...sekolah kehidupan..

Thursday, September 30, 2010

Hari ini basuh tangan. Basuh pipi.

Di sekolah. habis pipi saya kena cium. Tangan saya kena cium..salam-salam..peluk-peluk. Uhuh. Saya tidak gemar macam ini. Saya mahu menangis bila di perlakukan begini. Tidakkkkk! Janganlah. Tidak rela..auwww. HaHa. [hey! Ini bukan intro 18SX okay? tengok tu. Bila sebut cium-cium dan peluk-peluk. Otak anda ligat ya mencari yang geli-geli. Nakal ni.

Tidak. Begini. Rasa sungguh terharu dan sebak pulak.

Hari ini hari terakhir saya bersama pelajar saya. Minggu depan sudah tidak belajar lagi. Saya ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan PMR di sekolah lain.

Jadi. Tidak ada peluang bertemu pelajar saya lagi untuk memberi semangat terakhir kali. Mereka akan periksa PMR. Jadi hari ini ada program bacaan yassin dan solat hajat. Mak pak budak-budak saya datang sekolah untuk itu.

Usai semua. Pelajar naik ke bilik guru. Salam-salam. Peluk-peluk. Cium pipi. Cium tangan. Minta maaf dan minta halalkan ilmu. Minta restu lah kononnya. Yang menangis berhiba. Risaukan peperiksaan juga ada. Puas saya pujuk dan usap bahu. Bagi semangat lah kan? Takkan nak saya buat bodoh pulak.

[saya pun hampir-hampir keluar air mata juga] iyalah. Cengeng kan memang sudah saya juara. Siapa tidak touching? Ini datang seorang-seorang pelajar yang saya senangi mari bersalam. Dengan muka dan mata merah. Tahan tangis:

"cikgu. Saya minta maaf. untuk semua salah saya"

"cikgu, halalkan ilmu yang cikgu ajarkan saya"

"cikgu doakan saya menjawab dengan baik"

"cikgu, saya minta maaf jika ada tingkahlaku saya yang tidak kena"

"cikgu, saya risau kan peperiksaan ini..takut tidak dapat jawab.."

Saya?

kesimpulan sahajalah:

Saya tidak pernah meminta kamu membayar hutang apa-apa pada saya. Saya sentiasa halalkan ilmu saya.Saya sentiasa doakan pelajar saya. Dan saya tidak pernah berdendam apa-apa. Saya sentiasa memaafkan pelajar saya. Tidak kira apa yang telah kamu lakukan pada saya [walaupun ada kecewa].

Ayat terakhir: "jangan risau sangat. Tuhan sudah janji. Jika ada usaha. Mesti DIA bagi. Sekarang adalah masa untuk tawakkal dan berserah. Usaha kan sudah usaha?"

Titik.

[sebenarnya. Melihat mereka ini datang kepada saya. memeluk dan bersalam saya. mereka di hadapan saya sambil menangis. Melihat mereka semua. Saya macam terkenang semua. Manis. pahit. Kecewa. Suka dan duka. Mengajar pelajar supaya terdidik akhlak. Mengajar pelajar dari tidak faham apa-apa menjadi faham sesuatu. Mendidik yang tidak berminat menjadi minat. Adalah hidup saya selamanya. Saya sebak juga. Dan mendoakan yang baik-baik saja]

Selesai saja itu: sebenarnya.

Banyak sangat tangan datang bersalam [saya nak pergi basuh tangan. Banyak tangan sangat yang pegang tangan saya. Ada tangan sejuk. Ada tangan peluh. Ada tangan ah..minyak-minyak]

Pipi saya kena cium [saya macam nak lap. Nak pi basuh pipi macam tidak kena gaya pulak. Sebab banyak muka dah lekat kat pipi saya dan banyak iar mata budak sudah lekat di pipi saya]

amaran ni: Pelajar pompuan lah cium-cium dan peluk-peluk saya itu. Bukan laki-laki. [saya tau ni. Ada ni yang dok fikir macam lain yang saya jangka]

p/s: teringat masa saya sekolah. saat mahu ambil peperiksaan SPM. Saya bersalaman dengan cikgu. Tidak pulak saya menangis apakah. Kenapa pelajar saya menangis?

Depa banyak sangat ni buat dosa dengan saya kot ni..ceh! main teka-teka pulak saya ini. ke pasai apa? [mesti insaf ni..tadi kan dah solat hajat dan baca yasin dengan waris. pastu kena muhasabah pulak..]Ahaha..[sambil pegang pipi yang kena air mata budak]

selamat maju jaya. [ada ke selamat maju mundur?]

Wednesday, September 29, 2010

Penyegan pahit malam ini dan esok

Apa hobi awak? Hobi saya mengumpul setem. [ewah. Sungguh skema zaman-zaman sekolah rendah] apa ni? Tiba-tiba cerita pasal hobi? Okay. Hobi saya adalah menulis dan membaca. [biarpun bunyi agak skema macam jawapan yang kita bagi masa cikgu tanya kita disekolah rendah dulu. Tapi itulah hobi saya dari dahulu sehingga sekarang]. cerita lain hari lah.

Mari saya bubuh tang ni ayat sebaris dua.

Malam ini saya sungguh penyegan.

Mengikut kamus orang utara. Perkataan 'segan' itu maksudnya 'malas'. Kamus orang tidak utara pulak kata 'segan' itu maksudnya 'malu'. [jadi entri ini mungkin boleh di baca dalam dua maksud. anda suka dan faham yang mana. ambiklah] saya okay saja. HaHa

Tidak apa. Mari saya bagi contoh dulu.

Situasi ini:

Loghat utara: "ish..aku segan sungguh malam ni. Satu qheja tak jadi"

Ayat orang tidak utara: "ish..malam ni aku malas betul. Satu kerja tak buat"

Ayat skema dan betul: "pada malam ini, saya sungguh terasa malas. Semua kerja saya tidak saya siapkan"

Situasi ini pulak:

Seorang mamu berkata: "aku segan lah nak pi kedai beli makanan"

Kalau tidak faham. Mesti orang fikir kenapa dia ni tiba-tiba malu pulak nak ke kedai beli makanan? Apa hal malu tiba-tiba? Ada point nak kena pangkah dengan kawan kalau selama ini tidak pun segan silu beli makanan. Hari ini boleh pula segan-segan

[sebenarnya mamu tu dia malas nak pi kedai. Rasa segan itu bukan malu tersipu-sipu tapi adalah dia malas nak pi kedai] okay? faham tidak?

Tudia intro. Panjang macam itu gaya. Mari saya bagitahu ini.

Malam ini:

  1. Saya segan nak makan nasik.
  2. Saya segan nak buat kerja apa-apa.
  3. Saya segan nak basuh baju. [balik sekolah tadi. Baju kurung satu helai saja tidak mahu basuh]
  4. Saya segan nak pi sekolah esok.
  5. Saya segan nak bangun pagi awal-awal esok ni.
  6. Saya segan nak lipat baju [ini lah kelemahan tidak boleh blah. Saya bercinta dulu baru lipat.lama]
  7. Saya segan nak kemas buku.
  8. Dan kesimpulannya: SAYA SUNGGUH PENYEGAN ORANGNYA

Kalau dari sudut positif. Anda nak baca saya sebagai SEORANG YANG SUNGGUH PEMALU pun tidak apa. Ikutlah pemahaman anda nak guna maksud yang mana. HaHa.

Baca lah macam ini:

  1. Iman malu nak makan nasik
  2. Iman malu nak buat apa-apa
  3. Iman malu nak basuh baju
  4. Iman malu nak p sekolah esok
  5. Iman malu nak bangun awal pagi esok ni
  6. Iman malu nak lipat baju
  7. Iman malu nak kemas buku
  8. Dan IMAN SUNGGUH PEMALU orangnya.

