokong juga semakin ramai berkumpul di luar markas.
Calon PAS Ustaz Haji Salleh Man diramalkan memperolehi undi majoriti 4,000 undi berkurangan sedikit daripada majoriti yang diperolehi mantan calon pada PRU12 2008.
Pengurangan majoriti ini memang dijangkakan sepertimana pada mana-mana prk, memandangkan seluruh jentera kerajaan persekutuan turun berkempen dan digunakan pada prk ini untuk menentang PAS.
PAS sedang mendahului di semua saluran peti undi dengan jumlah perbezaan yang ketara, hanya terdapat satu-dua peti undi sahaja Pas mengalami kekalahan.
Sementara itu, markas semakin ramai dikunjungi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, manakala sebvuah layar skrin besar sedang memaparkan keputusan dari masa ke semasa.
Sila update disini
Selesai waktu proses pengundian tamat jam 5 petang tadi, Salleh yang seharian bergerak dari pusat ke pusat pengundian menjangkakan Pas akan memenanginya tetapi dengan jumlah majoriti yang berkurangan.
Menurut SPR, sebanyak 70.5 peratus atau 14,031 orang keluar pengundi pada prk Permatang Pasir setakat jam 4 petang.
Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir. Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.
Keadaan cuaca yang redup tidak membantu untuk mengamit lebih ramai pengundi. Menurut SPR tiada insiden besar yang tidak dingini berlaku.
Bagaimanapun beberapa insiden kurang disenangi berlaku terutama ekoran tindakan SPR yang menghalang orang ramai (terutama penyokong parti) yang dihalang melalui kawasan pengundian meskipun hanya memakai jaket berlogo parti masing-masing.
Adun Selinsing (PAS) Haji Hussin berkata, beliau turut dihalang menghampiri kawasan pengundian kerana hanya memakai jaket berlogo PAS.
Calon PAS, Mohd Salleh Man ketika ditemui berkata, beliau gembira dengan sokongan pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco kerajaan negeri.
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.
Mohd Salleh mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.
Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.
Lapan peraturan baru dikeluarkan SPR antaranya ialah kenderaan membawa pengundi tidak dibenarkan mempamerkan bendera dan lambang parti bertanding.
Selain itu, tiada kempen selepas jam 12 tengah malam tadi hingga keputusan diumumkan hari ini. Parti-parti politik tidak dibenarkan mengadakan barong, tiada ada lagi meja semakan daftar pemilih di kawasan pegundian.
Rumah kediaman dan pondok juga tidak boleh digunakan untuk tujuan berkempen serta aktiviti meraih dan merayu undi tidak dibenarkan selain aktiviti meraikan kemenangan.
Keputusan dijangka diumumkan jam 8 malam jika tiada masalah.
Suasana sekitar Permatang Pasir pada sebelah pagi ini kelihatan mula sesak dengan lalulintas.
Beberapa insiden tidak menyenangkan juga berlaku apabila polis yang mengawal di hadapan pusat pengundian menghalang pemandu motosikal yang memakai pakaian berlambangkan parti, terutama PAS.
Sikap berat sebelah ini dengan jelas kelihatan di beberapa pusat pengundian sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS/PR, kerana polis membiarkan sahaja atau membenarkan penyokong UMNO/BN berpakaian parti mereka.
Calon PAS Ustaz Haji Salleh Man dijangka memenangi PRK N11 Permatang Pasir hari ini berasaskan beberapa sentimen yang berlaku. Bagaimanapun yang menjadi persoalan ialah apakah beliau mampu mempertahankan majoriti 5,433 undi yang diperolehi mantan calon PAS pada PRU12 lepas.
Sebanyak 20,290 orang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pasir. Mereka akan mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang.
Permatang Pasir March 2008 general election results | ||||
Candidates | Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) | 11,004 | ||
Ahmad Sahar Shuib (Umno) | 5,571 | |||
Majority | | 5,433 | ||
Voter turnout | | 82.57% |
Source: Election Commission
Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang itu dalam sedarnya berangan-angan (perkara yang mustahil terjadi) untuk menghadiahkan kemenangan Umno pada PRK N11 Permatang Pasir kepada DS Najib Razak dan TS Muhyidin Yassin.
