Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Lebih 92 orang ahli UMNO Cawangan Taman IKS hadir pada persidangan kali ini. Turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian Batu - Datuk Yahya Mat Ghani, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu - Saudara Azniee Abdullah dan beberapa wakil dari UMNO Bahagian Batu.
Tema persidangan kali ini memberi fokus kepada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri - Dato' Seri Najib Tun Razak. Tetapi sebelum kita dapat menjayakan 1Malaysia, pastikan kita mengecapi 1UMNO dan 1Melayu terlebih dahulu. Zaman ini perpaduan amat penting untuk mewujudkan suasana harmoni dan makmur.
Pada persidangan sayap pergerakan pemuda (Pemuda IKS), Pengerusi Biro Latihan & Pendidikan - Saudara Shahir Omar telah membentangkan usul berkenaan kepentingan komunikasi dalam sesebuah pergerakan atau organisasi. Komunikasi adalah kritikal dalam memastikan segala maklumat yang disalurkan berjaya disampaikan kepada setiap peringkat. Langkah ini dapat menjamin keberkesanan pergerakan itu sekali gus mengamalkan konsep seiring yang dimatlamatkan.
Naib Ketua Pemuda IKS - Saudara Ali Imran mengketengahkan isu status pembinaan gelanggang futsal komuniti dalam kawasan Parlimen Batu. Sebelum ini perkara ini telah pun sampai kepada Menteri Belia & Sukan dan turut mendapat persetujuannya. Namun pertukaran jawatan dalam rombakan Kabinet terkini seolah-olah telah membantutkan perkembangan perkara ini. Barisan kepimpinan UMNO Cawangan Taman IKS bersetuju untuk meneliti semula perkara ini dan akan memberitahu perkembangannya dari masa ke semasa.
Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman menekankan tentang proses pengambilan ahli baru UMNO tidak kira usia dan jantina. Beliau menegaskan bahawa UMNO memerlukan darah baru untuk dialirkan dalam jasad keramat ini. Oleh itu, sebagai langkah pemantapan UMNO, adalah penting untuk kita terus merekrut ahli masyarakat tempatan supaya menyertai UMNO. Berharap di masa hadapan, UMNO Cawangan Taman IKS dapat menubuhkan Pergerakan Puteri yang masih belum ada lagi. Bersama-sama kita mengusahakannya.
Ketua Pemuda Batu - Saudara Azniee Abdullah pula menceritakan betapa nazaknya UMNO dan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia. Baik dalam bidang ekonomi, pendidikan mahupun sosial, Melayu semakin kurang berkuasa dan kurang menyerlah. Desakan bangsa lain semakin menyempitkan ruang fikiran Melayu. Orang Melayu perlu sedar dan harus bangkit untuk menjaga kepentingan dan mengembalikan kegemilangan kuasa orang Melayu. Jika kita terus lalai dan alpa, nescaya tanah kita akan dirampas oleh kaum pendatang ini.
Ketua UMNO Cawangan Taman IKS - Kekanda Ramlan Salleh sering mengingatkan para ahli bahawa kepentingan organisasi perlu mengatasi kepentingan peribadi. Berkat usaha dan pengorbanan dalam berjuang pasti akan membuahkan hasil. Jangan terlalu memikirkan hal-hal dalaman yang remeh temeh kerana ia mampu menghancurkan UMNO dari dalam. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau bersama-sama barisan kepimpinannya hari ini dalam mengharungi suka duka dalam UMNO selama lebih 25 tahun. Sesungguhnya ini adalah perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.
Ketua UMNO Bahagian Batu - Datuk Yahya Mat Ghani mengimbau kembali sejarah penubuhan UMNO pada tahun 1946. Kita perlu menghayati perjuangan orang-orang terdahulu untuk mewujudkan semangat jati dalam diri. Beliau menasihati semua agar menghargai penat lelah pejuang-pejuang bangsa. Janganlah sehingga perbuatan kita hari ini merosakkan masa hadapan dan nasib anak cucu kita. Kita perlu bersatu padu dan hindarkan dari budaya berpuak-puak. Jiwai perjuangan lalu untuk dijadikan inspirasi untuk terus bergerak maju.
