Pengalaman Menjadi Cikgu Tadika

Sunday, February 28, 2010

Assalamualaikum..

As promised yesterday, hari ni nak buka satu pengalaman menjadi cikgu tadika sementara before masuk belajar. Masa first day masuk kerja tu memang berpinar kepala sebab kat rumah mana pernah ada budak kecil ni..kat rumah kadang-kadang anak sedara ada la datang tapi anak sedara boleh la piat telinga sesuka hati kan kalau nakal sangat..batrisya, nabil, aqil, hazim, zafeer and damia semua dah pernah kena sedas dua..jap..jap..damia rasa tak pernah kot pasal damia dia malu-malu ngn Cujat dia..ok..ok..dah melalut cerita pulak..

Sebelum masuk kerja, I thought kerja cikgu tadika will be the easiest task ever..ye la budak-budak je kot.. tapi unfortunately, it wasn't that easy. Jangan pandang selekeh je jadi cikgu tadika..Bayangkan budak 3 tahun yang bukan saja kita train dia untuk baca buku tapi we help them untuk potty training as well. Ambo ditempatkan untuk kelas budak 3 tahun. well cabaran yang buat ambo migrain balik tu. Dalam kelas eventhough ada 8 orang je cukup buat cikgu dia sesak nafas. ambo terpaksa duduk sandar dekat pintu sebab these rugrats asyik escape keluar dari kelas..hangin satu badan but budak 3 tahun kalau marah dia melalak tak mahu masuk kelas lagi, kan naya..so first day tak tahu trick, ha...terkejar-kejar mengutip rugrats yang dah pun berkeliaran kat luar..dapat tangkap sorang..sorang pulak keluar..budak-budak umur 3 tahun ni, every 30 minutes I have to asked them samada nak pee-pee or poo-poo.. semua kata taknak..tapi bila sorang ni nak pee-pee or poo-poo, semua nak pee-pee and poo-poo..ape berjangkit ke?hehe..dorang pakai pampers tapi dah nama potty training, ambo tak benarkan dorang membuang dalam pampers. nak membuang kena bagitahu teacher.

nak suruh dorang tumpu dalam kelas jangan cakap la kan..memang kena come out dengan pelbagai idea nak dorang hafal bentuk..nak kena jadi budak-budak unuk dorang ikut apa yang kita ajar..huh..pening..

but after all, jadi cikgu tadika will be kenangan yang paling manis. after ajar budak 3 tahun, I ditransfer ke budak 6 tahun pulak.. well, ok la.. tapi some yang rasa pandai tu macam bagus je kata kat ambo "teacher, very easy la..can you teach me something else?"..wah!!nah kau..ambo bagi soalan kuasa dua..ha...easy tak easy? then ambo cakap dengan this boy "everything in this world you must patiently starts from scratch..you have to learn ABC until you are really good at it before you learn how to read..you have to learn 123 before you learn further.."

kesayangan ambo adalah Umyra. she's very cute. I miss her already..every morning, liat nak datang sekolah. kat kelas pendiam. but after enjin dah panas dia paling riuh..tapi Umyra riuh kat ambo je..huhu..Umyra also kena stay after class session sebab her mother masukkan dia untuk daycare. most of the time ambo yang jaga daycare.. sometimes I bawa balik rumah ambo makan tengahari kat rumah.. food kat tadika sangat tak best so ambo hangkut dia sekali. so, dia ni sangat manja. even my sister datang pick me up request nak jumpa Umyra..sebab Umyra suka dipeluk..she's chubby and sangat sedap dipeluk..

so tu je la nak cerita..ada sesiapa kat sini cikgu tadika? care to share pengalaman jo la komen ok..sekarang ni ambo adalah bahan rujuk for my sepupus, angah and yong bila mana anak-anak dorang kat tadika..hehe..

take care and have fun..

XOXO..

Guess Where I Am Right Now!!

Saturday, February 27, 2010

Assalamualaikum..

hehe..this is live from Jabatan Peguam Negara..Ahaha..I thought I was going for a holiday with my family but turns out here I am menyinggah from my sister's office at Peguam Negara..wahaha..jakunness ok..we'll only be here for another few hours sebab my sister told us dia nak cari kes. miahaha..ambo tak pernah keje office camni so a bit jakun here and there sitting in a cubic like this and repeatedly non stop praising my sister kata wah..bestnya kerja dalam cubic macam ni..hehe..


must be some busy bees they are here..files are everywhere..here and there..everything piling up on their desk like nobody's business..no wonder some say lawyer ni glamour..hehe..heard stories from my sis tapi tu cerita nanti la..scary one ey..


wah..sitting here in a cubic makes me going insane..can't wait to finish up my studies and have a job. wah..zati..25 years of living you never work eh? yup..never!!study dari kecil sampai besar..tak habis-habis..pernah after degree ambo kerja jadi cikgu tadika..That story I will save for another entry as well..


macam mana pula si zati ni boleh online update blog? ye kawan-kawan..ambo guna harta kerajaan sebentar..nak kerja kerajaan boleh tak?ehehe..hey..I can be a hell of an employee ok..I'm good..I'm hardworking..wah..puji diri..dah zati..dah..belajar dulu ok...hehe..


saje je nak tell the world yang ambo dah merasa masuk Jabatan Peguam Negara..*like..who cares??*..hehe


so tu je la story for today..
take care and have fun..


