Pembangunan kompleks PAS Pahang di tapak seluar 5 ekar milik PAS Pahang di Kerdau akan dimulakan pada Februari 2014, insyaAllah.
Fasa pertama ini ialah pembinaan sebuah dewan konvensyen yang berkapasiti hadirin 2000 orang dan dianggarkan menelan kos RM2.4 juta.
Untuk bersama menjayakan projek tersebut semua ahli PAS di negeri Pahang diminta memberi sumbangan infak fisabilillah sejumlah sekurang-kurangnya RM100 pada tahun ini dan boleh diteruskan lagi pada tahun-tahun berikutnya untuk menampung pembangunan bagi fasa-fasa kemudian.
Sumbangan boleh disalurkan kepada semua Bendahari PAS Kawasan di negeri Pahang atau dimasukkan terus ke akaun
Maybank 5560 5750 4469
atas nama
Pembangunan Kompleks Al-Makmur
dan SMS maklumkan kepada Jawatankuasa Projek di 017 387 0661.
Ahli dan penyokong PAS di seluruh negara juga dialu-alukan menyumbang untuk menjayakan projek ini. Terima kasih atas sumbangan dan sokongan anda,
semoga menjadi amal jariah di sisi Allah SWT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan