Wednesday, June 17, 2009

KEHIDUPAN BARU BERMULA UNTUK POSTING TERAKHIR?

Salam hormat,

' LIFE BEGAN AT FOURTY ', Yes ! Itulah saya hari ini genap 40 tahun . Selamat ulang tahun kepada saya.Terima kasih pada keluarga , sahabat dan taulan yang mengingati saya , akan tetapi dengan berat hati saya ingin mengumumkan kemungkinan blogs ini berakhir disini atas sebab-sebab peribadi.

Mohon jutaan maaf kepada pengunjung , pengkritik dan follower blogs ini andai ada salah dan dosa saya kepada anda semua.Bukan kerana saya hilang minat untuk menulis , akan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi bahawa ianya personal.InsyaAllah andai terbuka kembali hati saya untuk menulis , pasti saya akan kembali.

Walau saya jarang menulis kebelakangan ini , namun saya tidak pernah ketinggalan untuk melawati blogs sahabat dan pastinya perkara yang paling menarik minat saya adalah 'unity goverment' antara Pas dan Umno. Seandainya menjadi nyata makanya penyatuan ini akan memperkukuhkan umat melayu dan Islam khasnya...kerana itu saya amat pelik mengapa DS Nik azis terlalu berburuk sangka dengan Umno dalam hal ini tetapi boleh sekelambu dengan DAP,PKR dan bermanis muka dengan LKY.Sukar sekali mencari pemimpin yang ikhlas memperjuang nasib anak bangsa , tak kira sehebat mana dan setebal mana pun ilmu serta kelulusan sebahagian besar pemimpin politik ini namun masih egois dengan kehendak peribadi semata.Bayangkan kekuatan PAS dan UMNO bergabung....di kala itu persetan dengan ugutan PPP,MIC,Gerakan mahupun MCA untuk keluar BN dan apa ada dengan laungan refomasi PKR?.

Untuk blog sahabat saya,Minda Budiman(klik).... nasihat saya , bawalah kelompok pimpinan saudara keluar dari ruanglitup...pandanglah cabaran dewasa ini dari pandangan mata helang bukan hanya dari lubang tempurung...dan seandainya di laksanakan cadangan wajib lulus BI untuk mendapat sijil SPM , impaknya harus dilihat pada generasi yang masih bersekolah sekarang dan bukan lagi yang sudah bergelar Pemuda.Kepada Pemuda yang sudah bergelar ayah , harus bersedia untuk melembutkan lidah agar dapat menutur sepatah dua kata dalam Bahasa Inggeris sebagai persediaan membimbing anak-anak dirumah....Tak akan hilang Banjar atau Jawa kita andai kita boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di rumah.Inilah salah satu perubahan yang pastinya tidak dapat kita elakkan untuk terus mengekalkan Bangsa Melayu dalam radar dan peta dunia.Dunia sudah berubah...sekiranya kita tidak mampu melayari arus perubahan ini , maka ' TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA' akan hanya menjadi satu laungan palsu.

Sampai ketemu lagi , semoga sahabat semua beroleh rahmat dan kesejahteraan dalam hidup kalian.

WASSALAM.

13 comments:

wmu350 said...

walaupun saudara sejak akhir2 ini jarang menulis tetapi saya hari2 buka blog saudara.

apa salahnya blog ini dan mengapa ia perlu ditutup.....

walau apa pun saya ucapkan tahniah kerana saudara berupaya juga membuka blog sendiri....sampai jumpa lagi wassalam

USD said...

Salam, apa sudh tjadi tuan? anyway good luck!

awi.prt8 said...

wmu350 dan ustazSAID,

Tiada apa yang special atau yang melibatkan hal yang besar...cuma saya perlukan masa dan tumpuan serta komitment 100% untuk perniagaan saya bersama rakan-rakan yang sekarang ini sedang mengembangkan sayap keluar negara.InsyaAllah saya masih aktif melayari blogs sahabat yang lain meskipun ketika diluar negara...cuma untuk menulis agak sedikit membebankan ketika ini...Dengan izin Allah mungkin 2 atau 3 bulan lagi saya dan rakan perniagaan saya dapat menstabilkan pasaran syarikat kami di luar negara....Doakan kami...Amin.

budiman said...

