Aku lahir betul-betul di Jengka 21 Pahang. Dalam rumah lagi beralamat 154 Blok 15 jam 5.35 petang. 8 hb 8 yang lepas genap 24 umur aku. Maka, tarikh 8 hb 8 itu juga sudah 53 tahun Umno BN memerintah negeri Pahang.
Lama tu. Negeri besar. Balak banyak. Sungai Pahang cukup panjang. Mampu membekalkan air lagi ke Negeri Selangor. belum dikira pendapatan Kerajaan Negeri dr aspek pelancongan & kebudayaan. Kaya Negeri Pahang ni. Namun semakin lama semakin nazak dan tenat. Kamu tahu kerana apa? Ikuti ulasan dari Pahangdaily ini :
"Rakyat Pahang yang terpaksa menanggung dua saman sebelum ini berjumlah hampir RM300 juta kini dibebankan dengan tiga lagi saman baru daripada dua buah syarikat dengan nilai yang sama. Ini bermakna dalam tempoh antara bulan April dan Ogos tahun ini sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Adnan Yaakob disaman lebih RM600 juta oleh empat buah syarikat.
Yang lebih mengemparkan, keseluruhan saman yang dihadapi oleh kerajaan negeri Umno-BN kini dalam lingkungan RM5 bilion, termasuk jumlah yang dituntut oleh pelbagai pihak ketika Pahang dipimpin oleh Khalil Yaakob. Ketika mendedahkan perkara ini , Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, berkata kerajaan BN telah mengambil sikap tidak bertanggungjawab sama sekali dengan mengadai masa depan Pahang dan rakyatnya. "Kesemua kes saman terhadap kerajaan negeri Pahang adalah disebabkan amalan rasuah, kronisma, penyelewengan dana dan salah urustadbir sepanjang sejarah negeri ini diperintah oleh Umno dan BN. "Hak dan nasib rakyat Pahang diketepikan tetapi yang lebih penting bagi pemimpin UMNO-BN ialah kekayaan yang mereka kaut melalui kontrak diagihkan sesama mereka.
Apabila berlaku masalah rakyat Pahang yang terpaksa menanggungnya," jelas Azan. Sekiranya jumlah saman RM5 bilion dibahagikan dengan jumlah penduduk Pahang seramai 1,483,600 orang, setiap rakyat negeri itu termasuk bayi yang baru lahir dan masih dalam buaian terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370.
Saman terbaru berjumlah lebih RM100 juta difailkan oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd sementara Asia Chart Sdn Bhd mengemukakan dua saman berasingan yang bernilai hampir RM200 juta. Kedua-dua syarikat tersebut dipercayai telah memfailkan saman mereka berhubung dakwaan mengingkari perjanjian pembalakan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu lalu.
Seruan Gemilang Makmur juga April lalu telah berjaya mendapatkan perintah "mandamus" (untuk memaksa) daripada mahkamah bagi Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepadanya kerana melanggar syarat perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan. Selang tiga bulan kemudian, kerajaan negeri tersebut disaman sekali lagi oleh dua buah syarikat, bernilai lebih RM200 juta. Spag'n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd masing-masing memfailkan saman berjumlah RM209 juta dan RM24 juta yang juga melibatkan kes pembalakan. Kedua-dua syarikat berkenaan juga menyaman Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana mengingkari janji.
Pahang Bankrap Sejak Zaman Khalil Yaakob
Fenomena dakwaan salahlaku dan penyelewengan yang dihadapi oleh kerajaan negeri Pahang bukanlah perkara baru. Pada 2001 Dato' Fauzi Abdul Rahman yang pada masa itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah telah membuat laporan polis terhadap Khalil selaku Menteri Besar ketika itu kerana salah urus hasil negeri berhubung konsesi pembalakan yang melibatkan ratusan juta ringgit.
Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ketika itu Badan Pencegah Rasuah) tidak mengambil sebarang tindakan. Khalil kemudian diangkat menjadi Yang diPertua Negeri Melaka. Saman lain terhadap kerajaan negeri termasuk oleh penduduk Bukit Koman, Raub berhubung projek perlombongan emas dan peneroka Felda Lembah Klau. Fauzi yang kini menerajui Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang ketika dihubungi berkata rakyat Pahang perlu sedar bahawa mereka dan generasi masa depanlah yang bakal menanggung segala kebobrokan yang dibawa oleh Umno dan BN.
"Apabila kerajaan negeri sudah tidak ada wang untuk menanggung operasi pentadbiran negeri rakyat akan menjadi mangsa. Contohnya cukai tanah akan dinaikkan dan termasuk juga cukai pintu dan tarif air. Semuanya akan naik dan rakyat terpaksa menanggung kesannya. "Kalau kerajaan negeri tidak ada duit untuk membayar sub-kontraktor ia akan membayar menggunakan tanah dan aset negeri yang lain. Akhirnya rakyat juga yang rugi," kata mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan itu. Beliau yakin jika diberi peluang mentadbir Pahang, Pakatan Rakyat mampu memastikan kedudukan kewangan negeri kukuh dan rakyat tidak akan sengsara berbanding sekarang."
Buat teman-teman yang berasal dari Pahang
Bagaimana lagi ini? Bila rakyat Pahang mahu sedar? Penyokong2 UMNO, masih lagi setia dengan UBN? Wahai generasi muda, pengundi si saluran 2, 3 dan seterusnya, daftarlah segera sebagai pengundi. Ayuh kita PAStikan Pakatan Rakyat menawan Negeri Pahang untuk Pilihanraya akan datang. Aku tidak sabar2 menantikan kemenangan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili DUN Jengka dalam Pilihanraya. Umno BN jelas gagal dalam pentadbiran di Pahang, malah menyusahkan kita pula. Benar kata-kata Nabi : Jika amanah itu diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan dan kehancuran.
Hidup! Hidup! Hidup Islam!
hancur! hancur! hancur sekular!
Allahuakhbar!!
Sumber : Tranungkite