    HaHa. Menarik juga. tapi. Nak bangun awal pun malu apa cerita? Patut bangun lewat lah malu kan? Ceh!

    p/s: apa maksud penyegan pahit pulak? Ah. Cari sendiri lah. Kenapa ada pahit di situ? Tidak penyegan manis atau masin atau apakah?

Mata budak

Hi. Sedang di sekolah sekarang. Belum balik sekolah. tapi sudah tamat sesi sekolah. sedang di bilik guru sekejap. Menulis ini.

Hari ini mari lihat cikgu dari kaca mata budak.

"eh..cikgu balik kampung naik satu jerawat di pipi lah" [ini budak lelaki tingkatan empat tegur saya. hampeh!]

"cikgu hari ini pakai tudung lain sikit. Ada lilit pulak. Ala yuna ni" [bila pakai lain sikit saja. Ada saja lah]

"cikgu pakai baju baru lah hari ini. mesti baju raya kan?" [ini pun sama. Ah. Perasan sungguh pelajar dengan baju cikgu]

"Cikgu pakai lipstick jenama maybeline kan?" [ini pelajar perempuan tingkatan tiga. aduh! Siap bagitahu jenama tuh. Apa la budak-budak ini?]

"cikgu pakai cincin lain hari ni" [budak tegur bila tengok ada cincin baru tersarung di jari. Sampai ke tahap itu perhati cikgu]

"cikgu hari ini nametag cikgu macam senget sikit" [ahahaha. Iya lah..]

"cikgu..jerawat cikgu dah tak ada. Pakai apa kah?" [budak lelaki tingkatan empat yang sama juga bertanya. Gila!]

"cikgu..cikgu kurus. Cikgu diet kah?" [ahahaha. Dalam hati. Akulah raja kuat makan nasik tahu? Tidak kuasa aku diet.]

Titik. Tidak mahu buat dialog lagi dah.

Jadi pelajar. Memang semua gerak cikgu di perhati. Cara pakai cikgu. Semua nak di tegur. Apalah.

Kadang-kadang saya fikir. Dulu masa saya sekolah. tida pernah saya bertanya apa-apa tentang hal peribadi cikgu saya.

hari ini mengajar pelajar besar. Asyik ditanya pulak kita ini sudah berpacar atau belum. Sudah bertunang atau belum. Ah. kenapa? saya diam saja. malas mahu layan.

tahan sahaja

Ini entri gelap. Menaip entri ini Cuma menggunakan cahaya laptop sahaja.

Bagaimana rasanya menangis dan menahan esak tangis di dalam gelap? Sampai terasa sakit dada seperti apa. Tidak tahu ayat bagaimana.

Air mata deras jatuh kena bantal. Saya sudah tidur. Saya terjaga. Talipon berbunyi. Sudah tidak boleh tidur terus secara mendadak. Jadinya terhasil entri gelap ini.

Bercakap dalam talipon tentang apa yang suka dan tidak suka. Memang saya lemah. Saya terpaksa ikut kehendak orang. Rasa elok saya ikutkan sahaja. Sewaktu sibuk tiada siapa peduli hati siapa.

Yang ada cuma boleh dengar suara tidak larat dan mengeluh-ngeluh letih. Sehabispun suara tidak kedengaran baik. Saya rasa macam kena marah pun ada. Dia letih. Saya cuba faham. Jadi. Saya mengalah dan ikut kan sahaja. Tidak apa-apalah. Saya ikutkan sahaja. orang pun tidak apa-apa. Titik.

Sakit dada. Bila suara tangis tertahan-tahan dari keluar. Tidak boleh tidur lagi. ambik keputusan menulis ini.

Sungguh...[ah. Tidak mahu saya habiskan ayat ini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya hidangkan ini.
Mungkin semenjak kita berumah tangga ini,kamu dapati aku sukar melayanmu dengan baik.

kesibukkan aku dengan urusan sendiri membuatkan kamu seorang isteri hilang tempat melepaskan penat dalam pelukkan kasih sayang
malahan kesemua salahmu yang kecil juga membuatkan jurang antara kita semakin jauh

Segala perlakuan kasar aku terhadapmu wahai isteriku.
Di pejabat, kamu cuba menelefon aku bertanya khabar, tapi aku merungut supaya tidak diganggu kerana sedang sibuk padahal aku hanya berborak dengan kawan akan isu remeh temeh..

Sedangkan kamu, telah dibesarkan oleh ibu bapamu dengan penuh kasih sayang..sampai masa aku datang mengambilmu sebagai isteri lalu membawa pulang ke dunia yang asing bagimu, dan disini, aku menyakiti hati sucimu itu..

Aku sendiri tak sempurna macam Saidina Ali, macam mana boleh mengharap isteri sehebat Fatimah anak Nabi..?

Aku sendiri sedih kerana telah menyakiti hati seorang anak perempuan orang lain yang telah 20 tahun hidup bahagia bersama keluarga, tapi bila hidup bersamaku untuk 40 tahun akan datang, tidur malam terpaksa pula berteman air mata..

Tetapi mulai esok, aku akan berubah..aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang suami yang terbaik untukmu,
Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita, dan tertawa apabila kamu tertawa.

Lidahku akan ku tahan, kalau aku ternampak salahmu, aku akan bersangka baik, kerana kamu masih muda, masih sedang belajar menjadi seorang isteri...

Kelmarin kamu masih anak gadis yang diajar agama oleh ibumu dan kamu masih belajar.. hari ini kamu menjadi isteriku dengan rela, aku telah menuntut terlalu banyak.. terlalu banyak !

Maafkan aku wahai isteriku
Esok, kamu tidak akan menangis lagi.. insyAllah..

:: kredit to keretamayat.

p/s: selamat datang ke dunia realiti. Ke dunia yang bersakit hati secara panjang. Yang ada Cuma sabar. Itu sahaja yang perlu.

Tuesday, September 28, 2010

Betul-betul jadi

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

saya baru balik sekolah. tadi. masa menulis entri ini masih di sekolah. sekarang sambung tulis di rumah. anda masih di mana?

hari ini mengajar dengan gembira. pengajaran dan pembelajaran saya sungguh seronok. betul-betul menjadi. taktik saya menjadi lagi. guna kaedah psikologi juga. HaHa. Gimik Macam Ini Gaya [sila klik. Pernah tulis disini.]

kan saya sudah bagitahu mahu bawak mikrofon dalam kelas. hari ini saya betul-betul bawak masuk ke dalam kelas tingkatan 4ICT itu. oyeh..!

hari ini adalah untuk latihan pengukuhan. saya memberi latihan pada pelajar saya bila habis setiap bab. jadi hari ini ada latihan. habis dah bab 9.

sedang mereka buat latihan dan cari jawapan. saya buka beg. saya bawak keluar mikrofon.

[gimik psiko saya. tidak lah mahu guna waktu sedang buat latihan itu. baru mahu acah-acah. Nak lihat reaksi.] acah-acah saya menjadi. Betul-betul jadi.

KahKahKah. mereka bulat biji mata. wahoa..! cikgu...?

pelajar: "cikgu? cikgu betul-betul bawak?"

saya: "iya. saya tidak main-main"

saya; "i'm not misha omar yang ada mikrofon sendiri itu okay?. HaHa.."

mereka senyum dan ketawa. Saya juga. Cikgu tunai janji hari ini. kemudian.

saya cakap macam berlakon sungguh-sungguh.

"okay..lepas ini kita akan menjemput siapa-siapa saja datang ke hadapan untuk mengajar dan membentangkan sesuatu"

pelajar: "hari ini kah cikgu?" [cuak]

saya: "tidaklah hari ini. sebab hari ini kita cuma mahu buat latihan"

pelajar: "fuh..lega"

saya: "tapi..saya akan guna juga hari ini kalau perlu"

saya: "bukan apa..di universiti nanti anda kena macam ini juga. cakap di hadapan guna mikrofon"

pelajar: "hu..mampus.." [yang tidak ada keyakinan diri jika di undang bercakap di hadapan sungguh ramai]

semua mereka hari ini sungguh tekun buat kerja. kami belajar dengan gembira. sampai-sampai tidak terjawab saya dengan pertanyaan.

iya lah. konon sungguh rajin mencari jawapan dan bersoaljawab bagi lengkapkan latihan. Mungkin cuak kalau-kalau saya panggil ke hadapan untuk mengulas persoalan yang saya bagi.