Sahabat,
1.Hidup bergerak dan berlabuh. Ada kalanya pelabuhan adalah lokasi hentian seketika. Apa pun saudara telah menyumbang sesuatu dalam dunia berpendapat.
2. Saya realis dan juga idealis. Memimpin pemuda yang diaktifkan dengan non academic background bukan mudah tetapi memerlu kesabaran. Selagi masalah perut tidak selesai, usah bicara berat soal perjuangan.
3.Saya yakin sahabat rehat tidak lama.Seperti pemain bola menggila padang dan bola, begitu juga blogger seperti kita..tq

Anonymous said...

Baru sangat mengenali dan melayari nasi lemak bungkus,walaupun tak pernah bersua ataupun pernah tapi tak perasan sedikit rasa hiba terpancar dihati.

Mungkin tak berkesempatan menulis lagi tapi mohon agar terus melayari sahabat bloggers yang lain dan terus memberi komen.Bak orang kata kalau hati dah suka tak nampak muka nampak bumbung rumahpun jadilah.

Apapun doa akan mengiringi sahabat agar terus sukses dalam perniagaan.

uni said...

SELAMAT ULANG TAHUN KE 40....
SELAMAT MAJU JAYA.....

zedmagel said...

Salam dari saya,

Saudara nasi lemak bungkus,

Selamat ulangtahun ke 40 dari saya.

Mengapa harus menutup blog saudara, usia 40 tahun cabarannya masih panjang dan jauh lagi.

Saya berasa sedih atas niat saudara, saya melihat saudara menulis sesuatu yang mampu membawa Agama dan Bangsa jauh ke hadapan, mengapa mahu menamatkannya.

Saudara seorang yang boleh mempertimbangkan sesuatu dalam keadaan yang sangat rasional.

Apa-apa pun saya perlu menghormati keputusan saudara. Mungkin ini belum muktamad lagi.

Kerajaan perpaduan adalah matlamat kita bersama. Saya juga mahukan begitu. Tetapi kita manusia berbeza pendapat memang terjadi dari sejak azali lagi.

Mudah2an cita-cita dan harapan saudara dalam perniagaan mendapat Rahmat dari ALLAH SWT jua saya doakan.

Harapan saya jangan berhenti, selagi mampu mengetip nasihat dan kata-kata.

Arif Omar said...

SELAMATKAN BLOG ANDA DENGAN MEMBUANG IKON FLG BLOG DI ATAS SEKALI DARI BLOG ANDA DI DELETE SEPENUHNYA OLEH MEREKA YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB. LIHAT CARANYA DI: http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.html

romsam said...

If this is the quality of journalism in Malaysia, then we must be reading trash.

Boleh said...

umno youth = otak babi = muka monyet = ekor beruk = samseng bodoh = kurang ajar buruk pengganas……….bagus pergi mampus semua……….terus berkubur tidak bangkit lagi……….bullshit!!!!!!!!!!

reek said...

Polis = Melayu = Rasuah
Askar = Melayu = Panglima2 bodoh
Bank = Melayu = Jadi kuli
Hospital = Melayu = Balaci untuk doktor india hahahahaha…
Sekolah = Melayu = Bodoh2 belaka (nasib baik ada cikgu india dan cina)
Sistem Kehakiman = Melayu = Senang dibeli (anne VK Lingam juga control badut2 melayu kapiaq hahahahaha)

YOU GO AND EAT SHIT!!!
YOU HAVE NEVER IMPROVE YOUR BRAIN AND STILL EAT SHIT
You scumbag..........were really have no brain, the head is full of tahi
Dey subsidize melayu kapiaq mother fucker, why are you bucking like anjing kurap lol…lol…lol…lol…lol…hahahahaha…

Hope said...

Hi there,

You've been tagged.

Hope said...

Hi there,

You've been tagged.