Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

SuRaU Vs KeNDuRi

salam to all

waaa, sangat mengantuk. orang ngantuk, masuk tidur, aku ngantuk on lappy. yeahh! cara baru hilangkan mengantuk. jangan segan2 untuk cuba ye. aksi ni tak berapa nak bahaya.

malam semalam aku masuk tidur agak lewat. mengerjakan kerja sekolah lah kununnye. malangnya, beberapa jam menghadapnya, macam tak ada apa yang siap. itulah cik pearl. (mana nak siap kan, buat homework di samping lappy, faham-faham je lah)

dan hari ni, aku dengan incik kuzer merancang untuk ke jalan kebun untuk menghadiri kenduri kahwen sahabat baik incik kuzer a.k.a sahabat bisnes aku beberapa bulan yang dulu. kuzer kerja lah pulak, so demi tak nak naik tren sendiri ke klang, aku pagi2 dah mengekor incik kuzer ke pejabatnya. dia sibuk bekerja dan aku sibuk online. mengantuk jangan cakaplah, memang dah tahap buaya kekenyangan (teruk btol perumpamaan cik pearl). segan kat officemate kuzer punya pasal, aku tahankan mata.

tengahari gerak ke jalan kebun. before sampai ke dewan tempat kenduri kawen, kami carik surau untuk kerjakan zohor.

perkara 1 : kami tak familiar dengan tempat tersebut. tak tahu kat mana surau berdekatan. jadi kami tanya pada seorang uncle pemilik kedai. malangnya, sikap acuh tak acuh (macam orang nak naik angin pun ada) sangat buat aku sakit hati. nak beritahu surau kat mana pun siap nak marah. lainlah aku tanya kubur dia kat mana ke kan. ha ni ayat kasar dah keluar dah ni. cepat tarik tangan aku, kang hidung pakcik tu terbalik kang..( hurmm hiperbola jer. faham-faham je lah, incik kuzer penyabar orangnya, so aku pon ikut terdiam.) tapi hati ade sikit pedih!

perkara 2 : surau yg kami singgah betol2 macam sebuah rumah kampung. kiri kanan dan depannya adalah rumah penduduk kampung tu. tapi amat sedih kalau perhatikan keadaan balkoni, tandas dan ruang rehat surau. masuk-masuk dah ada makanan yang dihurung semut, kucing siap berhibernasi dalam tandas, tandas perempuan baunya sangat harum hingga aku terpaksa tumpang tandas lelaki. kat tandas lelaki, semut menghurung segenap ruang. masyaAllah, ada yg makan dalam tandas kah? atau ada yg kencing manis? yang tak tahan tu, kuzer aku terus ambil penyapu & menyapu balkoni surau. hurm..sangat tak puas hati dengan jiran2 yang rumahnya sekangkang kera dari surau. langsung tak menjaga rumah Allah. (ye, aku pun tak bagus sangat. kalau surau sebelah rumah aku pun, entah aku buat entah tak. tapi rasenya tak lah tergamak aku tengok keadaan surau macam tu tanpa buat apa2) ruang sembahyang nya tak la kotor sangat pulak. maka aku dapat simpulkan, mereka hanya memelihara kebersihan ruang solat tanpa mengambil kira kawasan2 lain. (sedangkan lepas ambil air sembahyang, kaki akan jejak situ sebelum masuk ruang solat.aduhai!)

perkara 3 = telekung yang ada cuma sepasang. tengah ambil telekung, cicak bertempiaran lari dari kain telekung. apa perasaan kalian? ...aku sembahyang tanpa telekung akhirnya..

perkara 4 = keluar dari surau dan on the way ke dewan, baru jumpa 2, 3 surau yang lain. mungkinkah bilangan surau yang banyak dalam satu2 kawasan menyebabkan ada surau yang terbiar tanpa jagaan (terlepas pandang ke)... entahlah.. lu pikirlah sendiri.
last but not least:

...selamat pengantin baru buat syafeeq & ain. teruja tengok mereka. majlis kahwen di dewan dengan sambutan sederhana tapi meriah. walau tanpa pelamin dan persandingan, sambutan yang diiringi dengan lagu2 & zikir2 nasyid sangat mendamaikan. pengantin turut menanti menyambut tetamu. wahh, kelainan dan keindahan. (ini juga permintaan dan keinginan bakal bapa mertua aku untuk sambutan di sebelah lelaki nanti, insyaAllah...aku tunaikan)



* selamat bertunang juga buat sahabatku sharifah mayula dan tunangnya alan (tak tahulah nama penuh) yang berlangsung lepas isyak tadi. moga pertunangan kalian berakhir dengan ikatan perkahwinan. amin...

ayu ni kawan aku kat JB. juga 1 course kat UKM dulu. =)

depan kedai fotostat kat JB. hehe

dalam kelas.