HaHa. seronok saya tengok. beginilah suasana yang saya mahu. penglibatan pelajar saya dalam kelas secara ramah dan akademik. tidak seorang pun ngelat dan tidak mahu terlibat. semua seorang-seorang begitu tekun.

Menyoal saya dan meminta bimbingan jika sedang ada masalah. Saya suka. Sungguh suka. Mereka buat kerja dengan seronok. Setiap seorang ada garis senyum di bibir setiap kali melihat saya.

[sudah menjadi tabiat saya menyebut semua nama pelajar di dalam kelas. Agar tidak ada yang terasa hati tidak di beri perhatian. Panggil nama mereka bila sedang di sebelah. Melihat kerja atau ada apa masalah kah. setiap sorang layanan sama]

seronok juga ya kalau dalam beg ada mikrofon. gimik seperti ini buat objektif pengajaran saya tercapai. Yeehoo!

Habis saja pembelajaran. Saya senyum sampai ke bilik guru. Saat mahu pulang pun. keluar dari kelas. Mereka masih tersenyum-senyum melihat saya.

"cikgu bawak betul-betul.." itu lah saja ayatnya..

[lawak-lawak juga wahai anak. cikgu sedang membina keyakinan diri anda sebenarnya. berdiri dan berucap di hadapan orang ramai. Kelak bila anda sudah dewasa. inilah permulaan untuk sebuah keyakinan.]

Monday, September 27, 2010

Ia bukan mohd ihsan

Hari ini saya jadi cikgu. Cikgu biasa saja. Tapi. Walaupun cikgu biasa saya juga pelajar universiti yang berpangkat DG41. Tunggu lah. Saya juga bisa dapat DG 58 bukan 48 okay?

Bila Tuhan takdirkan saya jadi pengetua. HaHa. [lihat tu? Sungguh optimis tahap tinggi sampai mahu jadi pengetua] kalau saya masih dengan dia. saya berangan-angan veteran dalam versi pengetua. HaHa. boleh kah begitu?

Lagi?

Beza saya dan dia lagi adalah cuma dia ada pengalaman banyak. Saya pengalaman sikit. Yalah dia hidup zaman tarzan tidak pakai seluar jeans lagi. Saya hidup zaman-zaman lagu XPDC best iaitu: C.I.N.T.A.

Beza lagi. Dia tua dah. Saya muda lagi. Lagi beza adalah. Dia sudah kahwen dan ada anak pinak dah. Saya masih belum ada anak apa. Tidak kahwen lagi. [anak tekak dan anak mata saja].

Lagi? Dia gemuk dan lemak-lemak. Saya tidak ada lemak-lemak banyak. HaHa. Titik. Berhenti buat beza-beza.

Lagi beza? [belum habis. Ada satu beza yang saya mahu cerita]

Dia tidak agak-agak mengkondem harapan orang secara tidak bersalah. Saya pulak optimis dengan harapan orang lain. Walaupun itu bukan harapan dan masalah saya.

Sebab?

Saya cuba letakkan diri di kesusahan orang sebelum boleh membuat kesimpulan. Jadi. Kita tidak boleh secara terus mengkondem harapan orang. [biarpun kita tahu susah payah apa. Tapi. Kata-kata kita biarlah cuba menenangkan oranglain].

Tamat tazkirah.
********************************************************************************************************************

Jika kita di atas. Cubalah menjadi disukai manusia dan seluruh alam.

Bersikap IHSAN DALAM KERJA.

Tidak menyakitkan hati orang. lagi?Tidak autokratik. lagi?Tidak diskriminasi. lagi?Tidak emosi. dan lagi..Tidak lah perlu terlalu skema tidak patut-patut.

Dan. Biarlah ada ihsan dalam kerja. Ihsan pada oranglain. Ihsan tu bukan mohd ihsan. Itu nama orang okay? macam kena bertimbangrasa. Okay? [saya rasa kena macam itulah] ye dak?

Pada saya. kehendak orang bukanlah masalah kita. Ye dak?

Tapi. Pada saya walaupun itu bukan masalah kita. Tidak lah boleh kita memangkah orang macam pandai sangat. Ye dak?

Lagi satu. Kita tidak lah boleh buat macam rezeki orang kita yang tolong sediakan pulak. Ye dak?

Sebab. Tuhan kan ada. Rezeki masing-masing di dunia ini. Tuhan yang bagi. Ikut lah macamana. Ada dapat banyak. Ada dapat sikit. Ada dapat cepat. Ada dapat lambat. Apa yang penting USAHA. Kena U.S.A.H.A. Ye dak?

Jadi. Janganlah kita macam terus pangkah. Mentang-mentanglah kita sedang diatas sekarang ni. Ada kuasa. Kita cakap macam semua ketetapan kita sudah tau dah semuanya. Tidak boleh lah macam itu. Ye dak?

Jadi. Setiap usaha orang lain. Hidup orang lain. Dia nak macamana. Dia urus macamana. Awak tu buat saja kerja awak. Tidaklah payah memberi pendapat yang buat harapan dan usaha orang rasa macam sia-sia. Tidak baik begitu. Ye dak.

Ah bosan. Jawab cepat. Ye atau tidak? Jawab lah: IYE. IYE. BETUL. Ha. Memang lah betul semua di atas tuh. Ceh.

[geram saya tidak habis lagi. Tak apa. Tak apa. Saya usaha untuk lagi. Dan lagi. Saya usaha sampai saya say good bye untuk anda dengan puas [tapi, saya ucap dengan penuh susila dan hormat]. Dan saya usaha juga untuk tidak menjadi seperti anda [saya akan disukai oleh siapa-siapa sebab saya ada ihsan dan bertimbangrasa tapi saya tegas juga dalam tugas. Tidak skema secara khinzir buta].

Dan saya akan usaha lebih berjaya daripada anda. Dan saya akan usaha supaya tidak pencen menjadi seperti anda. Dan lagi. Tidak sejabatan dengan anda. Bila saya tua. Saya jadi ahli akademik yang lain dari anda. Tahu? Mind you!]

p/s: Saya suka pemimpin yang bersikap optimis. Sungguh saya mengharapkan orang sebegini di sekeliling saya. untuk masa depan, saya mengharapkan ibu mertua yang baik. [HaHa. Tiba-tiba pulak disini] terkeluar tajuk dah.

Tudia. Ayat yang terasa macam berat dan sarat. Tapi itu lah saja definisi yang tepat. biarlah kita disukai dari segi tingkahlaku dan percakapan. ye dak?

perut penuh

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
saya baru habis makan. makan nasik jam 9.15pagi. saya nasihatkan anda semua. jangan beli makanan masa lapar. okay? ia sungguh tidak bagus. membawa mudarat.
kelak anda akan berdosa banyak pada makanan.
saya lah orang itu hari ini, semalam, dan kelmarin. saya berdosa lagi pada makanan.
kenapa kah?
bila beli makanan masa lapar. saya cenderung beli secara banyak. macam kalau beli sedikit tidak sah lah kononnya. jadi, untuk sah kan dia. kena beli banyak. sudah ambik lauk ini. nak pulak lauk itu. sayur memang lah kena ada.
hey. sekarang saya sungguh makan banyak. makan memang sungguh selera. selera macam banyak tidak boleh blah. tapi badan tidak juga naik-naik. masih melidi dan tidak tahulah bila mahu membuluh. [aha. lidi kurus sangat. buluh besar lah sikit kan? ini bidalan baru]. jadi saya beli makanan secara pukal. tidak tahu lah kenapa macam ini gaya?
lepas beli makanan banyak. lauk banyak. lepas itu makan dan ada kebarangkalian tidak habis makan. dan buang pulak lagi. kesian makanan itu. kesian saya. bazir makanan. bazir rezeki. bazir duit.
ini kalau jadi tabiat. memang sangat tidak bagus.
ah. kecewa dengan sikap saya hari ini.
ini ada lagi makanan dok bertenggek atas meja. kuih. ada empat bijik kesemuanya.
perut penuh. perut penuh. di ulang perut penuh.
p/s: afdhal nya berhenti makan sebelum kenyang. tapi saya? kenyang pun belum berhenti. malah makan banyak sampai perut boncet. lepas itu. dok senyap macam ular sawa.