Zahid dengan sewenang-wenangnya menyifatkan bahawa pengundi Permatang Pasir telah membuat kesilapan semasa PRU 12 dahulu dengan mengundi pembangkang dan berharap kesilapan itu tidak diulangi pada PRK ini.
Begitulah betapa Zahid merendahkan dan menghina hak dan demokrasi pengundi dengan menyalahkan pengundi yang tidak memberi kemenangan kepada Umno/Bn.
Rais yang kelihatan meredah hujan untuk berkempen di Pasar Sama Gagah hari ini nampaknya menyerah kalah sewalnya. Ini mungkin berasaskan dinginnya sambutan awam padanya di pasar berkenaan dan sekitarnya. Tiada satupun bendera Umno atau BN terpasang di situ.
Kebetulan pula Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin turut berada di sekitar kawasan berkenaan. Kehadiran Nizar yang kemudian diiiringi calon PAS Ustaz Haji Salleh Man ternyata memurungkan konvoi kempen Rais.
Rais mengakui semasa memberitahu pemberita bahawa majoriti undi PAS akan menurun, yang secara langsung menunjukkan bahawa Rais tidak menyimpan sedikit keyakinan calon problematik dan penyonglap wang koperasi, Rohaizat Othman akan menang.
Tindakan media membongkar isu peribadi Rohaizat membuka mata rakyat bahawa betapa tidak amanahnya calon Umno dan sikap suka berbohong di kalangan pemimpinnya.
Rais membebel kononnya Pakatan Rakyat menyerang peribadi dan membuat tohmahan pada calon, sedangkan mengikut definasi bahasa Melayu, tohmahan adalah sesuatu fitnah. Semuanya didedahkan dan dimulakan oleh media sendiri.
Beliau berkata, dengan berbuat demikian ia bererti pengundi Permatang Pasir menolak kemungkaran, kezaliman dan ketidak adilan.
"Gunakan kesempatan membuang undi dengan penuh cermat, " katanya dalam perutusan kelapannya bagi PRK sejak PRU 12.
Sambil berkata walaupun berpuasa dan mungkin keletihan, beliau menegaskan bahawa Peperangan Badar berlaku dalam bulan Ramadhan pernah membawa kemenangan dalam perjuangan Islam.
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,
Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.
Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.
Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.
Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.
Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.
Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.
Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.
“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal: 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.
Namun mulut tempayan tidak akan kejap ditutup kerana bapa mertua Rohaizat yang mewalikan pernikahan lebih mengetahui kebenarannya. Apabila dua saksi bersuara maka memang benarlah penafian Rohaizat terhadap perkara itu satu pembohongan besar.
Yang peliknya mengapa calon Umno/Bn itu tidak mahu mengakui isteri sendiri. Tiada salahnya. Namun mungkin Rohaizat takutkan isteri pertamanya atau beliau tidak memohon izin. Sesungguhnya begitulah sikap calon Umno, memang mudah berbohong. Memang lumrah Umno mestio berbohong.
Kini bapa mertuanya Mohamad Ali Abdullah memberi tempoh sehingga malam ini agar mengisytiharkan Rafizah adalah isteri beliau yang menetap di Pahang, atau menghadapi tindakan undang-undang.
Ali, 59, bapa kepada Rafizah berkata beliau sedang menimbang mengambil tindakan itu dan meminta Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat.
"Saya yang mewalikan pernikahan antara Rafizah dan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama, " kata beliau.
Rohaizat menafikan beliau beristerikan Rafizah. Rafizah dikatakan dibiarkan tanpa dipedulikan Rohaizat setelah dikahwininya.
Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.
Calon PAS Ustaz Haji Salleh Man ditohmahkan mengelapkan wang dana pilihan raya umum sejumlah RM600,000, selain difitnahkan ada skandal dengan seorang wanita.