XOXO..

nota di kaki: jam kat sini bukan keluar bunyi ding dong ding dong tapi keluar lagu oldies..miahaha..ni kalau malas datang kerja jugak nie tak tau la nak cakap apa..

Kisah Tengkorak

Friday, February 26, 2010

Assalamualaikum..

pelik pulak nape la kisah tengkorak pula yang keluar..hehe..bila ingat semula kisah tengkorak ni, sure mak meletus gelak sakan-sakan..pasal mak mangsa kejadian kisah tengkorak ni..mak aih..semacam je ek..

 kisah tengkorak ni bermula masa kami satu famili baru pulang dari hidup di perantauan..ayah belajar so kami ikut la satu famili..dah pun duduk dari kecil, so ambo ni tak reti nak cakap melayu bila balik sini. bila balik sini masa tu darjah satu so mak masukkan la ambo dan kakak ambo ke SRK Raja Muda Shah Alam..wah!!gah betul nama sekolah..huhu..suka-suka ambo je tayang nama sekolah ek..bermula la episode baru persekolahan. fresh lagi dari perantauan terus sekolah kat sini..masa tu memang macam ayam dengan itik la..

one fine day, Cikgu Rohana, ambo punya guru kelas, pesan la kat satu kelas suruh bawa something ke sekolah esok hari..wah!!masa tu ambo dah faham sikit-sikit dah bahasa melayu ni..*bajet anak omputih la ambo ni*..so ambo balik dengan senang hati lalu sampai rumah ambo bilang kat mak apa yang cikgu Rohana nak ambo bawak esok..

ambo: Mak, cikgu Rohana minta Tengkorak..

mak ambo: (tercekik air kiur sendiri) kamu biar betul cikgu nak Tengkorak?!!

ambo: Cikgu Rohana minta Tengkorak!!

mak ambo: (penuh sabar) Cikgu Rohana minta Tempurung kot dik..

ambo: (penuh keyakinan) Cikgu Rohana minta Tengkorak!!!!! 

mak ambo: (darah dah mendidih) Tempurung ke Tengkorak?!!!!

ambo: (dah tantrum sambil nangis-nangis) Cikgu Rohana minta Tengkorak..bukan Tempurung..

mak ambo: (dah rasa macam nak sembelih orang) KUBUR MANA MAK NAK GALI NI DIK!!!!!!

ambo: Cikgu nak tengkorak!!!cikgu nak tengkorak!!! (guling-guling atas lantai)

mak ambo: Budak nie!!!

so, berlarutan la kisah tengkorak dan tempurung sampai ke malam sampai ayahanda balik, mak mengadu kat ayah lalu berbincang dan esoknya mak pergi sekolah tanya Cikgu Rohana..(mak ayah dah tau kena bawak tempurung tapi anaknya degil yang amat)..take note cikgu Rohana tahu ambo ni tak paham bahasa sikit..

mak ambo: Cikgu, cikgu nak tempurung ke tengkorak? Izzati kata cikgu nak tengkorak..

cikgu: Masya-Allah..bila pulak saya request nak tengkorak (sambil gelak-gelak)..cikgu nak tempurung la..

mak ambo: (dengan nada kan-mak-dah-kata-tu-la-kamu-degil) hah!!tempurung la..tengkorak pulak..Bertuah punya budak..

ces..macam mana la tempurung boleh jadi tengkorak pun ambo tak pasti..yang pasti ambo sangat pasti cikgu nak tengkorak..hehe..

kisah tengkorak ni, mak ayah memang tak pernah lupa sampai ke hari ni..ambo pun tak tau la mana silapnya pendengaran ambo nie..

so, tu je la cerita ambo malam ni..

take care and have fun..

XOXO..

Renim Giveaway

Wednesday, February 24, 2010

 
Klik gambar untuk ke blog tuan rumah

another tempting giveaway to be join..tarikh tutup 9th of March 2010..jom la join ramai-ramai..
sesiapa yang teruja untuk join, klik disini-->@Renim Giveaway 

Lupa pula..saya dapat tahu tentang giveaway ini dari My Giveaway

NurelL’s Craft First Giveaway

klik pada gambar untuk ke blog Nurell's Craft

the prizes are so cute and cool..if any of you want to join this giveaway, give a click at Nurell's Craft..hurry up before the closing date (25th March 2010)


take care and have fun!!