Sunday, September 26, 2010

pee~ and poo~ secara mudah-mudah

Ahad. Macam biasa. Sekolah. Tidak ada perhimpunan rasmi. Pelajar tingkatan lima sedang percubaan SPM. Ada perhimpunan harian biasa saja. Ada cikgu bertugas sedang handle. Macam biasa.

Pelajar tingkatan tiga selalu jadi mangsa denda. Ialah. Tidak hadir kelas tambahan. Tidak hadir kelas tambahan. Ponteng dan ponteng. Tidak serik. Tidak malu. Dan bermuka tebal macam kulit kaki gajah. Muka yang sama saja. Tidak sedar lagi PMR sudah dua tiga hari. Ah. Pelajar memang macam itu. Mahu kena yang negative dulu baru mahu ingat.

Tiba-tiba hari ini. saya rasa hidup saya sungguh begitu rutin. Datang sekolah pagi. Balik sekolah tengahari. Masuk mengajar. Jumpa pelajar saya.

Satu minggu jumpa dua ratus lapan puluh orang yang berlainan. Empat kelas tingkatan tiga. empat kelas tingkatan empat. Semua saya ingat nama. Cayalah. Itulah cikgu. [kelas purata ada 35 pelajar x 8 kelas = 280 pelajar]

Ah bosan. Entri asyik pasal sekolah sajalah. titik. Dan tutup. Tutup cepat sebelum aku tendang kau. HaHa.

Mari cerita pasal lain.

Lihat tajuk itu. Saya rasa sungguh tidak boleh diterima. Tidak apa lah. Saya terima saja. Saya tidak tahu dah mahu letak tajuk apakah. Jadi. Terimalah tajuk ini: Pee~ and Poo~ secara mudah-mudah. Jangan marah. [ewah. pantun dua kerat pulak disini]

Ini untuk orang yang ada masalah macam saya sahaja okay. yang tidak ada masalah macam saya ini. tidak apa. Sila biasa-biasa saja.

Saya mahu nasihat anda. Anggaplah saya doktor secara sampingan. Walaupun saya Cuma guru biasa. Saya sekarang tidur baring memeluk botol mineral water. Apa pasai ha? Hu.


Sebab. Banyak sebab. Mari sini saya kongsi. Anda buat ya kalau saya sama dengan anda.

DULU.

  1. Saya sungguh payah minum air kosong atau tidak kosong
  2. Jika tidak dahaga tidak akan saya minum air
  3. Bila mahu pee~. Ia macam kuning sikit
  4. Rasa banyak sungguh toksin tidak keluar
  5. Satu hari rasanya dua gelas saja kot minum air kosong
  6. Tunggu nak period. Masa tu memang dahaga sungguh. Masa tu saja minum air banyak tidak boleh blah

AKIBAT

  1. Saya jadi susah nak poo
  2. Huhui. Sembelit masyaAllah
  3. Boleh dua tiga minggu tidak poo~
  4. Mahunya saya pergi cari buah pulak. Ni nak tolak 'harta karun' supaya keluar.
  5. Tensyen dowh!

SEKARANG

  1. Saya sungguh mahu minum air kosong
  2. Dahaga atau tidak dahaga saya togok jugak. Tidak kira waktu. Minum saja [buat kerja sikit.minum.buat kerja sikit.minum.jalan sikit.minum] air kena ada di sebelah
  3. Saya kerap pee~ sekarang. Ia jernih. Tidak kuning
  4. Rasa kurang sikit toksin [walaupun tidak taw toksin banyak atau tidak banyak dalam badan saya]
  5. Satu hari. Satu botol besar air mineral habis. Walaupun baru belajar minum air banyak. Rasa payah mahu habis semua. Saya paksa juga.
  6. Tidak tunggu masa nak period lagi. Tidur baring bersama mineral water.

AKIBAT

  1. Saya senang nak poo~ [memang senang. Cayalah!]
  2. Wahoa~ tahik saya sungguh sehat. Ia tidak lagi macam taik kambing. HAHAHAHA. Ia cantik gaya dia lah. Sehat kan?
  3. Hari-hari saya poo~
  4. Saya cari buah juga. Tapi tidak bersungguh lah. Tidak lah payah nak tolak 'harta karun' keluar dah sekarang.
  5. Sudah senang hati secara banyak. [sambil pegang perut dengan senyuman bahagia]

Kesimpulan: senang pee~ dan senang poo~ dengan minum air secara banyak. Cobalah. Anda bagaimana?


p/s: saya bukan lah ejen mineral water. Saya cikgu biasa yang bekerja di bawah kementerian pelajaran. Dan sungguh saya terpaksa mencari mineral water. Tidak air masak. Kenapakah? Sebab di Langkawi ini air bersihnya sungguh kurang bagus.

Saturday, September 25, 2010

ia bodoh.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
senja ini mahu berbahasa aku dan engkau. sekejap lagi. tunggu sekejap. belum boleh berbahasa aku dan engkau.

sini. dengar baik-baik.
mak bapak apa begini hah? pergi kerja. anak tinggal dalam rumah. kunci pintu. anak ada di dalam rumah macam kena kurung. pintu kunci dari luar tidak boleh pi ke mana. mak bapak kerja sampai malam baru balik.

aku hot sungguh.
senja-senja ini aku dengar budak minta tolong. bersahut-sahut minta tolong. [aku macam biasa lah. sebab budak rumah sebelah suka main macam-macam. kakak dan adik kecik itu suka sungguh bersuara kuat masa bermain] aku buat tidak hairan saja.

aku sedang iron baju untuk ke sekolah esok. buat bodoh saja lagi. tidak pun bagi perhatian. sebab lazimnya macam itu lah. tapi. aku macam tersentot jugak.

tiba-tiba. jerit minta tolong secara dasyat. aku jenguk ikut tingkap. kebetulan pulak ada jiran lalu. dia pun turut berhenti. aku rasa macam nak pergi tengok. aku buka pintu. meluru ke rumah sebelah.

pintu kunci.
hey! pintu kunci. kakak budak kecik itu meraung sungguh. macamana nak buka pintu ni? puas cari kunci. kakak budak itu kata ada dalam kasut di luar rumah. dekat rak. jiran itu cari. cari punya cari. jumpa. aku manyumpah lagi. ini kalau terbakar ke apakah. maunya jadi abu dulu. susah sungguh sorokkan kunci.

kenapakah?
aku tanya kakak budak itu. kenapa kah?
rumah dia di dapur telah bah. air tak tahu mana datang. paip pecah barangkali. banjir air dah masuk penuh dapur.
dia meraung belum sudah. sambil tekan perut. aku tanya kenapa? dia lapar. sedang senak perut. adik dan kakak belum makan. dari pagi sampai petang! siot punya mak bapak. aku geram sungguh.

talipon.
aku bagi talipon aku pada jiran itu. suruh talipon mak si budak-budak ni. aku mana tahu nombor mak bapak budak sebelah ni. suruh balik sekarang. tengok anak. entah balik ke tidak tidak tahulah aku.

kurung.
hey! memang aku perasan. setiap hari macam tu lah. tinggal anak dua orang dalam rumah bila mak bapak mahu pergi kerja. pintu kunci tidak bagi anak merewang sana sini. duduk la dalam rumah tu sampai ke malam. tunggu mak bapak balik kerja.

macam ini punya gaya. sama macam kurung anak dalam rumah sendiri. nak cari duit pun agak-agak lah jugak. takkan sampai kena macam ini gaya?

bodoh.
hari ini. aku jadi marah. anak tidak makan apa dari pagi. mana nak reti masak lagi budak kecik sekolah rendah darjah satu dan tiga. bodoh. bodoh. dan bodoh.
tahan kah perut budak tidak makan apa dari pagi sampai petang ni? itu budak kecik. tahu? budak kecik? bukan orang tua.

kawan serumah masuk dalam rumah. ambil dua kotak susu dutchlady dan roti. hulur pada si adik dan kakak.
aku menyumpah dalam hati.
nah! hari ini aku beraku engkau dengan kasar kedegar.