Gambaran, tohmahan dan fitnah ini dilemparkan dengan harapan dapat menjejaskan imej Salleh yang bersih dan mengubah persepsi pengundi bahawa calon PAS adalah sama sahaja sifatnya dengan calon Umno Rohaizat Othman.
Rohaizat telah dikaitkan dengan skandal menyonglap duit RM160,000 yang diamanahkan melalui firma guamannya oleh Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.
Rohaizat dalam kempennya menyalahkan rakan kongsinya Yusri Isahak sebagai orang yang menyebabkan beliau digugurkan kelayakan guamannya.
Umno/BN sesungguhnya sekadar berusaha menafikan majoriti besar PAS pada PRU12 2008 sebanyak lebih 5,000 undi. Umno kelihatan mengubah strategi kempen dengan mempertingkatkan kempen rumah ke rumah. Secara asasnya kempen ini akan menentukan kejayaan Umno.
PAS bagi tempoh lima hari kempen yang lepas ternyata sedikit ketinggalan berbanding dengan jentera Umno/BN. Secara ikhlas jentera Pas kelihatan lemah dan bergerak pada tahap yang tidak agresif. Secara jujurnya PAS ketinggalan daripada segi kempen.
Sehebat ceramah yang diadakan, sehebat itulah kehadiran. Memang jalan raya sekitar Permatang Pasir menjadi sesak. Sesak dengan kenderaan dari segenap pelusuk. Namun kehadiran ramai pada ceramah mungkin tidak mengambarkan keadaan sebenarnya. Ini harus dicurigai dan dibimbangi.
Sedang PAS sibuk dengan ceramah, Umno/Barisan Nasional menyusun langkah lebih bijak dengan mengutus jentera wanitanya menjalankan kempen rumah-ke-rumah. Sayugia disebutkan bahawa malam adalah waktu terbaik penghuni atau pengundi ada di rumah.
Lantaran itu, PAS wajar mengambil iktibar daripada strategi ini dengan mengerahkan segala gerak kerja yang ada untuk memikirkan satu kaedah kempen rumah ka rumah yang lebih berkesan. Kejayaan menganjurkan strategi ini akan memastikan kejayaan besar calon PAS.
Kehadiran pimpinan parti juga semakin kelihatan TGAH hari ini bertemu penduduk dan mengedarkan topeng muka bersama calon di Pasar Ramdahan Kubang Semang, manakala DS Anwar Ibrahim berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan fakir miskin di Masjid Pengkalan Tambang.
Ketua Menteri Lim Guan Eng juga turun bersama-sama calon Salleh berjumpa penduduk Tiong Hua di Cross Street Bukit Mertajam. Pada asasnya sokongan pengundi Cina kelihatan masih menyemarak dan tidak berubah.
KUALA LUMPUR: TPM TS Muhyiddin Yassin menafikan tindakan memsabotaj imej calon Umno prk dun Permatang Pasir, Rohaizat Othman bukan perbuatan dalaman Umno tetapi usaha pihak tertentu.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno yakin ahli Umno akur dengan keputusan parti yang memilih Rohaizat sebagai calon.
"Saya tidak fikir dalam Umno ada sabotaj. Kita telah sepakat, apa jua keputusan yang dibuat pimpinan parti, mereka akur.
"Sekarang ini, kita tidak bincang soal itu. Kita bekerja keras untuk yakinkan pengundi dan saya tidak lihat ada petanda dalam BN untuk ambil langkah sebegitu.
"Kenyataan itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej BN... mereka buat pelbagai tohmahan.
ps: Pas dan Pakatan Rakyat tidak mensabotaj calon Umno. Tak perlu sabotaj, kerana dalam Umno sendiri dah menolak calon pecah amanah itu.
Rohaizat berbohong pasal penyalagunaan wang syarikat dengan melemparkan tuduhan itu dilakukan rakannya Yusri Isahak (Yusri menafikannya), manakala Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi menafikan kor perubatan tentera diguna untuk berkempen.