XOXO..

Aku Bukan Sesiapa Tapi Aku Adalah Aku..

Assalamualaikum..

ok..entry kali ni sila take note k, bukan entry yang dipengaruhi emosi..owh, emosi is so last year..ahaha..takde la..saje je tempek entry ni..

1. Saya malas orangnya..tapi saya rajin buat kerja saya..saya tak rajin kalau saya malas maka paksaan dari orang-orang tertentu sahaja yang boleh hilangkan malas saya..

2. Saya tak suka keluar jalan-jalan. muktamad..saya keluar berjimba bila saya mahu tapi kalau saya tak mahu, saya memang tak mahu.. boleh bilang dengan jari berapa kali saya keluar berjimba. saya memang dari lahir tak suka keluar..kalau terserempak saya keluar bersuka ria, maknanya itu mood bersuka ria saya..

3. saya suka kurung diri dalam bilik. saya suka berseorangan. ia memberikan diri saya ketenangan. sebab utama saya tak suka duduk bilik berdua bertiga dan seterusnya. kalau terpaksa baru boleh terima kalau tak saya lebih rela sendiri..

4. saya tak suka orang clingy dengan saya dan saya tak suka saya clingy dengan orang. saya suka cara saya berkawan dengan ina. saya hormat dia dan dia hormat saya..masing-masing menghormati privasi kehidupan masing-masing..

5. saya suka makan. jadi sesiapa yang rasa nak perli-perli saya, jangan buang masa..hanya orang tertentu sahaja boleh cakap pasal keadaan saya..

6. saya tak suka bila saya tidur orang ganggu saya. cukup pantang bagi diri saya. sesiapa yang mahu call atau message dengan saya sila lakukan waktu siang. bila saya tidur, kalau mahu call malam-malam, sila pastikan waktu anda call adalah waktu yang sesuai..

7. privasi saya adalah privasi saya. diary saya, handphone saya, laptop saya, laci-laci saya, almari saya adalah privasi saya. jangan sesekali sentuh tanpa kebenaran..dan tak pernah pun dalam hidup saya membenarkan orang menyentuh privasi saya. 

8. saya sukakan kesunyian..jadi kalau saya mula pakai earphone ketika anda mula bercerita maknanya saya tak mahu dengar..maknanya saya belum bersedia untuk berborak. saya bukan jenis suka berborak banyak-banyak..

9. kalau saya tak angkat call berturut-turut selama 2 kali maknanya saya memang tak boleh nak angkat. jangan bakar darah saya dengan call banyak-banyak kali. 

10. jangan cuba untuk pengaruhi kehidupan saya. saya selesa dengan kehidupan saya ketika ini. 

bunyi macam selfish tapi tu la hakikat. setiap manusia kan punyai tabiat yang berbagai-bagai. saya jenis yang suka bersendirian..tapi ada kala saya akan bertemu rakan-rakan..tapi bukan selalu.. tapi saya boleh tolerate selagi saya boleh tolerate. prinsip saya, saya tak ganggu orang maka orang jangan ganggu saya..

ok la..take care and have fun.

XOXO..

MIdiaidabiz2u Giveaway

Jalan-jalan then terserempak lagi dengan satu giveaway from Midiaidabiz2u..


klik gambar untuk ke blog tuan rumah

tuan rumah kata hadiahnya misteri..huhu..misteri betul..cabutan bertuah akan dijalankan untuk menentukan pemenang..syarat-syarat penyertaan bolehla dibaca kat blog tuan rumah..harap-harap bertuah la kali nie dengan giveaway..hehe..


Take care and have fun..


XOXO..

Dini's Giveaway

ok..dah tiba masa join segala macam bagai contest..ahaha..contest first nak diterjah adalah Dini's Giveaway. hadiah pun menarik..lama dah tak pampered my face ni..Dini!!nak hadiah..hehe..

klik gambar untuk ke Dini's Giveaway

so, siapa yang nak join, jom la join k. tarikh tutup 31 March 2010..

So..take care and have fun..