Ia mengena

Tidak sabar mahu esok. Mahu selesaikan kerja cepat-cepat. Ada dua tiga kerja saya yang belum sudah. Jam 10.30 sehingga jam 12.30 tadi. Saya sedang di sekolah. Kelas tambahan untuk pelajar saya. Berlatih tubi bersama. Untuk persediaan menghadapi PMR. Sudah nak dekat dah.

Saya mahu membuat kesimpulan maut:

"kalau tidak bersedia. Maka hasil yang kita dapat juga tidak sempurna mana. Malah menjadi seperti taik" : khas untuk pelajar saya.

[ah tensyen] maaflah. Tidak bercakap bagus. Saya tidak ada mood cantik hari ini. tamat.

Mula yang lain.

Hi. Masa saya balik dari sekolah tadi. Saya lalu di sebuah dewan. Dekat padang sekolah. Ada seorang budak kecil naik basikal. Budak lelaki. Saya rasa budak itu mesti rumah dia dekat sekolah saya saja. Sebab selalu nampak dia bila saya balik sekolah berjalan kaki.

Budak itu.

Dia naik basikal. Basikal besar dari tuan.

Saya: "hai..besarnya basikal dia.."

Dia: "ihi..ihi.." [comel dia senyum sambil ketawa kecil]
Dia: "cikgu..cikgu darjah berapa?"
Saya: .....???..urm....[sedang fikir mahu jawab apakah..sebab tidak sangka soalan ini ditanya]
Saya: "....cikgu darjah sepuluh..awak darjah berapa?"
Dia: "darjah tiga"
Saya: "owh..ok..cikgu balik dulu.."

Dia: =)

p/s: budak-budak. Sungguh comel dengan soalan yang tidak terjangka.
Tamat.

Mula yang lain.
Saya tidak boleh berhenti fikir pasal..[hurm. Cukup. tidak mahu fikir pasal sekolah. Tidak mahu fikir pasal PMR. Tidak mahu fikir kesungguhan atau tidak bersungguh nya pelajar saya.] tapi tidak boleh.

[sekolah saya sungguh dekat dari rumah sewa saya. tiga minit berjalan kaki sudah sampai ke pejabat sekolah]

Mood: celaru. [setelah saya uji pelajar saya guna kaedah psikologi saya]. ia betul-betul mengena.

Tahu tak bagaimana saya uji mereka? Sajalah saya mahu lihat mereka ini bersedia atau tidak bersedia. Begini. Ambil posisi bagus semua. Duduk bagi betul. Mari dengar ini. kalau bosan tidak apa. Tidak lah saya paksa anda tengok sini. Ini hal saya sajalah.

Hari ini jawab peperiksaan percubaan PMR negeri Selangor. Bahan untuk latih tubi saya. Sajalah saya mahu uji. Begini. Ia sebenanrnya adalah kena jawab macam peperiksaan sebenar juga. Tidak perlu lihat buku.

Tapi.

Saya buat ini. saya suruh jawab macam biasa. Tapi. Saya buat open book test. Masa yang sama. Tetap satu jam lima belas minit. Sebab saya mahu uji secara psikologi. Saya bagi buka buku tapi tidak boleh discuss. Sendiri buat. Sendiri cari.

Kecewa.

Pelajar saya tidak bersedia. Semua jawapan dari nombor satu sehingga enam puluh cari dalam buku? What the hell? [maaf mencarut].

Dari segi psikologi: mereka tidak bersedia. [sedikit saja bersedia]. Bila masa tinggal lagi tiga puluh minit. Saya umum masa. Mereka cakap ini. cikgu. Banyak lagi belum siap. Belum habis cari. Nah! Saya naik hot.

[saya bagi ayat buah keras. Sebab ujian psikologi saya menjadi. Dan sudah terbukti anda semua tidak bersedia. Pengetahuan sedia ada anda sungguh macam otak udang]

Saya kata:

"saya suruh open book"
" Kalau semua jawapan mahu cari dalam buku memang tidak cukup masa."
"Saya ingat awak semua akan jawab dengan baik."
"Open book. Cari jawapan untuk soalan yang betul-betul anda tidak tahu dan keliru sahaja"
"bukan dari nombor satu sehingga enampuluh cari ajwapan dalam buku"
"ini bermakna anda tidak bersedia langsung"

Suara saya rendah sikit dari petir.
Hurm. Lega. Boleh luah tang ni. Saya kecewa ni. Kecewa dan takut. Bila lah pelajar saya mahu jadi besar, matang dan bersedia?"

Ujian psikologi saya mengena. Ia mengena. Dan saya mood tidak cantik selepas itu. Selepas menerima hakikat pelajar saya belum lagi besar dan matang.

Friday, September 24, 2010

Koboi pagi dan muhasabah

Jumaat. 24 September 2010/ 15 syawal 1431 H. Hari ini dalam sejarah. Pada hari ini saya telah bangun awal pagi mentanak nasik lemak ala koboi dan membuat sambal bilis sahaja.

Tidak ada timun. Tidak ada kacang goreng. Tidak ada sambal sotong atau udang. Tidak ada juga telur rebus atau ayam berempah atau apakah. Ia betul-betul menjadi nasik lemak ala koboi.

Sebab?

Saya sungguh teringin mahu makan nasik lemak dari malam tadi. Saya juga tidak keluar ke pasar pun untuk membeli bahan mentah atau tidak mentah. Daun pandan pun tidak ada. Malah halia pun tidak saya letak dalam nasik lemak itu.

Namun, Saya percaya walaupun ia sungguh koboi tidak boleh blah. Ia bukan sahaja sebagai sarapan pagi tetapi akan berasa kenyang sampai ke tengahari. Nasik itu tetap saya namakan sebagai nasik lemak. Sekian.

[ceh! Apa kena ni ha?] ia tidak boleh saya amalkan masak seperti ini. Sebab akan dipangkah oleh sang suami jika masak begini. Tidak lengkap. Bermakna tidak ada feel. [tapi. Sebab saya teringin sangat. Maka jadi lah begitu]. Tamat.

Hari ini mari kita berfikiran baik-baik. Lebih baik dari semalam. Muhasabah diri bagus untuk kesihatan rohani.

  1. Mari maafkan kesilapan orang.[berlapang lah dada. Biarlah berlalu apa yang tidak kena sangat dengan anda itu]
  2. Mari mencuci fikiran menjadi bersih. [dalam otak. Fikir yang baik sahaja lah. Tahu?]
  3. Mari muhasabah diri. [tengok balik apa yang kita sudah salah. Jangan tengok salah orang. Tengok apa salah kita dengan Tuhan dulu. Kemudian betulkan salah kita dengan orang]
  4. Mari berubah. [berubah dari apa yang kita rasa tidak baik. Kepada baik. Kita akan rasa lega banyak]

Sekian. Itu saja.