*on da way back to rawang, aku boleh tertidur dengan nyenyak. buka2 mata dah kat batu 16 rawang. hehe. tak perasan pulak dah tidur lama dengan membiarkan kuzer seorang memandu meredah jem. maaf yuyunk!

wassalam

Tuesday, January 12, 2010

AkU RaSa Ia SaNGaT RuMiT

Salam to all

telinga aku penat..kesian dia. hari2 org tanya 'eh, bila nak sambung belaja? tak jadi ke? dah tahun 2010 ni??

jawapan aku 'entahlah..dari 3jan tukar 18jan..lepas ni tak tahu bulan bila pulak.. silap2 tahun depan..tu ok lagi, kalau tahun depan pon tak ada?'

aku masih di rumah. tak ada tanda2 aku akan sorong beg beroda sebijik macam pelajar AF tersingkir tiap minggu. menandakan kerajaan masih gantung aku tak bertali. aku mintak cerai , tak mahu bagi. fasakh boleh?

aku masih mengkaji perihal saman menyaman yg kian hebat di dada2 akhbar, aku nak saman KPM? ye, boleh jadi. perjanjian yg dimeterai telah ternoda.

cuma tak perlu masuk dalam kosmo atau paper2 yg lain. aku tak mahu bikin kontroversi. apa lagi jumpa wakil rakyat nangis2. dunia belum berakhir.

tadi...pagi tadi,, eh silap petang tadi..aku telefon bahagian KPM. macam biasa alasan mereka berjela2. sebelum ini, bermula bulan lepas, aku dah telefon hampir 1oo kali mungkin (sila buat muka terpesona skrg!). kalo aku seorang promoter kereta, lebih dari 100 biji kereta dah terjual agaknya..selama aku berhubungan dgn mereka (100kali di talian, ), apa sahaja alasan mereka, aku terima. senyum, tenang dan masih berbahagia. telefon si A, di pass sampai ke talian si Z. tak apa, aku cool. masih tak ada jawapan, telefon lagi, talian putus tak berangkat pula. begitulah sehingga berpuluh2 kali semenjak bulan lepas.

tapi tadi..dgn suara sedikit tegas..tiada lagi nada2 melankolik..
kejamkah aku ye??

wassalam.

Monday, December 7, 2009

TiNTa PeNa Di ALaM MaYa

salam

entry ini khas utk mencari yg terpisah. glurpp!! siapakah yg di cari?

-----> Mili Arifah @ cda

aku tahu kau baca entry2 aku. aku tahu kau terasa hati dgn aku. tapi percayalah 'sesuatu perkara yg menyakitkan hatimu, adalah sangat mungkin juga menyakiti hati org lain'.. aku hargai segala pertolongan kau 1 masa dulu. tapi kadangkala aku dapat lihat yg aku terlalu mengikut cara kau yg secara totalnya bukan jiwa aku sebelum2nya. org salah faham pada aku. org salah sangka pada aku. kerana apa yg aku lakukan segalanya adalah dari dendammu pada masa lalu. aku jadi cermin diri kau waktu itu. aku turuti kerana aku buntu. tanpa sedar, aku sendirian pikul kesudahan yg buat semuanya jadi serong. aku rasa tak adil. aku mahukan penjelasan. jelaskan cda. kenapa susah menjejaki kau. sekurang2nya sudi2kanlah diri kau utk tinggalkan komen kat entry aku ni.