Kanak-Kanak Riang

Wednesday, February 17, 2010


Assalamualaikum..

seronok bila tengok keriangan budak-budak kanak-kanak. dengki je kadang-kadang tengok dorang yang macam takde masalah nak fikir..hehe..semalam malam singgah rumah baru sepupu..bukan nak sangat tengok rumah baru tapi nak jumpa kanak-kanak riang kesayangan ambo..agak riang dihati bila si net-net dah pandai lari-lari jerit "CuJat!!"..hehe..selama ni bukan main sombong lagi kau ek net-net..apa pasal hari tu bukan main ramah mesra?? and si net-net ni jugak sudah pandai bermanja dengan ambo..tapi biasala..kalau tak bagi si net-net menangis sedas dua, bukan nama CuJat la kan..so si net-net dipeluk kuat-kuat sampai melalak budak tu minta lepas..tapi budak cepat lupa..5 minit lepas tu, si net-net datang bermanja semula tapi dengan keganasan sikit..wah!!kau ajak Cujat main Otomen pulak ye sekarang nie..

melayari zaman kanak-kanak sangat best. tak perlu fikir macam-macam. tengah serabut kepala tiada siapa disisi untuk diadukan setiap masalah, hati kembali teringat zaman kecil-kecil dulu..nak jadi budak-budak balik boleh tak?

kanak-kanak nak makan comot pun orang tak kisah..kalau dah besar macam gajah ni, tentu-tentu orang mengata..

 
masa kanak-kanak, duit raya datang sendiri tanpa ditagih dan tanpa buat muka sadis yang boleh mengundang pelempang orang..

masa kanak-kanak korang pakai la tudung rupa mana sekalipun orang puji comel..kalau dah besar lebih besar dari gajah ni, sampai kiamat la orang takkan kate kau comel..
masa kanak-kanak ni kalau malas nak jalan kau boleh buat puppy's eye untuk tagih simpati minta didukung..cuba korang buat sekarang..pastu kira berapa banyak gigi tinggal lepas kena lempang..

masa kecil macam ni, pemilik kereta buat buta je la korang nak duduk atas kereta dorang macam ni, sekarang berat hampir cecah 100kg, silap-silap ambo yang buta kena cucuk dengan garpu pasal tak sedar diri badan berat macam gajah nak duduk atas kereta ala-ala camni..

 
masa badan kecil-kecil, boleh la sofa tampung untuk 2 orang korang sebat duduk sampai 4 orang..cuba sekarang yang dalam gambar ni duduk kat sofa tu balik sekali 4 orang macam tu..runtuh tak runtuh sofa rotan tu..

kan dah kate..jadi kanak-kanak memang riang..tu je la nak merepek di malam hari kala ketensionan..

take care and have fun..

XOXO..

nota di kaki: gajah yang disebut kat atas adalah refer pada diri ambo sendiri..ahaha..takde kena mengena dengan orang lain yang terlibat dalam gambar-gambar di atas..ambo la gajahnya..hehehe..

Terjah Klebang

Assalamualaikum..

semalam petang satu famili keluar konon-konon nak cari makan di area Klebang..mula-mula baik punya rancang macam dengar-dengar nak makan kat Pengkalan Balak..alih-alih tengok terjah Klebang pulak..jalan punya jalan singgah kat satu kedai berdepan dengan Shah's Beach Resort *resort nie best..chalet dia cantik unik dan bertradisi kemelayuan..*..mula-mula takde tempat duduk kosong but then dapat jugak satu meja kosong..tapi pelayan kedai tu tak datang-datang ambil order..then, after a few minutes later, pelayan dia datang nak kutip cawan-cawan kosong and then dia kata makanan habis..tinggal minuman saja..ok la...saya memang nak minum coconut shake *this is not the gerai yang famous dengan coconut shake tu ok*..tapi lepas amek cawan-cawan kotor tadi pelayan terus tak datang-datang dah...wah...marah betul...so kitorang decide untuk cha aliff but..hehe..*cabut*..

kitorang jalan punya jalan, sampai kitorang decide untuk makan kat satu stall yang pernah rajin kitorang singgah waktu saya belajar kat melaka masa kecil-kecil dulu...asal outing je makan kat kedai ni..kitorang pun singgah la...dulu kedai-kedai kat situ kat tepi laut..dulu ramai gila orang datang lepak-lepak kat situ..sekarang sudah kena tambak...so kesian juga orang yang berniaga kat situ sebab dah tak seramai dulu dah yang datang kat situ sejak-sejak projek tambak laut dijalankan..



tiba-tiba dalam kelapangan kawasan tambak tu, terpacak satu benda..terpacak "Satu Malaysia" dalam kelapangan itu..adeh..pelik jugak la sebab tetiba je dia ada kat situ..sekeliling dia punya la macam padang jarak padang terkukur..ahaha..besar pulak tu..


nak jugak tangkap gambar kat situ *takde la sangap sangat nak tangkap gambar kat benda alah tu tapi saja je..benda dah ada..ahahaha* tapi disebabkan kena lalu jambatan sikit and terang-terang kemalasan saya ni dah sememangnya melampaui batas, so tangkap gambar dari jauh je la..as usual, nak ambil pic kawasan tambak, my sis pulak camwhoring all the way..susah kalau ada lembaga yang suka intrude gambar..ahahah...

pic atas tak nampak sangat ke'tiba-tiba'an dia so this is another pic yang boleh nampak jelas ke'tiba-tiba'an dia di kawasan tu..sori sis I crop out your pic..ahaha..

baru la jelas sikit..

so tu je la yang nak diperkatakan..

take care and have fun.

