Saya Sudah Selamat Tukar Bilik

Saturday, January 30, 2010

Assalamualaikum..

Rasa sangat lama tak update blog ni..dan lama juga saya tak klik-klik kawan-kawan nuffnang saya..ampun dan maaf kerana kebelakangan ni, pelbagai masalah timbul. tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, saya berjaya juga menghadapi setiap dugaan yang mendatang dengan tenang walaupun adakalanya saya rasa sangat putus asa.

setelah pelbagai rintangan dilalui akhirnya saya berjaya ditukarkan ke bilik lain. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi setelah berhempas pulas.

lega walaupun penat hanya Allah saja yang tahu. tapi sangat berbaloi sebab dalam diduga kita baru tahu sapa kawan yang nak tolong kita dalam susah. Special thanks untuk Ina dan Amy. pertolongan kalian sangatlah dihargai. semoga Allah murahkan rezeki kalian berdua..memang sangat kami appreciate dengan pertolongan kamu berdua.

yang tak disebut *anda sentiasa dihargai*..

so skang life dah kembali kepada keadaan asal so saya akan kembali aktif dengan dunia blog..nantikan klik-klik dari zati untuk anda semua...*wink*

Kisah Lama Tak Update

Monday, January 25, 2010

Assalamualaikum..

lama batul rasanya tak update blog..memang lately a bit busy so mana yang sempat saya klik2 nuffnag tu kira lucky la *boleh pulak*...rasa macam dah lama tak jenguk blog cik aida yang comei...malam ini rasanya free so saya mahu jenguk setiap blog yang telah saya follow..

kalau dulu masa jadi penanam anggur yang setia boleh la rajin-rajin kan diri dengan blog tapi masalahnya masa tu saya pulak tak berkecimpung dengan dunia blog lagi..*ahahaha*..tapi saya tetap akan meluangkan masa saya untuk blog setiap hari walaupun 5minit.

so k la rakan-rakan blog sekalian. nanti kita jumpa lagi..

XOXO..

Kisah Step By Step Untuk Berjaya

Wednesday, January 20, 2010

Assalamualaikum..

tak tahu macam mana boleh datang idea untuk kaitkan lecture hari itu dengan kisah kehidupan kita yang serba serbi tak kena..*tapi tetap jua bersyukur ke hadrat-Nya sebab diberi peluang untuk bernafas sehingga saat ini*..kalau you all baca and you all rasa relevan untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian, you all boleh la ikut..ni adalah pendapat saya sahaja..

Prof kata dalam kuliah hari itu..Untuk berjaya dalam Research
  • mesti pasti dengan teori yang dipegang dan objektif untuk kajian dijalankan
  • mesti kenalpasti akan kaedah kajian yang hendak dijalankan
  • kena sentiasa buat bacaan tentang kajian yang berkaitan
  • buat research proposal
  • sentiasa simpan dan update rekod kajian secara teliti dan kemas
  • kenalpasti kemajuan dan buat laporan untuk kemajuan kajian
  • thesis siap
Prof kata, kalau ikut step by step Insya Allah berjaya..tapi hari ini saya perasan akan suatu benda yang kita boleh relate dengan kehidupan kita..untuk berjaya dalam hidup kita kena ikut step by step..sebab tu juga la ada orang kata, mula dari bawah. kita tak boleh terus terjah ke atas. dan saya tak pernah mempercayai kata-kata terus naik ke atas. saya amat mempercayai mula dari bawah. sebab tu ilmu kena penuh di dada. jangan sekadar mengejar gelaran master phd sahaja tapi hasilnya seperti melepaskan batuk ditangga.

