Monday, May 26, 2014

Tawaran Istimewa buat #PRKTelukIntan @tunfaisal @khairykj @afk910 @amirjpm





Untuk memastikan terdapat wakil suara kaum Cina di dalam Kabinet, pengundi terutamanya pengundi kaum Cina di PRK Parlimen Teluk Intan perlu memilih calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Pada pendapat aku, tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang ingin menggangkat Siew Keong sebagai menteri sekiranya dipilih pada PRK nanti perlu dipandang serius oleh penduduk Teluk Intan.

Kerajaan hendak bantu orang Cina sekarang tawaran yang sangat baik daripada PM. Sekiranya orang Cina masih tidak mahu tawaran ini aku rasa rugilah.

Kerajaan sudah beri peluang, PM hendak ada wakil kerajaan daripada orang Cina, ini merupakan tawaran yang fantastik.

Oleh itu nasihat aku kepada kaum cina, biar realistik, maknanya terima hakikat, jangan terlalu angkuh, kerana keangkuhan itu tidak membawa anda kemana-mana,

Semoga seluruh rakyat dan pengundi Teluk Intan kali ini membuka mata dan berfikir secara matang tentang Calon Barisan Nasional ini. Aku percaya, beliau mampu berkhidmat dengan baik.