suatu masa dulu, bila aku kata pada kau 'tak nak la weh. benda ni akan sakitkan hati org'.. tapi kau kata 'alah, kite minta maaflah nanti'.. aku hilang pertimbangan kerana aku tak pernah lalui saat2 itu. bila ia terjadi, aku mengadu pada kau 'aku serba salah..aku yakin ianya dah sakitkan hati org'..dan kau jawap 'dia kan dah maafkan kita'..

hari ni, aku ingin berkongsi sesuatu dgn kau..

suatu masa dulu dialog2 kita kat atas tu pernah berlaku kepada seorang ibu dengan anaknya. ibunya buntu kerana tak mahu anaknya begitu mudah menyakiti hati seseorang dan senang2 meminta maaf . lantas ibunya berkata 'bila kamu menyakiti hati seseorang, ketuk lah sebilah paku pada dinding. kemudian bila kamu dah minta maaf, kamu cabutlah semula paku itu'..

anak itu akur dan melakukannya. beberapa bulan kemudian si anak berkata 'lihat ibu, tiada 1 paku pun yang tinggal. semuanya dah dicabut'..anak itu berkata dgn bangga..'memang ramai org yg sy sakiti, tapi sy telah meminta maaf dan mereka telah maafkan.'

si ibu menjawap 'anakku, memanglah kesemua paku sudah dicabut. tapi cuba engkau perhatikan keadaan dinding itu. ia calar, tebuk dan berkematu. tidak indah seperti asal. itulah hati2 yg telah kamu sakiti'..

....................

aku tak maksudkan apa2 dari cerita ni. aku hanya ingin kongsikan pengajarannya. kalau 1 masa dulu, hati kita pernah tertebuk dgn kesalahan org lain terhadap kita, kan bagus kalau kita hanya redha dan berdoa. kalau kita mendesak, marah, dan semua yg negatif, kita juga tanpa sedar telah menebuk hati mereka. tidakkah ia sama?

dari dulu aku cuba mengelak, tapi akhirnya aku juga sama...aku ingin diriku yg dulu. tak mudah bertindak.

aku minta maaf.
aku tunggu kau msg.

aku tunggu kau call.

atau sekurang2nya kau drop komen kat sini.

kalau tak, aku tak kan come out dgn new entry. aku akan sibuk tulis entry pasal kau.. boleh? =)

aku rindu kau.

wsalam.



Friday, June 19, 2009

SaYa & BoNdA

Assalamualaikum..

Usai solat asar ptg td, sy mengadap bonda tercinta..meluahkan segala yg mungkin bonda tak tahu selama ini. tentang sikap sy, keinginan & impian sy, ketakutan & kelemahan sy & serba serbi yg bakal mengusutkan jiwenye..teruk btol sy...ehe.. fenomena ini memang berlaku setiap hari..menghabeskan mase dgn bonda at least setengah jam sehari utk berkongsi segalanya secara 4 mata..cume hari ini perkongsian mengambil mase hampir 3jam.. bonda tahu sy ader masalah..

bonda kate sy banyak ikut perangai ayh..bonda minta sy ikut yg baik2 je, jgn ikut yg buruk2..nanti org x suke.. tapi bonda kate bonda x salahkan sy..sy faham mksd bonda..

tapi wajarkah bonda buat macam tu?? bonda tak nak ke tgk sy gembira?? tapi itu pilihan bonda. bonda kata jgn biar org terluka..tapi bukankah sy yg akan keciwa??? bonda kate sy masih ader bonda..

perkongsian kami berakhir dgn tangisan sy bilamana terbuke isu sambung belaja..bonda restu..tapi dalam paksa kah? ape yg perlu sy buat? balik dgn keterujaan di tahap maksimum ke ukm minggu depan atau ke putrajaya terus? tapi sy tau bonda separuh hati..:(

mana mungkin sy teruskan jika bonda begini..mereka tny adakah sy sgt kecewa dgn keputusan bonda? sgt2 kah?

ye...

sy tahu sy tetap mampu capai ape yg sy inginkan..tp ia akan memakan mase..dgn mengikut mase yg bonda cadangkan..tapi pada masa itu, sy akan berusaha sendirian..tak ada lagi mereka2 yg sentiasa bersama sy sepertu dulu..mereka bakal memilikinya dahulu berbanding sy..

p/s : maaf kerana mungkin kamu semua tak faham entry ni..sy sedikit beremosi..