Dalam membentangkan usul, UMNO Cawangan Taman IKS turut menggesa pihak DBKL dalam usaha memindahkan Pasar Sentul ke lokasi yang lebih strategik kerana sering menyebabkan kesesakan lalu lintas. UMNO Cawangan Taman IKS sebulat suara membantah cadangan untuk membawa masuk semula Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya - Chin Peng ke dalam Malaysia. Jahanam komunis pengkhianat negara!
Baca selanjutnya...
Peti Suara
16 Jun 2009
Rumusan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Taman IKS
12 Jun 2009
Walimatul Urus
Mohd Shahrizal Omar & Faridah Aini Mukhtar
Mohd Shaharudin Omar & Noraslinda Ramly
Tarikh: 13 Jun 2009 (Sabtu)
Masa: 12.00 tgh - 4.30 ptg
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Kali ini, dua beradik ahli Pemuda IKS akan melansungkan majlis persandingan mereka serentak. Semoga kebahagiaan akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Untuk pengetahuan, kedua-dua pengantin lelaki adalah adik kepada Saudara Shahir Omar, Pengerusi Biro Latihan & Pendidikan Pemuda IKS. Seluruh warga Pemuda IKS dijemput hadir.
Baca selanjutnya...
08 Jun 2009
Agenda Pergerakan
Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Persidangan ini akan membentangkan agenda UMNO Cawangan Taman IKS bagi tahun 2008. Selain itu, ia juga turut membincangkan usul-usul dan perancangan yang bakal dilaksanakan untuk penggal ini. Seluruh warga UMNO Cawangan Taman IKS diwajibkan hadir. Para AJK Pemuda IKS dipohon untuk memberi komitmen penuh terhadap pelaksanaan program ini.
Hari Keluarga UMNO Cawangan Taman IKS
Tarikh: 20 - 21 Jun 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pengkalan Balak, Melaka
Sambutan Hari Keluarga UMNO Cawangan Taman IKS pada tahun ini akan diadakan di Melaka. Terima kasih kepada Ketua UMNO Cawangan Taman IKS, Kekanda Ramlan Salleh di atas segala ikhtiar dan usaha untuk menjayakan program ini. Seluruh warga UMNO Cawangan Taman IKS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini yang diselit dengan pelbagai aktiviti menarik.
07 Jun 2009
Majlis Sambutan Jubli Perak
Tarikh: 07 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Masjid Saidina Ali, Kampung Padang Balang
Majlis dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani dan Timbalannya, Kekanda Ramlan Salleh. Syabas diucapkan kepada warga UMNO Batu kerana berjaya menjayakan majlis ini.
Barisan dif-dif kehormat kelihatan berada di atas pentas.
Sebahagian daripada para hadirin yang hadir memberi sokongan terhadap sambutan majlis ini.
Lawatan tapak ke Kampung Chubadak Hilir untuk memohon bantuan segera pembinaan tembok penghadang jalan.
Menteri WP dan Ketua UMNO Bahagian Batu mendengar rentetan penduduk setempat.
Baca selanjutnya...
06 Jun 2009
Fathil Azeem Jamhor & Hana Mohamed
02 Jun 2009
Mesyuarat Persiapan Persidangan UMNO Cawangan Taman IKS
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Kehadiran dan penglibatan warga Pemuda IKS amatlah dihargai. Agenda mesyuarat ini adalah untuk membincangkan persiapan menjelang persidangan tahunan UMNO Cawangan Taman IKS. Kehadiran adalah wajib bagi AJK Pemuda IKS. Sekian, terima kasih.
01 Jun 2009
Program Motivasi Tunas Bistari
Tarikh: 8 - 10 Jun 2009
Tempat: Sedim Eco Resort
Program ini adalah anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penyertaan terbuka kepada mereka yang berumur 18 - 22 tahun sahaja. Tiada yuran dikenakan. Seluruh warga Pemuda Batu dipohon untuk menghantar peserta.
Baca selanjutnya...