saya cuba relate kan steps yang Prof bagi tu dengan bagaimana saya mahu berjaya dalam hidup..
  • mesti pasti dengan teori yang dipegang dan objektif untuk kajian dijalankan (dalam kehidupan pula kita kena ada azam dan objektif atau hala tuju kehidupan kita..mesti tahu macam mana kita nak lead life kita to something lagi better dari hari ini..dan semestinya azam kena la sesuatu yang boleh kita capai..bergantung pada abilities kita pada waktu itu)
  • mesti kenalpasti akan kaedah kajian yang hendak dijalankan (kena tahu macam mana kita nak achieve hasrat dan azam kita..betul tak? azam tanpa usaha sama seperti angan-angan kosong)
  • kena sentiasa buat bacaan tentang kajian yang berkaitan (ye la..baca la apa-apa yang patut seseorang itu baca..mungkin kalau saya, bacaan sangat penting sebab saya masih belajar..hiks)
  • buat research proposal (lepas dah tahu segala bagai macam mana nak hala ke azam kita, saya memang prefer untuk tulis..sebab bila tulis, ada time kita akan hanyut atau tersasar jauh dari line sepatutnya, kita boleh refer balik apa yang dan balik ke pangkal jalan)
  • sentiasa simpan dan update rekod kajian secara teliti dan kemas (yang ni sangat penting.kita hanya akan dapat kenalpasti kemajuan melalui apa yang kita dah rekodkan..bkn melalui ingatan)
  • kenalpasti kemajuan dan buat laporan untuk kemajuan kajian (baru la kita tahu mana letak duduk diri kita sekarang sepanjang proses untuk sampai ke tahap yang kita inginkan)
  • thesis siap (azam tercapai)
betul tak?bagi saya ok la tu..boleh la dijadikan panduan hidup saya ni. kadang-kadang kita lupa tujuan kita hidup..saya pernah diberi semangat oleh Sister (salah seorang cikgu di Convent dulu).. "lambat atau cepat azam kita tercapai bergantung kepada usaha..jika kita rasa usaha kita sudah banyak tapi masih lagi belum mencapai azam yang kita inginkan, itu bermakna, belum cukup lagi usaha itu.."

ok la..harap dapat kongsi dengan kawan-kawan lain..

take care dan usaha adalah tangga kejayaan..

XOXO..

Kisah Blog Title

Assalamualaikum..

Ha...ssesuka hati je la kan tukar blog title. dulu blog saya dikenali sebagai "::Ini Kisah Kami::" tapi kali ni saya sebulat hati tukar nama blog saya ini kepada "::Dulu Ejat, Kini Zati..Tapi Tetap Izzati Azwani::"..amacam?memang panjang kan..sesuka hati saja letak nama panjang-panjang macam tu. saja je tukar nama blog.

ni nama blog before tukar..

ni pulak after tukar..

so tu je la saya nak share pun. take care and have a wonderful day..

XOXO..

Kisah Planner

Assalamualaikum..

pertama sekali nak ucap terima kasih kepada seorang budak yang telah bersusah payah ketuk pintu bilikku malam tadi dan serahkan sebuah planner *free* edisi PMUKM kepada saya..wah..tak sangka ada rezeki nak dapat planner free. memang tercari-cari planner tahun ni tapi malas n kopak so tak dapat la nak memenuhi hajat memiliki sebuah planner. tapi Alhamdulillah semalam ada jugak yang sudi bagi planner free.


planner?apakah itu planner? it is a notebook where we jot everything important such as meetings, assignments, datelines or even things to be done. macam saya, saya guna untuk tarikh2 nak jumpa supervisor, plan for the day, assignments to be done, and sometimes kalau ada temujanji dengan kawan-kawan, saya akan masukkan juga. kira planner nie anything kita boleh letak sebab planner ni kira reminder la..everytime kita flip the planner kita akan tengok "owh, esok kita ada meeting.." or "owh!!esok rupanya saya nak jumpa kawan saya".. so, apa saja yang kita nak ingat or letak, letak saja dalam planner.


saya baca dari "Not Just Surviving", penulis berkata, jangan sesekali percayakan diri sendiri untuk mengingati sesuatu sehingga kita betul-betul ingat untuk mengingati sesuatu. macam saya, saya ni memang jenis cepat lupa. sebab tu juga la saya mempunyai satu planner. satu planner yang saya boleh tulis everything yang saya perlu lakukan. I don't really trust myself untuk mengingati sesuatu perkara.erghhh...sebab saya memang tidak bijak dalam jawab exam *setiap entry sure ada bunyi unsur-unsur malas tapi blame kat benda lain...pffft..taknak mengaku malas lagi tu*..yup..memang takkan trust diri sendiri untuk ingat segala macam bagai. pernah ada satu ketika, saya diamanahkan oleh Abg Shuk untuk beri makan tikus-tikus beliau di dalam bilik simpanan haiwan masa PSM dulu. tapi saya boleh lupa nak bagi makan last-last tikus abang Shuk memang kebuluran dan ada juga yang mati kekeringan. so, memang lepas tu, saya pastikan apa sahaja yang saya rasa penting dan perlu ingat, saya akan masukkan dalam planner.

so itu saja la yang saya nak kongsi.

take care and have fun..