XOXO..

Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah cikmin.com

Sunday, February 14, 2010

!!Ini Entry Melekit Melekat..Sila Scroll Ke Bawah Untuk Entry Baru!!

Assalamualaikum..


hmm...dah terang-terang saya takde keje sekarang ni maka jalan-jalan lagi sekali terjumpa pula cabutan bertuah >>cikmin.com<<..menarik sangat lah hadiah cabutan bertuah cikmin.com..Jadi saya dengan penuh harapan ingin sangat la nak join cabutan bertuah ni..syaratnya mudah saja..copy paste ayat kat bawah ni dan jadikan entry ni sticky mode sampai 14hb February 2010..

Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.

Jusco Baru Di Melaka

Saturday, February 13, 2010

Assalamualaikum..

petang tadi sempat juga la menganjal ke Jusco Melaka yang baru bukak tu..wah..kagum..besar gila terbabas dah tengok Jusco ni..dalam tu memang banyak sangat la kedai yang best-best..kalau wang penuh dipoket, mahu saja ku habiskan segala..ahaha..takpe, selalu orang pokai papa kedana macam saya ni berangan je lebih..

memang besar and to those yang berasa sakit lutut bila berjalan, pastikan diri anda tidak memakai kasit bertumit ok..nanti kecederaan lutut pula..*khas untuk bonda*..ok..ok...tak beli apa pun..tengok je..dah kata kan tadi takde wang..RM takde, dollar jangan kan berangan ok..

tapi masa nak balik, Masya Allah...masing-masing memburu masa nak balik nak keluar cepat..especially chinese sebab malam ni ada makan malam besar sempena Chinese New Year kan..ni yang nak hangin puting beliung sebab jalan 2 ways jadi one way..ahaha..stranded jugak la tadi..last-last mak dengan rasa marah plus angkuh *sebab along plus saya cabar mak jadi polis trafik tahan keta jangan bagi lalu sebab kami nak kuar dari parking lot* keluar dari keta and believe it or not mak sanggup jadi sub polis trafik..ahaha...pastu bila kitorang dah kuar dari parking space kitorang tu, mak siyesly masuk keta bangga sakan kembang kempis hidung mak tak tertahan-tahan..ahaha..ampun mak..kutuk mak pulak..

so..finally, kitorang arrived kat rumah safe and sound..

so take care and have fun..

XOXO..

Sudah Selamat Sampai

Assalamualaikum..

akhirnya *walaupun dah bertapa kat rumah agak lama siap boleh masak and try resepi baru lagi* saya sampai juga di rumah tercinta ni. tadi sepanjang perjalanan dari Bangi ke Melaka, sepertiga dari perjalanan jam gila terbabas..paling tak best bila rasa nak *berri* pulak time-time sesak dengan kereta ni..

semalam konon taknak balik tapi disebabkan saya tinggal di tingkat atas sekali and juga dekat sahaja dengan hutan dan budak-budak lain pagi jumaat lagi dah tak nampak batang hidung, saya fikir alamak kena balik la..tak mampu la nak duduk seorang diri..diri ni sangat penakut..kalau bab-bab membayangkan ni, serahkan pada yang pakar..dah la penakut, ada hati pulak nak bayang bukan-bukan..

rindu terubat bila kucen-kucen saya berlari-lari mendapatkan saya..ahahaha...konon...minta makan la tu..si cepot bukan main hitam padahal bulu putih..berkerak berdanau dah tengok si cepot ni..ada juga yang kena sental petang ni..si kopok,mcm biasa ada satu je telinga..telinga kucen bukan macam ekor cicak k..telinga kucen sekali hilang takkan tumbuh..muahaha...so si kopok nie mcm alien tanduk satu dah saya tengok since dia eksiden dulu...

k la..nak indulge myself dengan puding coklat buatan sendir kejap lagi..sapa-sapa nak sila angkat jari k..nanti saya post kan resepi puding coklat..

k la..take care and have fun..

XOXO..

Adab

Friday, February 12, 2010

Assalamualaikum..

hmm..tadi petang ada kelas Research Methodology..hari ni punya tajuk kuliah menarik perhatian dan saya walaupun agak keletihan dan mengantuk di awal kelas tapi berjaya juga tahan mata untuk meneruskan tumpuan untuk kelas tersebut..saya dah lama perasan..saya bukan nak kata saya ni beradab sangat or baik sangat tapi kadang-kadang kan adab tu datang sendiri tanda hormat kita pada orang lain..