Thursday, September 23, 2010

Perut dan talipon

Selamat hari khamis yang sudah malam. Esok jumaat. Saya cuti. Wah. Asyik!

Perut

Malam ini perut sungguh lapar. Tahap kebuluran dah ni. Rasa esok pagi-pagi nak masak nasik lemak dua gantang [sebab lapar sungguh. Ha ambik kau. Dua gantang] tidak lah saya tipu.

Serai tidak ada. Daun pandan tidak ada jugak. [boleh tak buat ala koboi saja?] guna apa bahan yang ada saja.

[jam 4 petang tadi sudah makan tengahari. Berat juga. Makan nasik. Sup ayam. Kailan ikan masin. Dan telur dadar]

[malam ini sungguh lapar. Kenapa saya jadi sungguh berselera sekarang?]

[lantas. Dua bungkus biskut oat krunch secara sungguh-sungguh masuk perut]

[mahu bancuh milo panas satu mug]

[makan kurma lima bijik dan beberapa butir kismis] sedap juga bila lapar makan ini. Masa bulan puasa. Sikit pun tidak selera macam ini. Masa berbuka saja makan ini.

Talipon

Talipon tangan sekarang sedang dalam kondisi tidak sehat. Beliau sedang menunggu masa untuk saya ganti baru. Begini. Jika ada mesej di hantar oleh siapa-siapa. Saya tidak tahu dan tidak terima. Sampai-sampai saya kena restart beliau. Baru keluar mesej. Itu pun kalau dia mahu muncul di screen talipon saya. kalau tidak. Tunggu sehari selepas itu.

Satu lagi penyakit. Semua nombor boleh jadi hilang. Bila anda mesej saya. Tidak keluar nama anda. Sebaliknya keluar nombor sahaja. Ha kau. Jenuh aku nak cari satu-satu siapa hantar mesej. Tengok nama kat contact list pulak. [sungguh tidak berkuasa kuda mahu cek satu-satu] lama-lama saya dok diam tidak balas apa-apa.

Ah. Tensyen. Musim-musim raya pulak jadi macam itu. Masa hari raya lagilah. Hu. Memang saya main hentam balas. [nak tanya siapa ni? Tidak gamak mengkecilkan hati orang dan kawan-kawan]

Saya mahu saja membeli baru bila ada masa bulan Oktober ini. Masa lapang jika dapat turun kuala lumpur. Tapi encik tunang kata tidak payah. Beli sahaja di Johor Bahru. Saya iya kan sahaja. Masalahnya begini: Bila? kena tunggu on November. Lambat lagi tahu tak? Tahan ke talipon tangan ini.

Tidak apa. Guna saja yang the cabok one hp. the cabok hp itu tidak boleh mms. Tidak boleh 3g. Tidak boleh surfing. Tidak boleh..dan tidak boleh...tidak boleh bercanggeh-canggeh macam dunia sekarang. Cuma untuk bercakap dan mesej sahaja. Ia sungguh tradisional.

Okay? tamat. Ini lah sebuah karangan bertajuk: perut dan talipon. HaHa. Maaf ya. Sungguh tidak semenggah.

Wednesday, September 22, 2010

Gimik macam ini gaya.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

pagi tadi. rasa macam kena dan tidak kena. tidak tahu otak sedang fikirkan apakah. okay. abaikan itu.
entri ini boleh juga jadi entri sebuah harapan. HaHa. ini harapan saya saat ini. [harapan lah sangat]

tidak lah apa-apa. harapan saya nanti mahu bawa mikrofon dalam beg tangan. harapan ini macam sebuah gimik juga. [kalau anda rasa nak gelak. silalah gelak. tapi saya rasa nak buat juga macam ini] saya pun sedang gelak saat ini.
kenapa? ingat misha omar sajakah yang ada mikrofon sendiri. saya pun ada juga. [tapi saya tidak suka secara sungguh pada misha omar. pada saya suara dia sedap. tapi muka tidak berapa boleh komersial. Cis! kritik kasar pulak]

mungkin. satu hari nanti. saya akan ada mikrofon itu. minggu depan barangkali. my own microphone. tidak mahu pinjam-pinjam okay?


[sebuah harapan] HaHa [>.<]
saya nak pergi cari satu mikrofon. tidak branded pun tidak apa. harga tiga empat ringgit pun tidak apa. saya bukan nak menyanyi. saya nak buat hal lain.

ini saya buat pengakuan. saya tidaklah bersuara sedap. saya tidak pandai menyanyi. kalau saya menyanyi pun. lirik itu boleh bertukar-tukar. saya suka buat macam pandai. sebab tidak kena menyanyi. kawan saya masa saya sedang di universiti dulu selalu tegur saya:

"hey..hang menyanyi merapu..bukan macam itu lah"

HaHa. memang lah. saya bukan reti. tapi pada saya rasa macam sudah sedap lah tu. siapa reti tiru saya menyanyi macam itu kan? pada saya, itu kita bagus. sebab kreatif mencipta lirik. HaHAHAHA.

tidak apa. abaikan pasal menyanyi. ini pasal mikrofon.

begini.
semalam. lepas masuk mengajar kelas tingkatan 4 ICT. saya ada idea ini. saya mahu bawak mikrofon.
kenapa kah?

[ada pelajar yang duduk di belakang itu tidak tumpu perhatian sungguh. bila tiba masa refleksi. soaljawab di akhir pengajaran saya. saya tanya dia soalan tentang apa yang sudah di belajar pada hari ini]

[dia blur. dia senyum-senyum. dia cuba jawab. tapi suara dia sungguh perlahan. saya tidak dengar. dia macam tidak yakin dengan jawapan. masa tadi suara dia bukan main kuat]

[masa itu saya macam dapat hidayah. saya macam dapat satu idea] toink! bawa mikrofon!
alasan saya:
  1. untuk saya bina keyakinan pelajar saya bila waktu bercakap
  2. untuk siapa-siapa suara perlahan tu. ha. selesai masalah
  3. untuk biasakan pelajar saya macam itu. di universiti kelak kena bercakap macam tu juga.
[walau pun macam lawak. tapi tidak apa. saya sudah gelak dulu sebelum bagitahu budak-budak tentang mikrofon]
lepas itu. saya mengusik mereka. saya kata begini:

saya: "okay kelas. cikgu sudah jumpa satu idea"
pelajar: "???"
saya: "cikgu nanti mahu bawak satu mikrofon dalam kelas ini. bila tiba masa soal jawab cikgu bawak keluar mikrofon okay?"
pelajar: " hahahahha..cikgu..janganlah.." [depa gelak sakan dengan idea saya]
saya: "tidak apa..kita guna mikrofon. suara awak ni perlahan sangat. itulah kena guna mikrofon"
pelajar: ahahahaha..[ketawa ramai-ramai. apa yang lawak pun tidak tahulah]
saya: "cikgu bawa for the next class"
pelajar: "cikgu.......janganlah.." [ramai-ramai]

[pelajar risau barangkali. sebab saya jenis buat apa yang saya cakap]
[oho..main-main dan gelak dengan idea saya ya. tidak apa. nanti saya bawak betul-betul]
[saya rasa macam ini. kali pertama. saya tidak lah mahu guna mikrofon itu] ceh! ini psiko.
[kali pertama saya cuma mahu ini. bila tiba masa sedang mengajar. saya mahu buka beg. angkat mikrofon tinggi-tinggi. biar depa nampak. ha..macam itu] saja lah. layur-layur..

saya akan kata: "okay. saya sudah bawak mikrofon hari ini" [kemudian simpan lah semula]

[saja lah mahu buat gimik] HaHaHa..cemana rupa ya pelajar saya kelas 4ICT pada masa itu? mesti tidak berani main-main dalam kelas takut kena bercakap di hadapan menggunakan mikrofon saya. HiHi.

hahaha..saya pun nak tergelak. nanti dalam handbag saya ke sekolah. siapa sangka. ada mikrofon? ha kau. amacam? cool tak? hari-hari bawak beg tangan. siap ada mikrofon dalam beg.
[beg seorang cikgu mesti ada ini. tidak sah kalau tidak ada ini. selain ada marker pen, pen, notebook kecik, purse, talipon, losyen..dan ada lah lagi yang berciri cikgu..]
..tup-tup beg tangan saya ada MIKROFON. wah. menarik.
tapi.
saya rasa okay jugak macam ini. kalau pergi supermarket. bila rasa masa panggil kawan dia tidak dengar. [maklum lah asyik membeli barang]
saya boleh guna mikrofon ini. suara pun jadi kuat sikit. HaHa. gila.
p/s: dulu masa saya sekolah. tidak kuasa saya bersuara perlahan bila cikgu tanya. jawab biar jelas. terang dan nyata. tidak kena tidak apa. janji saya cuba. cikgu akan betulkan kita. kita perform sampai tidak ada pun cikgu masa itu dapat idea mahu bawak mikrofon dalam beg tangan. Hu.