XOXO..

Kisah Penangan Ubat Pabron

Sunday, January 17, 2010

Assalamualaikum...

Ubat Pabron? apakah ubat Pabron itu? yang tertulis kat kotak ubat nie adalah "Pabron Cough and Sinus - Melegakan Batuk Berkahak dan Sesak Hidung". since saya menjadi budak berhingus selama beberapa hari ini, maka saya akhirnya membuat keputusan makan ubat Pabron ni. Mula-mula memang taknak la nak makan ubat yang leh sebabkan mengantuk pasal esok nak kena jumpa supervisor, so kena la study la kan. tapi since kurang selesa and rasa sangat annoying dengan hidung so saya pun berkeputusan makan ubat pabron..



memang melegakan..seperti yang dijanjikan pada kotak ubat ni. sangat melegakan. selama 3-4 hari makan ubat selsema doktor poliklinik ayer keroh bagi, memang tak ada pulak any sign yang hidung ni akan stop berhingus. tapi bila makan ubat pabron ni, Alhamdulillah lepas bangun dari tido memang tak berhingus lagi dah..*lega*..

so, sesiapa yang rasa diri berhingus, boleh la try ubat ni. saya beli di farmasi. tapi ada amaran di kotak ubat ini..

Amaran: Ubat ini mungkin akan menyebabkan pengambil mengantuk dan mempengaruhi pencapaian pendengaran bila diuji. Jika mengantuk, jangan memandu atau mengoperasikan mesin.

memang betul..saya telan ubat pabron ni last night before I went to bed, tapi kesan mengantuk sampai la sekarang. pagi tadi bangun pastu memang terhuyung-hayang la.lepas tu boleh tidur lagi another few hours even though baru sangat bangun dari tidur..*yang tak tahu la sama ada kesan ubat or kesan malas..pffft*..

tapi, sekarang memang sangat lega. makan sekali sahaja. dah sihat jangan pulak la memandai-mandai nak try lagi makan. tu dah addicted namanya k. so dah sihat stop la makan..boleh la simpan for lain kali kalau selsema or batuk lagi..

ok la..take care and sentiasa jaga kesihatan..H1N1 masih bersama kita lagi..*dah macam iklan*..tapi serius cakap, masa selsema and batuk, risau gak if these are the simptom of H1N1..hari tu anak sedara kena H1N1, tanya dia sakit ke tak, dia boleh jawab tak sakit..macam kena gigit semut je..*apa Nabil ingat CuJat tanya pasal sunat ke?*..

ok la..take care and enjoy..

XOXO..

My Valentine's Day

Saturday, January 16, 2010


(Photo by Stephen Lovekin/Getty Images)

If I were given a chance to date one of the star in Valentine's Day movie, I secretly drool over Bradley Cooper *he wins my heart hands down*..I am so head over heels for Bradley Cooper.


what can I say more??he's dreamy for crying out loud. cute face, have a perfect-smile-that-makes-my-heart-melts, the eye *needless to say more bout the eyes*, and also when I saw him in any movies, I just fell in love with his character..he knows how to charm a girl all the way through his character..

and I suppose, if Bradley Cooper ever ask me out for a date, I want to spend the whole Valentine's Day in a theme park. ahahaha..I know..Childish...but it is where I can really spend my time and share all the fun and do crazy stuffs together..


I would love if Bradley Cooper give me a bunch of *not flowers* but chocolates..


Okay..enough said already about Bradley Cooper..I hope I will stand a chance of winning this..If I won, I would like my bubbly sweetheart to come along..*and see me drool head over heels for Bradley Cooper*

so, come and join the contest by NUFFNANG and stand a chance to win.