* dan hari ini die meluahkan segalanya..terkesima juga sy..Allah mengetahui segalanya..ia bukan jodoh kite...Aku doa ko juge akan bahagia..ingat janji ko okeh..aku tunggu berita gembira itu..Amin...

ana billah walillah ma'allah
wsalam


Thursday, February 19, 2009

DaNaN & BaNaN

Assalamualaikum..

kamu faham tajuk entry aku kali ni?? sesuai dgn lagu baru kat playlist aku.. hati tgh gundah menganalisa data..tahap gaban tensionnyer..memang tak ada kene mengena kan..

aku teringat kisah petang tadi. mencurik sedikit waktu utk diluangkan bersama banan.. die bercerita tapi aku yg mengalirkan air mata. sungguh, aku telah merasainya. kalau aku mampu, aku bawa kamu jauh dari apa yg kamu lalui kini. aku tdk mahu kamu turut merasainya. percayalah.

tapi DIA lebih tahu apa yg terbaik utkmu..harungilah juga walau kamu tidak rela. kerana disana ada sesuatu utkmu..aku percaya, masa akan mengubati segalanya..

dan kerna itu, namamu akan sentiasa dalam doaku..

ana billah walillah ma'allah..
wsalam.

Wednesday, January 7, 2009

CataTaN SeDiKiT EmoSi

Assalamualaikum..

Masa zaman ak skola dulu smpila skrg ni, kalo time exam jer, hormon2 adrenaline ak mrembes dlm kuantiti yg byk..jantung ak berdegup kencang, cam owg jap g nk kne jalani hukuman pancung..tgn ak lak kejap sejuk, kejap bpeluh..ak pon x sure sejak bile tgn ak wat service berkala..kejap mngambil alih tugas peti ais, kejap plak jd oven.. gemuruh..sungguh.. bile bukak paper soklan, mata ak liar carik soklan2 yg ala2 kacang.. nampak jer yg agk2 ak ley jawap, tgn ni dgn pantasnyer mnyusun ayt2 membunuh.. selaju mgkin ak tulis..sekali tgk cam jari bgerak laju membina benteng2 jwpn utk mnawan A solid... tu tndenye ak stress sbb takut jwpn yg ak tgh ingat ni tetibe lupe..so ak tulis laju gler dgn kadar 200patah perkataan/minit sblm idea2 jwpn hilang..huks. seiring plak dgn sgala idea dan jwpn yg laju kuar dr kpala otak ni...tp bile tgk paper alahai..x sampai sparuh page lg ngupenyer..isk2.

tp ni bukan fokus ak utk entry kali ni..cume hr ni ak dapat rase suasane nk exm tuh bile bdepan dgn seorang sahabat yg slumber je lepas cakap. at least time exm, ak akan mnulis jwpn laju2 sbgi tanda protes diatas rase hati yg gmuruh dan x slesa. tp kalo time marah kat member cmni, xkn ak nk pegi capai pen & kertas pastu tetibe mnulis lak dpn die kan..so ak pendam rase marah ni.. bila tahap marah & geram mningkat dgn mndadak & x dapat dlepaskan, ak pon pe lg..raba la pipi time tuh..de air kck2 turun slow2..ak trase..sungguh..

geram bangat ak.. ak xtau ape2 tntg hal itu tp dr gaya die cakap, mcm ak yg tentukan sume..kalo x puas ati, soundla org yg spatutnyer..tny r dulu..agk2 dah sure org tuh patut disalahkan, bru la kuarkan sgala laser yg de dlm mulut..ni x pk perasaan org..ak memg jenis slumber n suke ktawe..tp ak de prasaan cm org len..sensitif gak. so ak ape lg..kalo ikut hati yg panas, ak balas dgn api..tp pkkan ak pose ri ni, malas nk pjg2.. at least dlm ati ak ade gak rase xnk mnyakiti org len..cpt2 ak sjukkan dr sndr..tu yg finally ak nangis. nangis bukan kerna sedih, ape lg gmbira.. tp sbb menahan marah & geram. tu pon nasib boleh nangis.. kalo nangis pon nk kne thn gak, mahu ak pengsan..tu ok lg, kalo x?? pk la sndiri..

Wsalam..