Tuesday, September 21, 2010

Dia bukan saudari

Baru balik sekolah.

Hai. Apa kabar anda hari ini? Semoga sihat sejahtera. [macam radio RTM. Sungguh skema soalan macam ini] Sajalah. Nak tanya kabar anda.


lihat gambarajah ini. saya dan Ai Shan.

Hari ini. saya teringatkan seseorang. Kawan baik saya masa saya kerja sementara tunggu posting guru. Ai shan.[sila lihat disini. Saya ada cerita] Dia pada saya comel sungguh walaupun bahasa melayu dia lintang pukang. Pada saya sungguh lintang pukang lah. Tapi saya faham juga.
Mari saya ceritakan ini.
Situasi berikut:
Anak majikan saya yang baik hati satu hari telah menangis. Dia punya mummy sudah pukul. Menangis sungguh si budak kecik itu. Saya panggil dia Meimei saja. [cina kan panggilan adik di panggil meimei]

ini. saya dan Ng Sin Zhi. [meimei]
awas! Bukan meimei si tunang Norman Hakim itu. Itu saya tidak suka. Dia tidak berapa cerdik pada pandangan saya. minta mahap lah ya..HaHa.

Ini meimei anak majikan saya budak yang cerdik lagi bijak. Serius dia budak kecik yang bijak. Akademik dia bagus. Tidaklah seperti meimei Norman Hakim itu.

Ini sebuah bahasa marah. Ai Shan marah saya. Tapi tidak kena.
Saya: "Hey, Ai Shan. Tolong lah pergi pujuk meimei. You tidak dengar dia menangis kah? Apalah u. Tengok saja ni.."
Ai Shan: "Buat apa i maw pujuk dia. Dia bukan saudari saya"
Saya: ??? hu?
Saya: "Saudari kah macam itu?" [HAHAHAHAHAH..dalam hati sajalah]


[dia mms saya gambar ini. masa saya sudah jadi cikgu. tinggal dia di situ. saya sudah berhenti]

Ai Shan: "Bukankah saudari itu adik beradik perempuan?"
Saya: "iyalah"

Rupanya Ai Shan faham macam ini. Bila ada ucapan dalam majlis ucap begini: "saudara saudari sekalian..." dia faham saudara untuk lelaki..dan saudari untuk perempuan. [okay. itu betul]HaHa.

[yang jadi lintang pukang maksud pada Ai Shan: saudari = adik perempuan dia. HaHaHHAHAHAHAHA] tidak dapat di bendung bila bercerita pada kawan serumah saya.

Saya tidak gelak secara sungguh-sungguh. Sebab masa itu ada sorang kawan saya india. Parimala ada. Saya, Ai Shan dan Parimala. Kalau saya cakap yang betul pun tidak berguna. Sebab depa bukan reti bahasa. Saya iyakan sahaja. [lawak ini tidak dapat dikongsi]

[dia bagitahu saya dengan sungguh-sungguh bila saya kata bukan saudari lah. Dia lagi hot. Dia kata lagi: "bukan saudari i, nak pujuk-pujuk"]KihKih.

Saya balik kerja. Di rumah baru ketawa sungguh. Saya cerita pada puan emak. Masa ditempat kerja mahu gelak. Tapi tidak ada geng. Sebab yang ada cuma Parimala. Dia pun satu bahasa jugak dengan Ai Shan. Lintang pukang.

Satu lagi.

Ai shan cerita pada saya dulu dia rambut panjang. Saya kata tidak cantik. Macam makcik. Tidak lagi nampak comel pada saya nanti.

Ai Shan: "Dulu rambut saya panjang" [sambil buat gaya. Rambut dia di paras mana]
Saya: "Mesti you macam makcik kan? Sudah tidak cantik. Tua lah you"
Ai Shan: "you ni. Hati saya sudah kecik"
Saya: ??? [HaHa]

Tahu tak apa diakah itu? Maksudnya dia sudah terasa hati. Berkecil hati dengan saya. HaHa. Apalah.

p/s: dia sudah jauh dari saya. tidak tahu bila boleh berjumpa lagi. Dan rindu juga pada majikan saya. Rindu pada semua yang telah saya kenal. Ada banyak perkara baik yang sudah saya belajar dan diajar. Terimakasih.

Monday, September 20, 2010

s.e.n.t.a.p

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Semua saya tanya tidak kena.Tidak apa. Malas mahu ulas. [sedang taip entri ini. air mata dan air hidung sedang teman sama]

Cakap lah macamana pun, saya dengar anda dan saya tidak akan melawan anda. Memang tidak akan melawan anda. Sebab saya sudah dewasa banyak. Dan juga sebab anda adalah tempat yang patut saya hormat.

Itu satu. Satu lagi. Saya rasa kecik sungguh hati saya sebab..[sudahlah..rahsia]. Saya hari ini buat pengakuan lagi secara tidak malu: SAYA SUNGGUH TERASA HATI. Bila macam ini. Tidak kena sikit pun saya sudah sentap. Hati saya lara. Tamat.

Mari kita bermonolog secara solo. [hilang sikit lara tu]


Mahu sesuatu yang seperti kita mahu.

Tidaklah selalu dan tidak pernah ada keajaiban untuk itu.

Kita biasa saja.

Tidak mengharap apa-apa.
Sebab memang payah untuk ada keajaiban.
Tidak selamanya orang adalah sama. Tidak ada.
Terima saja apa yang kita ada sebaiknya.

Biarpun macam sakit. Eh. Tidaklah apa-apa.
Sedang dalam belajar sesuatu yang lebih sakit dari itu.
Sekian.

Dan bukan setakat itu sahaja.

Tabahlah. Lihat encik ayah dan puan emak kita.
Dia dan mereka menerima hidup seadanya.
Semua menjadi tidak apa-apa.
Sampai mereka tua ini.
Dan kita pun sudah besar.
Menjadi dewasa.
Kenapa kememeh saja? : stop crying.

  1. Lama tidak buka web universiti saya. Tadi buka. Ada tawaran yang sedang saya memang tunggu. Pengajian itu lagi. Bidang yang saya mahu pun ada juga. Mahu saya grab peluang itu lagi sekali.
  2. Tapi. Tidak boleh lah sekarang. Saya ada komitmen lain yang kena dahulukan. Lepaskan ini dahulu lah.

[dulu, memang mahu. Konon mahu ubat hati kecewa masa itu. Sekarang kena hold dulu. Dulu kan saya solo. Cinta berkecai-kecai sebab restu mak pak tidak ada. Sekarang tidak solo. Ada dia. Dan mahu berkahwin dah. Jadi kalut macam ini. tidak lah saya boleh buat keputusan sorang-sorang]

  1. Sedang berair mata banyak sekarang.
  2. Benci. Mesej masuk banyak. Tidak larat mahu tengok. Sama laju dengan air mata. Macam berlawan pulak. Banyak pulak talipon masuk. Panggilan masuk. Mesej masuk. Benci betul. Salah satunya memang saya sudah cam nombor dia. Tapi tidak tahu siapa. Dari tahun lepas. Saya cam nombor itu.