Thanks Nuffnang<--Klik to Join


Kisah Budak Hingusan

Assalamualaikum..


it's been like 3 days already but still my nose doesn't show any sign of stop berhingus. memang skang dalam irritating mood sebab dengan runny nose macam nie, lots of works and studies yang tertunda *alasan tak mahu stadi tu cakap je la terus terang*..tapi memang irritating *this one memang for real*..

so setelah dinasihatkan oleh ramai orang, saya tertarik sangat sebab masing-masing punya petua masing-masing..*sampai keliru nak ikut yang mana..last-last telan ubat selsema je*

  • ada seorang kawan yang prihatin nasihatkan saya minum air suam banyak-banyak *memang biasa sangat dengar petua ni*
  • ada seorang ni pulak nasihatkan saya minum scott emulsion *erk..tu bkn kalau tak kena selsema then amalkan sure tak kena*~hiks
  • ada jugak yang nasihat jangan mandi lepas maghrib *taknak mandi terus leh tak..sejuk...*~hiks
  • ada juga yang suruh letak minyak kapak or vicks kat hidung so that hingus meleleh keluar laju so that esoknya takde lagi hingus nak keluar *jijik betul la kau punya idea..leh pakai ke*
  • ada yang suruh embunkan air halia then minum..*embunkan tu macam mana ek?*~hiks
  • ada jugak yang kate pergi la sapu bilik tu..mungkin bilik dah berdebu..tu yang asik selsema je..*erk..kau tolong la sapukan..aku kan tengah saket nie*
  • erm..kawanku kata minum ari teh-o panas..bila saya tanya kenapa dia kata dia terbaca kat internet..*ces..kau tak tahu alasan rupanya*
  • last but not least *banyak lagi tapi tak tertulis la kat sini pasal banyak sangat*, makan la ubat selsema yang warna kuning tu..*siap offer lagi ubat selsema dia..apa kau nie dealer ubat selsema ke..ahahahaha*..
conclusion : saya masih lagi setia makan ubat selsema tak mengantuk diprovide oleh doktor poliklinik ayer keroh. I can't afford untuk mengantuk pada masa ni sebab saya perlu lakukan banyak kerja..

anyway, thanks to those who care..love ya..

XOXO..

Kisah Course Kau Senang...Boleh La Skor..

Friday, January 15, 2010

Assalamualaikum..

hmm..topik yang takde la menarik sangat tapi boleh dikatakan ring a bell to those yang pernah melalui kata-kata hikmat seperti ini.. pernah tak you all berkata or dikata seperti ini "alaa...boleh la kau skor power-power..tengok course la..course kau senang skor.." ataupun mungkin ini "tgk IPTA/IPTS kot..IPTA/IPTS kau senang bagi markah..sebab tu la kau leh skor tinggi..".. jelak kan dengar? macam course yang dia ambil sorang je yang sangat susah.

wake up la kepada sesiapa yang masih menganggap sebegitu. bukan apa..nampak macam senang..no matter orang ambil course apa, show some respect la..setiap orang punya minat yang berbeza. cuba kalau you all tak minat and takde background, sure tak boleh skor jugak kan..tak kisah la course apa, medic ke, engineering ke, sains ke, account ke, agama ke, setiap course punya bench mark tersendiri dan bukan semua orang boleh ambil ikut senang hati.

saya dulu pernah la ada makcik ni tanye ambil apa degree? saya dengan jujur kata dapat zoologi. makcik tu dengan penuh yakin kata, zoologi je kot, orang SPM semua D pun boleh masuk. aik? kenapa perlu menghina. bukan kah kita nie sebangsa, seagama, senegara. kenapa perlu ada hasad dan dengki daam hati. tak baik la. kita kalau dengar kejayaan orang lain, tolong la jangan dengki. cemburu boleh, tapi jadikan satu motivasi untuk diri kita untuk lebih berjaya. bukannya kita tolong down kan orang tu sampai sanggup menghina orang lain. kikisla budaya sebegitu. jangan la diperturunkan ke anak cucu makanya sampai bila-bila pun budaya tak elok ni menular.

saya yakin ramai lagi yang kat luar sana mengalami keadaan sebegini. tak kisah la tentang apa..asal ada saja kejayaan kita, pasti ada orang lain tolong down kan kita. tapi saya think positive. mungkin dia tolong kita so that kita jangan terlalu membangga diri..so thank you la kalau niatnya macam tu. tapi kalau niat semata-mata kerana dengki, hmmm...tu jawab la nanti ngn Tuhan. saya maafkan sahaja. tak mahu ada rasa sakit di hati..