Student kelas ni, baik foreigners mahupun local, masing-masing dah besar panjang dan masing-masing dah pernah lalui zaman sekolah dan undergrad satu ketika dahulu..tapi saya agak perasan jugak sikap segelintir pelajar postgraduate ni. adakah hanya kerana anda memegang title student pascasiswazah, anda boleh keluar masuk sesuka hati anda (datang lambat sampaikan lagi 5 minit kelas nak abis anda baru sampai lepas tu selamba kodok tanpa rasa bersalah jalan sana sini cari kedatangan) semasa Lecturer sedang mangajar? Adakah anda diberi kelayakan untuk sembang kat henfon anda dan cakap agak kuat kerana anda berasakan diri anda hebat sebagai pelajar pascasiswazah dan tidak lagi berasa hormat kepada Pengajar didepan dan juga pelajar lain?Adakah anda rasa diri anda lagi hebat dari tenaga Pengajar yang sedang mengajar hanya kerana anda mempunyai kad matrik yang tertulis pascasiswazah maka anda rasa anda berhak untuk bersembang dengan rakan anda secara kuat?

*jangan berperangai seperti senduk ok*

first half kelas bukan main penuh kelas, sebab nak tanda kedatangan kan? lepas break ramai yang dah balik..itu hak kamu, saya taknak masuk campur..tapi lecturer tengah mengajar didepan kamu bukan main lagi kemas barang pung-pang-pung-pang lepas tu cabut di depan mata lecturer itu sendiri..takde rasa hormat ke? alamak...beretika la sedikit...tanpa ilmu Lecturer kat depan tu, kamu tak kemana...baru je student pascasiswazah, belum grad pun lagi..jauh lagi perjalanan nak grad..

*jangan berperangai seperti senduk ok*

tak kira kita belajar di peringkat mana sekalipun, tolong la hormat orang lain tak kira la Lecturer ke Prof ke student lain ke..terkesan kekecewaan pada wajah Prof Madya Ahmad Mahir tadi semasa satu-satu pelajarnya keluar dari kelas. adab kamu dimana?saya sangat yakin setiap agama dan setiap bangsa sangat-sangat menekankan adab..tapi nyata ramai yang tak praktikkan..

*jangan berperangai seperti senduk ok*

ini teguran untuk semua dan juga untuk diri saya sendiri..

Take care and have fun..

XOXO..

Join Disini hatiku my 1st giveaway

Assalamualaikum..

klik gambar untuk ke blog Disini Hatiku

bosan-bosan dikala begini, jalan-jalan di blog rakan-rakan sekali tengok disini hatiku buat satu giveaway (jumpa kat blog haneem..sori haneem..tersalah paham tadi..ingt haneem yang buat giveaway)..wah...teruja betul tgk barang-barang yang comel-comel..mana la tau kot-kot saya ni ada luck untuk menjadi pemilik barang comel..*selalunya kalau lucky draw ni, saya kurang bernasib baik*..

barang-barang yang comel-comel nie memang senang je menarik perhatian saya dikala sunyi ni..saya teruja untuk join giveaway kamu..adakah saya bertuah nanti?

jom la join giveaway Disini Hatiku..syarat dia sgt senang..

1. jadi follower [Disini hatiku]!
2. link kan blog saya dalam blog list anda (sudah)
3. buat satu post/n3 dalam blog anda tentang giveaway ini, jangan lupa letakkan gambar diatas dan dan letakkan link n3 ini pada n3 anda (saya sudah buat)
4. tinggalkan komen pada n3 ini dan link anda yang anda telah buat tentang giveaway ini (sudah juga buat)


k la..take care..

XOXO..

Kebuntuan

Thursday, February 11, 2010

Assalamualaikum..

when one thing goes wrong unfortunately everything seems to go wrong. I am neither whining nor complaining for I know The Almighty is giving me a test a itsy bitsy tiny weeny little test for me. I might have done bad to other which I know I have. Forgive me Allah for I have sins. Forgive me Allah for I kept on forgetting You in my good times.

Ya Allah ya Tuhanku berdayakan segala potensi diri kami untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, berdayakan aku untuk beramal soleh yang Engkau redhai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu bersama-sama hamba-hambaMu yang soleh



Ya Allah ya Tuhan semesta alam
berdayakan aku untuk zikir kepada-Mu,
mensyukuri nikmat-Mu dan perelokkan ibadah kepada-Mu

"Ya Allah ampunilah kesalahan kebodohan dan perbuatanku yg berlebihan dalam urusanku, dan ampunilah kesalahanku yg KAU lebih mengetahui daripada aku, ya Allah ampunilah aku dalam kesungguhanku kemalasanku dan kesengajaanku yg semua itu ada pada diri ku, ya Allah ampunilah aku atas dosa yg lalu dan yang akan datang, dosa yg aku samarkan, dosa yg aku perbuat dgn terangan dan dosa yg Kau lebih mengetahui dari pada aku, PadaMU aku mengajukan dan hanya Engkau lah yg mengakhirkan dan Kau maha kuasa atas segala sesuatu"

taken from my cousin's blog<--klik to read.