Zahid berkata, kehadiran ambulan tentera dan kakitangannya bukan bertujuan politik sedangkan ia dipergunakan secara meluasa pada pilihanraya ini. Zahid kurang bijaksana berbohong musim pilihan raya ada ambulan tentera.
TPM TS Muhyidin Yassin juga membawa pelbagai gula-gula. Jumaat tadi beliau dan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin solat jumaat di Masjid Permatang Tinggi, Kebetulan, calon Pas Ustaz Salleh Man juga bersolat di situ.
Pertembungan tak disengaja ini merosakkan program Muhyidin kerana mengikut jadual awalnya beliau akan berucap selepas solat Jumaat. Nasi dan gulai juga dihidangkan. Namun telah ditakdirkan PA System (pembesar suara) yang dibekalkan Jabatan Penerangan Negeri mengalami kerosakan.
Jawabnya habis membedal nasi semua jemaah blah. Muhyiddin juga blah.
Ada dua faktor di sini. 1. Memang Allah tidak mengizinkan Muhyidin bercakap dan kedua kehadiran calon PAS membantutkan kemahuan Muhyidin berucap, kerana secara adilnya jika calon BN berucap maka calon PAS juga wajinb dibenarkan berucap dalam masjid itu. Baru adil.
sebahagian lawatan dan aktiviti calon semasa kempen prk N11 Permatang Pasir. Ziarah Mak Wan yang cact kedua-dua bahagian kakinya di Permatang Pauh dan merasmikan sepak bola pemuda di Kubang Semang
PERMATANG PASIR: Rohaizat Othman telah membohongi seluruh pimpinan Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri apabila mendakwa bahawa beliau tidak mengetahui dan terbabit dalam urusan dan transaksi kewangan firma sendiri.
Bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak menegaskan semua urusan transaksi kewangan syarikat dibuat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat.
Rohaizat sepatutnya menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan pada rakan kongsinya untuk membebaskan diri sendiri, katanya pada sidang media.
Sesungguhnya Yusri telah lama saya kenali tetapi tidak menemuinya sejak beberapa tahun lepas$. Setibanya di Yayasan Aman, Penanti, Yusri tergaman melihat saya, lantas datang dan memeluk saya.
Sambil bertanya khabar dan berkata "lama tidak berjumpa" Yusri tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala. (teringat saya Yusri, seketika dahulu memandu volkswagen berwana oren metalik)
Yusri hari ini tampil membuat pendedahan berani bagi membersihkan namanya yang dikaitkan sebagai orang yang menyebabkan Rohaizat Othman disingkirkan atau dilucutkan kelayakan sebagai peguam.
Beliau juga meminta pengundi membuat pemilihan teliti semasa mengundi nanti dan mengucapkan selamat berjaya kepada Rohaizad.
Pada sidang media di Yayasan Aman pagi ini, Yusri berkata, Rohaizat adalah pemegang saham utama dalam firma guaman mereka dan merupakan orang yang turut bertanggunjawab menguruskan perniagaan.
"Adalah tidak benar untuk Rohaizat melemparkan tuduhan bahawa saya penyebab beliau dilucutkan kelayakan sebagai peguam ekoran penyalahgunaan wang pelanggan," katanya sambil menegaskan bahawa beliau dan keluarga beliau amat tertekan dan malu dengan dakwaan itu
Oleh kerana Rohaizat pemegang saham utama, maka segala keputusan dibuat oleh beliau dan secara bersama termasuk daripada segi pengeluaran aliran wang tunai, kata Yusri.
Sebagai rakan kongsi, Rohaizat sepatutnya mengetahui apa jua perkembangan syarikat berlaku., katanya.
Walaupun Rohaizat bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat tetapi beliau tidak menyatakan hal lesen guamannya dibatalkan, setelah dimumkan namanya sebagai wakil, maka tiada kesempatan untuk mengubahkan keadaan itu lalu meletakkan kesalahan pada saya, kata Yusri.
Langkah menjadikan saya kambing hitam sahaja adalah satu-satu usaha untuk menunjukkan Rohaizad seorang yang bersih, kata beliau.