biasa la tu mana-mana kita pergi sure ada yang dengki. asal kita berjaya ramai yang dengki tapi bila kita tersungkur, ramai lagi yang hina. pendek kata, apa yang jadi ke atas diri kita pasti menjadi bahan bualan orang ramai. tapi satu perkara yang saya terap dalam diri adalah jangan kisah sangat apa orang nak kata. hidup kita biarlah kita saja yang tentukan. jangan biarkan orang lain ikut mempengaruhi. kita hidup kerana Allah..bukan kerana apa orang nak kata. kita tak risaukan keikhlasan kita menjalani hidup tapi sebaliknya kita risau kalau kita buat macam nie orang kata macam ni..ermm...mungkin belum terlambat lagi kita nak perbetulkan niat kita hidup..

orang kata ni kita boleh jadikan panduan supaya kita tak tersasar dari paksi kita. tapi jangan la sampai kita hidup berpaksikan orang berkata..lain kan?

so apa-apa pun, saya wish all the best to semua orang dah live life the fullest k...

XOXO..

Kisah Angan-Angan Mat Jenin

Wednesday, January 13, 2010

Assalamualaikum..
taken from warisan Budaya Malaysia
http://malaysiana.pnm.my
(klik to read the story)


mat jenin, bila sebut je mesti teringat kisah sadis mat jenin. semua orang pasti punya angan-angan. semua pasti sedang bertungkus-lumus untuk merealisasikan angan-angan masing-masing. saya jugak punya angan-angan.

a wise man once told me that "angankan apa yang kita impikan, berusaha kecapi angan-angan, maka akan jadi kenyataan, barulah tidak digelar mat jenin"

betul..kalau setakat angan-angan, semua orang pasti boleh lakukan tanpa sebarang masalah. tapi untuk jadikan angan-angan tersebut satu kenyataan, tidak semua boleh lakukan. hanya mereka yang mahu berusaha sahaja yang boleh jadikan kenyataan. yang suka duduk goyang kaki pasti tidak akan dapat apa yang diangankan. saya sangant setuju dengan apa yang beliau katakan pada saya suatu ketika dahulu. kisah mat jenin adalah satu kisah yang amat berguna. kidah yang tak pernah lapuk dek zaman. dan saya tentu pasti akan menceritakan kisah mat jenin ini pada anak-anak saya nanti. biar dijadikan satu iktibar nanti.

kenapa hari ini, saya melalut cakap pasal mat jenin? ada pertalian persaudaraan ke? hehe..takde la..sepanjang hari berada dalam bilik, saya meneliti azam 2009. yang mana dah jadi kenyataan dan yang mana belum. ada beberapa azam yang tergendala (saya panggil angan-angan mat jenin). tahun nie saya panjangkan semula azam 2009. saya sambung kontrak azam tahun lepas. hehe.. agaknya, boleh ke sampai azam kali ni? macam boleh achieve but I really have to strive for it. I still remember slogan sekolah convent sitiawan dulu. SIMPLE IN VIRTUE AND STRONG IN DUTY. memang mendalam maksudnya. saya make sure saya sentiasa pegang slogan nie sampai saya mati. dan saya akan turunkan motto hidup (and sekolah..pinjam k) ke anak-anak saya nanti.


apa-apa, kita kena struggle. yup, memang penat bila usaha tapi saya pernah diberi kata semangat, "bila kita usaha, hasilnya pasti lebih manis".

so, I hope apa yang diceritakan kat atas nie may give you some heads up untuk setiap azam yang dah pun di azamkan. sebab saya pasti, semua orang boleh capai azam kalau kita yakin dan berusaha sepenuh hati. dan jangan sesekali lupa, lepas dah usaha, kita serahkan pada Allah. sentiasa minta pada-Nya. Mak pernah nasihat "kalau kita lupa Allah, Allah pun akan lupakan kita"..

so,Enjoy and take care

XOXO..


Kisah Agak Sibuk

Tuesday, January 12, 2010

Assalamualaikum..

to all yang sudah klik2 nuff saya, I really
appreciate your effort..thx!!tapi sori tak balas klik2 kat blog u all sbb keadaan masa yang agak sendat sekarang..by the way, mlm nie sure I will spend some of my time to klik2 k..

suka je g blog u all..bukan setakat klik2 but I really
enjoy all the post.

anyway, thx a zillion for klik2 nuff kat blog yang sgt la baru nie k..

take care and XOXO...

