Saya tidak sukakan nyamuk. Bila musim menuai habis. Petak sawah mula terima hujan. Dan masa itu nyamuk banyak sungguh. Memang sudah musim dan lazim bagi negeri banyak padi macam di tempat saya. Dan ini sudah menjadi mesti walaupun saya belajar dan kerja di mana hala. Balik juga dengan mak ayah di kampung.
Tapi, daripada tidak sukakan nyamuk, saya lagi lah tidak sukakan lipas. Lipas sungguh busuk. tahu? Lipas kalau ada dalam almari, saya sungguh tensyen. Geram. Busuk. Busuk.
Daripada lipas itu saya lebih suka katak. Katak tidak busuk. Tidak pulak kacau orang. Dok diam-diam kat tepi batu. Dan katak pulak makan nyamuk.
Lagi satu. Saya memang suka katak. Lihat mata dia. Sungguh comel dan bersinar. I like the anak katak. Dan bukan katak hon atau katak gerutu okay? Titik lah. Di sini bukan mahu cerita pasal binatang. HaHa.
Sudah azan subuh dah. [saya tidak syak encik ayah nak sembahyang jemaah subuh. Jadi saya naik atas. Tapi, syak saya itu salah. Saya terlepas solat jemaah itu. Saya solo sajalah.]
Petang semalam. Diruang depan.
[ini entri mak bapak dan anak]. Sila letak diri masing-masing sebagai bapak atau anak.
Ada hal sedikit encik ayah panggil saya. Bincangkan sesuatu. Sudah terlajak bincang.
Saya tanya dan minta pendapat encik ayah tentang hal masa depan saya juga. Saya tanya sebab nak encik ayah tahu. Dan boleh bagi pandangan. [rasa macam perlu dan saya memang sentiasa perlu pendapat dia]
"ayah...tawaran itu sehingga akhir bulan september ini..keputusan untuk bulan Januari tahun depan..
"Jadi, saya boleh pohon tak ayah?"
Bila encik ayah kata pada saya:
" Januari..?"
" Ayah tak tahu lah. Atur lah sendiri hidup anda tentang hal itu"
" Mahu hidup macamana jika sorang di sana sorang di sini?"
Sambung lagi:
"uruslah lah berdua. Bincang sama-sama. Macamana mahu urus"
Mati dengan ayat itu saja. Saya sudah boleh tahu apa jawapan encik ayah. Dan dengan ayat itu juga saya sudah tau apa yang patut saya buat.
Bukan itu saya mahu cerita.
Tapi saya rasa macam..hurm..saya sudah dewasa. Sampai-sampai encik ayah tidak mahu dah buat keputusan bagi pihak saya. Rasa jauh sekejap dengan encik ayah.
Bila dia cakap macam itu. Saya diam. Lama jugak dok sebelah ayah. Saya bangun. Saya pergi dapur. Saya masak. Tidak mahu lagi cakap dengan ayah. Ada sikit terkilan.
Saya rasa:
Hey, saya sudah kena buat keputusan sendiri dah. Dan nanti-nanti pun sudah jadi bukan di bawah tanggungjawab ayah dah saya ini.
Sampai lama-lama pun saya perlu buat keputusan sendiri dan minta rujukan dari siapa yang namanya encik suami pulak.
Kenapa encik ayah tidak bantu saya kali ini? saya macam teringin nak encik ayah buat keputusan pada saya.
Dulu masa kecik-kecik, semua ayah buat. Masa jadi pelajar sekolah sampai masuk university. Masa sudah mula kerja dan jadi cikgu. Saya ada panduan dari encik ayah.
Sekarang kerja dan jadi cikgu jugak.Tapi, untuk hal hidup saya yang satu ini, encik ayah suruh saya dan dia pandai-pandai urus sendiri. Saya macam rasa sungguh-sungguh sikit sikit dah mula jauh dari ayah dah. ohoi. sungguh mahu menangis.
Rasa mahu saya jadi kecik balik.[kartun dalam game Mario. Mari jadi Mario. Boleh menjadi kecik] Biar saya ada arah tuju jelas. Ayah bagi guideline. Saya follow. Tidak lah silap.
[sungguh saya macam lose track kalau kena buat keputusan sendiri. Rasa macam saya kena juga bagitahu ayah dan ambik restu dia dalam keputusan yang saya mahu buat.]
Tapi. Ini lah hakikat hidup. Kita sudah makin dewasa dan akan ada hidup sendiri juga. Guna perkataan dewasa lah. tidaklah mahu saya guna perkataan 'sudah tua'. HaHa. [lihat. masih bersembunyi] Masa itu, encik ayah dan puan emak tidak lagi akan buat keputusan untuk kita tahu? Tapi. Saya mahu juga keputusan itu.
Biar saya buat atas pandangan orang tua. Kan senang dan tidak menjadi silap? Orang tua punya buah fikiran. Jarang nak silap. [redha mak pak, adalah redha Tuhan tahu?]
Menjadi encik ayah. Saya mahu. Doa encik ayah dan puan emak mustajab tahu? Jadi. Sebab itu saya mahu pandangan depa taw tak?
Bila macam ini. Encik ayah tidak mahu bantu buat keputusan. Saya? Saya tetap juga menghormati encik ayah. Sebab dia sangat berkuasa dalam hidup saya. Setiap keputusan besar yang saya ingin nak buat.
Harus! Hukum yang harus. Dan tidak lawak-lawak menjadi sunat atau makruh. HARUS saya mesti rujuk encik ayah. Tanya dia. Minta pendapat dia. Betul kah keputusan saya mahu buat itu. Encik ayah pada saya sorang ayah yang menjadi tempat rujukan sungguh-sungguh.
Tapi kali ini? saya kena buat sendiri. [T__T ]ß masa tidur pun saya masih pikir jugak hal inilah. Sungguh menjadi hantu dalam fikiran saya.
p/s: kepada encik ayah dan puan emak. Boleh atau tidak? tidak kira masa yang macamana. Saya akan bernikah atau sudah menikah atau akan menjadi emak kepada budak atau sudah menjadi emak kepada budak.
Boleh atau tidak kalau saya sentiasa mahu minta pendapat dan keputusan dari anda? [Ada perkataan KALAU di situ okay? tidak lah nampak saya lemah sangat] Terutamanya kepada encik ayah. Walaupun saya sudah punya encik suami pada masa depan tidak lah bermakna saya...[ah susahlah nak cakap..] hey. Sebenarnya saya rasa kecik lagi. Sekian.
Hakikat sebenar. Saya sudah dewasa. Mahu buat keputusan yang besar kadang-kadang jadi takut. Kenalah mengaku kecik. Tapi orangtua sudah tidak boleh mahu campurtangan. Kena buat sendiri katanya. Saya? [T__T] ya. Kena bincang berdua. Baiklah. Baiklah. Dan baiklah.
0 comments :
Post a Comment