hmm..sekarang memang terasa beban sebab dalam jangka masa yang dekat, proposal dah nak kena submit lepas tu dalam masa terdekat juga ada pembentangan proposal..Supervisor pulak tidak dikurniakan kesihatan yang baik sekarang. jadi peluang untuk bertemu dengan beliau amat tipis. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada Prof..


nota di kaki: Thanks Mr X sebab memberi teguran tentang English saya..*wink2*

Ingat Banyak Rupanya Sikit

Monday, February 8, 2010

Assalamualaikum..

hari ni ok la takde la penat sangat cuma yang pening kepala bila ada journal dah print and ada juga yang tak print-print lagi..*so ketuk kepala dengan senduk*..takpe kalau tak print tapi what happen if journals yang dah di print tu dah dicampur adukkan dengan journal yang belum di print lagi dalam satu folder yang sama..pening kan..ha...padan muka...sekarang pening la sorang-sorang kat bilik cuba la buat senarai panjang journal-journal..

tak kisah la..sendiri salah sendiri tanggung..Anyway, nak doakan my supervisor for his speedy recovery..Prof..tension dengan saya ke apa ni sampai masuk hospital..huhu..

jadual revisited>>


ingt lagi jadual yang tak berisi??skang dah isi....nak prove??boleh sangat...jap k...jangan gelak sakan lak tengok jadual saya..

*nanti saya letak pic..berapa kali attempt dah nak letak pic.senduk betul tenet nie*

ok...ok...what the feathers saya amek masa lama nak isi padahal kelas Jumaat 3-7 sahaja...saya tau...saya tau...pasal tak tau nak isi apa la yang jadinya hari tu kosong canthek...*senduk betul la dia nie..ingat banyak sangat la kelas dia*..saya takde kelas..saya cuma perlu ke lab dengan rajin..kalau tak rajin saya duduk bilik..hehe..

lupa pulak nak hebah-hebah..sapa saje yang rasa duduk and belajar kat UKM ada this community for UKM bloggers<--klik la sini k..terima kasih la pasal terima blog akak nie dalam community you all..*terasa tua sudah*..

so k la..take care and have fun..

XOXO..



nota di kaki: nak join contest aried, semangat dah berkobar-kobar pagi tadi..tapi tak tau la nak merepek ape kat contest tu nanti..

Terasa

Sunday, February 7, 2010

Assalamualaikum..

ye..memang saya terasa...saya terasa nak bawa karpet gebu mak kat umah tu bawa sini sebab bilik saya besar..saya juga terasa nak bawa rak buku mak yang kat umah tu bawak sini sebab meja saya kat sini kecik bila di stack ngn buku-buku makin bertambah kecik..terasa nak bawak vacuum sebab malas nak sapu-sapu *ni angan-angan mat jenin je k*..terasa nak bawak mak punya tempat gantung-gantung baju sebab bilik saya besar..

hah kau! nak bertapa ke apa la saya nie kat sini kan..serius cakap bilik ni besar. saya nak bawak karpet so that nampak la sikit nie bilik bukan setor..ahahaha...saje je nak keselesaan melampau kat bilik ni.hmmm...

tu je la kot..

Take care and have fun

XOXO..

Sate Kajang Haji Samuri

Saturday, February 6, 2010

Assalamualaikum..

Lupa pulak nak cerita last few weeks, family bawa saya keluar makan kat Kajang..My mom *being a veteran* requested sate kajang sebab dia kata sate kajang dulu-dulu zaman dia kalau makan memang sangat heaven..so kami pun ok la ikutkan je la selera mak untuk makan sana..


yup, sekarang sate kajang haji Samuri dekat Kajang ni dah berubah servis..sekarang ni self-service yang mana kita choose a meja untuk duduk then one of us kena g kaunter untuk order sate n terus bayar. no more waving or yelling or screaming for waiters. lepas bayar kita akan diberi kuah sate, ketupat, bawang *only on request*..

so after a few minutes, waiter datang bawa sate yang dipesan dan juga air minuman yang juga telah dipesan. so after a while sesiapa yang mahu order air lagi ke, sate lagi 50 cucuk ke or what so ever, sila la ke kaunter untuk order yang seterusnya.