Kisah Colourful Contest

Thursday, January 7, 2010


mmg takde keje la kan g join contest sana sini..takpe2..nie contest memang memerah kudrat otak yg sememangnya lemau..thx -->tuan rumah<--..

nak adiah cepat..hehe..ye ye je kira ngn tepat kan..padahal kira ngn
kalkulator..saintifik lagi tau..jgn memain tuan rumah..

XOXO..

Hello Kitty GiveAway

Powered by BannerFans.com

Hello Kitty giveAway from Ulat Chumel


Syarat-syarat :
  • Buat satu entry di blog anda bertajuk "Hello Kitty Giveaway". *sudah*
  • Copy banner "Hello Kitty Giveaway" di atas dan letakkan di dalam entry anda dan juga di sidebar blog anda. Jangan lupa link kan gambar banner tersebut ke entri ini.*sudah juga*
  • Jadilah Follower blog ULAT'S WONDERLAND ini dengan seikhlas hati. hehe. penting niy supaya senang nak update ape2 nanti.*sudah!!sudah!!*
  • Apabila selesai semua task, sila tinggalkan komen beserta link entry anda itu di ruang komen di bawah.*dah letak*
  • Tarikh tutup : 10 Januari 2010.*nak dekat dah*
  • Pemenang akan di pilih berdasarkan randomly pick @ lucky draw yang akan diumumkan pada 11 Januari 2010.

XOXO..

Kisah Giveaway Chumel

saya mau ini boleh tak.......adeh..saya suka giveaway cute2...saya suka...saya mmg suka..

kalau boleh saya mahu memilikinya..

kalau anda juga mahu memilikinya, lawat la
-->My Sweet Den<--..barang yang tuan rumah nie buat sgt chantek *puji eh..ikhlas nie*

XOXO..

Kisah Pencuri

Wednesday, January 6, 2010

Assalamualaikum..

hO_oh..mmg takut k dgr..rumet balik je dari kelas gtau ada budak kelas dia dok
zaba bilik kena ceroboh orang..tak suka betul dgr bila dia kate laptop hilang..mmg pas nie aku mengusung saje la ke mana2 laptop aku nie..tak dulik la berat tak berat..

enchek
pencuri!!
tak halal
dunia akhirat ko wat camtu..nak2 lagi ko aniaya budak tgh belajar..tak ke tak selamat dunia akhirat ko..

ades...tak suka..

Kisah Semalam

Assalamualaikum..

good morning..woke up not so early today. teruskan membaca jurnal sbb next week I'll be meeting up my supervisor for some heads up. well..well..he told me that if I get the flow and ideas then he'll be setting me off for the lab. can't wait to dirty up my hands in lab. I miss those perfect days of PSM.

I remember those days..me, Ina and abg shuk was pretty close that day. Me and ina remain close until today. *gonna receive chocs from her tomorrow*. and I can still remember when ina and I went to the lab at night and me got scared and when I have to use the toilet, I will definitely dragged Ina with me and she have to talk to me while I am doing my little business just to make sure she didn't leave me..*penakut*..

And Ina, I still remembered those days when kita beli pizza domino and it was already cold and you said it was no fun at all eating cold pizza and u used the oven inside the lab where u secretly increased the temperature a little bit..that time we didn't even think about any consequences of doing that and all the lab apparatus inside the oven smells like pizza. *nasty*..later on we secretly and quietly agreed not to use the apparatus inside the oven cause it may effect our result.*jahat seh..orang lain guna takpe*..

oh_oh..and I remember the lipas terbang scene where I still got the whole picture of u and fizah bravely stepped forward with penyapu trying hard to kill the lipas terbang.. but when the lipas starts to terbang, u guys yelled like nobody bussiness..*LOL*..

what a scene..I love you guys so much and I pray we remain friends as long as we can live.

XOXO..

Kisah Bosan

Monday, January 4, 2010

!!Aku perlukan kekuatan dalam diri !!