Tidak lah dia mesej kerap. Tapi dia mesej pada hari kebesaran sahaja. [like on teachers day atau hari raya: wishkan sesuatu] Asyik tanya perkahwinan saya bilakah? Saya akhirnya cakap dia mungkin salah nombor. Semua tentang saya tidak saya akuinya. Last sekali mesej anony itu tidak lagi masuk.

Bodoh. [tidak perkenal diri siapa. Tapi asyik tanya maklumat saya. sungguh bongok dia itu. Macam lah saya ni akan membuat pengakuan secara percuma untuk anony yang begitu. Ceh!] kan sudah kena marah. Ha. macam itu.

  1. Ah. Hari ini macam ini.
  2. Hari ini hari saya genap umur. cepat lah esok.

Suka lagi saya bersama pelajar saya tingkatan 3 ceria di sekolah daripada balik rumah dan seperti ini. Mengajar dan berbincang soalan ulangkaji PMR lebih bermanfaat dari ini. Seronok berbincang dan bercerita. Dan seronok juga bermain psikologi dengan mereka. Hati seronok menelaah macam itu. Tidak apa. Sabtu ini ada kelas tambahan dengan mereka juga.

p/s: encik t bagi mms: "birthday girl tidak boleh menangis. Kenalah senyum macam dia". Mms dia saya terima. Dia senyum macam iklan colgate. Sekali lagi saya air mata banyak. Jangan tegur-tegur masa ini. Masa macam ini lagi di tanya. Lagi kuat melalak.

Sunday, September 19, 2010

Nak kuda itu juga. Ia bagus.

I like the kalendar kuda. Tidak kira kecik dan besar. Sungguh suka dengan kalendar tersebut biar pun pada zaman meletup-letup dengan teknologi apa. Mai la teknologi nano ke, keretapi laju boleh ke bulan ke apakah. Mai jugak zaman talipon canggeh atau tidak canggeh.

Mai pi la apa menatang pun yang sungguh cool atau trendy. Atau mai lah gaya. Mutu. Keunggulan.[tagline iklan rokok apa ntah masa saya kecik]. HiHi.

Biarlah macamana rupa. Tidak lekang dek hujan. Tidak lapuk dek panas. Kuda itu tetap bagus. Tidak patah itu kaki kuda. HaHa [ini saya cipta]

Kalendar kuda tetap evergreen. Sungguh senang hati dengan kalendar itu bukan?

[saya suka. Walaupun anda tidak suka. Saya sungguh tegar menyukai dia. Saya suka walaupun ia macam agak klasik. Saya suka dia sebab dia macam..iya..saya suka..hey! Berhenti. cukuplah. Dan saya tahu anda akan suka jugak bila nak lihat tarikh-tarikh cuti atau apakah] HaHa.

Saya tahu. Emak-emak di Malaysia ini terutamanya. Sungguh gemar dengan kalendar kuda. Sebab mahu lihat cuti sekolah anak pada bilakah? Merancang nak pergi berjalan-jalan masa cuti. Nak balik kampung rumah opah, tok wan dan tok nek. Kan? Tok nek dan tok wan pun suka. cucu anak menantu nak balik mai ni. ye dak?

Cikgu-cikgu di Malaysia ini pun tidak lepas peluang. [saya lah yang pertama mewakili majlis perwakilan kalendar kuda Malaysia. Saya rela jadi majlis perwakilan itu. Sila sokong]

Kalendar kuda memang rapat sangat dengan saya. Macam ibu dan anak. HaHa. Ceh! Macam isi dan kuku cenggitu gaya. HiHi. Sebab saya adalah cikgu. Cikgu kan mengajar. Kemudian ada cuti sekolah. Kan? Ha. Nak tengok cuti bila. Nak tengok bila budak periksa. Bila tamat periksa. ye dak? [hey, ini tengok takwim sekolah pun boleh..ceh! politik.]

Sebenarnya, tang bila buleh balik kampung lama-lama tu yang penting. Tang cuti tu kena lah tanda siap-siap macam ini.


Macam itu lah rapatnya saya dengan kalendar kuda. [bukan lah saya ibu dan anak adalah kuda pulak] [+___+]tooing! [saya hari ini buat encik ayah macam merajuk dan saya kena marah secara banyak oleh encik ayah dan encik tu***g. Tidak mahu sebut nama dia sebab macam tidak seronok. Jadi, entri ini macam tidak semenggah sikit] titik.

Nak tanda cuti kat kalendar lain boleh. Tapi tidak ada feel. Lihat ini. Ini Kalendar saya juga. Takaful Ikhlas bagi. Tanda juga. Tapi tidak lah secanggeh kalendar kuda. Mana ada tulis cuti sekolah bila. Saya tulis sendiri.

Kadang-kadang. Kalendar lain bukan tidak ada cuti sekolah. Ada. Canggeh tapi tidak bergaya cool macam kalendar kuda ini. Dan tidak detail sangat. Biarlah corak dia macam itu saja sepanjang tahun dan zaman. Tidak apa-apa. Jangan ubah. Saya suka macam itu. Jangan buat macam lain. Wajib ada kuda. Itu lah baru dinamakan kalendar kuda.

Saya memang suka Kalendar. kenalah ada di mana-mana. dalam buku planner saya. Ni ha. kat meja bilik guru. Kenalah letak macam ini. Bila panggung kepala. Nampak kuda. eh bukan. nampak cuti. eh bukan. nampak apa yang patut saya buat dan sediakan. ha. baru betul. HaHa.


nah! dok kat sini saya bubuh beliau. [lihat tuh. punya tabik pada kalendar kuda sampai panggil beliau. HaHa]
[selain suka kalendar kuda secara mmuahh-mmuahh! Sayang dia] saya jugak gemar sungguh. Secara banyak menanda kalendar. Dari zaman budak sekolah. Zaman university. Zaman kerja. Dan zaman sudah jadi cikgu macam ini pun masih macam ini. Tidak tahulah. Macam ada kepuasan disitu.

Macam ini. HaHa. Tang cuti tu cepat sikit buat bulat. Atau lukis muka anak beruang yang riang. HiHi.

Dan. Yang paling utama tidak boleh blah. Ini adalah amalan dari sekolah. Buat planner seperti ini secara sendiri. Ini memang membantu saya secara banyak setiap bulan. Ia berbaloi. Dan saya memang cukup teliti hal ini.

[ini ogos punya cerita]
Apa mahu dibuat. Kena tulis macam ini. baru kena dengan saya. Kalau tidak buat ini. Rasa macam tidak siap kerja pulak. Mesti ada yang tertinggal. Ia macam satu ingatan juga. Anda bagaimana? HaHa.

planner saya on september. kosong. blank sebab mood masih dalam cuti raya. HaHa

p/s: lihat masa yang berlalu. Sungguh sekejap. Sekarang sudah September dah. Sibuk-sibuk buat kerja. Bila panggung kepala. Hah? hari ini sudah besday saya. Dan lagi 10 hari sudah nak masuk Oktober? gulp?! gulp?! Saya berdebar. Sebab banyak benda lagi tidak siap. Semua orang asyik nak marah saya saja bila kerja banyak. Marah lah. Marah lah. Marah lah banyak-banyak. Saya nak marah siapa? Saya dok diam saja.[marah dalam hati saja]

hihi. tiba-tiba jam sebelas talipon berbunyi. encik ayah talipon. bertanyakan hal saya petang tadi. Saya pun jawab dengan sopan. tidak lagi mahu jawab macam pagi tadi. ilove u dad! [yes! itu tanda beliau sudah tidak merajuk]


iman dan ulam..begitu dasyat kah?