one thing for sure, *tak tau la kan, ni pendapat peribadi* sate Kajang tak sesedap sate Kajang yang dulu..Mungkin rasa sama tapi dulu-dulu masa kecil makan sate sekali sebulan so masa makan sate sangat la nikmat..tapi nowadays, especially bila dah pindah Melaka, tekak ni rajin jugak disumbat dengan sate.. kat Melaka banyak sate yang sedap-sedap especially kat satu kedai tepi klinik Mawar Bachang.. sate situ memang sedap..so mungkin la ke'special'an sate Kajang dah tak dirasai..tapi one poor thing, sate yang dihidang sejuk!!please la management sate Kajang..kekalkan kualiti sate anda..sate anda kan one of the most famous sate in Malaysia..jangan rosakkan imej hanya kerana sate yang dihidang sejuk or suam-suam kuku..people come to eat fresh sate yang still panas bukan sate yang dah dibakar siap-siap then terus je hidang sejuk-sejuk..we can wait for a while *but not too long* just to get sate yang panas..some of us might think twice untuk datang lagi..kuah kacang and sambal still tiptop maintain dari dulu sampai sekarang..

Overall sate kajang still lagi sate yang sedap untuk dinikmati..puas hati makan sate kajang..

so take care and have fun..
XOXO..



nota di kaki: ada satu sate kat area sabak bernam kot nama dia "sate Hut"..dia ada jual sate ikut saiz L, XL..ahaha...L dah cukup besar tapi XL mkn 2 batang sate pun dah pecah perut..serius..sape orang area sabak bernam??betul kan??ada kan kedai Sate Hut??tak pasti area sabak bernam or what tapi setiap kali nak balik kampung sitiawan sure akan singgah kedai sate tu untuk makan..

Coconut Shake Klebang, Melaka

Assalamualaikum..

duduk sorang-sorang kat bilik ni buat keinginan untuk makan itu ini makin menjadi-jadi.. hari ni teringat pula petang-petang minum coconut shake Klebang, Melaka..the best ever.. kalau pergi Melaka, jangan sesekali lupa untuk singgah minum di situ. Kalau sesiapa nak minum air kelapa fresh, situ ada jual..tapi wajib cuba mereka punya coconut shake special..ada letak vanilla icecream lagi..adeh..*drool*..

indulge yourself dengan coconut shake special kat klebang tu memang sangat la heaven. bukan itu je yang sedap kat kedai tu, karipap kentang dia sangat sedap dan inti banyak.....karipap sardin dia sangat best...kuih-kuih lain pun ada tapi saya sangat minat dengan karipap kentang yang mereka jual..selain itu, sila la gemokkan diri anda dengan nasi lemak mereka..nasi lemak mereka tu sangat la sedap...sambal nasi lemak dorang sangat-sangat sedap...don't expect more untuk nasi lemak dorang since mereka jual murah..*tapi berbaloi*..

bila kedai jual makanan sedap-sedap tak salah kalau kita promote..nanti bila saya balik melaka, saya snap some pic kedai dorang n post kat blog...maybe I can provide a map untuk pergi sana.. the best ever coconut shake..kedai dorang tepi jalan...warung je...jangan tertipu dengan restoran-restoran pulak sebab ramai je yang try tiru mereka punya coconut shake tapi mereka punya coconut shake the best in Melaka meninggalkan mereka yang lain by far..


Coconut shake Klebang Stall nie dekat dengan caltex Klebang..so if you guys out there nak bercuti ke melaka, try to steal some of your time indulging the greatness of coconut shake kat stall nie k. And sila la bersabar sebab sure kena beratur untuk dapatkan tempat..kat situ, orang dari serata Malaysia datang bercuti sure akan singgah this stall..and never a chance *untuk kami sefamily* datang-datang terus dapat tempat duduk..sebab kena beratur and most of us costumers are willingly to wait semata-mata untuk menikmati coconut shake.. kat blog http://tummy-rumble.blogspot.com ni ada provide information such as harga n map untuk ke stall nie..

have a nice weekend and take care..

XOXO..

Kisah Time Table

Thursday, February 4, 2010

Assalamualaikum..

Since bulan ni adalah bulan permulaan bagi segala-gala yang akan menyebabkan ke'busy'an, saya telah aturkan jadual waktu sepanjang minggu..bukan senang keh nak sediakan jadual waktu especially orang macam saya yang end up tak tau nak isi apa kat dalam jadual waktu...last-last yang melekat kat dinding adalah jadual waktu yang kosong..yang ada cuma hari dan masa sahaja...wah..kagum betull..tadi masa nak start buat jadual waktu bukan main rasa macam tertekan pasal nak sumbat byk benda..sekali bila kotak-kotak dah siap, tak tau pun satu apa nak letak dalam jadual...*loser betul la rasa hati*..


lagi la nampak kosong kan kalau dah zoom..duhh...


bila nak isi? malam nie kot..ahaha..nak kena tunggu ilham dulu..baru boleh isi...so adik-adik or rakan-rakan, jangan tiru saya..saya nie pemalas orangnya..ahahaha...

so take care and have fun..

XOXO..