Kisah Meletihkan

Assalamualaikum..

hari nie mmg meletihkan..saya bertemu
penyelia tesis saya yg baik hati. saya disambut dgn senyuman. beliau perlu ke kelas. tapi masih lagi meluangkan masa untuk saya. penyelia tesis saya memberi saya seminggu untuk preparekan diri dgn ilmu2 berkaitan tesis saya. mggu depan saya akan bertemu sekali lagi dgn beliau. tetapi keadaan berbeza kerana saya sudah punyai tugasan dan amanah untuk stadi. bukan seperti sebelum ini, stadi ikut suka je. beliau membantu saya memberi sedikit guideline..

saya tertinggal surat tawaran di bilik lalu berlari naik bas balik ke bilik..memenatkan..

boleh tak saya nak kagum ngn diri sendiri sekarang nie?saya kagum dgn kebolehan saya berdikari. hmmmm...never mind..

aku punyai misi..orang nak tgglkan aku kontang kanting sorang2 kat sini bkn lagi jadi isu dalam diri nie..



Kisah Wiggly Things

Sunday, January 3, 2010

Assalamualaikum..
see these little evil creatures up here?dorang dah berjaya membuatku pening kepala.muahaha...
I was cramping up myself to sit depan laptop and books for hours and now while I'm at it, every info yang di gain dh all mixed up.

I just want 2 cry.. it's not their fault by the way. it is all my fault. I'm suppose to be a good student. I'm suppose to know how to digest all the information correctly. and I am a good student. I want to be a good student and all. I have to prove myself. I have aims to catch up. I have dreams to come true. and *I have love deep inside me*..

that's all for 2day. maybe next time I can share with you guys tips and rules on how to digest info.

XOXO and heap of love!!

Kisah Hari Ahad Yang Panjang

Assalamualaikum..

hari ahad yang panjang. baru je masuk hari ahad tapi dah terasa sangat panjang. fon dah takleh guna satu sen pun. geram pulak. tapi nak buat camne. mmg jodoh ngn fon nie tak panjang.

taknak hurai panjang2 pasal fon nie. hati panas je nanti..

to my fren,
aja, gudlak k arini. jgn nangis2 lagi. saya sentiasa ada dibelakang aja walaupun saya jauh disini. saya sayang sgt nurul hajar samuri.

ok la..take care and have fun.

Kisah Eksiden

Saturday, January 2, 2010

Assalamualaikum..

hmm..eksiden? mak ayah baru je eksiden tadi.hmm..tayar pecah then skidded.. nasib tak ape2..aku lak eksiden gak..eksiden jiwa dan raga. cajer fon ntah nape dia taknak caj. geram gila..aku naik angin sat lagi ada jugak fon yang bersepai. tapi taknak la sepai2 kan fon nie.elok2 ada fon kang takde fon lagi la bersepai otak nie sat lagi.

hari nie period pain. gila pain. aku nak je telan 2 bijik ponstans sekalugus tapi memandangkan ponstan nie mampu membuatkan renal failure if excessive usage so I've tried damn hard to avoid myself eating that devil..muahahaha...selama nie sakit sket telan sebijik. pantang sakit period pain, sure sebijik ponstan akan lebur dalam perut.

arini ada gak attempt untuk melayan citer "Barbie- the three musketeers". vain betul la aku arini. ape la kes nerve system aku melayan citer sebegitu rupa.. tapi kan best la. aku suka. aku mmg dari dulu suka barbie. aku ingt lagi grandma young aku pernah bg Barbie set utk aku sempena christmas. hepi sungguh time tu menyambut hari natal.*tak tau lak aku hari natal tu bkn perayaan aku time tu*..aku sambut je seikhlas hati. lagi ikhlas bila dapat hadiah byk.muahaha...

ok, pardon my attitude arini..mmg vain. lantakkan..

ok la..nak g mandi n nak stadi a little bit b4 jumping in bed..*bkn dah jump ke siang tadi*

XOXO

Kisah Azam

Friday, January 1, 2010

Assalamualaikum..

kisah azam aku di tahun baru 2010 nie?

  • Nak berubah perangai yang tak elok. Ada misi yang perlu dilaksanakan
  • aku nak berdikari..taknak PINJAM or GUNA or HABISKAN duit sesapa
  • Kalau aku mampu, aku nak tanggung belajar nie SENDIRIAN BERHAD
  • Nak bayar ganti rugi kepada sesiapa yang rasa dia rugi bila menanggung aku
  • nak KUMPUL DUIT banyak2 n tak perlu la lepas nie menagih simpati ORANG LAIN
  • nak belajar RAJIN2 n dapat FLYING COLOURS